Tuesday, 11 August 2015

Trip Bersama Aku Seorang Pengembara Ke Taman Negara, Kuala Tahan Pahang Pada 1-2 August 2015 - Episod 1

Assalamua'laikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

Ringgit makin menurun berbanding beberapa matawang utama dunia. Sekarang kene pilih destinasi luar negara dengan lebih berhati2 dan banyak pertimbangan yang perlu diberi perhatian. Sapa yang duit berkepok2 dalam peti tu memang tak kisah la kan, tapi rakyat marhain macam keme ni sesak napaih ler jugak nak pergi ke destinasi tertentu atas faktor tukaran wangnye.  Sedihkan memikirkan nasib ringgit ni. Sian kite kite yang selalu gatal tapak kaki nak terbang ni. Tak pe la. Redho dan sabar dengan ujian dunia ni. Kita jenjalan di dalam tanah air sendiri dulu buat sementara. Moga rezeki bertambah dimasa hadapan dan memungkinkan kita mampu untuk terbang semula.

Kali ini keme membawa rakan-rakan se-pejabat ke Kuala Tahan pada 1-2 August 2015 untuk beriadah dan keluar dari rutin kehidupan seharian di kotaraya. Nampaknya mereka sangat seronok dengan trip yang keme kendalikan di Taman Negara dan berminat untuk dianjurkan lagi lain-lain aktiviti. Asalnya trip ni dirancang 3-4 bulan sebelum pergi, dan pada waktu tu ramai yang nak ikut serta. Namun akhirnya atas kekangan masa, seorang demi seorang terpaksa menarik diri kerana musim perayaan dan komitmen dengan keluarga tak dapat dielak.


Keme idok ler buka penyertaan satu opis kan. Kang berduyun pulak nak ngekor. Tak larat keme nak layan. Haha... Cukup la grup kecik2 cenggini. Senang sikit nak kawal deme ni. Sebenornya ini jer masa yang ada dan sesuai untuk yang mengikuti trip ni selama 2 hari. Nak buat 3 hari pulak memang payah, kang ade pulak yang terpaksa tutup department demi nak berjimba2 di hutan Taman Negara. 

Hari pertama 

Kemi pergi dengan dua buah kereta ajer. Budget la katakan. Kami berkumpul di stesen Petronas Gombak sebelum tol tu. Grup keme sampai dulu pagi tu. Lepak kat Starbuck tunggu kereta satu lagi. Deme sesat larat nampaknye. Sabor bebanyak. Bila dah berkumpul semua, macam biasa akan bergediks la dulu kan.

Mulakan perjalanan dengan keceriaan...

Perjalanan lancar ajer dipermulaan lebuhraya pantai timur ni. Tapi beberapa km lagi nak mendekati terowong keadaan sesak. Memang akan lambatla nampaknya nak sampai ke Kuala Tahan. Sebuah lori rosak dalam terowong. Tinggal satu laluan sahaja. Kenderaan pulak banyak pagi tu. Kami jangka 12;30-1.00 boleh sampai, tapi hampir pukul 2.00 pm jugak baru sampai ke Chalet Red Mahseer di Kuala Tahan.

Kesesakan di LPT sebelum terowong

Kami keluar ikut Temerloh, dari situ terus tuju Jerantut. sampai simpang di Jerantut sebelum menuju pekannya, nampak papan tanda ke Taman Negara ke sebelah kanan, teruskan ajer perjalanan sehingga ke penghujungnya. Akibat kelaparan teramat, kami singgah kat warong Maklong Tom Yam, tepi jalan ajer, di Desa Sri Kekwa, Felda Padang Piol untuk makan tengahari. Menu biasa sahaja tapi sambal velachen dia...terangkat ko...

 Warong tepi jalan di Felda Padang Piol menuju Kuala Tahan 

samval velachen ni boleh tergeliat lidah makannye...

Muke2 kelaparan....

Okay, abih makan dengan nikmatnye, sambung perjalanan semula. Akhirnya kami sampai dengan selamat ke Chalet Red Mahseer di atas bukit mengadap sungai. Sungai yang nampak tenang hari ini jangan disangka tidak mampu mengganas bila tiba masanya. Kejadian banjir tahun lepas memang menakutkan bile sungai ni menunjukkan keganasannya. Jangan main2 kome dengan sungai ni.

Red Mahseer Chalet yang berkedudukan di atas bukit ni pun dah hampir tenggelam waktu tu, tinggal menjadi sebuah pulau dikelilingi air yang melimpah dari sungai.




Sungai Tembeling di Kuala Tahan. Tempat keme berdiri ambik gambor ni hampir tenggelam dulu..Terdapat sebuah restoran terapung yang tersadai di tepi tebing. Ngeri pikior.

Petang tu group keme sampai dulu kat Chalet, sempat la kami berehat sebentar sebelum aktiviti mula.  Asalnya aktiviti nak dimulakan jam 2.30 pm tapi memandangkan kami ni baru sampai, keme minta tour guide lajakkan sikit ke pukul 3.00 pm. okay jer katanya. Grup satu lagi sampai lewat sedikit tapi deme tak makan tengahari lagi. Kesian kat deme la pulak kan. Kang menggigil lutut pulak deme nak beriadah dipetang hari ni. Sampai jer kat Chalet, deme keluor semula cari makanan. Dah dekat 2.45 gitu keme telefon ke deme suruh balik cepat. Deme cerita kat keme, lepas keme telefon suruh deme makan cepat2 sebab aktiviti nak mula, terbantut deme punye selera yang tengah sedap menjamah ikan patin masak tempoyak kat simpang jalan di Kuala Tahan tu. Hahahaha.... Sapa suruh tak ajak keme join sekali makan patin tempoyak kan....

Untuk ingatan hari tua keme - dari kiri ke kanan
ASP, Fatt Su Sean-LSD, Asiyah-HCM, Amirah-PIAM, Nadia-Investment, Nurul Akmal-CSP, Roniha-LSD dan Rozie-CSP

Hampir pukul 3.00 pm kami pun turun ke jeti dan bertemu dengan tour guide kami di sana. Aktiviti petang ni adalah Rapids Shooting. Naik bot panjang menyelusuri sungai dan jeram2 yang terdapat disepanjang sunagi menuju ke perkampungan orang asli kaum Bateq.

Sambil turun berjalan kaki dari Chalet ke Jeti tu, keme dapat melihat sisa2 kemusnahan yang ditinggalkan oleh banjir besar tahun lepas. Masih banyak yang perlu diperbaiki semula. Persoalannya, kenapa begitu lambat bagi pihak yang berkenaan/berwajib untuk memperbaiki kemudahan yang diperlukan oleh Taman Negara ni. Kementerian pelancongan pun tak boleh membantu ker? Sampai bila dan berapa lama masa yang diperlukan oleh pihak kerajaan untuk meluluskan peruntukan dana bagi memperbaiki segala kemudahan yang diperlukan oleh Taman Negara dan Kuala Tahan? Bagaimana pula pandangan pelancong asing tentang kesiriusan pihak kerajaan dalam menangani isu fasiliti yang ade di taman negara Kuala Tahan dan negara amnya setelah hampir setahun musibah itu berlalu? Tiada siapakah yang peduli? Pada waktu keme dan kengkawan sepejabat mengunjungi Taman Negara ni, kebanyakan yang datang adalah pelancong luar berbanding pelancong tempatan.

Sisa tapak kedai di tebing sungai#1

Sisa2 tapak kedai ditebing sungai.#2

Melihat sisa2 kemusnahan dari sebelah Taman Negara. Kome tengok sisa restoran terapung yang beratap kuning senget di tebing sungai. Restoran tu tak dapat diselamatkan ketika air deras, sangkut la kat situ. Chalet Red Mahseer tu terletak di atas bukit tu la. Kome boleh agakkan berapa kaki air sungai ni melimpah ke tebing bukit tu. Kalau tak silap keme lebih 70 kaki seperti yang diberitahu oleh tour guide. 

Nak jalankan aktiviti di taman negara ni kene guna tour guide yang bertauliah, tak boleh sukasuki jer redah. Tour guide ni berdaftar dengan Taman Negara. Ada lesen. Alhamdulillah, keme dapat perkhidmatan daripada tour guide yang sangat berpengalaman. Lebih 20 tahun dan mempunyai pengetahuan tentang spesis burung2, pokok2 dan tanaman2 herba yang terdapat di dalam taman negara. 

Seberang sungai sana adalah kawasan Taman Negara.

Petang tu kami tunggu bot panjang unutk menjalankan aktiviti rapids shooting disungai Tembeling, semua teruja nak naik bot panjang ni. Semua penumpang dikehendaki memakai jaket keselamatan. Sebelum menaiki bot panjang ni, semua peralatan yang dibawa termasuk beg sandang sekiaranya ade mesti diberikan kepada tour guide. Dia akan simpan dalam plastik sampah hitam yang besor tu untuk elak dibasahi air sungai nanti dan dia akan letak dihujung bot. Apa sahaja gajet yang tak kalis air kene letak kat dalam plastik tu. Memang tak dapat la nak bergediks dengan gajet masing2 ketika bot sedang menyelusuri sungai. Mula2 keme pakai kasut nak turun ke sungai ni. Tapi bila tour guide kata kami akan basah 110%, dan dan tu pi tukor semula pakai selipar jer.

video
Teruja naik bot panjang ni...takut terbalik ke dalam sungai...

Keme macam tak percaya yang kami akan basah kuyup memandangkan sungai nye yang tenang dan jeramnya yang tak berapa menakutkan walau arusnya sedikit deras. Apa yang dibuat oleh tour guide dan pemandu bot ialah dengan menggoncangkan bot tersebut ke kiri dan ke kanan sehingga seolah2 bot nak terbalik. Air sungai memercik masuk bot tapi tak la basah sangat pun kan. Yang membuat kami basah kuyup adalah disebabkan bot sebelah menggunakan pendayung memercikkan air sungai tersebut kepada kami. Memang lenjun..tapi aktiviti ni sangat seronok. Semua ahli kumpulan gelak ketawa dan menjerit2 ketika bot disengetkan ke kiri dan ke kanan. 

Bot panjang sedang beraksi...


Kemudian bot berhenti di sebuah perkampungan orang asli Bateq di tepi sungai. Kami di bawa mengunjungi penempatan orang asli ni dalam keadaan basah kuyup! Tapi ada keme kisah! Semua orang yang datang ke sini memang dalam keadaan basah lenjun, tiada yang peduli, semua sama. Pelancong terlalu ramai di perkampungan yang sempit ni. Tiada ruang untuk kami melihat dan mendengar penerangan tentang kaum Bateq ni di tempat yang disediakan, jadi kami mundar mandir seketika melihat sekeliling alam buana sementara menunggu kumpulan2 pelancong yang lain surut.

Jalan dari sungai ke perkampungan asli Bateq

Deme belajor menyumpit kepala monyet...

Perkampungan nomad asli Bateq

Ringkas jer kehidupan deme..tiada komitmen hutang rumah, hutang kereta, hutang peribadi, hutang PTPTN dan segala tok nenek hutang yang perlu difikirkan. Juga tiada bil elektrik, bil ayor, bil asterok, bil internet, bil telephone yang perlu dibayor... muhasabah diri banyak2 kome...

Tour guide memberikan penerangan tentang kehidupan orang asli Bateq dan asal usul mereka. Keme dan rakan2 ditunjukkan cara2 mereka membuat sumpit yang cukup berseni dan teliti kerana sumpit ni umpama senapang senyap mereka untuk berburu di hutan. Jangan pandang rendah akan keupayaan mereka membuat senjata mereka sendiri. Keme memang kagum. Mereka hanya menggunakan segala sumber alam di hutan untuk kehidupan seharian. Kami juga diajar bagai mana menghidupkan api dengan kayu sahaja. Keme memang tak mampu nak buat. Tak menjadi. Itu lah antara kepakaran mereka.   

Deme kusyuk mendengor ceramah motivasi...kehkehkeh


Sebelum kami beredar, sempat ler bergambor dengan seorang suku kaum Bateq ni. Deme beli la sumpit dari kaum Asli ni. Mungkin deme nak guna untuk sumpit cicak kat rumah tu...


Setelah habis segala ilmu dituntut di perkampungan orang asli Bateq ni, kami menuju pulak ke sungai semula. Bot memang dah ade menunggu kami, tapi kami semua ni tak mau la balik lagi, nak main ayor sungai dulu. Deme nak bergediks dalam ayor. Bagitau ke tour guide yang kami nak berendam dulu kat sungai ni, dah alang2 basah kan, Tour guide pun okay kan ajer permintaan kami ni. Tapi dia bagitau la jangan pergi jauh2 dan dia bagi had yang kami boleh pergi masuk sungai ni. Bila kami dah masuk dalam sungai ni, ade pulak la kumpulan lain yang dok lepak bersebelahan dengan kami ni malu2 alang la nak mandi dalam sungai ni pada mulanya. Akhirnye deme la pulak yang terlebih gediks.

Gediks #1

Gediks#2

Kome jangan muntah hijau tengok deme ni ye. Gitew ler kalau tak pernah jumpa sungai. Keme lepak kat atas batu yang ade dalam sungai tu.Biorkan kaki dok dalam ayor. Ade jer la anak2 ikan datang mengudap2 kaki keme. Geli geleman dibuatnya. Keme lupa dah nama ikan2 nya. Ade tour guide bagitau. Tapi maklum la, memory lost sesaja.

Gediks #3

Gedisk#4

Kami balik semula ke jeti petang tu dan terus menuju ke restoran terapong yang ade disekitar jeti. Pilih jer nak singgah yang mana. Kami terus pesan makanan dalam keadaan basah lenjun tu dan lepak disitu sehingga senja. Harga makanan di atas restoran terapong ni agak mahal sebab dia caj harga pelancong asing. Terkebil keme dengor total bil..Redho jer ler...





Di atas restoran terapung.

Aktiviti malam di hutan dan hari kedua akan keme sambung di lain episod.
Sekian, terima kasih
Selamat membaca.
Wassalam.

11 comments:

  1. Sesekali bercuti dalam negara pun best... walau rasa macam tak glamer...hehe...

    Maknanya kereta boleh sampai terus ke taman negara... ingatkan kena naik bot bagai baru sampai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak glemer ye.....hahahahaha

      Yup, kereta boleh sampai terus ke Kuala Tahan, seberang Taman Negara ajer...memang ler kene naik bot ke Taman Negara, tapi semenet jer..hehe

      Delete
  2. Yeap, RM ditutup rendah semalam. Dah sampai almost RM3.96 dah. Sikit je lagi nak cecah RM4.00. Phew. Mmg takder berhjaat nak gi mana2 la dalam masa terdekat. Pusing2 dalam negara je lar. Teringin jugak nak pergi Taman Negara Pahang nie. InshaAllah. Klau ada kesempatan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sian pada tapak kakiyang gatal nak terbang...hehe
      Pergi la hayati keindahan hutan di Taman Negara..

      Delete
  3. Salam Syawal dan salam ukhuwah dari BUNDA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ayawal dan ukhuwah kembali. Terima kasih berkunjung ke blog ni

      Delete
  4. Saya ni rakyat marhaen juga. Tapi dah beli tiket ko korea bov ni. Sedih nya boleh dapat duit won sikit je nnt. Dilema org yg tak tukar duit lagi. Matawang jatuh merudum

    ReplyDelete
  5. Tour guide sediakan oleh pihak chalet ke .

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Nk tanya sikitla Bajet makan2 n aktiviti2 kat sane berapa ye?

    ReplyDelete