Monday 15 June 2015

Malaysia - Penang - Episod 3 - Misi Mencari Mural di Lebuh Chulia

Assalamua'laikum w.b.t kepada semua pembaca muslim dan salam sejahtera kepada pembaca yang belum muslim. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat serba serbi.

Kesihatan adalah nikmat. Jaga lah kesihatan kome. Banyak penyakit bermula dari apa yang kita makan. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Basuh setiap darinya dengan sempurna kerana kebanyakan sayur2an dan buah2an disembur dengan bahan kimia. Bersenamlah. Mulakan dengan yang paling mudah iaitu berjalan sebanyak 8000-10000 langkah sehari. Sayangi jantung kita. Pijaklah tanah tanpa alas kaki disamping mendapatkan pancaran matahari pagi sebaiknya sebelum pukul 10.00 pagi. Elok untuk mengalirkan bahan2 unsur logam yang terdapat di dalam badan terus ke bumi. Minum lah air lemon setiap hari kerana buahan citrus ini amat baik untuk mengeluarkan toxin dari tubuh kita. Begitulah nasihat yang selalu diberitahu oleh Dr. Yasmeen Hj Mohamed, Pakar Holistik dan nutrisi, formulator dan ranger kesihatan. Sungguh banyak nasihat dan ilmu kesihatan yang diberikannya sehinggakan keme tak mampu nak ikuti kesemuanya walau diberikan secara percuma !!. Alhamdulillah. 

Misi mencari Mural di Lebuh Chulia dan lebuh2 sekitarnye

Setelah habis menyelongkar kawasan sekolah dan asrama di hari yang panas melekit tu, kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu ke Lebuh Chulia. Hari pun dah petang dan kami dengan pantas memandu ke sana. Jalan pulak jem. Argghh... tekanan melanda diri. Takut tak sempat sampai sebelum matahari berlabuh. 

Masjid Negeri Pulau Pinang, berada di jalan utama sebelum menuju lorong ke sekolah.

Komtar dan Gama, dua dua menjadi tumpuan keme dulukala. Antara dua bangunan ni, di sebuah lorong terdapat restoran kassim nasi kandar banjir....selalu la jadi tumpuan....mmm....dap....lupa nak ambik gambor restoran tu...kenangan ooo.....

Jalan jem ya amat, sejam kot dari sekolah nak menyampaikannya ke Lebuh Chulia tu. sepatutnya dalam 20 minit jer boleh sampai. Tapi tu la, bila dah sangkut kat pusat bandaraya ni, sabor jer la. Kenang kan aje la nostalgia budak sekolah dulukala. Kat komtar tu jugak le keme pernah hilang beg duit. Keme tak sedor, beg kene selongkar sebab orang ramai dihujung minggu. Sampai hati deme curi beg duit dari seorang budak sekolah yang pakai pakaian sekolah!. Desperado sungguh!

Sampai Lebuh Chulia dan hampir pukul 6.00 pm. Lepak kerete berhampiran Trick Art Museum. Tengok orang masih beratur panjang. Kami pun turut beratur. Konon2 nak beli tiket. Tengah beratur tu keme perasan semua orang pegang tiket masing2. Aik!. Mana pulak deme dapat tiket ni, tak boleh jadi. Keme masuk ke dalam terus tanye kaunter. Ghupernye deme beratur untuk masuk ke dalam. Orang ramai kan. Keme pun beli ler tiket berharga 15.00 hengget sorang.

Beratur panjang nak masuk ke dalam Trick Art Museum ni. Kami pulak kat belakang sekali..

Tenagh beratur tu hati keme tak senang, sebab tak tahu pukul berapa dapat masuk dan yang pastinye keme tak solat lagi!!!... Kabor kat deme yang kami nak solat dulu. Tanye balik ke kaunter pukul berapa tutup, katanye 6.40 pm pintu tutup..gulp!! Memang tak sempat la kan. Kami bincang balik, Buat timbang tara tang tu jugak. Akhirnya kami jual tiket tu semula kat orang yang baru sampai. Senang jer nak jual asal rajin bertanye..kehkehkeh....Kami pusing balik stereng ke masjid terdekat

Masjid Kapitan Keling

Alhamdulillah, sempat sampai Masjid Kapitan Keling dan teruskan solat jamak kat situ. Tu la kan, masa kat masjid negeri tadi tak mau solat awal2, ingatkan sempat segala. Kan dah kalut. Ade pengajaran disitu. Allah berikan peringatan!! Jangan buat lagi. Sebelah pintu masuk Masjid Kapitan Keling ni ade restoran nasi kandar femes, walau dah buka waktu senja ni tapi nasi kandarnya yang sedap tu hanye bermula pukul 10.00 malam !!!..Memang tak kuase ler keme nak nunggunye. Deme kate kene beratur panjang..Oh tidak !!! 

Lepas solat baru datang ketenangan dalam diri dan senang hati nak teruskan jalan2 di Lebuh Chulia ni. Keme dah minta peta kat museum tadi dan dari situ kami mulai mencari dinding2 yang dilukis dengan berbagai lukisan di sepanjang kawasan ni.

Dah solat tadi kan...Jom kita cari mural...

Yang pertama!

Bagus la sapa punye idea buat lukisan2 di dinding ni. Tapi macam tak berapa terjaga. Keme rase kalau betul2 nak buat warisan di kawasan ni, perkara paling penting ialah bangunan2 yang ade tu patutnya dicat kesemuanya dengan warna2 yang menarik untuk mencantikkan kawasan sekitar. Mana2 cat yang dah luntur dan dinding2 yang dah rosak tu perbaiki la semula kan. Harapnya pihak berwajib buatlah sedikit pembaikan.

Ramai pelancong yang menaiki basikal menjelajah kawasan ni. Banyak kedai2 basikal yang menyewakan basikal khas untuk pelancong. Kalau keme datang awal tadi mau jer keme naik basikal. Nak jalan kaki cari dinding2 berlukis ni memang agak makan masa sebab ia terletak berselerakan di dalam kawasan yang luas.

Meh tengok antara dinding2 yang sempat kami jumpa dari siang sampai la ke malam.

Yang kedua


Yang ketiga


Yang ke-empat

Habis dinding yang ke-empat tu, senja pun berlabuh. Sahabat yang dok Bayan Baru terpaksa mengalah dek kekangan masa. Ade aktiviti lain yang perlu dihadiri. Kami berpisah di sini dengan beliau. Kami meneruskan pencarian. Keme tak puas hati selagi tak pergi selongkar yang lain2. Tiga daipada kami dah pancit berjalan. Deme kata tunggu kat Masjid Kapitan Keling jer. Tinggal keme dengan kawan yang sorang lagi jer. Kami teruskan berjalan berpandukan peta yang diberi. Mencari dan terus mencari. 

Sambil jalan2 tu terjumpa orang ramai mengerumuni sebuah gerai. Siap beratur tu. Keme jenguk ler.


Keme perati jer. Dia jual macam air kelapa campur aiskrim dan letak dalam tempurung kelapa muda. Gitu ler yang keme nampak.

Nampak tu, punye ler ramai umat yang makan. Sedap ler gamaknye tu. Tapi kenapa ntah keme macam tak teringin nak cuba..

Sempat skodeng bendealah ni

Malam2 pun ade lagi pelancong2 yang masih menganyuh basikal. Nampaknye tempat ni selamat daripada unsur2 pengkhianatan sejagat.. Pelancong bebas ke sana sini walaupun ade beberapa bahagian nampak macam sunyi dan suram sikit keadaannya. 

Sedih keme tengok keadaaan dinding dan lukisan Bruce Lee ni. Simen yang dah tertanggal serta lukisan yang dah luntur warnanya. Kawasan tak terjaga dan tiada baikpulih yang dilakukan oleh pihak berkenaan. Masa ni dah hampir gelap, Mural ni terletak di sebuah lorong dan kawasannye sedikit terlindung dan sunyi. 

Bertemankan lampu jalan, keme masih dapat jumpa lagi satu mural 


Nak kayuh pi mana ni!!!

Keletihan mencari.....

Penat memusing, kami berdua teringat balik kengkawan yang dok menunggu di kawasan masjid. Udahlah tu, keme kata kat Kirah. Jom la balik, Lapor..haha...tu jer yang ingat. Kami jumpa semula kat kawasan park kereta. Salah sorang kawan tanye kami pergi arah mana. Tak jumpa katanye, ingatkan dok dalam masjid lagi bersolat, kami pun gelak jer, kabor yang kami tak puas hati kalau tak jumpa apa yang kami nak cari. Kami tunjuk gambor. Member sudah naik angin, hidung pun dah kembang kempis tahan geram..hehe...kenapa tak bagitau dia yang kami masih mencari lukisan dinding. Keme kata ingatkan hang tak minat..haha...Kawan pun kata, keme kene bawak balik ke kawasan tu tak kira apa jadi.. boleh !!!!

Keme pun kesian punya pasal, pusing stereng ke dalam kawasan tu semula. Terserempak la pulak dengan kaum India tengah buat aktiviti perayaan deme. Ah sudah, sangkut la pulak, Nasib baik boleh elak2 ikut jalan tepi lorong. Kalau silap masuk jalan lagi memang masak la kat situ tunggu diorang pecahkan kelapa atau membawa berhala masing2.

Akhirnye...dapat juga kawan ni bergambor demi keriangan berganda katanya. Kalau tak, aku paksa laki aku drive ke Penang semula...katanye..huh.. dasat!!! Gaya gengster zaman sekolah nye masih utuh !!

Gaya seorang gengster dapat mural..muekekekeke...
Ade sesetengah lukisan ni diberi lampu jalan khas yang menyuluh ke arah lukisan untuk memudahkan pelancong bergambar di waktu malam. Jadi lorong di kawasan tu tak la gelap. 

Nasib baik keme nak pusing kan stereng semula demi dia!!...haha

Malam tu kami terus menuju Balik Pulau ikut Bayan Baru. Singgah di mana ntah, tapi rasenye area Bayan Baru tu jugak, pemandu pelancong bawakkan ke restoran Pak Hussin Tomyam untuk makan malam. Bila badan dan kaki penat, perut otomatik jadi lapor...Makan memang laju giler, sekejap jer licin semua nasi dan lauk pauk tu. Bagus jugak restoran ni, tak la melangut menunggu lama2 walau pelanggannye ramai. Masa bayor kat kaunter sempat la keme jenguk ke arah dapor deme. Memang ramai tukang masak dan pembantu masing2. Rase lauk pauk pun sedap. Tak mengecewakan tekak yang menggeletor ni.

 Menu makan malam kami di hari kedua di Pulau Pinang.Licin semua pinggan makan untuk 5 orang. Memang kebulor semua.

Femes restoran ni. Malam tu restoran penuh..Harga termasuk GST katanye..

 Sempat lagi bergossip !!! sebelum melicinkan lauk pauk yang ade tu.

Sampai Rosa'ah Guesthouse pun dah nak hampir tengah malam jugak!!... Tiap kali lalu kat jalan baru ke Balik Pulau tu mesti malamnye.  Tak sempat lagi nak tengok jalan tu siang hari. Malam ni pun kene tidor awal, esok punye program kene keluor pepagi bute, deme pulak berborak ntah sampai pukul berapa keme pun tak tau sebab letak jer kepala ke bantal, keme lebuh...

Sekian, episod kali ni. Bertemu di lain siaran

Wassalam

16 comments:

  1. Kecik bebenor trick art museumnya...macam mana nak beraksi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke ? dah masuk ke ?
      Kami tak jadi masuk dalam tu. Masa tak mengizinkan

      Delete
  2. Takpe yong lepaih ni miker gambo puas puas kat trickeye kampong teman nuun...nak golek ke nak guling pon boleh

    ReplyDelete
  3. Tadi tengok blog D, mural kat Ipoh, yg ni di Penang..he..he.. dekat2 ke antara satu sama lain..? ada berapa semua..? tngk kat gambar ada 11.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata dekat pun tak jugak, nak kata jauh pun tak jugak...sedang2 saja jaraknye... ade jauh dan ade dekat..kene selongkar ikut map yang diberi.

      Errrr...keme tak kira la pulak ade berapa semua..hehe

      Delete
  4. Posing posing yang di lakukan sangat kreatif, hampir tidak mengenal pasti sama ada itu hanya sebuah lukisan. Selalu tengok orang post, sendiri tak pernah lagi jejak ke sini. Selamat berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mural tu tak luntur mesti nampak lagi real...
      Selamat berpuase to you too.

      Delete
  5. Akak belum sampai sini lagi

    ReplyDelete
  6. behnya g jalan2..sila lah datang ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenjalan memang best. Sapa tak suke jenjalan hilang nikmat dunia...hehe...
      In Shaa Allah, akan buat lawatan ke blog tu.

      Delete
  7. Seronok jenjalan area Penang ni...tp tk syoknya tang jammm tu...

    Assalamualaikum dan salam perkenalan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Terima kasih menjengah ke blog ni.
      Biase la kalau pegi masa public holiday ni jam merata2.

      Delete
  8. Assalammualaikum...bestnya ....betul2 seorang pengembara ni...byk btol tmpt dah pergi...
    salam perkenalan sista.... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam
      Seorang pengembara tapi tak banyak tempat yang dah pergi. Pengembara lain byk dah deme jelajah tapi deme tak kecoh dalam blog macam Yong ni..hahahaha....

      Terima kasih berkunjung ke blog ni dan salam perkenalan.

      Delete