Monday 8 July 2013

Syria - Kenangan Yang Tak Akan Terulang Kembali

Assalammua'laikum Pembaca Semua

Peperangan telah memusnahkan segala yang ada di Syria suatu ketika dulu. Warisan sejarah dari zaman lampau lenyap akibat kerakusan manusia yang kejam, gila kuasa dan tidak berperikemanusian. Aku masih teringat dan boleh membayangkan setiap tempat yang kini musnah segala-galanya. Pertikaian berdarah yang masih berlarutan lebih dua tahun ini masih tidak menampakkan jalan damai.

Kalau anda pernah ke Syria sebelum mereka berperang, pasti menitis air mata melihat kemusnahan yang begitu dahsyat hari ini. Cukup la beberapa gambar ini mengingatkan aku kembali pengalaman mengembara ke seluruh negara Syria dari selatan ke utara yang cuma lebih kurang sebulan sebelum mereka menuju ke ambang kemusnahan.

Kome hayati lah gambar2 perbandingan  semasa aku di sana dan gambar2 terkini yang aku pinjam daripada Uncle Google. Harap Uncle Google menghalalkan gambar2 ini untuk tujuan kemanusiaan.

Aleppo Citadel ketika aku di sana

Ketika ini



Masjid Umayyad, Aleppo - dulu dan kini.

Masjid Umayyad Aleppo. Dataran masjid ketika aku melawat makam Nabi Zakaria, menara yang berdiri megah dan terkenal kerana usianya yang begitu lama. 

Dan, ini juga, kawan aku melakarkan menara masjid umayyad ini dengan lebih jelas.



Dan kini, apa yang berlaku, serangan demi serangan dilakukan ke atas masjid ini sehingga hancur keseluruhannya.


Serangan tahun lepas oleh tentera kerajaan memusnahkan sebahagian masjid ini

akhirnya,
serangan tahun ini, meruntuhkan keseluruhan menara dan memusnahkan keseluruhan kompleks bangunan masjid ini. 

Apa yang tinggal ? Sisa-sisa runtuhan yang berselerakan.
Apa aku rasa ? remuk jiwa raga, menangis dan meratapi kejadian yang berlaku kerana kegagalan umat Islam untuk mempertahankan tempat suci.


Ketika Sang Suria menyinari kompleks masjid Umayyad ini, sungguh damai dihati


Kenangan abadi yang tak akan dapat diulang kembali.


Aku tertanya....apa jadi pada makam Nabi Zakaria yang berada di dalam masjid ini ?

Sama-samalah kita membantu rakyat Syria dalam menegakkan keadilan.  Mereka berada di Malaysia di ketika ini, bantu la mereka semampumu


Sekian, Wassalam

42 comments:

  1. salam.. akak.. gi Syria tahun bila..? sedih.. tgk keadaanmsjid tue

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam lola federer

      akak pergi dalam tahun 2011. tu la, sedih kan....

      Delete
  2. masyaallah sampai macam tu skali teruknya dan rakusnya sikap manusia yang kejam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tu la nampak nye, deme sanggup buat apa saja untuk pertahan kuasa memasing, rakyat le yg jadi mangsa

      Delete
  3. sungguh bertuah anda dapat ke sana sebelum perang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la,alhamdulillah sempat jejak sebelum semuanya musnah....

      Delete
  4. Subhanallah...kelu lidah tidak terkata..simpati dengan rakyat Syria dengan kemusnahan yg mereka alami..Ya Allah aku mohon bantu lah mereka Aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya JM, tak dapat gambarkan sebuah keamanan bertukar menjadi tangisan. Kita doakan keadilan berpihak kepada yang haq.

      Delete
  5. Astaghfirullahulazim. Kita perlu berfikir mengapa ini boleh berlaku. Masjid musnah tentu ada sebabnya. Mungkin sipenyerang menganggap masjid itu adalah kubu pertahanan musuhnya. Mungkin juga kerana mempertahankan kekuasaan/tahta politik. Yang diserang pula mungkin juga banyak bersubahat dengan perkara yang dilarang Allah. Yang menggunakan masjid itu pula mungkin tidak lagi menggunakan masjid itu sebagai tempat beribadat. Mungkin ramai golongan yang ingkar terhadap perintah Allah ada di sana. Di sana ada ramai golongan Sunni dan ramai juga Syiah. Golongan Syiah adalah golongan yang menolak sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Saya tidak tahu tentang pengguna/pengunjung masjid ini sebab saya tidak pernah ke sana. Tapi kejadian kemusnahan ini melambangkan kemurkaan Allah. Kita perlu ingat bahawa inilah yang akan terjadi kepada negara kita kalau kita membenarkan orang yang ingkar terhadap perintah Allah menjadi pemimpin negara kita.

    ReplyDelete
  6. salam Yong

    Islam sesama islam berbunuhan . Rasulullah pernah meminta pada Allah agar umatnya bersatu namun tidak diperkenankan olehNYA .

    Khabbab bin Aris menceritakan bahwa pada suatu hari Rasulullah memanjangkan solatnya, sehingga setelah selesai solat, sahabat bertanya

    “ Ya Rasulullah,engkau melakukan solat begitu lama tidak seperti solat lain.”

    Rasulullah S.A.W menjawab:

    "Benar, dan dlm solat itu aku mendapatkan sesuatu yang mengembirakan dan sesuatu yang menyedihkan, kerana sesungguhnya aku dalam solat tadi telah meminta kepada Allah 3 perkara, maka Allah mengabulkan 2 dari permintaanku, dan menolak satu permintaanku.

    Aku meminta kepada Allah agar umat ku tidak akan pernah dibinasakan dengan penyakit, maka Allah mengabulkannya; kemudian aku meminta kepada Allah agar umatku tidak akan pernah dikalahkan oleh musuhnya, dan Allah mengabulkan permintaan tersebut; dan pada waktu aku meminta agar umatku tidak menyakiti satu dengan yang lain, maka Allah tidak mengabulkan permintaan tersebut

    (Hadis sahih riwayat Tirmidzi )

    ReplyDelete
  7. Sepatutnya masjid dijadikan kawasan berkecuali dalam apa jua keadaan...

    Tapi mungkin masjid ini di kuasai oleh golongan sunnah dan dijadikan tempat berlindung dari serangan tentera kerajaan yang merupakan puak Syiah...

    ReplyDelete
  8. Makcik.. ngko telah memyebabkan aku menitiskan air mata hari ni. Rasa tak keruan yg teramat. Terbayang2 saat2 indah di sana. Kejadian mencuit hati. Kedaimaian yg dirasai semasa berada di dalamnya..
    Terima kasih bebanyak atas N3 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi berita2 yang lebih menyedihkan, cume keme tak sanggup nak masukkan dalam entry ni. Boleh meruntun jiwa...

      Delete
  9. sedihnya,

    setiap kejadian ada sebab, hikmah dan pengajaran utk semua umat manusia terutamanya umat islam.

    Allah hu Akhbar!

    ReplyDelete
  10. subhanallah, teruknya...sampai macam ni sekali jadinya, tenang jer tengok gambar yang lama, now semua dah runtuh...apalah yang diorang cuba buktikan sebenarnya, sedih pulak rasa...

    ReplyDelete
  11. Subhanallah....
    tak tau la nak cakap apa. sedih tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan. tak sanggup Yong nak letak gambor2 yang lebih menyayat hati.

      Delete
  12. Ya Allah...sedih tengok masjid dimusnahkan macam tu.serius, bila dengar berita kat tv tu memang teringat tempat2 yang yong dah pi dan ceritakan kat blog ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong pun, bila dengor berita dan tengok gambor2 yang deme siorkan tu, teringat balik tempat2 yang mana Yong jejaki. Sayu rasa hati.

      Delete
  13. Salam.Saya pun berharap semoga negara kita sendiri akan tetap aman, damai, sejahtera, sentosa senantiasa.Amin.He.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Tiga Lalat

      Itu jugak la yang Yong harapkan. Panjatkan doa kepada Nya. Ameen

      Delete
  14. Masya Allah, masih teringat lagi kenangan ke Aleppo (Halab) ... Sampai di sana menaiki keretapi dari Dimashq ... Sempat bersolat Jumaat di Masjid Umayyad yang pintunya sungguh unik. Dan bergambar dengan anak2 Aleppo di luar Citadel ... Yang tinggal cuma kenangan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Me, Mi, Moi

      Sedih kan bila kita terfikirkan kenangan tu....berubah sekelip mata.

      Delete
  15. sangat menyesal tak pergi ngan mak dulu.

    ada sebab jadi begini, hanya DIA maha mengetahui. kita doakan aje lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lily Riani

      Oooo......tak rezeki ke sana yer....kita doakan deme udah2 ler berperang tu kan...

      Delete
  16. salam perkenalan,ciku baru kenal blog ni..best ..ciku wat caria nsyria pastu jumap blog ni..terus join .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Perkenalan kembali CIKU

      terima kasih singgah ke blog keme ni. Rajin2 ler mentelaah nye yer...hehe

      Delete
  17. Indah sangat gambar yang akak sempat rakamkan masa di sana.Tapi sedih bile tgk gambar dengan lokasi yang sama skrang nie. Supaya semua ni menjadi iktibar utk kita semua.

    * To be frank, saya baru tgk gambar2 akak di Turki. Cantik sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu jer gambar yang ada dalam simpanan sebagai kenangan, ihsan daripada rakan2 sepengembara keme juga. Semua dah berubah sekarang, keme tak dapat bayangkan betapa teruknya kemusnahan tersebut. Perang tak membawa sebarang keuntungan kan. Kemusnahan merata2.

      Episod kembara ke Turki tu tak abih cerita lagi...InsyaAllah akan disambung...Terima kasih sudi mengikuti dan mentelaah blog keme ni.

      Delete
  18. Ya Kak Mahh, cantik tempat ni, ia termasuk dalam Unesco Heritage Site, apakan daya, musnah segalanya sekarang.

    ReplyDelete
  19. asalam ASP...tulah sedihnya rasa hati apabila melihat lepas satu satu lagi negara Islam yang mnjadi medan pertempuran...sayang sangat akan bangunan yangdibina dari dahulu...hancur musnah...baru berangan nak ke kahirah ..dah jadi cam gini pulak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Nekcik

      OO...Nekcik nak gi Egypt yer....sukar diramal sekarang ni keadaan deme...

      Delete
  20. Sayang nyer.. tempat tu dah la masjid dan bersejarah pulak tu..
    Moga2 mujahidin menang dan dapat mengembalikan kesenian dan menegakan islam di bumi syria.. sedih..

    Syukur la akak dapat ke sana sebelum perang terjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tinggalan sejarah yang dah musnah sekarang, alhamdulillah dapat jejaki....

      Delete
  21. assalam.. teman nengok dulu sekali lalu.. nnt kejap lagi nak baca lebih detail.

    ReplyDelete