Saturday 27 December 2014

China - Shangri La - Episod 8 - White Water Terrace di Bai Shu Ta.

Assalamua'laikum Warohmatullah kepada semua pembaca budiman.

Mari kita sama2 berdoa agar musibah banjir yang melanda sebahagian negeri di Malaysia yang kita cintai ini segera berakhir.


White Water Terrace di Bai Shu Ta, Shangri La County

Pagi hari kedua di Shangri La, keme tak mau dah berembun kat atas bumbung dengan cuaca yang menyucuk kulit sampai ke tulang sejuknya...baik keme gulung2 badan semula dalam selimut panas lepas solat subuh tu...lagi best...haha....

Lepas sarapan ala kadar dengan bekalan yang keme bawak, kiteorang merancang untuk teruskan pengembaraan ke Bai Shu Ta dan tak mau pusing balik ke Shangri La. Dari Bai Shu Ta, lebih baik teruskan perjalanan ke Middle Tiger Leaping Gorge ajer. Oleh itu kiteorang sekali lagi meminta pertolongan Becky menelepon pemilik guest house di Middle Tiger Leaping Gorge untuk mengambil kiteorang di Bai Shu Ta sahaja.

Bergambor dulu dengan Becky sebelum keme meninggalkan hostel beliau pagi tu.
Becky kenal dengan semua tetamunya kerana dia sendiri yang akan melayan setiap tetamu. Katanya, ini akan memudahkan dia membantu dari segala segi yang diperlukan oleh setiap tetamunya. Keme memang terharu dengan perkhidmatan yang diberikannya. Itu sebab dia tak mau buat hostel yang banyak bilik kerana tak mungkin dia akan mampu nak layan setiap tetamu nya sendiri.

Tengok ni, betapa teliti nye si Becky membantu kiteorang agar pengembaraan kiteorang ke destinasi seterusnya nanti berjalan lancar. Pagi tu dia telepon sekali lagi pemilik guest house di Middle Tiger Leaping Gorge untuk mendapatkan kepastian dan maklumat kenderaan deme dan pukul berapa kiteorang nak dia tunggu di kawasan berhampiran White Water Terrace tu. Juga maklumat bas awam dari Shangri La ke Bai Shu Ta.

Setelah mendapat maklumat yang diperlukan daripada Becky, kiteorang pun mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal. Esoknye apabila pelancong dari Spain tu keluor dari hostel, dia akan menutup sementara hostelnya dan terbang balik kampung halamannya di selatan Yunnan. Tiket kapal terbang dah dibeli, katanya.  Selamat balik kampung untuk 3 bulan, kate keme kepada Becky.

Perkhidmatan bas dari Shangri La untuk ke Bai Shu Ta ni sekali jer sehari pergi dan balik iaitu pukul 9.10 pagi dan kembali dari Bai Shu Ta ke Shangri La semula pada pukul 2.00 petang. Tambang nye RMB 24.00 sehala. Pukul 12.15 pm kiteorang sampai di kawasan lereng White Water Terrace. Ia memakan masa 3 jam perjalanan pergi ke sana. Memang jauh melalui kawasan pergunungan di Shangri La ni. Pemandangan macam biasa...ohsem...

Melaram dengan baju sejuk yang baru kiteorang beli di pekan Shangri La semalam...

Bas berhenti seketika dalam 15 minit di suatu perhentian di pergunungan. Boleh la kalau nak terkucil  kalau kome sanggup atau nak membeli minuman di sini. Keme cuma menghayati keindahan kawasan pergunungan ni dan begedik jer.

Nun jauh di bawah gunung, terdapat kehidupan di sana.

Terskodeng ayor gunung dari dalam bas bila bas melalui suatu selekoh di lereng gunung...Sangat jernih dan putih bersih bak salju yang sejuk gebu.

Sampai di Bai Shu Ta, pemandu memberitahu kiteorang dah sampai...keme tengok keliling..tak nampak pun terrace ayor...tak pe la, keme turun jer. kendian baru keme tahu terrace tu berada di atas gunung dan perlu mendaki. Setakat yang keme ukur, pendakian tu lebih kurang 300 meter...mendaki kome..hiking orang Sunderland kata, bukan trekking tau...tegak ke atas...hoho....

Bas betul2 turunkan kiteorang tepi balai polis merangkap tiket counter, depan nya diseberang jalan ialah tangga untuk naik ke White Water Terrace tu.. Kawasan tak berjaga pun kena bayor tiket jugak naik ke sana...sabor jer la. RMB 30.00 seorang. Bayor jer la kan.

Ni la rupa balai polis di Bai Shu Ta...kiteorang beli tiket di sini dan simpan beg pun kat sini jugak..kalau simpan beg pun kena bayor mau keme pelangkong polis tu...hehe

Buddy kompius... Naik tangga ni ke ? tanye pelancong yang naik bas sama2 tadi..sebab mana la kiteorang tau baca tulisan tu kan... Patutnya letak ler gambor White Water Terrace kat papan tanda tu besor2 baru lah pelancong yang tak tau baca tulisan China paham kan...

Mulakanlah sesi panjat memanjat....tengok langut ke atas tu pun keme dah semput....

Langut kome, ade nampak white water terrace nye tak...tak mandang kan..maknanye memang jauh lagi la tu. teruskan pendakian...

Lagi satu maklumat yang keme nak kabor ke kome. Keme pegi tak kene dengan musim nya. tapi gatei nak memanjat jugak kan. Kalau tak panjat bila lagi keme nak sampei..  Gambor atas tu menunjukkan keadaan sebenor di musim kering ni. Sekiranya kome datang di musim panas atau bunga, laluan ayor ni akan penuh dengan ayor terjun...keme pulak gunakan laluan ayor ni untuk memanjat. Tangga kayu yang dibina disebelah tu dah nak runtuh. Tak berjaga pun, ape deme buat dengan duit tiket yang pelancong2 bayorkan...geram jer keme pikior. Dah la keme memanjat sensorang...semput dan tak bawak tongkat sakti..buddy dah hilang di telan dek gunung. Laju jer dia naik dengan sorang pelancong tempatan...

Setelah berhempas pulas mendaki, akhirnya sampai juge keme kat atas tu...cantiknye pemandangan keliling. Cuaca pulak sangat baik dengan angin yang tak berapa kuat. Degup jantung memang kuat la bergoncang sebab dah lama tak buat aksi panjat memanjat ni kan...sampai atas keme muntah dulu...standard la tu..bila menggunakan kekuatan jantung berlebihan...muahahahaha....

Aduhai...tak sampai2 lagi ni...tapi berhenti sekejap tengok pemandangan keliling.. Kering kontang kome..tak de ayor...

Akhirnya keme berjaya meninggalkan jejak di White Water Terrace di musim kering..hehe.. 

Sebenornya masih ade ayor yang lalu tapi terlalu nipis dan sedikit ...memenuhkan kolam yang tersedia....

Ayor datang dari arah sana..

Aktiviti biase keme....

Gini ler yang keme nampak depan mata bila pergi tak kene musim kan....

Kat situ jer ler had deme bagi redah...nak pegi dekat ke kolam tu deme tak bagi..bahaya pun sama..kang terguling terus sampai tepi jalan kat bawah tu....

Ok la kan, keme dah sampai sini....cari tempat lain pulak di musim yang lain....pujuk hati...hehe

Dah penat melepak kat White Water Terrace tu dan agak2 boleh turun semula dan sampai di bawah sebelum pukul 2.00 petang, kiteorang pun mengambil jalan pulang...nak dok lelama kat atas ni pun bukan boleh kenyang pun kan, cuma ayornya keme rase la sikit kat mata air yang ade, sedap kome...rase ayor gunung..hehe..

Turun dan ambil beg semula di balai polis, tunggu jap van dari Middle Tiger Leaping Gorge dan kiteorang meneruskan eksplorasi ke sana. 

Perjalanan dari Bai Shu Ta ke Middle Tiger Leaping Gorge menyajikan ceracak2 puncak gunung bersalji.

Sekian untuk episod kali ini.
Berjumpa di lain siaran

Wassalam

9 comments:

  1. Pun cantik walaupun airnya kurang... yg penting dapat berposing dan begedik..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan yang penting dah tinggalkan jejak kat situ...muahahaha

      Delete
  2. Cantiknyaaa. ..
    Water terrace tu sama rupanya mcm kat turki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih cantik dan banyak ayor kalau pergi musim panas atau bunga.

      Delete
  3. Buddy tu saper sebenarnya? Terrace tu original cmtu atau org yg buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh baca di awal2 episod nak tau dia sapa...
      teres tu yong tak study pun samada ori or buatan

      Delete
  4. kak ni macam kat turkey je.. ape name ntah tempat tu saye pun taktau sebab dok usha2 mane nak pergi rase ade tempat cam ni kat sane..

    air panas ke tu???

    hebat lah survive kat sane naik bus je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Turkey namanya Cotton Castle di Pamukalle...
      Air sejuk la dik, air gunung...
      Perkhidmatan bas nye efisyen, ikut masa. dan murah..tak de masalah...Alhamdulillah

      Delete
  5. Salam sis ,mcm mna nk dptkan van dri sangri-la ke tiger leaping gorge? Book dri hotel ye? Ada bas x

    ReplyDelete