Saturday 6 June 2015

Malaysia - Penang - Episod 1-Berhisteria di Bayan Baru dan Menikmati Mee Ketam Superb

Assalamua'laikum w.b.t kepada semua pembaca Muslim dan Salam Sejahtera kepada pembaca non Muslim. Semoga anda semua sentiasa mempunyai masa yang berkualiti untuk diri sendiri dan keluarga anda.

JJCM ke Pulau Pinang pada cuti hari pekerja selama 3H2M hari tu sangat bermakna bagi keme dan geng2 sekolah menengah. Setelah sekian lama tak bersua, akhirnye rancangan untuk berkumpul di Pulau Pinang menjadi kenyataan. Itu pun setelah rancangan untuk berkumpul di Putrajaya tak menjadi akibat komitmen masing2 yang tak dapat dielakkan.

Episod perjalanan ke Pulau Pinang bersama kawan2 yang keme nukilkan di sini lebih kepada perkongsian bersama kawan2 sekolah yang sama2 bersekolah di Pulau Pinang dahulu agar bila keme dan kengkawan baca perkongsian ini di masa akan datang, akan dapat mengimbau kembali nostalgia yang ditinggalkan. Jika tidak digarap dan disimpan dalam bentuk penulisan, ia hanya akan tinggal memori yang mungkin suatu hari nanti lenyap sedikit demi sedikit dari kotak ingatan masing2 seiring dengan pertambahan umur. Bagi pembaca umum yang senantiasa mengekori penulisan keme di sini, keme ucapkan berbanyak terima kasih. Semoga setiap episod yang dikongsi akan memberi sedikit maklumat dan hiburan dalam pembacaan semua.

Keme keme keme bertolak dari Shah Alam seawal 7 pagi, ambik sorang2 disepanjang perjalanan. Bermula di Seksyen 20 ke Seksyen 7 Shah Alam kendian di R&R Sungai Buloh. Maka bermula lah misi mencari chef mee ketam terbaik ke Pulau Pinang di hari Jumaat yang barokah.

Dari atas sebuah bukit paling tinggi di Pulau Pinang
Hari jumaat memang la barokah kan, tapi keadaaan jalan raya dan lebuh raya tak begitu membantu membarokahkan kami disepanjang perjalanan. Dok ulang keluor masuk keluor masuk highway dek kerana tak larat mengesut-ngesut sehingga boleh tersengguk-sengguk memandu.

Keme keluor dari highway ikut jalan lama di bukit beruntung, memang untung la sikit, tapi tak la membantu sangat. Langsung membelok2 sampai Slim River, kendian masuk semula highway PLUS di Behrang, terus melekat, vontot-to-vontot. Menyesal pulak masuk highway. Sampai Kampar keluor balik ikut jalan lama. Nasib baik jumpa tandas, tapi lupa di mana ya.... Lepas tu kenderaan di jalan biasa sama jer melekatnya seperti di highway. Sampai Ipoh lega la sikit. Boleh la tekan pedel minyak tu kuat sikit dari Ipoh Selatan ke Ipoh utara macam orang gian tak jumpa padel minyak. Ingat boleh la pecut sampai simpang keluor ke Kamunting. Nan ado. Lepas terowong menora, kenderaan kembali melekat. Rase rimas dan sempit dada. Otak pulak memang lama dah tertekan. Kesian sorang lagi kawan di Bagan Serai yang sudah sedia menunggu dengan hasil mahsul dari Kuala Kurau yang akan dibawa khas ke Penang.

Janji pukul 11.00 - 11.30 sampai Bagan Serai, nak ler lepak2 jap kat rumah dia ambik nafas. Ingat nak bertolak ke Penang lepas zohor. Gitu rancangannnye. Alih2 pukul 3.00 baru sampai Bagan Serai. memang tak cukup masa la kan. Tetiba dari simpang mana entah lepas keme keluor dari tol Kamunting nak ke Bagan Serai tu, keme perasan ade satu kereta warna putih dok ngekor. Aisssshh... sapa lak ni, keme silap tang mana? Tengok tali pinggang punye tanda, okay jer tak keluor tanda merah, keme pakai la kan, tengok penumpang sebelah, ade jer dia pakai. Ish.. salah tang mana lak ni. Seghabut otak aih pikiaq. Keme langgor lampu isyarat ker ? memang keme tak perasan la kan. Telefon bimbit memang tak sempat nak pegang la.  Jadi pasai pa dia dok ngekor cheeeeeeq.....

Keme bawa kereta pelan2, dia nak potong ke tak, keme nak duga dia. hek eleh...dia bawa pelan2 jugak. keme ke tengah dia ikut ke tengah, keme ke tepi pun dia ikut ke tepi. Keme buat akai lain pulak, pecut laju sambil potong lori nak tengok dia ikut lagi tak. Tengok cermin belakang dia lagi terer memotong dan menyelitkan keretanya antara lori dan kereta dari arah hadapan. Dalam hati kata dia nak keme berlumba ke ni. Mentang2 jalan ni lurus. Ko nak cabor teman ye, bekas pelumba haram dan kaki rempit di ibukota ni. Tapi disebabkan kerete keme penuh dengan penumpang, keme pujuk hati bawak bersabor dulu. Akhirnye keme berhenti tepi masjid Telok Medan sebab nak pastikan lokasi rumah kawan yang dah lenguh mata menunggu tu. Kereta putih tu pun berhenti agak jauh2 sikit kat belakang keme.  Jenuh la keme dok tenung melalui jendela cermin kereta. Tak nampak kelibat orang dalam kereta tu. Gelap jer.

Keme dok pikiaq, dari geng kongsi gelap mana la yang cuba nak mendidihkan otak keme ni. Tak pe, Sambil kengkawan keme berinteraksi dengan kawan di Bagan Serai ni, keme perati jer kereta putih tu kot2 dia nak buat serang hendap ke, keme kene dalam keadaan bersedia..hehe, Keme teruskan pemanduan secara perlahan. Dia mula bergerak mengekor keme kembali. Akhirnye keme sampai kat rumah kawan keme tu tak jauh dari masjid Telok Medan. Rumah tepi jalan besar jer. Cekak pinggang dia nengok keme keme keme ni sampai. Menunggu pun letih tau, katanye. Keme keme ni hehe kan aje lah. Nak buat cemana. Dah jem tahap gaban. Kereta putih tadi pun berhenti jugak kat belakang keme. Kali ni dia berhenti betul2 di belakang keme, sikit jer lagi nak hentam belakang kereta tanda salam perkenalan. Keme jeling kembali cermin sisi sambil nunggu dengan penuh tanda tanye dan kesangsian, siapa ler gerangannye yang begitu berani sekali mengekor keme tanpa usul periksa.

Akhirnye keluor la seorang perempuan !!!, ala-ala gangster.. dalam hati keme kata..fuyooooo..gangster kampong pisang mana ni ! bertudung litup lak tu. keme tenung dia lelama. La.....kawan lame ngupernye, yang dok kat Kg Pisang Kemunting. Memang gangster Tepen la. Tersengih2 dia keluor dari kereta putihnya. Woittt !! Hang ka.. Aku ingat gengster mana nak ajak aku berlumba...haha. Dah ler kecik comel jer, tak padan bawak kereta macam pelesit tu. mentang2 jalan2 tu semua dalam tanah jajahan dia. Dia tak ngabor awal2 dok belakang keme. Buat keme saspen jer. Lupa pulak keme nak lekuk dia sekali atau jentik kening dia.

Kawan yang dok kat Bagan Serai pulak dah tak nyenyabor nak bergerak ke Penang, dah penat sesangat agaknye menunggu kami sampai, keme ingat nak luruskan kaki kejap kat rumah dia. keme barghu keluor dari kereta, langsung dia suruh laki dia angkat kotak putih yang berisi ketam2 ke dalam kereta. Keme terpinga.. Makanya terpaksa la keme keme keme ni meneruskan perjalanan semula. redho.... hanye ketam jer masuk bonet kerete keme, orangnye dimasukkan ke kereta putih, si gangster kg pisang kamunting tadi yang kosong jer tempat duduk belakangnye.

Gitew la ceritanye Aku dan Kereta Putih di Bagan Serai.......tamat

Hari tu cuaca memang cukup panas kome, membahang dan tekak rase kering semacam. Dari pagi tadi begelen dah ayor keme togok, dan dah beberepa perhentian pulak dah keme singgah semata2 nak keluorkan balik gelen2 ayor yang keme togok tu. Tapi kali ni tekak keme rase nak makan cendol... Itu ler yang terkeluor dari mulut keme. Pandai sungguh lidah ni mengeluorkan kata2 gitew. Minta co-driver wasap ke kereta putih untuk cari cendol sedap punye di tanah jajahan deme. Permintaan keme tak dihampakan. Biorkan aje la orang2 yang di Bayan Baru menunggu keme keme keme keme dan ketam dengan sabor. Keme tak boleh pikior dah ke deme ni, kene layan dulu otak cendol keme ni.

Sampai simpang ke Pekan Parit Buntar, kereta putih masuk kanan. Nak bawa ke kedai cendol paling sedap katanye. keme ngekor jer. Keme pernah masuk pekan ni dulukala, boleh ingat lagi la jalan2 nye. Sekali dia pusing pekan tu dan keluor balik menuju jalan utama bagan serai -penang semula. Ape cerita ni ! keme keme keme dalam kereta ni, terpinga-pinga. Apahal lak dia keluor semula ke jalan utama terus ke Penang ni, keme nak makan cendol leeeeeeerrrrr... menjerit urat tekak keme yang paling dalam sampai tak mampu nak luahkan kat kengkawan dalam kereta. Tak sampai 2 kilometer dia berhenti di tepi sebuah gerai belah kiri. Keme tengok...oooooo... Ade gerai jual cendol ghupernye. Dia bawak tadi tu saje pusing2 pekan parit buntar kot, kami menduga2. Kedai cendol ni siap ade tempat parking dan tandas. Lega jer rase bila tengok ade tandas...hahahaha

Sabar menanti detik2 cendol menuju kerongkongan


Sengih dapat cendollll !!

Dah turun pi lepak kat gerai tu baru lah gangster kg pisang kemunting tu kabor, yang kedai cendol kat pekan Parit Buntar tu tutup. tu yang terus keluor. Idok ler keme perasan kedai yang mana kan. Sebab bukan tanah jajahan keme.


Cendol terbaik !

Orang tak la ramai mana kat kedai ni. Mungkin awal lagi kot atau dah nak abih cendolnye. Lupa pulak keme nak skodeng sebab terlebih excited nak layor cendol tu kat kerongkong. Ade yang order cendol pulut tapi tekak keme ni cukup la dengan cendol biasa ajer. Keme tak nafikan yang cendol dia memang sedap. Tak sia2 membrek di kedai deme ni. Santan segar yang pekat, air gula yang sedang2 manis. isi yang secukupnye Peerrrggghhh... beberapa kali sudu jer dah abih... kusyuk menikmati juadah. Tapi selalunye kalau makanan dan minuman sedap ni tak boleh ulang mangkok yang kedua, dia punye carta excitement tu dah menurun...cukup la setakat merasa kat anak tekak. Kang tak mampu pulak nak fokus pada pemanduan di hari yang panas terik ni.

Kejap jer kami lepak kat kedai ni, tak sampai pun setengah jam sebab nak cuba sampai di Bayan Baru secepatnye takut ketam2 yang dok belakang bonet tu menggelupor serta menjeit2 kepanasan kan. Jalan Bagan Serai -Penang nampaknye tak berapa teruk la jem nye. Cuma biasa la kan, jalan lama, banyak lampu isyarat dan lori2 bertebaran di jalanraya. Deme pun nak guna jalan jugak. Maka tak boleh la pecut sangat. Dah kabor dah kat gangster kg pisang kamunting tu, tahu lah tanah jajahan kome, bawak kereta tu ingat-ingat la orang belakang ni kan.


Sampai simpang ke Jambatan kedua, Jambatan Sultan Abdul Halim nama diberi nama. kenderaan semakin sedikit. Ramai tak mau lalu ikut jambatan ni sebab tol dia mahal sikit dari yang jambatan lama tu kot, tapi bagi kami, guna jambatan ni lagi dekat nak ke Bayan Baru. Pemandangan atas jambatan ni boleh tahan jugak. Langit cantik, laut pun membiru. Tapi tak de tempat nak berhenti. Ade gak niat nak buat kerja2 tu... berhenti di tepi jambatan ikut sukasuki hati. boleh ??? Keme bawak pun perlahan jer sambil menghayati panorama alam dari atas jambatan yang melengkor macam ulor ni. Keme tengok gambor waktu malam kat atas jambatan ni cantik jugak, Tapi dengor kabor ade hantu...betul ke ?


Menuju Pulau


Luas, damai
Akhirnye, setelah meredah jalan yang berliku, sampai juga kami kat rumah kawan yang jadi host jjcm Penang pada kali ini di Bayan Baru. Itu pun setelah menyesatkan diri seketika. Tapi keme tak kisahpun sesat2 ni. Sesat kat pulau jer pun.. tak ke mana pun hilangnye kan... Pukul 5.30 pm kami sampai, disambut dengan beberapa orang kawan lagi yang telah bersedia membantu host di dapor. Maka tamatlah perjalanan kami dari Shah Alam ke Pulau Pinang selama hampir 11 jam..!!!!! Sakit belakang ke dok lelama memandu ?  Keme dah biasa... Sedangkan naik bas di negara2 asing pun lebih dari tu.. So apa la sangat setakat bawak kereta ber-ekon di negara sendiri kaaaaannn.....hehe

Jumpa jer kawan2 lama ni bagai satu histeria.. haha..kome dapat bayangkan dak ? Sampaikan budak2 dan bapak budak terkejut anakonda melihat gelagat remaja2 tua ni tetiba...dari muka pintu membawa ke sudut dapor yang paling hujung tu....Gitu la kalau remaja2 tua yang dah lama tak ketemu. Riuh satu taman. Nasib baik jiran2 sebelah menyebelah tak de. Kalau ade pun, ade keme kesah. !!! Keme biasa la kalau pergi rumah kengkawan ni, keme suka belek dapor deme, tengok apa ade atas dapor tu, atas meja dan dalam peti ais.. haha...

Selesai sesi salam-menyalam dan berhisteria bertemu semula setelah bertahun2. Barulah teringat ketam yang kepanasan di dalam bonet. Suruh budak2 remaja lelaki yang bersopan santun tolong angkat ke dapor. Nasib baik laki kawan kat Bagan Serai dah siang siap2 lepas tangkap kat pengkalan kelmarin, cuma kena basuh sekali lagi dan terus masukkan dalam periuk berisi kuah mee ketam resepi terbaik kawan keme yang dah sedia di atas dapor. Mee ketam adalah menu utama dalam perjumpaan kali ini. keme memang bersyukur sesangat ke hadrat Ilahi kerana mendapat kawan2 yang pandai masak. Selain mee ketam sebagai juadah utama kami untuk perjumpaan petang sehingga ke malam ni, ade yang bawa lain2 makanan untuk memeriahkan lagi suasana perjumpaan kami. Semua nye sangat sporting.


Nasib mu si ketam

Kuah mee ketam - menggeletor semula urat tekak keme tengok gambor sambil menyiapkan penulisan ni
Keme tak jumpa lagi mee ketam yang pekat dan sedap seperti yang kawan keme buat, siap suruh dia buka restoran mee ketam kat Teluq Kumbaq nun, tepi laut tu. Paste buat sendiri. Asli dan terbaik. memang boleh buat niaga la. Kalau tangan pandai masak ni, masak apa pun sedap. Terer lak tu buat kek hokkaido... dan banyak tempahan dia terima dari pelosok Pulau Pinang dan Seberang Prai.

Kebetulan 1 May ni hari jadi tuan rumah, Ade dua kek yang dihantar oleh kawan yang jadi franchisee secret recipe di Seberang Prai mai hantaq malam sebelumnye. Disebabkan dia tokey, kami order kek ikut sukasukahati jer. Tokey layan dan iye kan jer kehendak kami ni dan memang terbaik la kek yang di sponsor walaupun tuan kek tak dapat hadir memeriahkan perjumpaan akibat komitmen ke Trengganu terpaksa diteruskan walau hatinye berat nak jumpa kami di sini. Satu kek hari jadi dan satu lagi kek geder2an kami. Best tak kome pikior ?


Bila semua bersatu padu di dapor menyediakan juadah dan tolong jadi mandor sekali ( keme la tu ), kami mulakan sesi petang tu dengan memotong kek. Keme ambik peluang sebagai wakil geder2 kali ni memotong kek tersebut. Sambil tu sesi bergambar juga berjaya dirakam oleh bebudak yang ada. Banyak sungguh cameraman dan camerawomen sepanjang proses memotong kek. Potong kek jer pun, riuh setaman...itu la perempuan.......

Petang tu kami ade 9 orang yang dapat datang hadirkan diri. Cukup meriah makan kat meja bulat tuan  rumah, Walau tak cukup muat, bagi kasi himpit jer keliling meja bulat tu semua termasuk lah anak2 kecik yang nak join duk kat meja bulat tu jugak !!! Dari satu cerita ke satu cerita, dari satu pinggan mee ketam ke pinggan yang kedua. Kek dan cendawan goreng serta lain2 menu yang telah tersedia. Keme memang dah tak boleh angkat punggung dah dari tempat duduk tu. Bukan setakat kenyang, nak meletup rase dada dan perut akibat terlebih lahap. Tak sedor sambil sembang tangan ulang alik menyuap ke mulut. Alasan jer kan. Tu la dinamakan dasar tak sedor ke dighi. Tapi keme nak buat macamana, mee ketam tu sangat sedap. Superb !!!

Cendawan goreng-masa goreng tu dah separuh habis kat dapor

Terima kasih keme ucapkan pada host Bayan Baru kerna menyediakan menu yang menarik dan sedap ni. Peace yoo..
Antara juadah tambahan
Rajin deme di dapor.. Jangan nak curi2 tulang ye.......

Mengupas Harumanis Katanye

Ke Bukit Bendere kite..katenye...
Membelek2 majalah sekolah zaman dulukala...

Kiri ke Kanan - Sek 7 Shah Alam, Gangster Kg Pisang Kamunting, Bukit Mertajam dan Bagan Serai
Petang tu hanye kami 9 orang sahaja tanpa kelibat si kembar bersama keks tempah khas...

Selamat Hari Jadi sahabat. Hari jadi dia satu dunia kene cuti... Dasat...

Kebuloq yang teramat dah ni

Kusyuk.......
Peeerrggghhh.... Sedap ya amat...majoriti tambah pinggan kedua....
Macam2 cerita keluor dari zaman persekolahan sehinggalah sekarang. Riuh dengan hilai tawa dan kunyah-mengunyah. Tak sedor dah maghrib tapi tak bangun2 dari kerusi di meja bulat tu. Habis cendawan, tuan ruamh goreng lagi sebesen. Ambik ko...kunyah la sampai kancing gigi...

Lepas maghrib, berita terbaru diterima, Si kembar dah sampai ke hotel deme tak jauh dari rumah host di Bayan Baru ni. Wow, menjerit memasing bile deme kata akan sampai sekejap lagi. Alhamdulillah, terima kasih pada Azian dan Azima yang sanggup datang dari Ipoh dan mengharungi kesesakan jalanraya seperti keme tadi.

Si kembar memunculkan diri di muka pintu

Berlaku serangan histeria kali kedua - terkeluor bahase keme...best ooo...ade lawan cakap..hehe

Meja bulat tak cukup besor - Bersama si kembar
Bile si kembar sampai jer dimuka pintu...apa lagi kan...jeriiiiiiiitt...tu jer ler koje, deme punye slanga Perak tu yang tak boleh tahan. haha...sambung semula makan di meja bulat.

Tiada perkataan "berhenti mengunyah".... haha

Tahun depan kite serang Ipoh ye..kate deme...keme okay jer...isi minyak, start enjin, jalan.....

Kami - selepas kekenyangan
Depan duduk kiri ke kanan: Ros balik pulau, Chida bt caves, Izam si gengster kg pisang kamunting.
Berdiri lutut kiri ke kanan: Si Kembar Azima Ipoh, Sara Bt Mertajam
Berdiri kiri ke kanan : Aya balik pulau, Julia Bagan serai, keme, Shemy bayan baru, Shake Shah Alam dan Si kembar Azian Ipoh.

Keme dah set kan masa sampai pukul 11.00 pm jer kita bergebang kat sini. Ramai anak2 kecik yang dah kepenatan dan bebudak pun dah kebosanan melihat gelagat remaja2 tua ni bergebang. Kami pun beredar dari rumah host dan meneruskan perjalanan ke Balik Pulau.

Sementara menunggu drebar si kembar datang ambik deme balik ke hotel, kita snap seketul dua sebagai kenangan
Bukan senang nak buat perjumpaan begini. In Shaa Allah, jika ade kelapangan di tahun2 hadapan, kita akan cuba sedaya upaya berkumpul lagi untuk berhisteria dan mengeratkan tali silaturrahim sesama sahabat lama.

Wassalam

4 comments:

  1. terliur tengok mie ketam tu..

    ReplyDelete
  2. Salam yong.... sedapnyer mkn2 busat.... hehe... cendol mmg sedap..lg2 bila hr pnas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam

      Sesekali makan sedap..haha
      cendol tu kan, bila panas jer memang teringat la.

      Delete