Saturday, 3 March 2012

Egypt - Cairo - Meronggeng atas bot

Assalammua'laikum Pembaca Semua

Aku suka tengok peta tapi bukan la peta yang kat bantal tu.....

Peta Sungai Nil...bukan keris kelok sembilan yer....
Episod pengembaraan aku kali ni aku nak kongsi pengalaman aku bersama rakan sepengembara aku ke negara Egypt. Kali ni aku pegi berdua aje. Tak mau ramai2. Aku pikir bila banyak kepala, banyaklah kerenah, banyaklah songeh. Kenapa kami pilih Egypt ? Sebab aku ada tour guide tak bertauliah boleh bawak kami mengembara kat sana.

Kali ni aku pegi di akhir musim sejuk Februari 2008. Pengembaraan aku bermula 7 feb 2008 hingga 19 feb 2008. Suhu pada keseluruhannya di sana antara 0 Celcius - 17 Celcius. Berbulan-bulan sebelum aku pergi, aku dah mulakan membuat itenerary sendiri bersama kawan aku dan tour guide aku di sana. Mencari lokasi-lokasi terpilih supaya pengembaraan kami nanti merangkumi keseluruhan bumi Egypt. Memang sedikit tension bila semua hal kena urus sendiri tapi berbaloi dan puas hati.

Aku pilih nak naik Emirates. kenapa Emirates ? Sebab transit Dubai dan kami ni tak pernah lagi jejak Dubai.. Aku dan kawan aku ni ada satu hobby, suka cop paspot. Kami keluar jap untuk cop paspot then masuk balik...hahaha...tak de koje sungguh. Lama pulak tu transit kat Dubai siap bagi makan dan minum percuma kepada penumpang yang transit lebih 4 jam. Alhamdulillah.


Mengelewor kat Dubai Airport

Aku sampai Cairo dah petang. Tour Guide tunggu kat airport. Masa aku pegi ni airport baru masih dalam pembinaan.


Aku dan Tour Guide

Kemudian kami naik shuttle bus keluar dari kawasan airport.  Maka bermulalah pengembaraan aku yang cukup menarik. Penuh hilai tawa dan peristiwa yang mencuit hati. Tour Guide tahan teksi untuk ke rumah penginapan kami sepanjang kami berada di Cairo. Dia tahan teksi jer, aku ngan kawan aku mula cuak, betul ke teksi ni, boleh jalan ke teksi ni....teksi yang tak serupa teksi....bagi kita kat Malaysia ni boleh la kita ronggai kete tu jual sebagai besi buruk...itu la gambaran yg aku boleh bagi. Teksi yg cukup daif serba serbi. 30 minit perjalanan tu aku dan kawan aku tak habis2 mengutuk..sambil gelak.

Cairo majoriti jalannya tak de lampu isyarat jalan..deme main kona jer, naik pening kepala aku tengok diorang bawa kete. Gelak lagi...pusing, pusing, pusing kami sampai kat rumah Melaka.

Aku di hadapan rumah Melaka

Rumah Melaka merupakan rumah penginapan bagi pelajar2 Malaysia di Cairo yg ditaja oleh Kerajaan Melaka. Ada bilik tetamu kat sini yg kami sewa.

Malam pertama aku di Cairo, Tour Guide bawa aku dan kawan aku naik bot menyusuri Sungai Nil. Sejuk beb....beku rasa. Aku sewa bot untuk kami ajer.



Kemudian kami pergi terjah pulak bot lain, kali ni penuh ngan warga deme jer. Kami ni alien. Saja suke2 nak tengok deme menari dan dengor deme memekak ngan muzik deme tu. Daripada anak kecil sampai dewasa deme menari dalam bot tu ikut rentak muzik. Tak malu deme...lagi kitaorang fokus kan kamera or videocam ke deme, lagi deme mengada2.


Meronggeng Atas Bot

Dah penat kami kat situ, kami naik ke darat semula. Pegi cari kuda pulak....tak de koje sungguh..hahaha
Dah namanya pun mengembara kan....


Aku dan kawan sepengembara aku ke Egypt.

Dah malam sangat rasa, kami pun balik. Kami singgah makan malam kat rumah Perlis sebab Tour Guide aku nak makan nasi goreng cina.... Esoknya seharian kami akan ukur bandar Cairo.






4 comments:

  1. Salam Yong,

    Suka nar deme bergoyang ataih bot tu yek, silap-silap karam, naya!

    ReplyDelete
  2. W'salam Yong

    Tak der perasaan deme ni Yong. Yang deme ingat meronggeng jer.

    ReplyDelete
  3. Hahahaha.. bab teksi tu tak leh tahan.. Beg dok atas bumbung. Gayat gak takut beb terbang tengah jalan . Silap tak tangkap gambar teksi tu.. hehehehe

    ReplyDelete