Sunday, 13 May 2012

Jordan - Amman - Explorace Tetiba-Tercungap Keme

Assalammua'laikum Pembaca Budiman

Aku di hadapan Gua Ashabul Kahfi di Abu Alanda, Amman Jordan


Cara aku mengembara setahun cuma sekali jer. Ikut kemampuan dompet, tapi kalau boleh aku nak cover banyak negara dengan kos yang berpatutan. Kali ni aku berkesempatan mengembara ke beberapa negara sekali harung jer memandangkan negara2 tu berjiran, memang berbaloi la dari segi kosnya. Kali ni aku nak berkongsi pengalaman aku mengembara ke negara Jordan seterusnya negara2 ke sebelah utara daripada Jordan. Kali ni aku pergi ber-4 dan terpaksa menggunakan tour agency sebab kitaorang tak de contact di negara2 ni. Cuba dah cari tapi tak jumpa yang bersesuaian yang sanggup muntah darah menerima kerenah kitaorang yang cerewet ni....Aku pegi tahun 2011 bulan Februari, akhir musim sejuk, menghilangkan diri dari opis lebih kurang 3 minggu....tak de masalah...opis aku adalah opis yang paling fleksibel di dunia ( aku rasa la )...hiiihaaa...

Aku ke Amman, Jordan menaiki Kuwait Airlines, so mestilah transit kat kuwait kan. Ingatkan boleh la nak jenguk Kuwait tu sementor, tapi kapatobang dari KLIA tu delay dari jadual asalnyer kul 3 pagi ke pukul 7 pagi. Hancus harapan....

Sampai jer kat Kuwait, apa lagi..mula la explorace aku mengejar penerbangan ke Amman, kali pertama sampai kuwait airport...tencangak-cangak cari kaunter kuwait airlines transit desk. Aku memang tak sempat langsung nak menghayati lapangan terbang dia pun....usahkan nak berhenti seketika jamu2 mater kat duty free shop ker, klik sekeping dua ker,  nak ke toilet pun tarak sempat wehh.....



Satu2 nyer kedai bebas cukai di kuwait airport, kecik jer pun airport nyer, tapi tukaran duit dia mahal giler...mahal giler2. FM pun tak mampu nak beli.....hahaha. 2 gambar atas ni aku tangkap masa aku transit awal April hari tu Maklum la, masa aku transit untuk ke Jordan tak sempat, so aku pastikan kali ni aku dapat bergambor di sini. ( kali ni aku transit kat sini sampai lemau otak kebosanan ...).


Sambung balik citer...



Sampai kat depan kaunter kuwait airlines transit desk  tu dalam keadaan tercungap-cungap, ramai la pulak orang nunggu giliran...kitaorang dah menggelabah takut terlepas flight ke Amman, tetiba terdengor orang kat belakang kitaorang panggil Amman, Amman, Amman, Amman....kitaorang pun teleng kepala dan cari....sambil berkata2 sesama sendiri tu panggilan untuk kita kot..main kotttt jer...cara dia panggil bersleng tu yang buat sedikit pelik kat telinga melayu aku ni...dah pastikan panggilan tu untuk kitaorang apalagi....pegi jumpa orang tu dan buka langkah seribu pegi kejar flight yang sememangnya hanya menunggu kitaorang masuk....then terus tutup pintu dan jalan....legaaaaaaaaaaaa....flight tunggu 4 orang VVIP dari KL masuk.....

Sampai Queen Alia International Airport Amman, kena apply visa dan bayau kat situ jugak, tak de masalah, kaunter tukar duit pun ada jer kat depan immigration tu. Duit Jordan mahal weh....lebih mahal cikit daripada USD. Huhu..tak leh berbelanja ikut sedap mata la nampak gaye nyer.



Sempat lagi aku bergambar dalam hujan renyai2 kat Airport

Selesai urusan di airport Amman, kitaorang keluar tunggu tour guide bawa ke hotel penginapan. Maka bermula lah pengembaraan aku menjelajah negara di benua Asia Barat.  Selesai urusan di hotel, rehat2 kejap, dalam hujan yang renyai2 kitaorang ke Amman Citadel, ni tempat kota runtuhan Rom dolu2 kala. Besar kawasannya atas bukit lak tu...cuaca yang tak menentu dan angin sejuk memang buat aku menggigil.

Aku dihadapan hotel penginapan di Amman, Jordan


Aku dan salah sorang kawan sepengembara dihadapan pintu masuk Amman Citadel

Macam biasa, aku ni bukan suka baca sejarah, tengok jer warisan yang ada, tangkap gambar sana sini sampai abih masa tempat ni nak tutup. Tapi sejarah mengajar aku banyak benda. Keinsafan diri dan kerdilnya aku disisi Al-Hakim. Al-Quran menyebut, mengembaralah dan lihatlah bagaimana kesudahan bagi kaum2 yang ingkar. Keangkuhan dan kesombongan tidak membawa aku ke mana pun. Harta dunia yang dikumpul akan ditinggalkan bila sampai masanya. Semuanya pinjaman. Al-Quran menceritakan sejarah orang2 dan kerajaan yang tumbang akibat sombong dan angkuh. Aku mengembara, melihat apa yang diceritakan di dalam Al-Quran untuk membuat aku lebih sedar diri, menambah amalan untuk bekalan diri dan mengambil iktibar supaya lebih tahu mengenal erti syukur.  


Hari hujan, so kena cepatkan langkah nak menjelajah kota tinggalan Rom ni, tapi tak dapat nak meneroka ke seluruh kawasan dek kekangan cuaca dan masa yang semakin senja.


Dari atas kawasan Citadel ni nampak di bawah nun sana tu bekas Theatre deme dulu kala dan reruntuhan kota lama. Kat bawah tu dinamakan The Lower City, aku tak pegi pun kat sana, tak sempat.  Di Jordan ni banyak tinggalan kota-kota Rom. Dari selatan ke utara, ada jer kota Rom ni. Reruntuhan kota yang serba lengkap.



Aku di dalam kawasan Citadel atas bukit, Selalunya, kota Rom ni mesti ada Temple dan dataran yang luas

Dalam kawasan Citadel ni jugak ada museum, so kitaorang masuk sini jer elak daripada hujan.


Jalan lagi atas bukit ni jugak, aku pegi ke gua ashabul kahfi, tengok sendiri dalam gua ni tempat pemuda2 beriman yang ditidurkan selama 300 tahun ditambah sembilan tahun lagi dengan anjing mereka yang diceritakan di dalam Al-Quran,  dengan lubang cahaya yang masuk dari arah timur dan barat gua ni. 



Aku dalam gua Ashabul Kahfi


Susah nak ambil gambar kat luar kawasan ni sebab hujan dah makin lebat. Hari pun dah senja, kitaorang keluar ke bandar Amman, makan2 dan balik hotel rehat.



27 comments:

  1. SALAM Yong,
    Tak suka baca sejarah tapi tengok peninggalan sejarah...hmmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Yong

      Ya Yong, pegi tengok dan hayati jer dulu, pas tu nak tulis kat blog ni baru cari buku sejarah berkaitan untuk pastikan nama tempat yang pegi tu,....boleh gitu ? haha...

      Delete
    2. Ha ha pandai...at least kena membaca jugak!

      Delete
  2. salam

    alhamdulillah

    saya pun plan nak ke sana , nanti boleh nyeberang ke Masjidil Aqsa pasal kat sempadan je kan , tu cuma hajat di hati je yang tak tahu bila dapat direalisasikan , lepas tu terus ke Makkah pula

    insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam

      InsyaAllah moga dipermudahkan urusan Pak Itam nanti.

      Delete
  3. Seronoknya dapat jalan2 banyak negara. Tapi panik jugak baca pasal transit flight tu, nasib baik sempat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dinas

      Hampir2 terlepas...kalau terlepas la memang meraung kat situ jugak...hikhikhik

      Delete
  4. As salam kak,

    Suka dgn ayat ni, " Tapi sejarah mengajar aku banyak benda. Keinsafan diri dan kerdilnya aku disisi Al-Hakim. Al-Quran menyebut, mengembaralah dan lihatlah bagaimana kesudahan bagi kaum2 yang ingkar. Keangkuhan dan kesombongan tidak membawa aku ke mana pun. Harta dunia yang dikumpul akan ditinggalkan bila sampai masanya. Semuanya pinjaman. Al-Quran menceritakan sejarah orang2 dan kerajaan yang tumbang akibat sombong dan angkuh. Aku mengembara, melihat apa yang diceritakan di dalam Al-Quran untuk membuat aku lebih sedar diri, menambah amalan untuk bekalan diri dan mengambil iktibar supaya lebih tahu mengenal erti syukur."

    Terima kasih :)))

    Nnt ada rezeki nak jumpa akak n story2 lah.. dgr cerita direct dr tuan punya badan :))

    ReplyDelete
  5. W'salam

    Waduh....Oh adik Marya...I am so touched....

    Kalau balik Malaysia, singgah lah, akak dok kat Pandan jer....Akak nak ke Peru tu tak tau la tahun bila baru dapat pegi.

    InsyaAllah, panjang umur kita dipertemukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya'ALLAH2... Dulu selalu jgk ke Pandan tu... Ada kwn tinggal kat sana & pernah kerja luar jgk kat sana... Moga pjg umur & rezeki kita jumpa :)))

      Delete
  6. salam kak,

    jauhnye akak berjalan nun ke middle east harap2 satu hari nanti sampai le saye ke sana.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam

      InsyaAllah, moga Mas juga dapat ke sana.

      Delete
  7. MASYALLAHH.. serronoknya dengar.. I mmg teringin nak pegi macam Eygpt dan Turkey.. Hope one fine day boleh lahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, moga tertunai keinginan K Yan tu...

      Delete
  8. Salam sis,

    Sama la kita..bersemangat jugak kadang-kadang tu nak meneliti artikel2 sejarah...tapi baca halfway semangat terus kendur...hehe..

    tapi bab menghayati peninggalan sejarah & senibina dulu tu memang best....khusyuk je tengok..

    ReplyDelete
  9. Haritu kebetulan 1lif di Haram tower... 1lif dgn orang kuwait... so makcik tanya la "how's kuwait now?"
    So dia jawab "ok nice... they just talk talk about kuwait".
    Mula2 saya macam blur apa mende "just talk talk".. lama lps tu baru saya tangkap "hanya cerita angin pasal kuwait" je kot hahahah.

    Teringin pulak gi kuwait huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin org ingat kuwait tak aman kot, maklum la , org masih ingat perang teluk dulu kot.

      Akak pegi jejak airport diaorang jer...cukup la tu...haha...

      Delete
  10. salam kenal...Nekcik pun suka mengembara..tapi selalunya ngan family dan tak suka pakai agen..kami suka jalan sendiri..naik bas, naik train...dan dapat mnghayati life mereka

    ReplyDelete
  11. Salam kenal Nekcik, terima kasih sudi singgah blog keme.

    trip keme kali ni tak leh pi sendiri, tak sorang pun yg reti berbahasa arab dalam group keme ni, arab2 ni pulak bukannye reti cakap english. so keme ambik jalan selamat....takut kene sembelih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoii tu yong..ada setengah tempat tu memang tak boleh sendiri ..seperti umrah ziarah

      Delete
  12. Salam. Hehe saya pi KL tu dengan rombongan sekolah bawak bebudak. Jadual ketat, kena jaga bebudak pulak, jadi cikgunya tak sempat nak menyelinap keluaq buat hal sendiri :)

    ReplyDelete
  13. Wah bestnya opis macam tu..boleh cuti lama2..Amman tu apa maknanya? Adakah aman dan damai? Adakah same dgn nama teman he he he?

    Teman tak peghonah ke Amman ni...tapi teman ada contact kat sana he he he...pasa anak murid teman dua tiga org orang sana he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitaorang rancang baik punye, ambil kesempatan atas hari2 yang ada cuti umum then gabungkan ngan cuti hujung minggu then baru tengok berapa hari jer cuti tahunan yang perlu diambil. So berbaloi.

      Uish...Ingat nama die ajer Yong ni...ntah ler, keme tak tau la pulak maknanya...

      Delete
  14. Replies
    1. Assalam BH

      Laaaaa...ye ker...kalau Yong tahu awal2 boleh minta kome jadi tour guide Yong. terima kasih berkunjung ke blog Yong ni.

      Delete
  15. assalamualaikum puan. Saya merupakan seorang pelajar dari KUIS. Saya diberi tugasan dalam mengetahui negara Jordan. Jadi saya memohon pertolongan dari puan dalam membantu saya dalam menyelesaikan tugasan ini. Saya harap puan dapat membantu saya. Jika puan sudi membantu saya boleh menghubungi atau whatsapp saya di 0172896349. Terima kasih

    ReplyDelete