Friday 21 September 2012

Jordan - Mencari Harta Karun di Kota Petra, Warisan Dunia - Bahagian 2

Assalammua'laikum Pembaca Budiman

....sambungan dari bahagian 1

SIQ ( Laluan Sempit antara Cenuram Gunung Ganang ) dan TREASURY ( Al- Khaznah )


 
Treasury atau dalam bahasa tempatannya Al-Khaznah, tumpuan utama di Petra
 
Setelah jenuh berjalan berkilo2 meter, dari depan kaunter tiket/pintu masuk, melalui kawasan yang dinamakan Wadi Musa, kendian lalu lak sebelah blok2 Djinn ( jengok2 gak kat lubang2 gunung tu kot2 terjengul sekor dua ka ...hehehe ) sampai la jumpa segala tomb, kendian menyusuri laluan sempit ( SIQ ) itu, akhir nyer sampai jugak keme di hadapan monumen yang teramatlah femes di seluruh alam buana ni, Treasury  ( Al-Khaznah ) panggilannya.

 
Meh ikut citer keme, keme mula balik dari laluan masuk ke Siq tu....sambil tu kome bayangkan gunung2 tandus berdebu sebelah menyebelah kome yang sempit , angin sepoi2  cam aircond meniup pipi kome dalam 17darjah C dan kome dibaluti selimut teba yang sejuk.  Jangan tutup mater lak,  tak leh nak baca da... Dah tu...jom kita masuk time tunnel terus ke Petra ke beberapa ribu tahun yang lalu. al-maka bermula ceritera.......
 



Bila keme dan geng sampai ke garisan mula Siq ni ( tak de la garisan tu tulih " Siq almulla waddisini"...hehe ), cuma keme nampak satu laluan sempit antara  gunung yang entah menuju ke mana ), teruja nengok laluan yang sempit tapi macam tak de apa2 yang menarik kan melainkan gunung kiri kanan... tapi aksi depan kamera cap ayam katik mesti diteruskan walau hanya berlatarbelakangkan batu2 tandus bertarah..
 
Kome nampak gunung yang ditarah ke dalam sikit secara mendatar di sebelah kiri dalam gambar diatas tu ? yang sebelah kanan separas kurang sikit daripada bahu lelaki yang terenterfrem dalam kamera keme ni, tak perasan gak...meh keme tunjuk lagi jelas gambor kat bawah ni....
 


Nampak dengan jelas kan batu yang ditarah tu, nampak kan kan kan..ataih kepala keme, belah kiri kome....ish...anak2 sapa la tergedik2 nak enterfrem kat belakang keme tu...kaco aksi sungguh deme ni.....ni la permulaan Siq, nampak tu ada pengawal tapi lupa lak keme selidik dari zaman mana ntah deme ni datang, samada Nabataean or Byzantine or Roman, mana2 jer lah...memang sah kome dah masuk time tunnel tadi...hehe

 


"Selamat datang ke Petra kome, kata deme kat keme ( ish...tau cakap Peghak ghupe nye deme ni )...keme ngangguk jer, pas tu senyum2, genyit2 mater ngan deme, pas tu keme suruh deme bediri sebelah kiri dan kanan, keme dok kat tengah2 deme..klik.....beberapa keping...suker jer deme...lepaih tu keme kabor kat deme, zaman keme dah tak paka dah tom tom bak ni, keme paka peluru yang tak de pemandu....deme pun tepinge2...hehe...

Keme dan geng pun teruskan berjalan. Sepanjang keme melalui Siq tu, laluan tu nyaman jer cuacanya, macam ada aircond lak kat situ...walau pun angin sepoi2 malu, sekali dia lalu, sejuk urat pipi....muka jer la kan, sebab yang lain dah dibalut ...Sepanjang pemerhatian dan ingatan keme yang semakin lemah ni, laluan ni tak de tandas yer pembaca2 yang belum peghonah ke sini lagi...makanya kena ambil tindakan awal agor tidak keciciran di sepanjang perjalanan....kalau tak tahan gak, tahan jer kereta kuda yang banyak berkeliaran dan pusing balik....hikhik...
 
 


Kesian kat pokok togel tu, sebatang kara, ada peminat tu , mungkin sebab dia seksi kot...
 
 

Sesetengah Siq tu ada yang lebih lebor macam gambor kat atas tu, dan sempit sungguh macam gambor bawah ni. Ada laluan tu muat untuk satu kereta kuda jer, tak leh selisih, tapi deme ada tempat berhenti sementara untuk bagi laluan kepada kereta kuda berselisih. Kome tengok tarahan yang dibuat di cenuram ni, sampai ke puncak gunung. terpegun keme...nganga...sib baik tak masuk lalat...Gunung ganang yang dipahat tu dah makin terhakis dek angin dan masa. Keme agak zaman keagongan dia dulu mesti lagi cantik. Seperti bangunan bertingkat bercat merah bata la ala ala rupanya ....


Laluan semakin sempit, nyaman jer....tak terasa penat dan tak keluar peluh pun....tapi haus sikit ada, macam ni la jalan2 baru best....tak  belengeh.


 Laluan ni lebor sikit, so kereta kuda atau unta ( ish...ada ker kereta unta, tak peghonah nampak la pulak ) boleh la berselisih, dari jauh dah kedengaran bunyi tapak kaki kuda2 berlari, berdengung macam dalam gua..macam alunan musik semulajadi menceriakan suasana yang sunyi tu...kalau kereta kuda tu lalu tepi keme, fuh....dia tinggalkan haruman semerbak...memang hidung keme tak gemor bau dia...lagi satu kalau deme lalu memang laju, so bila keme dengor jer tapak kaki dia, teruih menepikan diri, kang tak pasa pasa jadi mangsa langgar lari...haru....
 
 
 Di Siq ni jugak ada disediakan bangku, maklum la menapak jauh, kurangkan berat bekalan yang dibawa, kunyah apa yang patut dan  boleh tarik napeh sekejap, relaks dan tengok orang lalu lalang, kebanyakan adalah pelancong luar. kalau rasa kaki tu dah berat sesangat, tahan jer la kereta kuda.beberapa minit nanti sampai la ke garisan penamat. Bagi keme amat la rugi kalau naik kereta kuda sebab tak dapat menghayati keadaan sekeliling dan menggedikkan diri. Buat la aksi apapun depan kamera, tak dak sapa dok ganggu, Semua sama....teruja...... 
 
 
 
 Nampak tak tu di belakang keme, sayup tak sayup....keme semakin menghampiri.
 
Macam yang keme suruh kome perati di sepanjang Siq ni terdapat tarahan disebelah kiri dan kanan dia, paling menyerlah belah kiri la. Tinggi nya berbeza2 dan keme rasa antara 1 meter ke 2 meter la macam tu. Siq ni seperti menuruni ke suatu lembah di tengah pergunungan tandus. Itu daripada pengamatan keme.
 

 
Nampak tu, makin dekat......teruja jap, tetiba keme dengor suara " ooiii minah, pandang belakang ".....terus kliks.......hehe....suke2 jer deme ni...
 
Tarahan sepanjang Siq tu adalah laluan air pada zaman tersebut yang di alirkan dari kawasan empangan di Wadi Musa. Daripada apa yang keme baca kendian selepas balik dari sini, kejuruteraan hydrolik telah pun wujud di sini pada masa tersebut. Maka teknologi yang deme ada pada zaman tersebut memang mengagumkan keme dan deme pun dah tau buat empangan dan cara mengelak daripada banjir melimpahi kawasan Siq dan Petra keseluruhannya. Canggih..canggih...
Laluan air tu bertutup pada asalnya, tapi peredaran masa dan angin telah menghakis rupa paras asal nye. Patut la deme boleh hidup di tengah2 gunung tandus ni. Ada bekalan air.....keme rasa tamadun deme adalah moden pada zaman nyer....itu belum lagi di selongkar teknologi yang deme gune untuk tarah gunung2 tu...macamana la agak2nyer....kompius otak keme pikior....Subhanallah...
 
 
 
 
Eh...keme dah tembus la.....ralit tengok keliling. Subhanalla....MasyaAllah...
 
 
Treasury ( Al-Khaznah ) berada di depan mata keme....
 
Wow......besor nyer monumen ni......keme pun tuju terus ke sana....camne deme pahat gunung ni jadi ghupe cam gitew....Oh....dasat deme ni....Subhanallah
Akhirnye keme sampai kat tempat ni, salah satu daripada tempat2 yang keme nak jejak dan tengok dengan mata sendiri...alhamdulillah, sampai jugak .....tapi waktu ni pelancong tak dibenorkan masuk ke dalam Al-Khaznah ni, sedih keme....
 
 Tempat keme dan geng bergedik ni merupakan garisan penamat Siq, keluor jer dari Siq tu nampak la Al-Khaznah tu....Ini la salah satu monumen yang berkeadaan elok di dalam Kota Petra...senyum..senyum...klik....
 
Memang cantik Al-khaznah ni, keme tak dapat bayangkan waktu dulu bila pengembara lalu sini apa deme pikior....( salah satunya mesti deme nak jajah tempat ni...tu sebab banyak kerajaan besor2 ambik alih silih berganti )...Petra ni jugak merupakan tempat yang strategik bagi laluan dari sebelah afrika dan utara menuju ke Semenanjung Arab
 
 
 Keme dah sampai...kome bila lagi.....
 
 Jangan tak caye.... penat kitaorang rancang....akhirnye jadik gak....
 
 
Sila, sila.....jangan malu2....singgah seketika...pintu tu sentiasa terbuka....
 
 Kome dialu-alukan datang ke sini, tapi bak kata teman sepengembara keme, bawok la kamera yang canggih manggih tu....memang berbaloi...kalau setakat kamera cap ayam katik keme...ni jer la yang dia mampu lakukan....huhu...apa apa pun...hati puas....cita2 terlaksana....
 
Berjumpa di lain siaran.....
 
 

 
 
 

Saturday 15 September 2012

Jordan - Mencari Harta Karun di Kota Petra, Warisan Dunia - Bahagian 1

Assalammua'laikum Pembaca Budiman


Kenapa tak de kenderaan lalu kat jalan ni ? ngape lak aku boleh tersadai kat tepi jalan ni..Kompius aku ni...ish..ish..ish.betul ker jalan ni, papan tanda tu kata betul dah....


Hari ke -3 aku dan geng di Jordan, seharian aktiviti kiteorang hari ni nak jadi ahli archaelogy dan topologi mencari harta karun kot2 masih ada yang terselit kat celah2 gunung kat Kota Petra ni. heheh... Kiteorang bergerak agak awal pagi kerana jarak perjalanan yang jauh. Lebih daripada 2 jam perjalanan ke selatan Jordan. Di tengah jalan singgah tang mana ntah aku pun dah lupa, beli sarapan dan makan dalam kereta jer....
 
Kalau kome ke Jordan, tak lengkap kalau tak menjejaki Kota Petra ni kerana ia merupakan salah satu daripada beberapa keajaiban dunia yang diwartakan. ajaib ker ? Jadi mengembaralah, dan lihatlah peninggalan dan kesudahan orang2 dolu kala serta ambil lah iktibar dari setiap kejadian yang Allah ciptakan. Disamping itu...hidup mesti mau enjoy.......



Dalam perjalanan yang jauh itew, aku tertidor sebab dah kenyang bersarapan, tup-tup sampai kat tempat ni dipertengahan jalan, singgah jap, abadikan gambor...hehe
Tempat ni adalah tempat persinggahan jemaah2 haji yang datang dari sebelah Egypt dan Afrika serta utara seperti Wilayah Syam ( Wilayah Syam terdiri daripada Jordan, Syria, Lubnan dan Palestin ketika itu ), Turkey dan yang seangkatan dengannya yang menggunakan kenderaan darat seperti kuda dan unta. Batu dinding ni jer pun yang tingge sebagai peringatan. Ke selatan lagi akan tembus la ke Saudi Al arabia itew...
Kalau kome baca pengembaraan aku di Semenanjung Sinai Egypt, aku ada sampai kat satu tempat persinggahan untuk jemaah haji berkumpul dan ada ukiran tulisan batu bersurat di tempat tu, dari sana para jemaah tersebut akan tembus pulak kat sini tapi di sini hanya serpihan bangunan ni aje yang ada, tak de la pulak batu bersurat aku jumpa kat sini, deme kata tempat ni lengkap dengan kemudahan asas pada waktu tersebut, seperti rumah persinggahan untuk jemaah berehat, bekalan makanan dan minuman untuk bakal jemaah haji dan yang dah jadi haji dan pengembara2 yang melalui jalan ni serta binatang tunggangan mereka juga. Begitu lah kepayahan yang di lalui oleh para jemaah dolu kala dalam menyempurnakan tanggungjawab mengerjakan haji, dan aku pasti masa yang deme ambil untuk pergi dan balik mesti memakan masa berbulan2. Aku tak dapat bayangkan betapa tabahnye deme dalam menempuh perjalanan yang terlalu jauh dan merentasi padang pasir yang sememangnya menjerihkan...malamnya yang amat sejuk dan siangnya seperti matahari mencacak di atas kepala. Lihatlah kita hari ini...segala kemudahan di hujung jari....fikirkan dan bandingkanlah dan bagi aku terlalu amat bersyukur atas nikmat Allah yang tidak terhitung diberikannya kepadaku.



 
Sebelum sampai ke Kota Petra, kiteorang singgah jap kat satu tempat yang dinamakan Mata Air Nabi Musa, masih wujud sampai ke hari ni mata air ni. ia terletak di tengah  bandar, kat tepi jalan jer sebelum sampai ke Petra. Airnye jernih dan sejuk, kat mana kedudukan mata air tu tak pulak aku perasan sebab sekelilingnya dah dibuat binaan, ada takungan dibuat di situ dan aliran air seperti parit. Aku pun tak pasti kenapa dinamakan Mata Air Nabi Musa, mungkin Nabi Musa pernah singgah di kawasan ni dalam perjalanan dari Egypt ke Kanaan ( iaitu tanah yang dijanjikan ). betul kot kenyataan aku ni, kalau salah harap dibetolkan.

Di sekeliling kawasan yang dinamakan Mata air Nabi Musa tu ada banyak kedai2 termasuklah kedai cenderamata. Aku sekadar jeling2 jer...kat Amman lagi muroh....hehe...
 
 
Sampai kat pintu masuk ke Kota Petra ni, kitaeorang ke toilet dulu, kemestian...hehe...toilet nyer bersih dan selesa yer....kendian baru pegi cari kaunter tiket. Aduh....mahal sungguh tiket masuk...JD 50.00............aaaaaaarrrrrrgghhh.... sabau jer la kan.....( tukaran duit Jordan ni lebih mahal daripada USD sedikit...so boleh bayangkanlah berapa ye...). Harga petrol di Jordan ni amat lah mahal aku tengok, ikut harga pasaran...ada sesetengah stesen minyak yang kiteorang berhenti tu JD 3.4 seliter lebih kurang kalau aku tak silap tengok...huish...berpeluh dalam dahi aku dibuatnye....deme kata sebelum Amerika menyerang Iraq dulu harganya amatlah muroh beberapa sen jer. Masa tu minyak deme salur paip kan ajer terus dari Iraq. Sekarang amatlah berbeza, tu sebab kot semua barang mahei ya amat.
 

Tiket masuk ke Petra yang berharga JD 50 sorang
 
Ngape ntah tetiba gambor2 yang aku letak kat sini tak leh dibesorkan...arggghhh....sungguh aku tak paham...
 
 
Masa ni baru nak mula menapak, semangat ya amat...berkobar2...kitaorang bawak air mineral jer, tak de makanan..tapi kat dalam Kota Petra tu pun ada jer restoran yang jual air, tapi korang tau2 jer la harga dia kan.... bagi aku, mana aku boleh jimat, aku jimat...sebab pengembaraan aku kali ni jauh lagi dan akan makan masa 2 minggu lagi. Jadi nye kena lah pikior banyak kali...
 
Pemandangan pada mula2 perjalanan ni tak mengancam mata aku langsung, kome tengok jer la gambor atas ni, setakat bukit2 batu bertarah cam gitu2 jer kan....aku pun tak tau berapa jauh kena jalan masuk. Teringat aku masa  panjat gunung Thursina, jalan jauh cam ni gak...macam tak sampai2. Nak naik unta, aku tak tahan bau unta yang tak pernah mandi tu dan tak sanggup nak perabih duit kat tuanpunye unta tuh, kerahkan ajer tenaga yang ada....
 

 

Dah jalan jauh sikit, kiteorang singgah jap ambik napeh...releks kat kerusi yang ada dan tengok2 keliling, klik mana2 yang berkenan....dah jauh jalan tu baru la nampak bukit yang elok tarahannya, baru datang semangat semula nak teruskan perjalanan...memang jauh ya amat berjalan menuju ke lorong sempit yang aku baca melalui beberapa sumber. Tapi tak pe la, dah sampai, kena teroka semua kawasan...mana la tau...jumpa duit syiling emas seketul ke kan...seronok nyer berangan...hehe
 
 
 
 
 
 
 
Gunung berpahat belakang aku tu dipanggil Tomb of the Obelisks, struktur di bawah 4 ketul Obelisks berbentuk macam piramid sikit tu kan, dinamakan Torm of the Triclinium,  aku tak tau la kenapa nama dia cenggitu, mungkin ia merupakan struktur ukiran zaman Greek atau Nabataean kerana Petra ni adalah merupakan khazanah purba peninggalan Kerajaan Arab Purba Nabataean. Kawasan ni masih diluar Siq. Dari Obeliksk ni ke tempat mula Siq tu dalam 300m lagi kena menapak.  

Jalan dan jalan dan jalan lagi....baru la nampak dari jauh lorong sempit tu yang di panggil Siq. Lorong yang dikelilingi oleh gunung2 yang di tarah dengan berbagai rupa bentuk. Walaupun berada di tengah gurun batu tandus, cuaca sejuk dan nyaman sebab masih pagi lagi dan dikelilingi gunung2 batu yang sejuk . Lagi pun aku pegi akhir musim sejuk. Jadi nye memang sejuk la.... Ni baru nampak sikit jer daripada keseluruhan Petra....belum teruja lagi ni. Kalau kome nak ke Petra, pada pandangan aku dan berdasarkan pengalaman, elok pergi dalam musim sejuk sebab kome akan berjalan berkilo2 meter kat dalam tu, melainkan kalau kome suka naik unta la... jadinya tak lah rasa penat sesangat dan belengas satu badan. Masa aku pegi ni pun, bila matahari dah menegak atas kepala tu rasa la jugak panas nye tapi angin sejuk tu menyelamatkan keadaan.  
Aktiviti rasmi bila mengadap kamera...
 
Aku dah masuk ke laluan sempit ni atau SIQ, tenganga la sekejap mendongak ke atas nengok batu2 gunung tu dengan rupa bentuk yang amat mengagumkan pada mata minda aku ni. Cantik dan berseni, berwarna warni batu2 gunung ni, ada warna merah jambu, kuning dan kebiru2an dalam bentuk yang beralun2. Walau pun dah makin terhakis dek masa beribu tahun namun aku boleh dapat tengok dan mengagak dalam bayangan kotak minda aku betapa gahnya kawasan ni masa zaman keagungannya, patut la pun tempat ni menjadi rebutan dan ditakluk oleh kerajaan2 yang besar berkuasa.
 

Pelancong2 menghayati keindahan rupabentuk cenuram2 di Siq 
Laluan sempit di cenuran batu2 gunung ni adalah sepanjang 2 km. jauh kan....maka bersedialah untuk menapak berkilo2 meter lagi selepas sampai ke tempat seterusnya....
 
 
bersambung........di bahagian 2 nanti
 
 
 
 

 

Saturday 1 September 2012

Jordan - Laut Mati - Jom Pakat2 main lumpur dan berenang...

Assalammua'alaikum Pembaca Semua



Laut Mati - Seluas mata memandang - Tempat terendah di dunia ( betul ke ni, betul la kot kan...).
aku dah sampai...horey....best nyer....

Hari ke-2 aku dan geng kat Jordan ni. Aktiviti hari ni aku nak rasa tahap kemasinan air laut di Laut Mati. Kome tahu tak peratus kemasinan air laut di Laut mati ni berapa? Google sendiri la ek....then bagitau kat aku....sebab aku pun tak tau tapi malas nak carik maklumat.




Bukti aku dah sampai kat sini..so kena la abadikan dulu....walau dah tengahari nak ke petang tapi tak panas puuunnn...heheh, kitaorang pilih tempat yang berbayor sebab ada kemudahan tandas dan bilik mandi. Ada jer kawasan awam yang lain kat sekitar laut mati ni. Jadi kawasan kiteorang masuk ni kiranya private area la.

Tak silap aku daratan sebelah sinun tu Israel rasanye...kawasan ni bersih dan amat sesuai untuk aktiviti pantai. Tenang dan mendamaikan pemandangan di laut mati ni.





Kitaorang cari tempat lepak paling best dan paling dekat dengan laut, tapi tak de yang sesuai...semua jauh...tak pe la...ada pulak yang dekat dah dikebas dek orang lain, dah jenuh pilih tempat yang sesuai tu walau jauh sikit dari gigi air, kitaorang pun mulala tergedik2 tak sabau nak menjejakkan tumit kat air tu dan rasa masin ayor nyer takat mana.
 
Letak jer beg aku terus jalan kat gigi ayor tu, terjumpa sorang mamat arab ni tengah memaskerkan dirinya ngan lumpor itam...aku tanye dia mana aku nak dapat lumpor tu. di tunjuk disebelah kiri dia dan jauh lak tu dari tempat aku tu...tapi nak lumpor punye pasal aku ajak geng2 aku ke sebelah pantai satu lagi. cari pot baru, sambil jalan2 tu ada sorang mamat pak jordan penjaga pantai tu macam tau aje aku nak cari apa, terus dia bagitau pot lumpur tu...hehe...sonang kojo den....



Hehe...suke nye masuk laut...dan tak akan tenggelam....walau kome tak tau berenang ataupun mengapungkan diri..macam jelitawan2 di atas itew.....automatik kome akan terapung....jangan riso....tiada istilah lemas di Laut Mati....itu lah kuasa Tuhan Yang Maha Pencipta, banyakkan bersyukur.... ( kalau kome ade dengor berita orang mati lemas di laut mati, kabor kat teman ek....teman kene ler ubah statement ikut fakta...wakakaka), tapi kalau mati terkezut dek terminum berliter2 ayor masin pahit tahap gaban tu, mungkin ada la kot kan ( sanggup ker...eeeee )
Sapa yang takut tenggelam tu kome lempor kan aje dia kat laut mati ni....mesti lepaih tu hilang phobia dia...hehe...


Kitaorang tak tenggelam pong, Tak caye jugak....see the leg la....
haha....kome boleh ?
Ayor laut ni jernih, boleh nampak batu garam tu kat dasar dia, tapi kena hati2, terpijak sakit weh...tajam2 batu nye...tu sebab keme pakai selipor.


Betapa gumbiranye berada di tengah2 Laut Mati tu....lupa nak bawak majalah baca sambil terapung...ish ish ish..camne buleh lupe pulak ni....
kalau kome ke Laut Mati dan berkeinginan menjalankan aktiviti macam aku ni, elok bawak selipar...pantai nye  penuh ngan batu garam, nanti berdarah kaki kome pijak batu2 tu, tajam dan menyukarkan pergerakan terutamanya di tepi pantai.


Ada macam puteri intan terpilih tak ?  hikhikhik...ada dua benda kome boleh buat bila kome pegi ke Laut Mati.
1..kome kena mandi dan cuba tenggelamkan diri kome...kalau kome berjaya menenggelamkan diri kome tu, keme rasa kome adalah makhluk asing..kahkahkah.... 
2...ambik lumpur kat tepi laut tu dan lumurkan ke seluruh badan kome ( seperti makhluk dalam gambor di atas tu....anak sapa la tu..ish ish ish ), pasti lembut cam kulit bayi...dan ada khasiat lain, orang kata elok untuk penyakit kulit...tak caye...cube le sendiri...air laut tu pun elok untuk penyakit kulit.
Tu pasal keme sanggup bermain lumpor......masa budak2 dulu tak terpikior la pulak nak lumurkan selut bendang tu kat badan kan....ish ish ish....

 
Bila kiteorang leka main dengan lumpor dan keluor masuk laut tu, sedor tak sedor dah nak senja...ish....cepat sungguh masa berlalu, rasa tension pun ada, sebab lumpor2 tu tak betul2 kering lagi, masker original tu.... aku dengan muka tak malu nye pegila berjalan-jalan menyusuri pantai tu nak tanye pada sapa2 yg ada kat situ jam dah pukul berapa, ada yang takut ngan aku pun ada bila aku dekat ke deme...agaknye demer ingat aku giler kot...hehe...
 
aku tanya jam pukul berapa dalam bahasa inggeres, sepatah haram demer tak paham...kendian aku pulun hentam bahasa malayu dengan bahasa isyarat, baru demer nak paham....hampeh tul....minah2 dan pak2 arab ni nengok aku macam makhluk asing dari planet  mana ntah dapat pulak main lumpur kat bumi demer tu...dah tu malu2 lak tanye kat aku kat mana nak dapatkan lumpur yang deme nampak best jer aku lumur kat badan aku ni...maka dengan serta merta deme ikut aku mengorek lumpur tu sama2. Suker jer deme nak ikut aku menggila ngan lumpor ni. Aku rasa minah2 arab ni mesti gian nak buat macam aku tapi nanti takut kaum deme marah dan kata deme buang tebiat...aqak jugak dapat susah nanti....hiiiihaaaa....


Dalam perjalanan balik kiteorang singgah la kat satu masjid ada Makam Nabi Syuib, solat jamak asar & zohor then sedekah Al-Fatihah, kendian driver pecut ke Mt Nebo tapi tersangat lah keciwa nye kitaorang sebab dah gelap dan dah tutup pun tempat tu...maka turunlah kiteorang dengan perasaan sedikit hampa....InsyaAllah, kalau ada rezeki di lain tahun mungkin akan dapat ke sini kaaaaaaaannn.


Pagi tu sebelum menuju ke Laut Mati kiteorang disinggahkan ke Universiti ni untuk menghabiskan masa menunggu kereta sewa yang tak sampai2.....kiteorang jalan kaki jer pun dari hotel...dokek jer ruponya Uni ni....disebabkan kelewatan itu lah aku tak sempat mengeringkan masker lumpor tu sekering-keringnya....hahaha.....


Jalan menuju ke Mt Nebo.....dipersimpangan....dah senja


Dah gelap pun sampai kat atas ni, jadinye kiteorang berhenti je la kat tepi jalan untuk abadikan sekeping dua gambor kat sini.....
 
 
Balik dari laut mati ni berbekalkan kepal-kepal lumpor untuk bawa balik ke Malaysia.....best....