Thursday 8 March 2012

Egypt - Cairo - Firaun Dan Piramid Padang Pasirnya

Assalammua'laikum Pembaca Semua
Hari ke-3 aku di bumi Mesir. Hari ni aku punye program nak jadi ahli kajipurba ke padang pasir. Nak habiskan kembara menjejaki piramid2 yang terdapat di Memphis iaitu Saqqara dan Giza.

Piramid di Saqqara

Apa-apa pun kena isi perut dulu. Sarapan aku dalam bilik jer. Terima kasih pada penuntut2 Malaysia di Rumah Melaka yang tolong belikan sarapan kami pagi ni. Walaupun mereka sibuk dengan pengajian dan program mereka sendiri, tetapi tetamu yang tak diundang ni tetap diberi layanan terbaek, mereka amat bersopan, penuh ngan budi bahasa dan membantu kami di mana perlu. Moga Allah jua yang membalas budi baik mereka. Ameen....

Strawberry setiap masa.....sekilo LE 4.00 ( RM2.00 ) jer....murah kan...manis lak tu...
So hari2 mesti ada sebagai pencuci mulut...

Tips...jika kome ni jenis yang lidah pedas, bawak la cili api or sos cili jika mengembara ke Egypt. Kalau tak nanti mati selera kome kat situ jugak, tak leh nak telan, tak de rasa dan perasaan....aku bawak botol besau sos cili berbotol2 ( untuk bekalan tour guide aku ) dan berbungkus2 sos cili KFC dan McD yang aku kumpul. Kawan aku pulak bawak botol besau sos cili Maggi...boleh bertahan sehingga tamat episod kembara kami kat sini. Haha...

Hari ni aku ada dua orang tour guide.  Tour guide yang baru ni lebih berinformasi. haha...kalau tour guide aku tu baca entry ni..jgn marah la ek......bukan apa, hari ni Tour Guide aku ada kelas belah petang jadinye dia boleh ngekor kami belah pagi jer.

Mula2 kami ke Saqqara, di sini terletaknye piramid Zoser dan Museum Imhotep. Siapa Zoser dan Imhotep ni, kome buleh buka buku sejarah...haha..aku tak minat sangat subjek sejarah ni. Di Saqqara ni piramid2 nya kecik2 jer. Kalau kome ikut tour agency mungkin deme tak nak bawaknye kome ke sini, tak ramai pelancong ke sini.
Di hadapan Piramid Zoser, antara Firaun terawal memerintah Mesir Kuno.

Di sepanjang laluan ke piramid Zoser ni, terdapat byk piramid2 yang lebih kecil yang aku tengok dalam padang pasir ni. Dah macam bukit pasir je aku tengok tapi sebenarnya piramid. Macam dalam gambar di atas, di belakang tu ada lagi satu piramid yang kecik. Di hadapan piramid Zoser ni ada rumah ibadat dia.

Rumah Ibadat Mesir Kuno - Dengan 40 Pillars - Korean tu siap berkawat  lagi..Aku terpaksa bagi laluan kat dia.

Aku dihadapan rumah Ibadat Mesir Kuno yang ada 40 Pillars

Gaya macam ahli2 kajipurba  yang sedang khusyuk  menganalisa batu2 daripada piramid yang berusia lebih 5000 tahun yang masih bertahan walaupun hampir runtuh akibat dimamah usia

Aku dihadapan salah satu rumah ibadat Mesir Kuno.
Lepas kitaorang habis pusing2 piramid2 di Saqqara ni , kitaorang masuk jap ke museum Imhotep, biasa la kalau museum kat Egypt ni semuanya pamerkan mumia. Harta karun deme. Macam2 rupe ada. Nasib baik mumia2 ni tak ikut aku balik. Seram aku tengok.  Kalau kome nak lagi seram, pegi museum di Cairo, meremang bulu roma, aku tak sanggup.

Imhotep Museum-Saqqara. Kat sini toilet boleh tahan. Kawasan pelancong, deme jaga la sikit kebersihannya dan pelancong pun tak la ramai sangat ke sini.

Entrance fee untuk Saggara dan Imhotep ni LE 25 - ini harga student, aku dan kawan aku bawa kad matrix dari Malaysia bawak ke sini. So dapat lah potongan harga. Well....we all semenangnya prepared everything earlier. Tukang jaga tiket tu bukannya paham pun apa tertulis atas kad matrix tu, yg penting ada logo dan nama universiti atas kad tu. Aku pikir kalau lah diorang tanye jugak, aku akan jawap je la PHD student dalam bidang kajipurba..wakakaka....maklum la tengok muka dan gaya tak macam  student langsung.....Alhamdulillah, tiket di semua tempat dapat potongan harga....

Selepas tu kami meneruskan perjalanan ke Piramid Giza pulak. Dari Saqqara tadi pun dah nampak sayup je piramid ni. Entrance fee untuk masuk piramid Giza ni LE 25 - Student price. Kad matrix jadi taruhan. Berjaya. Haha...

Piramid Giza ni terkenal dengan 3 buah piramid yang besor2 dan penjaganya si kepala singa. Berkali2 ganda besornye daripada piramid yang kami terjah di Saqqara. Hanya 1 jer yang dibuka kepada pelancong untuk lawatan iaitu Piramid Khufu.

Piramid Giza - Yang ataih kepala sebelah kiri aku tu je yang buka kepada pelancong, piramid khufu namanya, yang paling femes antara tiga yang besor2 tu.


Aku di hadapan Piramid Khufu

Sayup jer mandang ke atas, besor sungguh
Tersengih dapat panjat Piramid Khufu tu

Penat weh....jenuh memanjat, batu tu dah lah besor2

Had ni jer deme bagi panjat, tak leh langkau batang besi tu, kang tak pasal2 kena jerit dan dihalaunye aku...pelancong dah le ramai....

Jadi nyer aku menapak turun la semula

Di piramid khufu ni ada pintu masuk kedalam, aku tak masuk sebab bayarannya mahal sungguh. Pak & Mak Guard tu pulak punye muka bengih semacam. Takut aku nak tegur. Walaupun tak dapat masuk ke dalam piramid khufu tu, kitaorang cari lubang2 kubur yang free jer.
Salah satu lubang2 piramid yang free jer kalau nak masuk. Bukan ada apa pun setakat bilik empat segi atau bersegi2 sikit dengan mural. Tapi deme ni  dahsyat sungguh bina piramid2 tuh.... 

Deme angkut batu2 tu melalui sungai Nil dari Aswan yang terletak di selatan Egypt.

Bongkah2 Batu piramid yang tersadai di sebelah piramid khufu ni.

Dah habis mengelewor kat piramid khufu tu, kitaorang pegi pulak jenguk si kepala singa. Sebenornya dari sini la pintu dan jalan utama di zaman firaun2 ni memerintah untuk ke piramid2 tu dulu. Si singa ni la tukang jaga, kena lalu dia dulu, gamaknye deme bagi salam la kut nak minta lalu...gamak nye ler....

Penjaga Piramid Firaun2 - Sphinx, si kepala singa
Penat weh..jalan kat piramid2 ni, besar sungguh kawasannya. Nasib baik aku tak rasa nak ke tandas. Kalau tak memang kes naye, aku tak tau la  tandas nye kat mana.So kalau kome nak ke sini, pandai2 la pujuk perut kome, budget masa, makan dan minum secukup nye aje.

Dah petang sikit, kami nak kejor pulak Perkampungan Firaun, ia merupakan museum la jugak, macam2 ada kat dalam museum tu yang mengisahkan kehidupan di zaman firaun dulu kala. Tengah jalan kami singgah kat kedai ayor buah. minum segelas ayor mangga dan segelas ayor tebu. Deme panggil ayor tebu tu asob.

Tips-kalau kome ke Egypt rasa lah kedua-dua ayor ni. Kami ni hari2 minum asob sebab murah, 50 nus deme jer ( deme panggil sen tu nus )  dan pior, manis tebu tanpa gula. Lain dari yang ada kat Malaysia ni. Ayor mangga pulak jarang kami dapat minum di semua tempat sebab tak musim dia. 

Perkampungan Firaun
Kami masuk ke perkampungan firaun dah petang sesangat, perlukan beberapa jam kat dalam tu. Kat sini ada disediakan surau. Tandas pun boleh tahan la tahap kebersihannya. So sempat la jamak zohor ngan asar. Keluar jer dah gelap.


Sempat lagi tu bergambar dengan pakaian cleopatra, jadi la aku cleopatra melayu terakhir....

Dah beberapa jam kat dalam tu, tak sedar pun masa berlalu, lama sungguh kami mengembara ke zaman firaun...sebelum keluar dapat la sijil.......



Hari pun dah gelap gulita, perut pun dah berkeriok minta di isi, kami balik ke Cairo, makan malam di restoran hadramout dan balik ke Rumah Melaka...terus pengsan kepenatan....... 


11 comments:

  1. Subhanallah, saya ni sampai sekarang masih kagum lagi dengan cara depa bina piramid2 ni semua. Masa tu bukannya ada lori ka kontena ka kren ka hapa dok mengangkut batu2 tu semua. Pakai tenaga manusia saja, dahsyat tuh..Seronok tengok gambar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Dinas, tenaga manusia jadi taruhan. Simple technology with great achievement. Kat perkampungan firaun yang cheq pi tu ada dia tunjuk kemungkinan cara2 yg depa guna untuk mengangkut bongkah2 batu tu. tapi itu pun hanya kemungkinan, technology sebenar yg depa guna masih tak dapat dipastikan.

      Delete
  2. Salam Yong,
    Ok, ok ada gaya Phd student!
    Memang akak selalu kagum dgn kepakaran org jaman dulu yg tidak ada kemudahan teknologi tinggi tp dpt bina bangunanan yg tahan sampai skrang. Bape ribu org yg jadi mangsa utk membian tugu2 ni gamoknya.

    ReplyDelete
  3. W'salam Yong
    Haha...ada gaye ye keme ni. Gaye jer la...Kalau keme ambik Phd ni mau pecah otak keme...
    Memang kagum Yong. Dengor cite deme guna ayor untuk potong batu2 tu jadi bongkah bawak ke sini. Kajian terbaru ahli kajipurba kata deme ada sistem buruh yang canggih pada zaman deme. Maknanye deme tu dah advance. Piramid yang keme panjat tu makan masa 20 tahun nak siap dengan kekuatan buruh seramai antara 20,000 - 100,000. Macam2 pandangan yang deme bagi. Tak tau la mana yang betol.

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah....best kan ke Mesir??? Kita dah sampai kat sane sambil melawat anak kat Al Azhar......

    Berjumpa lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Hjh Nafisah

      Terima kasih atas ziarah hjh ke blog keme. Memang best sebab buat aturcara sendiri, tukar plan ikut suka2 hati jer, tak terikat. Makan senang dan ayor tebu banyak dimana2 saje......hahaha

      Delete
  5. Salam Ramadhan

    Menarik nyer...tambah2 lagik melihat peninggalan zaman doloooo kala yg masih baik terjaga! Harap one day, kite buleh jejak ke sini gak..nak tengok piramid dari dekat!

    ReplyDelete
  6. Salam Syawal Zie dan salam kenei

    InsyaAllah, moga dipermudahkan impian miker nak ke sana

    ReplyDelete
  7. salam,terima kasih dengan info berkenaan CAIRO, sy amat berminta untuk ke sana, apa pandapat saudari jika ke sana secara solo?kalau boleh share minta email kpd saya di ; adiputra5115@yahoo.com .TQ

    ReplyDelete
  8. Wsalam adiputra
    nanti akak jawab via email

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...

    memang best blog akak ni...
    terbaaaaikkkk 5 bintang...

    kalau ada travelog Egypt, boleh share?
    chechot11@gmail.com


    Tq Kak

    ReplyDelete