Sunday, 3 February 2013

Tree Top Walk Sungai Sedim Kulim, Belacan Tanjung Dawai, Ladang Anggur Tasik Beris, Gunung Jerai, Ladang Tebu Chuping Yang Sudah Terkubur

Assalamua'laikum Pembaca Budiman

Tahun 2013 ni aku mulai siri2 pengembaraan aku di dalam negara, ke utara tanahair. Dah lama tak mengembara dan melihat hasil mahsul yang ada di utara tanah ayaq sedangkan dulu aku bertahun2 menghabiskan usia muda remaja mencari ilmu di sini. Teruja melihat perkembangan sehingga ada yang dah tiada. haha....

Perjalanan seawal 4.30 pagi dari Kuala Lumpur, tempat aku bermastautin terus ke Kulim Kedah amat lancar. Cuaca di sepanjang kembara aku selama 3h2m amat menyebelahi kiteorang. Walau kiteorang sesat sekejap di High Tech Park Kulim, mungkin kerana kelaparan agaknyer, kiteorang masih sempat sampai lebih kurang jam 9.30 pagi di sini. Lebih awal setengah jam daripada jangkaan. Kalau tak de AES, rasanye lagi cepat sampai....hehe....

Tree Top Walk, Sg Sedim, Mahang, Mukim Karangan Kedah

Bila dah sampai di tepi hutan, dengan suara2 pelbagai penghuninyer menyambut kedatangan tetamu yang tak pernah diundang, ada pulak ayaq terjun, suasana cukup mendamaikan jiwa. Menyelusuri denai berbata untuk sampai ke titik mula jambatan, suasana hutan disini cukup mengasyikkan bagi sesiapa yang suka suasana begini macam aku.


Air sungai merentasi jambatan gantung keluli, deru sungai yang mendamaikan. kalau la pohon2 disekitarnya berwarna oren, akan jadi tersangat ler cantik kan....proses berangan yang tak abih2. hehe


Kome yang jenis gayat macam aku, tak perlu riso naik jambatan ni sebab tak goyang macam kat FRIM tu....

Orang lain mungkin ambik masa setengah jam jer kot berjalan atas jambatan ni tapi bagi kiteorang yang suker suasana hutan rimba ni, makan masa berjam2 dok kat atas tu. Menghayati alam sekitar, klik kamera selangkah satu, buat aksi lagik....mau nyer tak lama kan....

Lepas turun tu pegi ke sungai ayaq terjun pulak, nak berkelah kat sini memang best tapi kalau tak de bekalan  tu rendam kaki jer la...hayati deruan ayaq menghentam batu2 sungai. Tu jer yang boleh buat pun....kawasan ayaq terjun ni bersih dan tak tercemar.



Masa berjalan begitu pantas, kiteorang terus pecut ke Tanjung Dawai. Aku tak pernah jejak lagi tempat ni. Kiteorang ikut jalan kampung jer dari Sg Sedim. Sesat larat. Nasib baik tak tembus ke Baling. Sempat makan tengahari di Karangan.

Ternampak papan tanda ni sambil makan di gerai.  Apa komen komer ?

Lepas makan aku tanye tokey kedai sambil tunjuk papan tanda, "apa dah jadi ni kak?".. dengan suara yang rendah dan rasa kecewa akak tu bagitau " depa dah buat dah pun, kalau hangpa perasan kat depan tu ja, tak tau la apa nak jadi la ni, semua nak digadai, apa yang tinggai pun tak tau la. Kelilin tu semua kg melayu...bla bla bla....." akak tu bercerita meluahkan segala kebukuan yang mungkin bersarang begitu lama. Jadi bila aku cuba korek jalan cerita...tu dia...macam deru ayaq terjun Sg Sedim dia berkata2 dalam loghat Kedah yang pekat....

Aku ikut jalan kampung dari Karangan terus ke Sg Petani. Tak pasti simpang mana nak masuk, kiteorang berhenti tanye penduduk tempatan. Orang sini sangat peramah dan cepat menghulur bantuan. Tanye jer simpang mana nak pegi, siap explain very the detail setiap simpang terus masuk ke jalan kuala ketil Sg Petani...cepat jer kiteorang sampai. Kemudian terus ke Tanjung Dawai, dari Sg Petani ke Tg Dawai banyak papantanda, jalan pun tak sesak, cepat sampai Tg Dawai, then aku singgah dulu di sebuah surau untuk solat jamak zohor dan asar.

Apa cari kat Tg Dawai ?....tengok ja apa yang ada, kalau berkenan beli la kan....yang penting lawat kawasan. Nak nyeberang ke Pantai Merdeka, hari dah petang sangat, bot ada jer nak ke sana. Tapi kiteorang tak pi pon.

Dah jumpa belacan tumbuk Tg Dawai...rembat ler seketul.

Sepetang di Tanjung Dawai, melihat bot2 nelayan pulang ke pantai.....

Penat seharian mengembara, kiteorang pit stop kat Sg Petani. Penat weh....non stop dari KL pepagi bute....

Hotel budget di Sg Petani Utara. Disebabkan kiteorang ni VVIP, ada polis trafic mengiringi kembara kiteorang ni...demi menjaga keselamatan pengembara2.....ahaks

Hari ke-2, lepas bersarapan di depan hotel ni jer, terus pecut ke Sik Kedah. keluar ke Gurun tuju ke Jeniang terus ke Tasik Beris nak petik anggur Malaya.



Komer nak petik anggur sendiri ? kena bayaq 50 hengget untuk pakej tu.....tak kuasa aku....cukup la klik kamera sana sini.....

Jenis2 anggur Malaya

Sebelah ladang anggur ni, Tasik Beris....
Lukisan alam

Habis jejak tasik Beris  kiteorang pecut pulak ke Gunung Jerai. Memandu naik gunung sampai puncak. Memang sedikit mencabar. Alhamdulillah, berjaya bawa kereta ke puncak....cuaca panas, tengok sawah bendang di bawah memang cantik, cumanya padi dah dituai.....kunin jer pemandangan, kalau sawah tu menghijau..memang lagi cantik pemandangan dari puncak gunung jerai ni.

Memula ada sorang pakcik tegur kiteorang lepas park kereta kat bawah tu samada nak sewa kereta naik ke puncak, dia caj 50 hengget satu kereta. Aku rasa tak sedap hati takut kena semelih. Kitaorang pun tolak cara baik. Then pegi info centre tanye boleh memandu ke naik atas, pekerja resort tu kata boleh jer, tak de masalah. katanye...Aku sengih sampai telinge...suker hati...Selamat poket....

Menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan, betapa indahnya. Pemandangan yang luas terbentang tetapi berjerebu atau berkabus ?...

Memandu turun gunung lebih mudah dari mendaki, bagi aku la. Terus pecut ke Aloq Staq...Pekan Rabu di cari...Borong apa yang boleh. Dodol, kueh loyang, kacang tumbuk, dan yang pasti nyer..aku suka sagon....
Kat Bangunan Pekan Rabu ni ada surau, so memang memudahkan aku menunaikan tanggungjawab. Aku ke surau dulu then baru pi shopping. Baru aman tenteram nak bershopping. Nak cari parking memang payah kat keliling Pekan Rabu ni tapi hari ni nasib memang menyebelahi aku, cepat jer dapat petak kosong depan jalan besar depan bangunan ni.

Dah abih kempiskan sikit poket, kiteorang cari rumah kelahiran Tun Mahathir, kiteorang lupa simpang mana, so macam biasa tanye orang keliling, masa berhenti kat lampu isyarat, buka cermin tingkap dan ringankan lah mulut bertanye....memang tidak menghampakan...baguih sungguh orang Aloq Staq ni...siap iringi kiteorang sampai simpang ke rumah Tun tu...hehe..... 

Rumah kelahiran Tun Mahathir Mohamad, tak dibenorkan ambik gambor kat dalam rumah tu....so aku pegang jer ler kamera...lurus bendul sungguh aku ni....haha

Masuk jer rumah ni, terus aku teringat rumah kat kampung yang dah semakin reput dimakan dek anai2.  Ciri2 rumah melayu lama...tu yang aku suker tengok rumah ni....ada salasilah keluarga di letakkan kat dinding rumah ni tapi daripada sebelah ibunya sahaja...tak pulak diletakkan salasilah daripada sebelah bapak nyer ....suatu kemusykilan yang bermain dalam pikiran aku bila keluar daripada rumah ni.....hehe....

Lepas kiteorang keluar daripada rumah ni, datang la 2 orang penjaga rumah ni, naik ke rumah dan tutup semua tingkap..la.....dah tamat masa lawatan rupanya dan kiteorang jer yang ada kat situ.....kemudian aku teruskan memandu ke Kangar Perlis, mencari pit stop seterusnya.

Hari ke-3, kiteorang pegi ke ladang tebu Chuping Perlis, konon2 nak bergedik dalam ladang tebu....punye ler puas kiteorang cari ladang tu, tak jumpa-jumpa, jalan nyer memang betul dah.....then tuju terus ke kilang tebu tu..tanye penjaga...dia kata memang kiteorang dah pun sampai ke ladang tebu, keliling ni adalah ladang tebu...tapi tu dulu la...sekarang dah ditukar bentuk rupabumi di sini jadi ladang getah...seluas mata memandang....aku rasa nak nangis tang2 tu jugak.......ladang tebu dah takde......Bos 1Malaysia arahkan tukar tanaman ke getah......

Kilang Tebu Chuping Perlis, tapi dikelilingi dengan anak2 getah

Apa nak buat kan....dah tak nasib nak masuk ladang tebu...teringat masa aku mengawal sempadan dalam daerah Padang Terap dulu. Bila turun bukit jer,masuk ladang tebu jalan2, pas tu poket baju penuh ngan tebu bawak naik ke bukit semula untuk di ratah ramai2....hehe....

Disebabkan dah tak jadi menuai tebu di Chuping, aku terus pecut ke Wang Kelian, Nak pegi Padang besar, aku dah pernah jejak tempat tu, so kiteorang pegi lagi jauh la lawat kawasan. Perjalanan ke Wang Kelian tu mencabar jugak, naik bukit macam ke Gunung Jerai....tak beli apa pun sebab  tak de benda yang menarik mata aku...

Dah sampai sempadan ni, rasa mau jer teruskan ke Hatyai.....nasib baik keadaan paspot tak mengizinkan kiteorang meneruskan perjalanan....so terpaksa pusing ke selatan semula.....ahaks....

Sebelum masuk highway all the way back to KL, kiteorang singgah di Kuala Perlis semata2 mencari Laksa Kak Su yang femes tu....sedap ker ? komer pegi ler cuba sendiri....aku tak mau ulang dah...cukup ler sekali....Aku tak sempat nak pusing2 Pulau Pinang untuk mengimbau sejarah alam remaja sebab tak cukup masa....tak pe la...lain kali aku akan jejak kembali nostalgia itu.

Terima kasih membaca dan Wassalam

28 comments:

  1. berjalan sakat...seronok ikut blog ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali pusing malaya...

      terima kasih sudi menjengah selalu....

      Delete
  2. Assalamualaikum Yong ASP,
    Wah jauhnya kome nyongket he he he...sampai ke sempadan....Tempat-tempat yang Yong pergi tu pun mengimbau nostalgia lama saya. Tanjung Dawai tu dulu-dulu masa remaja pernahlah pi, jalan-jalan kat tepi pantai dengan kawan-kawan. Nyanyi lagu "di tepi pantai nan indah"...ada pulak member tu bawa gitar Kapok...Tapi dah tua-tua bila pi Tanjung Dawai ni, tahun lepas (2011), pi kenduri orang kawin je lah. Belacan Tanjung Dawai tu sedap. Tapi Cek pi beli kat pasaq malam ja kat Penang. Gunung Jerai tu pun masa zaman remaja adalah dok pi, pasai dekat dgn rumah kawan...Wang Kelian tu pulak dah lama pi, 15 tahun dulu kalau tak salah. Pi shopping. Makan-makan. Tapi lepas tu tak pernah pi dah. Pendek kata, banyaklah kenangan.

    Buah anggur tu sedap tak? Rasa manis ke masam?

    Cantik air sungai dan batu tu...nyaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Prof

      Sesekali nyongket Yong, nasib baik ada sempadan...kalau idok tu mau pecut ke ataih lagi....hehe
      Tengok perkembangan semasa, dulu tiada sekarang ada dan ada pulak sebaliknye...gitu ler putaran alam...

      Keme tak rasa pun anggur tu, mahei ya amat...tak de perasaan nak beli nyer....rege kat supermarket pun muroh lagi.....

      Sungai tu bersih dan tiada pencemaran...dan kawasannyer cantik....

      Delete
  3. Abis tu kilang gula nak jadi kilang ape... Nak tunggu getah lambat lagi...

    Sakan Yong ronda ke Utara, pasni bolehlah ke Selatan pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah ler Yeop....lelama sok mungkin deme tukor jadi kilang getah ler gamok nyer....

      Sesekali meronda melihat apa ada di negara sendiri...lepas ni memang plan nak ke selatan pulak...

      Delete
  4. hehehe. tak pernah ke sini. Maybe I should give it a try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teman pun ada tempat2 tu kali pertama jugak sampai...

      Delete
  5. first time ke gunung jerai tahun 1992.. van yg bwk ke puncak tu bwk punyalah laju...mengerika...

    dan ladang tebu tu alhamdlh dapat gak tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam K Yan

      Keme bawak slow slow jer K Yan masa mendaki tu, jln tu kan ker belingkor cam ular sawa tidor....penin kalau bawak lelaju....

      Untung la sempat menghayati ladang tebu Chuping tu dulu....dah tak de dah untuk generasi akan datang...

      Delete
  6. Wah mmg hebat betul asp ni :-) mmg jauh perjalanan dan yg best tu ada ladang anggur ermm nampak menarik. Dorang jual x? Berapa sekilo :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam JM

      Tak jauh mana pun JM....Had sempadan jer pun....nasib baik ada sempadan kan....

      Anggur tu ada jual...Bagi ASP ianye mahei ya amat....gi beli kat Jusco pun muroh lagi...hehe....Ada pakej petik anggur sendiri..50 hengget dia caj..semelih pelancong sungguh...pas tu boleh petik sekilo jer pun...

      Delete
  7. salam

    teman pun suka suasana hutan dgr bunyi riang2 bersahut-sahutan
    meriah

    lama sungguh tak ke utara

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Bapak

      Aman tenteram dok kat ataih jambatan gantung tu Pak. Tak dak nyamuk langsung sebab terlalu tinggi kan......bunyi ayaq terjun tu yang best.....

      Delete
  8. As salam Kak Yong sayang,

    Lama tak dgr celoteh akak! :)

    Orang utagha mmg peramah habih... Seronok kwn dgn depa ni... Tmpt2 kat atas tu belum pernah smp lagi... Tapi air terjun tu sgt menarik! Sg Sedim kan nama tmptnye... lama tak mandi sungai ni! Bilalah ade rezeki nak ke sana ni :))

    Laksa kak su tu kat mana tmptnye? Saya ni hantu laksa... Hari Sabtu aritu baru pulun makan laksa... tp guna ikan sini ler... w/pun rasa ade tp kurang umph lah sikit! huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'nalam Marya yang jauh di Lima....

      Seronok bila tanye jalan kat deme ni, berusaha bersungguh2 bagi kita paham....lagi seronok bile dengor deme cakap loghat Kedah yang pekat...akak suker...

      Ayaq terjun Sg Sedim tu antara yang terbaik yang akak jumpa...bersih, tak tercemar dan jauh dari pembangunan, depa ada aktiviti white water rafting kat situ...kalau berkelah lagi best....

      Laksa tu kat pekan Kuala Perlis ja....femes....tapi bagi akak tak berapa sedap...tak de daun kesom, tak de bunge kantan...kurang masam asam...tawor garam....byk la yang kurang...mungkin laksa deme cenggitu kot...akak pulak suka laksa yang wangi dengan segala bahan....hehe....

      Delete
  9. tudia akak, non-stop pi sana sini, saya yang orang sana pun tak mampu nak buat camni, salute la dengan akak. hm~...dah agak dah, ladang tebu chuping tu dah takda, ayah pernah cakap dulu...sedih pun ada jugak...balik ni ingatkan nak singgah ladang anggur tu jugak, dah akak cakap mahal tak jadi lah. bek beli dekat kedai jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pulun Yeop sebab masa ada 24jam jer sehari....tu pun dah skip Penang sebab memang tak kan sempat nyer nak kejor keliling Pulo tu....hehe....

      Ye la..tak de dah la Perlis dan ladang tebunyer....terkubor dah, tingge nama jalan jer ler....

      Yeop orang Kedah or Perlis ker ? Ladang tebu Padang Terap tu ada lagi tak ?

      Delete
  10. salam..singgah baca celoteh ASP..
    dah jauh berjalan hingga ke sik, ASP patut rasa buah anggur yang ada. kalau rasa tak berbaloi yang dipetik sendiri, kat kedai jualan yang sedia ada (dlm fridge). pendapat saya, buah anggurnya "crunchy".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih skedeng blog Yong ni....

      deme kata doh anggur tu crunchy, tapi bila Yong tengok rege dia..mak aii...mahei....nak petik sebiji yang dok ataih kepala tu, tak sanggup nak buat, malaikat dok jaga keliling Yong bagi amaran, Iblih pun takut nak dekat bisik2 ke Yong....hehe....

      Delete
  11. wow..jelajah utaqa! i like! utara ni banyak lagi tempat best utk dijelajah..tapi yang yong sampai semua ni memang main attraction. laaa...frustnya....ladang tebu nya dah tak ada. dah la masa tengok pilem kl menjerit dulu kemain lagi teringin nak pi ladang tebu tu tau...cadang2nya dalam tahun ni la nak pusing satu perlis kasi khatam...huhu.
    laksa kuala perlis tak makan...dah makan sekali, tidak ada kedua kalinya..hehehe.

    ReplyDelete
  12. tapi masih tak sempat nak jelajah Penang, lalu jer......tak cukup hari....kalau tak tu, memang lengkap la jelajah utara....

    Yong tak ler rasa ghalat sangat tak masuk ladang tebu tu, sebab dah pernah bertapa kat ladang tebu padang terap dolu2 kala, cuma kawan yong jer yang nampak sedikit kecewa...

    bab laksa tu...cukup ler sekali tu bagi Yong.....hehe....

    ReplyDelete
  13. Saya sedih sesangat bab ladang tebu tukaq tanam getah tu. Bagi saya dah hilang keistimewaan Chuping tu kalau udah takdak ladang tebunya. Mau nangeh kaw2 kecewa ni, mengalahkan nangeh hilang bofren..opps. Nasib baik saya ada gambaq kat ladang tebu dulu buat kenangan.
    Banyak tempat dapat cover tu, bestlah! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la, teman memang terkejut bila sampai sana...hilang dah chuping dan ladang tebunye.

      Pulun pusing kedah/perlis bagi abih gak....hehe...

      Delete

  14. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete