Friday, 6 March 2015

India - Karnataka - Bangalore Palace dan Melayan Si Tempe di Butik2 Jalan Infantri dan sekitar

Assalamua'laikum warohmatullahi wabarokatuh kepada semua pembaca Muslim yang budiman dan salam sejahtera kepada pembaca yang belum muslim. Hidayah itu milik Allah. Semoga anda semua berkesempatan melakukan pengembaraan di muka bumi ini tidak kira lah dalam mahupun luar negara. 


Namaskaram ( Maksudnya selamat sejahtere dalam bahasa Malayalam ). Malam tu sampai jer AJ International Hotel setelah seharian suntuk dalam perjalanan, baru la keme dapat luruskan badan berbaring jap sebelum keluor cari makan malam. Keme tempah hotel ni guna Agoda.com untuk tujuan nak buat visa jer. Sebenornye keme tak mau duduk kat hotel ni. Ingat nak batalkanlah setelah dapat visa dan sebelum deme caj kad kredit keme pada tarikh yang telah ditetapkan sebab keme rase masa bace sebelum buat tempahan tu agoda kata free jer kalau nak batalkan tempahan, tu yang keme confident jer. Tapi bila keme cuba nak batalkan setelah visa keme lulus tup tup dia kata akan dikenakan penalti sebanyak USD 15.00. Huh.. angin je pikior. Hampeh betul.

Kenapa pulak keme nak batalkan hotel ni kan ? Sebab keme jumpa hotel yang jauh lebih murah dari hotel AJ ni tapi tak de dalam Agoda.com. So tak leh nak tempah untuk tujuan buat visa. Nasib baik la jugak keme pilih hotel AJ ni, dekat ke Commercial Street tu. Kalau keme pilih hotel pakai muat jer yang ntah di pelosok mana letaknya di Bangalore ni memang kes naya untuk diri sendiri la jadinye kan...untuk pengetahuan umum, keperluan nak buat visa antara prosedurnya ialah tiket penerbangan dan tempahan hotel sekiranya kome tak de kenalan di India.

Dah baring2 kat bilik tu kalau silap gaya mau nye tertidor sampai pagi, so cepat2 bangun semula dan keluor cari makan malam. Tak tau nak tuju jalan mana dan simpang mana, ikut jer gerak hati. Cari jalan arah ke Commercial Street. Tapi tengah jalan dah kene tahan dengan pemandu auto yang dok lepak depan hotel Kamat ( Hotel yang paling dekat ke Commercial Steet - cuma beberapa langkah jer ke masjid di jalan jumma masjid berhampiran Commercial Street ni ). Hotel AJ ni jauh sikit jer dalam 150 meter gitew.

Dia tanye kiteorang nak ke mana, buddy kabor la ke dia yang kiteoreng dah kebulor sesangat ni nak cari makanan halal. Dia pun apa lagi, cuba la membantu sambil mengelentong. Kenapa keme rase dikelentong ? sebabnya kat commercial street yang tinggal beberapa langkah lagi tu jer pun ade beberapa restoran halal. Cuma nye kiteoreng tak tahu lagi la kan, baru sampai dan belum buat penerokaan lagi.. haha...kene dah dengan Si Tempe di hari pertama di Bangalore. Dia kabor la kat sini tak de restoran halal, nanti dia bawakkan kat hotel halal punye, jauh sikit dan dia caj 50 rupee. Keme pun tak leh pikior jauh mana restoran tu kan. Dia sebut 50 rupee jer otak keme siap kira dan tukar dalam ringgit. Otomatik kome otak keme ni, dah macam money changer lak, tak leh buat apa da.... kat sini hotel bermaksud restoran ye, jangan pening pulak kalau kome ke sini. kalau hotel penginapan kome kene sebut lodging, baru deme paham.

Kalau dah kebuluran tu sel2 otak tak berapa nak berhubung sangat kan, so kiteorang ok kan ajer la. Dah rezeki dia la tu maknanya. Suker2 keme je kan nak sedapkan hati...hihi. Naik la auto dia dan lalu semula depan hotel keme duduk, Tak jauh pun sebenornye restoran tu. Cuma dia terkenal di kalangan penduduk tempatan. Adalah dalam linkungan 400 meter jer pun dari hotel AJ. Laaaaa... Ghuper nye dia bawak kiteorang ke Hotel Empire, Hotel yang keme verangan nak tempah haritu kalau keme dapat batalkan tempahan Hotel AJ. Empire Hotel ni kepunyaan Muslim dan kebanyakan pekerjanya juga adalah muslim. Terdapat restoran halal di hotel ni, tu yang pelancong muslim samada dalam dan luar suka menginap di hotel ni. Ia juga mempunyai banyak cawangan di sekitar Bangalore ni. Masa keme sembang dengan officer bertugas, kalau tak silap keme dia ada kabor 18 biji hotel rasanya. Di Bangalore ni saja.

Menikmati Briyani kambeng di Hotel Empire, Terletak di Central Street tengah2 antara Cubbon Road dan Infantry Road dalam Dearah Shivajinagar. Abih makan, balik jalan kaki jer ke hotel.,

Keme tengok menu nampak briyani jer la kan. Lapor wei... Keme order briyani kambing. Perrgghhhh.. sedapnye makan bile lapor. Order satu jer, jangan tamak sebab portion dia memang akan kenyang untuk makan dua orang. Antara kambeng dan ayam memang keme lebih suke pilih kambeng. Kalau ayam ni keme terpikior ayam kene cucuk jer. Tu yang keme kurreng sikit ngan ayam ni. Even kat Shah Alam pun keme tak beli ayam di pasor2. Bukan la keme nak riak ngabor ke kome ni, cuma tekak keme ni rase menggeletor macam lepas kene cucuk bila pikior masalah ayam tu. Keme lebih rela beli di kedai Az-Zain jer kalau keme terasa nak makan ayam. Kenapa Az-Zain ? Kome boleh pergi survey la kalau nak tahu kenapa. Warga Shah Alam mesti tau punye. Kalau kome tak tau memang nak kene jentik dahi ngan keme. Restoran kat Empire Hotel ni beroperasi sampai tengah malam. So tak risau la kalau kome shopping tak ingat dunia dan tetiba baru rase kebulur memalam buta. Boleh datang sini tanpa ragu2 dan bimbang.

Keme bawa ayor mineral dari Malaya. Macam ghiso jer sebelum datang sini takut tak jumpa ayor mineral. Terukkan keme ni, takkan lah bandor besor yang lebih dari 10 juta penduduk takde jual ye dok. Melambak jer sebenornya. Tu gatei namanya...haha...Saje nak beratkan bagpack ngangkut ayor.

Hari kedua di Bangalore, kiteorang keluor lewat sikit la, penat semalam seharian dalam bas kan. Pukul 9.00 pagi baghu la terhegeh2 nak pakai kasut. Keme ni jenis yang bersarapan pepagi bute. Dah terbiasa. Pukul 7.00 pagi dah bermengkaghung peghut minta diisi. Keme telepon service bilik minta deme hantor ayor panaih menggelegak. Senang keme nak makan oat segera bagi alas peghut dulu. Bagus jugak la hotel AJ ni, deme ade letak ayor mineral siap2 dalam bilik. Cuma tak letakkan cerek leterik. Semua hotel yang keme lepak selama pengembaraan ni ade wifi free kat bilik. So memang senang la sesangat nak layor internet.

Depan hotel AJ, masa ni tak tau nak tuju arah mana dulu. 
Konon2 nak tuju Commercial Street jer

Gereja sebesor alam depan Hotel AJ

Kiteorang pusing balik tuju arah ke Hotel Empire. Masa jalan baghu pikior nak pergi arah mana. Ni jenjalan tak de pendirian namanya.. muahahahahahaha

Sampai depan Empire Hotel, longlai jap lutut buddy keme, restoran deme tak bukak lagi. Aaahhh sudah..ke mana pulak nak cari restoran muslim pepagi ni. Nak pusing balik ke Commercial Street macam jauh sangat la pulak. Tak pe la, kiteorang jalan lagi tuju MG Road jer, kot2 kat sana dah ade restoran yang dah bukak. Sedapkan hati memasing. Kiteorang jalan lagi. 

Ni simpang empat depan Empire Hotel, Jalan terus akan tembus MG Road. Kat Cubbon Road ni ade park, tapi keme ni mana ler suke sangat nak ke taman2 munge ni kan.  

Nak menyeberang jalan pun satu cabaran jugak kat sini. Kene hati2 ngan auto dan motor sebab deme bawak laju dan kurang menggunakan brek. Brek disk deme tu haus ajer nampak gaye. Lagi satu deme suke2 buat pusingan-u dimana2 terasa jer.

Stesen MRT di MG Road. Nak naik tak tau nak pegi mana dan keme tak explore pun laluannya.

Sampai kat simpang empat kat MG Road ternampak hotel yang dalam pilihan untuk diduduki iaitu Hotel Sri Lakshmi. keme lalu kat area situ. Tak jumpa jugak restoran yang bukak pepagi ni. Ikut pulak Church Street, terjumpa pulak Empire Hotel cawangan MG Road ni, pun sama, tak mula pun lagi perniagaan restoran deme hari ni. Baru bukak pintu separuh.

Kiteoreng jalan lagi sepanjang Church Street ni sambil tengok keliling. Tak nampak gaye ade restoran kat sini. Pub dan cafe kebaratan jer yang keme nampak. Memang tak bukak nye la sebab mesti lah deme baru tutup sebelum subuh tadi kan dan kalau bukak pun tak sior keme nak jengah.

Pusing balik ke jalan besor MG Road simpang empat selepas MRT station. Kiteorang disapa oleh pemandu van. Terus dia kata tempat ni tak bukak lagi. Kang kul 11.00 am baru bukak. maklum la kan, MG Road area ni kira macam ala2 kawasan Bukit Bintang gitew. Kiteorang pun jawap nak cari kedai makan kat sini tapi tak jumpa2. Apa lagi, dia pun baling pancing ngan umpan besor punye. 

Dia pun tunjukla ngan tangan nun jauh ntah area mana katanya ade market area yang dah bukak kat sana, then sambil2 tu boleh shopping kain2 sari dan krafttangan. Banyak katanya. Keme kata le yang kiteorang ni tengah cari kedai makan muslim halal. Sambil geleng2 kepala dia kata kat sana pun ade, dia boleh bawakkan. Bayor jer dia 30 rupee, katanya then lepas makan dia boleh bawakkan pergi shopping. Kiteorang pulak kata lepas makan kiteorang tak mau pergi shopping, kiteorang nak pergi Bangalore Palace, Pun dia geleng2 kepala kata dia boleh bawakkan jugak. Kiteorang pun pening palle mikior. Semua pun boleh tapi gelengnya bukan main lagi. Tempe sungguh!!!

Paratha dimakan dengan kima ( daging cincang ) - sedap kima tu, pertama kali keme cuba. Lain kali boleh buat lagi. Sarapan kiteorang ni bernilai 85 rupee.

Daging Masala - daging ni dah diperap semalaman. keme tengok kat situ ade sebesen besor. Deme masak atas kuali leper ni sikit2.

Akibat pujuk rayu yang berkali2, kiteorang pun layankan ajer la si mamat tempe tadi. Sebenornye keme tak paham sangat pun cara dia cakap tu, tapi gelengkan jugak la kepala. Tapi kan jangan silap geleng wei. Kalau kita ikut rentak geleng deme tu maknanya kite setuju sebenornya. Mana idoknye, dah sambil bercakap dok geleng2, kite pun tergeleng ler sekali. Nak buat cemana kan, kepala keme automatik bertindakbalas menggeleng.  

Kiteorang naik la van dia kat seberang jalan tu. Dia pusing balik buat pusingan-u sesedap kepala hotak dia jer menongkah arus, memang tak sayang nyawa sungguh dia ni. Seghiau keme tengok. Tapi ade dia kesah. Saborkan ajer ler. Dia bawak ke kedai muslim untuk kiteorang bersarapan pagi tu. Dia takde la nak bersarapan kat kedai tu kan, tapi dia tunggu jer kiteorang kat luor. Takut kiteorang lari. memang keme ade niat pun..hahaha...ghuper nye kedai ni hanye 250 meter lebih kurang jer dari hotel AJ. Hampeh tul.. di hujung simpang Jalan Bowring Hospital ni jugak...huh...

Lepas makan dia tunggu dah depan restoran tu, memang tak leh nak lari la kan. haha. Naik jer la van dia tu, bawak kiteorang ke sebuah butik saree dan kraftangan. Butik!!!...Ambik ko...tetiba keme seluk poket, cari sampul surat yang keme isi rupee dalamnya...Errrrrr... baru sampai Bangalore dah pergi menyopping..kata keme dalam hati..Tak leh jadi ni..Dah lari dari matlamat asal ! Takpe..layankan ajer dulu kedai ni, jamu2 mata dan tak semene2 keme terkempiskan sedikit rupee dalam sampul surat tadi.

Buddy sedang memilih fridge magnet di Butik!! Haha....ok jer la harga dia, sama jer macam kat jalanan. Biasa la kan pelancong memang selalu kene pancong. Kat sini kiteorang terborong dengan harga 100 rupee satu. Siap dapat free lagi beberapa ketul.

Lepas tu dia bawak lagi ke Butik yang kedua, ketiga...dan keme dah mula bengang. Keme kabor ke dia yang kiteorang tak mau dah pegi butik butik ni. Kiteorang nak pergi Bangalore Palace laaaaaaa...Ok ok ok..dia kata. Kendian dia kata la yang kalau dia bawak kiteorang ke Butik2 ni, dia akan dapat kupon guest dari pihak Butik ni. 'Tolong la sayaaaaaaaa' , sambil geleng2 kapala. Okla okla, kiteorang tolong, tapi sekarang bawa keme keme ni ke Bangalore Palace..Keme ngan buddy dah bengang ni. Angin kuskus dah mula nak berpusing...Sebelum topan Malaya tiba, baik ko pandu jer ke sana..keme mengomel sensorang.    

Sebelum dibawa ke Bangalore Palace, dia singgahkan kiteorang di Parlimen House dulu. Tapi bukan boleh masuk pun. Setakat tengok kat luor jer pun. Memang besor la bangunan dia. Cantik senibinanya. Ade keunikan di situ. Kalau la boleh masuk memang puas hati bergambor.

Parlimen House - Besor giler

Sebelum pergi semula ke van dia yang diletakkan di tempat parkir depan Bangunan Mahkamah berhampiran Parlimen House, kiteorang melencong sekejap ke Bangunan Mahkamah Tinggi tu. Saja jer nak tengok bangunan nye yang nampak unik dari jauh dan dicat warna merah menyala. Tangkap ler gambor sekeping dua kat depan bangunan. Nak jelajah ke dalam memang tak la. 

Mahkamah Tinggi Bangalore

Beraneka buah-buahan- berhadapan Bangunan Mahkamah tinggi sebelum berjalan keluor ke jalan besor. Minta izin tuanpunye dulu nak bergambor ni. Sengih jer deme sambil geleng2 kapala.

Dah nak ke tengahari baru la kiteorang sampai di Bangalore Palace. Dari jauh lagi memang unik dan cantik bangunan dia. Dok dalam kawasan yang luas di tengah2 bandaraya Bangalore ni. Kalau kome ke sini, jangan lupa masukkan dalam itenerary kome ye. Wajib lawat ni. Kome akan dapat saksikan senibina bangunan yang unik dan cantik. Disaluti daun2 hijau. Amat berseni bagi keme.

Di tepian pantai istana

Keme paksa Si Tempe hantor sampai depan pak guard kat pintu masuk. Keluor jer keme dengan serta merta klik butang kamera. Tanpa sedor dan buat2 tak dengor si pak guard melaung tak bagi tangkap gambor, sempat la klik beberapa gambor sambil tengok deme minta kiteorang tuju ke pintu istana bayor fee dulu.

Panaih melekit

Hari memang cerah dan matahari mencacak tegak di kepala. Panaih wei. Terus masuk istana. Dok lelama kat luor ni memang boleh cayor lemak yang menyelaputi badan keme..hehe... Tiket masuk istana ni berharga 450 rupee sorang. Setiap kamera di caj 650 rupee lagi. huh..angin jer pikior, tapi keme malaih nak pikior banyak. Bayor jer. Dah bayor mahal2 tu kan, klik la sebanyak mana gambor di setiap ruang. Takde larangan. Then deme sediakan audio dan wayar fon kepala untuk pelancong mendengar tentang sejarah dan informasi setiap ruang yang di lawati. Kene letak passport sebagai deposit !!.

Melangkah jer masuk istana tepacak kepala gajah ni kat atas dinding pintu.


Tiang2 di ruang tetamu

Singgahsane sini tetamu

Pantulan cermin

Luas gak la istana raja deme ni. Senibina tu yang cantik. Keme suke menghayati nya. Audio tu keme tak dengor sangat. Kejap tutup kejap buka. Keme peghati pelancong lain2 tu beriya2 mendengor dan menghayati setiap apa yang diceritakan, siap mengadah ke siling2 dan mencari2 apa yang diceritakan melalui audio tu. Fuhhh...dengan penuh perasaan dan dengan muke serius nye deme tu semua dan deme kurang bergambor tak macam keme keme ni. Lantak kome ler kan.

Ruang tangga


Yang ni pejabat raja

Meja solek antik dalam istana

Ruang atas di bahagian bilik2 ahli keluarga raja.

Tempat lepak2 kat belah belakang

Tingkat atas-keme tak jumpa jalan naik atas bumbung nak ke menara, deme tutup kot laluan tu

Mewah campuran senibina India dan British

Ni ler keje keme...hehe

Kiteorang tak sedor dok kat dalam istana ni lebih 2 jam. Cayyok !!. Memang terpegun. Sampaikan budak yang pinjamkan audio tu cari kiteorang kat belah belakang kabor yang kiteorang dah 2 jam kat dalam, so kene pulangkan balik audio tu.. Ceh!!. Tapi ade keme kesah, Jalan keluornye ikut pintu lain. Keme pun tak pulangkan lagi la menatang tu. Kiteorang terus keluor dan bergambor pulak di luar istana tu dengan senang hati. Dah rase belengeh ya amat baru kiteorang masuk semula dan serahkan segala maknikam harta bende deme dan ambik balik paspot keme.


Keme dah cuba cari jalan masuk ke beranda kat tingkat atas tu tapi kawasan tu deme tak bagi masuk sebab ade kerja2 baikpulih sedang dijalankan.

Diperbaringan istane...

Dihadapan Istana

Pemandu van tadi lepak bawah pokok nun jauh dari istana ni. Sanggup tunggu kiteorang ni berjam2. Bila dia nampak kelibat kiteorang, dia pandu van dia ke depan guard dengan lajunya. Tak perlu keme nak jalan jauh2 dalam panaih terik ni. Mula2 keme nak dia hantor kiteorang balik. Penat dan laporkan. Lepas tu dia mula la merayu. Kiteorang pun setuju la tolong dia dapatkan kupon guest kat butik2 yang dia bawak. Dia kata kalau kome tak beli pun tak pe. Luangkan jer masa kat dalam butik tu dalam 10 minit. Tolong la, katanya. Kalau kome setuju keme tak caj kome satu sen pun, percuma jer trip ni. Dengan muke seposen minta persetujuan kiteorang. 

Munge keme taktaunama - di hadapan salah sebuah butik yang dibawa

Sebenornye majoriti butik yang dia bawa tu berada di Jalan Infantri jer. Belakang hotel keme jer pun. Lepas keluor dari Bangalore Palace tu dia bawak pergi ke 2 buah butik lagi! Penat wei nak layan. Sama jer pun semua barangan yang ade dalam butik2 ni. Barangan Kraftangan, saree, selendang pashmina tu, karpet dll. Harga memang jauh mahal la dari tempat "shopping" keme. Taraf butik kann.

Dah abih butik terakhir tu, dia kata nak bawak lagi ke lain butik, keme dengor jer mula la angin teluk benggala masuk telinga. Tak mau !!..full stop. Hantar semula kiteorang ke restoran pagi tadi. Kiteorang kata. Sekarang kiteorang bertegas. So terpaksa ler dengor kata kan. Keme memang lapor tu kome. Penat tau merayap dalam istana dan melayan kerenah setiap butik yang keme masuk. Lupa dah berapa banyak butik keme masuk, tak sempat nak kira sebab setiap kali masuk jer keme angin. Otak tak mau pikior. Tragedi Februari sungguh!!.

Nasi Briyani kambeng lagii !!!

Akhirnya dia akur dan hantor kiteorang ke restoran pagi tadi. Keme pun order la nasi briyani kambeng. Lapor kan. Order kene satu set jer la. Makan 2 orang. tu pun tak abih. Deme tak de nasi putih. Nasi deme semua berwarna dan kedai ni ade briyani jer pun. Pemandu tadi pergi kenen si tuanpunye restoran minta tips sebab bawa pelancong ke kedai dia. Sanggup tu. Dapatla dia 5 rupee dari situ. Suke dia sambil jentik rupee tu. Haha..tergelak keme tengok.

Pekene ayor kelapa muda lepas makan briyani sebelum menapak balik ke hotel AJ International.

Kiteorang balik semula ke hotel dulu untuk berehat seketika sebelum keluor semula petang tu. Ukur jalan sungguh kiteorang hari ni. 

Sekian untuk kali ini. Semoga kome terhibur membaca.

Berjumpa di lain siaran, di lain kesempatan. In Shaa Allah.

Wassalam

Friday, 27 February 2015

India - Dari Mana Hendak Ke Mana. Dari Trichy Menuju Bangalore Menaiki Bas"'Ekspres" Yang Meruntun Jiwa Rage..

Assalammua'laikum kepada semua pembaca yang budiman. Semoga Allah Yang Maha Pelindung melindungi dan menjauhkan kita daripada segala musibah yang tidak kita ketahui dan juga dari fitnah Dajjal akhir zaman. Aameen....

Bas "ekspres" dari Trichy ke Salem

Vanakkam....Keme teringin nak naik Malindo Air, tapi tak tau nak pegi mana. Tengok destinasi yang ditawarkan, akhirnya buat pilihan ke India. Tanpa ade perancangan, keme sambor ajer dua tiket ke Trichy pegi balik dengan harga RM706.00 sorang. Maka bermulalah pengembaraan keme yang sedikit mencabar minda tapi penuh dengan kegembiraan dan hilai tawa kiteorang berdua sepanjang pengembaraan ni. Mengembara mana boleh stress kan, mesti mau hepi saja...

Trip ni trip pendek, jadi ceritanya pun pendek jer la. Raya Cina haritu, orang sibuk balik kampung sampai jem lebuhraya semua, keme sibuk ke epot pepagi bute. Letak kereta di DBKL parking lot kat Stesen LRT Bandar Tasik Selatan. Murah jer. Sehari 3 hengget. Keme pergi untuk 6 hari dari 19/2/2015 - 24/2/2015. Ambik ERL pukul 5.10 pagi terus ke KLIA2...Pestaim keme ke sana. Keme ambik penerbangan KL-Trichy-KL. Ngaper Trichy ek? Sebab keme nak naik Malindo ler...mana ade Malindo pergi terus ke Bangalore kan.... ngaper tak naik MAS? Mahal ler....Air Asia pulak? I tak mau naik AA...sempit...makanan lak kene beli, banyak kos2 tersembunyi yang keme tak suka nak selidik..haha..Malindo bagi makan free jer plus 30 kg luggage free... berbaloi dan tak sakit hati .... hehe...

Masa nak check in kat kaunter, mamat Malindo tu siap tanye kiteorang nak pergi mana.. hek eleh... dah beratur kat situ tentulah nak ke Trichy kan.. Muke terpinga2 nengok akaks ni. Tahu lah ko kompius sebab kiteorang jer yang lain dari yang lain...muahahahahaha.... keme siap jawap.. ade masalah ke dik ?..dia jawap takde kak sambil selak buku paspot.. tanye jer nak kepastian... boleh gitew.... kendian kiteorang bersoaljawap dengan riang gumbiranye.. sampaikan sorang bro dan suku sakatnya yang nak check in kat kaunter sebelah tanye keme kali ke berapa dah ke Trichy, keme kata ni la kali pertama. kenapa ? keme tanye dia semula...dia jawap...kami tak tempah hotel lagi kat Trichy..tak tau nak dok mana.... la....tu jer nak tanye...keme kata sampai sana nanti pi bandor dia mesti banyak hotel.. jangan ghiso...

Flight boleh dikatakan penuh pagi tu. Bertolak 8.40 am sampai 10.00 am waktu di Trichy. Penerbangan mengambil masa 3 jam 40 minit ajer. Beza masa Kay Ell dan Trichy/Bangalore/Mysore lebih kurang dua setengah jam. Bawa wayar fon telinga senang nak tengok movie dalam kapal terbang. Dah makan kenyang2 sambil tengok Amir Khan punye movie, bawa jer tidor sampai Trichy. Nak keluor imigresen kene isi 2 borang pengishtiharan. ade soklan dalam borang tu tanye adakah kita bawa duit lebih 10,000 rupee, keme dinasihatkan jawap jer tidak. Kang payah pulak kan kalau kene tahan. lain2 tu isi jer ler sambil bertegur sapa dengan orang keliling kat epot tu. Senang jer urusan imigresen nye. Epot kecik jer. Kecik2 pun nak ambil bagasi punye ler lama. Kul 11 am baru dapat beg dan keluor.

Airport Trichy. Nama penuh Trichy ialah Tiruchirapally. Bergulung lidah keme nak nyebutnye

Keluor jer dari epot, maka bermula lah pengembaraan kiteorang yang penuh dengan kejutan demi kejutan nak menyampaikannya ke Bangalore. Kiteorang di sape oleh pemandu2 teksi menawarkan harga masing2 ke bandar Trichy. Keme tenung jer sorang2 nak tengok gelagat memasing. Tapi kalau dah rezeki buat la cemana pun tetap akan menjadi rezeki sorang pemandu ni, Dia tawarkan harga 250 rupees untuk ke bandor. Keme tak tahu harga tu mahal ataupun murah ataupun berpatutan dan tak tahu jarak bandor dari epot.. Tibai jer la kan. Malas nak bertekak. Dia bawak pegi ke kereta dia.. Fuyoooooooo... kereta antik gitew..kereta yang selalu digunakan dalam pilem2 Tamil tu.. haa..yang tu la...warna putih, tiada ekon okay..Kiteorang siap ambik gambor depan kereta. Macam2 aksi la buat depan kereta dia. Pemandu tu macam bengang jer bila kiteorang tak masuk2 dalam kereta. Ade keme kesah...

kiut kereta pilem tamil ni....hehe

Tak keluor lagi dari kawasan epot, nyempat lagi tu dia ambik sorang penumpang lagi. Bergulung la lidah deme bercakap buat tawar menawar agaknye sambil geleng2 kepala. Mula2 mamat dari Malaya tu tergeleng2 kepala tapi keme tak tahu la apa maksud geleng deme kan... akhirnya masuk jugak mamat India dari Malaya tu ke dalam teksi dia. Nasib baik jugak mamat tu masuk, boleh kiteorang bertanya ke dia. Dia datang nak hadirkan diri ke majlis kahwin kawan dia kat Trichy ni. Macam2 la kiteorang tanye tapi yang pasti tanye cara terbaik dan terpantas ke Bangalore. Dia pun tak tau sebenornya tapi lebih mudah dia berkomunikasi dalam bahasa Tamil dengan pemandu tu bagi pihak kiteorang. Pemandu tu pun jujur jer bagitau bagaimana nak naik bas dan dekat mana nak ambik.

Adalah dalam 15-20 minit jer ke pusat bandor. Berhentikan kiteorang di depan stesen bas. mamat tu pun turun gak kat situ. Belek rupees keme ade 240 jer. Bayar tambang banyak tu jer la. Pas tu keme mulala berjalan2 di kawasan stesen bas tu nak cari kaunter bas ekspres. Besar la jugak stesen bas nye. Jenguk sana sini, tengok bas2 yang ade semuanya bas pesen 70-80an. Ade yang tulis ekspres. tapi macam ghuper bas General Beruas - Parit - Ipoh jer. Rasenye bas General kampung keme tu pun lagi cun. haha....Majoriti bas deme kaler hijau belake.

Mengelewor kat stesen bas di Trichy

Kiteorang tanye orang keliling kat mana nak ambik bas ekspres ke Bangalore, ade yang tunjuk ke bangunan hujung sana dan hujung sini akhirnye kiteorang tawaf stesen bas tu dua kali. Haha. Hidung keme dah mula sensitif dengan bau hancing deme ni. Kencing merata-rata ikut sedap kepala deme jer. Dah tu stesen bas nya adoooiii... kotor. sampah dilonggok merata-rata..Memang mencabar minda betul kembara kali ni. Tapi ade sesuatu yang buat keme terkejut...Toilet awam kat stesen bas Trichy ni bersih kome...takde bau...jangan tak caya tau... terkedu keme sejenak, tapi kene bayor la..5 rupee sekali masuk.

Buka jer mulut mesti ada yang cuba membantu kiteoreng. Pakcik ni siap buat panggilan lagi. Ntah siapa la yang dia tanye tu keme tak tau la tapi cara dia cakap tu tanye tentang bas ekspres punye tempat.

Akhirnye jumpa jugak kaunter bas ekspres ke Bangalore, syarikat SETC namanye. Dok kat hujung stesen TAPI bas yang akan bertolak ke Bangalore pukul 9 malam jer. Yang pagi tadi dah lepas. Apa lagi. Memang takde pilihan nak dibuat dek otak keme. Terpikior semula cara yang diberitahu oleh pemandu teksi tadi dan juga orang2 tempatan yang kiteorang tanye. Okay la. Ikut jer la cara tu. Bas ekspres lompat-lompat namanya.

Kiteorang pergi pulak ke tempat bas2 melepak dan tanye konduktor2 yang ade kat situ mana bas nak pergi Salem. Salem sebuah nama tempat dok kat tengah2 antara Trichy dan Bangalore. Deme tunjuk kat belah mana dan ade jer konduktor yang akan menjerit2 sebut nama Salem. Tuju jer ke situ. Senang kan, jumpa bas tulis "ekspres", ekon original, naik jer ler, pilih tempat duduk nak mana satu. Orang tak ramai sebab bas nye sangat kerap. Majoriti orang India menggunakan pengangkutan awam samada bas, keretapi dan tut2 sebab ia murah. 

Dah hampir pukul 12 tengahari baru kiteorang naik bas ke Salem. Mengelewor punye la lama sambil tawaf keliling stesen. Trichy ni keme tak pegi melawat kerana kat sini ade kuil jer. Segala jenis kuil ade..Lain taraa'...Cuma untuk transit jer la. Epot dan stesen bas jer. Naik bas dok depan sekali sebelah pemandu sebab senang nak tengok sekeliling dan merakam perjalanan dari dalam bas. Tambang bayar dalam bas. 85 rupee sorang. Memang murah untuk perjalanan sejauh 170 km lebih kurang dan memakan masa hampir tiga setengah jam.


Takde keje melangut dalam bas, ambik no bas jer la...

Bosan jugak dok dalam bas ni lelama. Orang sini tak la berbau kari sangat. Haha...ade beberapa stesen di bandar2 kecik yang dia singgah ambik dan turunkan penumpang. Tepi "highway" pun berenti gak...Apa punye ekspres daaaa..... Ade sorang minachi ni naik ntah dari stesen mana dok kat belakang keme, pas tu cucuk2 tangan ke bahu keme nak duduk sebelah keme. Masa tu keme dah pindah duduk belakang pemandu sebab sebelah sana panas dek pancaran matahari petang. Dah la beg keme penuh kat ruang kaki walaupun kerusi kosong. Keme tak tau la apa pasal nak sangat2 dok sebelah keme sedangkan bas tu kosong jer sampai belakang sebab bukan ramai penumpang pun kan. Keme bengang buat deeeekkkk jer bo layan. Dia pun bengang jugak agaknya, terus berdiri dan minta nak masuk duduk sebelah keme. Dalam hati keme kata nak duduk situ duduk jer la namun keme nak alihkan bagpack keme tu memang tak la kan. Sanggup pulak tu dia duduk mengereng elak bag keme tu. Apa punye minachi. Dah tu siap geleng2 kepala.

Ade pulak sorang minachi ni dok kat belakang keme jugak. Dia nampak ayer mineral buddy. Siap mintak katanya dia haus nak minum. Terkedu buddy tengok keme. Tapi buddy malas nak bertekak kan. Layan kan ajer la bagi ke dia, kira sedekah. Tinggal separuh jer pun. Yang tak boleh blah tu bila dia habis minum, bagi balik botol kosong kat buddy dengan muka seposen. Bolehhhh ??

Ade satu bandar dia singgah ni namanya kalau tak silap keme Namakkal, keme tanye pemandu bas tu kat atas bukit tu ade apa. Keme ingatkan kubu tapi rupanye kuil. Bukit2 kat kawasan Trichy dan Salem ni semuanya togel dan berbatu keras merah. Kawasan keliling pulak kering dan berdebu.

Tiada istilah lebih muatan...semua bolleh....

Dalam perjalanan ni keme boleh nampak dengan jelas taraf hidup penduduk sini. Kebanyakannya miskin. Rumah macam kandang pun melambak nampak dari jalanraya. Bas ni lalu kawasan kampung jugak. Ini betul2 realiti India Tamil depan mata, dengan kaum lelakinya pakai sarong pas tu angkat separuh ikat kat pinggang dan kaum wanitanya bekerja keras dengan memakai sari. Bukan lagi tengok dalam pilem tamil..haha....Keme cadangkan kalau kome nak mengembara cara keme buat di India Selatan ni elok tengok filem2 tamil banyak2 sikit, bagi ada feel tengok gaya orang2 dia, menghayati cara kehidupan deme dan keadaan kawasan sekitar...Muahahahahahaha. 

Sampai ke Salem dah pukul 3.40 pm lebih kurang. Stesen bas nye pun lebih kurang sama jer macam kat Trichy. Kotor, sampah sarap merata2, ade jamban terbuka dan berbau hancing. Macam kat Trichy jugak, kiteorang tawaf dulu stesen bas ni tengok apa ade keliling. Cari tandas dulu sebab perjalanan masih jauh. Pun kiteorang terkejut yang tandas awam kat stesen ni bersih. Tapi kat sini dia caj 4 rupee. Banyak buah-buahan di jual di stesen ni. Delima banyak sungguh. Memang giler ler buddy keme tu tengok sebab dia hantu delima. Dia beli beberapa biji dan basuh terus sebelum naik bas ke Bangalore.

Naik bas ke Bangalore pukul 4.00 pm. Kali ni bas "ekspres" nye lebih buruk lagi. haha...Kome sanggup ?? Keme no halnye. Dah biasa hidup susah...alah bisa tegal biasa bak kata bidalan ...Tapi dah takde seat kosong kat depan. terpaksa masuk ke belah dalam hampir nak ke belakang bas. Seat dia sempit sikit sebab otak keme pun sempit pikir keadaan bas ni. Tambang nye 180 rupee dengan jarak perjalanan sejauh 200 km yang mengambil masa 4 jam lebih sebab bila masuk jer ke pusat Bandar Bangalore, jalan sesak sesesak nafas keme dok lelama dalam bas ni.



 Gini ler rupa paras asli bas "ekspres" dari Salem ke Bangalore. Cukup tersiksa pinggang keme. Tingkap dia ade yang dah tercabut dan diganti dengan kayu, ade juga yang terkeluar dari rel menyenget macam dah nak tanggal. Dinding yang bergoyang2 dihembus angin yang kuat dari luar. Seat yang tegak macam AA...dan pintu antik.

 Pintu antik bas. Separuh jer...haha...

Setelah 2 jam perjalanan, bas ni berhenti kat R&R dalam 20 minit lebih kurang. Kecik jer la pun R&R nye. Lupa pulak keme tangkap gambor. Keme turun setakat nak luruskan pinggang jer dan tengok apa deme jual. Beli memang idok la. Takut gak kalau terkene cerry berry. Buat naya diri sendiri jer nanti. 

 Yang penting tengok keadaan tandas awam dia. memang bersih. So kiteorang tak susah hati la bab nak masuk tandas awam ni. Tak de mimpi buruk bawak balik Malaya.

Sampai Bangalore dah malam pun, dekat kul 8.30 pm. Memang lenguh pinggang la dok tegak2 dalam bas. Tapi demi minat menjadi seorang pengembara, keme redah sahaja dan terima apa jua cabaran yang mendatang. Bas turunkan kiteorang berhampiran Satelite Bas Stand di tengah2 bandaraya Bangalore. Turun jer dari bas, keme tanya auto yang sedia ade kat situ samade boleh hantar kiteorang ke hotel di Bowring Hospital Road. Okay aje kata Chacha yang bawa auto ni sambil geleng2 kepala. Dia minta 150 rupee. Keme nak tawar harga pun naik kesian tengok muka sedih dia. Nampak macam penat sangat. Mungkin seharian bawa auto kot. Selidik punye selidik rupenye dia muslim. Nama Mohamed Amin. Umur pun dah 68 tahun. Tapi masih kuat lagi bekerja bawa auto malam2 tanpa pakai cermin mata. Bab menyelit2 kat celah2 kenderaan yang banyak memang terer giler. Keme pulak yang naik seriau tengok. 

Nanti keme sambung cerita...

Sekian untuk episod kembara India Selatan kali ini. Selamat membaca dan semoga terhibor. Sekiranya cerita dalam episod ini memberi sedikit maklumat, sila la gunakan untuk kembara mengkome ke sini nanti.

Wassalam




Saturday, 14 February 2015

China - Kunming - Episod Akhir - Merehatkan diri di Kunming Sebelum Terbang balik Malaya

Assalamua'laikum kepada semua pembaca yang sentiasa menziarah ke blog ini untuk membaca perkongsian keme mengembara di serata alam buana. Terima kasih atas sokongan yang diberikan.

Akhirnya, pengembaraan keme di Yunnan sampai juga ke penghujungnya. Seronoknya mengembara sehinggakan keme rasa nak sambung cuti lagi dan tempah penerbangan ke tempat lain di China ni sebelum balik semula ke Kuala Lumpur. Nasib baik kepingan2 renmimbi dalam poket keme hampir habis membantutkan kerja giler yang ingin keme lakukan di saat2 akhir.

Keme sampai semula di Kunming dari Dali pukul 5.10 pagi. Keme ingat nak lepak kat stesen keretapi ajer sementara menunggu siang. Tapi bila keluar dari cabin jalannya terus menuju luar stesen. Tak ade tempat untuk melepak apatah lagi nak menunaikan solat subuh disini. Keme ngan buddy pun ambik keputusan untuk pergi ajer ke Hump Hostel konon2 nak lepak kat lobinya.

Kiteorang tahan teksi ke sana. Sekejap jer sampai. Panjat tangga hostel dan ketuk pintu sambil tarik2 rantai besi. Bagi bunyi kuat sikit. Tak de sapa pun jawap. Penjaga tu mesti tidor lena kat belakang agaknya, memang takkan dengar nye la. Waktu suboh dah nak hampir. Tunggu kejap lagi dan ketuk pintu lagi sekali. Tak de jawapan jugak. Akhirnya kiteorang tawakkal jer tinggalkan beg tepi pintu dan menapak ke masjid.

Dewan Solat Masjid Yong Ning

Panjat tangga masjid, pengawal terkejut tengok kelibat kiteorang. Bagitau ke dia yang kiteorang nak solat suboh dan terus naik ke tingkat satu. Lega dapat duduk tepi pintu dewan solat masjid sambil buka tali kasut. Masuk dalam, buka lampu kat kawasan yang perlu dan lunjurkan kaki sekejap. Keliling masjid tu gelap, nak cari toilet pun tak tau kat bucu mana. Nasib baik keme bawa lampu picit dalam beg sandang. Senang nak suluh sekeliling.

Solat subuh nye lambat, bilal nye datang dan azan pukul 6.40 pagi lebih kurang. Deme solat tak de bacaan qunut. Jemaah pagi tu campur kiteorang adelah 6 orang semua. Sedihnya rase. Tapi tak pe la, yang pasti rumah Allah masih berpenghuni subuh tu untuk solat berjemaah. Tiada warga tua yang keme nampak subuh tu, cuma anak2 muda yang mungkin duduk dalam kawasan masjid ni

Dalam pukul 7.00 lebih kurang, keme dan buddy menapak semula menuju hostel. Hari dah makin cerah. Jalanraya yang tadinya lengang mula diisi oleh kenderaan yang lalulalang. Manusia juga mulai keluar mencari penghidupan. Sampai hostel, pintu dah pun dibuka. Kiteorang duduk2 sekejap di lobi sementara menunggu pekerja kaunter datang. Awal jugak diorang datang. Dah ade pun kat kaunter. Buddy tanye kot2 boleh check in awal. Disebabkan bilik banyak kosong, senang jer kiteorang dapat bilik pagi tu dan dibenarkan masuk awal. Dapatlah keme merehatkan badan yang keletihan seketika.


Sedap kueteow sup ni. 7 yuan je. Kalau kome pergi ke masjid ni, gerai ni terletak sebelah tangga nak naik ke masjid tu jer, disebelah kiri. Ramai orang makan pagi2.

Malam tadi kat dalam keretapi keme dah rasa badan mula bagi signal nak demam selsema. Pagi ni keme telan ubat clarinase sebiji. Mula la badan dan kepala jadi berat dan rase nak rehat jer. Lepas rehat kejap kat hostel, buddy kelaparan. Ajak keme pegi sarapan dulu. Keme ikut jer. Tak jauh pun. Ke masjid tadi jugak kiteorang pegi. Tapi kiteorang tak naik pun ke laman masjid. Cuba makan mee kat gerai tepi tangga masjid tu jer. Tengok ramai orang makan kat situ, kiteorang pun cuba la. Sedap lamien sup nya. 

Walaupun badan dah tak sihat, keme gagahkan jugak pergi ke Pusat Borong Luosiwan untuk menyopping dengan aman tenteram. Seharian keme habiskan masa dan mengelewor kat sini. Banyak kedai2 dan blok2 bangunan yang keme kunjungi. Beli mana yang berkenan jer. Keme suka tengok orang berniaga dan pembeli yang membeli belah disini. Agak sukar nak berkomunikasi dengan peniaga2 di sini kerana kebanyakannya tak tahu berbahasa Inggeris. Keme pulak tak tahu nak ajuk bahasa mandarin dengan deme. Kalau kome jenis yang suka sopink, ini lah tempat yang sangat sesuai untuk kome kunjungi bila datang ke Kunming. Kene masukkan dalam itenerary kome.

Di dalam Pusat Borong. Penat menapak dari satu lorong ke lorong dan dari satu tingkat ke tingkat yang lain di blok2 bangunan

Nasi Goreng Cina di Kunming..Hehe...Menu makan malam di tepi sebuah masjid di Jalan Zhengyi.

Antara kedai muslim di sebuah lorong menuju Carrefour di Kunming. Keme lupa apa nama jalan kat sini. Bukan lupa, tak ambik tau...tapi supnye tak sedap kat tekak keme.

Ramai peniaga jalanan muslim yang menjual jajan di dataran yang ade 2 pintu gerbang berhadapan hostel keme duduki. Kome boleh dapatkan satay kambeng kat sini, buah-buahan, kentang goreng yang sedap dan lain2.

Satay kamben pujaan tekak keme. Pantang jumpa.. muahahahaha...Keme kene ajor dia masak satay bagi betul2 masak. Bukan tiga suku masak. Dan sesedap keme ajer suruh dia tambah rempah deme yang speshel tu bagi pijor lidah makannya.

Kentang goreng. Ade yang sedap dan tak sedap. Tengok cara deme bubuh rempah ratus deme. Tak boleh terlalu banyak sangat bubuh. Kentang jadi tak sedap. Hehe..

Malam terakhir keme di hostel, melihat suasana malam di Kunming.

Kunming dan waktu malamnya dari laman hostel ajer. Malas nak turun.

Minum kopi sambil menikmati langit Kunming di malam hari. Nasib baik tak hujan di malam terakhir ni. Boleh la lepak sambil berembun kat laman luar hostel ni skodeng orang lalu lalang kat bawah.

Teksi yang membawa kiteorang ke lapangan terbang. Keme baghu sedor ke dighi kene balik Malaya dah.

Selamat tinggal Yunnan. Pengembaraan kali ini telah disempurnakan dengan jayanya selama 16 hari. 

Key ell ---> Kunming ---> Deqin ---> Shangri La ---> Li Jiang ---> Dali ---> Kunming --->Key ell


Dalam beg galas keme, sentiasa ade bekalan makanan seperti biskut, roti, oat segera, kopi campur , cekelat untuk memudahkan pengembaraan sekiranya keme tak dapat bekalan makanan halal di sesuatu tempat sementara nak mencari bekalan seterusnya. Keme juga sentiasa membawa kompas untuk memudahkan mencari arah kiblat. Lain2 alatan yang keme sentiasa bawa ialah pisau lipat dan lampu picit yang kecik kerana ada ketikanya keme amat memerlukannya. Juga lain2 barangan yang diperlukan oleh seorang pengembara.

Sekian sahaja cerita kembara keme ke Yunnan , China. In Shaa Allah di lain siaran akan keme nukilkan pengembaraan keme ke tempat2 lain di alam buana ini untuk dikongsikan dengan semua pembaca.

Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi masuk ke blog ini dan membaca kisah2 pengembaraan keme walaupun ayat nya tidak lah seindah penulis2 professional menulis. Asal tulis sudah cukup bagi keme. 

Kalau ade sesapa yang nak keme bawakkan jenjalan dan bersopink di Kunming ni, boleh la menghubungi keme menerusi email.

Semoga berjumpa di lain siaran, di lain kesempatan.

Wassalam