Friday, 12 June 2015

Malaysia - Penang - Episod 2 - Mengunjungi Sahabat Lama dan Sekolah Teknik Kami !

Assalammua'laikum w.b.t kepada semua pembaca2 Muslim dan salam sejahtera kepada pembaca yang belum Muslim. Semoga pembaca semua dalam rahmat Ilahi dan ceria mengharungi setiap perjalanan yang ditempuhi.

Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Buruk atau baik perlu dilalui dengan syukur dan sabar. Jangan sesekali kita menghina sesama insan kerana lidah itu tetap tak bertulang. Jangan pula kita berprasangka buruk terhadap orang yang tidak pernah kita temui. Sekali kita melontarkan kataan yang berunsur penghinaan dan hasutan, walau dengan apa jua maksud tersirat dan tersurat, kita telah pun mencalit sekeping hati dengan dakwat hitam kekal yang amat sukar untuk dibersihkan. Diumpamakan kita mengetuk dinding batu dengan seketul paku, apabila ditarik semula paku itu, mungkin paku itu dapat dikeluarkan, TETAPI ia membawa sekali cebisan-cebisan batu yang telerai bersamanya dan meninggalkan bekas untuk selamanya. Juga mungkin terjadi retakan yang hanya nampak seperti garisan halus namun di dalamnya terdapat rekahan yang dalam. Tutup lah dengan apa jua cara, ia masih kekal disitu. Sekian, sedikit renungan buat diri sendiri dan juga pembaca semua.

Nostalgia Lama
Hari kedua keme dan sahabat2 lama di Pulau Pinang.

Malam tadi kami sampai di Rosa'ah Guesthouse  Pulau Betong, Balik Pulau dalam pukul 12.00 am. Sedikit letih kerana terlampau kenyang, bukan lah disebabkan menempuh perjalanan yang jauh seharian. Lega rasenye dah sampai ke tempat penginapan yang ditaja sepenuhnya oleh sahabat lama. Guesthouse ni cukup selesa. Segala kelengkapan mencukupi. Boleh terus rebahkan ajer diri dek keletihan teramat.

Pemilik Rosa'ah guesthouse ni punye ler ramah-tamah orangnye kome, Pening pun ade keme tengok dia ke dapor ke depan ke dapor ke depan menyediakan segala keperluan kami selama dua malam di sini. Maklum la kan, kami dah terlalu lewat sangat sampai. Dia cakap jer gelak, lepas gelak jer dia sambung cakap semula. macam bertih goreng.

Keme tak mau ambik masa lama bersengkang mata kat guesthouse ni menyambong gebangan dengan sahabat2 lama ni, kang sampai pagi tak tidor dibuatnya, sebab program jjcm ni padat dan sendat. Ade jer peluang untuk tidur, baik ambik kesempatan itu membuta.

Kome nak buat ape tu ? Skodeng Rosa'ah Guesthouse Pulau Betong kat tingkap pakcik google ke ? Tak payah !!!...tak kan jumpanya. Buat penat mata jer kome cari.


Kehijauan di Pulau Betong, Balik Pulau, Keme jenjalan keliling guesthouse ni, ade pokok betik jer, tu pun yang tumbuh liar kat tepi dapor. Tanah terbiar tu kalau tanam pisang tanduk, banyak ringgit gak boleh dapat . .. Gitu la pemerhatian seorang peminat bidang cucuk dan tanam yang takde tanah...haha...

Paginye, walau program kami ni padat, kami tetap tenang jer di Balik Pulau ni setenang suasana kampung di sini sementara menyiapkan diri untuk program seharian. Segar jer bangun pagi dengan kokokan ayam yang masih boleh kedengaran. Pertamanya kami mulakan lawatan pagi ni dengan mengunjungi sahabat lama yang baru menimang cahayamata yang ke-7 tak jauh dari guesthouse kami ni. Sebelum kami sampai ke rumah sahabat tersebut yang bernama Cekgu Sarina, keme lencongkan sedikit stereng kerete ke sebuah rumah di Kg Perlis yang berhampiran dengan masjid disitu dengan cubaan nak mengintai pokok2 mempelam di halaman rumah. Kot2 telah berbuah. Namun hampa bila keme pusing halaman rumah deme. Tak de!!! 


"Assalamu'alaikum Mak Bonda Zalita, kami skodeng pokok2 mempelam bonda, ingatkan dah berbuah.."


Kami bukan lah setakat pusing halaman, siap berhenti lagi dan keluor untuk bertemu tuan rumah. Tengok tingkap terbuka maknanya ade orang la kan. Kami bagi salam kuat-kuat sebab yang tinggal tu hanye seorang makcik jer. Rumah panjang dan takut dia ade kat belah dapor tak dengor orang memanggil kat depan kan. Beberapa kali bagi salam terdengar la sahutan salam kami dari belah dapor. Kan dah kata. Jauh tu. 

Mak Bonda Zalita terpinga2 tengok kami. Tenung muka kami sorang2 dengan penuh tanda tanye. Tak kenal ! Pasti.. Memang la tak kenal kan.. Haha...Kami memperkenalkan diri bersalaman dan bagitau tujuan kami datang saje jer nak skodeng pokok mempelam dan lain2 pokok buah2an. Dengan jujur nya kami berkata2.  Gelak makcik tu. 


 Kami nak tunjuk kat anak Mak Bonda Zalita di Bangi nun yang kami betul2 skodeng pokok mempelam di kampung nye. Ini bukti !!!

Dah tangkap gambor dan kata hai hai bye bye kat Mak Bonda Zalita, kami pun dengan tangkasnye bergerak semula ke rumah Cekgu Sarina. Bukan setakat melawat orang baru, kami juga akan dijamu dengan masakan yang sedap2. Katanya nak jamu kami yang datang dari jauh ni dengan masakan kampung. Kami sanggup tak bersarapan berat pagi ni semata2 nak makan lebih nanti. Kat Rosa'ah Guesthouse tu semuanya lengkap kecuali pemilik tu tak sediakan makanan. Katanya, sarapan tak termasuk dalam pakej. Redho !!

Keme lupa rumah Cekgu Sarina ni belah mana tapi depan padang sebuah sekolah. haha...yang keme ingat hanyalah makanan masakan kampung yang enak ajer. Tu jer yang masih kuat melekat kat memori keme ni.  Sampai rumah dia pun dah pukul 11.00 am. Lama jugak la tak jumpa Cekgu Sarina ni. Satu sekolah dan satu universiti. Masa kat Uni dulu pun jarang gak jumpa, lain kolej dan lain jurusan ( or sama jurusan ? keme pun dah lupa ).


 Antara menu makan sarapan merangkap makan tengahari kami di rumah Cekgu Salina 

Sampai rumah Cekgu Sarina, berlaku lagi serangan histeria kali ketiga. kehkehkeh.  Tapi tak boleh la nak lebih2, ade bayi tengah tidor. Kang tak pasal2 terkejut bayi yang baru menjengah dunia ni melihat adegan yang pelik2 berlaku depan mata dia. Sambil sembang2 tu datang la makanan2 dari arah dapor satu persatu. Keme tenung jer makanan tu semua. Perut bagi signal sambil mata tengok jam.


Kerana hang la kami dapat bersua kembali dengan mak hang, sapa nama ? keme lupa dah!!


See... I am the first !!! 

Kalau bab2 makan ni, keme memang tak boleh nak tunggu lama, kejap2 jeling ke meja, kejap2 tengok jam. Lama2 keme dah panas vontot, lalu bangun mengintai ayor. Saje jer kan, Mulakan dengan cendol dulu. Lain2 akan menyusul kemudian. Sebenornye beberapa bulan lepas dah kami berinteraksi tentang program jjcm ke Penang ni. Memandangkan dia nak bersalin masa tu, kami ingat nak melawat sahaja tanpa perlu menjamu kami ni. Tahu la kan, orang tengah berpantang, tak sampai hati nak makan depan dia. Tapi dia berat nak masak jugak untuk kami dan siap suruh kami pilih nak makan apa. Wow...tak sanggup nak lepaskan peluang...muekekekekeke.

Maka keme dan kengkawan pun dengan berat hati memikior jenis2 lauk yang terasa di kerongkong, buat pilihan dan tanye ke dia, boleh masak ke?. Katanya tak de masalah, chef bersedia berkhidmat demi negara tercinta, Mentang2 la mak dia bekas tokey kantin, dengan senang hati jer dia buat tawaran. Katanye lagi, mak dia memang selalu ambik pesanan walau dah tak meniaga sebab mak dia memang suka masak. Best tak dengor ?

Ini lah kami yang seumpama semut gajah mengerumuni busut makanan

Emak Cekgu Sarina ni bekas pengusaha kantin sekolah. Memang pandai masak dan cekap di dapor. Memang takde masalah la setakat nak menyediakan makanan untuk tetamu yang beberapa kerat ni jer kan. Makanan dia pulak...peeerrgghhh....memang sedap. Tambahan pulak dimasak dengan penuh kasih sayang.


 Sambal bacang...terlior keme..aish...

 Sambal sotong...meleleh la ayor lior ni...

Bersimpul sila menjamah hidangan. Tak langut dah!!!


 Sebelum kami beredar, abadikan dulu kenangan, sok kalau dah tua, senang nak ingat balik nostalgia yang ditinggalkan ni.

Bila dah kenyang menjamu selera, terdampar la pulak macam penyu tepi pantai. Mata otomatik jadi luyu semacam. Sel otak pulak dah semakin lemah untuk berhubung. Layan jap mata sambil duduk dan teruskan jer bersembang. Tapi bila pikir banyak tempat lagi nak jejalah pulau ni, kami pun tak boleh la nak ikutkan sangat nafsu mata yang nak terkatup ni. kalau bagi bantal la kan..huhu...Tapi kene kuatkan semangat untuk terus berpijak di bumi nyata !!

Terima kasih pada Cekgu Sarina dan suaminya Mayo kerana menjamu kami dengan makanan yang sangat menyelerakan. Juga kepada emak Cekgu yang bersusah payah memasak untuk kami semua.


Lepas ucap terima kasih pada tuan puan rumah, kami teruskan memandu ke destinasi seterusnya. Melawat sekolah lama. Sejak lepas SPM keme tak pernah buat jejak kasih ke sekolah ni. Sibuk dengan urusan dunia akhirat. Kalau ke Penang pun dulu atas urusan kerja dan ke lain2 tempat ajer.

Jalan pun dah lupa, tapi tak risau la, pemandu pelancong kan ade.!!.. Selain menjadi pemilik Rosa'ah Guesthouse di Pulau Betong, dia lah juga yang jadi pemandu pelancong kami selama kami berjimbaan di pulau ni. Percuma!!! Satu sen pun keme tak perlu bayor ke dia. Best kan pemandu pelancong ni. Boleh buat lagi!!

Menuju kawasan sekolah. Jauh bebenor bezanya dulu dan kini...

Sampai pagor sekolah teruja jap sebab dah lain bebenor ghopernye. Masa berputor zaman pun dah berubah. Kabor kat pak guard kami ni datang jauh nun dari selatan semata2 nak jejak kembali sekolah kami ni. Bagi ler masuk jap. Pak guard pun iringi kami dari belakang dengan motor untuk pastikan kami tak terjun ke sungai yang memisahkan sekolah dengan asrama tu. Haha...

Ini lah Sg Ayer Itam yang memisahkan sekolah dengan asrama. Dulu hampir saban hari mencium bau-bauan semerbak yang dibawa oleh sungai ni. Kadang2 ade yang tersangkut di tepi sungai dan bawah jambatan. Siap ade yang kembung dan nak meletup, menambahkan lagi aroma yang boleh buat keme pening bila tertusuk ke hidung, bulu hidung pun tak cukup tebal nak tangkis. Di hulu sungai ni ade penternak vavi !!!


Masih mampu !! menjadi remaja 

Ini ler sekolah keme dulukala...


Sempat la keme melawat beberapa bangunan sekolah dan kelas keme dulukala. Terdapat beberapa bangunan baru yang dulunye hanya belukar atau tanah lapang.

Zaman keme dulukala ia merupakan bangunan yang menempatkan kelas2 jurusan ukur, binaan dan mekanikal 
Lirik dah ade, Melodi lak lupe

Tak balance ler kome !
Lepas lawat kawasan sekolah, kami pusing pulak stereng ke kawasan asrama. Sesedap rase jer memandu di kawasan sekolah ni tanpa ada rase was2 takut mata2 pak guard memantau pergerakan kami. Sekolah kami kan, ikut sukesuki kami jer nak keluor masuk. Angkat jer tangan, okay ler deme. Banyak rupanye perubahan di kawasan asrama. Tempat belakang asrama yang dulunya belukar tempat roh askar2 jepun merayap tu pun dah didirikan beberapa blok bangunan asrama tambahan. Eeerrrr...serem...berdiri bulu romaku!!

Mengimbau masa silam... Aspuri...

Di hadapan bangunan asrama

Padang sekolah tempat ku melontar peluru itu...


Bangunan Asrama lelaki. Dah macam bangunan bomba Ayer Itam jer...haha


Mengajuk kembali gaya2 kami ketika beratur nak pergi makan...Silapnya tak bawak pinggan dan gelas jer.

Alhamdulillah, sempat juga keme menjengah sekolah lama ni sebelum dipanggil kembali bertemu Sang Pencipta. Sekurang2nye sekali kan....Kome dah jengah sekolah kome ke ? Ade lagi satu keme nak buat. Menjejak universiti tempat keme bergelumang dengan kengkawan uni pulak. Bila nak buat jejak kasih tu? Ntah ler.. Sejak keme ambik scroll dari tangan agong yang umur panjang yang dah dua kali jadi agong tu, tak pernah jejak dah tempat tu!...Lupa daratan sungguh. haha...

Saturday, 6 June 2015

Malaysia - Penang - Episod 1-Berhisteria di Bayan Baru dan Menikmati Mee Ketam Superb

Assalamua'laikum w.b.t kepada semua pembaca Muslim dan Salam Sejahtera kepada pembaca non Muslim. Semoga anda semua sentiasa mempunyai masa yang berkualiti untuk diri sendiri dan keluarga anda.

JJCM ke Pulau Pinang pada cuti hari pekerja selama 3H2M hari tu sangat bermakna bagi keme dan geng2 sekolah menengah. Setelah sekian lama tak bersua, akhirnye rancangan untuk berkumpul di Pulau Pinang menjadi kenyataan. Itu pun setelah rancangan untuk berkumpul di Putrajaya tak menjadi akibat komitmen masing2 yang tak dapat dielakkan.

Episod perjalanan ke Pulau Pinang bersama kawan2 yang keme nukilkan di sini lebih kepada perkongsian bersama kawan2 sekolah yang sama2 bersekolah di Pulau Pinang dahulu agar bila keme dan kengkawan baca perkongsian ini di masa akan datang, akan dapat mengimbau kembali nostalgia yang ditinggalkan. Jika tidak digarap dan disimpan dalam bentuk penulisan, ia hanya akan tinggal memori yang mungkin suatu hari nanti lenyap sedikit demi sedikit dari kotak ingatan masing2 seiring dengan pertambahan umur. Bagi pembaca umum yang senantiasa mengekori penulisan keme di sini, keme ucapkan berbanyak terima kasih. Semoga setiap episod yang dikongsi akan memberi sedikit maklumat dan hiburan dalam pembacaan semua.

Keme keme keme bertolak dari Shah Alam seawal 7 pagi, ambik sorang2 disepanjang perjalanan. Bermula di Seksyen 20 ke Seksyen 7 Shah Alam kendian di R&R Sungai Buloh. Maka bermula lah misi mencari chef mee ketam terbaik ke Pulau Pinang di hari Jumaat yang barokah.

Dari atas sebuah bukit paling tinggi di Pulau Pinang
Hari jumaat memang la barokah kan, tapi keadaaan jalan raya dan lebuh raya tak begitu membantu membarokahkan kami disepanjang perjalanan. Dok ulang keluor masuk keluor masuk highway dek kerana tak larat mengesut-ngesut sehingga boleh tersengguk-sengguk memandu.

Keme keluor dari highway ikut jalan lama di bukit beruntung, memang untung la sikit, tapi tak la membantu sangat. Langsung membelok2 sampai Slim River, kendian masuk semula highway PLUS di Behrang, terus melekat, vontot-to-vontot. Menyesal pulak masuk highway. Sampai Kampar keluor balik ikut jalan lama. Nasib baik jumpa tandas, tapi lupa di mana ya.... Lepas tu kenderaan di jalan biasa sama jer melekatnya seperti di highway. Sampai Ipoh lega la sikit. Boleh la tekan pedel minyak tu kuat sikit dari Ipoh Selatan ke Ipoh utara macam orang gian tak jumpa padel minyak. Ingat boleh la pecut sampai simpang keluor ke Kamunting. Nan ado. Lepas terowong menora, kenderaan kembali melekat. Rase rimas dan sempit dada. Otak pulak memang lama dah tertekan. Kesian sorang lagi kawan di Bagan Serai yang sudah sedia menunggu dengan hasil mahsul dari Kuala Kurau yang akan dibawa khas ke Penang.

Janji pukul 11.00 - 11.30 sampai Bagan Serai, nak ler lepak2 jap kat rumah dia ambik nafas. Ingat nak bertolak ke Penang lepas zohor. Gitu rancangannnye. Alih2 pukul 3.00 baru sampai Bagan Serai. memang tak cukup masa la kan. Tetiba dari simpang mana entah lepas keme keluor dari tol Kamunting nak ke Bagan Serai tu, keme perasan ade satu kereta warna putih dok ngekor. Aisssshh... sapa lak ni, keme silap tang mana? Tengok tali pinggang punye tanda, okay jer tak keluor tanda merah, keme pakai la kan, tengok penumpang sebelah, ade jer dia pakai. Ish.. salah tang mana lak ni. Seghabut otak aih pikiaq. Keme langgor lampu isyarat ker ? memang keme tak perasan la kan. Telefon bimbit memang tak sempat nak pegang la.  Jadi pasai pa dia dok ngekor cheeeeeeq.....

Keme bawa kereta pelan2, dia nak potong ke tak, keme nak duga dia. hek eleh...dia bawa pelan2 jugak. keme ke tengah dia ikut ke tengah, keme ke tepi pun dia ikut ke tepi. Keme buat akai lain pulak, pecut laju sambil potong lori nak tengok dia ikut lagi tak. Tengok cermin belakang dia lagi terer memotong dan menyelitkan keretanya antara lori dan kereta dari arah hadapan. Dalam hati kata dia nak keme berlumba ke ni. Mentang2 jalan ni lurus. Ko nak cabor teman ye, bekas pelumba haram dan kaki rempit di ibukota ni. Tapi disebabkan kerete keme penuh dengan penumpang, keme pujuk hati bawak bersabor dulu. Akhirnye keme berhenti tepi masjid Telok Medan sebab nak pastikan lokasi rumah kawan yang dah lenguh mata menunggu tu. Kereta putih tu pun berhenti agak jauh2 sikit kat belakang keme.  Jenuh la keme dok tenung melalui jendela cermin kereta. Tak nampak kelibat orang dalam kereta tu. Gelap jer.

Keme dok pikiaq, dari geng kongsi gelap mana la yang cuba nak mendidihkan otak keme ni. Tak pe, Sambil kengkawan keme berinteraksi dengan kawan di Bagan Serai ni, keme perati jer kereta putih tu kot2 dia nak buat serang hendap ke, keme kene dalam keadaan bersedia..hehe, Keme teruskan pemanduan secara perlahan. Dia mula bergerak mengekor keme kembali. Akhirnye keme sampai kat rumah kawan keme tu tak jauh dari masjid Telok Medan. Rumah tepi jalan besar jer. Cekak pinggang dia nengok keme keme keme ni sampai. Menunggu pun letih tau, katanye. Keme keme ni hehe kan aje lah. Nak buat cemana. Dah jem tahap gaban. Kereta putih tadi pun berhenti jugak kat belakang keme. Kali ni dia berhenti betul2 di belakang keme, sikit jer lagi nak hentam belakang kereta tanda salam perkenalan. Keme jeling kembali cermin sisi sambil nunggu dengan penuh tanda tanye dan kesangsian, siapa ler gerangannye yang begitu berani sekali mengekor keme tanpa usul periksa.

Akhirnye keluor la seorang perempuan !!!, ala-ala gangster.. dalam hati keme kata..fuyooooo..gangster kampong pisang mana ni ! bertudung litup lak tu. keme tenung dia lelama. La.....kawan lame ngupernye, yang dok kat Kg Pisang Kemunting. Memang gangster Tepen la. Tersengih2 dia keluor dari kereta putihnya. Woittt !! Hang ka.. Aku ingat gengster mana nak ajak aku berlumba...haha. Dah ler kecik comel jer, tak padan bawak kereta macam pelesit tu. mentang2 jalan2 tu semua dalam tanah jajahan dia. Dia tak ngabor awal2 dok belakang keme. Buat keme saspen jer. Lupa pulak keme nak lekuk dia sekali atau jentik kening dia.

Kawan yang dok kat Bagan Serai pulak dah tak nyenyabor nak bergerak ke Penang, dah penat sesangat agaknye menunggu kami sampai, keme ingat nak luruskan kaki kejap kat rumah dia. keme barghu keluor dari kereta, langsung dia suruh laki dia angkat kotak putih yang berisi ketam2 ke dalam kereta. Keme terpinga.. Makanya terpaksa la keme keme keme ni meneruskan perjalanan semula. redho.... hanye ketam jer masuk bonet kerete keme, orangnye dimasukkan ke kereta putih, si gangster kg pisang kamunting tadi yang kosong jer tempat duduk belakangnye.

Gitew la ceritanye Aku dan Kereta Putih di Bagan Serai.......tamat

Hari tu cuaca memang cukup panas kome, membahang dan tekak rase kering semacam. Dari pagi tadi begelen dah ayor keme togok, dan dah beberepa perhentian pulak dah keme singgah semata2 nak keluorkan balik gelen2 ayor yang keme togok tu. Tapi kali ni tekak keme rase nak makan cendol... Itu ler yang terkeluor dari mulut keme. Pandai sungguh lidah ni mengeluorkan kata2 gitew. Minta co-driver wasap ke kereta putih untuk cari cendol sedap punye di tanah jajahan deme. Permintaan keme tak dihampakan. Biorkan aje la orang2 yang di Bayan Baru menunggu keme keme keme keme dan ketam dengan sabor. Keme tak boleh pikior dah ke deme ni, kene layan dulu otak cendol keme ni.

Sampai simpang ke Pekan Parit Buntar, kereta putih masuk kanan. Nak bawa ke kedai cendol paling sedap katanye. keme ngekor jer. Keme pernah masuk pekan ni dulukala, boleh ingat lagi la jalan2 nye. Sekali dia pusing pekan tu dan keluor balik menuju jalan utama bagan serai -penang semula. Ape cerita ni ! keme keme keme dalam kereta ni, terpinga-pinga. Apahal lak dia keluor semula ke jalan utama terus ke Penang ni, keme nak makan cendol leeeeeeerrrrr... menjerit urat tekak keme yang paling dalam sampai tak mampu nak luahkan kat kengkawan dalam kereta. Tak sampai 2 kilometer dia berhenti di tepi sebuah gerai belah kiri. Keme tengok...oooooo... Ade gerai jual cendol ghupernye. Dia bawak tadi tu saje pusing2 pekan parit buntar kot, kami menduga2. Kedai cendol ni siap ade tempat parking dan tandas. Lega jer rase bila tengok ade tandas...hahahaha

Sabar menanti detik2 cendol menuju kerongkongan


Sengih dapat cendollll !!

Dah turun pi lepak kat gerai tu baru lah gangster kg pisang kemunting tu kabor, yang kedai cendol kat pekan Parit Buntar tu tutup. tu yang terus keluor. Idok ler keme perasan kedai yang mana kan. Sebab bukan tanah jajahan keme.


Cendol terbaik !

Orang tak la ramai mana kat kedai ni. Mungkin awal lagi kot atau dah nak abih cendolnye. Lupa pulak keme nak skodeng sebab terlebih excited nak layor cendol tu kat kerongkong. Ade yang order cendol pulut tapi tekak keme ni cukup la dengan cendol biasa ajer. Keme tak nafikan yang cendol dia memang sedap. Tak sia2 membrek di kedai deme ni. Santan segar yang pekat, air gula yang sedang2 manis. isi yang secukupnye Peerrrggghhh... beberapa kali sudu jer dah abih... kusyuk menikmati juadah. Tapi selalunye kalau makanan dan minuman sedap ni tak boleh ulang mangkok yang kedua, dia punye carta excitement tu dah menurun...cukup la setakat merasa kat anak tekak. Kang tak mampu pulak nak fokus pada pemanduan di hari yang panas terik ni.

Kejap jer kami lepak kat kedai ni, tak sampai pun setengah jam sebab nak cuba sampai di Bayan Baru secepatnye takut ketam2 yang dok belakang bonet tu menggelupor serta menjeit2 kepanasan kan. Jalan Bagan Serai -Penang nampaknye tak berapa teruk la jem nye. Cuma biasa la kan, jalan lama, banyak lampu isyarat dan lori2 bertebaran di jalanraya. Deme pun nak guna jalan jugak. Maka tak boleh la pecut sangat. Dah kabor dah kat gangster kg pisang kamunting tu, tahu lah tanah jajahan kome, bawak kereta tu ingat-ingat la orang belakang ni kan.


Sampai simpang ke Jambatan kedua, Jambatan Sultan Abdul Halim nama diberi nama. kenderaan semakin sedikit. Ramai tak mau lalu ikut jambatan ni sebab tol dia mahal sikit dari yang jambatan lama tu kot, tapi bagi kami, guna jambatan ni lagi dekat nak ke Bayan Baru. Pemandangan atas jambatan ni boleh tahan jugak. Langit cantik, laut pun membiru. Tapi tak de tempat nak berhenti. Ade gak niat nak buat kerja2 tu... berhenti di tepi jambatan ikut sukasuki hati. boleh ??? Keme bawak pun perlahan jer sambil menghayati panorama alam dari atas jambatan yang melengkor macam ulor ni. Keme tengok gambor waktu malam kat atas jambatan ni cantik jugak, Tapi dengor kabor ade hantu...betul ke ?


Menuju Pulau


Luas, damai
Akhirnye, setelah meredah jalan yang berliku, sampai juga kami kat rumah kawan yang jadi host jjcm Penang pada kali ini di Bayan Baru. Itu pun setelah menyesatkan diri seketika. Tapi keme tak kisahpun sesat2 ni. Sesat kat pulau jer pun.. tak ke mana pun hilangnye kan... Pukul 5.30 pm kami sampai, disambut dengan beberapa orang kawan lagi yang telah bersedia membantu host di dapor. Maka tamatlah perjalanan kami dari Shah Alam ke Pulau Pinang selama hampir 11 jam..!!!!! Sakit belakang ke dok lelama memandu ?  Keme dah biasa... Sedangkan naik bas di negara2 asing pun lebih dari tu.. So apa la sangat setakat bawak kereta ber-ekon di negara sendiri kaaaaannn.....hehe

Jumpa jer kawan2 lama ni bagai satu histeria.. haha..kome dapat bayangkan dak ? Sampaikan budak2 dan bapak budak terkejut anakonda melihat gelagat remaja2 tua ni tetiba...dari muka pintu membawa ke sudut dapor yang paling hujung tu....Gitu la kalau remaja2 tua yang dah lama tak ketemu. Riuh satu taman. Nasib baik jiran2 sebelah menyebelah tak de. Kalau ade pun, ade keme kesah. !!! Keme biasa la kalau pergi rumah kengkawan ni, keme suka belek dapor deme, tengok apa ade atas dapor tu, atas meja dan dalam peti ais.. haha...

Selesai sesi salam-menyalam dan berhisteria bertemu semula setelah bertahun2. Barulah teringat ketam yang kepanasan di dalam bonet. Suruh budak2 remaja lelaki yang bersopan santun tolong angkat ke dapor. Nasib baik laki kawan kat Bagan Serai dah siang siap2 lepas tangkap kat pengkalan kelmarin, cuma kena basuh sekali lagi dan terus masukkan dalam periuk berisi kuah mee ketam resepi terbaik kawan keme yang dah sedia di atas dapor. Mee ketam adalah menu utama dalam perjumpaan kali ini. keme memang bersyukur sesangat ke hadrat Ilahi kerana mendapat kawan2 yang pandai masak. Selain mee ketam sebagai juadah utama kami untuk perjumpaan petang sehingga ke malam ni, ade yang bawa lain2 makanan untuk memeriahkan lagi suasana perjumpaan kami. Semua nye sangat sporting.


Nasib mu si ketam

Kuah mee ketam - menggeletor semula urat tekak keme tengok gambor sambil menyiapkan penulisan ni
Keme tak jumpa lagi mee ketam yang pekat dan sedap seperti yang kawan keme buat, siap suruh dia buka restoran mee ketam kat Teluq Kumbaq nun, tepi laut tu. Paste buat sendiri. Asli dan terbaik. memang boleh buat niaga la. Kalau tangan pandai masak ni, masak apa pun sedap. Terer lak tu buat kek hokkaido... dan banyak tempahan dia terima dari pelosok Pulau Pinang dan Seberang Prai.

Kebetulan 1 May ni hari jadi tuan rumah, Ade dua kek yang dihantar oleh kawan yang jadi franchisee secret recipe di Seberang Prai mai hantaq malam sebelumnye. Disebabkan dia tokey, kami order kek ikut sukasukahati jer. Tokey layan dan iye kan jer kehendak kami ni dan memang terbaik la kek yang di sponsor walaupun tuan kek tak dapat hadir memeriahkan perjumpaan akibat komitmen ke Trengganu terpaksa diteruskan walau hatinye berat nak jumpa kami di sini. Satu kek hari jadi dan satu lagi kek geder2an kami. Best tak kome pikior ?


Bila semua bersatu padu di dapor menyediakan juadah dan tolong jadi mandor sekali ( keme la tu ), kami mulakan sesi petang tu dengan memotong kek. Keme ambik peluang sebagai wakil geder2 kali ni memotong kek tersebut. Sambil tu sesi bergambar juga berjaya dirakam oleh bebudak yang ada. Banyak sungguh cameraman dan camerawomen sepanjang proses memotong kek. Potong kek jer pun, riuh setaman...itu la perempuan.......

Petang tu kami ade 9 orang yang dapat datang hadirkan diri. Cukup meriah makan kat meja bulat tuan  rumah, Walau tak cukup muat, bagi kasi himpit jer keliling meja bulat tu semua termasuk lah anak2 kecik yang nak join duk kat meja bulat tu jugak !!! Dari satu cerita ke satu cerita, dari satu pinggan mee ketam ke pinggan yang kedua. Kek dan cendawan goreng serta lain2 menu yang telah tersedia. Keme memang dah tak boleh angkat punggung dah dari tempat duduk tu. Bukan setakat kenyang, nak meletup rase dada dan perut akibat terlebih lahap. Tak sedor sambil sembang tangan ulang alik menyuap ke mulut. Alasan jer kan. Tu la dinamakan dasar tak sedor ke dighi. Tapi keme nak buat macamana, mee ketam tu sangat sedap. Superb !!!

Cendawan goreng-masa goreng tu dah separuh habis kat dapor

Terima kasih keme ucapkan pada host Bayan Baru kerna menyediakan menu yang menarik dan sedap ni. Peace yoo..
Antara juadah tambahan
Rajin deme di dapor.. Jangan nak curi2 tulang ye.......

Mengupas Harumanis Katanye

Ke Bukit Bendere kite..katenye...
Membelek2 majalah sekolah zaman dulukala...

Kiri ke Kanan - Sek 7 Shah Alam, Gangster Kg Pisang Kamunting, Bukit Mertajam dan Bagan Serai
Petang tu hanye kami 9 orang sahaja tanpa kelibat si kembar bersama keks tempah khas...

Selamat Hari Jadi sahabat. Hari jadi dia satu dunia kene cuti... Dasat...

Kebuloq yang teramat dah ni

Kusyuk.......
Peeerrggghhh.... Sedap ya amat...majoriti tambah pinggan kedua....
Macam2 cerita keluor dari zaman persekolahan sehinggalah sekarang. Riuh dengan hilai tawa dan kunyah-mengunyah. Tak sedor dah maghrib tapi tak bangun2 dari kerusi di meja bulat tu. Habis cendawan, tuan ruamh goreng lagi sebesen. Ambik ko...kunyah la sampai kancing gigi...

Lepas maghrib, berita terbaru diterima, Si kembar dah sampai ke hotel deme tak jauh dari rumah host di Bayan Baru ni. Wow, menjerit memasing bile deme kata akan sampai sekejap lagi. Alhamdulillah, terima kasih pada Azian dan Azima yang sanggup datang dari Ipoh dan mengharungi kesesakan jalanraya seperti keme tadi.

Si kembar memunculkan diri di muka pintu

Berlaku serangan histeria kali kedua - terkeluor bahase keme...best ooo...ade lawan cakap..hehe

Meja bulat tak cukup besor - Bersama si kembar
Bile si kembar sampai jer dimuka pintu...apa lagi kan...jeriiiiiiiitt...tu jer ler koje, deme punye slanga Perak tu yang tak boleh tahan. haha...sambung semula makan di meja bulat.

Tiada perkataan "berhenti mengunyah".... haha

Tahun depan kite serang Ipoh ye..kate deme...keme okay jer...isi minyak, start enjin, jalan.....

Kami - selepas kekenyangan
Depan duduk kiri ke kanan: Ros balik pulau, Chida bt caves, Izam si gengster kg pisang kamunting.
Berdiri lutut kiri ke kanan: Si Kembar Azima Ipoh, Sara Bt Mertajam
Berdiri kiri ke kanan : Aya balik pulau, Julia Bagan serai, keme, Shemy bayan baru, Shake Shah Alam dan Si kembar Azian Ipoh.

Keme dah set kan masa sampai pukul 11.00 pm jer kita bergebang kat sini. Ramai anak2 kecik yang dah kepenatan dan bebudak pun dah kebosanan melihat gelagat remaja2 tua ni bergebang. Kami pun beredar dari rumah host dan meneruskan perjalanan ke Balik Pulau.

Sementara menunggu drebar si kembar datang ambik deme balik ke hotel, kita snap seketul dua sebagai kenangan
Bukan senang nak buat perjumpaan begini. In Shaa Allah, jika ade kelapangan di tahun2 hadapan, kita akan cuba sedaya upaya berkumpul lagi untuk berhisteria dan mengeratkan tali silaturrahim sesama sahabat lama.

Wassalam

Friday, 8 May 2015

Malaysia - Penang - Aku dan Kucing

Assalammua'laikum dan salam sejahtera


Aku dan Kucing Tembok


Hang tengok apa tu cin ?


Awat la hidung hang ni comot

Tu jer citer kali ini. Hehe....

Lokasi : Chulia Street dan sekitarnya di Pulau Pinang
Tarikh : 2 May 2015

Wassalam

Saturday, 11 April 2015

China - Kunming - 4 Tempat Wajib Lawat Apabila Anda Berada Di Kunming.

Assalammua'laikum Pembaca Semua

Mengembara ke Negara China, meninggalkan berbagai kenangan untuk dibawa pulang. Setiap wilayah mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Wilayah Yunnan terletak di tenggara negeri China bersempadan dengan Negara Vietnam, Laos, Myanmar dan juga Wilayah Autonomi Tibet. Ibu Negeri nya, Kunming terletak 2000mtr dari aras laut dan bercuaca sederhana tropika. Bak kata orang, nyaman untuk berjalan di bandarnya. Kunming mempunyai penduduk lebih kurang 8 juta orang. 

The Stone Forest
Sekiranya anda mempunyai cuti yang pendek dan ingin melancong ke Kunming, keme cadangkan untuk percutian pendek anda selama 5 hari 4 malam, beberapa destinasi berikut boleh anda pertimbangkan di dalam aturcara lawatan anda.

Hari 1

Jika anda memilih penerbangan MAS, anda sampai di Kunming lebih kurang pukul 1.40 pm. Sebaliknya jika anda pilih penerbangan Air Asia, anda akan sampai di Kunming pukul 5.00 pm. Pilihan di tangan anda. Penerbangan KL -Kunming memakan masa selama 3 jam 40 minit.
Saya cadangkan anda memilih hotel atau hostel penginapan di kawasan Jinbi Road, kerana di situ malamnya meriah. Banyak kedai dan restoran muslim. Masjid berdekatan antara satu sama lain dan banyak pusat membeli belah.
Anda boleh menghabiskan hari pertama anda di Kunming dengan berjalan2 di kawasan ini. Anda boleh beramah mesra dengan penduduk Islam di kawasan masjid di sini dan peniaga2 jalanan muslim.

Hari 2

Habiskan hari anda menyelongkar The Stone Forest. Sebuah kawasan hutan batu yang unik. Yang pastinya ia tak ade kat Malaysia, so kene ler ke sana nak tengok formasi2 batu2an yang unik yang berkeluasan 300 ekar keseluruhannya. Terdapat juga aktiviti2 etnik minoriti membuat persembahan kebudayaan di dalam kawasan ini.  Stone Forest ni terletak 90 km di sebelah timur Kunming. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit.
Tiada makanan halal di sini, seeloknya bawa bekalan roti untuk ada berkelah di dalam kawasan ini sambil melihat keindahan alam semulajadi. Terdapat jualan ubi rebus, jagung dan buahan yang boleh juga anda dapati di sini untuk menambah tenaga akibat keletihan berjalan di kawasan yang luas.

Hari 3

Pergi lah membeli belah di sebuah kawasan Pusat Borong terbesar di Kunming yang terletak di sebelah selatan Bandar Kunming ini. Rugi sekiranya anda tidak mengunjungi pusat borong ini. Pusat Borong Luosiwan yang mempunyai 16 blok2 bangunan perniagaan dan setiap satu mempunyai 5 aras yang telah menetapkan jenis2 jualan barangan secara borong dan runcit. Segala jenis barangan terdapat disini yang datang dari seluruh pelosok Negara China. 
Sekiranya anda seorang yang pandai dalam membuat tawar-menawar untuk mendapatkan diskaun harga, sini adalah syurga membeli belah bagi anda. Pastikan luggage telah dibeli siap2 jika anda memilih Air Asia. Bergembiralah dengan 30kg luggage free yang diberikan oleh MAS jika ini pilihan penerbangan anda.

Hari 4

Terdapat 2 tempat menarik untuk diteroka dalam satu hari. The Dragon Gate yang terletak di Western Hill di sebelah tenggara Kunming menyajikan pemandangan yang cukup indah. Menaiki Cable car dan chairlift di tepi bukit mengadap ke tasik Dianchi memberikan anda kenangan yang tak akan anda lupakan apabila balik ke Malaysia.  
Turun daripada Western Hill ni, anda boleh meneruskan lawatan ke Tasik Dianchi. Terdapat tempat kebudayaan untuk 25 etnik di Yunnan yang anda boleh lawati dan membeli belah di kawasan tasik ini. Terdapat beberapa makanan muslim yang boleh anda cuba.

Hari 5

Anda boleh menghabiskan masa dengan berjalan2 di sekitar Jinbi Road sementara menunggu penerbangan pulang. Sekiranya anda mengambil penerbangan Air Asia, anda mempunyai bonus masa di sebelah pagi kerana anda masih berpeluang membuat lawatan ke Black Dragon Pool di sebelah utara Kunming. Perjalanan ke Lapangan terbang mengambil masa lebih kurang 40 -50 minit bergantung kepada keadaan trafik ketika itu.

Chairlift di Western Hill

Jika anda ingin dapatkan informasi yang berkaitan tempat lawatan di atas, anda boleh baca entry China yang telah keme tulis di blog ini.

Semoga informasi ini bermanfaat buat percutian pendek anda ke Kunming.

Sekian, terima kasih dan selamat mengembara.
Wassalam