Kepada pembaca2 semua, terima kasih atas kesudian kome mengikuti cerita2 pengembaraan yang keme garapkan dalam bentuk penulisan bergambar di sini.
Puda Cuo National Park, Shangri La China.
Menginap di Kevin's Trekker Inn ni memang selesa dan tenang. Pemilik hostel ni yang bernama Becky dan suaminya Kevin sangat peramah dan sedia membantu kiteorang dengan memberikan maklumat2 yang bersesuaian dengan pengembaraan keme secara bersendirian dan terjah -menerjah ni. Kawasan hostel ni kecik ajer, tapi cara deme atur bangunan dengan laman sendiri tu yang buat menarik. Hostel sangat bersih dan dijaga rapi. Kevin ni asalnya seorang pengembara tegar dan sukakan pergunungan, kata Becky. Keme tengok koleksi gambor deme memang cantik-cantik belaka. Jadi deme ambil keputusan menetap di Shangri La untuk buka perniagaan ni. Deme berasal dari selatan Yunnan. Hanya pengembara yang memahami keperluan seorang pengembara...bagus tak kenyataan keme....
Cuma satu jer masalah keme di hostel ni iaitu anjing yang sebesar serigala. 2 ekor lak tu berlaki bini. Yang jantan namanye Rocky, buddy keme panggil dia rocky the balboa...sangat peramah macam pemilik hostel ni jugak. yang betina suka menyorok macam tuannya jugak iaitu suami Becky. hehe....Kalau boleh dia nak jer gomol kiteorang ni untuk bawa bermain2. Boleh gitew.... Keme kena berhati2 dengan najis mughollazah ni sekiranya berlaku, kene bertenang dan jangan gelabah bila nak menguruskan hal samak-menyamak kan, Oleh itu, untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak keme ingini, kena buat pertimbangan yang betul bila menjalankan sebarang aktiviti di hostel ni. Jika membasuh pakaian, kene pastikan kawasan menyidai tidak dilalui oleh anjing ni, kang seghabut otak keme memikior. Rocky ni sangat akur arahan tuan dia dan dia sangat mesra pelanggan. Becky kata Rocky ni sangat suka tetamu datang ke sini. Tu sebab dia hampir2 menerkam buddy semalam di pintu masuk hostel ni sebagai tanda salam perkenalan. Ganaz kome cara salam perkenalan dia...
Kevin's Trekker Inn
Dari bumbung bangunan. Ade laman untuk bersantai dan tak sesak
Memang la tak sesak kan, keme ngan buddy jer tetamunya hari ni...hehe
Kiteorang ade tanye Becky, mana pelancong veteren laki bini dari Australia tu, tak nampak batang hidung pun. Becky kata deme dah keluor masa keme sampai semalam. Mengembara ke wilayah lain di China ni katanye. Oooo ye ker..keme jawap balik..Tak sempat keme nak beramah mesra dengan deme.
Pemilik hostel ni memang minat bunga - Bunga Ros sedang berkembang maju. Keme nak patahkan sekuntum letak kat celah telinga...kang nampak sangat bengongnya kan...mau kene main kejor2 dengan Rocky dan bininya. Jenuh mencecet tak cukup tanah keme laghi dan boleh terkucil dalam seluor nanti.
Sejuk tangan dia ni menanam bunga2an...subur semua
Pagi pertama di Pekan Shangri La, kiteorang gigih bangun pagi2 nak tengok matahari muncul di balik ceracak pergunungan. Kedudukan hostel di atas bukit membolehkan keme menghayati keseluruhan pekan Shangri La ni. Kiteorang panjat bahagian bumbung. Pemilik memang telah sediakan beberapa buah kerusi di atas bahagian bumbung ni memudahkan keme dan buddy berembun dengan cuaca sejuk beku. Tunggu jer la matahari muncul dari ufuk timur sedikit demi sedikit.
Melihat matahari membakar awan di waktu pagi dari atas bumbung hostel.
Cukup la bakor awan tu jer..jangan sambar besi ni pulak...
Dah penat berembun kat bumbung tu sampai menggigil-gigil sambil tengok langit, sambil dengor kokok ayam bersahutan, keme turun semula ke bilik jap bergulung dalam selimut panas. Kira dah ok ok sikit, keme bersiap dan keluor melepak di kafe deme. Pembantu Becky baru jer nak masukkan kayu api ke dalam dapor pendiang tu, eeerrrr...ambik masa la sikit nak bagi panas kawasan keliling. Keme keluor semula dan masuk dalam selimut menggulungkan diri....panasssssss.
Pembantu Becky baru nak bakor kayu api kat dalam dapor pendiang ni...
Sejuk2 ni perut cepat lapor. Keme makan baki buah2an yang keme beli petang semalam kat dalam bilik. Lepas tu keme bawa sebungkus oat segera ke kafe. Keme minta ayor panas kat kafe tu untuk bancuh oat segera keme. Makan sambil tunggu dapor pendiang tu panas. Boleh la setakat jangan dapat gastrik.
Pukul 9.00 am tepat pemandu van sampai untuk bawa keme dengan buddy ke Puda Cuo National Park. Becky yang aturkan malam tadi. Nak ke tempat tu tak ade pengangkutan awam, terpaksa la guna perkhidmatan kereta sewa dengan pemandu sekali. Pemandu ni dah biasa dengan Becky dan boleh la sikit2 bertutur dalam bahasa Inggeris. Senang kiteorang nak berurusan sepanjang jalan.
Berhadapan Shangri La Old Town nun yang terletak di atas bukit. Becky kata old town tu terbakor baru2 ni, masih dalam proses pemulihan. Keme tak sempat ke sana, masa tak mengizinkan.
Pemandu membawa kiteorang masuk ke pekan dulu untuk beli tiket masuk Puda Cuo National Park di pejabat National Park ni berhadapan dengan dataran bersebelahan Shangri La Old Town. Puda Cuo National Park ni asalnya adalah rangkuman dua tasik di dataran tinggi iaitu Tasik Bita dan Tasik Shudu. Pemandu kata dulu tak de nya nak kena bayor2 tiket bagai, percuma je nak selongkar kawasan tasik tu. Tapi semenjak kerajaan ambil alih sebagai taman negara dan majukan kawasan tu sebagai tarikan pelancongan, deme kenakan bayaran masuk kaw kaw punye. memang mahal giler tiket nye kome.. keme tak tipu...
Keme dengan tiada pilihan hulorkan jer la RMB 258.00 x 2 orang kepada kaunter untuk bayaran masuk. Tiket tu merangkumi kedua2 tasik untuk di lawati. Pejalanan ke sana mengambil masa 45 minit jer. Pemandangan sepanjang jalan melalui perkampungan, hutan dan ladang ternakan sangat menarik dan cantik. Terdapat sekumpulan Yak sedang meragut rumput, keme suruh pemandu berhenti sekejap untuk bergedik-gedikan di tepi ladang.... muahahahahaha
Ni la rupa paras YAK - sapa yang tak kenal lagi tu
eloklah peghati betul2 dan tenung lama2 ye...hehe
Cantikkan kawasan ladang ni, siap ade tasik dan sungai lagi...mau jer keme nak berguling-gulingan dengan Yak tu...hehe
Perjalanan dengan van ke taman negara selama 45 minit itu terlalu cepat sampai. Keme tak habis lagi menghayati keindahan alam buana di sekelilingnya. Tak pe, keme masuk taman negara dulu. Kat laluan masuk ke taman negara ni terdapat kedai2 jualan. Keme beli kacang rebus dan keledek panggang untuk dimakan di dalam taman nanti. Buddy beli Yogurt halal, alhamdulillah ade dijual...tapi tak sempat nak bawa masuk dia dah pulun semua bagi abih....keme pun tak sempat nak rase.
Kendian kiteorang naik bas yang disediakan oleh pihak taman negara ke tasik yang pertama. Jauh jugak dari pintu masuk taman...pemandangan cantik. siap ade white water terrace versi mini kat laluan tersebut di beberapa tempat. Tasik pertama adalah Tasik Shudu kalau tak silap keme ( maafkan keme kalau keme tersalah bagi maklumat ). Kiteorang turun dan mulakan menapak di sebahagian tepi tasik dari hujung ke hujung sejauh lebih kurang 3.3. kilometer.
Mari kite mulakan penapakan di taman negara ini....tak panas kome...tak melekit badan...hehe
Sebahagian Tasik Shudu dan kawasan hutan pergunungan yang berketinggian lebih 3400 meter dari aras laut. Macamana nak abihkan jalan 3.3 km secepatnya kalau selangkah satu gambor. langkah lagi berhenti..tu jer ler koje..haha..jadi keme kongsikan beberapa keping gambor jer la ye kat blog ni...
laluan berpangkin disediakan untuk memudahkan pengguna berjalan di tepi tasik.
Pemandangan Tasik Shudu
Daun2 yang dah berwarna warni
Masuk jalan dalam hutan nya sekejap....jumpa tupai jer pun yang banyak...lain2 binatang tak mau tunjuk muka pun ke keme...
Tenang nya berada di sini... lupe jap orang kampung Malaya.
Hampir sampai ke penghujung Tasik Shudu setelah berjalan sejauh 3.3 km. lebih kurang. Longlai la kejap lutut keme...
Melihat dataran yang luas sambil merehatkan lutut dan tapak kaki yang keletihan.
Kendian kiteorang naik pulak bas ni untuk ke tasik yang kedua.
Setelah berjalan sejauh 3.3 km, keme sampai di pit stop kedua. Di sini disediakan kawasan rehat untuk melepaskan lelah seketika. Berhadapan Tasik Shudu dan dataran yang luas. Kemudian kiteorang naik bas yang disediakan untuk bergerak ke tasik yang kedua iatu Tasik Bita yang merupakan tasik terbesar di sini.
Terdapat sungai2 kecil menuju tasik.
Tasik kedua lebih luas dan lebih jauh laluan trek nya. Ade laluan yang mendaki juga. Keme dah tak larat nak jalan sejauh 4.2 kilometer lebih kurang. Jadi keme memilih untuk naik bot yang disediakan untuk separuh jalan merentas tasik dengan bayaran yang mencekik poket.
Kene bayor lagi RMB 50.00 untuk naik bot ni yang tak sampai 15 minit jer pun.
Di jeti menunggu bot ni, keme dan buddy berehat sekejap, makan keledek panggang yang keme beli di pintu masuk taman negara tadi sebab badan dah beri signal lapor...Sedap dan manis keledeknya dan cukup mengenyangkan kiteorang. Jenuh la jugak nak habiskan sebuku besor keledek yang keme beli berharga 10 yuan. Bila dah rase bertenaga semula, barulah cerah semula urat saraf dan menapak cari bot.
Menunggu bot merentasi Tasik Bita
Seronoknya melihat alam sekeliling yang masih tidak tercemar oleh pembangunan dari dalam bot di Tasik Bita.
Bot berhenti di separuh tasik tu jer sebab sebahagian tasik ni cetek. Pengguna perlu berjalan lagi dan lagi di laluan berpangkin untuk sampai ke hujung nya. Kene jalan lagi hampir 1.5 km ikut pengiraan keme lebih kurang. Keseluruhan trek yang disediakan untuk menapak disepanjang laluan kedua2 tasik ialah 7.5 kilometer lebih kurang. Kome boleh pilih samada nak berjalan sahaja dari pangkal ke hujung atau menaiki bot disebahagian kawasan. Tepuk poket cek pitih....
Mengakhiri Tasik Bita dengan berjalan di laluan berpangkin dengan pemandangan yang begitu ohsem..
Kiteorang menapak sampai la ke pit stop terakhir, kendian naik bas semula ke pintu masuk taman negara. Berpusing2 deme buat laluan agar kita sebagai pelancong ni lalu di dalam bangunan yang menjual serbinier2 deme. memang keme takkan beli la kan, sah sah harga cekik poket sama macam harga tiket masuk taman negara dan naik bot tu.
Pemandangan di musim bunga dan panas adalah lebih cantik berbanding musim luruh ni. Air tasik pun lebih banyak dan luas. Kalau kome mempunyai impian ke sini sila lah datang di musim2 tersebut untuk kepuasan mata melihat alam yang lebih memukau.
Kieorang telah membuat perjanjian dengan pemandu untuk jumpa di tempat parking kereta pada pukul 3.00 petang. Ngam2 kiteorang keluor ikut mase yang telah di rancang. Itu pun setelah mengambil keputusan naik bot jer di Tasik Bita. Kalau jalan kaki memang sah sah senja baru sampai ke pintu keluor gamaknya.
Sampai di pekan Shangri La, kiteorang minta pemandu hantarkan ke restoran muslim. Tahu jer dia kiteorang ni muslim sebab keme bertudung kan. Dia hantar terus depan restoran muslim sebelah menyebelah. Siap bagitau restoran mana yang lebih bersih. Kiteorang pun masuk dan keme terus ke dapor diikuti oleh pemandu untuk membantu keme berkomunikasi dengan pihak restoran.
Macam biasa keme pilih daging Yak...goreng bagi pedas2. keme kabor ke pemandu suruh dia cakap ke tukang masak. Angguk kepala deme. Sayur pulak keme pilih sayur bayam dimasak goreng jer. Lepas tu pemandu undur diri untuk balik dan meninggalkan kiteorang terus di sini. Keme bayor ke dia RMB 150.00 untuk perkhidmatan dia kepada kiteorang untuk hari ni.
Restoran muslim di tengah2 pekan Shangri La.
Restoran ni jugak merupakan sebuah hostel.
Laman Hostel menempatkan meja2 makan. Nyaman dok kat sini.
Malangnya hostel yang diusahakan oleh muslim ni tidak terserlah dari segi pemasarannya. Mungkin deme lebih tumpukan kepada pelancong tempatan. Kalau deme tahu berbahasa asing terutama Inggeris tentu akan lebih mudah pelancong luar beragama Islam datang menggunakan perkhidmatan deme disini. Keme perhatikan semua kemudahan hostel lengkap disediakan di sini. Ade wifi free lagi...penting tu...tu yang buat kiteorang lama melepakkan diri di sini layan wasap sambil makan. Berbeza layanan dari pengusaha hostel bukan muslim dan muslim dari segi menyambut tetamu. Sedikit kecewa keme kenangkan bab tu. Mungkin deme menghadapi masalah untuk berkomunikasi agaknye, tu sebab deme tak mesra pelanggan...hehe
Daging Yak goreng Pedas....terbaik....
Punye la banyak sup dia bagi...keme tak minta pun....Kos makan keme petang ni ialah RMB 60.00.
Keme masuk dapor untuk tengok bahan2 yang tukang masak gunakan. Belek sikit bahan2nya..hehe
Keme bagitau ke dia suruh tambah cili banyak sikit...ikut citarase tekak keme...
Bangunan restoran muslim. Pasti ade daging bergantungan di luar kedai....Keme tak tahu pun nama restoran dan hostel ni. Dia cuma tulis dalam bahasa China dan Tibet jer..Camna tu keme nak eja...
Dah kenyang makan dan melepak lebih kurang 45 minit di restoran ni, kiteorang pun melangkah keluor mencari pasor semalam yang kiteorang pergi. Dekat jer rupanya memusing simpang2 yang ade di pekan ni. Pekan Shangri La ni kecik jer kome, dan bangunannya rendah2 jer. Jalan pulak lurus jer, macam pekan terancang gitew.
Sampai pasor, keme tengok keliling...cari penjual satay yak..tak de la pulak....tak pe, keme pegi cari barang yang nak dibeli dulu. Buddy pujuk keme beli winter coat, dapat murah sikit katanya..Keme anggukkan ajer...Memang murah pun kan...yang jenis 2 lapis tu berharga RMB 120.00. Nak beli lebih2 pun kene pikior beratus kali. Kembara nya makan masa lama lagi, nak bernomad dari satu tempat ke tempat yang lain nak ngangkut barang2 jadi payah nanti. Jadi beli la barang2 yang berkenan dengan berpada2....hehe...
Sebelum balik keme pekena satay yak buat kali terakhir di Shangri La. lepaskan gian. Nak tunggu bas balik ke hostel tapi dah tamat perkhidmatan untuk hari tu. Dah nak senja pun. Kiteorang pun kelam kabut cari teksi nak balik hostel. Nak kejor solat. Kos teksi cuma 10 yuan jer...dekat jer pun, tak sempat nak panas bontot duduk dalam teksi dah sampai ke hostel.
Hari ni ade seorang tetamu dari Spain, kata Becky. Baru sampai sebelum kiteorang balik. Masa kiteorang sampai petang tu dia baru nak keluor jalan2 ke pekan. Sempat ucap hai2 dan bye2 jer..Lepas ni Becky nak tutup sementara hostel dia sebab musim sejuk dah menjelma. Kiteorang dan tetamu dari Spain tu adelah pelancong terakhir untuk musim ni. Musim sejuk ni banyak nak guna leterik untuk panaskan ayor, kos meningkat jadi lebih baik tutup untuk 3 bulan, kata Becky. Dalam musim sejuk jugak bila buka paip ayor, tak de ayor yang keluor, semua beku....
Sekian
Selamat membaca, moga bermanfaat dan terhibur.
Semoga berjumpa di lain episod
Wassalam
sedap ka yak tu
ReplyDeleteYup....sedap bila digoreng pedas dan dicampur rempah2 tempatan....
DeleteOoo gitu Rupa yak.
ReplyDeleteDaging dia rasa camana? Mcm kambing tak?
Iye ...gitu ler ghupernye...
DeleteDaging dia rase daging Yak....hehe
Salam yong,
ReplyDeletecantik yer area national park ni.. memang di jaga rapi. mcm tu rupanya yak..berbulu lebat; kaki pendek..mcm pakai sluar elvis plak..he..he...
Wsalam Yong
DeleteCantik dan tenang Yong...
Gitew la rupanya Yak....
Salam perkenalan, lawa view berlatarkan tasik tu...
ReplyDeleteSalam perkenalan Putri Maryam
DeleteTerima kasih melayari blog ni.
View di tasik tu memang ohsem ,tapi lebih cantik di musim panas atau bunga.
Dah makan daging yak masak pedas... cari lagi sate yak...tentu sedap banget agaknya...
ReplyDeleteAter...bukan boleh dapat kat Malaya ni Yeop...kene ler pulun selagi boleh jumpa...hehe
Delete