Friday, 18 January 2013

Syria - Homs, Hama, Aleppo - Makam Nabi Zakaria a.s, Kincir Air Lama, Alleppo Citadel, Masjid Khalid Al-Walid

Assalammua'laikum Pembaca Sekalian

Hari ke-4, yang juga merupakan hari terakhir aku dan geng di Syria. Kiteorang memulakan perjalanan seawalnya selepas subuh dari kota tua Damascus tanpa bersarapan terlebih dulu sebab memang terlalu awal sesangat menuju ke beberapa bandar di laluan kembara kiteorang di utara Syria agar dapat menghabiskan masa sehari yang singkat  itu untuk melawati ke beberapa tempat bersejarah. Ini bermakna pengembaraan aku meliputi negara Syria dari selatan ke utara terlaksana seperti yang aku impikan.

Aku dan Aleppo Citadel di Aleppo @ Halab, Syria

Tempat pertama yang kiteorang tuju adalah bandar Homs, terus ke Masjid Khalid bin Al-Walid, panglima perang Islam. Memang pagi sungguh kiteorang sampai sini, pintu masjid pun tak dibuka lagi, kiteorang pegi gegar pintu pagar masjid tu...hehe...tak lama kendian penjaga masjid pun datang ler tolong bukak kan....

Masjid Khalid bin Al-Walid di Bandar Homs, Syria. Masa ni matahari pun bermalas-malasan lagi nak memunculkan diri.


Lama gak la nak tunggu pintu masjid ni dibuka, hampir2 nak beku gak la berdiri kat luar tu mundar mandir tahan sejuk yang menyengat ke tulang pipi aku ni, kiteorang mengeja dan baca segala maklumat yang tertulis kat sebelah pintu masuk masjid ni. Pas tu buat kawad panaskan badan....


Makam Khalid bin Al-Walid, dia la yang buka bandar Homs ni dan dia terus menetap dan meninggal dunia di sini. Jauh sungguh dia berhijrah demi perkembangan agama Islam.


Berhadapan dengan makam Khalid bin AL-Walid ni, di satu sudut masjid ni ada lagi satu makam sahabat, kalau tak silap aku ni makam Ubaidillah bin Umar Al-Khattab. Perbetulkan aku sekiranya fakta aku ni silap.

Tu jer la yang kiteorang buat kat Homs ni. Sebenarnya bandar Homs ni di tengah laluan menuju utara, so elok lah singgah menziarah makam sahabat Rasulullah yang ada disini sambil menghayati kembali sejarah perjuangan deme demi agama. Kendian kiteorang teruskan perjalanan menuju ke bandar Hama pulak. Tapi kiteorang belum la lagi bersarapan. Sejuk2 ni perut cepat mengeluarkan amaran. Singgah di sebuah stesen minyak yang ada restoran. Senang jer kan...Menunya...mmm...biasa2 jer...apa yang orang tempatan makan, itu la yang kiteorang makan....tu jer yang ada...

Sarapan di restoran di sebuah stesen minyak antara Homs dan Hama...presentation tak mau kalah ooo.....terkiat2 kiteorang kunyah dan telan roti tu, nasib baik aku dah biasa makan menu roti ngan hommus ni kat restoran tarbush disekitar KL...presentation telur goreng tu yang tak boleh tahan tu....tapi apabila dah  lapor tu, semuanya sodaaaaaap.....


Bila mengembara di musim sejuk, ada pro and cons....beg berat sikit la sebab keperluan pakaian yang banyak dan tebal2 belaka tu kena ada dari hujung rambut sampai hujung kaki, al maklum la kan, kena pakai berlapis-lapis nak balut badan dan begini la pemandangan yang dapat dilihat. Samada pokok2 nyer yang togel ataupun berbalut....tapi yang aku suka mengembara musim sejuk ni sebab tak berpeluh, kurang penat dan senang berjalan walau ditengah hari di lapangan terbuka.


Homs dan Hama ni dokek jo....tak sompek dihadam lai makanan tadi kiteorang dah sampai ke Hama. Hama ni merupakan sebuah bandar yang cukup lama dan juga berpenghuni. Sejak 5000 tahun dulu lagi dah wujud dah bandar ni dan berubah pemerintahan dari satu kerajaan kepada satu kerajaan. Bermula dengan nama Hamath....tapi sekarang Hama jer..tak tau la pulak sebutan nye sama or lain. Mungkin mengikut dialek kerajaan di zaman yang memerintahnya. 

Kebanyakan pengembara suka ke sini untuk melihat sendiri kincir air lama yang berusia ratusan tahun, ia masih elok dan banyak, ada lebih kurang 17 buah lagi di sekeliling bandar ni, kalau tak silap pembacaan aku. Cuma ia tidak lagi digunakan. 


Salah satu kincir air di tengah2 bandar Hama.  Setiap kincir air tu ada namanya dan berbeza2 mengikut saiz nyer.


Air dari sungai ni di alirkan ke tempat lain melalui terusan baru yang dibina disebelah kincir air tu...


Kincir air di bina berdekatan antara satu sama lain, dihalakan ke arah yang deme kehendaki untuk menampung keperluan pertanian dan penduduk di ketika itu.


Bandar Hama sebelum perang negara deme Feb 2011... apa la nasib bandar ni dan penghuni nya sekarang. Banyak siri2 letupan diberitakan di bandar ni.


Lagi kincir2 air yang berdekatan antara satu sama lain, 


Hari masih pagi, habis aje kiteorang mengelilingi kincir2 air yang ada di bandar Hama ni, perjalanan pun diteruskan ke utara iaitu ke bandar Aleppo. Masa amat singkat kerana kiteorang perlu habiskan kembara di Aleppo hari ni jugak dan perlu habiskan lawatan di beberapa tempat di sana. Harap sempat habiskan semuanya menjelang malam nanti.

Dengan perjalanan yang lancar, kiteorang selamat sampai di Aleppo, bandar kedua terbesar di Syria dan juga bandar yang paling utara sebelum tengahari.

Kiteorang mundar-mandir berhampiran hotel penginapan dan terjumpa la kedai ni.....apalagi la kan....

Segelas sorang, deme kata sedap koktel buah nyer....salah sorang geng aku tu disebabkan malas nak mengunyah, dimintanya blend jer senang dia nak telan jer terus, cepat abih katanye...haha.....

Bila masing2 dah kekenyangan dengan segelas besor koktel buahan ni, kiteorang pun teruskan kembara ke kota lama Halab ( nama lain bagi Aleppo ) untuk menziarahi masjid2 lama dan Soug nye yang berusia ratusan tahun untuk membeli belah...

Kiteorang ke sebuah masjid bernama Masjid Ban Qousa untuk melihat sebuah batu yang mempunyai kesan tapak tangan Rasulullah pbuh kat batu tersebut. Batu ni di bawa dari tanah Hijaz pada zaman empayar Othmaniah. Kerajaan Othmaniah ni bila deme memerintah semua peninggalan Rasulullah yang ada, semua deme nak hangkut pegi Istanbul. Tu sebab banyak peninggalan sejarah dolu2 ada di Topkapi tu...


 
Kesan tapak tangan Rasullullah di sebuah batu di Masjid Ban Qousa, Aleppo, Syria

Seterusnya kiteorang pegi ke Masjid Karimiyyah untuk melihat kesan tapak kaki Rasulullah pbuh yang terdapat pada sebuah batu di dalam masjid tersebut. Seperti batu yang ada kesan tapak tangan RAsulullah pbuh juga, batu ini telah dibawa keluar dari tanah Hijaz menuju ke Turkey tapi hilang di pertengahan jalan, kemudian ia dijumpai semula di sini dan terus ditempatkan di masjid ini. Wallahua'lam.




Kesan tapak kaki Rasulullah pbuh di sebuah batu. Batu tu diletak di tempat minum, airnye dialirkan ke batu tu dan boleh di minum....


Setelah habis melawat masjid2 tersebut di satu bahagian daripada bahagian2 yang ada di Kota Lama Halab ni, kiteorang pun meneruskan explorasi ke kawasan pasar deme yang berusia ratusan tahun, pasar yang berwajah sama seperti di Damascus dengan lorong2 yang sempit dan berliku2 dan terletak di dalam kota yang berpagar batu yang nampak cukup klasik, seolah2 aku berada di zaman pertengahan. Seperti kota2 lama yang lain, kota ini juga mempunyai banyak pintu dan setiap pintu ada namanya. 


Nampak tu, sungguh klasik pintu masuk ke kawasan Souq ni, kalau kome ke Grand Bazaar, Istanbul, juga akan ada pintu2 sebegini ghupe untuk masuk ke Souq deme. Sama ler tu.....Kat Grand Baazar tu ada penjaga bagi setiap pintu, kat sini pun sama...tu siap ada 2 orang pompuan di import khas dari Asia Tenggara bekerja buruh kerahan sebagai penjaga pintu kat sini...hehe...

Kawasan ni di pagari dengan tembok batu yang tinggi zaman dolu2 punye binaan, bila lalu tu aku rasa seolah2 pegi ke satu dunia lain, masa tetiba seolah2 berpusing semula ke zaman empayar Umayyah, Seljuk, Mamluk, Ayyubiah ataupun Othmaniah, suasana yang mengasyikkan apabila aku menghayati sekeliling kawasan ni.  Cuma tak de karavan unta or kuda yang lalu lalang kat sebelah aku seperti di Siq Petra, kalau ada ler, memang aku akan lebih teruja....


Seterusnya kiteorang menuju ke sebuah citadel yang boleh nampak dari jauh di atas bukit, nampak memang cantek bangunan ni, Hajat di hati nak tengok keseluruhan kota lama Aleppo ni dari atas sana.  Tetapi alangkah terkejutnya keme bila deme bagitau kubu ni ditutup setiap hari selasa......nak meraung rasa tapi hanya dalam hati dan expresi muker jer....sungguh2 kecewa rasa hati...keme bukan boleh datang ulang2 ke sini kan....kebetulan pulak kiteorang berada di sini di hari yang tak bertuah ni sehari ajer...hampa...cukup2 hampa....


Renung jer lah lama2 kubu atas bukit ni....Kubu ni juga dinamakan Kubu Salahuddin Al-Ayoubi

Walaupun aku membaca apa yang ada di dalam kubu ni, tetapi disebabkab aku tak masuk ke dalam dan melihat sendiri peninggalan yang ada, aku rasa susah sikit nak menulis di sini jika dalam otak aku tak ade gambaran yang boleh aku terjemahkan. Aku minta maaf kepada pembaca yang sudi mengikuti dan membaca cerita aku di blog ni. Sebab aku suka bercerita berdasarkan pemerhatian aku sendiri. Baru bersemangat nak kongsi pengalaman...ye dak ?....Mungkin pembaca2 yang berminat dengan peninggalan kubu ni boleh mencari maklumat berkaitan di lain2 blog yang mereka pernah masuk ke sini.


Kubu atas bukit yang paling besor aku pernah sampai, tapi naik sampai kat muka pintu jer ler....huhu...


Setelah kecewa dengan penutupan Kubu Salahuddin al-ayoubi @ panggilan manjanya Aleppo Citadel hari tu, kiteorang dengan lemah longlai nye teruskan menapak menuju ke Masjid Umawi Halab. Kat sini pun panggil masjid umawi jugak sama nama seperti di Damascus. Di dalam masjid ini menempatkan makam Nabi Zakaria a.s. Aku tak pasti dari pintu kota mana kiteorang masuk sebab ia melalui jalan2 sempit di dalam kota lama Halab ni dan Souq Al-Medina yang ada disekitarnya. Jalan2 pusing kiri kanan tup tup dah sampai ke pintu masjid.  


Makam Nabi Zakaria a.s. Kat sini tak ramai orang, maka mudah lah sikit menziarah, berdoa dan sedekah al-fatihah kepada Nabi Zakaria a.s.

Masjid ni agak luas. Kiteorang ke dataran disebelah dalam masjid. Nampak tua masjid ni dengan senibinanya. Maklum la kan, dah beratus tahun dari zaman Empayar Umayyah lagi.

Terdapat sebuah menara di dalam masjid ni. Menara ni dibina dizaman Empayar Umayyah oleh Khalifah Al-Walid, namun masjid ni telah melalui berbagai pengubahsuaian di zaman empayar selepasnya akibat rosak dan diserang ketika peperangan. Keliling masjid ni merupakan kota tua Halab yang dikelilingi oleh souq dan penempatan penduduk. Aku sedikit terkilan sebab tak dapat tengok kota tua ni daripada Alleppo Citadel.

Di ketika ini, di saat ini, akibat peperangan yang tidak nampak jalan penyelesaian, masjid ni telah terbakar sebahagian besarnya. Walaupun usaha pemuliharaan dengornye dibuat, tapi tidak lah sama dengan apa yang ada sebelumnya. Aku sedih bila baca berita ia nya terbakar sebab aku ada niat untuk datang kembali ke sini suatu hari nanti untuk menyelesaikan kembara aku yang tak lengkap....

Keluar dari Masjid Umawi Halab ni, kesempatan yang ada kiteorang mundar mandir di lorong2 Souq Al-Medina yang ada untuk membeli belah. Keadaan souq nyer sama jer macam di Souq Hammidiah, Damascus. Panjang dan berkelok2. Disini terdapat beberapa barang yang murah yang aku suka. Kalau kome berkesempatan ke sini, beli la zaafaran@safron samada dari Iran atau keluaran tempatan. Memang murah. Aku beli yang Iran punye sebab kualiti nyer memang terkenal.

Lagi satu barang yang amat femes dan berkualiti dari Aleppo Syria ialah barangan berasaskan zaitun terutamanya sabun mandi dan losyen kulit. Memang berkualiti dan murah. Aku pun hampir2 giler nengok barangan ni, rasa nak borong jer antor ngan kapal laut balik Malaysia...


Boleh pilih nak jenis camana, ghupe bentuk camana, packaging camana....semua ada....wangi2 lak tu....kalau buat souvenir memang cantik.

Ni kat kedai sebelah pulak, banyak kedai jual sabun dan barangan berasaskan zaitun ni. Urut dada cek poket jer....muke sedih jer pakcik ni, kiteorang tak borong dari kedai dia...beli runcit2 jer...kalau kome nak order melalui internet pun boleh, google jer Aleppo Olive product kot kalau tak silap aku, whatever la kan...yang aku terpikir masa menulis ni ialah apa nasib pakcik ni di ketika ini di masa negara masih dalam kancah peperangan....peperangan yang pasti nya melumpuhkan ekonomi...sian deme...

Setelah penat meruncit beberapa barangan yang mudah diangkut ke dalam beg memasing, hari pun dah makin gelap, kiteorang pun keluar dari kawasan ni dan cari kedai makan dan terus pulang ke hotel penginapan. Esok nye pepagi bute nak melangkau ke negara lain pulak mengendong beg2 yang semakin berat... 


Menu makan malam terakhir di Aleppo dan Negara Syria - Masak Merah daging kambing, gulai terung dan tomato serta masak kicap daging hancur.....makan lak ngan roti deme ni....hahaha.....macam biasa ler kome, tak de rasa dan perasaan masakan deme ni, harapkan ghupe jer, so terpaksa ler diubah minda pabila melihat menu2 itew.....tak mau nyer masuk ke tekak aku ni....

Berakhirlah pengembaraan seorang pengembara di bumi Syam, bumi Anbia, bumi yang penuh sejarah silam dan banyak peninggalan sejarahnya yang dapat aku hayati terutama para2 sahabat dan tabiin2 serta ulama'2 silam dalam berhijrah menyebarkan dakwah sejauh yang deme mampu lakukan. Banyak maklumat dan pengajaran yang boleh aku ambil daripada pengembaraan ini untuk aku jadikan panduan dalam kehidupan sehari2. Pengembaraan berilmu akan membuat seseorang menjadi lebih matang dalam pemikiran dan tindak tanduk. Dan yang paling penting bagi aku, sentiasa bersyukur atas apa jua nikmat yang telah diberi oleh Tuhan Yang Maha Pemberi dan Pemurah. Tidak semua orang suka mengembara dan tidak semua orang mampu mengembara atas berbagai faktor dan setiap orang mempunyai cara tersendiri pergi mengembara. Walau apa pun cara, yang pasti tujuannya adalah untuk membuka minda dan mata hati serta melihat dari kacamata sendiri bumi Allah yang luas ini. Alhamdulillah

Sekian, Wassalam

32 comments:

  1. Subhanallah, cantiknya! Sedap plak tu tengok makanan2 tu. Nak tergelak part fruit koktel disuruh blend tu, kehkehkeh!

    ReplyDelete
  2. Salam Dinas

    Subhanallah, apa jua ciptaan Allah, pasti cantik dan sempurna.

    Sedap ke tengok makanan2 tu ? Jangan tertipu dengan rupa paras nyer....hehe

    Dah dia tak larat nak ngunyah, masuk perut pun bercampur gak, so better belnd jer semua..katanyer....

    ReplyDelete
  3. yes..interesting baca bab koktel tu...gedabak gak saiz nye tu, jenuh nak abiskan..paling senang, blend dan hirup terus..hehe.

    sayang tak dapat masuk Aleppo Citadel tu..agak femes tempat tu. Mesti menarik view dari sana. takpa lah yong..tak ada rezeki, nak buat camna.

    Souq2 di syria ni memang sangat menggoncang iman..tengok gambo je dah terasa tergugat..inikan pulak memang real berada kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dik Murni

      memang besau giler gelas koktel tu, saiz orang deme minum kan...penat kawan tu ngunyah nyer...

      Tak dapat masuk Aleppo Citadel tu memang akak sangat kecewa, tu kubu terbesar dan tempat dia atas bukit tu cukup strategik...dikelilingi oleh bandar Aleppo, kiteorang tak tau langsung ada hari dia tutup, tak terpikir...lawatan tak lengkap, akak kena lengkapkan suatu hari nanti...hehe

      Souq deme memang meriah ngan barang2 yang menggugat poket...Aleppo lak memang terkenal dengan sabun zaiton dan barangan berasaskan zaiton, byk pilihan, murah dan yang penting berkualiti...kalau akak terus balik Malaysia dari sini dulu, memang akan akak borong satu beg angkut barang deme...tapi disebabkan nak mengembara jauh lagi, terpaksa lupakan niat tu...

      Delete
  4. bestnyeee bace pengembaraan akak ni.. mudah2an dpt jejakkn kasi ke sini satu hari nanti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hazwan

      terima kasih suka baca cerita pengembaraan akak, suke jer akak nak kongsi ngan pembaca apa yang boleh diceritakan buat hiburan dan maklumat.

      InsyaAllah kalau ada niat dan usaha, akan sampai suatu hari nanti ke sini tapi mungkin banyak yang dah berubah akibat perang ni kan...

      Delete
  5. Assalamualaikum Yong ASP,
    Bertuah sungguh Yong dapat ke Syria melawat makam sahabat-sahabat dan melihat bekas tapak kaki Rasulullah s.a.w. Berapakah saiz tapak kaki Rasulullah s.a.w itu? Ingin juga tahu.

    Apabila Yong menyebut nama-nama sahabat dan tokoh-tokoh/pejuang=pejuang Islam itu teringat kembali kelas Sejarah Islam. Tetapi dah ingat-ingat lupa kisah perjuangan mereka. Saidina Khalid ibnu Al-Walid itu kalau tak silap saya, adalah panglima berkuda, berpedang dan panglima yang paling berjaya. Beliau telah banyak berjihad dan mengalahkan musuh sehingga mendapat gelaran Saifullah (Pedang Allah). Sallahuddin al-Ayubi pula terkenal dengan Perang Salib, kan?

    Makanan itu nampak sedap bebenor. Tapi Yong kata harapkan rupa je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Yong Prof

      Atas izin Allah dapat keme melawat makam sahabat2, tabi'in dan tabi altabi'in, salaf al-salihin, pejuang2 Islam di negara yang banyak menempatkan mereka2 ini. Walaupun tidaklah menziarah kesemua yang ada, at least cuba dengan masa yang terhad tu singgah ke makam deme. Alhamdulillah.

      Wallahua'alam, keme tak tahu berapa saiz tapak kaki tu dan tak ingat samada penjaga masjid tu ada bagitau or tidak. Minta maaf

      Panglima Khalid Al Walid memang terkenal kemahirannye berperang dan berpedang,dalam masa pemerintahan Khalifah Umar ibn Al-Khattab dia digantikan oleh Abdullah Ibn Al-Jarrah sebagai Panglima Kerajaan Islam, then lepas tu dia naik ke Syam dan membuka kota Homs dan menetap di sini. Keme terpikir adakah dia berkecil hati dan seterusnya membawa diri selepas digantikan dengan Panglima baru ? Wallahua'alam.

      Betul tu Prof, Salahuddin Al-Ayubi membebaskan Kota al- Quds dari pihak Kristian dalam Perang Salib. Ini yang paling terkenal dalam banyak2 cerita dalam Perang Salib kan.

      Biasa la Yong makanan deme, mana ada rasa...macam tak cukup rempah dan tak pedas langsung....

      Delete
    2. Yong ASP,
      Salam. Teman teringin hendak tahu saiz tapak kaki Rasululullah s.a.w yang disayangi itu. Nak membayangkan ketinggian baginda s.a.w.

      Khalifah Umar Al-Khattab melucutkan jawatan Panglima Khalid Al Walid kerana Panglima Khalid seorang yang terlalu tegas. Dia tidak mahu orang menganggap Islam sebagai agama yang keras/terlalu tegas. Tetapi selepas itu Khalifah Umar menyesal kerana melucutkan jawatan Panglima Khalid itu. Khalifah Umar sering memuji-muji Panglima Khalid Al-Walid. Panglima Khalid kemudian tinggal di Syam. Beliau mempunyai ramai anak (40 orang), tetapi kemudiannya mati kerana wabak taun. Panglima Khalid meninggal dunia di rumahnya kerana demam walaupun beliau ingin sekali mati syahid di medan perang. Betul tak apa yang teman tuliskan ini?

      Delete
    3. InsyaAllah kalau keme dah dapat maklumat saiz tersebut akan keme panjangkan kepada Prof.

      Ya Prof, itu la yang ditulis.

      Delete
  6. Baru nk start explore blog ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jarimanis

      terima kasih menskodeng ke sini.

      Delete
  7. salam

    tak sempat kami nak ke Syria krn kebanyakkan tempat2 bersejarah dah hancur lebur dek perang

    mak itam dah plan nak pi Andalusia nak lihat sejarah kegemilangan Islam dulu di bumi Spain, tak tahu lah bila nak sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bapak USA

      Ye la kan, masjid pun jadi mangsa dan mungkin banyak tempat2 sejarah hancur dek bom.

      Wow...Andalusia....masih dalam mimpi...Udah2 la USA tu Pak, balik2 la jonguk kobun gotah tu...

      Delete
  8. Assalam, untung Yong pernah ke Syria, kerana untuk beberapa tahun akan datang ni keadaannya belum tentu menjadi aman seperti sediakala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Yeop

      Alhamdulillah sempat keluor walau berdebar dengor berita reformasi merebak dari Egypt ke Syria masa tu.

      Ye la kan, dah nak masuk 2 tahun dah ni...tak nampak nak surut perang nye..makin hancur.

      Delete
  9. Replies
    1. Sapa mak warah ni ? tak kenei teman der...

      Waa'laikumussalam TiranaAduka

      Delete
  10. walau dok di mana pun..kalau dah tekak melayu tu..nak gak makanan sini no..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Payah tekak melayu ni kan....nak pedas ajer..pas tu nak cukup segala rempah dan bau serainyer, daun kunyit nyer, lengkuasnyer..belacannyer, baru ada selera nak telan....kalau setakat bau tomato ngan kambing jer...mati selera...hehe...

      Delete
  11. Assalamualaikum dan salam jejak di sini..dah banyak tempat saudari dah jejak..dengan Izin Allah saudari dapat jejak ke sini..Actually saya teringin nak ke sini..tapi belum berkesempatan lagi..terima kasih sebab sudi share ilmu dan pengalaman di syria..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Yong

      Ada niat gak nak ke sini yer ? elok ler tu...tunggu deme ni aman dulu ler...

      Delete
  12. Hi ntah bila lah ye teman boleh ke sana.. tammbah2 lagi bila dah banyak ranap ni..

    tapi INSYALLAH akak akan cuba sikit2 menyusuri negara para anbiya ni.. memula nak ke Turkey.. Dua'a semoga berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam K Yan

      Ye la kak, dah musnah peninggalan sejarah di negara deme ni...ntah apa jer lagi yang tetinggal agaknye...

      Wow...nak ke Turkey yer ? Moga citer2 terlaksana...

      Delete
  13. Assalamualaikum..

    Syria tak gi lagi...entah bila lah dapat gi, tambahan pulak negara mrk bergolak teruk...habis negara islam berkocak...musnah tinggalan2 sejarah musnah dek senjata2 manusia...

    semuga negara2 tersebut kembali aman...dan Allah melindunggi mereka yang teraniaya. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Hajah

      Gitu ler jadi nyer biler dah berperang ni kan...hancur negara...

      Delete
  14. Salam kak.

    Cantik sungguh bandar Homs ni dan kaya dengan sejarah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Janggel / Rain

      Cantik sebelum perang haritu....tak tau la sekarang ni camna ghuper dah

      Delete
  15. salam ASP..jauhnya perjalanan ASP..tak mampu Nekcik nak ikut sama!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Nekcik

      tak jauh mana nyer Nekcik, dekat jer tu....

      Delete
  16. Salam ASP. Nak mintak email, boleh tak?
    zilndnas@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam

      boleh, email teman akuseorangpengembara@gmail.com.

      Delete