Sunday, 18 March 2012

Egypt - Luxor - Aduh...Muka si Ramses II ni lagi !!!

Assalammua'laikum Pembaca Semua



Aku dan kepala si Ramses II - Dalam banyak2 patung dia kat Luxor ni, muka dia yang ni jer yang sempurna, yang lain2 tu ada telinga dah luruh, hidung dah penyek, mulut dah sumbing, janggut dah hilang dan yg muka terbelah berkecai pun melambak.
 
Hari ke-6 aku di bumi Egypt. Malam tadi aku sampai ke Luxor dari Aswan dengan keretapi yang ikut suka hati jer naik. Sampai jugak....tu yang penting haha... Bila ada orang lain naik kat lain2 stesen dan bagitau itu kerusi dia, aku pegi pindah ke kerusi lain pulak. Sampai sekarang aku tak lupa peristiwa yang mencuit hati aku semasa dalam keretapi ni. Tinggal kan jer kisah keretapi ni dan meh ikut aku teruskan kembara ke Luxor.

Kami sampai di Luxor dah malam dalam pukul 8.00 lebih kurang, turun jer kitaorang pegi terjah kaunter jual tiket dulu untuk dapatkan tiket untuk balik ke Cairo esok. Sold out. mmm....apa mau pikir lagi...tanye yang ada tempat tidur..tu diaaaaaaa.....mahei yang amat, jual in USD lak tu. Siot sungguh. Kami mengelewor jap kat depan kaunter dok pikior nak buat apa. Kami ambik keputusan untuk datang semula esok pagi tengok ada tuah tak.

Malam ni kena cari tempat nak tidor dulu. Kami keluar dari stesen dan mundar-mandir jer dalam cuaca malam yang sejuk, masing2 rasa lost, jeling2 keliling dulu bila keluar dari kawasan stesen keretapi ni. Maklum la, kutu banyak, kena hati2. Disebabkan waktu malam, aku tak tau macamana ghupe kawasan luar ni. Stesen keretapi Luxor ni berada di dalam bandar.

Kami singgah di sebuah restoran berhadapan dengan stesen ni untuk mengalas perut, sambil2 tu tour guide aku cuba untuk bertanya dengan penduduk tempatan tentang hotel2 murah yang kami boleh bermalam. Disebabkan tour guide aku agak fasih berbahasa arab, maka mudahlah untuk dia berkomunikasi dengan penduduk tempatan dan mendapatkan hotel dengan harga berpatutan bagi kami. Itu pun kena hati2 jugak. Takut kena sembelih.... Lena aku tidur malam ni.


Aku di kawasan hotel penginapan di Luxor, jalan masih dalam pembinaan, teruk la jadinya bentuk muka bumi masa ni. Stesen keretapi tu tak jauh dari sini, sepelaung jer. Aku nak mulakan mengkaji purba firaun2 kat sini pulak...

Memule kitaorang pegi cari brekpes, cari tenaga, nak jalan karang berkilometer jauhnyer ngangkut beg sekali,so kena guna banyak tenaga. Kitaorang mengelewor sekitar kawasan ni sambil nengok kedai jual sarapan, sambil2 tu tengok kawasan sekeliling. Rupe2nye bandar Luxor ni sebelah sungai nil jer....dari stesen tadi tu rasa2 nyer tak sampai pun 700 meter  Dah siang baru nampak jalan dan terbukak biji mater.....


Kedai jual sarapan, nama makanan ditulis "flafel " dan untuk "ake away" jer....creative deme ni, cube kome cari "T" nyer kat mane, hahaha... tour guide aku  tengah beratur beli flafel. Kome perlu tau, kedai makan kat Egypt ni tak de sediakan ayor minum cam kita kat Malaysia, takde teh tarik, milo ais, nescafe kaw punye or teh o halia kosong, maka kalau kome rasa2 nak tersedak tu baik sediakan air mineral sendiri. Kami pegi ke sebuah restoran yang jual ayor jer tak jauh dari kedai makan tadi untuk bersarapan dengan secawan chai panas.

Kemudian, kami menapak semula ke stesen keretapi untuk cari tiket balik Cairo malam ni, tak de weh...full, nak terjah macam malam tadi tak leh la kot, jauh sesangat tu, 11 jam lebih, mau ada yang tidor kat ataih lantai keretapi kang or dak pun dalam toilet yang terlalu dirty itu...tak sanggup i.....

Jadinye kitaorang terpaksa la naik bas....bas pun bas la....sebelah kiri stesen jalan dalam 100 meter ada kaunter jual tiket bas....tapi sebelum tu kitaorang jumpa kedai ayor buah..jeng3X, awal dia bukak, sebelah stesen keretapi tu jer.....lepas beli tiket bas, kitaorang pun terjah semula kedai tu....segelas asob pepagi bute, tak buat dek oghang, kitaorang jer....nak hilangkan gian.....hehe...lega anak tekak aku, bersemangat nak menapak....

Lepas tu kitaorang menapak ke tepian sungai nil, tengok keliling ada apa, then buka peta mana tempat mau terjah. kitaorang tengok banyak bas  / van pelancong pegi ke satu arah, aku tengok peta semula, oooo...diaorang pegi ke Karnak Temple. Kitaorang pun menapak ke sana dalam setengah km gitu. dari luar tak nampak sangat seperti temple sebab terlindung dek bukit batu. Bila kitaorang sampai ke tepi dataran tu baru perasan temple sebesar alam. 

Masuk Karnak Temple ni kena bayor, macam biasa kad matrix jadi taruhan untuk dapatkan discount. Karnak Temple ni dipanggil " The Open Air Museum". Fee masuk LE 25. Kitaorang disambut oleh patung2 singa yang kecik jer la tak macam kat Piramid Giza.


Aku dihadapan pintu masuk Karnak Temple, kiri kanan penuh ngan singa2 bertanduk ni

Maka aku pun mulakanlah meng-explore kawasan  temple ni. Disebabkan aku tak de tourist guide yang bertauliah dan berinformasi berkaitan sejarah temple ni, apa yang aku buat adalah mencari tempat2 yang sesuai untuk bergambar, sambil2 tu pasang telinga dengor2 tourist guide daripada kumpulan2 pelancong yang ada dok bagi penerangan kepada kumpulan masing2, dapatlah sedikit info. Selebihnya aku menghayati jer batu2 yang berukir dari reruntuhan yang ada. Aku pikir bila dah sampai ni tengok dan teliti keadaaan sekeliling, kat malaysia nanti google jer untuk dapatkan maklumat sejarah temple ni, sempoi kan aku. Tapi sampai sekarang pun aku tak google tempat ni, sejarah....subjek aku tak suke....


Baru beberapa langkah masuk temple ni, aku keluarkan diri dari kumpulan pelancong yang ramai untuk mencari pot yang sesuai bergambor.


Pelancong memang ramai, berbondong2 deme dalam kumpulan yang besor2, nak bergambor sedikit sukar, kena nunggu lame sikit bagi deme lepaih dulu. Temple ni tinggal serpihan jer, batu dinding dan tiang nyer penuh dengan ukiran samada tulisan deme dulu2 ataupun gambor2 tuhan deme.

Sebahagian gambor2 aku di Karnak Temple, jenuh aku berjalan dalam temple ni, besor yang amat,  matahari dah mule membakor,aku rasa macam 1 km jer jauhnye....kome tak caye ? Meh tengok betul2 obelisk ni dan jarak aku bergambor. Bagi yang tak tahu apa itu obelisk, ia merupakan sebatang tiang batu yang tinggi dan tajam di atasnyer, bersisi empat dan selalunya didirikan sebagai tugu atau tanda tempat. Di sini ada beberapa obelisk, tapi cuma 2 tiang jer yang masih mampu berdiri. yang lain tu dah rebah menyembam ke bumi.

Aku dihadapan obelisk, kome tengok pelancong2 tu, ramai sungguh mngerumun batu2 dan mendengor penerangan daripada tour guide memasing.


Aku menjarakkan diri daripada kelompok yang ramai tadi


Aku dah masuk lebih jauh lagi, kaki pun dah mula sakit dok memanjat batu2 kat sini dan jari2 kaki aku dah mula melepoh dan melecet.


Aku semakin jauh ke dalam, tak larat dah...aku nak pusing balik..penat weh...

Layan jer la beberapa gambor kenang2an aku meneroka Karnak temple ni....

Tak nampak obelisk dah...jauh...


Tak de koje sungguh..haha

Nak pusing balik keluar dari kawasan ni dah jadi satu masalah la pulak bagi aku, jauh....sabar je la kan, sapa suruh masuk jauh2 ke dalam, kan dah payah nak menapak keluar semula.

Akhirnya....keluar gak aku...tengok la semula singa2 ni , kome nampak tak obelisk di belakang aku tu...jauh weh...

Dataran di luar Karnak Temple ni, Belakang aku tu Sungai Nil dan seberang sungai tu yang nampak berbukit adalah "Valley of the King "

Lepas keluar dari "The Open Air Museum" ni, kitaorang pegi balik menyusuri sungai Nil, Ada jer cruise boat kat tepi sungai tu kalau kome nak naik. Harga aku tak check sebab aku tak minat.

Aku di tepian sungai Nil mengadap " Valley of the King " kat seberang sungai tu. Ada bas / van kesana melalui sebuah jambatan, Kalau nak sewa basikal pun boleh jer. Aku tak pegi ke seberang, tak larat dah weh, kaki aku dah melecet. Tengok tempat tu dari sini seluas sungai nil ni jugak. Aku tak rasa aku mampu nak masuk ke kawasan perkuburan firaun2 tu. Kawasan tu terlalu luas.

Kitaorang menapak lagi dan menuju ke Luxor Temple pulak kat tetengah bandar jer pun. Macam biasa aku cari tandas dulu, tengok keadaannya..Boleh pakai, tak de pilihan. tak berapa bersih walaupun di kawasan pelancong. Kemudian kitaorang masuk dengan bertaruhkan kad matrix untuk potongan harga. Fee masuk sini LE 20 jer

Aku di hadapan pintu Luxor Temple, kena lalu dia ni...kiri kanan dia jaga, tak de singa....

Aku mengelewor jer kat dalam ni, tangkap gambor mana2 suke dan menganalisa batu2 dan tiang2 yang ada.
 
Aku dalam Luxor Temple


Tak tau dah macamana nak bergaya, taram saje la labu.....




Penat aku menapak kat sini, menyelongkar setiap sudut, dok jap ambik nafas.....



Dah keluar dari sini, kami pegi cari alas perut, cari tenaga semula. Hari pun dah petang, kami pegi semula ke stesen keretapi untuk memorikan tempat ni.

Aku di hadapan stesen keretapi Luxor.

Kemudian kami naik van ke stesen bas yang berada di pinggir bandar Luxor, melalui kawasan kampung. Tanaman tebu sekeliling dan lain2 tanaman di delta nil yang subur. Macam tak cayer jer jalan tu menuju ke stesen bas. Cuak weh....sampai juga akhirnya, Aku cari tandas, tak berfungsi, orang2 kat stesen bas tu suruh kami ke masjid berdekatan. Kami pegi ke masjid di sebelah luar stesen bas ni untuk memunaikan tanggungjawab masing2. Masjid ni berada dalam kawasan kampung dan kami menapak la sikit ke sana dalam 500 meter dari stesen bas tadi. Dalam pada kita mengembara ni, kena bersyukur atas kemudahan yang diberi.

Kemudian bila dah dekat2 masa nak naik bas, kami ke stesen semula. Sempat lagi kawan aku dan tour guide aku dinner kat stesen bas ni dengan kebab hati. Aku tak leh telan benda ni tapi aku nengok deme ni berselera sungguh. Lapor la tu...  Aku dapati tandas di dalam kawasan stesen bas ni tak boleh dipakai. Aku terpikir kat mane la deme ni membuang ???.....

Kami mulakan perjalanan malam yang panjang di atas bas menuju ke Cairo semula......


Wednesday, 14 March 2012

Egypt - Aswan - Angkuhnya si Ramses II di Abu Simbel

Assalammua'laikum Pembaca Budiman


Aku di hadapan Ramses II di Abu Simbel, Selatan Aswan 

Hari ke-4 dan ke-5 aku di bumi Egypt. N3 sebelum ni aku cerita tentang kembara aku ke piramid2 yang dibina daripada bongkah2 batu yang besar dan bertan-tan beratnya. Hari ni aku nak pegi pulak ke tempat di mana ianya dikuari dan diangkut sejauh 500km di selatan Egypt. Bersemangat sungguh aku ni nak jadi ahli kajipurba...haha. Bangun pagi ni aku dan kawan aku dah bersiap2 untuk ke stesen keretapi di Cairo untuk ke selatan Egypt, ke bandar paling selatan iaitu Aswan. Tiket keretapi dah pun dibeli oleh Tour Guide aku sehari sebelumnya. 


Tiket keretapi kelas 1 sehala, kerusi jer yang mampu, dari stesen Aljizah, Cairo ke stesen Aswan.
Explorace day kami di Egypt bermula. Kami hampir tersilap platform di stesen keretapi. Kelam kabut kejar masa punye pasal. Nasib baik sempat naik keretapi yang betul. Dah la perut kenyang bangat bersarapan dengan chicken shawarma kebab, saiz roti untuk orang2 Egypt lak tu ( besau gedabak )  tadi dekat2 dengan stesen ni. Bayangkan kalau kome berlari-larian dengan perut yang kenyang. Semput aku dibuatnya.

Takde apa yang menarik dok dalam keretapi ni bagi aku. Bosan je yang lebih sebab perjalanan yang terlalu jauh. Seharian masa aku habis dalam keretapi dengan tidur, tengok jam dan termenung je. Pas tu tengok gelagat manusia. Toilet kat dalam keretapi ni hampeh lak tu, so dirty. Tapi apa pilihan yang aku ada ? Sabar je la kan. Keretapi bertolak jam 8.00 pagi dan sampai di stesen Aswan lebih kurang pukul 9.00 malam. Perjalanan ditemani dengan pemandangan Delta Nil yang subur yang dibelakangi padang pasir yang tandus. Sapa ambik subjek ilmu alam atau tukar nama ke geografi masa aku sekolah menengah dulu mesti tahu betapa suburnya delta ni. Bila kita mengembara, perlakuan manusia, bentuk mukabumi dan sumber semulajadi yang mencorakkan kehidupan itu sendiri selalu menjadi perhatian dan perbandingan.

Kami sampai kat Aswan dah terbenam matahari, kami mengelewor kat luar kawasan stesen keretapi tu dengan kepala yang masih biul dek lenggok keretapi untuk cari hotel nak rebahkan badan yang lesu. Tour guide aku  pegi jengok2 kawasan dan tanye kat orang tempatan. Kena hati2, diaorang ni bagi aku bangsa yang kuat mengelentong, gerenti gred A punye auta. Tour Guide aku juga cuba dapatkan trip bas yang akan bawa pelancong ke Abu Simbel esok pagi. Akhirnya, dapat juga setelah bertungkus lumus dia bertanya dan memahirkan diri berkomunikasi dengan penduduk tempatan dalam bahase deme . Esok pagi bertolak ke sana seawal 4 pagi untuk perjalanan 3 jam lebih kurang.

Bas pelancong yang kami naik tu majoritinya western tourist jer. Dalam pada tu, terjumpa gak orang Malaysia.  Pasangan dari Penang, mula2 aku ingatkan depa ni dari Asia Timur, depa siap teringin nak makan laksa asam penang lagi kat tengah2 padang pasir tu. kesian sungguh aku dengor. Kami sampai pagi tu ke Abu Simbel setelah melalui perjalanan selama lebih 3 jam merentasi padang pasir. Tak de rupa bentuk muka bumi lain selain padang pasir. Kalau teruskan lagi ke selatan akan memasuki negara Sudan.

Sampai di pintu masuk ke temple ni, kami berlegar2 dulu kat sekeliling kawasan, pikior nak masuk ke idok. Bincang punye bincang, pikior punye pikior beberapa kali, akhirnya kami ambik keputusan untuk masuk. Apa lagi, tour guide cuba taruhkan kad matrix kami, dapat la potongan harga tapi tak la banyak mana pun.  Dah jejak bumi Abu Simbel ni kan, masuk je la. bukan senang nak sampai pun. Itu kata kami untuk sedapkan hati masing2. Nak jalan jauh ke bawah menuju ke temple ni, kena masuk tandas dulu. Kawasan pelancong, tandas nya dalam kategori boleh pakai, ok la bagi aku.


Kawasan Abu Simbel, mengadap Sungai Nil, kome boleh nampak jauh kat belakang aku tu pelancong berbondong2 turun ke bawah ni. Dari situ la jalan masuk ke sini. Jauh jugak menapak dari pintu masuk ke sini. Hari masih pagi ditunjukkan oleh bayang aku yang panjang, cuaca nyaman dan angin sejuk. 
Ini la dia kuil Abu Simbel, dimana Firaun Ramses II bermaharajalela. Angkuh sungguh dia ni. Kuil ini asalnya berada lebih jauh ke bawah, tapi disebabkan pembinaan empangan terbesar dibuat di sini dulu, atas bantuan masyarakat dunia yang prihatin dengan nasib si Ramses II ni,  maka kuil ni diangkat ke tempat lebih tinggi seperti yang ada sekarang untuk mengelakkan dia tenggelam untuk kali kedua.

Aku dan kawan aku di hadapan Ramses II yang angkuh
Diceritakan juga yang Ramses II ni adalah firaun yang dikatakan menentang dan mengejar Nabi Musa a.s. sehingga ke laut Merah dan tenggelam . Wallahualam.
Di Cairo juga terdapat satu tempat yang dinamakan Ramses, tu la tempat kami turun naik bas / van awam.

Layan je la ye gambar2 Ramses II ni.....


Kuil ni betul2 tepi sungai nil yang melaut luasnya selepas menjadi empangan. Disebabkan kami hanya kurang sekerat hari kat sini, so tak dapat la nak menghayati keseluruhan kawasan ataupun cuba2 nak naik cruise yang ada atau meliburkan diri lama2 kat tepi sungai ni.

Dalam perjalanan balik, kami disinggahkan ke beberapa tempat. Antaranya High Dam.

High Dam di Aswan, luas sungguh kawasan dia, tapi bukan lah bas tu yg kami naik. Kami naik bas mini jer....
Aku dan tour guide tak bertauliah aku di High Dam
Aku tak sempat nak menghayati keseluruhan empangan ni secara aman tenteram sebab masa yang pemandu bas tu bagi sekejap sangat. Seingat aku tak sampai 20 minit kot. Kejam sungguh deme. Kelam kabut kami dok bergambar. Empangan ni memisahkan dua tasik besar iaitu tasik aswan dan tasik nasser.

Lepas tu kami di bawa pulak ke sebuah tempat yang dinamakan Isis Temple yang terletak di sebuah pulau Philae. Ia juga dinamakan "Pearl of Egypt ". Dikatakan "the most beautiful point'. Tak tau la aku kenapa dikatakan begitu, sebab aku tak pegi pun, kena naik bot ke sana dan kena bayor. Bayor bot lagi pas tu kena bayor entrance fee lagi. Tak larat aku nak layan. So we all ambik keputusan lepak je kat pit stop ni tunggu pelancong2 yang sama bas ngan kami balik dari sana. Penat weh...asyik tengok temple je, bosan gak.


Philae-Pit Stop
Kami sampai semula ke bandar Aswan petang tu dan sempat la berlegar2 di kawasan pasar deme dan yang penting pekena asob deme. Fuh...lega anak tekak aku. Penting tu.....
Tersengih dapat asob, jgn lupe minum kalau kome ke Egypt, gerenti puas hati
Dan shopping topi ahli kaji purba......



Kami mengelewor semula kat stesen keretapi untuk cari tiket ke Luxor malam tu, sold out. Cuak weh... Kami ambik keputusan naik je dan bayar di atas nanti. Kome boleh ikut cara kami, gerenti sampai.

Aku dihadapan stesen keretapi Aswan


Menunggu masa untuk terjah keretapi...hahaha.....selamat tinggal Aswan
Aku dah sampai ke tempat paling selatan di Egypt. Kome bile lagi ?

Thursday, 8 March 2012

Egypt - Cairo - Firaun Dan Piramid Padang Pasirnya

Assalammua'laikum Pembaca Semua
Hari ke-3 aku di bumi Mesir. Hari ni aku punye program nak jadi ahli kajipurba ke padang pasir. Nak habiskan kembara menjejaki piramid2 yang terdapat di Memphis iaitu Saqqara dan Giza.

Piramid di Saqqara

Apa-apa pun kena isi perut dulu. Sarapan aku dalam bilik jer. Terima kasih pada penuntut2 Malaysia di Rumah Melaka yang tolong belikan sarapan kami pagi ni. Walaupun mereka sibuk dengan pengajian dan program mereka sendiri, tetapi tetamu yang tak diundang ni tetap diberi layanan terbaek, mereka amat bersopan, penuh ngan budi bahasa dan membantu kami di mana perlu. Moga Allah jua yang membalas budi baik mereka. Ameen....

Strawberry setiap masa.....sekilo LE 4.00 ( RM2.00 ) jer....murah kan...manis lak tu...
So hari2 mesti ada sebagai pencuci mulut...

Tips...jika kome ni jenis yang lidah pedas, bawak la cili api or sos cili jika mengembara ke Egypt. Kalau tak nanti mati selera kome kat situ jugak, tak leh nak telan, tak de rasa dan perasaan....aku bawak botol besau sos cili berbotol2 ( untuk bekalan tour guide aku ) dan berbungkus2 sos cili KFC dan McD yang aku kumpul. Kawan aku pulak bawak botol besau sos cili Maggi...boleh bertahan sehingga tamat episod kembara kami kat sini. Haha...

Hari ni aku ada dua orang tour guide.  Tour guide yang baru ni lebih berinformasi. haha...kalau tour guide aku tu baca entry ni..jgn marah la ek......bukan apa, hari ni Tour Guide aku ada kelas belah petang jadinye dia boleh ngekor kami belah pagi jer.

Mula2 kami ke Saqqara, di sini terletaknye piramid Zoser dan Museum Imhotep. Siapa Zoser dan Imhotep ni, kome buleh buka buku sejarah...haha..aku tak minat sangat subjek sejarah ni. Di Saqqara ni piramid2 nya kecik2 jer. Kalau kome ikut tour agency mungkin deme tak nak bawaknye kome ke sini, tak ramai pelancong ke sini.
Di hadapan Piramid Zoser, antara Firaun terawal memerintah Mesir Kuno.

Di sepanjang laluan ke piramid Zoser ni, terdapat byk piramid2 yang lebih kecil yang aku tengok dalam padang pasir ni. Dah macam bukit pasir je aku tengok tapi sebenarnya piramid. Macam dalam gambar di atas, di belakang tu ada lagi satu piramid yang kecik. Di hadapan piramid Zoser ni ada rumah ibadat dia.

Rumah Ibadat Mesir Kuno - Dengan 40 Pillars - Korean tu siap berkawat  lagi..Aku terpaksa bagi laluan kat dia.

Aku dihadapan rumah Ibadat Mesir Kuno yang ada 40 Pillars

Gaya macam ahli2 kajipurba  yang sedang khusyuk  menganalisa batu2 daripada piramid yang berusia lebih 5000 tahun yang masih bertahan walaupun hampir runtuh akibat dimamah usia

Aku dihadapan salah satu rumah ibadat Mesir Kuno.
Lepas kitaorang habis pusing2 piramid2 di Saqqara ni , kitaorang masuk jap ke museum Imhotep, biasa la kalau museum kat Egypt ni semuanya pamerkan mumia. Harta karun deme. Macam2 rupe ada. Nasib baik mumia2 ni tak ikut aku balik. Seram aku tengok.  Kalau kome nak lagi seram, pegi museum di Cairo, meremang bulu roma, aku tak sanggup.

Imhotep Museum-Saqqara. Kat sini toilet boleh tahan. Kawasan pelancong, deme jaga la sikit kebersihannya dan pelancong pun tak la ramai sangat ke sini.

Entrance fee untuk Saggara dan Imhotep ni LE 25 - ini harga student, aku dan kawan aku bawa kad matrix dari Malaysia bawak ke sini. So dapat lah potongan harga. Well....we all semenangnya prepared everything earlier. Tukang jaga tiket tu bukannya paham pun apa tertulis atas kad matrix tu, yg penting ada logo dan nama universiti atas kad tu. Aku pikir kalau lah diorang tanye jugak, aku akan jawap je la PHD student dalam bidang kajipurba..wakakaka....maklum la tengok muka dan gaya tak macam  student langsung.....Alhamdulillah, tiket di semua tempat dapat potongan harga....

Selepas tu kami meneruskan perjalanan ke Piramid Giza pulak. Dari Saqqara tadi pun dah nampak sayup je piramid ni. Entrance fee untuk masuk piramid Giza ni LE 25 - Student price. Kad matrix jadi taruhan. Berjaya. Haha...

Piramid Giza ni terkenal dengan 3 buah piramid yang besor2 dan penjaganya si kepala singa. Berkali2 ganda besornye daripada piramid yang kami terjah di Saqqara. Hanya 1 jer yang dibuka kepada pelancong untuk lawatan iaitu Piramid Khufu.

Piramid Giza - Yang ataih kepala sebelah kiri aku tu je yang buka kepada pelancong, piramid khufu namanya, yang paling femes antara tiga yang besor2 tu.


Aku di hadapan Piramid Khufu

Sayup jer mandang ke atas, besor sungguh
Tersengih dapat panjat Piramid Khufu tu

Penat weh....jenuh memanjat, batu tu dah lah besor2

Had ni jer deme bagi panjat, tak leh langkau batang besi tu, kang tak pasal2 kena jerit dan dihalaunye aku...pelancong dah le ramai....

Jadi nyer aku menapak turun la semula

Di piramid khufu ni ada pintu masuk kedalam, aku tak masuk sebab bayarannya mahal sungguh. Pak & Mak Guard tu pulak punye muka bengih semacam. Takut aku nak tegur. Walaupun tak dapat masuk ke dalam piramid khufu tu, kitaorang cari lubang2 kubur yang free jer.
Salah satu lubang2 piramid yang free jer kalau nak masuk. Bukan ada apa pun setakat bilik empat segi atau bersegi2 sikit dengan mural. Tapi deme ni  dahsyat sungguh bina piramid2 tuh.... 

Deme angkut batu2 tu melalui sungai Nil dari Aswan yang terletak di selatan Egypt.

Bongkah2 Batu piramid yang tersadai di sebelah piramid khufu ni.

Dah habis mengelewor kat piramid khufu tu, kitaorang pegi pulak jenguk si kepala singa. Sebenornya dari sini la pintu dan jalan utama di zaman firaun2 ni memerintah untuk ke piramid2 tu dulu. Si singa ni la tukang jaga, kena lalu dia dulu, gamaknye deme bagi salam la kut nak minta lalu...gamak nye ler....

Penjaga Piramid Firaun2 - Sphinx, si kepala singa
Penat weh..jalan kat piramid2 ni, besar sungguh kawasannya. Nasib baik aku tak rasa nak ke tandas. Kalau tak memang kes naye, aku tak tau la  tandas nye kat mana.So kalau kome nak ke sini, pandai2 la pujuk perut kome, budget masa, makan dan minum secukup nye aje.

Dah petang sikit, kami nak kejor pulak Perkampungan Firaun, ia merupakan museum la jugak, macam2 ada kat dalam museum tu yang mengisahkan kehidupan di zaman firaun dulu kala. Tengah jalan kami singgah kat kedai ayor buah. minum segelas ayor mangga dan segelas ayor tebu. Deme panggil ayor tebu tu asob.

Tips-kalau kome ke Egypt rasa lah kedua-dua ayor ni. Kami ni hari2 minum asob sebab murah, 50 nus deme jer ( deme panggil sen tu nus )  dan pior, manis tebu tanpa gula. Lain dari yang ada kat Malaysia ni. Ayor mangga pulak jarang kami dapat minum di semua tempat sebab tak musim dia. 

Perkampungan Firaun
Kami masuk ke perkampungan firaun dah petang sesangat, perlukan beberapa jam kat dalam tu. Kat sini ada disediakan surau. Tandas pun boleh tahan la tahap kebersihannya. So sempat la jamak zohor ngan asar. Keluar jer dah gelap.


Sempat lagi tu bergambar dengan pakaian cleopatra, jadi la aku cleopatra melayu terakhir....

Dah beberapa jam kat dalam tu, tak sedar pun masa berlalu, lama sungguh kami mengembara ke zaman firaun...sebelum keluar dapat la sijil.......



Hari pun dah gelap gulita, perut pun dah berkeriok minta di isi, kami balik ke Cairo, makan malam di restoran hadramout dan balik ke Rumah Melaka...terus pengsan kepenatan.......