Saturday 10 November 2012

Syria-Bosra dan Dar'a, Makam Nabi Ayub, Imam Nawawi, Tapak Kaki Unta Rasulullah di Kota Roman Bosra

Assalammualaikum Pembaca Budiman


Hari ni merupakan hari ke-5 pengembaraan aku dan geng ke beberapa negara, kitaorang akan memasuki negara Syria dari sempadan utara Jordan. Bermalam di Irbid semalam merupakan bandar paling utara di Jordan dan amat hampir dengan sempadan. Aku lupa apa nama sempadan ni, tapi urusan mengecop passport tidaklah terlalu rumit. Bandar Dar'a di pihak Syria pulak merupakan bandar yang paling hampir dengan sempadan Jordan. Pintu sempadan ni bukan lah laluan pilihan pelancong sebenornyer, dia lebih kepada laluan perdagangan, lori banyak la, tu sebab tak ramai orang kat sini, jadinyer urusan mengecop passport memang cepat la. Kitaorang jer makhluk asing kat sini. Isi borang dan hantar jer ke kaunter. Cuma nyer bahasa selalu jadi penghalang, deme ni tak tahu bahasa omputeh apalagi lah bahasa melayu kan....haha. Yang penting urusan selesai tak sampai setengah jam jer...Cume kalau kome perati orang2 arab ni samada Syrian or Jordanian, jenis kelam kabut sikit deme ni, berebut dan bergaduh mulut tu dah jadi kebiasaan, tak de nyer deme ni nak beratur elok2....kita tengok diorang ni buat kita pun jadi kelam kabut sama....
 
Masa aku masuk ke Syria ni, Egypt sedang bergolak sakan. Memang sebelum aku sampai sini, dari Malaysia lagi aku dah dengor khabor2 yang pergolakan yang melanda di Egypt akan merebak pula ke Syria dan sememangnyer itulah yang terjadi, sebulan selepas aku pijak bumi Syria ni, pergolakan pun bermula dari sebelah selatan negara ni iaitu di bandar Dar'a. Pembunuhan bermula dan rakyat menjadi pelarian. Syukur alhamdulillah aku dan geng selamat menghabiskan kembara kitaorang di bumi Syria yang aku rasa sekarang ni semakin hancur....mujur aku masih sempat buat Jejak Rasul dan Anbia ke Syria.
 
Dah habis urusan di sempadan, kitaorang terus jer ke Kota lama Bosra, melepasi bandar Dar'a ke sebelah timur nyer, ni la kota bumi Syam dolu2 dan tempat Abu Talib dan kafilahnyer membawa Nabi Muhammad bersama barang dagangan untuk diniagakan. Macam biasa, kota lama Bosra ni adalah peninggalan kota zaman Roman, hehe....makanyer kome akan disajikan dengan gambor2 warisan Rom lagi lah yer, jangan bosan okay.... nak buat camana kan, dah laluan kembara aku kali ni meneroka laluan kerajaan Roman. Ajer nyer ye....

So, kita mulakan dengan Kota Roman Bosra, sebuah kota yang agak besar jugak la, kecik sikit daripada Kota Roman Jerash jer. Kitaorang masuk dari pintu lain dan keluar ikut pintu lain, senang sikit, tak perlu menapak pusing balik la kan. Kota lama peninggalan Kerajaan Roman ni masih berpenghuni, waris daripada generasi terdahulu masih mendiami kota ni, kerajaan Syria tak dapat nak buat penempatan semula ke deme ni, mungkin atas faktor kewangan dan tak de tempat yang sesuai kot. So, atas faktor ni, kawasan ni tak dapat la nak diwartakan sepenuhnya sebagai tempat warisan dunia seperti di Jordan, so masuk adalah percuma....

 

Aku di hadapan Masjid Mabrak Annaqah di Kota Lama Roman Bosra, cer kome perati batu2 di dinding masjid ni, ni batu2 zaman roman, dalam kembara aku ke Jerash di Jordan, ada aku ceritakan sikit kenapa batu2 deme kaler gitu. Masuk masjid ikut sini.
 
Aku dan geng mulakan lawatan ke Masjid lama di tepi kota, tempat di mana dikatakan unta Nabi Muhammad berehat. Diceritakan begitu la.  Lupa lak aku selidik bila masjid ni dibina. Malas membaca informasi yang ada kat situ.
 
 
Pintu ke masjid di sebelah dalam bangunan
 
 
 Ini lah batu yang dikatakan bekas tapak lutut dan kaki unta Nabi Muhammad yang berishtirehat di sini, diceritakan masa tu tempat ni sebelum dibina binaan dan dijadikan masjid merupakan satu kawasan yang berada di luar kota, bersebelahan jer dengan pintu kota, dan unta tu duduk berishtirehat di bawah pokok, tapi kemudian nyer baru dibina binaan masjid disini, sebelahnya adalah pintu kota dan binaan kota yang masih wujud sampai ke hari ini. Benar atau tidak tapak unta tu aku pun tak pasti, ia dah jadi sejarah yang diturunkan daripada generasi ke generasi yang tak bertulis.Wallahualam.
 
 
 Rupa paras dalaman Masjid, memang uzur dan keadaannyer cukup untuk menceritakan umurnyer.Betul tak kome ? Sejuk ya amat kat dalam ni, kena ada heater, tu pun tak membantu mengurangkan kesejukan.
 
 
Lepas tu kitaorang pun keluar semula dan teruskan menapak ke dalam kota. Cuaca redup jer tapi tak hujan. Kebetulan masa kitaorang sampai sini, terdapat gak bas2 pelancong dari Iran yang ramai. Maka meriah la jadinyer, tapi sekejap jer la nampak meriah. Masing2 mengikut laluan yang berlainan nak cover seluruh kawasan yang besar ni, tak nampak la ramai nyer orang. Bagi aku dan geng pulak, kitaorang ikut jalan utama jer, senang dan cepat habis. hehe.....
 
 
Jalan2 kat dalam kota ni tak boleh la nak main terjah masuk mana2 pintu kan terutamanya yang bertutup. Kang silap buka, termasuk ke rumah orang yang masih menjadi penghuni disini. Tak pasal2 kena sergah lak nanti. Kat sini jugak terdapat rumah pendita yahudi yang alim yang diceritakan di dalam Sirah Rasulullah.
 
 
 Ini lah rumah pendita Yahudi tersebut. Kawasan kota ni dah beberapa kali runtuh dek gempa bumi. Jadinyer aku tak berani nak masuk menjenguk ke dalam rumah tersebut untuk melihat bahagian dalamnye. Silap gaya kang terhempap dek batu2 yang tak kukuh strukturnyer tu.
 
Meh aku ceritakan kisah pendita tersebut. Kalau nak suruh kome pegi bukak buku Sirah Rasulullah tu tak tau la bila kan...hehe...disebabkan aku menyalin bulat2 tulisan seorang penulis dan penterjemahnyer, maka aku kena la bagitau sumbernyer.
 
Ditulis dalam Buku Al-Rahiq al-Makhtum, Sirah Rasuullah s.a.w, komer boleh baca buku ni untuk menambah ilmu di dada.
 
Ditulis begini terjemahannyer : Apabila umur Rasulullah mencapai 12 tahun-dikatakan 12 tahun 2 bulan 10 hari, Abu Talib membawanya berdagang ke Syam. Apabila mereka sampai ke Basra-yang dianggap termasuk dalam kawasan Syam dan ibu negeri Hawran yang pada masa itu ialah ibu negeri bagi negara2 Arab yang tunduk kepada pemerintahan Rom. Di negeri ini ada seorang rahib yang dikenali sebagai Bahira, namanya ialah Jarjis. Apabila rombongan Abu Talib singgah di situ, Bahira keluar kepada mereka dan menyambutnye sebagai tetamu yang dimuliakan, padahal sebelum itu dia tidak pernah keluar kepada mereka. Dia mengenali sifat Rasulullah s.a.w. Sambil memegang tangan baginda, beliau berkata: inilah ketua seluruh alam, budak ini diutuskan oleh Allah sebagi rahmat untuk sekalian alam.  Lalu Abu Talib berkata: bagaimana kamu tahu ? Jawabnya:Ketika kamu bertolak dari Aqabah, tidak ada sebutir batu atau pokok melainkan semuanya tunduk sujud dan ia tidak sujud melainkan kepada seorang nabi. Sesungguhnya aku mengenalinya dengan cap kenabian dibawah tulang belikatnya seperti buah epal.  Kami dapatinya ada disebutkan dalam kitab2 kami.  Bahira meminta Abu Talib supaya membawa pulang Rasulullah s.a.w jangan dibawa pergi ke Syam kerana bimbang nanti orang2 Yahudi akan melakukan sesuatu yang buruk. Lalu Abu Talib pun menghantar pulang Rasulullah s.a.w bersama sebahagian pembantunya ke Mekah.
 
Begitulah al kisahnyer pendita Yahudi tersebut.
 
 
 Aku di hadapan rumah Rahib Bahira
 
 
 Bangunan 4 segi tu merupakan rumah ibadat Yahudi berhadapan dengan rumah Rahib Bahira
 
 
 Sebahagian daripada kota Roman Bosra yang dah hampir runtuh menyembah ke bumi, kerajaan Syria ni miskin, tak de dana nak bagi elok sikit tempat ni untuk kemudahan pelancong. Kalau kome nak pegi ke bangunan2 tu dekat2 atas risiko sendiri jer la yer. Ngeri gak bila pikior kalau batu2 tu jatuh bila lalu kat bawah dia.
 
 
 
 
 Laluan lurus ni sama jer rupa bentuk nyer di mana2 Kota Roman, selalunya ia merupakan laluan utama Kota Roman yang dikelilingi dengan tiang2 yang besor2 lagi tinggi. Tidak seperti Kota Roman di Jordan yang di pelihara dengan elok untuk tujuan pelancongan, di sini semuanye tunggang langgang jer aku tengok.
 
Kanak2 daripada warisan generasi yang menghuni peninggalan Kota Roman ni, hidup miskin dan cuba meraih simpati pengunjung. Apa la jadi ke deme ni sekarang, bila negara deme berperang sesama sendiri, banyak yang cuba menyeberang ke kem2 pelarian di Jordan. Alhamdulillah, Malaysia kita aman.
 
 
 Salah satu bangunan di dalam Kota ni, kome perasan tak pintu yang bertutup kat sebelah kanan gambar ni, ada penghuni tu kome, ada talian letrik ke rumah tu.
 
 
Aku di dalam sebuah bangunan yang tinggal dinding dan tiang2 seri jer...








Dari atas bukit ni, nampak sebahagian kota, berceracak tiang2 yang besor2, masih mampu bertahan walau gempa beberapa kali melanda tempat ni dulu. 

Kota Roman tak sah kalau tak de theater kan, yang kat sini pun masih mempunyai struktur yang agak baik, boleh nyanyi lagu negaraku di pentasnyer....bergaung ke seluruh kawasan theater yang melengkong tu.


 
 Mungkin malam sebelum nye hujan, menakung la air kat laman dia.
 
 
 
 

 
Aku cuba nak buat cam dia ni, tapi bila tengok kaki aku tak sepanjang kaki dia, punah harapan nak teruskan impian....ahaks...


Aku pun buat aksi atas pentas jer la kan, menyanyi....hehe...deme 2 orang belakang aku tu tengah hapal skrip nak belakon malam ni kot...



Ni dataran di luar theater, buat la aksi apa pun, ada kitaorang kisah, hehe....masuk theater ni kene bayor, sebab bangunan ni dipelihara dengan elok. Aku lupa berapa pound syria, tapi murah jer la pun. Sampai dataran ni maknanyer berakhir lah penerokaan aku ke Kota Roman Bosra, sampai hajat buat jejak Rasul ke sini, hari pun dah tengahari membawa ke petang, aku dan geng makan kat restoran tepi dataran ni jer.
 
 
Dari Bosra kitaorang berpatah balik ke Dar'a untuk meneruskan perjalanan ke Damsyik, dalam perjalanan kitaorang singgah di Dar'a untuk melawat makam Nabi Ayub di satu kawasan yang dinamakan Sheikh Saad.
 
Papan tanda ke Maqam Nabi Ayub, so tak sesat la nak cari nyer
 
 


Makam Nabi Ayub dan anaknyer. Aku lupa yang mana satu Makam Nabi Ayub dan mana satu anaknyer.
 
Kendian kitaorang mencari telaga yang Nabi Ayub guna untuk mengubat penyakit nyer, melilau gak cari, akhirnyer jumpa jugak la, tak jauh dari maqam tadi, tak silap aku lebih kurang 1 -2 km jer.
 
Ni la kawasan telaga tersebut, telah dibuat binaan, tapi tak dijaga, kotor jer kawasan nyer. Di belakang telaga ni terdapat binaan masjid yang terbengkalai. Mungkin tak cukup dana nak siapkan.

Ni la telaga tersebut, kotor. Tidak seperti dulu, kata tour guide aku.

Kanak2 yang menagih simpati pengunjung ke sini, mereka ni memang ramai, terdapat juga wanita yang mengendong anak kecil meminta sedekah daripada pengunjung. Deme mengekor jer kemana kitaorang pergi. Makin lama makin ramai deme ni. Seriau aku, cepat2 kitaorang tinggalkan kawasan ni sebab kitaorang jer yang datang singgah ke sini waktu tu....huhu....  Apa lah jadi kat kawasan ni sekarang serta penghuni nyer ? Aku dengor cerita Dar'a ni di bom dengan begitu teruk sekali. Tak dapat aku nak bayangkan. Masih wujud ke deme ni di sini atau berada di kem2 pelarian di sempadan Jordan/Syria ?

Tak jauh dari maqam Nabi Ayub tadi lebih kurang dalam 7 km dalam daerah Dar'a ni jugak, kitaorang melawat satu maqam lagi iaitu Maqam Imam Nawawi, salah seorang ulamak mazhab shafie yang terkenal.

Maqam Imam Nawawi, terletak di kawasan tanah perkuburan yang luas di daerah Dar'a ni. Maqam dia dibuat binaan bangunan dan ada pokok besor kat tepi makam dia. Antara buku Imam Nawawi yang terkenal ialah Al-Adzkar - Kumpulan Doa dan Zikir, terjemahan nye oleh Syed Ahmad Semait, elok kome baca buku ni buat santapan rohani.
 
 
Hari pun dah makin petang, selepas tu kitaorang teruskan perjalanan ke Damsyik, sampai pun dah malam, tapi sempat gak pi rembat kekacang dan manisan kat kedai depan hotel yang kami inap untuk beberapa malam di sini sebelum kedai2 ni tutup.
 
 
 

Dan juga air buah yang sungguh segar di malam yang sejuk beserta kebab buat mengalas perut untuk makan malam kitaorang
 
 
Malam tu aku dah mula tak sedap badan dan menggigil, tanda2 nak demam. huhu....makan ubat yang aku bawa cepat2 dan bawak tidor ...
 
 
 
 

 

15 comments:

  1. Assalam yong, nak nanya.. Sepanjang kat tempat2 ni k.yong ada rasa hiba tak? Yer la bkn semua org yang berpeluang dekat dgn makam2 nabi tuh, masyaAllah..pasti sayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Beb

      Perasaan tu tak tau la nak citer camane, cuma bila ziarah makam2 nabi dan ulama'2 ni teringat cerita2 dakwah deme, kepayahan deme menyeborkan dakwah tauhid, dan macam Nabi Ayub ni pulak teringat kepayahan dia dan kesabarannyer menanggung ujian Allah dengan penyakit dan penyisihan kaum dia.

      Delete
  2. Assalam Yong...


    sayu je hati..yong sempat menjelajah bumi ambiya ni.. i belum sempat lagi. ingat nak explore start next year lah yong. tapi kena pegi sendiri. kalau bawak sefamily, rambut gugur selai2.. faham je lah kan..

    ALLAH izinkan yong dapat tgk sume tinggalan. ana tak sempat. tinggal impian. kalau kata syria aman balik, sejaranh nya dah lain dt yg yong dapat..

    teringin gak nak tgk yong lonpat. tapi kalau dah kat sedar diri kaki tak sampai tu.. hee..ok lah kan.. ana pun kaki je panjang, tapi kederat nak lompat tak ada.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam K Yan

      Alhamdulillah sempat kunjungi bumi Anbia' ni sebelum hancur negara Syria ni sekarang. Kalau tengok berita2 semasa memang sedih mengenangkan keadaaan negara deme ni sekarang.

      Dengor kabor daerah Dar'a ni teruk dibom, sedih bila pikior. Harap pun udah2 lah deme ni berperang kan, tak de yang untung pun. Kalau K Yan berkesempatan ke sana bila dah aman nanti, harap tinggalan sejarah ni masih mampu bertahan untuk tatapan orang2 yang kemudian.

      Delete
  3. best nyer k.yong dapat melawat makam nabi and tengok semua ni, tapi sedih jugak bila k.yong cakap tak dijaga, huhu...harap-harap one day,dapat singgah sini jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulllah, diberi kesempatan ziarah ke sini.
      Masa Yong pegi ni kawasan perigi tu tak terjaga, sekarang dah berperang ni tak tau la camana keadaaannyer, rasanye Orga boleh bayangkan kot. Lagi sedih pikior.

      Delete
  4. Subhanallah, menarik tul tempat ni & udah bertambah pengalaman lagi, alhamdulillah! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dapat ziarah ke sini sebelum huru hara yang berlaku sekarang.

      Delete
  5. alhamdulillah...seronok tengok yong dah berpeluang menziarah bumi anbia! teringin! sangat teringin.

    bila tengok negara orang yang kekurangan..teringat negara sendiri. betapa bersyukur kita hidup kat malaysia ni. theater tu mati2 ingat kan ada kolam..haha...sekali banjir daa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Dik Murni, sempat lagi Yong pegi walaupun dah tahu huru hara mungkin berlaku bila2 masa jer masa tu.

      Negara tu dah la miskin, tambah2 belah selatan, ketara sangat, dah sekarang berperang pulak, hancur jadinye. Syukur kita kat sini aman dan mencukupi daripada semua segi.

      Laman theatre tu longkang dia tersumbat kot....haha

      Delete
  6. Salam Yong ASP,
    Sungguh bertuah Yong dapat melawat ke bumi anbia.

    Manisan baklava tu saya suka sangat :)

    Bilakah negara-negara Islam ini berhenti berperang?

    Bersamalah kita berdoa semoga orang Islam sentiasa bersatu padu. Bercerai berainya orang Islam, maka ia merupkan hiburan kepada si kafir :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Prof

      Alhamdulillah, diberi kesempatan menjejak ke sini.
      Manis la manisan tu Yong, namanyer pun manisan kan, memangler manis kan.....hehe...
      Sedih la Yong bila pikior negara2 Islam ni berperang, harap pun gitu gak, udah2 ler deme ni berperang kan, makin hancur negara dibuatnyer.
      kekadang nak jugak bercerita bab2 politik semasa luar dan dalam, tapi bila pikior balik penulisan tu akan mengganggu sensitiviti sesetengah kumpulan dan fahaman,elok ler cerita bab2 kembara jer la....hehe...

      Salam Maal Hijrah

      Delete
  7. Assalamualikum... ingat kan time tgh ada peperangan dalam negara syria .. pelancong tak boleh masuk...

    bahagian selatan selamat untuk travel ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam

      Masa ni Yong pegi sebulan sebelum perang....keadaan masih terkawal, sekarang ni memang dah hancur dari selatan ke utara....tak de tempat yang selamat untuk masuk...pintu sempadan kena bom gak...

      Delete
  8. Seronok baca travelog cik..tempat-tempat bersejarah yang best untuk dilawati..

    ReplyDelete