Sunday, 19 February 2012

Fiesta Apple di Ba' kelalan - Part 1

Assalammualaikum Pembaca Semua

Hangpa tau dak Malaysia pun ada ladang apple ?  Tak tau ? isk isk isk..... bila cheq bagitau ni, hangpa pi la na..hangpa masukkan dalam list tempat2 yang harus hangpa pi sebelum peningkatan tahap kepanasan global dan pembangunan merubah bentuk landscape di kawasan ni.

Tanaman apple kat Malaysia ni bermusim. Setahun sekali ja. Disebabkan tu la depa buat pesta menuai apple. Tak caya ? Jom ikut cheq.... Ta da........

Ni la tempat cheq pi, tahun yang tertera tu la

Ba'kelalan ni terletak di Sarawak. Hangpa biasa dok dengaq Bario ? Ala...tempat yang femes ngan beras bukit tu, Ok. kalau biasa dengaq, Ba'kelalan ni pun terletak kat area tu jugak la. Kawasan pergunungan yang bersempadan dengan Indonesia. Cuaca sedikit sejuk dan nyaman serta tak dak pencemaran udara. Tu yang penting.

Cheq pi pun sebab ada pesta ni la. Kawan2 cheq ajak. Kalau tak dak ni depa tak bukak pun pada orang luaq. Ni tempat persendirian. Depa ni je la satu-satunya pengeluaq apple terbesaq kat Sarawak dan Malaysia. Dengaq citer depa punya pasaran pun setakat Miri ja sebab nak bawak apple ni keluaq cukup susah dan menempuh perjalanan yang jauh sebab jalinan pengangkutan yang tak sempurna. Macam tu la yang cheq boleh katakan daripada pengamatan cheq.

Mas wing dengan 19 tempat duduk, turun jer dapat apple.

Beberapa bulan sebelum fiesta ni, kawan cheq dah buat tempahan dengan agensi pengelola. Kalau lewat tempah nanti penuh pulak. Takut kalau dah penuh kena tunggu tahun depan nya pulak baru ada peluang. Ish ish...lambat kan kalau nak tunggu setahun lagi....

Cheq ngan kengkawan naik flight MAS dari KLIA ke Miri. Sampai kat Miri malam tu kitaorang ni cukup kedekut nak bazirkan duit kat mana2 hotel sebab esoknya pepagi buta nak ambik flight kecik kat atas tu ke Ba'kelalan. Jadi nya kitaorang tidoq ja la kat surau airport tu berbantalkan beg dan berselimutkan tuala dan shawl kashmir. wakakaka....lena gak tidoq dan tak perasan ada nyamuk ke tak... Yang mencuit hati apabila si Pak Guard ingat kitaorang ni cikgu2 yang akan bertugas di pedalaman. Memang macam muka cikgu kot kitaorang ni walaupun sebenaqnye hanya lah buruh kontrak ambil kerja memetik apple ja.


Sambutan ketibaan di luar dugaan, dengan penari2 traditional depa

Kami sampai je disambut dengan tarian dan muzik traditional depa. Pas tu daftar masuk bilik, rehat2 jap then kitaorang dibawa melawat kawasan sekitar kampung. Nyaman je. Petang tu lepaih makan2 ada aktiviti mendaki bukit di sekitar kampung. Ada pondok tinjau dari atas bukit tu. Cantik sangat pemandangannya.


Laluan-laluan yang penuh liku..cabaran sungguh, melalui petak2 bendang dan rumah2 penduduk

Penat weh....lama tak memanjat ni, baru separuh jalan...waduh...jauh lagi ni 

Akhirnya......

Sampai jugak cheq kat pondok tinjau ni...sukses....kepenatan. Orang2 kampung sibuk menyediakan juadah bagi kami di atas bukit ni.

 Pemandangan yang sungguh indah, hilang penat tengok bawah dan sekeliling, landasan kapal terbang dan kampung dengan sawah padinya, kitaorang jalan kaki dari sana la . 

Kitaorang turun lepas tu ada lagi aktivitinya. Wow....ada lagi.....jadi kerbau berkubang....tolong bajak bendang....Hari pertama kitaorang yang sungguh bermakna di Ba'kelalan.





13 comments:

  1. wow...lotih tu.. i dont think i boleh nak ke sana tu.. Condition kaki lah..

    ReplyDelete
  2. memang lotih den, tak tau ada aktiviti tu, tapi dah sampai rugi la pulak tak ikut diaorang mendaki bukit tu.

    ReplyDelete
  3. Salam Yong, cepat letih yaa. Tu maknanya kena jalan jauh lagi dan memanjat tinggi lagi tuh.

    ReplyDelete
  4. W'salam Yong
    yup...setuju Yong, kena jalan lagi jauh...

    ReplyDelete
  5. Wow.. terbaik.. kenangan terindah di bakalalan.. Manalagi?

    ReplyDelete
  6. Walaupun penat tapi keseronokkan itu lebih nikmat kan!

    ReplyDelete
  7. betul tu kak mah. melihat pemandangan yang belum dicemari pembangunan memang nikmat. Jauh dari bunyi deru kenderaan, debu kota dan kesibukan manusia.Nikmat bermesra dengan alam.

    ReplyDelete
  8. Manis sungguh tuan punya blog tu! Ni baru nampak jelas sikit wajahnya :)

    Seronoknya pi ladang epal Malaysia tapi teruk jugak perjalanan tu na. Tabah sungguh mengharungi pelbagai rintangan nak ke sana, kena panjat pagaq lalu titi bagai..

    ReplyDelete
  9. Hihi....malu i.... ;)

    teruk kat tu ja la Dinas, depa dok pagaq petak bendang tu daripada kerbau masuk berkubang. Tapi bila da sampai ataih tu memang berbaloi.

    ReplyDelete
  10. ada hotel x kat sane cik? rasa nk melancong ler sekali

    ReplyDelete