Hari ke-4 dan ke-5 aku di bumi Egypt. N3 sebelum ni aku cerita tentang kembara aku ke piramid2 yang dibina daripada bongkah2 batu yang besar dan bertan-tan beratnya. Hari ni aku nak pegi pulak ke tempat di mana ianya dikuari dan diangkut sejauh 500km di selatan Egypt. Bersemangat sungguh aku ni nak jadi ahli kajipurba...haha. Bangun pagi ni aku dan kawan aku dah bersiap2 untuk ke stesen keretapi di Cairo untuk ke selatan Egypt, ke bandar paling selatan iaitu Aswan. Tiket keretapi dah pun dibeli oleh Tour Guide aku sehari sebelumnya.
Aku di hadapan Ramses II di Abu Simbel, Selatan Aswan |
Hari ke-4 dan ke-5 aku di bumi Egypt. N3 sebelum ni aku cerita tentang kembara aku ke piramid2 yang dibina daripada bongkah2 batu yang besar dan bertan-tan beratnya. Hari ni aku nak pegi pulak ke tempat di mana ianya dikuari dan diangkut sejauh 500km di selatan Egypt. Bersemangat sungguh aku ni nak jadi ahli kajipurba...haha. Bangun pagi ni aku dan kawan aku dah bersiap2 untuk ke stesen keretapi di Cairo untuk ke selatan Egypt, ke bandar paling selatan iaitu Aswan. Tiket keretapi dah pun dibeli oleh Tour Guide aku sehari sebelumnya.
Tiket keretapi kelas 1 sehala, kerusi jer yang mampu, dari stesen Aljizah, Cairo ke stesen Aswan. |
Explorace day kami di Egypt bermula. Kami hampir tersilap platform di stesen keretapi. Kelam kabut kejar masa punye pasal. Nasib baik sempat naik keretapi yang betul. Dah la perut kenyang bangat bersarapan dengan chicken shawarma kebab, saiz roti untuk orang2 Egypt lak tu ( besau gedabak ) tadi dekat2 dengan stesen ni. Bayangkan kalau kome berlari-larian dengan perut yang kenyang. Semput aku dibuatnya.
Takde apa yang menarik dok dalam keretapi ni bagi aku. Bosan je yang lebih sebab perjalanan yang terlalu jauh. Seharian masa aku habis dalam keretapi dengan tidur, tengok jam dan termenung je. Pas tu tengok gelagat manusia. Toilet kat dalam keretapi ni hampeh lak tu, so dirty. Tapi apa pilihan yang aku ada ? Sabar je la kan. Keretapi bertolak jam 8.00 pagi dan sampai di stesen Aswan lebih kurang pukul 9.00 malam. Perjalanan ditemani dengan pemandangan Delta Nil yang subur yang dibelakangi padang pasir yang tandus. Sapa ambik subjek ilmu alam atau tukar nama ke geografi masa aku sekolah menengah dulu mesti tahu betapa suburnya delta ni. Bila kita mengembara, perlakuan manusia, bentuk mukabumi dan sumber semulajadi yang mencorakkan kehidupan itu sendiri selalu menjadi perhatian dan perbandingan.
Kami sampai kat Aswan dah terbenam matahari, kami mengelewor kat luar kawasan stesen keretapi tu dengan kepala yang masih biul dek lenggok keretapi untuk cari hotel nak rebahkan badan yang lesu. Tour guide aku pegi jengok2 kawasan dan tanye kat orang tempatan. Kena hati2, diaorang ni bagi aku bangsa yang kuat mengelentong, gerenti gred A punye auta. Tour Guide aku juga cuba dapatkan trip bas yang akan bawa pelancong ke Abu Simbel esok pagi. Akhirnya, dapat juga setelah bertungkus lumus dia bertanya dan memahirkan diri berkomunikasi dengan penduduk tempatan dalam bahase deme . Esok pagi bertolak ke sana seawal 4 pagi untuk perjalanan 3 jam lebih kurang.
Bas pelancong yang kami naik tu majoritinya western tourist jer. Dalam pada tu, terjumpa gak orang Malaysia. Pasangan dari Penang, mula2 aku ingatkan depa ni dari Asia Timur, depa siap teringin nak makan laksa asam penang lagi kat tengah2 padang pasir tu. kesian sungguh aku dengor. Kami sampai pagi tu ke Abu Simbel setelah melalui perjalanan selama lebih 3 jam merentasi padang pasir. Tak de rupa bentuk muka bumi lain selain padang pasir. Kalau teruskan lagi ke selatan akan memasuki negara Sudan.
Sampai di pintu masuk ke temple ni, kami berlegar2 dulu kat sekeliling kawasan, pikior nak masuk ke idok. Bincang punye bincang, pikior punye pikior beberapa kali, akhirnya kami ambik keputusan untuk masuk. Apa lagi, tour guide cuba taruhkan kad matrix kami, dapat la potongan harga tapi tak la banyak mana pun. Dah jejak bumi Abu Simbel ni kan, masuk je la. bukan senang nak sampai pun. Itu kata kami untuk sedapkan hati masing2. Nak jalan jauh ke bawah menuju ke temple ni, kena masuk tandas dulu. Kawasan pelancong, tandas nya dalam kategori boleh pakai, ok la bagi aku.

Ini la dia kuil Abu Simbel, dimana Firaun Ramses II bermaharajalela. Angkuh sungguh dia ni. Kuil ini asalnya berada lebih jauh ke bawah, tapi disebabkan pembinaan empangan terbesar dibuat di sini dulu, atas bantuan masyarakat dunia yang prihatin dengan nasib si Ramses II ni, maka kuil ni diangkat ke tempat lebih tinggi seperti yang ada sekarang untuk mengelakkan dia tenggelam untuk kali kedua.
Aku dan kawan aku di hadapan Ramses II yang angkuh |
Di Cairo juga terdapat satu tempat yang dinamakan Ramses, tu la tempat kami turun naik bas / van awam.
Layan je la ye gambar2 Ramses II ni.....
Dalam perjalanan balik, kami disinggahkan ke beberapa tempat. Antaranya High Dam.
Aku dan tour guide tak bertauliah aku di High Dam |
Lepas tu kami di bawa pulak ke sebuah tempat yang dinamakan Isis Temple yang terletak di sebuah pulau Philae. Ia juga dinamakan "Pearl of Egypt ". Dikatakan "the most beautiful point'. Tak tau la aku kenapa dikatakan begitu, sebab aku tak pegi pun, kena naik bot ke sana dan kena bayor. Bayor bot lagi pas tu kena bayor entrance fee lagi. Tak larat aku nak layan. So we all ambik keputusan lepak je kat pit stop ni tunggu pelancong2 yang sama bas ngan kami balik dari sana. Penat weh...asyik tengok temple je, bosan gak.
Philae-Pit Stop |
Tersengih dapat asob, jgn lupe minum kalau kome ke Egypt, gerenti puas hati |
Kami mengelewor semula kat stesen keretapi untuk cari tiket ke Luxor malam tu, sold out. Cuak weh... Kami ambik keputusan naik je dan bayar di atas nanti. Kome boleh ikut cara kami, gerenti sampai.
Aku dihadapan stesen keretapi Aswan
Menunggu masa untuk terjah keretapi...hahaha.....selamat tinggal Aswan |
Salam Yong,
ReplyDeleteeeee kalau kena toilet kotor memang potong stim. Errr cantik2 gambor Yong, mesti paka kamera mahei nih!
W'salam Yong
DeleteMemang kotor dan menjijikkan Yong.
Kamera kompsk jer Yong, masa ni mana mampu nak mahei2. DSLR pun tak kenei lagi.
salam..
ReplyDeletehai..entah bila ada rezeki nak ke Egypt ni..takpelah..layan cerita orang pun sempoi jugak..terasa macam ikut sekali...hehe...
Salam kembali Yong
DeleteBanyakkan berangan, tanam azam, usaha dan jangan putus asa, mesti sampai suatu hari nanti. InsyaAllah.
Mamat jual asob pun dah kenal kita, nampak je kita, dan dan tu bagi pelan radio dia yang kuat boleh pecah gegendang telinga tu... Masihkah ngko ingat minah??? Kedai sebelah stesen kertapi itu..
ReplyDeleteIngat, tapi tu bukan kat Luxor ker ?
Deleteya betul.. kuat lg memori ngko ni..
DeleteHa ha ha....toilet kat sane mmg mcm tu.....kalau lalu kat lorong2 tu mmg berbau hancing....entahlah mereka ni.......
ReplyDeleteSelamat datang ke Luxor, amik gambar byk2 sikit yer?
Salam Yong
DeleteSedih nengok keadaan deme tu Yong. Kat mana la deme letak sifat kebersihan tu. Pengotor sungguh...begini kah persepsi negara islam ? tu yg sedih pikior.
salam, wah destinasi impian saya nak jejak kaki kt bumi ambiya, tapi masih tak kesampaian.. hehe thanks for sharing yer~
ReplyDeleteW'salam Shah_rule
ReplyDeleteUsaha kasi sampai, InsyaAllah, u will.
ada num tourguide ke sis teringin jugak nak kesana
ReplyDelete