Tuesday 28 February 2012

Fiesta Apple di Ba'kelalan - Part 3

Assalammua'laikum Pembaca Semua

Meh cheq sambung pengembaraan cheq kat Ba'kelalan ni.  Hari ni hari menuai epal, jadinya cheq pi memetik epal  kat ladang Pak Tagal kat seberang landasan kapal terbang tu jer. Tapi sebelum tu, jom pekena breakpes ni dulu. Baru ada tenaga nak petik epal. Biaq gambaq bercerita...jom layan.....

Kuih lepat beras bukit, cek mek molek beras bukit, jemput2 beras bukit, mmm...apa lagi tu ek...cheq lupa la pulak nak bubuh nama apa kat kuih muih ni bersama secawan buluh ayaq kopi beras bukit...hehehe

Sebelum cheq masuk ladang tu, depa buat perbarisan tabik hormat dulu...ataih landasan pun jadi jer depa ni...hangpa jangan risau, tak dak sapa pun dok ligan suruh keluaq...bebas.....



Disebabkan cheq ceroboh landasan nak ikut jalan dekat, so kena la panjat pagaq nak masuk ke ladang tuh.

Lepaih pun cheq......lega...

Cheq hormat dulu empunya ladang ni, Pak Tagal, bagi cheq makan epal yang cheq petik terus dari pokok ladang dia.

Cheq kagum dengan semangat dan usaha dia nih....

Maka, cheq pun memulakanlah tugas rasmi cheq...sebagai pemetik epal professional ... hehehe
Petik jer masuk mulut, petik jer masuk beg galaih....petik lagi....bila la bakul cheq ni nak penuh.


Bila beg galaih bakul cheq dah penuh dengan epal , tanpa perasaan bersalah pada pokok2 epal tu, cheq menari hindustan pulak di celah2 pokok tu...

Nyanyila lagu kuch kuch hota hai..mera mann......tujhe deka kohe jana sanammmmm.....
pyar hotha hedi vanna sanammmmm...wakakaka...

Penat memetik epal dan menyanyi , cheq makan lagi...epal, epal, epal dan epal. Kek epal, pai epal....segala maknikam epal....cemuih cheq tengok epal-epal tuh...kembung perut cheq ngan epal.

Pesta makan makan epal...

Epal Ba'kelalan


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut cheq memang suka hati...

Bila dah kekenyangan, nak jalan balik pun dah terhoyong hayang, cheq ceroboh lagi landasan tu...kebebasan berlari2an di atas landasan kapal terbang....

Kraftangan penduduk kampung di Ba'kelalan....



Kalau hangpa rasa nak mai tempat ni boleh lah menghubungi depa kat sini :


Jom balik......Selamat tinggal Ba'kelalan....


Selamat mengembara dan membeli belah....



Friday 24 February 2012

Fiesta Apple di Ba'kelalan - Part 2

Assalamua'laikum Pembaca Semua


Pemandangan yang indah dan mendamaikan perasaan dari pondok tinjau atas bukit. Mengimbau kenangan cheq pada bendang yang cheq bajak bersama kawan2 cheq termasuklah yang kat bawah ni....

Dah nak senja ni weh....naik, naik....jom balik kandang.....udah-udah la tu berkubang

Hari kedua cheq kat sini lebih adventure dan an exciting experience. Wow....tak dapat cheq nak gambaqkan perasaan melainkan hangpa pi sendiri dan rasa. Kitaorang dibawa menjelajah ke beberapa buah kampung yang berada dalam daerah Ba'kelalan ni. Di setiap kampung yang kitaorang singgah tu, terdapat beberapa aktiviti penduduk yang cuba diketengahkan kepada para pelancong.

Hangpa tau dak, cheq dah mula rasa teruja dari awal perjalanan tu lagi. Pertama..kenderaan yg satu-satunya boleh digunapakai di sini adalah 4x4 jer, selain daripada motosikal yg dah diubahsuai.
Keadaan jalan dan kenderaan cheq naik. baru nak mula terjah kampung2, dah tersangkut kat sini konvoi kitaorang. Tak sampai pun lagi 1 km...pengalaman pertama...cuak cheq dibuatnya bila tayaq 4x4 tu terbenam dalam lumpoq tu dan kenderaan cheq senget sebelah, nak lughuh rasa jantung cheq.

Dah namanya pun konvoi, maka bila melalui keadaan jalan yang boleh buat jantung cheq macam nak jatuh dari langit, semua akan membantu satu sama lain, baguih la depa ni. Dah biasa alah biasa...cheq pulak... dok diam2 dalam tu dan dok pikiaq jangan la ada lagi kat depan.....tak sanggup nak hadapi lagi ....tapi....lepaih tu, i like it......


Depa berhenti jap sebab cheq nak bergambaq....sabaq ja la...hehehe...


Kampung pertama cheq pi ni siap disambut dengan tarian hulubalang depa lagi. Sampai tertonggek2 professional phographer tu nak cari angle yg sesuai.

Apa pulak cheq buat kat kampung ni ?, byk kerja cheq kat sini... antaranya..

Cheq masak garam bukit...nak angkut sikit bawa balik nanti...

Lepaih tu cheq tumbuk padi bukit, nak hangkut balik berkilo2 gak nanti....

Lepaih tu cheq penat sangat, dah la panas berdiang ngan api tadi, pi tumbuk padi lagi...so cheq pi la bukak buluh ni pulak....
Lepaih tu cheq ambik pinggan, masukkan semua maknikam yg ada dalam buluh tu ke dalam pinggan cheq dan ...... menjamu selera


Fuh...lepaih tu cheq rasa legaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Sunday 19 February 2012

Fiesta Apple di Ba' kelalan - Part 1

Assalammualaikum Pembaca Semua

Hangpa tau dak Malaysia pun ada ladang apple ?  Tak tau ? isk isk isk..... bila cheq bagitau ni, hangpa pi la na..hangpa masukkan dalam list tempat2 yang harus hangpa pi sebelum peningkatan tahap kepanasan global dan pembangunan merubah bentuk landscape di kawasan ni.

Tanaman apple kat Malaysia ni bermusim. Setahun sekali ja. Disebabkan tu la depa buat pesta menuai apple. Tak caya ? Jom ikut cheq.... Ta da........

Ni la tempat cheq pi, tahun yang tertera tu la

Ba'kelalan ni terletak di Sarawak. Hangpa biasa dok dengaq Bario ? Ala...tempat yang femes ngan beras bukit tu, Ok. kalau biasa dengaq, Ba'kelalan ni pun terletak kat area tu jugak la. Kawasan pergunungan yang bersempadan dengan Indonesia. Cuaca sedikit sejuk dan nyaman serta tak dak pencemaran udara. Tu yang penting.

Cheq pi pun sebab ada pesta ni la. Kawan2 cheq ajak. Kalau tak dak ni depa tak bukak pun pada orang luaq. Ni tempat persendirian. Depa ni je la satu-satunya pengeluaq apple terbesaq kat Sarawak dan Malaysia. Dengaq citer depa punya pasaran pun setakat Miri ja sebab nak bawak apple ni keluaq cukup susah dan menempuh perjalanan yang jauh sebab jalinan pengangkutan yang tak sempurna. Macam tu la yang cheq boleh katakan daripada pengamatan cheq.

Mas wing dengan 19 tempat duduk, turun jer dapat apple.

Beberapa bulan sebelum fiesta ni, kawan cheq dah buat tempahan dengan agensi pengelola. Kalau lewat tempah nanti penuh pulak. Takut kalau dah penuh kena tunggu tahun depan nya pulak baru ada peluang. Ish ish...lambat kan kalau nak tunggu setahun lagi....

Cheq ngan kengkawan naik flight MAS dari KLIA ke Miri. Sampai kat Miri malam tu kitaorang ni cukup kedekut nak bazirkan duit kat mana2 hotel sebab esoknya pepagi buta nak ambik flight kecik kat atas tu ke Ba'kelalan. Jadi nya kitaorang tidoq ja la kat surau airport tu berbantalkan beg dan berselimutkan tuala dan shawl kashmir. wakakaka....lena gak tidoq dan tak perasan ada nyamuk ke tak... Yang mencuit hati apabila si Pak Guard ingat kitaorang ni cikgu2 yang akan bertugas di pedalaman. Memang macam muka cikgu kot kitaorang ni walaupun sebenaqnye hanya lah buruh kontrak ambil kerja memetik apple ja.


Sambutan ketibaan di luar dugaan, dengan penari2 traditional depa

Kami sampai je disambut dengan tarian dan muzik traditional depa. Pas tu daftar masuk bilik, rehat2 jap then kitaorang dibawa melawat kawasan sekitar kampung. Nyaman je. Petang tu lepaih makan2 ada aktiviti mendaki bukit di sekitar kampung. Ada pondok tinjau dari atas bukit tu. Cantik sangat pemandangannya.


Laluan-laluan yang penuh liku..cabaran sungguh, melalui petak2 bendang dan rumah2 penduduk

Penat weh....lama tak memanjat ni, baru separuh jalan...waduh...jauh lagi ni 

Akhirnya......

Sampai jugak cheq kat pondok tinjau ni...sukses....kepenatan. Orang2 kampung sibuk menyediakan juadah bagi kami di atas bukit ni.

 Pemandangan yang sungguh indah, hilang penat tengok bawah dan sekeliling, landasan kapal terbang dan kampung dengan sawah padinya, kitaorang jalan kaki dari sana la . 

Kitaorang turun lepas tu ada lagi aktivitinya. Wow....ada lagi.....jadi kerbau berkubang....tolong bajak bendang....Hari pertama kitaorang yang sungguh bermakna di Ba'kelalan.





Sunday 12 February 2012

Jom Teropong Sipadan Island - Part 3

Salam pembaca semua.

Kome dah makan tadi kan ? Moh naik boat semula ikut keme.

Perut dah di isi. Jangan dibuatnye muntah pulak kang, malu weh... Kite sambung semula perjalanan yang tertangguh dari Semporna ke Pulau Sipadan melalui pit stop Pulau Mabul. Pulau Mabul ni adalah pulau yang terhampir dengan Sipadan. Perjalanan dengan boat mengambil masa 25 minit je sebenornye.

Pulo Mabul dan pulo2 di sekitornye seperti Pulo Kapalai adalah kawasan yg dibenorkan untuk buat penginapan. Kalau kome sememangnye penguin khatulistiwa, memang elok bebenor kome menghuni pulo2 ni. Kalau kome photographer yg tegor, elok kome dudok bertapa kat pulao2 ni.

Pulo Sipadan pulak tak dibenorkan tinggal kat sana. Abang2 askor je yg ade. Kawal penceroboh dan penculik. maklumla kan kawasan tu kan ke panas dan strategik. Pulo ni tempat penguin2 khatulistiwa je turun naik berjemor.

Bile perut dah kenyang ni perjalanan rasa sekejap jer la pulak. Laju jer driver tu pandu boat. Wei...kome..sampe doh Pulo Sipadan...

Moh kite turun...

Penguin Khatulistiwa ni tak turun lagi rupenye...Oooo...Dia check talian hayat dulu.

Ni jeti lame, tak digunakan lagi dah...


Ni jeti baru....tapi kitaorang tak turun pun ikut ni..lebih suka meredah ayor...



Apa keme buat kat Pulo Sipadan ni ? entoh le...ngabihkan mase dan tunggu makan tengahari ( makan je la yg dingat nye ye.. )..gitu le. kalo pegi tak de perancangan rapi...gitu le jadi nye... yg lain semua sibuk jadi penguin khatulistiwa, tapi ada tige ekor ni jadi mandor deme je la...

Kitaorang pusing satu pulo ni, tak sampei pun sengah jam dah sampei semula ke tempat asal. Lepaih tu nak buat apa pulak ? Kebetulan hari dah nak hujan dan dah renyai2 pun, so keme dok kat bawah ni je la untuk sementara waktu.
Ini je la bangunan lama ( asalnye sebuah resort ) yg ada di Pulo Sipadan ni, belakang ni la tempat makan tengahari kitaorang. Ada penempatan askor je la pun sebelah ni...Eh...ngape penguin khatulistiwa tu naik ke daghat masa ni...lapor kot dia ni gamoknye yer kome.

Pulo Sipadan terkenal dek kehidupan dasar laut dia dan ayor nye yg cukup jernih. Kome boleh nampak penyu sebelah kome je lalu masa dalam bot . Kome tengok gambor atas tu, perasan tak ayor kaler lain, biru dan hitam. Yg biru tu tepi pantai, ada pasior boleh le nak main2 ayor pantai tu. Tapi ingat kome, jangan terlajak ke dalam, silap gaye terus jatuh menjunam, macam jatuh gaung.

Ayor kaler hitam tu dalamnye bermula 900 mtr tak silap keme. Tu sebab diorang letak bebola terapung kat situ jadi tande. Dari pantai terus menjunam. Macam kome jalan2 ataih daghat le pas tu terus jumpa gaung. Apa perasaan kome, pinor kot biji mater nengok ke bawoh..gayat...Tu sebab penguin2 khatulistiwa ni senang je memanjat...terus sampai ke pantai...

Sementara nak nunggu makan tengahari tu, ada jugak spesis lain kat Pulo Sepadan selain penguin2 khatulistiwa yg kebanyakannya datang sesekali ke sini. Tapi tak lau la pulak keme kalau penguin2 ni ada yg bermusim. Mungkin ada la kot. Sebab nye deme kena abihkan jam menyelam deme then baru boleh dapat sijil dan jadi penguin khatulistiwa professional.

Ni spesis jinak2 merpati kat Pulo ni.


Macam baru lepaih lunch je dia ni, restaurant mana la gamoknye dia singgah.

On our way back to Semporna petang tu selepas penat menjamu mata kat Pulo Sipadan menengok penguin2 khatulistiwa bejemor, tenggelam then timbul semula, kami terlantor la pulak sekejap kat tetengah laut tu, ada lagi penguin2 ni yg tak puas menyelam. disuruhnya bot tu berhenti di tengah2 tu bagi dia turun sekejap. Ikut kome la....keme pun ambik peluang snap satu...

Cer kome bandingkan tong2 talian hayat tu dengan keme, mampuih keme nak menenggongnye...berat tu...

Malam tu kat Semporna kitaorang menjamu selera dengan hidupan laut...

Sedap kome lobster ni..dan yg penting fresh dan murah.

Selamat Mengembara....dan menjamu selera...

Saturday 11 February 2012

Jom Teropong Sipadan Island - Part 2

Kome dah masukkan tempat ni dalam list kembara kome untuk melengkapkan destinasi2 yg mesti ditawan di Sabah ? kome ambik je flight KL-Tawau, tak kira le mana kome nak transit. Tapi jgn cari tiket ketapi, tak sampei kome karang.

Dari jeti Semporna tu ke pit stop, ngambik mase lebih kurang 45 minit je...dengan bot laju, ombak lak masa tu kuat sungguh, melambung rasa jantung dan rase nak muntah le keme dok dalam boat tu. Paneh lagi walaupun berangin, kena le panda menyesuaikan diri mengalih2 tempat duduk dalam bot tu, nasib baik tak ghamei penumpangnye.

Kebetulan semasa perjalanan tu, ternampak lah menda alah ni :


Apa pulak menatang ni buat sesekor dia kat tengah laut tu, Pi teropong sebelah menyebelah dia kot-kot ada yg lain. Sah tak de la. Keme tenung betul2 dengan muka berkerut2, dalam hati kate,mulut pun dok kate gak, ish betul ke ni...betul la tu....tetiba boss keme kacau, terhenti lamunan keme dibuatnye. Dahsyat boss keme, boleh tau kemusykilan keme.

Menatang tu asei nye pelantor minyak. Patut le tak de serobong ke ateh dan ke bawoh. Rupenye dah di ubah wajah jadi kelong nangkap ikan. Tu yg keme musykil, kenapa ada pelantor minyak kat sini. ada oil reserve ke kat bawah dia. Dahsyat deme. Kalau kome suka memancing kat laut. Boleh le ke sini.

Ni la Pit Stop kita orang


Pulau Mabul-Pit Stop
( Siap ada chalet lagi bagi penggemor2 laut yg ingin jadi penguin khatulistiwa )

Nasib baik la bila kitaorg sampei sini masih ada lagi breakpes ditinggalkan untuk kitaorg. Lapor wei...meredah laut china selatan 10 knot/ph ( laju nyeeeee......iye ke tu..... ? ). Ntoh le...keme tahu kelajuan kete keme je...


Uncle Chang - Sipadan-Mabul Dive Lodge
 ( Pit Stop-Breakfast )

Kome nampok tak ayor laut bawah restaurant tu. jernih giler. Nampok segala isi alam kat bawah tu. Kalau kome tak berniat nak menyelam masa kat Semporna, tetiba bila sampei sini nak ubah pikiran, boleh je. Kome boleh sewa segala maknikan peralatan scuba kat pit stop ni. pit stop ni adalah tempat yang paling hampir ke Sipadan.


Tempat Simpan Peralatan Menyelam
( Tong Gas tu berat kome- keme dah cuba pikul, sakit pinggang dibuatnye )

Penyelam-penyelam yg sekali bot ngan kitaorg tu sebuk kat sini la melengkapkan peralatan deme. Kitaorang setakat melangut je, pas tu jalan2 di sekitar kawasan ni sekejap sebelum bertolak semula meredah laut ke Pulau Sipadan.

Kome tahu menyelam ? 



Friday 10 February 2012

Jom Teropong Sipadan Island- Part 1

Ada la suatu hari tu dalam perjalanan ke Sandakan kerana urusan kerja, lepas meeting2, tengok2 kapa2 yang tak cukup sifat kat sungai sandakan tu, boss keme boleh terpikior nak melencong ke tempat lain sekejap, penat weh...pikior pasa koje, koje, koje. Kema ni buat apa plak ek kat sana ? Keme adalah pengekor tegar kepada boss keme. Nak ngeeeekor je ke mana dia pergi., tambah2 kalau tempat tu keme belum terjah lagi. org kate sambil menyelam sambil minum air. 

Biasa la kan, meeting2 ni selalunya sehari suntuk tu je la..lain2 hari yg ada nak buat apa plak kan. so kitaorg pun pikior punye pikior, terteropong ke Semporna.Mak aih...jauh nye. Nak naik apa, bukan ada flight dari sandakan ke semporna. Boss keme pun pi kenen si empunye shipyard kat Sandakan pinjam deme punye 4x4. Wah....bestnye..ke Semporna. Tapi ada apa kat sana ek ? Saja, jalan2 abihkan masa dan duit. haha..

Jauhnye Sandakan-Semporna...kalau tak silap keme berjam2, naik lenguh vontot dan pinggang teman kena hayun. Jalan elok tapi tak de highway macam kat semenanjung, dan jalan dia macam ulor berlengkor lepas dapat lembu sekor. keme tak leh pejam mate, pejam je badan senget sebelah, cuba lagi senget ke sebelah lagi, cuba lagi...ooooopocot....emergency break....huh...dugaan...dah le driver bawak macam F1.

Tapi kan kome, bila sampai kat Semporna...Fuhyoooo....canteeeek....laut yg terbentang, angin laut china selatan yg menghembus kuat dengan air yg amatlah terjernihnya...hilang penat. Sabah memang byk tempat yg perlu diteroka terutama lautannya.

Kami pun pi check in hotel atas air, depan laut and jeti nak ke Sipadan. Tengok air dia punye la jernih sampai ke gigi air tu. Boleh nampak dasar dan segala maknikam yg ada even di gigi air pun. Cuba kome bayangkan. Dah...dah dapat bayangkan ke ? Subhanallah, agungnya ciptaan Mu Ilahi dan keme diberi kesempatan menikmati ciptaan terindah dalam hidup ni.

Ni la hotel terapung tempat kami meluruskan semula pinggang kami yg bengkok.

Dragon Inn, Floating Hotel, Semporna
( Depan Jeti nak ke Pulau Sipadan )


Keme galakkan kalau kome ada lebih2 hinggit kat bank tu, pegi2 lah ke tempat yg cukup menyamankan mata ni. Tak mahe mana pun Inn ni, seingat teman RM 80 hinggit je semalam. Maaf kalau keme silap sebab bil nye boss keme yg bayor. Itu rate zaman 2007 dulu la ye.

Ni laluan ke bilik kitaorang, 3 orang 3 bilik, walaupun setiap bilik tu ada 3 or 4 katil...so kalau korang pegi satu group sama jantina, boleh save budget.


Disebabkan kitaorg sampai pepagi bute, so lepas check in dan segor2 kan badan ala-ala sekejap gitu, kitaorg pun keluau cari bot ke Pulau Sipadan. Memang untung kitaorg pagi tu, ada boat ke sana join dengan group scuba diving. Tempat urusan dan owner boat tu sebelah hotel ni je.


Macam2 peralatan scuba ada kat belakang papan iklan tu. Jgn tak caye.International, kelas beb.

Kome jgn tanye berapa hinggit harga boat tu pegi balik. Keme tak hingat. Yang keme ingat tambang tu termasuk breakpes kat pit stop dan lunch kat Sipadan Island. Maklum la, poket boss je yg kempih, keme punye poket kembung lagi. Tapi ratus la jugak untuk tambang kitaorang bertige ni. Pelancong yg kitaorg join tu siap ngan perlalatan scuba, mana yg tak de boleh sewa di pit stop nanti. Kat mana pit stop tu....tunggu......lapor weh, tak makan breakpes lagi sejak sampei Semporna.

Kome rancang la pegi tempat ni pada sesapa yg tak peghonah lagi terjah ke sini. Tak rugi kome. Berbaloi. Keme pegi sememangnye la berbaloi2 ....cuma masa ni keme tak de DSLR lagi. Makanya gambor tak le cun mana.

Kalau kome orang semenanjung, ambik kape teghobang ke tawau, then ambik pengangkutan awam or swasta ke Semporna. Jaraknye lebih kurang 100 km aje.

Dah masukkan ke diary kome bila nak pegi ? Pitih ada ?




Thursday 9 February 2012

Dunia Aku Seorang Pengembara - Nak ke mane kome

Dunia Pengembara - Best OOOO.....

Salam memulai bicara kepada semua pembaca2 yg mengunjungi blog ini. Tengok pade tajuk blog ni macam la dah pusing satu dunia. well.....pusing2 the globe kat MPH tu memang ler selalu sesangat...impian seorang pengembara, gitu ler.

Mule2 kene nengok menda alah ni...


Ha...tu lah dunia kecik keme ni. Kecik ke ? ish ish ish...besor tu.

Nengok pulak kat bawah ni, kat mana tempat yg paling strategik keme letak dunia keme tu. cer kome peghati betoi2. Posisi nye.


Kalau kome jenis yg keje macam keme ni, dok kat dalam bilik ber-econ, tenung benda empat segi 11" skrin kecik atas meja tu berjam2, ada pulak kudap2 dok depan mate, ada kome rasa semacam tak kat pinggang kome ?
Kalau ada tu maknenye kite seghuper....

Bile dah rasa nak muntah kuning ijo ngadap laptop tu, or tension tahap maxima dengan koje, or pinggang rasa nak patah dok lelama sgt, keme akan angkat sikit kepala, tegakkan badan nyandor sambil goyang2 kerusi tu sambil senyum2 macam org sedikit tak betoi....ngape ek....?

sebab keme tengah me-release tension-kan pikiran yg berserabut. Tu le cara keme buat pyhysioterapi otak dan minta sedar juga separuh sedar ni. Tenung lama2 kat peta tu then u know, keme akan mengembara secara maya. Kejap jer la, pas tu selalunye telepon yg dok sebelah kiri meje keme tu selalu dok kacau. Hampeh tul....

Apa yg keme tahu, hidup ni jangan diambil terlalu mudah dan jangan pulak terlalu susah. Ambik jalan tengah. Yg penting hidup mesti happy.

So kita akan mulakan pengembaraan mengikut peta keme yg ada kat dinding tu.

Kome rase nak gi mane ?