Saturday, 10 November 2012

Syria-Bosra dan Dar'a, Makam Nabi Ayub, Imam Nawawi, Tapak Kaki Unta Rasulullah di Kota Roman Bosra

Assalammualaikum Pembaca Budiman


Hari ni merupakan hari ke-5 pengembaraan aku dan geng ke beberapa negara, kitaorang akan memasuki negara Syria dari sempadan utara Jordan. Bermalam di Irbid semalam merupakan bandar paling utara di Jordan dan amat hampir dengan sempadan. Aku lupa apa nama sempadan ni, tapi urusan mengecop passport tidaklah terlalu rumit. Bandar Dar'a di pihak Syria pulak merupakan bandar yang paling hampir dengan sempadan Jordan. Pintu sempadan ni bukan lah laluan pilihan pelancong sebenornyer, dia lebih kepada laluan perdagangan, lori banyak la, tu sebab tak ramai orang kat sini, jadinyer urusan mengecop passport memang cepat la. Kitaorang jer makhluk asing kat sini. Isi borang dan hantar jer ke kaunter. Cuma nyer bahasa selalu jadi penghalang, deme ni tak tahu bahasa omputeh apalagi lah bahasa melayu kan....haha. Yang penting urusan selesai tak sampai setengah jam jer...Cume kalau kome perati orang2 arab ni samada Syrian or Jordanian, jenis kelam kabut sikit deme ni, berebut dan bergaduh mulut tu dah jadi kebiasaan, tak de nyer deme ni nak beratur elok2....kita tengok diorang ni buat kita pun jadi kelam kabut sama....
 
Masa aku masuk ke Syria ni, Egypt sedang bergolak sakan. Memang sebelum aku sampai sini, dari Malaysia lagi aku dah dengor khabor2 yang pergolakan yang melanda di Egypt akan merebak pula ke Syria dan sememangnyer itulah yang terjadi, sebulan selepas aku pijak bumi Syria ni, pergolakan pun bermula dari sebelah selatan negara ni iaitu di bandar Dar'a. Pembunuhan bermula dan rakyat menjadi pelarian. Syukur alhamdulillah aku dan geng selamat menghabiskan kembara kitaorang di bumi Syria yang aku rasa sekarang ni semakin hancur....mujur aku masih sempat buat Jejak Rasul dan Anbia ke Syria.
 
Dah habis urusan di sempadan, kitaorang terus jer ke Kota lama Bosra, melepasi bandar Dar'a ke sebelah timur nyer, ni la kota bumi Syam dolu2 dan tempat Abu Talib dan kafilahnyer membawa Nabi Muhammad bersama barang dagangan untuk diniagakan. Macam biasa, kota lama Bosra ni adalah peninggalan kota zaman Roman, hehe....makanyer kome akan disajikan dengan gambor2 warisan Rom lagi lah yer, jangan bosan okay.... nak buat camana kan, dah laluan kembara aku kali ni meneroka laluan kerajaan Roman. Ajer nyer ye....

So, kita mulakan dengan Kota Roman Bosra, sebuah kota yang agak besar jugak la, kecik sikit daripada Kota Roman Jerash jer. Kitaorang masuk dari pintu lain dan keluar ikut pintu lain, senang sikit, tak perlu menapak pusing balik la kan. Kota lama peninggalan Kerajaan Roman ni masih berpenghuni, waris daripada generasi terdahulu masih mendiami kota ni, kerajaan Syria tak dapat nak buat penempatan semula ke deme ni, mungkin atas faktor kewangan dan tak de tempat yang sesuai kot. So, atas faktor ni, kawasan ni tak dapat la nak diwartakan sepenuhnya sebagai tempat warisan dunia seperti di Jordan, so masuk adalah percuma....

 

Aku di hadapan Masjid Mabrak Annaqah di Kota Lama Roman Bosra, cer kome perati batu2 di dinding masjid ni, ni batu2 zaman roman, dalam kembara aku ke Jerash di Jordan, ada aku ceritakan sikit kenapa batu2 deme kaler gitu. Masuk masjid ikut sini.
 
Aku dan geng mulakan lawatan ke Masjid lama di tepi kota, tempat di mana dikatakan unta Nabi Muhammad berehat. Diceritakan begitu la.  Lupa lak aku selidik bila masjid ni dibina. Malas membaca informasi yang ada kat situ.
 
 
Pintu ke masjid di sebelah dalam bangunan
 
 
 Ini lah batu yang dikatakan bekas tapak lutut dan kaki unta Nabi Muhammad yang berishtirehat di sini, diceritakan masa tu tempat ni sebelum dibina binaan dan dijadikan masjid merupakan satu kawasan yang berada di luar kota, bersebelahan jer dengan pintu kota, dan unta tu duduk berishtirehat di bawah pokok, tapi kemudian nyer baru dibina binaan masjid disini, sebelahnya adalah pintu kota dan binaan kota yang masih wujud sampai ke hari ini. Benar atau tidak tapak unta tu aku pun tak pasti, ia dah jadi sejarah yang diturunkan daripada generasi ke generasi yang tak bertulis.Wallahualam.
 
 
 Rupa paras dalaman Masjid, memang uzur dan keadaannyer cukup untuk menceritakan umurnyer.Betul tak kome ? Sejuk ya amat kat dalam ni, kena ada heater, tu pun tak membantu mengurangkan kesejukan.
 
 
Lepas tu kitaorang pun keluar semula dan teruskan menapak ke dalam kota. Cuaca redup jer tapi tak hujan. Kebetulan masa kitaorang sampai sini, terdapat gak bas2 pelancong dari Iran yang ramai. Maka meriah la jadinyer, tapi sekejap jer la nampak meriah. Masing2 mengikut laluan yang berlainan nak cover seluruh kawasan yang besar ni, tak nampak la ramai nyer orang. Bagi aku dan geng pulak, kitaorang ikut jalan utama jer, senang dan cepat habis. hehe.....
 
 
Jalan2 kat dalam kota ni tak boleh la nak main terjah masuk mana2 pintu kan terutamanya yang bertutup. Kang silap buka, termasuk ke rumah orang yang masih menjadi penghuni disini. Tak pasal2 kena sergah lak nanti. Kat sini jugak terdapat rumah pendita yahudi yang alim yang diceritakan di dalam Sirah Rasulullah.
 
 
 Ini lah rumah pendita Yahudi tersebut. Kawasan kota ni dah beberapa kali runtuh dek gempa bumi. Jadinyer aku tak berani nak masuk menjenguk ke dalam rumah tersebut untuk melihat bahagian dalamnye. Silap gaya kang terhempap dek batu2 yang tak kukuh strukturnyer tu.
 
Meh aku ceritakan kisah pendita tersebut. Kalau nak suruh kome pegi bukak buku Sirah Rasulullah tu tak tau la bila kan...hehe...disebabkan aku menyalin bulat2 tulisan seorang penulis dan penterjemahnyer, maka aku kena la bagitau sumbernyer.
 
Ditulis dalam Buku Al-Rahiq al-Makhtum, Sirah Rasuullah s.a.w, komer boleh baca buku ni untuk menambah ilmu di dada.
 
Ditulis begini terjemahannyer : Apabila umur Rasulullah mencapai 12 tahun-dikatakan 12 tahun 2 bulan 10 hari, Abu Talib membawanya berdagang ke Syam. Apabila mereka sampai ke Basra-yang dianggap termasuk dalam kawasan Syam dan ibu negeri Hawran yang pada masa itu ialah ibu negeri bagi negara2 Arab yang tunduk kepada pemerintahan Rom. Di negeri ini ada seorang rahib yang dikenali sebagai Bahira, namanya ialah Jarjis. Apabila rombongan Abu Talib singgah di situ, Bahira keluar kepada mereka dan menyambutnye sebagai tetamu yang dimuliakan, padahal sebelum itu dia tidak pernah keluar kepada mereka. Dia mengenali sifat Rasulullah s.a.w. Sambil memegang tangan baginda, beliau berkata: inilah ketua seluruh alam, budak ini diutuskan oleh Allah sebagi rahmat untuk sekalian alam.  Lalu Abu Talib berkata: bagaimana kamu tahu ? Jawabnya:Ketika kamu bertolak dari Aqabah, tidak ada sebutir batu atau pokok melainkan semuanya tunduk sujud dan ia tidak sujud melainkan kepada seorang nabi. Sesungguhnya aku mengenalinya dengan cap kenabian dibawah tulang belikatnya seperti buah epal.  Kami dapatinya ada disebutkan dalam kitab2 kami.  Bahira meminta Abu Talib supaya membawa pulang Rasulullah s.a.w jangan dibawa pergi ke Syam kerana bimbang nanti orang2 Yahudi akan melakukan sesuatu yang buruk. Lalu Abu Talib pun menghantar pulang Rasulullah s.a.w bersama sebahagian pembantunya ke Mekah.
 
Begitulah al kisahnyer pendita Yahudi tersebut.
 
 
 Aku di hadapan rumah Rahib Bahira
 
 
 Bangunan 4 segi tu merupakan rumah ibadat Yahudi berhadapan dengan rumah Rahib Bahira
 
 
 Sebahagian daripada kota Roman Bosra yang dah hampir runtuh menyembah ke bumi, kerajaan Syria ni miskin, tak de dana nak bagi elok sikit tempat ni untuk kemudahan pelancong. Kalau kome nak pegi ke bangunan2 tu dekat2 atas risiko sendiri jer la yer. Ngeri gak bila pikior kalau batu2 tu jatuh bila lalu kat bawah dia.
 
 
 
 
 Laluan lurus ni sama jer rupa bentuk nyer di mana2 Kota Roman, selalunya ia merupakan laluan utama Kota Roman yang dikelilingi dengan tiang2 yang besor2 lagi tinggi. Tidak seperti Kota Roman di Jordan yang di pelihara dengan elok untuk tujuan pelancongan, di sini semuanye tunggang langgang jer aku tengok.
 
Kanak2 daripada warisan generasi yang menghuni peninggalan Kota Roman ni, hidup miskin dan cuba meraih simpati pengunjung. Apa la jadi ke deme ni sekarang, bila negara deme berperang sesama sendiri, banyak yang cuba menyeberang ke kem2 pelarian di Jordan. Alhamdulillah, Malaysia kita aman.
 
 
 Salah satu bangunan di dalam Kota ni, kome perasan tak pintu yang bertutup kat sebelah kanan gambar ni, ada penghuni tu kome, ada talian letrik ke rumah tu.
 
 
Aku di dalam sebuah bangunan yang tinggal dinding dan tiang2 seri jer...








Dari atas bukit ni, nampak sebahagian kota, berceracak tiang2 yang besor2, masih mampu bertahan walau gempa beberapa kali melanda tempat ni dulu. 

Kota Roman tak sah kalau tak de theater kan, yang kat sini pun masih mempunyai struktur yang agak baik, boleh nyanyi lagu negaraku di pentasnyer....bergaung ke seluruh kawasan theater yang melengkong tu.


 
 Mungkin malam sebelum nye hujan, menakung la air kat laman dia.
 
 
 
 

 
Aku cuba nak buat cam dia ni, tapi bila tengok kaki aku tak sepanjang kaki dia, punah harapan nak teruskan impian....ahaks...


Aku pun buat aksi atas pentas jer la kan, menyanyi....hehe...deme 2 orang belakang aku tu tengah hapal skrip nak belakon malam ni kot...



Ni dataran di luar theater, buat la aksi apa pun, ada kitaorang kisah, hehe....masuk theater ni kene bayor, sebab bangunan ni dipelihara dengan elok. Aku lupa berapa pound syria, tapi murah jer la pun. Sampai dataran ni maknanyer berakhir lah penerokaan aku ke Kota Roman Bosra, sampai hajat buat jejak Rasul ke sini, hari pun dah tengahari membawa ke petang, aku dan geng makan kat restoran tepi dataran ni jer.
 
 
Dari Bosra kitaorang berpatah balik ke Dar'a untuk meneruskan perjalanan ke Damsyik, dalam perjalanan kitaorang singgah di Dar'a untuk melawat makam Nabi Ayub di satu kawasan yang dinamakan Sheikh Saad.
 
Papan tanda ke Maqam Nabi Ayub, so tak sesat la nak cari nyer
 
 


Makam Nabi Ayub dan anaknyer. Aku lupa yang mana satu Makam Nabi Ayub dan mana satu anaknyer.
 
Kendian kitaorang mencari telaga yang Nabi Ayub guna untuk mengubat penyakit nyer, melilau gak cari, akhirnyer jumpa jugak la, tak jauh dari maqam tadi, tak silap aku lebih kurang 1 -2 km jer.
 
Ni la kawasan telaga tersebut, telah dibuat binaan, tapi tak dijaga, kotor jer kawasan nyer. Di belakang telaga ni terdapat binaan masjid yang terbengkalai. Mungkin tak cukup dana nak siapkan.

Ni la telaga tersebut, kotor. Tidak seperti dulu, kata tour guide aku.

Kanak2 yang menagih simpati pengunjung ke sini, mereka ni memang ramai, terdapat juga wanita yang mengendong anak kecil meminta sedekah daripada pengunjung. Deme mengekor jer kemana kitaorang pergi. Makin lama makin ramai deme ni. Seriau aku, cepat2 kitaorang tinggalkan kawasan ni sebab kitaorang jer yang datang singgah ke sini waktu tu....huhu....  Apa lah jadi kat kawasan ni sekarang serta penghuni nyer ? Aku dengor cerita Dar'a ni di bom dengan begitu teruk sekali. Tak dapat aku nak bayangkan. Masih wujud ke deme ni di sini atau berada di kem2 pelarian di sempadan Jordan/Syria ?

Tak jauh dari maqam Nabi Ayub tadi lebih kurang dalam 7 km dalam daerah Dar'a ni jugak, kitaorang melawat satu maqam lagi iaitu Maqam Imam Nawawi, salah seorang ulamak mazhab shafie yang terkenal.

Maqam Imam Nawawi, terletak di kawasan tanah perkuburan yang luas di daerah Dar'a ni. Maqam dia dibuat binaan bangunan dan ada pokok besor kat tepi makam dia. Antara buku Imam Nawawi yang terkenal ialah Al-Adzkar - Kumpulan Doa dan Zikir, terjemahan nye oleh Syed Ahmad Semait, elok kome baca buku ni buat santapan rohani.
 
 
Hari pun dah makin petang, selepas tu kitaorang teruskan perjalanan ke Damsyik, sampai pun dah malam, tapi sempat gak pi rembat kekacang dan manisan kat kedai depan hotel yang kami inap untuk beberapa malam di sini sebelum kedai2 ni tutup.
 
 
 

Dan juga air buah yang sungguh segar di malam yang sejuk beserta kebab buat mengalas perut untuk makan malam kitaorang
 
 
Malam tu aku dah mula tak sedap badan dan menggigil, tanda2 nak demam. huhu....makan ubat yang aku bawa cepat2 dan bawak tidor ...
 
 
 
 

 

Sunday, 14 October 2012

Jordan - Jerash - Deme kata ni Kota Tinggalan Roman Terlengkap di Luar Italy

Assalammuala'ikum Pembaca Budiman




Arch of Triumph, Reruntuhan Tinggalan Kota Roman Jerash 
  
Hari ke-4 dan terakhir di bumi Jordan sebelum keme melintas sempadan untuk masuk ke Syria. Semalam seharian berjalan di Kota Petra memang penat giler tapi amatlah puas hati walau kena menapak berkilo2 meter kat dalam tu. ( Nanti keme tempek gambor2 kat dalam Kota Petra tu lain siaran ). Lepas balik dari situ kaki keme ni macam tak leh nak angkat da, betih kejang semacam jer rasa. Balik ke bilik penginapan malam tu terus lak kena berkemas2 beg untuk ke utara pepagi bute esok nyer. Dah la bilik tu sejuk.....sebab heater zaman purba, besi2 yg macam rupa berkarat tu tak berapa nak berfungsi, lagi buat kaki keme yang sememang dah kejang tu makin kejang dek sejuk, harap esok pagi lega la kaki ni....tapi nasib baik besi yang suam2 kuku tu boleh lagik  nak keringkan stokin....

Okay, keme sambung kembara keme di Jordan. Jordan ni banyak menyimpan sejarah lama2. Kalau nak ber sopin...keme rase Jordan ni bukan lah tempat nyer...tapi kalau peminat kaji purba dan ancient architecture...dari selatan ke utara, memang banyak tempat nyer... so, layan jer la yer..keme punye cerita purba, cerita bergambor...


Arch of Triumph

 Besor giler pintu gerbang ni....


Keme dan geng sampai Jerash di sambut oleh hujan yang lebat.....ohohoh....masalah negara ni kalau nak berjalan di ruang terbuka dan bergedik depan kamera....

Jerash menempatkan tinggalan kota Rom terbesar dan terlengkap di luar Italy. Terlengkap bermakna segala mak nenek monumen ada kat dalam ni. Kota tinggalan Rom ni bersebelahan jer dengan bandar moden Jerash sekarang, bila tengok peta, kawasan ni lebih kurang sama besau ngan kawasan bandar yang ada sekarang..wow...dasat kota Roman ni, besor giler....bila kiteorang sampai ke kawasan ni, kat sebelah pintu masuk kota ada kawasan niaga dan tandas dan lain2 kemudahan. Sejuk2 ni kan, nak tekucil jer keje nyer. Acara wajib, kendian kiteorang berlegor2 kat sini dulu sementara nunggu hujan berhenti. Jenguk2 kedai2 cenderahati yang ada, beli nyer idok jugek. Peniaga2 kat sini ghamoh2 belaker, tambahan pulak orang Malaysia memang deme suker. Lama gak mengelewor mundar mandir sampai kiteorang naik bosan nunggu hujan berhenti. 2 orang geng keme dah naik rimas dan mula cari payung dan baju hujan plastik yang ada dijual kat situ.  Deme redah jer hujan dan masuk dalam kota. Bayor ler JD 8 tiket masuk kalau tak silap keme.

Keme ngan kawan sorang lagi dok memikior jer koje...nak beli ke idok payung, beli ke idok, beli ke idok...tu jer ler koje....alih2 kawan keme nampok payung peniaga kat satu kedai tu, apa lagi dia bikin ayat power punye nak kenen payung deme....free of charge....hehehe....berjaya dapat pinjam...selamat poket....nama nyerpun pinjam kan, kena ler pulangkan balik, maklum ler nak pakai sekali tu jer kan, dan tak kuasa nak ngendongnyer ke hulu ke hilior, buat berat beg jer kan....dan...duit Jordan kan ke mahei....


 Disebabkan hujan, terpaksa la keme bergedik pegang payung, dan cuaca pun, alahai....sabor bebanyak .....Ni baru masuk melepasi pintu gerbang tadi, memang besor giler, sayup jer nampak reruntuhan atas bukit belakang keme tu. tapi maap ler bebanyak, gambor nyer tak jelas, langit mendung dan berkabus. Sebelah kanan keme tu bangunan hippodrome.


 Monumen ni dinamakan Hippodrome, kalau tak silap keme ia tempat lumba kuda, elok kalau keme namakan nyer stadium lumba kuda...

Ni ghupe hippodrome kat dalam tu....



 Hippodrome di bahagian dalam



Lepaih tu, keme jalan lagi....hujan mulai reda....ingat kat kamera jer...takut terkena ayor

 
Ada dua monumen kat ataih bukit tu, belah kiri tu zaman Rom punye temple, sebelahnye tu theater, makne nyer lepaih deme memuje tuhan deme, deme pegi berhibor kat sebelah...




 
Mengadap Temple ataih bukit tadi ialah lapangan berbentuk oval yang dinamakan Forum, dipanggil juga Oval Piazza because of its unique elliptical shape, punye ler luas, dikelilingi oleh deretan tiang2 yang tinggi dan besor2.
Keme jalan lagi, nak berhenti dan perhati monumen tu lama2 tak boleh la, basah dan sejuk, kena berjalan bagi panas badan....


Melepasi Oval Piazza tadi keme lalu pulak kat jalan berturap sepanjang 1 km kurang 200m. Ni jalan utama kat kota ni. Nama jalan ni Cardo Maximus, Kome jangan ingat sekarang jer ada nama2 jalan, dolu2 pun dah ada taw.....sekarang jalan diturap ngan tar, dolu2 lak ngan batu kerikil padu berukir lagi taw....



Sepanjang Cardo Maximus ni berdirinya deretan tiang2 yang besor lagi gagah lagaknyer di kiri dan kanan jalan. Kira nyer macam di anjungan la kan.  Keme agok di sebalik tiang2 tu mungkin deretan kedai2, pejabat or rumah2 penduduk kot....



Berada di laluan Cardo Maximus jugak, keme naik ke atas sikit jumpa pulak tangga ni menuju ke Cathedral deme, kuat beribadat deme ni...banyak rumah ibadat didirikan.

        Kiteorang naik ke Cathetral tu, tengok bandor Jerash dari ataih    bukit...mmm...berkabus

Turun balik dari Cathedral dan nyusuri semula laluan Cardo Maximus tu semula, jumpa pulak monumen ni, Nymphaeum nama diberi. Bangunan mencengkung dan mungkin juga berfungsi sebagai tempat air pancut



Keme panjat lagi ke ataih bukit, tengok reruntuhan bangunan tinggalan rumah2 penduduk pulak, hujan masih turun tapi dah gerimis, kabus pun makin menjadi2 ler lepaih hujan....
Sejuk2 ni tak la rase penat menapak berkilo2 meter kat dalam ni, tapi jenuh nak habiskan menyelongkor seluruh kawasan, di tambah pulak hujan, tanah becak. Banyak tempat keme tak jengok...jauh turun naik bukit....


Keme turun dari bukit kendian masuk semula ke laluan Cardo Maximus tu, jumpa lak monumen ni. Salah satu temple jugak...temple lagi....tapi ni temple paling besor kat dalam kota ni.


Penat eh...asyik lalu Cardo maximus jer, kali ni keme keluor ke  kawasan berbukit, pegi panjat tinggi lagi dan jauh dari laluan utama, keme nak nengok ke seluruh kawasan kota...berkabus...dari ataih bukit ni boleh nampak sebahagian laluan di Cardo Maximus kat bawah tu, yang lurus bertiang sebaris tu...ada laluan tu tak boleh lalu sebab runtuhan batu2 menghalang jalan....laluan tu terus sampai ke pintu gerbang belah utara pulak...jauh sungguh...
jalan lagi jumpa lagi satu theater belah utara pulak, ataih bukit, keme tak turun ke pentas tu, hujan dan batu2 tu licin, kang jatuh jenuh...suker kawan keme tu menari kat ataih pentas tu, penonton nyer sorang jer...hehe...

Theater zaman Rom ni keme perati sama jer bentuknye, cuma berbeza daripada segi saiz jer, ada besor ada kecik. Kalau menjerit dari pentas tu memang dengor sampai ke atas, apa kaedah deme gune untuk memerangkap angin, tu yang keme pikior dan kagum dengan teknologi deme dolu2. Keme agak salah satu kaedah adalah membentuk theater tu sendiri yang dibuat melengkung dan tinggi cenggitu. Theater deme ni sedikit curam, keme ni dah la jenis gayat...pinor gak mata sekejap bila lalu dan mandang ke bawoh....tinggi dan curam.
Dah penat menapak berjam2 kat dalam tu, keme pun pusing balik ke pintu selatan, jauh la pulak kan...huhu....
Sampai kat kawasan niaga tu, kawan2 keme dah nunggu, deme keluor awal sebab dah tak larat nak mengharung hujan katanyer...sejuk...apa deme buat ?....


Ni ler keje deme...berdiang kat dalam kawasan tandas....dok sembang ngan penjaga tandas tu kot...mmm...apa ler citer deme kan....kuda ngan unta bersembang...apa la bunyi nyer, bior kan jer la....
Lepaih ni keme ngan geng nak teruskan melawat ke satu tempat lagi, tapi tali perut dah menggigil kesejukan jugak...hehe....
Kembara diteruskan ke utara ke bandar Ajlun namanya, kat sini ada satu istana merangkap kubu atas bukit zaman dolu la. Namanye Qalat al Rabat, dibina pada dinasti Ayyubid untuk pertahanan daripada tentera salib, kemudian di tawan dan dimusnahkan pulak oleh Mongol, kemudiannya dibina semula masa kerajaan Mamluk. Gitu ler serba sedikit sejarah nyer. Keme sampai dah lewat petang dan nak hampir tutup dah pun kubu ni, hari pulak hujan dan berkabus, so memang tak nampak la sekeliling walaupun kubu ni beada di bukit paling tinggi di Ajlun. Sadis kan.... 
 
Pintu masuk ke kubu


Naik tangga lagi, licin batu2 tu, kena hati2

Kat dalam Kubu, keme lupa di tingkat berapa...
Terjumpa lak suatu makhluk manusia yang teringin nak jadi makhluk asing...konon2 nyer jelmaan daripada kesatria Mongol....hikhik...


Masih ada lebihan peluru batu yang tersadai kat dalam kubu ni. Keme cuba la nak angkat konon2 nyer, usahkan nak angkat, ditolak pun tak bergerak peluru tu....

Keme naik ke atas sekali....masih hujan dan kabus semakin menebal

" Kome nak naik ke idok tu wei "....  keme laung ke deme

Memang tak nampak langsung daratan kat bawah bukit tu.....
ambik gambor keme jer la....


     Dah tu...jom balik ke Irbid, cari tempat tidor....keme dah nak beku ni...
Terima kasih, sudi membaca .....