Wednesday 23 December 2015

South Korea - Itinerary Pakej Melancong Ke Korea Kita 7H6M Winter Sonata - Disember 2015

Assalamua'laikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca.

Peserta-peserta yang mengikuti pakej pelancongan winter sonata ke Seoul, Korea Selatan dari 
12 Dis 2015 - 19 Dis 2015 

Alhamdulillah, pakej melancong ke Seoul Korea Selatan selama 7H6M telah dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat.

Berikut merupakan itinerary bagi pakej ini:

12 Dis 2015
Aku membeli tiket penerbangan daripada Vietnam Airlines, berlepas jam 8.50 malam dari KLIA. Transit di Ho Chi Minh City dan meneruskan penerbangan ke Incheon International Airport. Dua keping boarding pass diberikan ketika check in di KLIA. Satu untuk penerbangan KL-HCM dan yang kedua untuk penerbangan HCM-Incheon. Tempahan awal untuk makanan halal di dalam penerbangan juga telah dibuat. 

Transit di HCM 

Penerbangan dari HCM ke Incheon

13 Dis 2015
Sampai di Incheon International Airport sekitar jam 6.10 am. Solat subuh di perkarangan airport sebelum mengambil beg. Urusan imigresen di lapangan terbang amat mudah. Ambil bas no 6030 airport limousine terus ke Itaewon dimana guesthouse yang aku tempah terletak di sana. Bas penuh dengan kumpulan aku sahaja. Sampai di hotel lebih kurang jam 9.00 pagi. Perjalanan dari airport ke Itaewon mengambil masa satu jam.

Check in guesthouse adalah pukul 3.00 pm. Disebabkan aku dan kumpulan kali ini sampai awal pagi, kami berkumpul di lobi guesthouse dan meletakkan beg-beg kami di suatu sudut. Kami membuat tempahan awal makanan untuk sarapan hari ini ketika di Malaysia lagi dengan rakyat Malaysia yang menetap di Itaewon. 

Selepas semua urusan selesai di lobi guesthouse, kami menuju ke Seoul Folk Flea Market yang teletak di Dongmyo. Memandangkan terdapat ahli kumpulan yang tidak mempunyai kelengkapan pakaian yang bersesuian dengan keadaaan cuaca sejuk, Dongmyo merupakan kawasan membeli belah yang amat sesuai menyediakan segala keperluan pakaian musim sejuk dengan harga yang murah. Kembali ke guesthouse ketika asar dan check in. Maghrib di Seoul ketika ini adalah sekitar jam 5.00 pm.

Malam - acara sendiri

Mode of Transport : Subway [Menggunakan T-Money] 

Airport Limousine 
[ sila abaikan date yang tertera, aku lupa nak set ]


Kawasan Dongmyo 

14 Dis 2015
Pagi - Lawatan ke N Seoul Tower
Petang - Malam : Myeongdong Area

Mode of transport : Bas no 03 dari Itaewon terus ke N Seoul Tower. Turun menggunakan cable car terus ke Myeongdong area untuk membeli-belah

N Seoul Tower

N Seoul Tower

Myeongdong street

Myeongdong Tourist Centre

Myeongdong Street
Kedai-kedai kosmetik di Myeongdong mempunyai pelbagai pilihan bagi pelancong2 Malaysia

15 Dis 2015
7.00 am - Namdeamun market untuk early shopping tanpa kanak-kanak untuk memudahkan golongan dewasa membeli belah. Namdeamun market dibuka seawal jam 7.00 am dan ditutup pukul 5.00 pm. Di sini barangan seperti brooch, cenderahati dan patchworks, T-shirt, kasut, beg dan lain-lain boleh didapati.
Kembali ke guesthouse lebih kurang pukul 10.30 am.
11.00 am - Bertolak ke  Nami Island. Berada di Nami Island sehingga malam. Feri di Nami Island tamat operasi pada pukul 9.30 pm. 

Mode of transport :
Itaewon - Namdeamun - Bas no 421 di hadapan guesthouse
Itaewon - Nami Island - Subway ke Yongsan, then train ITX express to Gapyeong. Perjalanan memakan masa satu jam dari Yongsan ke Gapyeong. Dari Gapyeong station, teksi adalah yang termudah dan cepat. Tidak sampai 10 minit, boleh sampai ke terminal feri untuk membeli tiket ke Nami Island.

Beraneka jenis brooch di Namdeamun

Beraneka jenis cadar dan selimut di Namdeamun

Pelbagai cenderahati boleh dibeli di sini 

Nami Island

Langit di Nami Island



Jeti di Nami Island


16 Dis 2015
Seharian di Everland. Tiada makanan halal di everland. Kami menempah pack makanan daripada rakyat Malaysia yang membuat business catering di Itaewon, Seoul.

Mode of transport - 
1. Subway from Itaewon to Myeongdong
2. Shuttle bus from Myeongdong to Everland [tiket entrance to everland + transport ]. Perjalanan mengambil masa satu setengah jam sehala.

Everland- Peserta dah tak sabar nak masuk main segala permainan yang terdapat di Everland






17 Dis 2015
Seharian di Vivaldi Park and Ski Resort. Kami membawa pack makanan yang ditempah awal dengan caterer di Seoul.
Malam - Lawatan ke Dongdaemun area

Mode of transport :
Itaewon[Guesthouse] - Vivaldi Park - Itaewon: Bas charter. Perjalanan memakan masa 2 jam sehala.
Itaewon - Dongdaemun : Subway

Bas charter to/fro Vivaldi Park and Ski Resort

Puncak Vivaldi Park and Ski Resort

Formasi menarik

Ni aksi winter sonata versi Malaya
Keseronokan bermain salji

Entrance Vivaldi Park and Ski Resort

Dongdaemun Gate

LED roses di Dongdaemun


18 Dis 2015
Hari membeli-belah di Seoul. Ia merangkumi ke beberapa kawasan membeli-belah yang terkenal di Seoul. Tidak lengkap lawatan jika tidak membeli belah dengan aman tenteram di Seoul. Aku memberikan pilihan kepada para peserta untuk melengkapkan aktiviti membeli-belah mereka seharian di Bandaraya Seoul agar mereka dapat membawa balik cenderahati untuk diri sendiri, saudara mara dan rakan taulan. 
1. Namdeamun market - brooch, cenderahati, beddings, T-Shirt dan lain-lain
2. Kwangjang market - Korean silk, Korean cotton dan lain-lain
3. Dongmyo - Pakaian musim sejuk, kasut dan lain-lain
4. Jamsil - Hardrock cafe - T-shirt
5. Wangsimni - emart - seaweed

Mode of transport : Subway

Aneka brooch di Namdeamun Market

Cenderahati untuk dibawa pulang

Tak lengkap shopping di Seoul jika tak bawa pulang t-shirt "I love Korea" ni.

Kwangjang Market - tempat cotton dijual

Kain cotton Korea yang telah siap dipotong 4 meter setiap satu....pilih pilih....

Patchworks yang berbagai corak  

Menikmati Ikan bakar dan makanan authentic Korean di Dongdaemun

Dihadapan kedai Ikan bakar di Dongdaemun


19 Dis 2015 
Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Penerbangan berlepas jam 10.15 pagi. transit di Ho Chi Minh dan sampai di Kuala Lumpur sekitar jam 6.30 pm.

Mode of transport : Airport Limousine from Itaewon to Incheon International Airport.

Sekian, perjalanan pakej 7H6M ke Seoul yang aku planned dan uruskan. Alhamdulillah kesemua peserta berpuashati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Kata mereka, ia merupakan kenangan yang terindah tersemat di memori. Terima kasih kepada semua peserta yang mengikuti trip ini.

*********************************************************************************

Jika anda merancang untuk melancong ke Seoul secara berkumpulan dan memerlukan tour guide untuk menguruskan segala perjalanan anda dengan sempurna mengikut kesesuaian masa percutian anda, jangan segan silu, jangan malu, terus hubungi aku di talian 012-972 8224 atau email di admin@akupunyatravel.com atau di personal email akuseorangpengembara@gmail.com.

Beberapa cara yang anda boleh hubungi aku untuk melengkapkan rancangan percutian anda ke Seoul:-
1. Anda boleh beli tiket penerbangan pergi/balik KL-Seoul-KL sendiri. Kemudian hubungi aku untuk urusan selanjutnya untuk itinerary perjalanan, penginapan dan pembimbing perjalanan anda di sana bersesuaian dengan bilangan hari dan musim yang anda pilih.
2. Anda hubungi aku dan nyatakan tarikh perjalanan anda, seterusnya aku akan menguruskan segala-galanya yang berkaitan dengan percutian anda ke Seoul. So simple.

Sekian, wassalam

17 comments:

  1. wow. dh upgrade jd tourist guide dh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha
      Elok kita membantu mereka-mereka yang ingin melancong dengan menyediakan segala keperluan mereka agar mereka gembira ketika di rantau orang....hehe

      Delete
  2. Tahniah maksu...berjaya bawa rombongan. Mudah-mudahan boleh buka agensi pelancongan satu hari nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PLM
      Dah buka pun. haha
      www.akupunyatavel.com

      Delete
  3. Bijak..bijak.. sekarang dah jadi tourist guide. Saya sangat yakin dengan tourist guide ni sebab berdasarkan entry yng tuan punya badan tulis sangat telus dalam memberi info dan sangat boleh diharap!

    ReplyDelete
  4. Salam. Salam perkenalan dari saya yang berada di Ulsan. Jika berada di selatan, jangan lupa roger

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi menjengah di blog ni.
      In Shaa Allah kalau ke sana
      Kamu belajar or bekerja ke kat Ulsan tu?

      Delete
    2. Sama-sama. Saya bekerja di Ulsan. Menetap disini baru 2 tahun sahaja. Banyak lagi tempat yang perlu di explore. Jemput datang ke blog saya, saya ada share sikit tempat-tempat menarik di Ulsan :)

      Delete
  5. Boleh saya tahu, nama tempat penginapan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat jawap, baru terperasan ada komen kat sini
      Saya dulu menginap di Itaewon Inn

      Delete
  6. salam... tumpng tanya guesthouse saudari di itaewon ke? sebab saya ambil hotel kat situ and tengah nak buat itinerari... sayaxde idea macam mana nak start since korea agak besar dan susan saya nak plan :p kalau hotel saudari di itaewon boleh la saya tiru je ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.
      Ye di Itaewon Inn
      tepi jalan dan dekat ke bas stop dan subway

      Delete
  7. Assalamualaikum. Saya nak tanya kalau di Seoul di mana tempat penginapan yg dekat dgn bas station. Dan macam mana nak get around dengan bas? Sebab saya tak berapa kuat utk berjalan jauh dan turun naik tangga subway.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Myeongdong ada
      Kat Itaewon pun ok
      Yang penting En Faiz nak stay area mana ?
      Dan apa aktiviti yang nak dilakukan di Seoul?
      Boleh pm saya

      Delete
  8. A'kum . Says ingin tahu berapa bayaran yang dikenakan untuk ground tour untuk 1keluarga 3 dewasa dan 3 kanak2 . Kami akan berada di sana selama 5 hari4malam .

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Thanks atas perkongsian menarik ni. Saya nak tanya, bagaimana nak contact melalui email?

    ReplyDelete