Tuesday 28 July 2015

SUSU KAMBENG SEGAR T-LIPOT - KINI BERADA DI PASARAN SHAH ALAM

Assalammua'laikum w.b.t kepada pembaca2 Muslim dan salam sejahtera kepada pembaca2 yang belum Muslim. Semoga anda semua dianugerahkan kesihatan yang baik agar dapat menjalankan apa jua aktiviti seharian dengan sempurna. Kesihatan adalah nikmat. Bersyukurlah senantiasa kepada Sang Pencipta. 

Penulisan kali ini tak ade kene mengena dengan aktiviti pengembaraan keme tetapi berkaitan kambing. Kome suka makan daging kambing dan minum susunye? Daging kambing yang dipanggang terutamanya juga satay kambing memang sedap kan kan kan. Antara daging kambeng yang sedap keme makan ialah daging rusuk kambeng gurun yang di perap dengan rempah2 dan di panggang. Memang superb, ditambah pulak kalau makan panas2 dan berebut. Daging rusuk kamben gurun ni keme makan mase berada di Guangzhou, China.


Spesis kambeng

Kambing juga macam lembu ade dua jenis. Kambing daging dan tenusu. Susu yang dikeluarkan oleh kambing2 ni jugak berbeza. Kambeng daging mengeluarkan susu yang hamis. Sesetengah orang selalu kata dan set dalam minda deme yang susu kambing ni berbau hamis. Betul tak keme kata? Sebab kome minum susu dari jenis kambing yang salah iaitu kambing untuk tujuan daging. Bagi yang tak pernah minum pun banyak yang kata berbau hamis, macam la deme pernah bau dan minum susu kambing tu. Betapa kuatnya amaran minda negative tentang susu kambeng ni. Lain kali kome selidik dulu susu kambeng tu dari spesis yang mana dan pergi minum susu kambing tenusu. Ini bahasa yang senang keme jelaskan. Selalunya kambing daging ni berbadan besor berbanding kambing tenusu yang berbadan kecik ajer. Tapi mempunyai kuantiti susu yang banyak. Begitulah Allah mencipta binatang dengan berbagai2 kemudahan yang diberikan untuk keperluan umat manusia. Hanya kite ajer yang perlu rajin selidik dan cari ilmu pasal kambing ni.

Jenis kambeng yang di ternak di Malaysia ni oleh penternak kambeng tenusu ni antaranya adalah daripada baka Saaneen berasal dari Australia. Boleh hidup dengan aman tenteram dengan cuaca kita ni. Tapi penjagaan dia sedikit rumit la. Rumput pun kene tanam. Kos makan dia tu yang mahal. Tu sebab susu kambing lebih mahal daripada susu lembu. Biase la kan. Apa sahaja yang berkualiti tinggi mesti mahal.  Susu yang dihasilkan oleh kambeng baka Saaneen ni tak berbau hamis langsung, sedap berkrim, lazat diminum begitu sahaja.

Anak kambeng baka Saaneen yang baru lahir, berumur kurang 24 jam. Cute kan senyuman kambeng ni... Gambor tangkap waktu malam, tak le terserlah sangat kekiutannye...

Kambeng Saaneen berumur 2-3 tahun lebih kurang, kecik ajer tapi membekal susu yang banyak.

Khasiat Susu Kambeng

Keme rase banyak orang tahu khasiat susu kambeng ni tapi tetap nak minum susu lembu jugak!!! Susu kambeng merupakan susu yang kedua terbaik selepas susu ibu. Tu pakar yang kata, keme tolong tulis jer semula kat sini. Khasiat nye pun dah terbukti seantero dunia. Antaranya :-

1. Sangat sedap berbanding susu lembu. Beza macam langit dengan bumi la..hahaha
2. Elok untuk penghadaman. 
3. Elok bagi pesakit athma
4. Elok bagi pesakit gastrik
5. Elok bagi pesakit gout
6. Elok bagi bayi yang kene sakit kuning
7. Elok bagi ibu2 mengandung untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
7. Elok bagi kucing kome yang sakit. Tak caya ? Cube ler. Cat lovers tahu tentang khasiat nye. Kalau tak tau tu maknanya kome bukan cat lovers yang tegar.
8 Dan lain lain.

Kalau kome nak maklumat terperinci berkaitan khasiat susu kambeng ni, kome taip jer khasiat susu kambing kat pakcik google, mesti dengan senang hati pakcik tu jawap. Hehe.

Dimana Nak Cari Susu Kambeng Segar T-Lipot ni?

Keme menjual Susu Kambing Segar T-Lipot di Shah Alam yang terletak di dalam Negeri Selangor yang masih aman makmur ni, Alhamdulillah. Keme boleh hantar kepada pelanggan2 di sekitar Shah Alam dengan order minimum atau pun kome boleh ambik sendiri di Sek 20 Shah Alam di mana keme bermastautin sementara hayat dikandung badan dan rezeki diberikan di sini. Kalau keme ditakdirkan berhijrah ke Sweden ke, German ker atau ke alam yang lain, memang keme tak dapat la nak bekal dan jual susu kambeng ni pade mengkome.

Kawan keme yang ternak kambeng ni telah membuat penyelidikan tentang perasa yang sesuai untuk diadun bersama susu kambeng segar ni dengan tujuan nak ubah stigma otak kome yang degil dan negative tu tentang susu kambeng. Terima kasih dan kredit kepada Dr Nor Raihan Mohamad dan Dr Roslan Awang kerana usaha dan penat lelah dalam menternak kambeng deme telah sedikit sebanyak membantu tekak2 yang sungguh payah nak menelan susu kambeng segar ni.

Perisa, kuantiti dan Harga 

Perisa           Kuantiti     Harga

Original         500 ml     RM 11.80
Strawberry   500 ml    RM 11.80
Jagung           500 ml    RM  11.80

Original         200 ml    RM 4.80
Strawberry   200 ml   RM 4.80
Jagung           200 ml   RM 4.80

Minimum order di sekitar Shah Alam Sek 1-25 ialah 5 botol bagi 200 ml atau 2 botol bagi 500 ml. Kalau kome datang sendiri ke sek 20 berdekatan KPJ Selangor ni kome boleh beli sebotol pun tak apa. Keme boleh bekalkan. Sementara stok masih ade. Kome boleh hubungi keme melalui facebook, email, whatapps atau telephone jer ke no : 012-9728224.


Sekian terima kasih kerana sudi membaca maklumat perniagaan keme ni. Bagi pihak Penternak juga keme sebagai Pengedar inginkan semua umat Islam tahu akan khasiat meminum susu kambeng dan meminum susu kambeng sebagai minuman sunnah. 

Wassalam

6 comments:

  1. SUSU - mmg fobia makcik bila tgk perkataan tu.. Plus pulak kambing kan belakang tu.. Tak terbayang. Tapi jiwa terasa teringin pulak nak rasa yang perasa jagung tu.. Nampak cam sedap je..

    ReplyDelete
  2. Daging kambing memang makan. Susu....belum pernah cuba.

    ReplyDelete
  3. Yong..bagi jerlah teman sekor kamben tu..senang teman nak merahnya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahaha
      Tekanan nanti kamben tu berkawan dengan kucin

      Delete