Saturday, 3 January 2015

China - Li Jiang - Episod 10 - Old Town - Kota Lama Kerajaan Kaum Naxi - Warisan Yang Dipelihara Untuk Tatapan Generasi Moden Kini.

Assalammua'laikum Warohmatullah kepada pembaca sekalian.

Di Wuyi Street, Li Jiang Old Town

Keme tinggalkan Tiger Leaping Gorge dengan seribu kenangan dengan cuaca yang baik sepanjang pengembaraan di sana. Sampai di Qiao Tou, terdapat van lain sedang menunggu penumpang untuk ke Li Jiang. Seorang pakcik menyapa kiteorang dengan mengungkapkan beberapa patah perkataan bahasa melayu masa kiteorang sibuk menurunkan beg daripada van. Terkojut den... Apakah maknanya ye...samada dia pernah berkunjung ke Malaya ataupun memang ramai pelancong dari Malaya ke sini.

Skodeng restoran muslim di Qiao Tou

Kiteorang saksikan sendiri memang terdapat beberapa buah restoran muslim di sini. Kalau kome dari Li Jiang menuju Tiger Leaping Gorge ( TLG ), Qiao Tou ni la tempat persimpangan untuk ke TLG, dan selalunya bas dari Li Jiang akan menurunkan penumpang di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Shangri La. Di sini kome perlu mendapatkan van masuk ke TLG. Bila tengok jer restoran muslim di sini, kiteorang jadi sewel semacam...maklum la, dah 3 hari 2 malam tak makan makanan berat kan samada nasi ataupun mee. Jadi otak kiteorang sedikit menggelupor bile ternampak restoran muslim.

Keme bincang kejap ngan buddy samada nak teruskan ajer perjalanan ke Li Jiang memandangkan terdapat van kosong sedang menunggu penumpang atau lenggang lenggok dulu mengisi perut di QiaoTou ni. Kejap jer memilior terus kiteorang buat keputusan, pujuk perut elok2 bagi bertahan sekejap, sementara kiteorang sampai di Li Jiang. Keme lupa perjalanan dari Qiao Tou ke Li Jiang ni makan masa berapa lama, belek tengok nota tak de keme tulis. Memang sah keme kebulor kot masa ni. Van yang kiteorang naik ni tak ikut lebuh raya sebaliknya ikut jalan2 kampung dan van nye macam teksi sapu la, turun dan naikkan penumpang sesuka hati jer dan pemandunya merupakan seorang wanita. Dia sangat peramah dengan orang2 sekeliling yang lalu lalang yang menahan vannya.

Cara dia bawa van sama jer selaju dia bercakap macam bertih digoreng, membrek mengejut dan menyapa orang2 di sekeliling. Ikut jalan2 kampung sehingga kiteorang terjebak ke dalam laluan pasar sehari. Terpaksa la van nye dibawa perlahan. Elok juga kan, dapat keme tengok apa deme jual kat pasar sehari deme. Orang kampung di pergunungan atau di kaki gunung, maka jualannya pun banyak hasil2 kampung. Bukan setakat sayur dan buah2an ajer, lembu, kambeng dan ayam pun ade. Hidup-hidup deme jual okay, bukan yang di sembelih. 

Pasar sehari di suatu pekan kecil antara Qiao Tou dan Li Jiang. Pekan sehari ni sekali jer seminggu. Memang ramai penduduk2 sekitar keluar memasarkan barangan masing2. Majoriti penduduk akan bawa raga yang di gendong di belakang badan. 
   

Ladang epal di dataran yang luas

Sebelum sampai di bandar Li Jiang, semasa van menuruni bukit2 di pergunungan, terdapat banyak ladang epal di sepanjang laluan, sedang berbuah lebat dan musim menuai. Di tepi jalan bersebelahan ladang2 epal ni, banyak penjual menjual epal ni dalam bentuk borong. Disebabkan ianya bukan strawberi, keme tak de la menggedik sangat kan, kalau strawberi la kan, mau jer keme paksa pemandu van tu berhenti sekejap di mana2 gerai penjual ditepi2 jalan tu....pasti akan keme buat nye la...haha

Keme rase sejam lebih jugak la perjalanan tersebut dan kiteorang sampai di kawasan Old Town di bandar Li Jiang ni, Kawasan Old Town ni tak boleh dimasuki oleh kereta kerana jalannya kecik jer. Pemandu van pun turunkan kiteorang berhampiran Old Town dan perlu menapak ke dalam bandar lama ni. Tak pe...Anak gajah keme tak sampai pun 15 kilo. Okay lagi untuk digendong walau perut berkeroncong...hehe..

Timeless Hostel di Li Jiang Old Town

Kiteorang menapak masuk ke Li Jiang Old Town di jalan utama iatu Jalan Wuyi yang terkenal dengan segala maknikam kedai dan hostel2 di sepanjang laluannya. Tanpa peta untuk mencari lokasi hostel yang kiteorang nak duduk untuk beberapa hari, kiteorang jalan saja di sepanjang jalan Wuyi ni sehingga hampir ke hujung. Kendian baru lah kiteorang jumpa hostel ni akhirnya. Huh....boleh longgar lutut Yong dibuatnya...sebab jauhnya berjalan membawa beban dibelakang...

Masuk hostel ni,  kiteorang di sapa oleh mamat cina depan kaunter. Dia tanye susah ke nak cari hostel ni bila dia tengok kiteorang kepenatan dan menunjukkan muka lega bila dah sampai. Alan namanya dari keturunan etnik Han dan sangat peramah. Speaking good Edinburgh kome. Keme congak2 dan hitung2 kata ke buddy kita dok sini 3 malam lah...cewah...konfiden jer keme buat plan dan putuskan. Keme tak buat tempahan awal nak dok hostel ni, macam biasa kiteorang main terjah ajer. Tanye Alan ade bilik kosong tak ? Ade katanye..Okay, senang kan. Kalau tak de tadi, melambak lagi hostel kat jalan Wuyi ni, boleh pilih mana nak. 

Lega dapat makan....Daging Yak terakhir di China...Harga makanan ni RMB 65.00. Keme minta buddy suruh tukang masak goreng jer yak tu tapi disebabkan komunikasi tak berapa nak betul, yang sampai adelah sup yak...haha...makanya dengan senyum lebor ke telinga ler si buddy tu kongker makan sup tu. Keme lebih redho makan nasi dengan sayur mayor tu jer...

Kiteorang ambil bilik yang berharga RMB 140.00 semalam selama 3 malam. Bayar penuh. Dah selesai urusan bilik, letak beg dan terus keluor tak sabor nak cari makanan halal.


Bilik cukup selesa dan bersih dan ade "hot blanket"...siap cek samada berfungsi atau tak...Itu adelah perkara pertama yang akan keme buat..hehe

Untuk maklumat mengkome, tiada kedai makanan halal di dalam Old Town Li Jiang ni. Kome kene keluor dari kawasan Old Town ni dan cari kedai makanan halal di sana. Kedudukan Timeless Hostel ni hampir di penghujung jalan Wuyi memudahkan kiteorang menapak keluar dengan cepat. Jalan lebih kurang 10 minit dari hostel ke luar jalan besar akan jumpa beberapa kedai makanan muslim. Kiteorang jumpa jer kedai makanan muslim ni dan dan tu jugak terus duduk tanda lega dah jumpa. Keme suruh buddy menjalankan tugas seterusnya memesan makanan. Keme perati jer keadaan sekeliling. Duduk di meja kanak2 tadika, terpaksa bengkok kan lutut mengereng...haha...

Lega nye bila dapat makan... Dapat bayangkan bagaimana nasib mangsa2 banjir yang kelaparan dan kesejukan menanti bantuan tiba. Keme pulak mangsa yang tak de bekalan makanan halal bertapa di gunung yang sejuk... haha. Bile keluor gini ler jadinya. Rase sel2 otak berhubung dengan sempurna semula. Boleh berfikir dengan waras dan membuat perancangan kembali akan tempat2 yang ingin diteroka di Li Jiang ni. 

Hari dah lewat petang, keme hanya berlegar2 di kawasan sekeliling Old Town ni ajer. Jumpa buah2an dan beli untuk bekalan makan malam jika terasa lapor sejuk2 ni. Hari mendung jer petang pertama keme di Old Town, keme jalan di sepanjang Wuyi Street sehingga ke dataran, tapi bila hujan dah mula menitik macam nak lebat, keme bukak langkah seribu pusing balik ke hostel. 

Dataran apa ntah, keme tak tau nama, di Wuyi Street


Bila keme masuk jer ke kawasan Old Town ni, rase macam mase diputar kembali ke zaman silam...cewah....teringat cerita2 kungfu cina yang memaparkan perkampungan silam, begitulah imaginasi keme. Memang unik senibina bangunan di dalam kawasan Old Town ni. Rase macam ade kelibat Jet Li jer lalu dengan pakaian kungfu dia..muahahahahaha

Suatu petang di Li Jiang Old Town...gitew caption dia..

Keme kompius, ni macam gaya dinding bangunan kaum Bai jer, bukan Naxi..agaknye la..

Dalam Old Town ni ade banyak sangat simpang, keme jalan jer menyelusuri simpang2 di dalam nya sampai keme rase tak sedap hati macam nak sesat sebab tengok keliling bangunan nya lebih kurang jer bentuk paras rupanya, jalan nye pun lebih kurang sama jer bentuknya. Kang keme lencong kiri kanan pusing2 tak jumpa pulak jalan nak balik ke hostel, jenuh sakit urat mata keme nak suruh otak cari memori semula....dah la lupa nak bawak peta, jalan lenggang kangkong dengan kamera seketul.

Kebetulan hari keme sampai di bandar ni adalah hari ahad, memang ramai la pelancong kat dalam bandar lama ni. Petang tu jugak keme jumpa sorang perempuan melayu dari Johor berjalan sensorang di sini. Siap bertegur sapa kiteorang. Tapi dia nak balik dah esoknya ke Kunming. Sorang jer dia datang. Keme tak boleh travel sensorang ni, tak de orang nak tolong snap gambor keme nanti. Tak kan nak berselfie jer...jenuh nak pegang monopod. tak best. kehkehkeh.  

Wuyi Street yang sempit dan padat dengan kedai2.

Li Jiang Old Town ni tak de dinding kota macam lain2 kota purba dan tak de pintu gerbang pun. Ia dibezakan dengan senibinanya yang unik saja berbanding bangunan2 yang ade diluar kota ni. Ia merupakan ibukota Kerajaan Naxi dedulu kala. Di Li Jiang ini sendiri, tidak banyak orang Islam. Jadi keme tak dapat nak bersatay kamben atau yak disini.

Keme sajikan mengkome sebahagian gambor2 keunikan ukiran dan senibina bangunan2 di Li Jiang Old Town ni. Sila la saksikan....hehe



Penjuru yang dilupakan..mmm....siannyer...

Skodeng belakang rumah orang.

Deme tumbuk cili tu dengan bawang putih. Nak buat jeruk cili agaknya, pas tu deme jual. Keme nak tanye pun deme tak tau bahase mandailing. Jadinya senyum jer la, angguk2 geleng2...keme tanye ke dia qia hua ? hehe


Dalam kawasan ni jugak terdapat beberapa terusan yang dijaga dan airnye sungguh jernih. Tu sebab ade penempatan di sini sebab ade sungai2 kecil dari tasik berdekatan dan juga dari bukit2 disekeliling kawasan pergunungan di sini.

Zaman moden ni deme gunakan air sungai ni untuk menyiram bunga2an yang ditanam disepanjang laluannya ajer ler.



Salah sekor daripada anjing di atas adalah palsu... hehe..

Sekumpulan wanita kaum Naxi dengan pakaian tradisi deme. Dengor cerita dulu kala katanye wanita deme merupakan ketua keluarga.

Sepanjang sungai ni banyak didirikan restoran2 mengadap sungai. Tenang jer rase. Dah la tak panas, angin lak sejuk, memang best jer dok lelama tepi sungai ni. 

Lorong mana ntah keme skodeng...nasib baik jumpa jalan keluor.

Gambor lagi dan lagi.......



Kota lama ni pernah kena gempa bumi dan ade sebahagiannya musnah dalam gempa bumi tersebut. Bahagian mana ntah, keme lupa dah cerita deme sebab tak tulis dalam buku nota keme. Tapi ia telah dibangunkan semula, dibina mengikut ciri2 asalnya walaupun tidak 100% serupa. Hanya orang yang pernah datang sebelum dan selepas gempa sahaja yang tahu keadaannya. Keme tengok sama ajer...tak boleh nak bezakan. Alan lah cerita...ramah dia tu, boleh tanye apa ajer. Cuma jangan tanye kat mana nak cari kedai makanan halal..berpinor otak dia memilior..memang tak jumpa la. Keme kene bagitau ke dia kat mana boleh dapat, senang nanti dia nak bagitau kepada pelancong2 muslim yang lain.


Ade satu bukit dekat ke dataran yang boleh dipanjat. Kat atasnye kalau tak silap keme ade pavilion boleh skodeng bandar lama ni dari atas. Memang cantik la kan pemandangannnya. Keme tak de la nak memanjat kat sini. Dah tak larat nak langkah kaki ni menapak naik2 bukit ni. Dan masa yang sesuai untuk panjang bukit tu ialah selepas matahari condong ke barat. Baru cantik gambor kome.

Keme skodeng dari hostel ajer...

Cak !!! katanye

Kat Li Jiang ni ade dua kota lama yang kome boleh pergi. Satu yang keme pergi ni la, Li Jiang Old Town. Satu lagi namanya Shuhe Ancient Town deme panggil dan dia lebih kecik sikit daripada Li Jiang Old Town. Dia terletak lebih dekat ke pergunungan. Cuaca lagi best la berbanding Li Jiang Old Town yang berada di tengah bandor ni.

Gitu la ceghiter keme untuk kali ini. Seharian keme menulis ni, nak upload gambor lagi, memikior karang ayat lagi, makan mase sikit dengan internet yang kadang2 bengong. Kite tutup ceghiter dulu untuk kali ni ye. Semoga berjumpa lagi di lain episod, di lain hari bulan...

Terima kasih membaca ceghiter seorang penglipur lara mengembara.
Wassalam

20 comments:

  1. Yong...mmg x ramai org ke kat old town ni. Nampak gambo mcm tenang je. Cantik gambo2 ni. Mmg masuk dlm wishlist saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai Syieda. Hari ahad pulak..pelancong tempatan sesaje.
      Yong akan tunggu bila jalan tu lengang kendian baru best tangkap gambor. Kang ade yg perasan retis pulak...hehe

      Delete
  2. Perrh qia hua yang tak boleh tahan tu... Cepat tul otak2 berhubung untuk trip seterusnya masa tu eeh.. gambo yg awan hitam & sg yg dipenuhi munge-munge meriah tu sungguh mengancam jiwa i.. Ketahuilah i jiwa kacau terus.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sel2 otak berhubung dengan baik bila dah dapat makan kan...haha...
      NExt episod I akan mengkacaukan lagi jiwa mu yang sedia kacau itu...muahahahaha

      Delete
  3. menarik.view yang cukup unik...alah ...knape akak x bgtau jet li...akk le sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagitau dah kat dia...tapi Jet Li kata dia tengah buat pilem kat Peking...tak sempat nak turun....
      kehkehkeh

      Delete
  4. best tul bila jumpa kedai makan muslim kan...terubat rindu nak makan nasik

    ReplyDelete
    Replies
    1. nikmat tak terhingga masa tuh...kebulor ... macam baru keluor dari tempat bertapa....haha

      Delete
  5. Kagum dengan kebersihan bandar lama ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat tumpuan pelancong yeop...dijaga rapi ler...

      Delete
  6. Waaa cantiknyaaaa!! Untungnya boleh jalan-jalan tengok keindahan ciptaan Tuhan ;)


    Jemput jengah teratak saya :)
    cottageputeeeh.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...masih diberi peluang.
    In Shaa Allah, terima kasih atas jemputan..

    ReplyDelete
  8. Cantiknya tempat ini. Rindunya kume dengan tempat-tempat macam ini. Bertuahnya Yong dapat ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik dengan senibina nya tu yang menarik keme ke sini.

      Delete
  9. sangat cantik..bahagia nekcik sebab banyak kedai sepanjang lorong tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la plan ke sini pulak nekcik...kedai sesaja keliling....hehe

      Delete
  10. lawanya pemandangan di tepi sungai...bunga pun hidup subur dan lebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, memang lawa...tenang jer dok kat tepi sungai tu

      Delete