Sunday, 28 December 2014

China - Shangri La - Episod 9 - Middle Tiger Leaping Gorge - Bermakrifatullah Mengagungkan Kekuasaan Sang Pencipta

Assalamua'laikum Warohmatullah

Nikmatnya mengembara dan menjadi seorang pengembara. Mengembara secara bersendirian atau berkumpulan tanpa melalui agensi2 pelancongan mempunyai cabaran dan kepuasan yang tersendiri. Cabaran utama adalah menanam keyakinan pada diri sendiri dan keberanian dalam membuat sebarang pertimbangan yang bersesuaian dengan corak pengembaraan yang diambil.


Middle Tiger Leaping Gorge Area..
Mendengar ayor terjun berzikir kepada penciptanya tanpa henti

Perjalanan dari Bai Shu Ta ke Middle Tiger Leaping Gorge mengambil masa lebih kurang 2 jam menuruni kawasan pergunungan. Anak muda yang berusia 20-an memandu van nya dengan agak laju di selekoh2 pergunungan. Keme sedikit gerun akan cara pemanduannya walaupun dia nampak cekap memandu memandangkan tiada pengadang jalan raya di pergunungan ni. Silap perhitungan, van boleh ajer terbang dan menggelungsur terus ke dalam gaung. Seghiau keme pikior balik.

Buddy membuat sedikit penyelidikan ketika di Kunming mengenai guest house di Middle Tiger Leaping Gorge ni. Asalnye keme punye perancangan nak duduk di lower area di hari pertama kerana di situ mudah untuk mendapatkan makanan halal dan berpindah ke upper area di hari kedua. Tapi bile tengok gambor guest house ni kat internet dengan pemandangan gunung dan jurang yang memukau mata, terus keme setuju jer untuk bertapa di middle area.

Papan tanda yang simple - Tibet Guest House

Dengan kelajuan yang buat keme kecut perut, kiteorang sampai di Tibet Guest House lebih kurang pukul 4.00 petang, Alhamdulillah. Keme keluor jer van terus tengok ke bawah. Deruan ayor terjun kedengaran sampai ke tempat penginapan..Peerrggghhhhh.....best nye tempat ni...kata keme ke buddy. Tibet Guest House ni dimiliki oleh anak beranak keturunan campuran Han dan Tibet. Mereka penduduk tempatan yang mendiami kawasan ni dan mengusahakan perniagaan ni di samping menjadi petani. Mempunyai kebun sendiri di atas gunung. Boleh berbahasa Inggeris sedikit sebanyak memudahkan kiteorang berkomunikasi dalam perkara2 asas.


Tibet Guest House dari tepi jalan mengadap terus ke gaung gunung.

Tiger Leaping Gorge ni boleh dimasuki melalui dua jalan samada dari Li Jiang atau dari Bai Shu Ta, Shangri La. Kalau dari Li Jiang, akan tempoh Qiao Tou dan jika dari Bai Shu Ta, Shangri La akan tempoh Haba Village. Kedua2 tempat ni dinamakan lower area. Di kedua2 tempat ni terdapat makanan muslim. Tak kira dari arah mana kome masuk, singgah la dulu di tempat tersebut untuk medapatkan bekalan makanan halal. Kedua2 tempat ini juga merupakan pintu masuk ke Tiger Leaping Gorge dimana kome kene beli tiket berharga RMB 65.00 seorang. Pemandu akan berhentikan kome di suatu pondok tepi jalan dan akan membelikan tiket di kaunter tersebut. Kome hulurkan ajer la pitih

Bilik yang cukup selesa. Keme masuk bilik jer terus cek hot blanket dulu..haha
Bilik ni harganya RMB 140.00 semalam.

Tetamu di Tibet Guest House ni keme ngan buddy jer dok mendiami bilik di tingkat atas ni. Ade seorang lagi pelancong tempatan sampai selepas kiteorang petang tu mendiami dormitory. Esoknye datang lagi satu keluarga seramai tiga orang mendiami pulak bilik di sebelah bilik keme.  

Beranda ngadap gunung, gaung dan jalanraya. Atas ni ade 3 bilik ajer.

Tiger Leaping Gorge ni diapit oleh dua pergunungan iaitu Haba Snow Mountain dan Yu Long Snow Mountain dan mempunyai tiga bahagian iaitu lower, middle dan upper. Lower bermakna kome berada dekat dengan sungai di kawasan yang rendah, middle di pertengahan dan upper jauh ke atas dari sungai. Buatlah sedikit penyelidikan di mana kome nak tinggal dan apa aktiviti yang kome nak buat. Aktiviti utama di sini ialah hiking dan trekking di sepanjang gaung. Oleh itu, pastikan bekalan cartridge lutut kome masih banyak dan kekuatan jantung di tahap yang tinggi.

Pemandangan dari beranda jalan ke arah Bai Shu Ta, Shangri La.

Pemandangan dari beranda jalan menghala ke Li Jiang

Di sini tiada makanan halal. Keme dan buddy buntu petang tu. Buah-buahan juga tiada dijual di kawasan guest house ni. Kiteorang terlepas kawasan Haba Village dalam perjalanan ke sini akibat keletihan memanjat White Water Terrace tengahari tadi dan terlupa nak bagitau pemandu suruh berhenti sekejap di sana.. Buddy pergi tanye emak pemandu van dimana nak cari buah-buahan. Nasib baik ade dijual di guest house yang satu lagi, tapi perlu berjalan kaki selama 15 minit lebih kurang.  

Sebelum buddy berjalan ke sana mencari buah-buahan, kiteorang makan dulu lebihan buah-buahan yang dibawa dari Shangri La, bancoh kopi 5 in 1 dan makan cokelat bar sneakers buat alas perut untuk tambah tenaga semula. Terpikior masa tu macamana nak buat aktiviti lasak esok ni dengan tiada bekalan makanan yang mencukupi...Aduh....sedihnya pikior... 

Keme pandang rumah jiran guest house ni di seberang jalan, nampak labu besor menimbun... Sedapnya kalau buat pengat labu kan. Masa tu terpikior macam2.. orang lapor memang tinggi imaginasi nya...hehe...Keme perati deme bawak dari mana labu tu keluorkan satu persatu dari dalam kereta. Ghupernye kebun deme kat bawah jer..tapi pegi kebun naik kereta gitew.

Tanaman labu yang dikumpul untuk diambil oleh peraih.

Pemandangan terus ke gaung. Seronok melepak di laman jiran tu...

Malam di sini amat sunyi. Rase dok dalam hutan. Gelap gelita sekeliling. Orang2 di sini tidor awal. Deme pun bangun awal nak ke kebun memasing. Aktiviti kampung kan. Yang kedengaran cuma deruan ayor terjun dari gaung cukup kuat sampai ke sini tak berhenti. Ayor juga berzikir kepada Sang Pencipta. Deruan ayor tu memberi alunan muzik yang sangat tenang dan damai. Cuma bunyi, tanpa rupa. Tak nampak apa pun kat gaung tu kan memalam buta. Langit pulak gelap.

Suasana yang cukup mendamaikan...
Kalau baca Al-Quran ni cepat dapat hafal untuk beberapa muka surat. Antara aktiviti yang boleh kome buat disini. Bermakrifatullah dengan melihat alam. Keme peghati kan tempat ni sesuai buka pondok menghafaz Al-Quran...sungguh la nyaman dan tenang gitew...

Takungan air gunung.

Air disini menggunakan air gunung. Banyak mataair2 yang lalu di kawasan gunung ni. Di guest house yang kiteorang duduk ni pun ade dua aliran mataair dari gunung. Satu di tepi guest house ni, deme guna untuk kuda2 mendapatkan minuman ketika berhenti di sini dan satu lagi mengalir di tengah2 guest house ni. Deme buat takungan besar di bawah lantai dan ayor yang sentiasa mengalir tu di tadah pulak dengan besen besor dan digunakan untuk menyiram bunga, bersihkan lantai dan lain2 keperluan. 

Pagi tu kieorang mulakan trekking dan hiking di kawasan middle Tiger Leping Gorge ni. Bawa bekalan makanan sikit dan tongkat sakti. Tak banyak kenderaan yang lalu lalang dan tak de orang disekeliling. Penduduk tempatan di kawasan ni dah sibuk di kebun masing2. Cuaca amat baik sepanjang kiteorang bertapa disini. Menghirup udara segar dan tidak tercemar. 

Cuaca baik, matahari muncul tapi tak panas. Angin pulak sepoi2 hembusan bayu gitew.

Kiteorang mula bergerak di atas jalanraya,  Sambil tu tengok pemandangan sekeliling. Tengok atas puncak gunung, tengok bawah gaung dan sungai nya. Seronok sangat. Sampai satu tempat terjumpa tiang leterik yang di tulis arahan menuju ke bawah. Kiteorang ikut jalan tu.

Jumpa jalan turun

Meh kite mulakan meredah belukar ni ke bawah

Wow...cantiknya...deruan ayor lagi kuat bunyinya

Lihat lah aliran ayor sungai dari Middle Tiger Leaping Gorge ni

Terdapat banyak kebun2 di bawah sana

Keme dan buddy tak turun sampai ke gigi ayor. Kiteorang melepak di dalam belukar di pertengahan jalan ajer mengadap sungai. Melihat aktiviti kehidupan yang terdapat disini. Menikmati suasana alam dan mendengor ayor tu berzikir. Kawasan ni dah ade trek untuk kome berjalan disepanjang gaung ni. Ada laluan menaik dan menurun. kalau jalan sensorang pun ok jer. 

Kiteorang berehat, minum ayor vitamin bagi bekal tenaga memandangkan tiada bekalan makanan... Tapi kiteorang tetap gembira...

Rase dah penat melepak, kiteorang naik semula ke jalanraya dan meneruskan menapak di sepanjang jalan. Melihat gaung dari kawasan yang lebih tinggi.

Muka kepenatan..

Petang tu keme tengok pemilik guest house ni menyembelih ayam untuk hidangan malam kepada tetamunya. Nak masak sup la kot.  Keme dengan buddy mula la berimaginasi apa yang sedap dengan ayam tu. Macam2 yang kiteorang pikiorkan sambil telan ayor liur. Ayam goreng kunyit, ayam masak merah. Sup ayam cendawan.  Rendang ayam dan macam2 lagi. Keme sembang dengan pemilik dan kabor ke dia yang kiteorang ni muslim dan tak boleh makan masakan deme. Dia angguk tanda paham.

Pagi esoknya kiteorang bersiap untuk meninggalkan Middle Tiger Leaping Gorge untuk ke destinasi lain pula. Pemandu iaitu anak kepada pemilik guest house ni tak dapat menghantar kiteorang ke Qiao Tou kerana dari semalam lagi telah bertolak ke Li Jiang untuk mengambil pelancong di sana dan cuma akan sampai semula di guest house ni di sebelah petang. Emaknya lah yang menguruskan tetamunya dan membantu kiteorang mendapatkan van ke sana. 

Ibu dan bapa mertua kepada pemilik Tibet Guest House. Sungguh sporting bergambor dengan keme.

Selepas bersarapan ala kadar dengan lebihan bekalan yang ade, kiteorang bergerak meninggalkan kawasan ni menuju Qiao Tou. Van penuh. Tiga orang sekeluarga menumpang sama untuk ke Upper Tiger Leaping Gorge untuk berkelah di sana. Seorang pelancong tempatan yang juga akan ke destinasi yang sama seperti kiteorang dan juga pemilik guest house mengikut sama nak cari barang di Qiao Tou katanya. Tambang van ni RMB 20.00 seorang.

Sampai di Upper Tiger Leaping Gorge, tiga orang penumpang tadi turun. Kiteorang pun turun sama nak bergambor dulu di bahagian atas ni.  Dah ramai pelancong melawat ke sini walaupun hari masih pagi lagi. Ade yang datang hanya untuk lepak2 jer ngadap gaung, sungai dan ayor terjun nya dan ade juga yang bersiap sedia untuk menjalankan aktiviti yang lebih lasak. 

Bergambor bersama pemilik Tibet Guest House di Upper Tiger Leaping Gorge

Kiteoarng tak mampu nak berjalan ke sini semalam sebab terlalu jauh kene menapak dan tak cukup tenaga nanti nak pusing balik...

Alhamdulillah, keme telah mengembara ke semua tempat yang keme rancang di wilayah Shangri La, Yunnan ini. Walau ade tempat-tempat tertentu tidak kene musim yang sesuai untuk dilawati namun keme tetap puas hati. Perancangan dan perjalanan ke wilayah ini keme buat secara persendirian dengan buddy keme sahaja. Kiteorang cuba memaksimakan masa yang ade agar dapat meliputi keseluruhan tempat yang ingin keme jejaki. 

Sekian untuk episod kali ini.
Semoga berjumpa lagi di lain siaran.

Wassalam

16 comments:

  1. makna penduduk kat situ penuh dengan ketenangan la ye...

    syoknye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketenangan itu sebjective.
      Tapi itu lah yang kelihatn secara lahiriah disana...
      Memang best suasana di pergunungan...kalau ade rezeki, pergi la...

      Delete
  2. Lawa view dia. Berapa suhu dekat sana kalau waktu camni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat ni memang cantik.
      Kalau pegi ke gigi ayor tu lagi cantik.
      Suhu waktu ni yong tak ingat la, tapi bawah 10 C

      Delete
  3. Salam. Hee seronok macam dalam filem Croiuching Tiger pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam
      Filem tu buat penggambaran kat sini ker ?

      Delete
  4. Syabas yong caiyook lah...tabek spring kat kome...nekcik dah tua tak larat jugak nak join yong..manjat sana sini tu..cukoplah sekadar nengok gambo jer!! mmg cantik kan yong..sejuk dan nyaman terasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih....tempat ni memang cantik nekcik, pergi la kalau ada kesempatan. tak perlu panjat memanjat...duduk jer ngadap gaung ngan sungai beserta ayor terjunnya...cukup mendamaikan...boleh terpukau tak sedar masa berlalu...

      Delete
  5. ya Allah..tenangnya tempat ni..untung la yong! merasa jugak..
    RMB140 semalam tu kira berpatutan ke yong..?tengok cantik, cosy jugak guest house ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Murni, sangat tenang dan damai tempat ni, sangat sesuai kalau bukak pondok tahfiz kat sini..haha
      RMB 140 tu lebih kurang RM 74.

      Delete
  6. gambar sgt menggoda! tiger leping gorge ne mmg ada dlm list saya...teringin sgt nak p tapi tak tahu bila huhuhu...

    nak tanya, utk guesthouse ne kita kena book dari awal atau blh walk in aje...lagi satu, utk trekking mmg tak perlukan guide atau laghu mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi la kalau ade peluang, memang mengasyikkan dok kat sini dengor waterfall dari hostel jer...
      Seeloknya buatla booking awal beberapa hari sebelum datang sini sebab pengangkutan awam tak de kat dalam ni. Selalunya guest house tolong arrangekan jika nak keluor masuk.
      Dan pastikan tak pergi masa China public holiday...
      Tidak perlu guide, trek nye senang jer, semua laluan di tepi gaung tu jer...berjalan la selagi lutut tu mampu...muahahahaha

      Delete
  7. Kak..bleh bg itenary x..my email..adawiyyah_rabiah@yahoo.com...kami nk g next dec ni..tgh riki riki tpt nk g....

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak pegi dec ni ke? sama laa kite. hehe

      Delete