Sunday 18 March 2012

Egypt - Luxor - Aduh...Muka si Ramses II ni lagi !!!

Assalammua'laikum Pembaca Semua



Aku dan kepala si Ramses II - Dalam banyak2 patung dia kat Luxor ni, muka dia yang ni jer yang sempurna, yang lain2 tu ada telinga dah luruh, hidung dah penyek, mulut dah sumbing, janggut dah hilang dan yg muka terbelah berkecai pun melambak.
 
Hari ke-6 aku di bumi Egypt. Malam tadi aku sampai ke Luxor dari Aswan dengan keretapi yang ikut suka hati jer naik. Sampai jugak....tu yang penting haha... Bila ada orang lain naik kat lain2 stesen dan bagitau itu kerusi dia, aku pegi pindah ke kerusi lain pulak. Sampai sekarang aku tak lupa peristiwa yang mencuit hati aku semasa dalam keretapi ni. Tinggal kan jer kisah keretapi ni dan meh ikut aku teruskan kembara ke Luxor.

Kami sampai di Luxor dah malam dalam pukul 8.00 lebih kurang, turun jer kitaorang pegi terjah kaunter jual tiket dulu untuk dapatkan tiket untuk balik ke Cairo esok. Sold out. mmm....apa mau pikir lagi...tanye yang ada tempat tidur..tu diaaaaaaa.....mahei yang amat, jual in USD lak tu. Siot sungguh. Kami mengelewor jap kat depan kaunter dok pikior nak buat apa. Kami ambik keputusan untuk datang semula esok pagi tengok ada tuah tak.

Malam ni kena cari tempat nak tidor dulu. Kami keluar dari stesen dan mundar-mandir jer dalam cuaca malam yang sejuk, masing2 rasa lost, jeling2 keliling dulu bila keluar dari kawasan stesen keretapi ni. Maklum la, kutu banyak, kena hati2. Disebabkan waktu malam, aku tak tau macamana ghupe kawasan luar ni. Stesen keretapi Luxor ni berada di dalam bandar.

Kami singgah di sebuah restoran berhadapan dengan stesen ni untuk mengalas perut, sambil2 tu tour guide aku cuba untuk bertanya dengan penduduk tempatan tentang hotel2 murah yang kami boleh bermalam. Disebabkan tour guide aku agak fasih berbahasa arab, maka mudahlah untuk dia berkomunikasi dengan penduduk tempatan dan mendapatkan hotel dengan harga berpatutan bagi kami. Itu pun kena hati2 jugak. Takut kena sembelih.... Lena aku tidur malam ni.


Aku di kawasan hotel penginapan di Luxor, jalan masih dalam pembinaan, teruk la jadinya bentuk muka bumi masa ni. Stesen keretapi tu tak jauh dari sini, sepelaung jer. Aku nak mulakan mengkaji purba firaun2 kat sini pulak...

Memule kitaorang pegi cari brekpes, cari tenaga, nak jalan karang berkilometer jauhnyer ngangkut beg sekali,so kena guna banyak tenaga. Kitaorang mengelewor sekitar kawasan ni sambil nengok kedai jual sarapan, sambil2 tu tengok kawasan sekeliling. Rupe2nye bandar Luxor ni sebelah sungai nil jer....dari stesen tadi tu rasa2 nyer tak sampai pun 700 meter  Dah siang baru nampak jalan dan terbukak biji mater.....


Kedai jual sarapan, nama makanan ditulis "flafel " dan untuk "ake away" jer....creative deme ni, cube kome cari "T" nyer kat mane, hahaha... tour guide aku  tengah beratur beli flafel. Kome perlu tau, kedai makan kat Egypt ni tak de sediakan ayor minum cam kita kat Malaysia, takde teh tarik, milo ais, nescafe kaw punye or teh o halia kosong, maka kalau kome rasa2 nak tersedak tu baik sediakan air mineral sendiri. Kami pegi ke sebuah restoran yang jual ayor jer tak jauh dari kedai makan tadi untuk bersarapan dengan secawan chai panas.

Kemudian, kami menapak semula ke stesen keretapi untuk cari tiket balik Cairo malam ni, tak de weh...full, nak terjah macam malam tadi tak leh la kot, jauh sesangat tu, 11 jam lebih, mau ada yang tidor kat ataih lantai keretapi kang or dak pun dalam toilet yang terlalu dirty itu...tak sanggup i.....

Jadinye kitaorang terpaksa la naik bas....bas pun bas la....sebelah kiri stesen jalan dalam 100 meter ada kaunter jual tiket bas....tapi sebelum tu kitaorang jumpa kedai ayor buah..jeng3X, awal dia bukak, sebelah stesen keretapi tu jer.....lepas beli tiket bas, kitaorang pun terjah semula kedai tu....segelas asob pepagi bute, tak buat dek oghang, kitaorang jer....nak hilangkan gian.....hehe...lega anak tekak aku, bersemangat nak menapak....

Lepas tu kitaorang menapak ke tepian sungai nil, tengok keliling ada apa, then buka peta mana tempat mau terjah. kitaorang tengok banyak bas  / van pelancong pegi ke satu arah, aku tengok peta semula, oooo...diaorang pegi ke Karnak Temple. Kitaorang pun menapak ke sana dalam setengah km gitu. dari luar tak nampak sangat seperti temple sebab terlindung dek bukit batu. Bila kitaorang sampai ke tepi dataran tu baru perasan temple sebesar alam. 

Masuk Karnak Temple ni kena bayor, macam biasa kad matrix jadi taruhan untuk dapatkan discount. Karnak Temple ni dipanggil " The Open Air Museum". Fee masuk LE 25. Kitaorang disambut oleh patung2 singa yang kecik jer la tak macam kat Piramid Giza.


Aku dihadapan pintu masuk Karnak Temple, kiri kanan penuh ngan singa2 bertanduk ni

Maka aku pun mulakanlah meng-explore kawasan  temple ni. Disebabkan aku tak de tourist guide yang bertauliah dan berinformasi berkaitan sejarah temple ni, apa yang aku buat adalah mencari tempat2 yang sesuai untuk bergambar, sambil2 tu pasang telinga dengor2 tourist guide daripada kumpulan2 pelancong yang ada dok bagi penerangan kepada kumpulan masing2, dapatlah sedikit info. Selebihnya aku menghayati jer batu2 yang berukir dari reruntuhan yang ada. Aku pikir bila dah sampai ni tengok dan teliti keadaaan sekeliling, kat malaysia nanti google jer untuk dapatkan maklumat sejarah temple ni, sempoi kan aku. Tapi sampai sekarang pun aku tak google tempat ni, sejarah....subjek aku tak suke....


Baru beberapa langkah masuk temple ni, aku keluarkan diri dari kumpulan pelancong yang ramai untuk mencari pot yang sesuai bergambor.


Pelancong memang ramai, berbondong2 deme dalam kumpulan yang besor2, nak bergambor sedikit sukar, kena nunggu lame sikit bagi deme lepaih dulu. Temple ni tinggal serpihan jer, batu dinding dan tiang nyer penuh dengan ukiran samada tulisan deme dulu2 ataupun gambor2 tuhan deme.

Sebahagian gambor2 aku di Karnak Temple, jenuh aku berjalan dalam temple ni, besor yang amat,  matahari dah mule membakor,aku rasa macam 1 km jer jauhnye....kome tak caye ? Meh tengok betul2 obelisk ni dan jarak aku bergambor. Bagi yang tak tahu apa itu obelisk, ia merupakan sebatang tiang batu yang tinggi dan tajam di atasnyer, bersisi empat dan selalunya didirikan sebagai tugu atau tanda tempat. Di sini ada beberapa obelisk, tapi cuma 2 tiang jer yang masih mampu berdiri. yang lain tu dah rebah menyembam ke bumi.

Aku dihadapan obelisk, kome tengok pelancong2 tu, ramai sungguh mngerumun batu2 dan mendengor penerangan daripada tour guide memasing.


Aku menjarakkan diri daripada kelompok yang ramai tadi


Aku dah masuk lebih jauh lagi, kaki pun dah mula sakit dok memanjat batu2 kat sini dan jari2 kaki aku dah mula melepoh dan melecet.


Aku semakin jauh ke dalam, tak larat dah...aku nak pusing balik..penat weh...

Layan jer la beberapa gambor kenang2an aku meneroka Karnak temple ni....

Tak nampak obelisk dah...jauh...


Tak de koje sungguh..haha

Nak pusing balik keluar dari kawasan ni dah jadi satu masalah la pulak bagi aku, jauh....sabar je la kan, sapa suruh masuk jauh2 ke dalam, kan dah payah nak menapak keluar semula.

Akhirnya....keluar gak aku...tengok la semula singa2 ni , kome nampak tak obelisk di belakang aku tu...jauh weh...

Dataran di luar Karnak Temple ni, Belakang aku tu Sungai Nil dan seberang sungai tu yang nampak berbukit adalah "Valley of the King "

Lepas keluar dari "The Open Air Museum" ni, kitaorang pegi balik menyusuri sungai Nil, Ada jer cruise boat kat tepi sungai tu kalau kome nak naik. Harga aku tak check sebab aku tak minat.

Aku di tepian sungai Nil mengadap " Valley of the King " kat seberang sungai tu. Ada bas / van kesana melalui sebuah jambatan, Kalau nak sewa basikal pun boleh jer. Aku tak pegi ke seberang, tak larat dah weh, kaki aku dah melecet. Tengok tempat tu dari sini seluas sungai nil ni jugak. Aku tak rasa aku mampu nak masuk ke kawasan perkuburan firaun2 tu. Kawasan tu terlalu luas.

Kitaorang menapak lagi dan menuju ke Luxor Temple pulak kat tetengah bandar jer pun. Macam biasa aku cari tandas dulu, tengok keadaannya..Boleh pakai, tak de pilihan. tak berapa bersih walaupun di kawasan pelancong. Kemudian kitaorang masuk dengan bertaruhkan kad matrix untuk potongan harga. Fee masuk sini LE 20 jer

Aku di hadapan pintu Luxor Temple, kena lalu dia ni...kiri kanan dia jaga, tak de singa....

Aku mengelewor jer kat dalam ni, tangkap gambor mana2 suke dan menganalisa batu2 dan tiang2 yang ada.
 
Aku dalam Luxor Temple


Tak tau dah macamana nak bergaya, taram saje la labu.....




Penat aku menapak kat sini, menyelongkar setiap sudut, dok jap ambik nafas.....



Dah keluar dari sini, kami pegi cari alas perut, cari tenaga semula. Hari pun dah petang, kami pegi semula ke stesen keretapi untuk memorikan tempat ni.

Aku di hadapan stesen keretapi Luxor.

Kemudian kami naik van ke stesen bas yang berada di pinggir bandar Luxor, melalui kawasan kampung. Tanaman tebu sekeliling dan lain2 tanaman di delta nil yang subur. Macam tak cayer jer jalan tu menuju ke stesen bas. Cuak weh....sampai juga akhirnya, Aku cari tandas, tak berfungsi, orang2 kat stesen bas tu suruh kami ke masjid berdekatan. Kami pegi ke masjid di sebelah luar stesen bas ni untuk memunaikan tanggungjawab masing2. Masjid ni berada dalam kawasan kampung dan kami menapak la sikit ke sana dalam 500 meter dari stesen bas tadi. Dalam pada kita mengembara ni, kena bersyukur atas kemudahan yang diberi.

Kemudian bila dah dekat2 masa nak naik bas, kami ke stesen semula. Sempat lagi kawan aku dan tour guide aku dinner kat stesen bas ni dengan kebab hati. Aku tak leh telan benda ni tapi aku nengok deme ni berselera sungguh. Lapor la tu...  Aku dapati tandas di dalam kawasan stesen bas ni tak boleh dipakai. Aku terpikir kat mane la deme ni membuang ???.....

Kami mulakan perjalanan malam yang panjang di atas bas menuju ke Cairo semula......


12 comments:

  1. Salam Yong,
    Udah kata gi tempat deme bermakam, nampak muka dia jer ler, kan dia ngaku Tuhan.
    Kalau tolet deme semua dirty, kat ner kome pulak membuang?

    ReplyDelete
  2. W'salam Yong

    Keme cuba jadi cam deme...buang kat mana deme membuang .....

    ReplyDelete
  3. Jauh mengmbara luas pengalaman.. terima kasih kerana berkongsi cerita dan gambar2 menarik di sana.

    ReplyDelete
  4. Sekarang baru tahu berblog Yong, so suke je teman nak kongsi pengalaman dengan pembaca. Sambil tu jadikan kenangan.

    ReplyDelete
  5. best nye kak....
    bila lah nak sampai ke sana? - -;

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best sebab jalan sendirian berhad. Masa kita punye.
      InsyaAllah kalau Hanie ada niat nak ke sana, akan sampai suatu hari nanti.

      Delete
  6. Comel sungguh gaya macam nak terbang kat Luxor Temple tu, hehe! Suka saya tengok, hepi ja :D

    Nampak pun luas sungguh, jenoh la berjalan tu. Terima kasih berkongsi pengalaman :)

    ReplyDelete
  7. Jalan2 memang hepi jer Dinas, hilang masalah keje...bab tu memang best
    Jalan sampai pancit...haha...

    ReplyDelete
  8. Assalam Yong, bestnyer jlnx2 ke Egypt ni.teringin juga nk ke sini..insyaAllah kalau ada rezeki nanti harap boleh sampaila.

    ReplyDelete
  9. W'salam Yong

    Moga Yong sampai ke sana, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  10. Egypt... Toilet????... oooooooooohhhhhhhhhhhhh tidakkkkkkkkkkkk...!!!!! Tak tergamak nak masuk.. Mana2 pun penuh berisi.. Tapi aku akan lalui semuanya sekali lagi... oh tidak..

    ReplyDelete
  11. hahaha....sanggup lagi rupanya.....

    ReplyDelete