Saturday, 10 January 2015

China - Li Jiang - Episod 11 - Skodeng Si Naga Biru di Black Dragon Pool, Li Jiang Old Town

Assalamua'laikum Warohmatullah kepada pembaca Muslim sekalian dan salam sejahtera kepada pembaca yang bukan muslim. Terima kasih kerana masih mengikuti cerita kembara yang keme kongsikan di blog ini.

Black Dragon Pool....Menunggu Naga Biru muncul.....

Bangun pepagi di Li Jiang Old Town ni terus berasa lapor. Memandangkan makanan halal mudah untuk di cari maka otak dengan serta merta memberi signal ke perut. Apalagi kan, kiteorang keluor ler seawal 8.30 pagi menapak ke jalan besar di luar kota lama untuk mencari restoran. Kiteorang bercadang untuk naik bas bandar dan akan turun di mana sahaja ternampak restoran muslim. Seluk poket keluorkan 1 yuan sorang untuk memudahkan bayor tambang bas. Keme kumpulkan banyak jugak la duit kertas 1 yuan ni buat tambang bas. Jadi dah tak perlu la risau nak cari tukar 1 yuan di kedai2 bila nak naik bas.

Menunggu bas di perhentian di jalan besor diluar kota lama Li Jiang arah ke barat.

Naik bas no 2 di seberang jalan arah ke barat, tak tahu lagi di mana ia akan berhenti, kiteorang ikut sahaja lenggok bas dan bila sampai di perhentian ke-3 atau ke-4 keme dah tak ingat dah, semua orang turun. Kiteorang pun tersengih2 kene la turun jugak kan. Rupanye perhentian akhir untuk bas no 2. Lepas tu dia akan pusing balik, Mundar mandir di sekeliling kawasan tu ternampak sebuah bangunan menempatkan bas ekspres. Lama keme pikior kendian baru keme tahu, di sini ghupernye bas2 pelancong melepak sementara menunggu pelancong melawat ke Black Dragon Pool. Teruskan lagi berjalan. Jumpa pulak tempat teksi berkumpul. Banyak teksi beratur samada jenis kereta atau van. Okay la. Pandang keliling cari2 kedai makanan muslim kerana terdapat deretan kedai makan disitu. Pusing pulak kepala mandang ke seberang jalan, laaaaaa........kawasan Old Town..hehe. Kiteorang mengelilingi old town ni jer ghupernye tapi dari luar.

Kedai makan muslim di luar kota lama Li Jiang berhampiran laluan ke Black Dragon Pool. Di sini lah berkumpulnya teksi2 dan bas2 pelancong.

Nampak jer kedai makan muslim ni, kiteorang jenguk2 jengulkan muke dulu sebab tak de orang kat dalam dan kedai pun baru di buka untuk memulakan operasi hari ni. Deme sibuk kat dapor kot. Tuan kedai makan ni bukan lah orang tempatan tapi berhijrah dari Lanzhou di utara China. Laki bini buka kedai dan anak pun bawak sekali ke kedai. Anak yang berumur linkungan 10-12 tahun membantu membersihkan meja sementara yang bayi dok kat dalam kerete sorong tu. Kaum minoriti di China dibenarkan mempunyai anak lebih dari seorang.

Kiteorang bagi salam kepada tuan kedai dan melihat menu yang dipamerkan di dinding kedai. Nampak semua sedap belaka. Nafsu mata sungguh. Tengok menu pun boleh tergedik2 sedangkan keme dengan buddy jer masuk dalam kedai tu, tapi macam ade 10 orang riuhnya kiteorang menyembang dan gelak2 sampaikan tuan kedai pun hairan tengok keletah kiteorang.  Kendian kiteorang pesan mee tarik yang berbeza. Nak rase lain2 menu la katakan. 

Tuan kedai sedang menguli tepung dan meracik terus masuk ke dalam periok untuk direbus.

Keme menyelinap masuk dapor dan skodeng tuan kedai sedang menarik mee. Memang unik cara dia buat. Tepung yang diadun diuli menjadi mee dan direbus. Seterusnya digoreng mengikut menu yang kiteorang pesan. Memang terbaik la. Ini lah pengalaman pertama keme memakan mee tarik yang begitu enak di Yunnan. Keme jer la yang panggil mee tarik sebab keme tak tahu deme panggil apa mee cenggini. Keme syorkan kepada mengkome semua sekiranya berkunjung ke Li Jiang, silakan makan masakan mee di kedai ni. Kome akan ulang berkali2 ke kedai ni macam kiteorang. Tak caya cube la..haha...

Ini lah menu sarapan pagi kiteorang di Li Jiang. Mee yang padat dan sedap dan jika tak cukup pedas boleh tambah cili yang disediakan secara percuma. Sedap kome, memang sedap giler. Kerana mee ni juga la yang membuatkan keme menanam azam akan mengembara lagi ke China tapi bukan lah ke tempat yang sama kan. Cuma keme akan cari mee tarik ni di wilayah2 lain pulak. Kos sarapan pagi ni RMB 30.00. Walau sedikit mahal berbanding menu2 biasa di lain2 restoran mee, tapi yang ni cukup enak dan puas hati. Kome percayalah yang mee sepinggan ni boleh buat keme kenyang sampai ke petang.

Kiteorang keluor dari kedai dengan kekenyangan teramat. Meninjau keadaaan sekeliling dan meneruskan menapak ke destinasi yang ingin dilawati iaitu ke Black Dragon Pool yang berada di belakang restoran ni jer. 

Tangga di belakang kedai makan menuju arah ke Black Dragon Pool

Berjalanlah keme ke belakang menuruni tangga2 yang ade disekitar kawasan tersebut. Ia adalah sebahagian daripada kawasan old town dengan bangunan2 lama yang diubahsuai menjadi kedai2 menjual barangan cenderamata dan hasil2 seni mereka. Keme tak la berapa minat sangat nak skodeng kedai2 ni, jeling jer sambil jalan. Cuma tengok senibina nya sahaja yang masih di jaga dengan baik.

"Mat Bunge" minta keme ambik gambor dia tepi bunge....hehe

Black Dragon Pool ni sebenarnya bersambung terus ke Old Town. Kalau berjalan kaki dari Timeless Hostel tu adalah dalam 1.5 kilometer jauhnya ikut pengiraan keme sebab dalam perjalanan balik ke hostel esoknya selepas sarapan pagi di kedai yang sama, keme jalan kaki ajer. Keme tak tahu la sejarah nye tapi ianya macam taman diraja la kot dedulu kala. Kalau kome nak tau sejarah deme boleh lah tanye pakcik google.

Laluan ke Black Dragon Pool sepanjang sungai

Terdapat sungai dan anak2 sungai di laluan ke Black Dragon Pool ni, cantik dan bersih sungainye. Terdapat juga beberapa air terjun di laluan tersebut. Tenang jer laluannya.  

Pintu masuk ke Black Dragon Pool. Langkah bendul tu terdapat kaunter tiket menunggu kite mengempiskan poket.

Black Dragon Pool ni sebuah taman berbayar. Mana ade tempat tarikan pelancongan di China ni yang percuma kan...Bayor jer la, jangan banyak soal.

Harga tiket masuk RMB 80.00

Laluan di taman sebelum sampai ke tasik.

Air terjun dimana airnya mengalir dari tasik

Abadikan kenangan dulu kat mini air terjun ni.

Masa keme pergi ni alhamdulillah orang tak la bersesak2 sangat seperti di hujung minggu. Lega la sikit ade ruang untuk bergediks tanpa gangguan.  Tu pun ramai jugak sebenornya terutama rombongan orang2 pencen warga tempatan dari wilayah2 lain di China. Pergi la ceruk mana pun di China ni, mesti ade ramai orang nye lah.

Lepas jer melewati kawasan air terjun seperti kome tengok gambor di atas tu, nampak lah sebuah tasik yang sangat cantik memukau mater berlatang belakangkan sebuah gunung yang puncaknya dilitupi salji...Oh Tuhanku...cantiknya ciptaan Mu....keme terpaku tanpa sebarang kata-kata...

Tengok gambor keme dulu sebelum keme sajikan gambor tasik dan pemandangan sekeliling berserta puncak gunung yang sungguh mencengkam retina mater yang paling hujung. kihkihkih... 

Sila la jeles pada sesapa yang belum menjejakkan kaki ke sini ye.....haha

Cuaca pulak hari tu cukup baik, matahari keluor tapi tak panas sangat dengan angin yang nyaman. Memang sesuai sangat bergediks sampai muntah dan tak sedor ke dighi. Langit biru dan menampakkan Jade Dragon Snow Mountain di belakangnya. 

Ini lah Black Dragon Pool. Taman diraja semasa kerajaan dinasti Qing memerintah China.

Pool ni terletak di sebuah kaki bukit yang dinamakan bukit gajah, Air dari tasik ni mengalir turun terus memasuki kawasan old town melalui anak2 sungai yang berada di sepanjang kawasan ni. Maknanya tasik ni terletak lebih tinggi kedudukannya daripada kawasan old town itu sendiri. Kalau kome berjalan dari old town ke arah tasik, kome akan dapati sedikit mendaki dan sebaliknya bila menuju old town dari tasik. Gitu ler keadaannya keme ceritakan pada mengkome....

Katanye dia model baju...

Kiteorang berlegar2 sambil melihat sekeliling, terdapat beberapa juru photo yang menawarkan perkhidmatan mereka untuk mengambil gambor. Keme idok ler nak guna perkhidmatan deme ni walaupun deme ambik gambor memang cantik giler. Keme peghati jer deme tangkap gambor orang lain. Kendian keme ambik kemera dan tiru dari penjuru mana deme ambik. Tapi tak lah dapat seratus persen serupa macam deme buat. Deme guna kemera super canggih punye, keme cukup la setakat kemera katik ni...

Keme diam2 ngekor juru photo pro, skodeng deme ambik gambor dari penjuru mana. Kendian bile deme dah pindah ke tempat lain, keme buat la pulak macamana deme buat. Cukupla setakat buat kenangan keme di sini.

Keme datang sini tanpa tau sejarahnye pon. dan keme tak nak kisah pun apa sejarahnya. Yang penting keme datang ke tempat yang sungguh cantik di Li Jiang ni.

Keme berjalan2 di sekitar tasik ni jer. Idok ler keme skodeng sampai ke tepi2 hutan belah dalam sana nun... penat jalan jauh2...

Jenuh keme seru si naga biru...siap letak pasu besor suruh dia masuk ke situ...sampai ke sudah dia tak mau memunculkan kepala...hehe...merapu dah keme ni...hehe

Sempat lagi si buddy keme tu mengengoh kat taman tepi tasik tu sementara keme berjalan2 mengelilingi tasik. Memang tak boleh harap la nak suruh dia ambik gambor keme...dibantai nye tidor. Orang pulak tak ramai kan..apalagi, ambik kesempatan ler dia... Keme pun melepakkan diri betul2 di gigi air tepi tasik sehingga hampir2 jugak terlelap nunggu dia bangun...

Bila dah sedor dan segor semula, kiteorang sambung lagi jalan. Boleh lagi tu mulut si buddy tu ngabor lapor...baru pukul 12.00 tengahari ker masa tu atau pun tak sampai tengahari lagi kot...kuat makan sungguh. sebab dah terbiasa bangun tidor jer cari makanan kan. tu baru pusing separuh tasik. Ade separuh lagi bahagian tasik ni tak selongkar lagi.  

Bangunan tengah tasik belakang keme tu tempat raja dulukala mencari ilham..

Akhirnya, kiteorang ikut jalan pintas ajer di tengah2 tasik merentas ke sebelah sana. muahahahaha... Bukan panas pun tapi malas berjalan punye pasal. Mungkin sebab terlebih makan mee tarik kot pagi tadi buat perut keme terlebih kenyang dan badan jadi malas.


Cukup cukup la tu kan.......

Peace yoo... Ade sorang pelancong tempatan datang sorang2, minta kiteorang ambikkan gambor dia...makanya kene ler tolong kiteorang pulak kan...ambik ko...

Keluor masuk ke Black Dragon Pool ni melalui jalan yang sama. Dalam perjalanan balik keme skodeng lagi satu air terjun kat laluan situ. Yang ni tinggi sikit. Memang best la tempat ni untuk beristirehat dan menenangkan keserabutan otak.

Air terjun mini di laluan ke Black Dragon Pool.

Keluor dari Black Dragon Pool, kiteorang naik bas balik ke hostel, tak larat nak jalan. Dok kejap jer kat hostel tu. Lepas solat jamak zuhor ngan asor, kietorang keluor semula ke pasor deme dimana rakyat marhain berbelanja. Saje nak skodeng pasor deme apa deme jual.

Keluor tunggu bas no 2 semula tapi arah ke timor dan bas ni akan pusing sampai la ke Zhongyi Market di sebelah selatan Old Town ni. Senang jer. Naik satu bas, tak payah tukor2 bas. tambang 1 yuan jer. Keme masuk pasor dan tengok apa ade kat sana.

Keme jumpa tukang jahit ni kat tepi2 pasor tu, keluorkan seluor jean yang keme beli di Shangri La, minta deme potong kaki seluor. Deme caj 10 yuan untuk satu seluor.  Sekejap jer deme buat.

Skodeng pulak peniaga sedang memecahkan kulit buah walnut. 

Jalan lagi masok ke dalam pasor....jumpa kawasan buah-buahan....

Kat pasor ni meriah sungguh dengan buah delima... musim nye kot. Keme tak rajin nak ngopek dan makan gitu jer...jenuh...nak minum ayor yang diperah tu macam geli la pulak sebab penjualnya bukan muslim. Kang otak keme jenuh bersoaljawap...

Jalan pulak ke kawasan pasor kering...

Kedai teh#1
Kedai2 menjual teh keluaran tempatan... kome tahu kan teh pu'er yang terkenal tu...yang selalu orang buat serbineer dalam bekas cantik2. kat sini beli timbang jer...RMB60 jer sekilo. tu harga sebelum keme minta kurang la, kalau nego lagi tu mau murah lagi keme dapat...tapi disebabkan keme tak berapa nak minat, keme tak layan ler penjual2 ni. Stok teh keme beli masa keme pegi Beijing dan Guangzhou dulu pun melambak lagi kat rumah .... 

Kedai teh#2

Yang ni keme tak tahu apekebende nye.. Nak bace tak gheti mengeje...kehkehkeh.

Geram sungguh keme tengok anggur ni

Dalam perjalanan balik, naik bas yang sama terus ke hujung semula sampai di hentian akhir sebelah timur , kiteorang singgah dulu di kedai makan untuk buat isian semula. Keme tak la lapor sangat petang tu tapi si buddy tu nak makan jer kojenye, terpaksa ler keme pun makan sama. hehe..alasan tak abih2 kan.

Ha...tu dia..menu dipaparkan di dinding kedai...ngange pilih...


Dapat nasi + daging masak merah....tak ingat dunia... keme masih angau dengan mee tarik.. Makan petang untuk malam sekali...

Esoknye selepas makan sarapan di kedai yang sama berulang2 kali kan, kiteorang tak naik bas untuk balik ke hostel. Kali ni jalan kaki jer menikmati udara pagi yang nyaman di old town. Keme kabor dah ke kome, kiteorang makan berulang2 kali kat kedai ni kan, maknanya memang sedap kat tekak la kan. hehe..

Sambil jalan lenggang lenggang kangkong, terjumpa kincir ayor lama...lepak la kejap kat sini. tengok2 orang, layan masuk kedai kiri kanan jalan..  


Kincir air di Li Jiang Old Town..jenuh nak nunggu orang ambik gambor silih berganti kat sini..

Asalnye kiteorang nak dok 3 malam kat Li Jiang ni, tapi rase nak pergi tempat lain pulak. Jadinye kiteorang batalkan malam ke-3 tu dan daftar keluor tengahari tu menuju destinasi seterusnya.

Dari depan terminal bas Li Jiang...selamat tinggal Li Jiang

Berita yang baru keme terima kejap tadi mase menulis ni. Hari ini 10 Jan 2015, Si Buddy dapat gambor terbaru hari ni dari owner Timeless Hostel Li Jiang Old Town. Kat sana sekarang ni tengah turun salji kome...sejuk sampai ke tulang sumsum... Itu di Li Jiang, cer kome bayangkan pulak Shangri La yang jauh lebih tinggi daripada Li Jiang ni...mesti beku nye la kan. bak kata owner hostel di Shangri La dulu ke keme...buka paip tak keluor ayor...semua jadi ais...

Kome tak nak menjelajah ke sini di musim sejuk beku ni ker? Kalau sanggup, pegi ler....hehe

 Li Jiang membeku dihujani seleju memutih...ni la ghuper Li Jiang hari ni. 10 Jan 2015...

Li Jiang Old Town. kelabu dan hanya nampak atap yang umpama diliputi tepung gomak jer, terima kasih pada owner Timeless hostel yang berasal dari Beijing tu menghantor gambor ni ke buddy. Deme berdua dah jadi kamcing gitu...saling berutus maklumat...

Nasib baik masa ni matahari masih mahu muncul dan menyinari alam buana..kan.....dapat la bergediks dengan gembira dan puas hati...kalau bersalji jangan harap la gambor cun cenggini...

Gitu ler ceghiter pengembaraan keme ke Li Jiang Yunnan China ni. Cukup la keme pusing Old Town dan kawasan sekitarnye saja. Memang tu jer pun tarikan di Li Jiang ni selain Shuhe Ancient Town. Bnadar Li Jiang adalah perhentian utama bagi pengembara untuk ke Tiger Leaping Gorge. Selalunya pelancong akan menetap di Li Jiang dan pergi ke Tiger Leaping Gorge untuk sehari dua dan kembali semula ke Li Jiang. Tak ramai pelancong akan ke Shangri La.

Semoga berjumpa lagi di lain siaran, di lain kesempatan. Keme harap pembaca semua terhibor dan mendapat sedikit maklumat dari pengembaraan keme di sini.

 Sekian, wassalam.

21 comments:

  1. salam singgah dan follow, wah best nya jenjalan ya, bila lah kaknoor berkesempatan berjalan2 macam ni..

    ReplyDelete
  2. wahhhh! cuaca memang best betollll! naga je takde kan. kalo betol2 ada tak sempat nak larik kot. hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, cuaca baik sepanjang pengembaraan akak ke sana

      Delete
  3. Cantiknyaa...pemandangan kat situ kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik, cuace pulak elok. puas hati la masa tu.

      Delete
  4. Teruja berganda-ganda kak...lebih2 lagi nengok anggur tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anggur tempatan, manis dan fresh dari ladang....

      Delete
  5. Mee tarik pulak.. mengigil cacing dalam perut teman terliur negok mee tarik tu.. huhuhuhu....
    Kome beli ke anggur tu.. geram teman negoknye.. siap berdaun lagi..

    ReplyDelete
  6. Sedap giler mee tarik tu..hehe
    Yup...keme beli anggur tu buat dinner...

    ReplyDelete
  7. cantik2 gambo miker ye.. macam teringin pulak nengok nya..

    sekali ke China dulu, terus x berapa nak suka.. pengalaman teruk betul masa tu.. siap pitam2 lagi..

    ReplyDelete
  8. kak, ada info tak kalau dr lijiang nak ke jade dragon mountain mcm mn?? kot kot la tau ke.....semua entry saya buat rujukan terutama hotel, no bas, tambang.. terima kasih byk!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak tahu tu.
      Tapi jangan risau kalau tak dapat info sekarang.
      Bila sampai ke hostel di Li Jiang, bersembanglah dengan pihak hostel, mereka akan memberikan maklumat terperinci ke sesuatu tempat dan selalunya akan ada trip secara berkumpulan oleh backpackers bila berkumpul.

      Delete
  9. Cntiknyer black dragon pool.... mi yg untuk bfast tu, mcm kueh teow ya... seronok dpt rsa pns dn salji..... tp pns tu pon...mesti x pns sngt kotnyer... tp overall mmg cntk tmpt ni... blh di masokkn dlm bucketlist yg udah tumpah itu...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik tempat ni kalau cuaca baik.
      Mee tu ade macam2 jenis bergantung pada apa yang kita minta.
      panas2 manja kan...pas tu berangin pulak...sejuk ler jadinya.

      Delete
  10. Kak, sebenarnya ada je laluan free. Kteorang kan pergi secara bajet, so nak bayar entrance fee RMB80 tu memang la liat, lepas tu kiteorang lepak2 kat luar tu dulu sebab kebetulan dah petang sangat baru nak masuk Black Dragon Pool, macam sayang je, lepas tu ada local people ni offer nak jadi guide kteorang tunjukkan laluan tanpa perlu bayar entrance fee, tapi dia amik upah RMB15 sorang, yg lain nak saya degil tak nak, dalam hati saya kata nak cari sendiri, gila lah macam boleh jumpa, yang lain semua frust sebab teringin nak masuk tengok, saya kata kita jalan dulu ke depan, kteorang pon jalan je la tinjau2 sampai ke jalan besar, jauh jugak jalan, kanan black dragon pool sambil jenguk2 dari luar ke dalam dengan hati teringin nak masuk, kiri jalan besar menuju ke Jade Snow Mountain, padahal niat nak kluar ke jln besar nak cari makanan halal kot ada, tapi jalan punya jalan memang jumpa satu laluan ni , ada jambatan masuk tembus ke Black Dragon Pool, kteorang ni happy gile sebab jumpa laluan free tu sambil cakap ntah2 cina tadi tu nak bawak ikut laluan ni jugak la kot, dan klua kot pintu gerbang nya. Haha. Saya start terfikir mesti ada jalan belakang sebab semalamnya kteorang termakan pujuk seorang tour guide ni (dia blh speaking sebab tu tertarik, payah jumpa local blh speaking kt sana) kat Lijiang Old Town bawak pusing Baisha Town dgn kampung dia Yi Village, lepas dah round Baisha macam tak kena dengan cita rasa sebab antique lepas tu bawak pergi art school, kedai barang antique memang tak kene dengan jiwa langsung kteorang siap gaduh dlm bahasa 'ko la ni percaya cakap dia' haha.. Lepas tu bila request nak pergi Shuhe Old Town baru la kteorg ceria sebab shuhe sangat cantik cuma tak bebas bila dia dok tunggu, macam terikat la jalan dengan Tour Guide ni Adeh. Pastu sekepala dia amik RMB125 plak tu, saya la bising org len datng sini naik bas 1 yuen je berganda bezanya, dah balik tu baru dia bagi tau sebenarnya dia bawak guna laluan belakang so kteorang tak kena bayar entrance fee tu RMB80 utk setiap town. Baru la masing2 boleh terima jalan dengan dia ni compare datang sendiri. Haha. Gaduh kutuk2 dlm bahasa pon bukan dia paham siap complain wey apa la tempat dia bawak ni bosan gle.. Haha. Tu yang esoknya jln memang xpercaya dah kalau sapa2 nak promote package tour dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene bayar ke masuk shuhe old town tu ? Tak tau la pulak akak. Cemana korang boleh termakan pujuk rayu tour guide tu. Haha....

      Delete
  11. saya beli buah anggur tu tapi bila makan macam bukan anggur sebab lain rasanya sedapppp gilerrrrrr.
    yang pagoda besar antara jambatan yg org kata must capture moment here berlatarkan dua pagoda and background snow mountain tu, masa kteorg pergi dia tengah renovate, cacat gambar. huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fresh kan.... Sekali hadap licing....
      Takpe cacat gambor..yg penting dah tinggal jejak...hehe

      Delete
  12. Salam akak cantik nampaknya dragon pool tu. Must visit ke sana.. Dengar conversation akak² berdua ni dapat sikit tips, better begerak sndiri kan drbab tkot kalau jalan dengan tour guide tkot dia bawak jalan tah papem anyway nanti nt sana nak cari la laluan free tu thanks ya. N ada suggestion tak, saya 4 hari 3mlm di kunming, tp 1st night tak tau nak straight away ke li jiang atau stay dulu ke kunming. Any suggestion wahai otai? Tq :)

    ReplyDelete