Saturday, 14 February 2015

China - Kunming - Episod Akhir - Merehatkan diri di Kunming Sebelum Terbang balik Malaya

Assalamua'laikum kepada semua pembaca yang sentiasa menziarah ke blog ini untuk membaca perkongsian keme mengembara di serata alam buana. Terima kasih atas sokongan yang diberikan.

Akhirnya, pengembaraan keme di Yunnan sampai juga ke penghujungnya. Seronoknya mengembara sehinggakan keme rasa nak sambung cuti lagi dan tempah penerbangan ke tempat lain di China ni sebelum balik semula ke Kuala Lumpur. Nasib baik kepingan2 renmimbi dalam poket keme hampir habis membantutkan kerja giler yang ingin keme lakukan di saat2 akhir.

Keme sampai semula di Kunming dari Dali pukul 5.10 pagi. Keme ingat nak lepak kat stesen keretapi ajer sementara menunggu siang. Tapi bila keluar dari cabin jalannya terus menuju luar stesen. Tak ade tempat untuk melepak apatah lagi nak menunaikan solat subuh disini. Keme ngan buddy pun ambik keputusan untuk pergi ajer ke Hump Hostel konon2 nak lepak kat lobinya.

Kiteorang tahan teksi ke sana. Sekejap jer sampai. Panjat tangga hostel dan ketuk pintu sambil tarik2 rantai besi. Bagi bunyi kuat sikit. Tak de sapa pun jawap. Penjaga tu mesti tidor lena kat belakang agaknya, memang takkan dengar nye la. Waktu suboh dah nak hampir. Tunggu kejap lagi dan ketuk pintu lagi sekali. Tak de jawapan jugak. Akhirnya kiteorang tawakkal jer tinggalkan beg tepi pintu dan menapak ke masjid.

Dewan Solat Masjid Yong Ning

Panjat tangga masjid, pengawal terkejut tengok kelibat kiteorang. Bagitau ke dia yang kiteorang nak solat suboh dan terus naik ke tingkat satu. Lega dapat duduk tepi pintu dewan solat masjid sambil buka tali kasut. Masuk dalam, buka lampu kat kawasan yang perlu dan lunjurkan kaki sekejap. Keliling masjid tu gelap, nak cari toilet pun tak tau kat bucu mana. Nasib baik keme bawa lampu picit dalam beg sandang. Senang nak suluh sekeliling.

Solat subuh nye lambat, bilal nye datang dan azan pukul 6.40 pagi lebih kurang. Deme solat tak de bacaan qunut. Jemaah pagi tu campur kiteorang adelah 6 orang semua. Sedihnya rase. Tapi tak pe la, yang pasti rumah Allah masih berpenghuni subuh tu untuk solat berjemaah. Tiada warga tua yang keme nampak subuh tu, cuma anak2 muda yang mungkin duduk dalam kawasan masjid ni

Dalam pukul 7.00 lebih kurang, keme dan buddy menapak semula menuju hostel. Hari dah makin cerah. Jalanraya yang tadinya lengang mula diisi oleh kenderaan yang lalulalang. Manusia juga mulai keluar mencari penghidupan. Sampai hostel, pintu dah pun dibuka. Kiteorang duduk2 sekejap di lobi sementara menunggu pekerja kaunter datang. Awal jugak diorang datang. Dah ade pun kat kaunter. Buddy tanye kot2 boleh check in awal. Disebabkan bilik banyak kosong, senang jer kiteorang dapat bilik pagi tu dan dibenarkan masuk awal. Dapatlah keme merehatkan badan yang keletihan seketika.


Sedap kueteow sup ni. 7 yuan je. Kalau kome pergi ke masjid ni, gerai ni terletak sebelah tangga nak naik ke masjid tu jer, disebelah kiri. Ramai orang makan pagi2.

Malam tadi kat dalam keretapi keme dah rasa badan mula bagi signal nak demam selsema. Pagi ni keme telan ubat clarinase sebiji. Mula la badan dan kepala jadi berat dan rase nak rehat jer. Lepas rehat kejap kat hostel, buddy kelaparan. Ajak keme pegi sarapan dulu. Keme ikut jer. Tak jauh pun. Ke masjid tadi jugak kiteorang pegi. Tapi kiteorang tak naik pun ke laman masjid. Cuba makan mee kat gerai tepi tangga masjid tu jer. Tengok ramai orang makan kat situ, kiteorang pun cuba la. Sedap lamien sup nya. 

Walaupun badan dah tak sihat, keme gagahkan jugak pergi ke Pusat Borong Luosiwan untuk menyopping dengan aman tenteram. Seharian keme habiskan masa dan mengelewor kat sini. Banyak kedai2 dan blok2 bangunan yang keme kunjungi. Beli mana yang berkenan jer. Keme suka tengok orang berniaga dan pembeli yang membeli belah disini. Agak sukar nak berkomunikasi dengan peniaga2 di sini kerana kebanyakannya tak tahu berbahasa Inggeris. Keme pulak tak tahu nak ajuk bahasa mandarin dengan deme. Kalau kome jenis yang suka sopink, ini lah tempat yang sangat sesuai untuk kome kunjungi bila datang ke Kunming. Kene masukkan dalam itenerary kome.

Di dalam Pusat Borong. Penat menapak dari satu lorong ke lorong dan dari satu tingkat ke tingkat yang lain di blok2 bangunan

Nasi Goreng Cina di Kunming..Hehe...Menu makan malam di tepi sebuah masjid di Jalan Zhengyi.

Antara kedai muslim di sebuah lorong menuju Carrefour di Kunming. Keme lupa apa nama jalan kat sini. Bukan lupa, tak ambik tau...tapi supnye tak sedap kat tekak keme.

Ramai peniaga jalanan muslim yang menjual jajan di dataran yang ade 2 pintu gerbang berhadapan hostel keme duduki. Kome boleh dapatkan satay kambeng kat sini, buah-buahan, kentang goreng yang sedap dan lain2.

Satay kamben pujaan tekak keme. Pantang jumpa.. muahahahaha...Keme kene ajor dia masak satay bagi betul2 masak. Bukan tiga suku masak. Dan sesedap keme ajer suruh dia tambah rempah deme yang speshel tu bagi pijor lidah makannya.

Kentang goreng. Ade yang sedap dan tak sedap. Tengok cara deme bubuh rempah ratus deme. Tak boleh terlalu banyak sangat bubuh. Kentang jadi tak sedap. Hehe..

Malam terakhir keme di hostel, melihat suasana malam di Kunming.

Kunming dan waktu malamnya dari laman hostel ajer. Malas nak turun.

Minum kopi sambil menikmati langit Kunming di malam hari. Nasib baik tak hujan di malam terakhir ni. Boleh la lepak sambil berembun kat laman luar hostel ni skodeng orang lalu lalang kat bawah.

Teksi yang membawa kiteorang ke lapangan terbang. Keme baghu sedor ke dighi kene balik Malaya dah.

Selamat tinggal Yunnan. Pengembaraan kali ini telah disempurnakan dengan jayanya selama 16 hari. 

Key ell ---> Kunming ---> Deqin ---> Shangri La ---> Li Jiang ---> Dali ---> Kunming --->Key ell


Dalam beg galas keme, sentiasa ade bekalan makanan seperti biskut, roti, oat segera, kopi campur , cekelat untuk memudahkan pengembaraan sekiranya keme tak dapat bekalan makanan halal di sesuatu tempat sementara nak mencari bekalan seterusnya. Keme juga sentiasa membawa kompas untuk memudahkan mencari arah kiblat. Lain2 alatan yang keme sentiasa bawa ialah pisau lipat dan lampu picit yang kecik kerana ada ketikanya keme amat memerlukannya. Juga lain2 barangan yang diperlukan oleh seorang pengembara.

Sekian sahaja cerita kembara keme ke Yunnan , China. In Shaa Allah di lain siaran akan keme nukilkan pengembaraan keme ke tempat2 lain di alam buana ini untuk dikongsikan dengan semua pembaca.

Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi masuk ke blog ini dan membaca kisah2 pengembaraan keme walaupun ayat nya tidak lah seindah penulis2 professional menulis. Asal tulis sudah cukup bagi keme. 

Kalau ade sesapa yang nak keme bawakkan jenjalan dan bersopink di Kunming ni, boleh la menghubungi keme menerusi email.

Semoga berjumpa di lain siaran, di lain kesempatan.

Wassalam

24 comments:

  1. tq kak. rujukan utama nk pegi yunnan nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali Agip.
      Gunakanlah sekiranya dapat membantu perjalanan Agip nanti. Maaf juga sekiranya maklumat terbatas kerana ia hanya berdasarkan pengalaman yang dilalui sahaja.

      Delete
    2. day 9 di yunnan. hehe...mlm karang balik kunming naek tren. tapi teket abes..amek hard seat..huhu.

      Delete
    3. Alhamdulillah kak. dah selamat tiba di malaysia. thanks so much info dr blog ni yg bantu perjalanan saya kat sana. hehe. tunggu saya update blog saya plak dgn cerita ceriti nya.

      btw...masa wandering kat jinbi square few times tu..tadela pulak jumpe stall yg meriah jual satay and makanan gitu...huhu..satay kambing pun x jumpe kelibat..seb baek jumpa satu kedai kat celah2 bangunan jual. hehe..lepas hajat.

      Delete
    4. Alhamdulillah. Tunjuk gambor cun2 byk2 ye.
      Tak jumpa satay ??? Impossible. Melambak kat area yang ade 2 pintu gerbang tu. Dari petang sampai la ke malam. Nasib baik jumpa gak satu kan. Ok la tu. Tak la terkilan... Hehe

      Delete
  2. perkomgsian yg sangat bagus bagi kaknoor jugak mana tau suatu hari ada rezeki insya allah nak jugak kesini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih masuk ke blog ni
      moga Kak Noor berkesempatan ke sini suatu hari nanti, In Shaa Allah.

      Delete
  3. Pergh... setengah bulan bercuti...

    Best teksi kat sana sebab ada pelindung untuk pemandu...taklah risau kena cekik dari belakang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun ade niat nak tambah cuti 1 or 2 hari lagi semata2 nak cari mee tarik kat wilayah lain...hehe
      Ye, teksi tu mengambil langkah2 keselamatan. Maklum la kan, macam2 orang yang naik

      Delete
  4. Tq kak. Nanti saya baca semuanya semula. Jgn lupa balas taw komen saya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih masuk ke blog ni membaca perkongsian pengembaraan akak di sini.
      In Shaa Allah Syieda, kalau tak de aral akak akan balas komen2 yang ade.

      Delete
  5. NI edisi jln2 cari makan ni..hehe

    Abes sudah perjalanan di China ni (selama ni baca sebagai silent reader je).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana2 tempat pun edisi jjcm adalah perlu bagi akak..haha
      Terima kasih masuk ke blog ni dan membaca kisah2 pengembaraan yang akak kongsikan di sini.

      Delete
  6. phewwww!!!! btw terliur jugak tgk mee tu. coknah nak g mana plak pasni? (yibuk)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap mee tu. semua mee deme padat dan mengenyangkan

      Delete
  7. lawak la kome nieeeeehhhh.... kami nak p jugak t bulan 10 t....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih menziarah ke blog ni.
      Lawak ke ? Biase jer...menceriakan suasana..
      Selamat mengembara...

      Delete
  8. Aduhaii yong letihnya keme menunggu miker habis jalan..alhamdulilah..akhirnya yong jumpa jugak jalan pulang ye..kalau idak..berkampong ler miker kat celah gunong tu ye!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..kite sambung jalan tempat lain pulak nanti...

      Delete
  9. Assalam Yong ASP.....wah...melopong jap JM bila baca travellog Yong nih...ingatkan pegi ngan Hubby rupanya buddy...16 hari tu..kalau JM mmg susah bos nk lulus cuti sebanyak itu huhhu...JM nk khatam semua entri yg ada as a guide eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam wbt.
      Jgn nganga luas2 tau...lalat masuk nnt tak sedor. Haha..

      Delete
  10. Assamualaikum...saya nk g kunming ...lijiang 7 hari..this december...boleh share itenary x...email saya...adawiyyah_rabiah@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam
      Maaf lambat balas
      Boleh baca episod2 yang terdapat di blog ni utk maklumat

      Delete