Tuesday 27 March 2012

Egypt - Sinai - Ku Jejak Bumi Sinai Ke Sempadan Israel

 Assalammua'laikum Pembaca Semua


Aku di Taba, Sempadan Egypt - Israel

Hari ke-9 aku di bumi Egypt. Selepas tengah malam tadi ataupun boleh dikatakan seawal pagi hari ke-9 aku di bumi Egypt ni, aku, kawan aku, tour guide aku dan pemandu memulakan perjalanan dengan kereta ke bumi Sinai yang akan menempuhi Terusan Suez dan padang pasir yang tandus.

Pemandu mengelewor dulu kat Cairo mencari restoran yang masih dibuka selepas tengah malam dan singgah sebentar untuk membeli bekalan untuk kitaorang bersarapan pagi ditengah2 padang pasir kerana perjalanan ni mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke destinasi dan mungkin tak jumpa restoran sepanjang perjalanan di pagi hari tu nanti.

Kitaorang melalui terowong bawah laut merentasi Terusan Suez dari Cairo ke Semenanjung Sinai sedangkan di atasnya kapal2 juga sedang beratur merentasi Terusan Suez ini samada dari Laut Merah ke laut Mediterranian atau sebaliknya sebagai jalan pintas dari benua Asia ke benua Eropah dan sebaliknya. Bila kapal2 melalui jalan yang dekat untuk ke destinasi mesti ada harganya yang perlu dibayar. Maka terusan ini juga merupakan satu sumber pendapatan kepada kerajaan Egypt. Kitaorang singgah di sebuah masjid selepas merentasi Terusan Suez untuk solat Subuh.

Selepas menyegarkan diri sementor di masjid, kitaorang meneruskan perjalanan yang memakan masa sehari penuh merempuh padang pasir dan bukit2 batu sebagai pemandangan sepanjang perjalanan. Kitaorang juga akan terjah ke beberapa pit stop atas berbagai2 kehendak dan keperluan. Pengembaraan aku di  tanah tandus dan kering tanpa penempatan. Sinai merupakan kawasan yang paling kurang diduduki di Egypt atas faktor muka buminya. Riso juge kalau petrol tak cukup untuk sampai ke pit stop nanti. Boleh terpikior pulak.

Kitaorang berhenti jap di suatu kawasan berbukit batu untuk bergambor. Kawasan ni bukan pit stop sebab tak masuk dalam itinerary aku pun, itinerary yang dah berpuluh kali berubah ikut sedap poket aku, tempat nye pun tak dapat aku nak ingat lagi dah sebab betul2 di tengah2 perjalanan kitaorang. Tak der orang lain melainkan kitaorang ber-4 jer....Bukit ni nampak cantik dengan alur2 glasier yang mungkin mencorakkan bentuk muka bumi disini berjuta tahun dulu.


Aku rasa macam pegi kat Grand Canyon la pulak .... perasan jap


Bergambor tepi jalan dan atas batu jugak....siap panjat lagi bukit ni....



Jalan ni aku yang punye....sepanjang aku menggedikkan diri kat kawasan ni, seingat aku la hanya beberapa kenderaan jer yang lalu lalang ikut jalan ni, so most of the time sunyi sepi....ada gak la sengah jam kitaorang menghayati keindahan alam kat sini.
" Felt i was alone in isolated world "

Kemudian kitaorang berhenti lagi kat satu tempat, tepi jalan jugak. Ada batu bersurat kat situ. Pemandu bagitau tempat ni dizaman dulu kala merupakan tempat persinggahan bagi jemaah2 haji yang datang dari afrika. Inilah tempat mereka berkumpul sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Mekah melalui jalan darat. Oleh itu deme buat batu bersurat ni sebagai tanda. Kalau kome pergi ke Jordan ada lagi satu tempat jugak di sebelah selatan Jordan yang menjadi tempat persinggahan jemaah2 haji berhenti rehat sementara dengan kenderaan memasing memandangkan kenderaan ketika itu majoritinya adalah unta dan kuda. Aku terfikir betapa tabah dan peritnya mereka ketika itu mengharungi perjalanan yang memakan masa berbulan2 semata2 memenuhi tuntutan agama yang dicintai.

Aku dan pemandu dihadapan batu bersurat, tanda bagi tempat jemaah2 haji berkumpul di Sinai.

Kitaorang teruskan lagi perjalanan sehingga sampai ke Teluk Aqaba, kitaorang singgah di Taba, iaitu sebuah pekan kecil yang bersempadan dengan Israel. Kitaorang berhenti betul2 di pintu sempadan yang memisahkan dua negara ni. Di sini dapat dilihat pos tentera bagi kedua2 negara yang mengibarkan bendera memasing yang terletak di dua buah bukit yang besebelahan aje antara satu sama lain.


Aku disempadan Egypt-Israel. Had ni jer aku boleh pergi


Memasing mengabadikan diri begambor di peta Taba ni, Taba di hujung kanan atas sekali.

Kitaorang meneruskan semula perjalanan ke selatan. Melalui kawasan bergunung-ganang yang menyajikan pemandangan Teluk Aqaba dari atas bukit. Perut dah minta di isi. So pemandu berhenti di sebuah pit stop untuk kitaorang bersarapan dengan bekalan yang dibeli tengah malam tadi. 


Tempat aku bersarapan sambil menyaksikan pemandangan yang cukup indah di waktu pagi mengadap dari atas bukit di Teluk Aqaba. Sos cili tu wajib. haha....

Aku lupa nama Pit stop ni, sebuah restoran di atas bukit tepi jalan jer, tapi macam tak de orang jer singgah kat sini melainkan kitaorang ber-4 jer. Kebanyakan bas pelancong yang melalui kawasan ni akan teruskan saje perjalanan mereka. Bagi aku pulak, tempat ni cukup cantik, sunyi dan semulajadi. Kitaorang minta chai panas sorang secawan dan buka bekalan dari Cairo, nasi goreng jer pun, tapi dah keras sebab sejuk....


Berselera deme makan dengan gumbiranyer......
Lepas makan kami dok jap menikmati keindahan teluk tu dari sini sambil habiskan chai panas yang dah sejuk. Cuaca pulak cukup nyaman, angin laut + angin gunung....sejuuuuuuuuk.


Pemandangan teluk berlatar belakangkan gunung-ganang

Kami teruskan lagi perjalanan di sebelah timur Sinai menuju ke selatan, nampak pulak sebuah pulau yang ada kubu, rupanya salah satu kubu Sallahudin Al-Ayubi di sebelah Sinai, Panglima Islam yang terkenal di zaman dulu kala. 


Aku di hadapan kubu Sallahuddin Al-Ayubi di Sinai, kubu ni dibina untuk mengawal pencerobohan dari sebelah Teluk Aqaba. Ada bot ke sana tapi kitaorang tak pergi pun, takut tak cukup masa untuk sampai ke destinasi sebenar. Cukup la bergambar dari atas bukit ni jer.

Seterusnya kami menuruni kawasan bergunung-ganang ni, terjumpa pulak kawasan pantai mengadap kubu tersebut. Kitaorang singgah untuk menikmati keindahan alam dari sini pulak

Aku di hadapan kubu Sallahuddin Al-Ayubi dari tepi pantai


Ini lah nama tempat di tepi pantai tu, tandas di sini bersih kerana ia kawasan pelancong yang dijaga rapi. 

Kemudian kitaorang meneruskan perjalanan ke Dahab iaitu sebuah pekan peranginan yang terkenal di kawasan timur Sinai mengadap Teluk Aqabah selain daripada Sharm al-shaykh di selatan.

Aku di kawasan membeli belah sepanjang pantai di Dahab, kawasan pelancong, mahei la sikit barang2nye, tapi sempat gak rembat beberapa helai t-shirt.  Kawasan membeli belah ni memanjang sepanjang pantai. Angin cukup kuat. Kitaorang sampai sini dah tengahari, terjumpa kedai jual asob, apa lagi, macam biasa segelas besor sorang untuk melegakan tekak memasing, mahal asob kat sini, LE 2 ( Pound Egypt ) sedangkan kat Cairo hanya 50 nus ( sen ) jer.

Lama jugak kitaorang kat sini, lebih kurang 2 jam mengelewor ke seluruh kawasan dan berehat sementor di pantai. Kawasan ni memang sesuai untuk bersantai dan melepaskan tekanan kerja dan lain2 tekanan jiwa.


Sempat lagi aku berehat di tengah terik matahari tapi angin laut kuat dan sejuk sampai ke tulang rasanya. Aku boleh tertidur kat situ. Aman tenteram, tak de sapa pun dok kacau halau aku lepak atas bangku tu. Daratan di seberang laut tu Saudi Arabia. 

Dah habis kitaorang selongkar kawasan pantai Dahab ni, kitaorang pun keluar dari kawasan ni menuju ke kaki gunung untuk bermalam. Kitaorang sampai ke Fox Camp pun dah hampir senja. Kitaorang berehat sementor dalam beberapa jam menunggu awal pagi untuk aktiviti yang cukup2 mencabar lutut aku. Aku berehat dalam bilik yang sejuk mencucuk tulang dan air pili kat sini pun tahap air batu dalam peti ais.



18 comments:

  1. Teringin sangat nak pergi kawasan yang ada gurun....

    p/s: pemandangan dan gambar2 yg sangat cantik

    ReplyDelete
  2. Kesejukakan yg tidak terungkap. Paksa rela guna air utk wuduk. Otak sentiasa memikirkan cabaran di awal pagi esoknya..

    ReplyDelete
  3. Haaa gambaq besaq, puas hati tengok! Cantikla atas bukit kat Teluk Aqaba tu. Err tu sos cili dah tinggal suku dah tu..ka ada lagi spare? Makanan depa memang tawar eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikhikhik....Ada lagi spare serta bungkusan kecik2 kumpul dari kfc ngan mcd. Makanan deme ni tak pedas dan tak cukup rempah.

      Delete
  4. As salam kak,

    Subhanallah, cantiknya... Saya suka tgk keindahan laut tu... Bila kita pandang shj ke laut sambil memuji2 ciptaan Allah tu dah dpt pahala...mudah je kan... Di sini laut tak berapa cantik walaupun ada gurun...

    Nak jwb soalan akak tu, insya'Allah 3-5 thn kami di Peru ni... Org Malaysia sgt kurang kak, ada dlm 30 org shj... Itu pun rmai dlm penjara sb keldai dadah....huhuhuuu... Kalau akak nak tau info sikit ttg Peru boleh refer sini http://my-mindofmine.blogspot.com/2012/01/snippet-about-peru-jangan-salah-lagi-ye_16.html

    Terima kasih sb sudi menjenguk blog sy semoga persahabatan ini berkekalan insya'Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Marya

      lama jugak tu dok sana. mesti cekal dan tabah ni sebab komuniti tak ramai. Sedih dengor bab jadi keldai dadah ni.

      Terima kasih kembali.

      Delete
  5. salam....saya rasa mcm pernah tgk & kenal akak ni (eh btul ke akak, maaf kalau saya lagi tua...). btw u ni org Terengganu ke @ belajar kat mana2 yg mgk sama dgn saya. Tapi kalau xkenal pun xpela, mgk seiras dgn org yg saya kenal tu. btw seronotnye jalan2....mai le jalan ke brunei plak.hehe!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Rostina

      Best gak jadi pelanduk 2 serupa kan....tengganu kite yer...tapi akak bukan lah dari sana tapi ramai kenalan dari tengganu ni.
      Terima kasih menjemput ke Brunei, InsyaAllah bila berpeluang ke sana nanti akak akan contact Rostina. Boleh jadi tour guide akak kot kan.....
      Terima kasih sudi jenguk blog akak ni. Akak baru jer nak berjinak2 ngan blog ni. Jadi byk yg kurang.

      Delete
    2. tanya sekali lg kot2 kwn kakak saya masa d UUM? sbb familiar sgt muka akak ni.hehe!!!

      Delete
    3. UUM ? Sapa kakak tu ? kompius ni ?

      Delete
  6. Subhanallah...cantik2 pemandangan kat sana...semuanya cantik! :) especially pemandangan sewaktu sarapan pagi nampak teluk Aqaba tu..hmm..breathtaking!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik dik. Berbaloi kitaorang ikut jalan ni. Alhamdulillah

      Delete
  7. subhanallah..seronoknya...tapi saya belum sampai lagi ke sana..tq sharing gambar yg menarik dan berkongsi pengalaman ni kak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kembali, moga pengalaman dan info akak ni sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa jua yang ingin mengembara ke sini.

      Delete
  8. terserempak blog akak ni..subhanallah..cantik sgt permandangan kat egypt. Tak terfikir pun nak dtg sini, but sekarang kena fikirla haha..kalau nak dtg sini kena study zaman kegemilanagn Islam mesti lagi syahdu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi jengah ke sini.
      Ha...lepaih ni kena pikior ke sini pulak ler ye...

      Delete