Saturday 22 August 2015

Trip Bersama Aku Seorang Pengembara ke Taman Negara, Kuala Tahan Pahang Pada 1-2 August 2015 - Episod 2

Assalamua'laikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca.

Semenjak keme dilahirkan ke bumi Malaya dan menjalani kehidupan di sini, ni la kali pertama keme merasa tukaran USD 1.00 bersamaan dengan RM 4.00. Tepuk tangan kome, tepuk tangan. Elok la kata seorang menteri tu, nanti ramai pelancong masuk katanye. nak muntah keme bace statement dia tu. Suker tak kome dengor. Angin tak satu badan ? Apa la nak jadi dengan mase depan Malaya ni. Sedikit demi sedikit aset negara jatuh ke tangan orang luor. Ade sapa kisah? Luahan kesebakan sebagai rakyat marhain yang sangat2 terkilan dengan situasi semasa. Andai keme diberikan peluang membuat pilihan di zaman mana keme nak hidup dimuka bumi ni, keme akan minta Allah hantor keme ke zaman Andalusia ketika mereka berada dikemuncak ketamadunan ilmu dunia. Apa daa keme merapu ni kan. haha...Stress dengan kejatuhan nilai ringgit ni sebab sedikit sebanyak mengganggu gugat ketenteraman poket, jantung dan otak keme nak mengembara...

Bukit Terisek di Taman Negara, Tempat yang paling strategik melihat terus ke Gunung Tahan.

Kami melepak di restoran terapung sehingga senja tapi tak de blue hour la kan kat sungai tembeling ni. Senja yang damai tetiba dipecahkan oleh deruan suara enjin bot melintasi sungai. Nun di satu lagi restoran terapung, sekumpulan pelancong sedang menikmati buffet makan malam. Kami lalu ajer sebelah deme sambil membawa diri dengan pakaian yang basah di badan menuju chalet di atas bukit. Kepuasan bermain air, menikmati keindahan hutan dan keseronokan naik bot masih belum berakhir. Ade lagi aktiviti yang harus di tempuh malam ni dan esok pagi. 

Sampai chalet, ade la masa sejam untuk bersiap meneruskan aktiviti malam. Pukul 8.30 pm keme dan rakan2 berkumpul semula di jeti. Aktiviti malam ni adalah berjalan malam di Taman Negara. Tengok binatang2 liar yang ade serta serangga-serangga yang aktif di waktu malam. 

Untuk aktiviti malam di Taman Negara, Keperluan barang-barang yang dibawa ialah:
1. Lampu picit [wajibul-bawa], kalau takde ni, kome jalan la dalam kepekatan malam di hutan.
2. Ayor mineral [haus jalan lama2]
3. Tongkat sakti [kalau kome jenis lutut begetor]
4. Baju hujan [kalau tetiba hujan mencurah dari langit ketujuh]
5. Kamera/hp [rakam ape kome buat]  

Menunggu bot ke seberang sana di mana terletaknya Taman Negara

Naik bot yang tak sampai 2 minit tu ke jeti Taman Negara. Di sini hanya satu resort sahaja yang dibenarkan beroperasi iaitu Mutiara Resort. Kalau kome jenis yang duit berkepok dalam peti tu boleh la menginap di resort ni. Keme ni cukup la menginap kat chalet jer. Kene akur dengan ketipisan poket sendiri.  Hehe...  

Tour Guide memberi penerangan sebelum memulakan aktiviti malam di Taman Negara

Baru jer kami nak memulakan aktiviti malam tu, kami dah jumpa tapir liar sedang enak tidor. Kekenyangan agaknye. Selambe jer dia tidor di dalam kawasan resort ni. Ini la kali pertama keme jumpa tapir depan mata. Besor rupanya tapir ni. Sebesor lembu la jugak. Apa lagi, kami ambik kesempatan la bergambor dengan dia sementara dia masih diulit mimpi. Bila semua dah bergambor dengan dia, elok pulak dia bangun dan terus menyelongkar kawasan sekeliling mencari makanan. Tapir ni cedera sikit kat kaki dia, mungkin baru lepas bergaduh agaknye. 

Si Tapir yang bernama Tahan, tetiba dia dapat nama seruan.. 

Tahan bangun terus cari makanan.

Sedang leka bermain dengan Si Tahan, tour guide memanggil kami untuk meneruskan perjalanan di dalam hutan. Sepanjang perjalanan, keadaaan sunyi sepi dan gelap gelita. Hanya lampu resort ni jer yang sedikit sebanyak memberi cahaya kepada alam sekitar. Jejak jer platform Taman Negara, sekelilingnya gelap. Macam berjalan ke titik yang tiade berpenghujung meredah kegelapan malam. Tak dapat jangka di mana akan berakhir. 

Yang bagusnya di Taman Negara ni, laluan semua ade platform. Tak perlu pijak tanah. Tak kotor la kasut dengan selut kalau ditakdirkan tetiba hujan mencurah dari langit ketiga kan. Apa yang dicari di malam2 buta ni kat Taman Negara? Ni nak bagitau kome. Kebanyakan binatang2 liar, serangga2, tumbuh-tumbuhan dan apa jua makhluk yang bermastautin di dalam hutan kecuali manusia, amat aktif di waktu malam.  Jadi kalau nak tengok deme memunculkan diri, silalah ke Taman Negara secara berkumpulan. Jangan pergi sorang2...Hahahahaha

Labah2 gergasi...Apa nama ntah, keme tak ingat. Memang besor giler

Lagi satu berkaitan dengan tour guide. Tour guide memainkan peranan yang amat penting dalam ekspedisi ke Taman Negara. Tour Guide mesti lah seorang yang berilmu pengetahuan tentang ilmu dihutan dan tentang hutan itu sendiri, spesis2 binatang, unggas2 dan tumbuh-tumbuhan. Dengan ilmu yang dikongsikan dengan pelancong macam kami ni, ekspedisi ke Tamana Negara menjadi sangat menarik dan berpengetahuan. Sekurang-kurangnya, kita dapat menimba ilmu tentang apa yang ade di dalam hutan di negara kita ni. Memang seronok. Saya selaku penganjur ingin mewar-warkan kepada semua pencinta alam sekitar agar dapat membawa anak2 yang bersekolah rendah dan menengah ke Taman Negara untuk mendedahkan mereka kepada hutan negara kerana ianya ilmu yang boleh didapati dengan melihat sendiri secara fizikal disamping mendapat informasi secara terus daripada seorang tour guide yang berpengalaman. 

Dalam hutan pun keadaan penuh dengan manusia di atas platform membuatkan jalan tersebut menjadi jammed...

Cendawan liar beracun yang tumbuh subur aktif di waktu malam


Cendawan beracun bertukar ke warna jingga.

Ulat ni seperti ranting kayu, kalau dia tergantung kat ranting, ia boleh mengaburi penglihatan kita. Kita ingatkan ranting, rupanya serangga. 

Banyak spesis tumbuh-tumbuhan dan serangga yang kami jumpa dan diberi penerangan oleh tour guide. Jumpa jugak dengan mata si Kancil, nasib baik kancil jer...bersinar gitew..kalau mata Si Belang macamana kan! Seterusnya kami sampai ke sebuah observation tower di dalam Taman Negara yang dipanggil Bumbun. Ade beberapa bumbun yang disediakan oleh pihak Taman Negara, yang jauh dan dekat. Kalau nak pergi yang jauh tu kene bermalam di sana. Yang kami pergi ni adalah yang paling dekat dengan perjalanan sejauh 800m lebih kurang sahaja. Bumbun disediakan untuk melihat haiwan2 liar yang mungkin boleh ditemui di kawasan Taman Negara seperti harimau. Nasib tidak menyebelahi kami pada malam tersebut. Tiada kelibat pak belang lalu dikawasan tersebut. 

Dalam perjalanan pulang, langit mula memberi signal, titisan hujan mula membasahi kami sedikit demi sedikit. Kami kene jalan laju sikit dan langkah panjang2. Kang ade yang demam pulak kene hujan malam. Sambil tu kami hayati kecantikan struktur binaan di Mutiara Resort Taman Negara ni. Untuk masuk ke kawasan Taman Negara, kome kene lalu Mutiara Resort ni, ni je laluan yang disediakan. Deme dah sain MOU dengan Taman Negara. 


Spesis keladi gergasi di Mutiara Resort, Taman Negara

Chalet separa mewah di Mutiara Resort 

Jeti di Kuala Tahan dan restoran terapong. Gambar di ambil dari kawasan Mutiara Resort,
Taman Negara.

Dalam pejalanan balik semula ke jeti, keme cari semula Si Tahan tapi dah tak jumpa. Tak tau la ke mana dia membawa diri mencari tempat berteduh. Pukul 10.30 lebih kurang kami menaiki semula bot ke seberang. Perkhidmatan bot berakhir sebelum 11.00 malam. Kalau lambat kome tidor la kat tepi sungai ni bersama si Tahan. Awan di langit pertama dah tak mampu menampung air yang dikendongnya. Kejap lagi nak dicurahkan ke bumi. Kami bergegas memanjat bukit untuk sampai di Chalet sebelum kami basah lagi untuk kali kedua hari ni. Tak lama setelah kami sampai di Chalet, hujan turun mencurah2. Ingat nak berdondang sayang dengan rakan2 sambil mengunyah bekalan yang dibawa. Tapi bila hujan lebat macam tu, lebih baik tarik selimut dan pejamkan aje mata sampai ke subuh.

Hari kedua

Hari kedua di Taman Negara dimulai dengan bersarapan di simpang depan sekolah yang mempunyai banyak gerai2.Pagi tu hanya gerai yang menjual roti canai dan seorang peniaga yang menjual nasi lemak dan juga nasi berlauk. Kami ke sana dengan berjalan kaki dari Chalet pukul 7.30 pagi. Sekejap jer sampai.  Ramai pelancong bertumpu di sini kerana peniaga ni sahaja yang beroperasi pagi hari ni. Kami bernasib baik kerana sampai awal dan masih ade tempat duduk di gerai tersebut.


Berjalan menuju gerai untuk bersarapan

Nak sarapan apa pagi ni? Nasi lemak ade, nasi berlauk pun ade, boleh pilih mana berkenan. Patin tempoyak takde lagi pepagi ni ye...

Kite bergambor dulu setelah bersarapan sebelum berjalan menuju jeti

Sebelum 8.30 am kami semua dah sampai ke jeti semula untuk meneruskan aktiviti di hari kedua dan terakhir di Taman Negara. 

Aktiviti yang akan dijalankan pada hari ni ialah mendaki Bukit Terisek dan berjalan di atas jambatan gantung [canopy walk]. Bukit Terisek adalah tempat dimana pendaki dapat melihat Gunung Tahan dengan jelas [bergantung kepada keadaan cuaca pada ketika itu]. Pastikan lutut adalah ditahap maksima. Sekitar lagi 800 mtr untuk sampai di Bukit Terisek ni, keadaaan platform adalah sedikit menegak. Sememangnye mencabar kekuatan fizikal lutut.

Tangga turun ke Jeti

Air sungai yang kembali tenang selepas mengganas hampir setahun yang lalu di Kuala Tahan

Suasana pagi yang masih berkabus, udara segar, ketenangan yang dirasai boleh mengendurkan tekanan urat saraf otak kome.

Keadaan jeti di Kuala Tahan.

Errrrrr.....dekat ker jauh ni nak jalan dalam hutan ????

Kami naik bot dari jeti Kuala Tahan ke jeti Taman Negara lebih kurang pukul 8.30 pagi. Maka bermulalah aktiviti mengukur kekuatan lutut dan kaki di hutan. Semua laluan yang ade didalam Taman Negara telah dibuat platform[wooden walkway]. Ini akan memudahkan pengunjung berjalan di hutan tanpa pijak tanah dan sesat. Di simpang2 walkway ni juga disediakan papan tanda arah. Ia memudahkan pengunjung nak menuju ke sesuatu kawasan. Kalau kome sesatpun, balik jer semula ke pangkal jalan. Cuma kene berjalan jauh jer la. 

Wooden walkway di dalam hutan Taman Negara

Bawa la walking stick kalau rase nak bergetor lutut tu..!

Laluan ber platform ni disediakan dari pelbagai arah menuju ke pelbagai tempat di dalam Taman Negara yang luas ni. Kome boleh ikut laluan yang berlainan megikut kehendak masing2. Namun kebanyakan pengunjung akan menuju beberapa tempat seperti kami iaitu :
1.Bukit Terisek
2. Canopy walkway

Sepanjang laluan dari Mutiara Resort masuk ke hutan Taman Negara, tour guide kami yang berinformasi ni akan menerangkan spesis2 hutan dan serangga yang terdapat dan dijumpai di sepanjang laluan, Binatang memang payah la nak jumpa siang2 ni. Tak kan muncul nye. Walau berjalan jauh tapi tak terasa penatnya memandangkan kami banyak bertumpu kepada maklumat yang diberi disamping menghayati khazanah hutan yang terdapat di sini.

Pokok yang menjadi alat komunikasi bagi orang asli nomad atau sesiapa yang sesat di hutan. Ketukan yang dibuat boleh didengari berkilometer jauhnya. Amazing kan!! Tapi kene ada ilmu pengetahuan tentang hutan rimba ler.....

Sebagai seorang pengembara, menjadi lumrah untuk keme merakam aktiviti yang dilakukan untuk dijadikan kenangan di masa depan. 

Laluan bertangga, naik dan naik...kejap2 berhenti ambik napaih dulu.

Semakin jauh berjalan ke dalam hutan, semakin perlahan momentum akibat terlalu banyak mendaki dan mengira tangga2 platform. Teringat ketika keme di Bai Shu Ta, Shangri La China ketika mendaki bukit untuk ke takungan2 air bertingkat, bukit nye juga curam tapi mendaki tanah bukit lebih senang daripada mendaki anak2 tangga. Bebanan pada lutut amat terasa bila memijak tangga2 ni satu persatu. 


Masih mampu mengira anak2 tangga

Tour guide ni matanya amat tajam memerhati spesis2 burung yang terdapat dihujung dahan yang tinggi. Bunyi siulan unggas2 dirimba memecah kesunyian. 

Begini la keadaan anak2 tangga yang ade di dalam Taman Negara. semakin jauh perjalanan, semakin curam tangganya.

Sampai di persimpangan antara laluan menuju ke Bukit Terisek dan Canopy walk, terdapat beberapa orang pelancong yang berehat dikerusi yang disediakan di situ. Ade yang sedang melenakan diri jugak. Kepenatan agaknye. Dua orang dari kumpulan keme tak mampu dah nak mendaki tangga2 seterusnya. Mereka join lepak dengan pelacong2 lain. Kami pulak masih mampu meneruskan cabaran mendaki tangga2 yang semakin curam. Ade 1000 mtr lagi untuk sampai ke puncak. 

Berehat sebentar bersama kit kat...haha...rehat terus kat situ tak bergerak2.

Sampai pulak kat satu perhentian setelah mendaki dalam 200 mtr, jumpa kerusi, keme pun terus tuju ke situ dan berehat. Sorang lagi kawan join keme lepak kat situ. Akhirnya keme mengalah pada kelemahan lutut. Yang lain masih meneruskan pendakian sehingga ke puncak bukit. Keme dengan kawan sorang lagi turun semula ke simpang jalan join kawan yang tadi. Kami pun lepak kat situ sementara menunggu tour guide dan rakan2 yang lain turun dari bukit. 




Terima kasih sahabat...Tolong glamer kan blog keme ni..Muekekekekekeke. Sementara menunggu kengkawan yang lain turun dari bukit Terisek, kami bergediks jer kat simpang ni sambil kira manusia yang lalu lalang.

Lihat lah muka2 yang gembira dengan senyum bangga dapat menjejaki puncak Bukit Terisek dengan jayanya. Berbaloi pendakian mereka. 

"Keme dah sampai, kome bila lagi"...katanye


"lama tau keme nak dapat duduk kat batu keramat ni"...hehe

"Gunung Tahan depan mater keme"...kate nye

"Keme bukan nak tengok Gunung Tahan, tapi nak bergambor dengan akor melengkor ni jer".....


Deme kate misi seterusnya adalah menjejaki Gunung Tahan..ni ambik semangat gunung jer dulu...

Sedikit sesak dengan pendaki di atas puncak Bukit Terisek 

Setelah semua turun dan kami berkumpul semula di simpang jalan, kami teruskan perjalanan balik melalui laluan di canopy walk. Malang nasib kami hari tu. Canopy walk tak dapat kami gunakan kerana terdapat pokok tumbang di atas jembatan gantung dan memakan masa seharian untuk pihak Taman Negara mengalihkan serta membaiki jambatan gantung tersebut. Mungkin pokok tu tumbang malam tadi akibat hujan lebat.

Canopy walk yang hanya mampu dilihat dari lantai Taman Negara


Sampai di Chalet, masing2 bersiap sedia untuk check out. Keme pergi jumpa pihak pengurusan Chalet untuk minta check out lewat sikit sebab kami balik dari Taman Negara pun dah lewat. Alhamdulillah tiada masalah bagi deme dan kami pun boleh la bersolat dan bersiap dengan aman tenteram. Dalam pukul 2.00 pm, kami pun meninggalkan Chalet menuju restoran untuk menjamah makanan tengahari dengan menu istimewa yang ditempah sebelum kami memandu pulang semula ke Kuala Lumpur.


Menu makan tengahari istimewa kami di sebuah restoran di Kuala Tahan.


Gulai Asam Rong - Kome tau apa itu asam rong? Istimewa hanya di Kuala Tahan. Sedap....

Ni lagi satu...ulam kami...cer kome teka apa dia...seumur hidup keme ni la pertama kali tengok dan rase.


Restoran di Kuala Tahan. Hanya kami ajer pelanggan yang datang sebab dah lewat. Nasib baik menu dah tempah awal2. Kemudian ade ikan patin salai baru sampai..Apa lagi, memborong deme kat situ untuk ole-ole bawa balik rumah masing2.


Lengkaplah percutian 2H1M trip bersama Aku Seorang Pengembara ke Taman Negara, Pahang. Kalau ade kesempatan di lain masa, akan keme usahakan trip seterusnya ke lokasi2 terpilih dalam dan luar negara untuk percutian mengkome yang berminat untuk turut serta. In Shaa Allah

Terima kasih membaca
Sekian
Wassalam

8 comments:

  1. wamboii yong da macam tok batin kawasan gamaknya
    sompuut napaiih teman klau jalan memalam bute ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha.... ade gaya jadi tok batin.

      Bawa ubat somput tu untuk jalan memalam ye....hehe

      Delete
  2. Huntungla lutut kome masih kuat... kalau kita memang tak dapek la... kan Nekcik...

    ReplyDelete
  3. Cikna yg duk Pahang pun xprnh lps g kat sana, ritu pun nmpk signboard je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biase nye macam tu la kan. Orang jauh akan sampai dulu

      Delete
  4. Salam kenal :), belum pernah sampai lagi ke taman negara.walaupun dah 20x merancang....sob sob...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kembali.
      Terima kasih menjengah ke blog ni.
      Kene ensure rancangan kali ke -21 tu menjadi kenyataan...

      Delete