Friday 23 March 2012

Egypt - Fayyum - Qarun dan Hartanya Yang Tenggelam

Assalammua'laikum Pembaca Semua


Aku di hadapan " Istana Qarun " di Fayyum

Hari ke-7 dan ke-8 aku di bumi Egypt. Malam tadi semalaman aku bermastautin di dalam bas. Sungguh tak selesa. Melalui perjalanan yang jauh menyebabkan pinggang aku rasa nak putus. Kalau naik keretapi boleh jugak aku bergerak ke hulu ke hilir, tapi bila naik bas ni, duduk sesaja, kaki jadi ketat dan kaku. Bau asap rokok dan segala macam bau buat aku jadi pening langau. Aduh....kejap aku terlelap, kejap aku terjaga...bas ekspres yang uzur, kerusi berkeriuk2 dan banyak lak tu tempat perhentian dia singgah, penumpang turun naik silih berganti. Aku terfikir, ni bas ekspres ke atau bas henti2, tension den. Aku cuba bayangkan sedang duduk dalam bas Sani Ekspres untuk hilangkan tension...tapi tak berjaya masukkan dalam mimpi dan lamunan aku, kecewa sungguh. Bas ni ikut laluan Suez jadi lagi jauh perjalanan aku nak sampai ke Cairo semula.

Turun jer kat Cairo dalam pukul 8.00 pagi, aku jadi lega sesangat, rasa baru dapat oksigen....tarik nafas dalam2 dan tegakkan badan semula, rasa tulang belakang dah bengkok, tempat pertama aku, kawan aku dan tour guide aku tuju adalah kedai makan. Lapor weh....berkeriuk cacing2 kat dalam perut aku kelaparan sama. Lapor punye pasal, kitaorang hentam spagetti semangkuk sorang pepagi bute ni. Ayor minum tak de dijue kat kedai makan ye pembaca sekalian, tersedak kang tanggung jer  ler. Nasib baik aku makan dengan penuh bersopan, kunyah dan telan pelan2. Masa tu terpikior alangkah bestnyer anak tekak kalau ade nescafe tarik kaw punye.

Dah lega kekenyangan tu baru la kitaorang menapak pelan2 ke tempat tunggu bas / van awam kat Ramses dalam keadaan badan yang lesu dek terlalu lama dok dalam bas dan kaki yang melepoh serta melecet. Sampai jer kat Rumah Melaka yang kitaorang tinggalkan beberapa hari tu, aku rasa seperti syurga.....gedebum.......lena... dek penat dan kenyang...

Petang tu aku pegi ukur bandar Cairo semula, lebih spesifik Khan Al Khalili, syurga membeli belah lorong sempit. Salah sorang pelajar pompuan yang ikut aku masa hari pertama aku pegi sana dulu ngekor kitaorang, senang weh...nak berurusniaga nanti. Tour guide aku macam biasa, kena ngekor jugak sebab pelajar pompuan tak dibenarkan keluar tanpa ditemani orang lelaki. Bahaya.....Baguih komuniti peajar2 kita kat sana, saling bantu membantu dan mengambil berat hal2 kebajikan antara satu sama lain.

Kitaorang pegi satu kedai jual minyak wangi..tu dia...korang nak jenama apa ? semua ada....tak de alkohol katanye...ia lah kot...Apa lagi aku cekau beberapa botol. Kawan aku pulak borong berbotol2, itu tak masuk lagi yang di sapu ke badan. Macam2 bau ada....aku pun pening. Kemudian kitaorang masuk lagi jauh ke dalam lorong, hari dah mula gelap, terjumpa kedai jual ayor asam, deme kata asam jawa, tapi aku tak tau la asam apa sebenornya sebab tak nampak buah asamnye, setau aku asam jawa ni buahan tropika tapi bile deme kata tamarind, betul la kot kan. Aku ambil segelas, fuyooooo....sedap weh, kaw punye, tak tipu...tak rasa macam asam jawa kita kat sini. Lebih bercitarasa. Kalau kome pegi ke sini kome mesti cari gerai ni dan minum segelas, gerenti puas hati, dia jer yang ada kat lorong tu, peniaga tu letak balang ayor asam sebesor tempayan kat depan gerai dia. Abih jer kitaorang memborong dan menghabiskan  banknote buruk egypt yang berkepuk2 dalam poket, kitaorang pun balik makan dan sambung tidor sampai pagi.

Besoknye hari ke-8, aku pegi ke Fayyum, pepagi kitaorang bersiap nunggu tour guide lain pulak sebab tour guide aku dah beberapa hari ponteng kelas. So hari ni dia kene la munculkan diri depan tok guru, kang tok guru bising , berpeluh dahi dia nak menjawapnye.

Kitaorang pergi cari si Qarun kat Fayyum, kot2 boleh jumpa balik harta dia yang tenggelam tu...hahaha


Aku, kawan aku dan tour guide ganti di tepi Tasik Qarun yang berbau hanyior itu

Kitaorang sewa kereta salah seorang pelajar Malaysia yang bekerja di Egypt. Pemandu nye pun merupakan pelajar jugak. Baguih tour guide aku uruskan pengangkutan kitaorang kali ni untuk sewaan selama 3 hari lagi. Bermula ke Fayyum, kitaorang merentasi Tasik Qarun yang sebesar alam seluas mata memandang ni. Menurut cerita yang diceritakan kepada aku, Si Qarun menggunakan sebanyak 40 ekor unta untuk membawa setiap kunci pintu gudang2 nyer. Berapa buah gudang pulak dia ada kan dan berapa ekor unta pulak digunakan untuk menarik kesemua kunci gudang2 nyer tu ? Ish Ish Ish...kesian unta2 tu turut jadi mangsa Si Qarun. Dia mati kerana sombong dan bongkak atas harta kemewahan dan darjat yang dianugerahkan. Ditenggelamkan bersama harta kekayaan yang dikumpulkannyer.  Trajis sungguh orang angkuh dan tamak ni pergi mengadap Penciptanya. Sebenornye setau aku ada macam2 versi kisah Si Qarun dan jumlah unta serta kunci gudangnye. Aku tak tau mana satu yang lebih accurate. Ada juga versi lain kata dia mati kerana seekor lalat masuk hidung dia dan unta yang tenggelam sekali tu berjumlah 70,000 ekor. Wallahualam...


Dari kiri pemandu aku, kawan aku dan tour guide ganti aku. Tersengih memasing suruh bergaye depan kamera, susah jugak nak menukor gaye bakal ustaz ni bagi nampak tergedik dalam gambor.

Tasik Qarun ni memang luas, dan bau ayornye yang dibawa angin memang hanyior la kat hidung aku....tak boleh aku nak tergedik2 lama2 kat sini. Cukup la sekadar begambor beberapa keping dan mengingati serta menginsafi diri sendiri agar tidak angkuh dan tamak dengan harta dunia dan kedudukan yang semuanya dipinjamkan sementor ajer. Tak de yang kekal melainkan kematian sentiasa menunggu untuk kembali kepada Yang Maha Pencipta apabila sampai masa dan ketika. Kome pikior le moral of the Qarun story dan ambik iktibor.

Aku di tebing Tasik Qarun

Kome nampak tasik tu, seluas mata memandang, sayup jer nampok daratan sebelah sana.

Kemudian kitaorang melepasi kawasan Tasik Qarun dan terjumpa ladang zaitun tepi jalan, kitaorang singgah jap nak bergambor.


Aku di ladang zaitun. lueh kebun ni, subur tanamannyer, deme tak bazirkan tanah yang ada,mana yang tak ditanam dengan pokok zaitun deme tanam dengan pokok herba renek deme. Kitaorang jumpe dulu dengan tuan punye kebun minta izin nak melenyek sikit tanaman deme ni, deme ada jer kat situ membajak mana2 patut, tuan kebun tu siap ngajok kitaorang lunch di rumah deme. tak sior la kitaorang memandangkan banyak lagi tempat kitaorang nak terjah, kang tak cukup masa pulak. Pemandu aku tu ramoh bebenor dengan deme, dia tolak dengan cara baik.


Terima kasih kitaorang kepada tuan kebun dok bagi kitaorang lenyek sikit kebun deme.

Kitaorang teruskan lagi perjalanan ke Istana Qarun, nak nengok rumoh dia duduk, rumah mewoh zaman dia la. Bila sampai tu dari luar aku terpikior, betul ke istana dia ni, macam baru jer, tapi bila masuk dalam, oooo...memang betoi la kot. Istana dia ni kena bom dek Israel masa perang Mesir dengan Israel  tahun 60-an dulu, jadi ada bahagian yang hancur.


Aku dihadapan Istana Qarun, dinding yang puteh tu  tempat kena bom dek Israel

Istana Qorun ni tak dibuka lagi kepada pelawat sebab masih dalam proses baik pulih. Kitaorang tak kira, nak masuk jugak. Maka bertungkus lumus lah pemandu aku memujuk penjaga Istana ni agor membenorkan kitaorang masuk. Jalan masuk ke sini bersimpang sior melalui kampung2 yang daif serba serbi aku tengok.

Beberapa gambor kenang2an di Istana Qarun


Aku di sekeliling kawasan Istana Qarun. Tingge tiang jer pun.

Aku di hadapan pintu Istana Qarun, Pintu nyer aje pun dah setinggi 4X aku kot. Ada mural kat atas pintu tu, aku lupe perati betoi2.

Kawan aku dalam Istana Qarun, di hadapan tempat singgahsana dia.


Aku kat  tingkat atas sekali, Dalam Istana ni jugak ada lubang2 tempat dia kumpul harta dia.macam lubang safe box ler, tapi besor. Banyak sungguh rete dia kumpul. kat gudang, kat rumoh, mana lagi agoknye dia simpan, kalau aku terjumpe ler mau aku jual kat muzium  buat tambang pegi trip aku ke lain benua. Tak mandang sehabuk pun, batu pasior tu jer....

Aku di atas Istana Qarun, ni kira bilik deme la kot, kat dinden tu ada gambor Si Qarun dan bini dia. tapi tingge separuh jer sebab dah kena bom dek Israel, kiranye ni bukan tingkat ataih la, ada lagi ataih dari ni sebab ada serpihan tangga2 batu kat sini, maknanya ada lagi bertingkat la istana dia ni. Penjaga tu kata istana ni ada 8 tingkat. Lupa pulak aku kira berapa tingkat aku naik. Panda begaye buat posing maut dah bakal ustaz tu..hahaha....

Deme bergambor dengan penjaga Istana Qarun ni

Kawan aku di atas Istana Qarun, diceritakan jugak kawasan di sekeliling istana ni adalah bandor dia masa tu, tapi sekarang dah jadi padang bukit batu2 pasir jer aku tengok, kome nampok belah kanan tu bukit2 batu pasior, tu la reruntuhan bandor dia dulu kaler. Hati2 kalau kome ke sini, silap gaye kena kidnap bawok lari ke Libya, dekat jer ikut padang pasior tu. Dari dalam istana dia ni, ada short cut jalan bawah tanah untuk ke bandor dia ni tak perlu meredah terik mentari. Kitaorang tak berani pun nak turun, gelap dan tak stabil batu2 nye. Nengok dari atas jer la lubang jalan bawah tanah tu di sebelah singgahsana dia. 

Dah abih aku selongkor istana Qarun ni, aku bergerak pulak keluar dari kawasan ni menuju ke bandar Fayyum. Kitaorang pegi nengok kincir air zaman Nabi Musa yang masih wujud sampai sekarang dan masih berfungsi dengan baik. Kedudukannya betul3 di tengah bandor ni.

Aku dihadapan kincir air, Fayyum

Lepas tu kitaorang mengelewor jap kat bandar Fayyum ni, kendian kitaorang jumpa kedai ayor buah, macam biasa asob segelas besor sorang. Gerenti puas hati kome. Tokey kedai tu siap bagi dua batang kat kawan aku suruh kunyah dalam perjalanan balik nanti. Senyum lebor sampai ke telinga dia dapat tebu free.

Dalam perjalanan balik ke Cairo petang tu, kitaorang singgah makan siang + makan malam sekali harung dengan daging cincang yang dikepal2 dan dipanggang.


Ni jer la makan siang + makan malam kitaorang untuk hari ni. Sos cili tu mesti ada, kalau tidak kang tak lalu nak telan daging panggang deme ni dengan sayur sejuk deme, tak de rasa dan perasaan.  Sini ada ayor sejuk disediakan kalau kome rasa nak tercekik menelan daging2 tu. Jangan minta teh o ais limau, sirap atau yang seumpamanya, mau dipelangkong nyer kome dek tokey kedai tu kang.

Lepas tu kitaorang balik ke Rumah Melaka membuat persiapan untuk ke destinasi seterusnya tengah malam nanti.


5 comments:

  1. Mak aii.. byknye gambar "kawan aku". Glamour makcik.. i like... hehehe..
    Bas tu sempit gilerkan. Seksa kaki ku yg panjang ni. ;-(
    Spagetti yg masin ya amat. Masih ingatkan ngko akan itu. Masin2 pun, lapau punya pasal clear.. heheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah " kawan aku" dok ulang2 soh bubuh gambau die byk2 kan...so terpaksa lah aku mengalah.....hahaha

      Delete
    2. Ish teruk sungguh kawan ngko tu.. Tapi ada ke dia dok kata ulang2. Cam tak dongau je... ;-P

      Delete
  2. Tu dia tasik, luas macam laut! Kalau tak baca betul2, memang ingat laut tadi. Gamaknya kenapa bau dia hanyior eh? Curious jugak nak tau..

    Tinggi sungguh pintu istana Qarun tu, sebab orang dulu2 besar & tinggi kot kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat teman nak ngagoknye sebab apa, kemungkinan besor sebab kitaorang berhenti dekat dengan perkampungan nelayan...anginnye pulak tu kuat bebenor menghala ke kitaorang .

      Kalau tengok mumia2 yang ada tu deme ni tak besor mana pun. Sama jer macam bangsa Mesir sekarang ni.

      Delete