Friday 27 April 2012

Egypt - Alex - Kubur di Tengah Jalanraya


Assalammua'laikum Pembaca Semua

Aku kembali bersiaran setelah 3 minggu bagi berabuk sikit2 blog ni. Balik dah seminggu tapi demam dan batuk yang berlarutan sampai sekarang ni buat aku malas nak update blog, pegi jalan2 ke kengkawan punye blog jer, sambung N3 yang aku tak baca lagi kat blog deme, tu pun tak abih2 lagi. Maklum la, aku ni muka baru dalam dunia blog, so nak baca N3 dolu2 kat blog diaorang tu makan masa, tambah2 kalau yang dah bertahun2 menulis...huhu...aku ketinggalan keretapi... 

Tapi dengan banggenye aku nak promo kat sini, aku dah khatam baca semua N3 blog Moh Kembara. Jangan tak caye....sekarang tengah mentelaah blog2 lain pulak, kena buat satu satu..terjugil juling biji mater aku nanti...aku suke cara diaorang mengarang dengan gaya bahasa dan idea yang tersendiri untuk bercerita. Mana yang cerita sedih tu, buat aku pun sedih sama, mana yang cerita gembira tu buat aku ceria sama, mana cerita yang berangan tu, buat otak aku melayang sama, mana yang suka letak gambor cantek2 buat aku jeles jer... time aku lapor tengok pulak gambor lauk pauk...huhu...tension jer perut aku. Next time aku akan promo setiap blog yang berjaya aku baca semua N3 dia...hehe

Aku di Qaitbey Citadel, Alexandria Egypt


Hari ke-11 aku di bumi Egypt. Malam tadi aku sampai ke Cairo semula dalam keadaan yang amat penat sebab panjat gunung. Bangun pagi ni kena habiskan jugak kembara aku di sini, pepagi kami menaiki van awam dari Rumah Melaka ke Ramses, nak cari bas ke Alex di utara Egypt. Kali ni Tour Guide aku tak dapat ikut, ada kelas. Jadinya tour guide lain ganti dia. Tour Guide ni jugak la yang ikut kitaorang ke Piramid dulu. 
Sampai Ramses, banyak jer kenderaan awam nak ke Alex, boleh pilih, boleh gaduh-gaduh lagi deme cari penumpang. Bila coaster dah penuh kitaorang pun bertolak ke Alex yang memakan masa lebih kurang 3 jam. Seriau tengok pemandu ni bawak bila sampai Alex dia masuk celah2 bangunan. Ada satu ketika dia lalu satu lorong sempit sampai bergesel dengan kereta sampai pecah cermin sisi kereta tu dan calar-balar kete tu dibuatnye sebab nak elak gaung parking kete kat sebelah satu lagi. Tak nampak rasa bersalah pun..huh..sian tuan punye kete tu. Kalau kete aku jadi gitu, mau meraung tang tu jugak...Selamba badak jer dia lalu tepi bangunan sempit tu yang bila2 masa roda coaster tu boleh tergelincir ke bawah tempat parking bangunan yang masih dalam pembinaan. Kalau jatuh memang pasti kitaorang penyek. Alhamdulillah masih selamat.

Kitaorang sampai dah tengahari dalam kul 12.00 pm gitu. Apa lagi, soru dulu la...lapor weh. Kitaorang terjah satu kedai makan untuk bersarapan + makan tengahari sekali. Macam biasa kedai makan tak de ayor minum, lepas tu kitaorang keluar pegi cari kedai ayor buah pulak. Asob ( ayor tebu ) segelas sorang. Terbaek.....

Bila dah kenyang baru ada perasaan nak mulakan kembara kat Alex ni, memoler kitaorang pegi masjid Nabi Danial, tengah bandor jer pun tempatnya. Kat masjid ni ada makam Nabi Danial ( versi lain kata makamnya ada juga di Jordan ), wallahualam. Sebelah makam dia ada makam Lukman Al-Hakim. Aku sedekah Al-fatihah pada  mereka walau siapa pun mereka ni.


Tangga untuk turun ke makam Nabi Danial dan Lukman Al-Hakim di dalam Masjid Nabi Danial


Makam Nabi Danial


Makam Lukman Al-Hakim

Kemudian kitaorang menapak ke sekitar bandar Alex ni, terjumpa tapak lama Coleseum tinggalan Rom di sini tapi aku tak masuk, tengok dari luar jer la. Aku nak tengok coleseum ni kat lain negara nanti ( nada riak ), tu la tak berapa excited nak masuk kat sini.

 
Aku di hadapan Coleseum Tinggalan Rom di Alex, tempat ni dalam bandar, cuma tinggal pentas dan tempat duduk jer, tiang2 byk dah runtuh.

Kemudian kitaorang menapak lagi sampai jumpa kubur betul2 di tengah jalanraya kat dalam bandar Alex ni. Kubur ni tak pulak dipindahkan ke tempat lain, mungkin deme biorkan jer sebagai tempat bersejarah dan menjadi satu daya tarikan keunikan bandar Alex ni. 


Ni la makam Abi Darda' dan 2 orang lagi sahabat nabi Muhammad yang diutus ke Alex untuk mengembangkan Islam, kiri dan kanan kubur ni adalah jalanraya. Tu pasa ler aku kate kubur tengah jalan raya.


Ni rupa makam Abi Darda' dan sebelah dia ni ada lagi 2 makam sahabat


Kemudian kitaorang meneruskan lagi kembara ke tepi pantai laut Mediterranian, sebuah kubu lama masa zaman kemasyhuran Islam dolu kala, dinamakan Qaitbey Citadel.

Jalan punye jalan sampai pun kat tepi laut ni
Angin jangan citer le kome, bukan sepoi2 bahase dah, boleh terbang keme, tapi disebabkan badan keme ni bukan lah se-ringan lalang, makanye dok je la kat situ.


 
Sampai dah aku kat tepi pintu kubu ni


Aku dihadapan pintu masuk kubu dari sebelah dalamnya.

Aku nak citer pasal kubu ni pun tak le bermaklumat sangat, kubu ni dibina oleh Sultan Qaitbey untuk menjaga penceroboh dari arah laut Mediteranean, makanye kalau kome nak tau google sendiri la ye...lagi pun aku ni bukannya minat sangat baca buku sejarah, tengok warisan sejarah tu boleh la...hehe...yang penting aku sampai dan bergambor kat sini.

Seterusnya kitaorang pegi buat lawatan ke masjid2 yang ada di sekitar Alex, sebelum tu kitaorang pekena asob segelas buat melegakan tekak, memandangkan hari dah makin petang, so kitaorang kena cepatkan langkah ke beberapa masjid tersebut.



Apa-apa pun, kitaorang rehat dulu dan minum segelas coke dan pekena aiskrim

Aku lupa nama masjid ni, cantek senibinanya

Aku dan penjaga makam di salah satu masjid, makam ni di namakan makam 12 wali dan ada 3 orang cicit Rasulullah dimakamkan kat sini dari keturunan Saidina Hussin, Al-fatihah buat mereka semua.

Kemudian kitaorang ke perpustakaan terbesar di Afrika, bukan nak masuk cari buku sejarah pun, sajer jer nak mengabadikan gambor aku kat sini, kitaorang sampai tu pun dia dah tutup, petang sesangat dah, boleh katakan dah senja pun...cantek senibina perpustakaan ni.




Kat luor perpustakaan ni ada replika dolu2 punye kejuruteraan, petunjuk jam, matahari, masa solat dan lain2.



 Aku dan kawan aku di hadapan Perpustakaan Alexandria


Kemudian, kitaorang rehat2 kat tepi laut ngadap perpustakaan tu tunggu waktu maghrib, aku dah lupa kitaorang solat kat masjid mana da, yang penting lepas tu kitaorang ambik coaster balik Cairo semula. 






Thursday 5 April 2012

Quick Update - Egypt - Ku Jejaki Mu Lagi

5th April 2012 / 13 Jamadil awwal 1433

Assalammua'laikum Pembaca Semua

Aku tak abih lagi  mengarang pengalaman aku mengembara ke Egypt sebagai tatapan pembaca, informasi bagi pengembara dan juga sebagai memori aku bila aku dah semakin lupa nanti. Tetiba tanpa aku rancang, aku akan ke sana lagi malam ni...hikhik...


Walaupun hanya transit untuk beberapa ketika dalam perjalanan pergi dan balik kembara ku kali ini, aku masih punye masa untuk jalan2 kat kota metropolitan Cairo yang aku kata dulu tak mau pegi dah kerana hampir keseluruhan bumi Egypt ini telah aku jelajahi dulu. Tapi Allah jua punye kuasa yang menentukan aku ke sana lagi.

Dah jejak tu, aku nak pekena  la asob nyer nanti, masih berharga 50 nus ( sen ) kah atau dah naik berlipat ganda. 
Kali ni musim panas dah bermula, pasti ayor mangga fresh nye dapat aku nikmati di merata-rata kedai buah. Harap2 ada la kali ni...
Masihkah strawberry nye berharga LE 4/kg ....akan ku kunyah dan telan sepuas-puas nyer nanti......
Aku nak perati teksinya samada masih guna kete zaman 60-an yang boleh dirungkai jadi besi buruk tu ker...
Juga lain2 fenomena kehidupan seharian penduduknya yang tidak aku paparkan dalam N3 sebelum ni akan ku kongsikan bersama pembaca selepas aku kembali...

Semoga kembara ku selama 2 minggu ini dirahmati....