Friday 6 March 2015

India - Karnataka - Bangalore Palace dan Melayan Si Tempe di Butik2 Jalan Infantri dan sekitar

Assalamua'laikum warohmatullahi wabarokatuh kepada semua pembaca Muslim yang budiman dan salam sejahtera kepada pembaca yang belum muslim. Hidayah itu milik Allah. Semoga anda semua berkesempatan melakukan pengembaraan di muka bumi ini tidak kira lah dalam mahupun luar negara. 


Namaskaram ( Maksudnya selamat sejahtere dalam bahasa Malayalam ). Malam tu sampai jer AJ International Hotel setelah seharian suntuk dalam perjalanan, baru la keme dapat luruskan badan berbaring jap sebelum keluor cari makan malam. Keme tempah hotel ni guna Agoda.com untuk tujuan nak buat visa jer. Sebenornye keme tak mau duduk kat hotel ni. Ingat nak batalkanlah setelah dapat visa dan sebelum deme caj kad kredit keme pada tarikh yang telah ditetapkan sebab keme rase masa bace sebelum buat tempahan tu agoda kata free jer kalau nak batalkan tempahan, tu yang keme confident jer. Tapi bila keme cuba nak batalkan setelah visa keme lulus tup tup dia kata akan dikenakan penalti sebanyak USD 15.00. Huh.. angin je pikior. Hampeh betul.

Kenapa pulak keme nak batalkan hotel ni kan ? Sebab keme jumpa hotel yang jauh lebih murah dari hotel AJ ni tapi tak de dalam Agoda.com. So tak leh nak tempah untuk tujuan buat visa. Nasib baik la jugak keme pilih hotel AJ ni, dekat ke Commercial Street tu. Kalau keme pilih hotel pakai muat jer yang ntah di pelosok mana letaknya di Bangalore ni memang kes naya untuk diri sendiri la jadinye kan...untuk pengetahuan umum, keperluan nak buat visa antara prosedurnya ialah tiket penerbangan dan tempahan hotel sekiranya kome tak de kenalan di India.

Dah baring2 kat bilik tu kalau silap gaya mau nye tertidor sampai pagi, so cepat2 bangun semula dan keluor cari makan malam. Tak tau nak tuju jalan mana dan simpang mana, ikut jer gerak hati. Cari jalan arah ke Commercial Street. Tapi tengah jalan dah kene tahan dengan pemandu auto yang dok lepak depan hotel Kamat ( Hotel yang paling dekat ke Commercial Steet - cuma beberapa langkah jer ke masjid di jalan jumma masjid berhampiran Commercial Street ni ). Hotel AJ ni jauh sikit jer dalam 150 meter gitew.

Dia tanye kiteorang nak ke mana, buddy kabor la ke dia yang kiteoreng dah kebulor sesangat ni nak cari makanan halal. Dia pun apa lagi, cuba la membantu sambil mengelentong. Kenapa keme rase dikelentong ? sebabnya kat commercial street yang tinggal beberapa langkah lagi tu jer pun ade beberapa restoran halal. Cuma nye kiteoreng tak tahu lagi la kan, baru sampai dan belum buat penerokaan lagi.. haha...kene dah dengan Si Tempe di hari pertama di Bangalore. Dia kabor la kat sini tak de restoran halal, nanti dia bawakkan kat hotel halal punye, jauh sikit dan dia caj 50 rupee. Keme pun tak leh pikior jauh mana restoran tu kan. Dia sebut 50 rupee jer otak keme siap kira dan tukar dalam ringgit. Otomatik kome otak keme ni, dah macam money changer lak, tak leh buat apa da.... kat sini hotel bermaksud restoran ye, jangan pening pulak kalau kome ke sini. kalau hotel penginapan kome kene sebut lodging, baru deme paham.

Kalau dah kebuluran tu sel2 otak tak berapa nak berhubung sangat kan, so kiteorang ok kan ajer la. Dah rezeki dia la tu maknanya. Suker2 keme je kan nak sedapkan hati...hihi. Naik la auto dia dan lalu semula depan hotel keme duduk, Tak jauh pun sebenornye restoran tu. Cuma dia terkenal di kalangan penduduk tempatan. Adalah dalam linkungan 400 meter jer pun dari hotel AJ. Laaaaa... Ghuper nye dia bawak kiteorang ke Hotel Empire, Hotel yang keme verangan nak tempah haritu kalau keme dapat batalkan tempahan Hotel AJ. Empire Hotel ni kepunyaan Muslim dan kebanyakan pekerjanya juga adalah muslim. Terdapat restoran halal di hotel ni, tu yang pelancong muslim samada dalam dan luar suka menginap di hotel ni. Ia juga mempunyai banyak cawangan di sekitar Bangalore ni. Masa keme sembang dengan officer bertugas, kalau tak silap keme dia ada kabor 18 biji hotel rasanya. Di Bangalore ni saja.

Menikmati Briyani kambeng di Hotel Empire, Terletak di Central Street tengah2 antara Cubbon Road dan Infantry Road dalam Dearah Shivajinagar. Abih makan, balik jalan kaki jer ke hotel.,

Keme tengok menu nampak briyani jer la kan. Lapor wei... Keme order briyani kambing. Perrgghhhh.. sedapnye makan bile lapor. Order satu jer, jangan tamak sebab portion dia memang akan kenyang untuk makan dua orang. Antara kambeng dan ayam memang keme lebih suke pilih kambeng. Kalau ayam ni keme terpikior ayam kene cucuk jer. Tu yang keme kurreng sikit ngan ayam ni. Even kat Shah Alam pun keme tak beli ayam di pasor2. Bukan la keme nak riak ngabor ke kome ni, cuma tekak keme ni rase menggeletor macam lepas kene cucuk bila pikior masalah ayam tu. Keme lebih rela beli di kedai Az-Zain jer kalau keme terasa nak makan ayam. Kenapa Az-Zain ? Kome boleh pergi survey la kalau nak tahu kenapa. Warga Shah Alam mesti tau punye. Kalau kome tak tau memang nak kene jentik dahi ngan keme. Restoran kat Empire Hotel ni beroperasi sampai tengah malam. So tak risau la kalau kome shopping tak ingat dunia dan tetiba baru rase kebulur memalam buta. Boleh datang sini tanpa ragu2 dan bimbang.

Keme bawa ayor mineral dari Malaya. Macam ghiso jer sebelum datang sini takut tak jumpa ayor mineral. Terukkan keme ni, takkan lah bandor besor yang lebih dari 10 juta penduduk takde jual ye dok. Melambak jer sebenornya. Tu gatei namanya...haha...Saje nak beratkan bagpack ngangkut ayor.

Hari kedua di Bangalore, kiteorang keluor lewat sikit la, penat semalam seharian dalam bas kan. Pukul 9.00 pagi baghu la terhegeh2 nak pakai kasut. Keme ni jenis yang bersarapan pepagi bute. Dah terbiasa. Pukul 7.00 pagi dah bermengkaghung peghut minta diisi. Keme telepon service bilik minta deme hantor ayor panaih menggelegak. Senang keme nak makan oat segera bagi alas peghut dulu. Bagus jugak la hotel AJ ni, deme ade letak ayor mineral siap2 dalam bilik. Cuma tak letakkan cerek leterik. Semua hotel yang keme lepak selama pengembaraan ni ade wifi free kat bilik. So memang senang la sesangat nak layor internet.

Depan hotel AJ, masa ni tak tau nak tuju arah mana dulu. 
Konon2 nak tuju Commercial Street jer

Gereja sebesor alam depan Hotel AJ

Kiteorang pusing balik tuju arah ke Hotel Empire. Masa jalan baghu pikior nak pergi arah mana. Ni jenjalan tak de pendirian namanya.. muahahahahahaha

Sampai depan Empire Hotel, longlai jap lutut buddy keme, restoran deme tak bukak lagi. Aaahhh sudah..ke mana pulak nak cari restoran muslim pepagi ni. Nak pusing balik ke Commercial Street macam jauh sangat la pulak. Tak pe la, kiteorang jalan lagi tuju MG Road jer, kot2 kat sana dah ade restoran yang dah bukak. Sedapkan hati memasing. Kiteorang jalan lagi. 

Ni simpang empat depan Empire Hotel, Jalan terus akan tembus MG Road. Kat Cubbon Road ni ade park, tapi keme ni mana ler suke sangat nak ke taman2 munge ni kan.  

Nak menyeberang jalan pun satu cabaran jugak kat sini. Kene hati2 ngan auto dan motor sebab deme bawak laju dan kurang menggunakan brek. Brek disk deme tu haus ajer nampak gaye. Lagi satu deme suke2 buat pusingan-u dimana2 terasa jer.

Stesen MRT di MG Road. Nak naik tak tau nak pegi mana dan keme tak explore pun laluannya.

Sampai kat simpang empat kat MG Road ternampak hotel yang dalam pilihan untuk diduduki iaitu Hotel Sri Lakshmi. keme lalu kat area situ. Tak jumpa jugak restoran yang bukak pepagi ni. Ikut pulak Church Street, terjumpa pulak Empire Hotel cawangan MG Road ni, pun sama, tak mula pun lagi perniagaan restoran deme hari ni. Baru bukak pintu separuh.

Kiteoreng jalan lagi sepanjang Church Street ni sambil tengok keliling. Tak nampak gaye ade restoran kat sini. Pub dan cafe kebaratan jer yang keme nampak. Memang tak bukak nye la sebab mesti lah deme baru tutup sebelum subuh tadi kan dan kalau bukak pun tak sior keme nak jengah.

Pusing balik ke jalan besor MG Road simpang empat selepas MRT station. Kiteorang disapa oleh pemandu van. Terus dia kata tempat ni tak bukak lagi. Kang kul 11.00 am baru bukak. maklum la kan, MG Road area ni kira macam ala2 kawasan Bukit Bintang gitew. Kiteorang pun jawap nak cari kedai makan kat sini tapi tak jumpa2. Apa lagi, dia pun baling pancing ngan umpan besor punye. 

Dia pun tunjukla ngan tangan nun jauh ntah area mana katanya ade market area yang dah bukak kat sana, then sambil2 tu boleh shopping kain2 sari dan krafttangan. Banyak katanya. Keme kata le yang kiteorang ni tengah cari kedai makan muslim halal. Sambil geleng2 kepala dia kata kat sana pun ade, dia boleh bawakkan. Bayor jer dia 30 rupee, katanya then lepas makan dia boleh bawakkan pergi shopping. Kiteorang pulak kata lepas makan kiteorang tak mau pergi shopping, kiteorang nak pergi Bangalore Palace, Pun dia geleng2 kepala kata dia boleh bawakkan jugak. Kiteorang pun pening palle mikior. Semua pun boleh tapi gelengnya bukan main lagi. Tempe sungguh!!!

Paratha dimakan dengan kima ( daging cincang ) - sedap kima tu, pertama kali keme cuba. Lain kali boleh buat lagi. Sarapan kiteorang ni bernilai 85 rupee.

Daging Masala - daging ni dah diperap semalaman. keme tengok kat situ ade sebesen besor. Deme masak atas kuali leper ni sikit2.

Akibat pujuk rayu yang berkali2, kiteorang pun layankan ajer la si mamat tempe tadi. Sebenornye keme tak paham sangat pun cara dia cakap tu, tapi gelengkan jugak la kepala. Tapi kan jangan silap geleng wei. Kalau kita ikut rentak geleng deme tu maknanya kite setuju sebenornya. Mana idoknye, dah sambil bercakap dok geleng2, kite pun tergeleng ler sekali. Nak buat cemana kan, kepala keme automatik bertindakbalas menggeleng.  

Kiteorang naik la van dia kat seberang jalan tu. Dia pusing balik buat pusingan-u sesedap kepala hotak dia jer menongkah arus, memang tak sayang nyawa sungguh dia ni. Seghiau keme tengok. Tapi ade dia kesah. Saborkan ajer ler. Dia bawak ke kedai muslim untuk kiteorang bersarapan pagi tu. Dia takde la nak bersarapan kat kedai tu kan, tapi dia tunggu jer kiteorang kat luor. Takut kiteorang lari. memang keme ade niat pun..hahaha...ghuper nye kedai ni hanye 250 meter lebih kurang jer dari hotel AJ. Hampeh tul.. di hujung simpang Jalan Bowring Hospital ni jugak...huh...

Lepas makan dia tunggu dah depan restoran tu, memang tak leh nak lari la kan. haha. Naik jer la van dia tu, bawak kiteorang ke sebuah butik saree dan kraftangan. Butik!!!...Ambik ko...tetiba keme seluk poket, cari sampul surat yang keme isi rupee dalamnya...Errrrrr... baru sampai Bangalore dah pergi menyopping..kata keme dalam hati..Tak leh jadi ni..Dah lari dari matlamat asal ! Takpe..layankan ajer dulu kedai ni, jamu2 mata dan tak semene2 keme terkempiskan sedikit rupee dalam sampul surat tadi.

Buddy sedang memilih fridge magnet di Butik!! Haha....ok jer la harga dia, sama jer macam kat jalanan. Biasa la kan pelancong memang selalu kene pancong. Kat sini kiteorang terborong dengan harga 100 rupee satu. Siap dapat free lagi beberapa ketul.

Lepas tu dia bawak lagi ke Butik yang kedua, ketiga...dan keme dah mula bengang. Keme kabor ke dia yang kiteorang tak mau dah pegi butik butik ni. Kiteorang nak pergi Bangalore Palace laaaaaaa...Ok ok ok..dia kata. Kendian dia kata la yang kalau dia bawak kiteorang ke Butik2 ni, dia akan dapat kupon guest dari pihak Butik ni. 'Tolong la sayaaaaaaaa' , sambil geleng2 kapala. Okla okla, kiteorang tolong, tapi sekarang bawa keme keme ni ke Bangalore Palace..Keme ngan buddy dah bengang ni. Angin kuskus dah mula nak berpusing...Sebelum topan Malaya tiba, baik ko pandu jer ke sana..keme mengomel sensorang.    

Sebelum dibawa ke Bangalore Palace, dia singgahkan kiteorang di Parlimen House dulu. Tapi bukan boleh masuk pun. Setakat tengok kat luor jer pun. Memang besor la bangunan dia. Cantik senibinanya. Ade keunikan di situ. Kalau la boleh masuk memang puas hati bergambor.

Parlimen House - Besor giler

Sebelum pergi semula ke van dia yang diletakkan di tempat parkir depan Bangunan Mahkamah berhampiran Parlimen House, kiteorang melencong sekejap ke Bangunan Mahkamah Tinggi tu. Saja jer nak tengok bangunan nye yang nampak unik dari jauh dan dicat warna merah menyala. Tangkap ler gambor sekeping dua kat depan bangunan. Nak jelajah ke dalam memang tak la. 

Mahkamah Tinggi Bangalore

Beraneka buah-buahan- berhadapan Bangunan Mahkamah tinggi sebelum berjalan keluor ke jalan besor. Minta izin tuanpunye dulu nak bergambor ni. Sengih jer deme sambil geleng2 kapala.

Dah nak ke tengahari baru la kiteorang sampai di Bangalore Palace. Dari jauh lagi memang unik dan cantik bangunan dia. Dok dalam kawasan yang luas di tengah2 bandaraya Bangalore ni. Kalau kome ke sini, jangan lupa masukkan dalam itenerary kome ye. Wajib lawat ni. Kome akan dapat saksikan senibina bangunan yang unik dan cantik. Disaluti daun2 hijau. Amat berseni bagi keme.

Di tepian pantai istana

Keme paksa Si Tempe hantor sampai depan pak guard kat pintu masuk. Keluor jer keme dengan serta merta klik butang kamera. Tanpa sedor dan buat2 tak dengor si pak guard melaung tak bagi tangkap gambor, sempat la klik beberapa gambor sambil tengok deme minta kiteorang tuju ke pintu istana bayor fee dulu.

Panaih melekit

Hari memang cerah dan matahari mencacak tegak di kepala. Panaih wei. Terus masuk istana. Dok lelama kat luor ni memang boleh cayor lemak yang menyelaputi badan keme..hehe... Tiket masuk istana ni berharga 450 rupee sorang. Setiap kamera di caj 650 rupee lagi. huh..angin jer pikior, tapi keme malaih nak pikior banyak. Bayor jer. Dah bayor mahal2 tu kan, klik la sebanyak mana gambor di setiap ruang. Takde larangan. Then deme sediakan audio dan wayar fon kepala untuk pelancong mendengar tentang sejarah dan informasi setiap ruang yang di lawati. Kene letak passport sebagai deposit !!.

Melangkah jer masuk istana tepacak kepala gajah ni kat atas dinding pintu.


Tiang2 di ruang tetamu

Singgahsane sini tetamu

Pantulan cermin

Luas gak la istana raja deme ni. Senibina tu yang cantik. Keme suke menghayati nya. Audio tu keme tak dengor sangat. Kejap tutup kejap buka. Keme peghati pelancong lain2 tu beriya2 mendengor dan menghayati setiap apa yang diceritakan, siap mengadah ke siling2 dan mencari2 apa yang diceritakan melalui audio tu. Fuhhh...dengan penuh perasaan dan dengan muke serius nye deme tu semua dan deme kurang bergambor tak macam keme keme ni. Lantak kome ler kan.

Ruang tangga


Yang ni pejabat raja

Meja solek antik dalam istana

Ruang atas di bahagian bilik2 ahli keluarga raja.

Tempat lepak2 kat belah belakang

Tingkat atas-keme tak jumpa jalan naik atas bumbung nak ke menara, deme tutup kot laluan tu

Mewah campuran senibina India dan British

Ni ler keje keme...hehe

Kiteorang tak sedor dok kat dalam istana ni lebih 2 jam. Cayyok !!. Memang terpegun. Sampaikan budak yang pinjamkan audio tu cari kiteorang kat belah belakang kabor yang kiteorang dah 2 jam kat dalam, so kene pulangkan balik audio tu.. Ceh!!. Tapi ade keme kesah, Jalan keluornye ikut pintu lain. Keme pun tak pulangkan lagi la menatang tu. Kiteorang terus keluor dan bergambor pulak di luar istana tu dengan senang hati. Dah rase belengeh ya amat baru kiteorang masuk semula dan serahkan segala maknikam harta bende deme dan ambik balik paspot keme.


Keme dah cuba cari jalan masuk ke beranda kat tingkat atas tu tapi kawasan tu deme tak bagi masuk sebab ade kerja2 baikpulih sedang dijalankan.

Diperbaringan istane...

Dihadapan Istana

Pemandu van tadi lepak bawah pokok nun jauh dari istana ni. Sanggup tunggu kiteorang ni berjam2. Bila dia nampak kelibat kiteorang, dia pandu van dia ke depan guard dengan lajunya. Tak perlu keme nak jalan jauh2 dalam panaih terik ni. Mula2 keme nak dia hantor kiteorang balik. Penat dan laporkan. Lepas tu dia mula la merayu. Kiteorang pun setuju la tolong dia dapatkan kupon guest kat butik2 yang dia bawak. Dia kata kalau kome tak beli pun tak pe. Luangkan jer masa kat dalam butik tu dalam 10 minit. Tolong la, katanya. Kalau kome setuju keme tak caj kome satu sen pun, percuma jer trip ni. Dengan muke seposen minta persetujuan kiteorang. 

Munge keme taktaunama - di hadapan salah sebuah butik yang dibawa

Sebenornye majoriti butik yang dia bawa tu berada di Jalan Infantri jer. Belakang hotel keme jer pun. Lepas keluor dari Bangalore Palace tu dia bawak pergi ke 2 buah butik lagi! Penat wei nak layan. Sama jer pun semua barangan yang ade dalam butik2 ni. Barangan Kraftangan, saree, selendang pashmina tu, karpet dll. Harga memang jauh mahal la dari tempat "shopping" keme. Taraf butik kann.

Dah abih butik terakhir tu, dia kata nak bawak lagi ke lain butik, keme dengor jer mula la angin teluk benggala masuk telinga. Tak mau !!..full stop. Hantar semula kiteorang ke restoran pagi tadi. Kiteorang kata. Sekarang kiteorang bertegas. So terpaksa ler dengor kata kan. Keme memang lapor tu kome. Penat tau merayap dalam istana dan melayan kerenah setiap butik yang keme masuk. Lupa dah berapa banyak butik keme masuk, tak sempat nak kira sebab setiap kali masuk jer keme angin. Otak tak mau pikior. Tragedi Februari sungguh!!.

Nasi Briyani kambeng lagii !!!

Akhirnya dia akur dan hantor kiteorang ke restoran pagi tadi. Keme pun order la nasi briyani kambeng. Lapor kan. Order kene satu set jer la. Makan 2 orang. tu pun tak abih. Deme tak de nasi putih. Nasi deme semua berwarna dan kedai ni ade briyani jer pun. Pemandu tadi pergi kenen si tuanpunye restoran minta tips sebab bawa pelancong ke kedai dia. Sanggup tu. Dapatla dia 5 rupee dari situ. Suke dia sambil jentik rupee tu. Haha..tergelak keme tengok.

Pekene ayor kelapa muda lepas makan briyani sebelum menapak balik ke hotel AJ International.

Kiteorang balik semula ke hotel dulu untuk berehat seketika sebelum keluor semula petang tu. Ukur jalan sungguh kiteorang hari ni. 

Sekian untuk kali ini. Semoga kome terhibur membaca.

Berjumpa di lain siaran, di lain kesempatan. In Shaa Allah.

Wassalam

10 comments:

  1. Orang kaki shopping tentu suka masuk butik-butik tu kan. Yong tak beli ke sari, pashmina tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Prof, kalau kaki shopping ala2 mak datin mesti suke tempat2 cenggini
      Saree beli kat tempat lain la yang dapat jauh lagi murah. Tempat dimana rakyat marhaen membeli belah...hehe....

      Delete
  2. 5-10 min dalam butik terasa mcm 5 jam.. stress sungguh.. Penanggan tempe.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. legend betol di India ni dgn geleng2 kepala tp sebenarnya yes..hahaha

    Nampak mcm selamat je kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaaannnnnn....sejak balik dari India, sekarang ni akak suker geleng2 kepala...hahaha.
      Yup Jea, Bangalore antara bandaraya yang selamat untuk jenjalan. In Shaa Allah. Berhati2 tu kene la walau dmana2 kan. Alhamdulillah.

      Delete
  4. Yenaddey....wuii lapo kami ikut kome pusing istana....nak makan nestom dulu......x jumpa ke yong prince charming yang keme pesan tu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. vanakkam....keme lagi ler lapor tau...panaih melekit...nestum tu tak sesedap kambeng leeeerrrrr....
      Bile buat pesanan ? tak kabor pun...

      Delete
  5. Buddy tu macam yang ke Kashmir bersama Yan... ASP duk Shah Alam juga ke...

    ReplyDelete