Tuesday, 3 February 2015

China - Dali - Episod 13 - Hari Yang serba Tak Menjadi Di Dali Old Town - Cubaan Mengunjungi Kota lama XiZhou, Erhai Lake, Three Pagoda dan Gunung Cangshan

Assalamua'laikum Warohmatullah kepada semua pembaca beragama Islam dan Salam Sejahtera kepada pembaca yang belum Muslim.

Di Kaki Gunung Cangshan

Dah penat lepak kat restoran atas tasik Erhai, keme pun berjalan balik ikut belakang rumah2 penduduk yang ade di tepi tasek tu. Belakang rumah2 penduduk tepi tasik tu ade denai bagi penganyuh2 basikal beriadah dan pejalan2 kaki. Yang tak bestnye kat situ banyak sangat anjing liar, keme seghiau tengok. Besar kecik semua ade. Ade juga penduduk2 kat situ tolong menghalau anjing2 liar tu daripada mengganggu ketenteraman pengguna2 denai nak berjalan dengan aman tenteram.

Lega rase bila dah sampai semula dekat perhentian bas di tepi pasar tani deme. Keme tengok barang jualan sama jer macam kat pasar sehari kita kat sini. Sayur dan tanaman kampung seperti kacang, ubi, cabai, sayuran dan lain-lain. Kat pekan ni jugak ade restoran halal. Depan hentian bas tu jer. sebelum sampai ke jeti tasik. Keme kenyang lagi makan mee masa sarapan pagi tadi. Keme duduk jer la dalam bas tunggu bas jalan.

Sampai hostel, keme rehat dulu layan muka buku sambil tunggu masuk solat zohor. Lepas solat keme keluor semula cari tempat nak dilawati. Keme ingat nak pergi ke Menara Tiga Pagoda. Tak jauh la dari hostel. Tapi kene naik bas. Tapi entah macamana kiteorang tertahan teksi. Boleh gitu... Kabor ke pemandu nak pergi Three Pagodas. Dia tanye buddy kiteorang nak buat apa kat situ. Semua yang pergi situ nak beribadat jer katanye. Tak berbaloi bayor tiket masuk setakat nak bergambor, katanye lagi. Three Pagodas tu adalah kawasan kuil Buddha ye mengkome.

Kedai Roti Muslim dan halal di Dali Old Town
Beli roti di sini untuk bekalan sepanjang jalan. Keme sentiasa ada bekalan roti dalam beg.

Memandangkan kiteorang dah naik teksi, so teruskan aje la menuju ke sana. Sampai sana tengok2 keliling dan ambik brocure. Mahal dia caj nak masuk ke dalam bangunan ni. Ingatkan kalau free jer masuk memang kiteorang nak masuk la ambik gambor tepi kolam mengadap menara tu. Keme pun tak tau kenapa nak sangat tangkap gambor kat dalam tu. Mungkin sebab keme tengok gambor kat brocure nye cantik giler.  Tapi memang tak berbaloi la masuk dalam dengan bayaran yang dikenakan. Kiteorang lepak2 sekejap kat luar sambil ambik beberapa keping gambor dan lepas tu tak sampai 15 minit kiteorang menapak semula ke tepi jalan besor nak cari bas balik semula ke Old Town.   

Kawasan luar Three Pagoda..

Belakang tu adalah gunung Cangshan

Balik semula ke kawasan luar old Town di hadapan pintu barat, kiteorang menung jap, tengok semula peta yang dibekalkan oleh pihak hostel. Kendian kiteorang cari pulak bas nak ke bahagian tasik disebelah utara. Di situ jugak terdapat sebuah Old Town yang kecik ajer kawasannya yang dinamakan XiZhou Old Town. Nak pergi ke kawasan ni kena naik bas arah ke utara semula. Dalam setengah jam perjalanan. Bas ambik kat depan pintu barat. Bas nye tak de nombor, kita tunjuk kat orang ramai yang berkeliaran di situ nama tempat yang tertera dalam peta. keme tunjuk bas yang ade di situ. Kalau betul deme angguk, kalau salah deme geleng jer...senangkan...

Bila pemandu nak jalan jer kiteorang tunjuk peta nak ke mana. Deme angguk, dah setengah jam perjalanan, deme berhentikan bas tepi jalan besor bersimpang tiga. Keme turun dan menyeberang ke seberang jalan. Tambang bas 6 yuan. Ade beberapa tut-tut sedang menunggu pelanggan. Keme suruh buddy pergi tanye deme macamana nak ke Xizhou Old Town. Deme bagitau kene masuk ke dalam naik tut-tut deme. Kalau jalan kaki boleh pengsan kepala lutut...   

Sempat naik tut-tut di Dali ni...dari simpang jalan besar masuk ke dalam tepi tasik dan ke Xizhou Old Town. Kali pertama keme naik tut-tut. Sekali dia melompat bongkah jalan, aduhai.....sakit vontot dibuatnya

Sampai depan Xizhou Old Town..keme perati ade kaunter tiket..Kene bayor tu kome kalau nak masuk Old Town kecik ni...dan2 tu keme bagitau ke buddy tak payah la masuk...sama jer macam kat Dali Old Town bentuknye. Ade pintu gerbang dan dinding batu. Hampeh betul deme ni. Semua nak kaut setiap sen yang ade kat poket pelancong selagi boleh. keme tahan tut-tut tadi semula dan minta dia hantar ke tepi tasik Erhai di sebelah utara ni. Dia ok jer. Yang penting bayor...Melayang lagi yuan2 yang ade dalam poket kiteorang ni.

Sampai ke tasik tu buat keme lagi bengang bila nampak ajer kaunter tiket. Memang angin satu badan la. Semua tempat sekeliling tasik tu dipagar. Tak bagi langsung pelancong nak melepak2 di tepian ayor gitew. Kene beli tiket jugak kalau nak masuk. Kalau setakat 5-10 yuan tu boleh tahan la lagi. Ni ditekannya sampai RMB120 tu kome. Tak angin ke dibuatnye. Keme rase nak menjerit jampi serapah masa tu ke deme di kaunter tiket tu. Tapi kang deme kata keme giler la pulak. Jadi keme kuatkan iman tahan sabor sambil menggeletor urat perut, usus kecik besor semua. 

Tut-tut berhentikan kiteorang semula di tepi jalan besor untuk tunggu bas balik semula ke Dali Old Town.

Pemandu tut-tut tu cuba jugak untuk pujuk kami beli tiket kat kaunter dan dia cuba dapatkan diskaun untuk kiteorang. Iya-iya dia berusaha cuba dapatkan diskaun untuk kiteorang daripada harga asal RMB120.00 ke RMB80.00..Cer kome bayangkan, harga tiket pun boleh di nego kan. Apa ke hal kan...Keme memang dah tak de mood dah. Tak akan keme korbankan yuan2 yang ade dalam poket ni semata2 nak masuk tepi tasik tu. Pikior punye pikior biorkan jer la. Pagi tadi dah lepak atas tasik sekejap walaupun tak berapa nak puas hati. Namun nak bayor tetap tidak. Akhirnya kiteorang dengan hati yang kecewa meminta pemandu tut-tut tu hantor semula ke simpang jalan besor. Keme nak balik. Melayang yuan keme ke pemandu tut-tut tu 40 yuan pergi balik. Dapat sakit vontot lagi asyik melompat jer tut-tut tu.

Untuk makluman mengkome, kawasan Xizhou ni ada banyak orang Islam berdasarkan kedai2 makanan muslim yang berselerakan di merata2 kawasan di situ. Dari kawasan ni jugak boleh nampak masjid yang cukup besor bersenibina moden dengan menara2 tinggi yang terletak jauh di atas bukit di bahagian sedikit ke utara dari jalan besor ni. Itu la masjid yang keme nampak dari dalam bas semasa perjalanan dari Li Jiang ke Dali ni. Keme rase macam nak pergi ke sana tapi tak tahu macamana nak ambik bas. Nak suruh tut-tut hantorkan mesti mahal giler dia caj. Akhirnya keme tunggu bas balik ke Dali Old Town jer. Sambil tunggu bas tu kiteorang tak abih2 gelak...Hari yang serba tak menjadi. 

Kedai pizza halal TAPI dalam tu aje jual arak..serabut otak keme pikior. Buddy kata jangan pikior mendalam sangat.

Sampai semula ke Dali Old Town, keme masuk nak lepak2 dulu kat mana2 kedai untuk mengendorkan urat2 saraf yang ketegangan dengan semua aktiviti petang ni yang serba tak menjadi gara2 tiket yang mahal dan tak masuk dek akal. Pergi ke masjid ingat nak sejukkan hati di situ, berkunci la pulak bahagian solat nya tu. Jenuh buddy menjenguk. Ataupun kiteorang tak reti nak buka pintu antik tu..Ntah ler...

Depan masjid Dali Old Town 

Akhirnye kiteorang jumpa kedai pizza halal. Suker hati keme, dapat senyum sikit. Kat situ jugak ade wifi free. Apa lagi kan. Panggil pelayan pesan ayor dengan kentang goreng ajer. 

Mula2 nak order pizza, tapi macam tak de mood nak makan. Tak jadi la.

Legakan tekak dengan secawan coffe latte...sambil melayari internet...

Sebelum balik ke hostel senja tu kiteorang pekene mee goreng ngan nasi sayur dulu. Lenggang lenggok balik hostel dan lepak sambil layan muka buku. Malam tu kat hostel, si buddy jumpa si mamat yehudiarbi yang sama2 naik bas dari Li Jiang kelmarin. Mana dia tidur malam semalam tak tau la. Tapi malam ni dia lepak kat hostel kiteorang. Si buddy la bagitau dia masa dalam bas kat mana kiteorang lepak. Dia ni macam pengentep. Dia terlepas cakap ke buddy yang dia ni keja bahagian pertahannen negara dia. Kalau kome mengembara ke China dimana2 saje la akan jumpa ramai deme ni merayau2 di China ni. Ada tujuan tu kome, bukan saja2. Deme dibayor untuk mengentep. Caranye dengan menjadi pelancong dan mengembara secara backpack. Bukan orang sedor pun apa deme buat. Keme pun kene tulih mengeja lain sikit kalau mengate deme ni. Kang ade yang guna translater atok google bace ape keme tulih. Cara dia keluorkan fail dari beg dia pun lain macam sikit. Keme peghati jer dia ni masa dalam bas hari tu. Walaupun buddy baik sembang2 ngan dia tapi buddy cakap macam nak pancong jer dia ni. Gegham tengok dan sedih pikior apa deme buat kat sana pada penduduk falesten tu kan.


Lorong2 di Old Town yang sempat keme ukur jalannya.

Pagi esoknye iaitu hari terakhir keme di Dali ni, keme mulakan dengan bersarapan lewat. Dah 8.30 pagi baru terhegeh-hegeh menapak ke Old Town. Tak de aktiviti nak buat pagi ni. Malas nak pikir, masa panjang lagi nak tunggu ke petang untuk naik gunung. Jadinya pagi ni tak mau pergi jauh2 macam semalam. Tengahari karang nak daftor keluor. Makan mee di kedai yang sama macam la takde kedai lain nak terjah. Tu pun malas nak pikior. Lagi pun si Buddy tu nak makan kat situ jugak. Layan kan ajer ler.

Lepas bersarapan, keme ikut jalan lain dan buddy ikut jalan lain. Keme nak tengok aktiviti masyarakat sini pepagi ni apa deme buat. Keme nak tengok berapa ramai orang muslim yang keme boleh jumpa di dalam Old Town ni.

Kome perati tangga yang ade ukiran tu. Macam kat Forbidden Palace di Beijing la pulak gaya nye tapi dengan saiz kecik.


Gabungan lama dan baru.

Jumpa remaja muslim..Tak tau la ke mana deme ni nak pergi. Keme senyum jer..

Keme jumpa pulak dengan makcik2 sedang berjalan menuju ke masjid. Bagi salam ke deme. Macam mak2 kite jer pergi masjid pepagi nak ngaji. Keme ikut deme sampai masjid. Rupanya deme ada kelas ngaji Quran dengan seorang ustaz di sana. Keme nak tangkap gambor tapi takut mengganggu deme. Keme peghati jer la. Ada la dalam 12 orang dalam kelas tu. Seronok tengok. 


Peghati senibina dulu kala. Unik..

Ramai pelancong juga budak2 sekolah . Sepagi mengadap Gunung Cangshan

Jumpa pulak macam2 mesin untuk mengejus. Kalau peniaga ni muslim, terpacak dah keme depan kedai dia ni dari hari keme sampai. Tapi apakan daya, keme tak sanggup mengerah otak untuk bersoaljawap.


Ade beberapa kedai jual daging halal di sini, maknanya memang ramai la penduduk muslim di sini.


Keme jalan di suatu lorong dalam Old Town ni. Tengok atas ada pokok delima sedang berbuah. Pokok Delima merekah...ditanam di atas rumah..Teringat mesin mengejus tadi...


Lalu satu kedai jual sayur, ikan dan binatang2 hidup. Ni salah satunya..Semua bende deme ni nak makan. Goreng tepung rangup ni sodap agaknye...hehe

Pagi ni memang lama sikit keme melepak di Old Town, habis lorong2 kat situ keme masuk tengok apa deme buat pepagi. Ade sekali tuh keme masuk salah satu lorong rumah2 penduduk, ade sekor anjing liar berkeliaran di situ. keme memang seghiau, dengan penduduk tempatan yang lalu lalang kat situ memang dia tak kacau la kan, sebab dah ade bau, tapi keme baru nak jenjalan kat area situ kan..arrgghhh...keme tak nak ambik risiko, terpaksa undur balik. 

Hari tak panas dan cuaca pulak nyaman jer, memang tak rase penat sangat la menapak lelama. Sampai dah nak tengahari baru keme keluor balik ke hostel. Nasib baik teringat hari ni kene daftar keluor. Buddy ade kat hostel ghupernye melayan muka buku dan bersembang dengan yehudiarbi semalam. Lepas siap solat dalam 1.30 petang gitew kiteorang daftar keluor tapi beg tumpang letak kat stor deme. Kendian baru menapak semula untuk makan tengahari di dalam Old Town tu. Menu yang sama seperti mula2 sampai ke Dali haritu.

Sayur goreng
*
*
dan
Daging Goreng Pedas

Lepas makan kiteorang singgah beli roti dulu tambah stok nak dimakan masa dok dalam keretapi malam karang. Kendian pusing balik ke hostel nak tanye kat pekerja hostel cara untuk ke gunung Cangshan. Dok kat hostel tu mesti lepak nye lama sampai tak sedor mase berlalu dengan begitu pantas. Dan penat sembang2 dan dapatkan info barulah kiteorang terhegeh2 turun ke jalan besor tunggu bas no 4 arah ke selatan menuju gantong temple dimana terletaknya kawasan kereta kabel untuk naik ke atas gunung.

Tak lama mana naik bas tu, adelah lebih kurang 10-15 minit, keme pun dah tak berapa pasti. Tapi bila sampai tepi jalan nak naik ke kaki gunung tu...keme rasa lutut nak pengsan tengok papan tanda kata kereta kabel tu 3.5 km jauhnya dari jalan besor. Jalan mendaki pulak tu...Tekanan otak dibuatnya. Kiteorang cuba tahan teksi tapi deme tak mau berhenti. Jalan lagi walau rase letih hampir 800m gitew. Tangan pulak akan tahan setiap kenderaan yang lalu lalang. Mana la tau kan, kot2 ade yang sudi nak tumpangkan kiteorang naik ke atas.

Nasib baik ade sebuah van berhenti  dan sudi menghantar kiteorang naik ke kaki gunung tempat kereta kabel tu. Hari pulak dah nak pukul 4.00 petang. Terus tuju kaunter tiket tanye ade tiket lagi tak nak naik kereta kabel. Budak kaunter tu kata kereta kabel dah takde nak naik dah, dah nak tutup pukul 4.00 katanye. Adoooooiiiiiii wei...penatnya menapak tadi. 

Pemandangan Tasik Erhai dari kaki gunung Cangshan.



Kat tempat kereta kabel tu banyak jer tut-tut tunggu pelancong turun dari gunung. Mungkin kalau kiteorang datang awal tadi mungkin sempat naik. Tapi tu la kan, pegi makan tengahari dulu, memang takde rezeki la nak dok atas gunung tengok keseluruhan Tasik Erhai yang panjang tu. Sedih la jugak. Kiteorang cuma habiskan mase berlegar2 di kawasan kereta kabel ni dan bergambor disekitarnya. Gunung ni elok dipanjat di sebelah tengahari ke petang sebab matahari dok sebelah barat dan gambor sangat cantik. 

Buddy cuba panjat tembok untuk dapatkan gambor tasik setinggi mungkin

Ok la kan, dapat panjat kaki gunung jer pun jadi la. Pujuk hati. Kiteorang turun semula dengan menaiki van yang sama bawa kiteorang naik tadi. Baik pemandu tu tolong tangkapkan gambor kiteorang masa kat kaki gunung tu. Sampai tepi jalan besor kiteorang tahan bas no 4 untuk balik semula ke Old Town, 

Sempat lagi keme snap gambor makcik ni kat dalam bas masa balik ke Old Town dari kaki gunung Cangshan. Keme bagi salam jer ke dia dan senyum2. Nak berkomunikasi memang takkan menjadi nye la kan. haha....

Oh Cangshan, keme tak dapat jejakkan kaki di puncak mu...

Malam tu keme minta pekerja hostel menelepon teksi ajer minta hantarkan kiteorang ke stesen keretapi Dali. Stesen keretapi Dali terletak di Bandar Dali. Jauhnya dari Old Town ni lebih kurang setengah jam perjalanan kalau jalan tak sesak. Terasa jugak la jauhnya nak ke Bandar Dali ni.

Sementara nunggu teksi sampai, tengok deme ni main pool dulu.

Tambang teksi dari Dali Old Town ke Stesen Keretapi di Bandar Dali RMB 50.00. Dia berhentikan kat luar stesen tu jer, menapak jauh la jugak nak masuk ke dalam bangunan stesen. Tiket keretapi kiteorang beli kat pejabat pos ( China Post ) di Old Town tengahari tadi. Kiteorang ambik soft sleeper cabin dengan tambang berharga RMB 155.50 sorang.

Di hadapan stesen keretapi Dali.

Soft sleeper cabin terakhir kiteorang dalam pengembaraan di Yunnan untuk kali ini.

Kiteorang ingatkan kabin tak de penghuni lain, tapi bila keretapi mula bergerak datang sepasang suami isteri ngan anak kecik masuk kabin...kene la dok elok2 dan diam2. Ade budak kecik nak tidur kan....Kiteorang ambik keretapi pukul 9.23 pm dan sampai di Kunming jam 5.10 pagi.

Nanti sambungan di lain siaran. Terima kasih sudi membaca.

Wassalam

4 comments:

  1. Adalah sesuatu yang biasa di China apabila restoren halalnya pun jual arak. Geli-geleman nengokkan kala jengking dibuat gorengan. Di Beijing pun banyak jual.

    Bukan saja naik motor boleh tawar-menawar, harga hotel pun boleh. Kami pernah tawar harga hotel di Jinan. Yong tak tawar-menawar ke bila masuk hotel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kala jenking yang dah goreng tu takde la pulak kat situ.

      Tak pernah buat la pulak tawar menawar harga hostel...tak terpikir pun Prof. Lain kali nak cuba...

      Delete
  2. best gak ekk coknah explore China especially kwsan pendalaman ni. Teringin nak backpacking gak tapi kena tunggu rakyat jelata besor2 la kot (adehhhh time tu kami la plak dah terhenjut2). pepepun ikut coknah online jelah dulu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana2 tempat pun ada daya tarikan tersendiri.
      Boleh jer berbackpack, bawa bebudak tu berbackpack sekali....hehe
      terima kasih mengikuti blog akak ni....

      Delete