Sunday 4 March 2012

Egypt - Cairo - Khan al-Khalili dan Kilauan Kristal

Assalammua'laikum Pembaca Sekalian

Hari ke-2 aku di Cairo. Nak ukur jalan sekitar Masjid Al Azhar, Masjid Hussin dan Khan Al-Khalili. Jauh sikit petang nanti nya kami akan ke tempat kilang kristal terkenal Egypt iaitu Asfour Crystal. Selepas sarapan pagi tu aku dan kawan aku ditemani 2 orang pelajar Malaysia di sini yang berbesar hati untuk mengikut kami merayap dan membeli belah. Tour Guide macam biasa mengekor dan sekaligus jadi security + body guard kami.

Aku, kawan aku dan 2 org pelajar malaysia di Cairo

Kami mulakan kembara pagi tu naik bas dari tempat penginapan kami ke Masjid Al Azhar, bas yang kami naiki membawa kami melalui kawasan perkuburan yang terkenal di Cairo di mana Imam Syafie r.a disemadikan. Aku tak singgah di perkuburan ni sebab tak masuk dalam itenerary aku. Aku tak ingat nama kawasan ni, pelajar tu ada bagitau nama tempat tu kat aku. Lupa la.....

Kebetulan hari ni hari Jumaat, kami kena buat lawatan ke masjid secepatnya sebelum jemaah semakin ramai tiba. Ada jenazah yang dibawa masuk untuk disembahyangkan disini hari ni. Kami solat sunat di Masjid Al-Azhar sebelum meninjau ke seluruhan kawasan masjid. Ada makcik Egypt ni berkenan dengan telekung yang kami guna. Maklum la, lain daripada yang lain.

Masjid Al-Azhar, Cairo

Selepas selesai urusan kami melawat masjid Al-Azhar ni, kami meneruskan menapak ke seberang jalan pulak, di sini terletaknya Masjid Hussin. Kami terkejut bila masuk ke kawasan makam di kawasan masjid ni bila nengok terlalu ramai penganut Syiah di sini. Ini kerana di katakan kepala Saidina Hussin di bawa dari Karbala Irag ke sini dan dimakamkan di sini. Maka sememangnya lah penganut Syiah ni akan ramai berkumpul dikawasan2 begini.


Masjid Hussin, Cairo

Sementara menunggu Tour Guide aku solat Jumaat kat sini, kami merayau di belakang kawasan masjid ni, banyak kedai2 yang menjual segala macam cenderamata. Kalau kome pandai tawar menawar, untung la...

Bersebelahan dengan masjid Hussin ni la terletaknya kawasan membeli belah yang amat panjang di sepanjang lorong bangunan. Kawasan ni la yang dinamakan Khan Al-Khalili. Memang terkenal dengan kawasan membeli belah bagi pelancong terutama pelancong dari Malaysia sampaikan peniaga kat sini boleh menuturkan beberapa perkataan Melayu. Tu la penangan pelancong dari Malaysia yang terkenal dengan suka shopping nyer kecuali aku. Haha....


Kiri aku Masjid Hussin, Kanan aku Khan Al-Khalili

Kami meninjau sikit2 je ke kawasan Khan Al-Khalili ni, tak masuk jauh ke dalam, makan masa. Hari lain kami akan datang semula kat sini untuk mencukupkan keperluan cenderamata yang perlu bawa balik. Hari ni tinjau2 barang dan harga je dulu. Hati2 dengan peniaga sini, letak harga melampau, kena pandai tawar-menawar. Pelajar 2 orang tu jadi jurubahasa kami.


Kawasan Khan al-Khalili

Disebabkan hari makin petang dan kami takut tak sempat masuk kilang kristal, kami mempercepatkan langkah, bukak langkah seribu cari LRT ke sana. kemudian dari stesen terakhir LRT tu kami ambik tut-tut ke kilang kristal. Nasib baik masih sempat masuk.


Kilang Kristal Asfour

Canteeeeeeeek nyeeeeeeer...terlopong mulut aku tengok. Kristal jer baru tu....hehe...toing 5X.....pinau biji mater aku tengok kristal. Apa lagi....tanduk pun datang bagi pandangan...yg tu cantik, yg ni cantik, eh eh ...kat sana tu lagi cantik....pusing sana, pusing sini, tengok kiri kanan depan belakang semua kristal....harga nyer pun cantek cantek belaka, akhirnya aku tewas dek canteknye ciptaan Tuhan Yg Maha Esa.......maka kempis la poket aku beratus LE....


2 comments:

  1. Tu diaaaaa kristal tuuuu, memang canteklaaaahhhh! Kalau saya kat situ, sure kena gelak dek orang sana sebab dok menganga tengok! Nak beli tak mampu la saya ni tapi kalau dapat rezeki pi tengok dekat2 pun dah bersyukur dah..bila nak sampai nih..teringin pulak..

    ReplyDelete
  2. Berpinar mater nengok nyer...design nyer cantek2.

    ReplyDelete