Friday 16 November 2012

Syria - Damascus - Peristiwa Habil & Qabil di Bukit Qasiyyoun, Bakdash dengan aiskrim ketuknye di Souq Hammidiyah

Assalammua'laikum Pembaca Yang Budiman
 
Hari ke-2 aku di bumi Syria dan hari ke-6 pengembaraan aku dan geng. Bangun pagi ni kepala aku dah mula mengong, badan seram sejuk. Dengan keadaan cuaca yang sejuk ni, aku cuba elakkan hidung meleleh sebab itu tanda tak berapa nak baik bagi badan aku. Kalau kena demam selsema kepala jadi berat dan cukup tak selesa bagi seorang pengembara. Mahu jer aku belingkor dalam selimut jer tapi bila memikiorkan kepayahan poket aku nak datang ke sini, aku kuatkan semangat dalam diri, aku boleh teruskan, aku boleh dan aku boleh, aku kena bagi boleh...hehe....

Ubat ? semua ubat aku bawak, ubat ceret-beret, selsema, mabuk perjalanan, allergy tapi bagi aku ubat terbaik untuk demam selsema aku ni adalah clarinase. Ia amat baik dan cukup berkesan, tapi masa aku pegi ni ubat ni tak de stok di KL, kedai2 farmasi kata ia ditahan pengedaran seketika sebab banyak orang salah gunakan terutamanya mat2 gian. huhu....haish...ngape ler takde stok bila aku nak mengembara, mujur di Damascus ada farmasi di bawah hotel aku nginap tu, adapun clarinase kat sini, lega hati aku...boleh la aku melalok jap...ahaks....

Damascus-diwartakan sebagai warisan dunia oleh UNESCO. Aku lebih suka mengungkap bandar tua ini sebagai Damascus daripada Damsyik ataupun Dimashq. Lebih sedap diungkap dan kelihatan cukup tua dengan panggilan tu, setua usianye yang beribu tahun dengan sejarah yang pelbagai daripada Kerajaan Aramaic yang berasal dari Mesopotamia, Roman, Byzantine sehinggalah kepada kerajaan2 Islam bertapak disini dan sehingga sekarang ianye berpenghuni. Lebih daripada 3500 tahun. Cukup lama kan. Itu yang direkodkan, yang tak de direkod mungkin lebih lama lagi kan.

 
 
 
Peniaga2 wanita menjual walnut disebelah Masjid yang menempatkan makam cicit Rasullullah iaitu Saiditina Ruqayyah di Bab Faradis, berhampiran Souq Hammidiyah. Banyak betul ketulan2 otak ni kat sini dan murah lak tu. Kome agak2 deme ni bermazhab ape ? Tetiba soklan tak berkait lak aku tanye....


Pepagi di Damascus, kiteorang sibuk menziarahi Masjid2 dan makam2 Nabi, sahabat2 dan keturunan2 Rasulullah, para solihin dan pejuang2 agung di zaman Khalifah Kerajaan2 Islam dahulu. Dalam episod ini aku cuma ceritakan aktiviti kieorang di sebelah petang jer.

Hotel yang aku nginap sepelaung cuma daripada Souq Hammidiyah, memang senang nak ulang-alik menyoping kalau masih tak cukup kempis poket tu. Tapi aku tak ler serajin tu untuk berulang-alik ke sana. Buat berat beg aku jer....payah aku nak kendong.

Petang tu kiteorang pegi jauh sikit ke pinggir bandor, lebih kurang 35 km menuju ke sebuah bukit, nak tengok panorama kota tua Damascus secara keseluruhan. Bukit Qasiyyoun, itu lah nama diberi. Bukit ini juga femes dengan cerita lagenda peristiwa Habil dan Qabil.

Ambil teksi sehingga ke persimpangan sebuah kawasan penempatan yang padat dipinggir bandar, kemudian kiteorang kena naik pick-up di bawah ni pulak menuju ke kaki bukit tersebut.
 
Ini la pick up yang kiteorang naik untuk melalui lorong2 sempit dikawasan penempatan penduduk2 di lereng bukit menuju ke kaki Bukit Qasiyyoun. Cara deme bawak kenderaan ni...uish sabor jer la jantung aku, kena pegang besi pick up tu kuat2, silap gaya karang mau terpelanting keluor....



Had tu jer la kenderaan deme boleh lalu, lepas tu mulakan lah menapak memanjat lorong2 rumah penduduk disini.


Tangga2 dari permulaan kaki bukit Qasiyyoun di kawasan penempatan yang padat, panjat ler kome, apa lagi...ikut jer gerak hati laluan menuju ke atas yang berkelok2 tu, InsyaAllah sampai ler kome. Di sini tak de papan tanda yer kome, pepanda kome ler cari lorong yang betul nak jalan panjat bukit ni. Jangan malu bertanye....

Di pertengahan laluan ke Bukit Qasiyyoun di lorong2 rumah penduduk yang berlingkor macam ulor.

Selepas kiteorang melepasi rumah2 penduduk, terjumpa la laluan seperti di atas, yang dibuat untuk memudahkan pendakian sampai ke puncak bukit. Pengembara demam ni cuba mendaki bukit Qasiyyoun, tapi had ni jer ler dia mampu, kepala nyer dah makin mengong, pandangan dah tak stabil, terpaksa akur akan kelemahan diri. Walau cuaca sejuk, aku dah mandi peluh, dah ler baju aku berlapis2. Seram sejuk. Tapi elok sebenornye, berpeluh tu la yang buat demam aku tak menjadi teruk.
 
 
 Muker pengembara demam yang cuba menakluk Bukit Qasiyyoun. Walaupun aku hanya mampu panjat bukit tu separuh jer, tapi aku masih dapat menghayati bandar tua Damascus ini keseluruhannyer. Cuaca tidak lah berapa menyebelahi dengan sedikit berkabus. Aku cadangkan kalau kome datang ke sini elok panjat bukit ni di waktu pagi nak ke tengahari di cuaca yang cerah, baru rasa puas hati pemandangan siangnyer ataupun pegi waktu malam dengan cahaya yang bergelimpangan. Sungguh mengagumkan... Aku dan geng pegi panjat bukit ni di waktu petang yang remang di akhir musim sejuk.....sejuk jer ler yang dapat......
 
 

Separuh lagi laluan menuju puncak. Mengancam sungguh...hehe...jauh lagi rupanyer. Aku di mana masa ni ? Disebalik bukit sana...nun jauh.....itu lah had aku.

laluan ni pun belingkor2. Nampak keseluruhan bandar Damascus

Dari puncak, seluas mata memandang, suker nyer deme...
 
 
Kiteorang turun dari Bukit Qasiyyoun dan terus jer menuju ke Souq Hammidiyah, mencari kedai aiskrim yang femes dan membeli belah sampai ke malam..


Aku membelakangi lorong utama belah belakang Souq Hammidiyah, depan aku bergedik ni merupakan Masjid Ummayad, yang amat femes itu, kenapa masjid ni femes, lain siaran aku cerita pasal masjid ni dan mengenai Souq Hammidiyah ni pulak, ia merupakan pasar zaman purba yang berusia lebih daripada 1200 tahun yang masih digunakan sehingga kini dan sentiasa sibuk. Ia melalui pemerintahan daripada kerajaan2 yang terdapat pada masa tu dan beberapa kali melalui proses baik pulih. Tengok lah dia punye pintu gerbang zaman silam dia tu....kome rasa bercirikan apa ? Roman, Byzantine or Arab Architecture ? 


Lorong utama di dalam Souq Hammidiah, cer kome perati bumbung dia tu, dah berlubang2, punye la lama kan usia pasar ni. Dah macam bintang2 bertaburan di langit pulak rupa nyer.
 
 
Discovery and Travel Channel kat Astro tu la yang membuatkan aku terpengaruh giler dan menanam azam cukup lama untuk datang ke sini. Tersangat la femes nyer ke seantero dunia kedai ni....yeah.....aku dah sampai...suker tak terkira... Kedai Bakdash, aiskrim ketuk buatan sendiri yang dipertontonkan tiap kali rancangan ni muncul kat TV berbayor tu....biasa la kan, deme kan ker suke ulang2 siaran bertahun2....bertahun2 jugak la aku berangan dan menyimpan impian untuk ke sini sementara menunggu tabung2 tin biskut Jacobs dan botol2 minyak masak sri murni aku tu penuh, yang aku letak dibawah dapur masak dan dalam kitchen cabinet ....
 
 
 
Deme tengah ketuk aiskrim tu, siap buat satu alunan muzik dengan ketukan yang bersahutan antara satu sama lain, jadi meriah sangat kedai ni. Cara deme mengalu-alukan kedatangan pelancong dan menghibur tetamu dan pelanggan. Aku cuba ketuk, mak ai....dah la kayu tu berat, dah tu melekat pulak kat aiskrim tu, memang takkan jadi aiskrim la kalau aku yang ketuk....hehe...


 
Ni la rupe aiskrim ketuk Bakdash...sodaaaaaaaaaaaaaaaaap...dan sedikit melekit, lain dari yang lain. Rasa ? rasa aiskrim ler kome oooiii....kalau kome datang sini jangan lupa singgah tau. Musim sejuk pun tak de hal nyer nak makan aiskrim ni. Sejuuuuuk jer dia lalu kat anak tekak aku ni, namanyer pun aiskrim ye dak.... Demam pun boleh makan aiskrim ? Ada aku kisah....haha....Aku selidik2 rupa2nya aiskrim gini berasal dari Turkey. Mana bahagian aku tak selidik abih la. Mungkin di bawa ke sini di zaman kerajaan Uthmaniah, aku rasa la...mission accomplished...hiiiihaaaaa...
Juga :-


Terdapat lain2 pencuci mulut yang aku tak ambik tau dan rasa, dan tak tau namanyer pun...komer nampak tak dalam gambor atas belah kiri tu, yang atas meja tu.... haa...tu la kayu pengetuk aiskrim deme, besor dan berat giler kat aku...terhayun kena muka mau senget tulang pipi aku...hehe



Malam tu tetiba Souq Hammidiyah ni black out, gelap gelita jadi nye...hilang semangat nak shopping, tapi ada kengkawan aku kisah, deme tetap teruskan membeli belah dan mengempiskan poket deme yang berat tu, dapat beli sarung tangan pun jadilah untuk bekal hari esok. Aku pulak, ditegur dek anak-beranak Damascus ni, anak dia nak berlatih cakap omputeh, tu yang sanggup tegur foreigner. Tapi tu la kan, aku ni payah sikit nak bercakap kalau tak nampak muka, dah tu pakai spek itam di malam yang pekat, apa kelasss....no eye contact....bila dah berinteraksi tu aku dapati deme ni Syiah.....
 
Syiah....penduduk Syria ni hanye 11% je Syiah, majoriti adalah Sunni. Tapi pemerintah negara deme dimonopoli oleh puak Syiah, maka kome paham lah yer Syiah ni macamana dan layanan deme kepada puak Sunni. Kalau tak paham jugak, kome google macamana syiah ni, juga politik deme....tak kuasa aku nak huraikan kat sini.... 
 



Second round before or after black out, aku pun dah tak ingat, tapi dah tak larat nak pulun, jadi deme ambik satu mangkuk dan share ramai-ramai. Walaupun musim sejuk dan waktu malam, kedai ni tetap penuh dan meriah...susah nak dapat tempat duduk kome...



Ni la menu kiteorang untuk hari ni, "nasi ayam mengangkang yang tak tau malu", ish ish ish...ayam oh ayam...setalam untuk kami 4 orang. Tapi komer percaya tak, ada pelanggan kat restoran ni makan setalam untuk dia sensorang jer. Aku nak tangkap gambor dia tak berani la pulak, kang tak pasal2 ayam yang sedang mengangkang tu melekat kat muka aku....haha....sapa yang susah, aku yang demam ni jugak la nanti bertambah demam dek malu, yang kat dalam mangkuk kecik tu pulak memula aku ingatkan sambal belacan....sebijik punye kaler, tapi bila rasa...sambal tomato jer laaaaaaaaaaaaa.....tak de perasaan langsung deme ni punye rasa.

Aku punye cerita dalam episod ni tak ikut perjalanan aktiviti kiteorang yang sepatutnye, aku langkau jap. Episod ni cuma cerita aktiviti kiteorang di waktu petang jer. Aktiviti waktu pagi nyer aku ceritakan di lain episod jer la.

Wassalam, berjumpa di lain episod.
 
 

27 comments:

  1. Seriau nengok jln liang liuk nuh..! Tang eskem tuh kak yong! Bukan main lagik. Sejuk pon sejuk la.. Cita2 punya pasal, kasi bedal je! Lama mengidam nak ke sane ye dak? Mau nye nak nengok je? Erm rentikan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal, sejuk pun sejuk la kan, yang penting masuk ke tekak...hehe....

      Delete
  2. bestnyaaa teringin nak p sini jugakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin bila imilias pegi nanti mungkin dah lain rupa bentuk Syria ni keseluruhannye, harap deme udoh2 ler berperang ni kan. Buat hancur negara jer...

      Delete
    2. haah. sayang bumi yg cantik ni musnah dek kerakusan manusia...

      Delete
    3. dan nak bina semula mesti makan masa kan....

      Delete
  3. As sallam, akak..
    Keadaan Syria masa akak pergi macam mana?
    dengar cerita sana, agak teruk. Basyar Assad suka hati ja membunuh rakyat yang bukan golongan syiah...saya nak tau juga kisah & keadaan sana semasa akak pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam lola federer

      Terima kasih sudi menyinggah ke blog Yong ni.
      Akak pegi Syria tahun lepas,just sebulan sebelum mereka berperang sesama sendiri, keadaan masa tu dah nampak ketegangan tapi masih aman, sebelum pegi pun akak dan dengor kemungkinan2 yang berlaku di Syria, juga nasihat2 yang akak terima samada nak teruskan kembara atau batal dan masa tu tawakkal jer pegi sebab semua persiapan dah di atur, tiket kapal tobang pun dah dibeli.
      Masa tu Egypt tengah huru hara sesangat, dari situ lah akak dapat tahu gelombang tu akan merebak ke Syria.

      Delete
    2. OOhh..macam tu ceritanya.
      okla, akhirnya akak sampai & balik tmpt tu dgn selamat..
      terima kasih la atas pengkongsian cerita akak.
      nak pergi memang tak mampu dengar cerita je la..
      hehe ;)

      Delete
    3. InsyaAllah, jika panjang umur dan murah rezeki dan ada minat mengembara ke sini, mungkin satu hari nanti lola federer berkesempatan ke sini. berangan dulu...tu penting...hehe...

      Delete
  4. Sebab saya tengok suasana akak bergambar elok ja.. tak ada huru hara mcm info yang saya dapat.. Atau mungkin berlaku di tempat tetentu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa akak bergedik sakan di Syria ni suasana masih tenang lagi, Alhamdulillah, akak sempat menjelajah ke tempat2 bersejarah di Syria just sebelum segala2 nyer hancur. Biasa lah kan perang zaman moden, sekali bom, ranap seluruh kawasan dan banyak nyawa hilang.

      Perang di Syria merangkumi seluruh negara bermula dari selatan sehingga lah ke utara, sungguh dahsyat bila baca berita2 terkini kan. seolah2 seperti penghapusan suku or mazhab.

      Akak cuba merakamkan dalam bentuk penceritaan bergambar di dalam blog ni sebagai kenangan kembara akak di Syria sebelum perang dan harapan akak agar tempat2 yang akak pegi ni masih wujud untuk tatapan generasi akan datang.

      Delete
    2. yaa..dasyatnya. Inalilah..
      mungkin akak antara pelancong terakhir lihat tmpt b'sejarah..
      beruntung akak..

      Delete
  5. Wah banyaknya kacang Wallnut dijual. Aiskrim itu juga sangat memikat selera!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak kekacang ni kat sini dan juga lain2 kekacang dan murah dibandingkan kat Malaysia kita ni.

      Aiskrim tu memang sedap secantik rupenyer...

      Delete
  6. aiskrim dan nasi talam! fuh,tergugat sebentar jiwa raga.

    seronok layan gambar....:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tergugat jiwa raga yer....kalau la ada aiskrim cenggitu kat Penang kaaaaaaaaaaaaan.......

      gambor bercerita...hehe...

      Delete
  7. As salam Kak yong sayang,

    Alahai... kita berapa kali dah masuk sini tak katam2 lagi cite ni kak... Nak baca cerita akak ni kena baca penuh penghayatan barulah terasa seperti berada di sana jugak! Ayam mengangkang tu mmg sexy you! Kalau I lama dah kena baham tu hakhakhak!:D

    Sekali sekala kena buat luahan perasaan kat blog ni...fuuuhhhh lega... yg baca pulak feing kapla...hahahaha... Thanks kak...lebiuuuu muahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam wahai Marya Yang jauh di Lima.....

      Alahai...baca dengan penuh penghayatan...uish....dahsyat Yong mendengor nyer tu.... tapi Yong dah sedih memikiorkan keadaan negara deme yang hancur dek berperang tu sekarang ni... Ayam tu memang seksi kan....seksa tengok, kena baham cepat2....hehe

      biasa la dik, bila hati tercuit pasti dia berdetik, luahkan lah agar tak terbuku....kan kita ni manusia biasa jer, berperasaan...alhamdulillah kalau Marya rasa lega dah...

      Delete
  8. Waaa tgk aiskrim tu... rasa mcm meleleh2 je..
    dia rasa mcm kenyal-kenyal skit kan?

    apsal la takde jual kat mesia ni hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sodaaaaaaaaaaaaaaaaaap bangat aiskrim cenggitu dikdaa...ya betul perkataan tu "kenyal2 sikit", Yong tak jumpa perkataan yang sesuai nak menggambarkannyer masa tulis cerita ni....thks...

      Yong pun pikior gak kot2 ada orang buat kat sini....

      Delete
  9. Wow! Pengalaman dan gambar yang menarik.

    ReplyDelete
  10. Salam kenal...terimakasih kerna sudi singgah...anda antara yang bertuah sebab dapat menjejakkan kaki di bumi anbia...antara impian yang belum tentu dapat saya penuhi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kembali.
      keme sempat singgoh sementor jer, tak sempat tinggal komen lagi.hehe...
      Alhamdulillah atas rezeki dan kesempatan yang ada dapat ke sana hari tu...

      Delete
  11. assalam k.yong! kemane kite lepas ni? ronde mne?

    ReplyDelete
  12. W'salam Beb

    Banyak tempat nak jelajah tapi poket tak mengizinkan lagi...huhu....

    ReplyDelete