Tuesday, 1 May 2012

Egypt - Cairo - Teksi Cabuk dan Asobnye

Assalamua'laikum Pembaca Semua

Aku menuju Masjid Mohamad Ali di Cairo.

Hari ke - 12 aku di bumi Egypt yang merupakan hari terakhir aku di sini. Pepagi bute kitaorang dah keluar nak abihkan siri kembaraku di sini. Kitaorang bersarapan di sebuah restoran yang cantik sikit ( ala-ala fast food restaurant ), dengan spagetti dan kebab2.

Lepas sarapan, kitaorang terus ambik teksi cabuk ( aku la yang kata ) ke Masjid Mohamad Ali sebab tour guide aku tak tau naik bas nak ke sana.


Ni la rupe teksi kat Egypt, yang aku tembak ni boleh dikatakan elok la jugak, tapi yang kitaorang naik tu...huhu....sabor je la....meruntun jiwa dan rage...haha

Bila aku tengok kali ke-2 masa aku ke Egypt awal bulan April hari tu, banyak dah perubahannye. Dengan airport baru, maka teksi pun dah banyak guna Hyundai, tapi teksi model lama ni masih bertahan, sebab tahan lasak kete ni.


Ini rupe teksi yang di mekapkan, cantik, gambar ni aku tembak kat airport masa aku pegi baru2 ni. Aku tak naik teksi ni, tapi van kat depan teksi tu...sebab kitaorang ramai...Antik teksi ni bagi aku...


Aku dihadapan Masjid Mohamad Ali Pasha

Teksi cabuk yang kitaorang naik tu turunkan kitaorang kat tepi jalan jer, maka kena la menapak memanjat bukit menuju Masjid ni. Masjid ni jugak ada kubu di sekelilingnya. Sekarang semua dah jadi museum termasuk la masjid tu.

Sebelum sampai masjid, jumpa tempat ni dulu, tapi kitaorang tak masuk pun- Tour guide aku dan kawan aku-Police National Museum

Rupa bentuk dalaman masjid, cantik sangat senibinanya, hiasan dalaman kubahnye ada iras samada ciri2 Aya Shopia ataupun Masjid Biru di Istanbul, kalau azan boleh dengor sekeliling tanpa pakai pembesor suara. Kagum aku dengan kejuruteraan dolu2 kala.


Salah satu sudut daripada senibina dalaman masjid


Mimbar masjid

Dari luaran masjid, kedudukan masjid ni atas bukit, boleh nampak keseluruhan bandaraya Cairo termasuk la Piramid Giza, kalau kome tenung betul2 boleh cari dan nampak piramid tu... Angin kuat kat atas bukit ni....


Dari satu sudut lain di dataran masjid ni, jauh di belakang aku tu ada satu laluan air menaik, untuk menampung keperluan air kepada askar2 di kubu atas tu, masa aku pegi ni tempat tu dalam proses pemuliharaan, lagi satu kekaguman aku pada kejuruteraan dolu2 kala... teringat Al-Hambra..bila la aku akan sampai ke sana...

Lepas tu kitaorang turun dan singgah di Museum Tentera deme. Dalam museum tak boleh bawak camera atau videocam, semua kena simpan kat loker....ambik gambor kenang-kenangan kat luor jer la....


Military National Museum


Military National Museum

Matahari pun dah mencondong ke barat, kitaorang tamatkan kembara kat sini, singgah kedai asob pekena segelas sorang. Aku balik Tanahair malam tu jugak menaiki Emirates meninggalkan seribu kenangan di bumi Egypt.

Terima kasih yang tak terucap kepada tour guides aku sepanjang aku di sana dan penghuni2 Rumah Melaka yang banyak membantu kitaorang berdua dalam kembara kali ini. Jasa kalian tidak ternilai :-

Kepada : -

1. Ustaz Khairul Aswad - tour guide aku, masa tu pelajar tahun 2 jurusan Qira'at, Uni. Al Azhar
2. Ustaz Hafizul Akbar - tour guide ganti, membantu aku ke Piramid2 dan Alex, masa tu pelajar tahun 3, jurusan Qira'at, Uni. Al-Azhar.
3. Ustaz Shauki - tour guide ganti, masa tu pelajar tahun 2, jurusan Qira'at, Uni. Al-Azhar, membantu aku ke Fayyum
4.  En Fuad - pemandu merangkap tour guide ganti, masa tu pelajar tahun 2, jurusan bahasa arab, Uni Cairo, yang membantu kembara aku ke Fayyum dan Semenanjung Sinai.
5. Ustazah Ain dan Hayat - Penghuni Rumah Melaka, masa tu pelajar tahun akhir jurusan usuluddin dan pengajian islam, Uni. Al-Azhar yang membantu aku sepanjang aku menginap di tempat mereka dan mengikut serta membantu kitaorang membeli belah di Kilang kristal dan Khan Al-Khalili.

Semoga kalian semua telah pun berjaya dalam pelajaran dan  memulakan karier dalam bidang masing2.

Awal April 2012 hari tu, aku ke sana lagi, cuma transit untuk ke Jeddah nak mengerjakan umrah. Aku nak tunjuk asob yang glamer tu kat pembaca semua.

Ni la tebu Egypt, aku minum selori ? uish...dahsyat tu...tak de la selori, tapi segelas jer untuk malam tu, tengok la betapa banyak nye deme ni minum asob sehari, selori tu tebu2 yang dah diperah nak dibuang, masa aku tembak ni, ada lagi tengah diangkut ke dalam lori tu dari belakang kedai yang aku minum tu.

Asob kegemaranku, hari2 minum sepanjang kembara aku kat Egypt, terasa keaslian tebunya...aku minum malam tu lepaskan gian...haha..


Terdapat jugak lain2 minuman....beraneka jenis

Masa aku transit hari tu, aku bermalam di rumah pelajar jurusan Medic tahun 3 Uni. Al-Azhar, sian diorang dah nak exam awal May ni...dan kitaorang pegi kacau deme...suker jer deme tu...tak stress pun aku tengok, tapi dalam hati sapa la yang tau kan....aku belek2 buku salah sorang pelajar tu, tak silap aku buku Kausar rasanya, aduhai...dok study parasit tu...segala mak nenek parasit ada dalam buku dia tu...

Aku juga nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua penghuni rumah tu yang memberikan layanan terbaik sepanjang aku menginap di rumah mereka.


Hari aku sampai sana dari KL disajikan nasi ayam petang tu, terima kasih kepada Timah, yang berhempas pulas memasak, sedap nasi ayamnye

Makan dalam talam, tapi aku dah makan dulu, lapor weh...jauh di perantauan, pandai deme ni bersatu dan saling membantu antara satu sama lain.

Balik dari mengerjakan umrah, aku transit lagi kat tempat deme ni, petang tu jugak kitaorang pi pekena asob, lepaskan gian aku lagi la tu....terima kasih semua...kitaorang lepak kat kedei asob tu sembang2. 

Aku dan segelas asob, gelas yang ke-2 tak lama lepas tu...hehe...


Dalam kitaorang lepak2 tu, muncul pulak 3 orang pelajar medik tahun 2, tapi deme ni ambik pengkhususan dalam dentist, aku ajak deme join kitaorang minum2 sekali, sesekali belanje deme ni, seronok, rasa aku pun pelajar medic jugak...haha..perasan jap....

Aku pegi geledah apa deme bawak dalam bekas spana tu kan, kot2 deme ni baru balik dari membaiki paip kat rumah mana2 jiran ker..rupa2 nyer peralatan makmal....deme baru lepas exam...dengor jer la deme mengutuk...


Kepada :-

1. Along Musfirah
2. Timah
3. Hajar
4. Kausar
5. Isma
6. Dan lain2 yang aku tak ingat nama deme....

Semuanya pelajar jurusan Medic, Tahun 3, Uni. Al-Azhar, didoakan semoga kome sekalian berjaye dalam exam yang akan datang ni dengan cemerlang nyer. Juge berjaye menjadi Doktor Pakar dalam bidang masing2 suatu hari nanti.. InsyaAllah 

Disebabkan aku baru balik daripada mengerjakan Umrah, maka sungguh bersopan aku lagaknye di Cairo. Macam makcik2 baru balik mengaji...wakakakaka...Ni lepas minum asob kat kedai sebelah tu
Tamat sudah cerita kembara ku ke bumi Egypt...Selamat mengembara dan meneroka kepada pengembara2 yang akan ke bumi Egypt. Ambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman kita sendiri, macamana seronok nye mengembara dan betapa cantik sekali pun bumi yang kita terokai,tidak la sama apa yang ada di tanahair sendiri. Sentiasa mensyukuri atas apa jua yang Allah kurniakan kepada kita. Sesungguhnya kita telah diberikan berbagai-bagai nikmat sehingga kita selalu lalai dan lupa untuk mensyukurinya...

Wassalam buat pembaca semua....


12 comments:

  1. Cantik sangat binaan dan cahaya lampu dalam masjid tu :)

    ReplyDelete
  2. Assalam,

    Baru jejak ke blog ni.

    Waduh.. Agak2 bile le nk sampai eh ni. Swonok tgk pengembaraan nye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam

      Terima kasih menjejak ke sini.
      Selalu2 lah singgah.

      Delete
  3. Subhanallah cantiknya dalam masjid tu! Rasa sejuk & tenang ja tengok.

    Berkenan la tengok ayaq tebu tu, teringin la pulak! Dan ayaq2 lain tu pun nampak sedap ja..ayaq apa yg ada 3 kaler tu, oren, putih, purple? Nampak sedap bangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa cheq kat sana, asyik pekena asob tu jer hari2, sampai lupa nak cuba lain2 minuman. kemaruk asob. Kalau tak silap minuman tu campuran mangga,cantaloup dan yg purple tu tak tau la apa ke bendanya. Bebudak medic tu kata sedap la sesangat, itu jer yg depa hentam..

      Delete
  4. Salam yong...

    Nasib ada bedudak tu dok layan "makcik balik mengaji" kat kedai asir tu yek.. Pakai jubah dengan beg mera yang mahal tu.. beg tu isi kitab ke mende yong.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Yong

      Penuh ngan harta karun tu Yong, jgn memain....

      Delete
  5. MASYALLAHHH..bestnya.. macam teirngin pulak dahhh...Apa kata kalau i pegi sorang2..heeee...

    i rasa2 i boleh pegi sini.. mmg ada keinginan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best mengembara ikut masa kita K Yan

      Ala K Yan, sedangkan Kashmir boleh diredah, apa la sangat Egypt ni kan...2x5, 5x2 jer...

      Delete
  6. Salam.....

    Anak juga medic tahun 3 kat Uni al azhar. Dia kata semua dalam gambar tu dia kenal.....

    Bestnya pergi umrah...kita takde kesempatan lagi...kata nak gi bulan puasa ni jadi ke????Asyik berjalan je....Jeles betul....

    ReplyDelete
  7. W'salam

    OOOO....ye ke ? Harap dia dapat jadi doktor pakar suatu hari nanti.
    Berhajat sangat...kalau tak dapat tahun ni, nak cuba tahun depan, nak merasai ramadhan di sana.

    ReplyDelete