Pemandangan yang indah dan mendamaikan perasaan dari pondok tinjau atas bukit. Mengimbau kenangan cheq pada bendang yang cheq bajak bersama kawan2 cheq termasuklah yang kat bawah ni....
Dah nak senja ni weh....naik, naik....jom balik kandang.....udah-udah la tu berkubang
Hari kedua cheq kat sini lebih adventure dan an exciting experience. Wow....tak dapat cheq nak gambaqkan perasaan melainkan hangpa pi sendiri dan rasa. Kitaorang dibawa menjelajah ke beberapa buah kampung yang berada dalam daerah Ba'kelalan ni. Di setiap kampung yang kitaorang singgah tu, terdapat beberapa aktiviti penduduk yang cuba diketengahkan kepada para pelancong.
Hangpa tau dak, cheq dah mula rasa teruja dari awal perjalanan tu lagi. Pertama..kenderaan yg satu-satunya boleh digunapakai di sini adalah 4x4 jer, selain daripada motosikal yg dah diubahsuai.
Keadaan jalan dan kenderaan cheq naik. baru nak mula terjah kampung2, dah tersangkut kat sini konvoi kitaorang. Tak sampai pun lagi 1 km...pengalaman pertama...cuak cheq dibuatnya bila tayaq 4x4 tu terbenam dalam lumpoq tu dan kenderaan cheq senget sebelah, nak lughuh rasa jantung cheq.
Dah namanya pun konvoi, maka bila melalui keadaan jalan yang boleh buat jantung cheq macam nak jatuh dari langit, semua akan membantu satu sama lain, baguih la depa ni. Dah biasa alah biasa...cheq pulak... dok diam2 dalam tu dan dok pikiaq jangan la ada lagi kat depan.....tak sanggup nak hadapi lagi ....tapi....lepaih tu, i like it......
Depa berhenti jap sebab cheq nak bergambaq....sabaq ja la...hehehe...
Kampung pertama cheq pi ni siap disambut dengan tarian hulubalang depa lagi. Sampai tertonggek2 professional phographer tu nak cari angle yg sesuai.
Apa pulak cheq buat kat kampung ni ?, byk kerja cheq kat sini... antaranya..
Cheq masak garam bukit...nak angkut sikit bawa balik nanti...
Lepaih tu cheq tumbuk padi bukit, nak hangkut balik berkilo2 gak nanti....
Lepaih tu cheq penat sangat, dah la panas berdiang ngan api tadi, pi tumbuk padi lagi...so cheq pi la bukak buluh ni pulak....
Lepaih tu cheq ambik pinggan, masukkan semua maknikam yg ada dalam buluh tu ke dalam pinggan cheq dan ...... menjamu selera
Fuh...lepaih tu cheq rasa legaaaaaaaaaaaaaaaaaa......
Hebat la "cheq" ni noooooooooo.. masak garam sambil galas beg tu.. Kreatif betul la dia org ni, idang dlm buluh gitu..
ReplyDeletehik hik hik....
ReplyDeletepengalaman yang hebat... suka gambar pertama tu nampak sangat tenang :)
ReplyDeleteYa betul Nida, seronok pi sini.
ReplyDeleteMemang unik pengalaman ini.
ReplyDelete