Sunday, 17 February 2013

Turkiye - Makam Habibi Najjar di Antakya, Wilayah Hatay, Menjejak bumi Cappadocia -Turkey Aku Datang....

Assalammua'lakum Pembaca Sekalian

Hari -1 memasuki Turkey, aku dah lupa hari ke berapa kembara ni...tak pe lah..malas la aku nak pikir dan kira, terus ke penceritaan sajer. Dari Aleppo Syria, aku dan rakan2 sepengembara masuk ke Turkey melalui Bab Al-Hawa di bahagian Syria seterusnya ke sempadan Turkey di Cilvegozu yang terletak di selatan Turkey. Selesai urusan di sempadan, cop paspot jer pun dan pelancong tak ler ramai, maka cepat jer urusan habis, bas yang kiteorang naiki terus menuju ke perhentian bas ekspress di bandar Antakya, wilayah Hatay. 

Laluan sempadan di sini  lebih kepada laluan perdagangan di mana terdapat lori2 kontena dan trailer beratur punye ler panjang berkilometer jauhnya untuk menunggu pintu sempadan di buka pagi tu untuk urusan kastam.  Apa yang membuatkan aku menyambung kembali penulisan pengembaraan aku ni disebabkan beberapa hari lalu aku terkejut melihat berita di tv menunjukkan pintu sempadan ni di bom. Konflik Syria yang tak berkesudahan dan merebak sehingga memasuki sempadan negara Turkey.


Gerome, Cappadocia, Turkey

Sesampai nyer di perhentian bas ni, kiteorang terus dikerumuni oleh pengurup wang. Kiteorang ambik kesempatan ni untuk menjual semua matawang Syria yang masih berbaki dalam kocek kerana deme bagitau kalau jauh ke dalam lagi takut deme tak mau terima dah matawang Syria ni. Bila aku tukar semua wang Syria ke Lira Turkey...punye ler sikit jer aku dapat....Nak makan sarapan dan beli jajan pun tak cukup agak nyer...haha....tapi lepas lah bayor masuk tandas dan simpan beg.


Bersarapan di Antakya dengan makanan deme, roti buku cicah ngan bubur apa ntah, aku pun dah lupa, tapi sedap, mungkin sebab dah lapor dan kesejukan agaknyer. Semua nyer ku telan....hehe

Selepas bersarapan, baru datang kembali tenaga nak menapak di bandar ni. Sekadar melihat2 dan meninggalkan jejak di sini sebelum meneruskan kembara seterusnya ke tempat lain di bumi Turkey ni. Disebabkan di bandar ni terdapat sejarah habibi najjar, maka kiteorang tak lepaskan peluang singgah sebentar untuk melihat tempat tersebut.

Untuk tujuan itu, kiteorang terus jer mencari masjid Habibi Najjar, sebuah masjid lama untuk melihat makam seorang lelaki yang diceritakan di dalam surah Yassin.

Masjid Habibi Najjar, di Antakya ( nama kunonyer Antioch ) di wilayah Hatay, Selatan Turkey

Pemandangan di kawasan masjid, terdapat perigi lama di sini. Makam lelaki tersebut berada di dalam bangunan.

Surah Yassin, Ayat 20. terjemahannye dan melalui tafsir Ibnu Katsir yang ada dalam simpanan aku  :

Dan datanglah dari ujung kota, seorang laki-laki dengan bergegas-gegas ia berkata, " Hai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu, ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk". 

Dari tafsiran oleh Ibnu Katsir melalui riwayat2 yang di tulisnya, lelaki ini seorang tukang tenun dan berpenyakit lepra ( kusta ), banyak bersedekah dan separuh daripada hasil kerjanya selalu disedekahkan, dan ia seorang yang berfikiran lurus. Lain riwayat menyatakan ia seorang tukang celup kain. Lain riwayat juga menyatakan dia seorang uskup ( paderi @ wali yang mengawasi sesuatu kawasan ). Lain riwayat menyatakan dia seorang ahli ibadah yang menghabiskan usianya beribadah disalah satu gua di negeri tersebut. Dia dibunuh dengan kejam oleh kaumnya kerana seruannya itu. 

Dalam tafsiran ini juga, Ibnu Katsir melalui riwayat2 yang ada menyatakan utusan2 itu adalah daripada zaman Nabi Isa a.s, mungkin daripada kalangan hawari yang menyampaikan ajaran Nabi Isa a.s. Wallahu'alam.  Kome boleh buka buku tafsir untuk pembacaan lengkap bagi ayat2 seterusnya, terjemahan dan tafsir.


Makam Habibi Najjar

Antakya cuma pit stop jer untuk ke lain destinasi kerana kiteorang masuk melalui sempadan di sebelah selatan turkey, disebabkan ada sejarah habibi najjar disini yang buat kiteorang menyelusuri bandar ni sementor, kalau tak de mungkin kiteorang akan terus tukar bas jer. Seterusnya kiteorang meneruskan kembara ke daerah lain pulak di Turkey yang akan memakan masa perjalanan yang panjang menuju ke  wilayah Cappadocia. Sebuah kawasan pelancongan terkenal dengan warisan lamanyer. Aku tak ingat berapa jam naik bas, tapi lama la, mungkin lebih 5 jam agaknye. Seronok naik bas di Turkey. macam naik kapal terbang bila tengok kemudahan yang disediakan di tempat duduk nyer. Ada skrin tv dengan channel deme yang banyak ( tapi sepatah perkataan pun aku tak paham..hehe ), ada earphone, wifi, meja lipat...sebijik la macam kerusi dalam kapal terbang tu. Sistem tiket nyer, beg2 juga ada tanda pengenalannyer dan disusun mengikut destinasi masing2...dan.....ada pramugara menghulur makanan ringan dan ayor.......kat kaki pulak ada pemanas, boleh la nak keringkan stokin aku....cukup puas hati. Bas deme sentiasa penuh....

Cara pemanduan deme cukup berdisiplin, deme bawak 80-100km/jam jer, banyak bas2 ekspress dijalanraya tetapi deme tak berlumba pun macam yang selalu aku tengok di lebuhraya PLUS dan pemandu nyer berpakaian cukup kemas macam keje kat pejabat. Di sini aku melihat sikap dan budaya sesuatu bangsa, berfikir, mentafsir dan membuat perbandingan dengan bangsa2 yang ada di tanahair sendiri, mana yang elok patut dicontohi dan sememangnyer banyak yang boleh dicontohi. Salah satunye, ringan tulang, bertoleransi dan aku bandingkan dengan bangsa2 yang ada di tanahairku - kiasu kiasi..... tengok saje ler pemandu2 kita bila berada di jalanraya. 

Pemandangan bumi Turkey dari Antakya ke Cappadocia disepanjang perjalanan siang hari memang cantik, salji masih memutih menutupi banjaran2 yang bertaburan di kiri dan kanan jalan terutama di bukit2 bersebelahan lebuhrayanya yang dapat dilihat dengan mata kasar. Kiteorang sampai di Cappadocia dah malam. Musim sejuk belum berakhir maka siangnye pendek la kan.


Ini la gua tempat tinggal aku dan rakan2. 

Sampai di Cappadocia, di gua penempatan untuk orang2 nomad ni, area penyambut tetamu nyer pun dalam gua jugak. Kiteorang di sambut dengan minuman rasmi di sini, apple tea yang sungguh sedap, kali pertama dalam seumur hidup aku merasa teh epal ni. Sungguh sedap dan dengan muka yang sememang tak tau perasaan malu bila masuk bab2 makan minum ni, aku bancuh teh ni berulang2 kali.....


Area Penyambut tetamu merangkap tempat makan dan minum teh apel bercawan2, dari tarahan gua tu siap boleh jadi tempat tidur lagi....waktu siang pulak dia jadi tempat makan2 duduk bersila kat atas tu....dalam gua ni sejuk ya amat.....gua tu sendiri dah memang sejuk, tambah lagi dengan cuaca sejuk....nasib baik ada pemanas yang tak berapa nak panas tu menaikkan sedikit suhu gua...


Contoh teh epal deme tapi yang ni aku beli kat Istanbul. Yang aku minum di Cappadocia tu lebih sedap daripada yang ni. Aku lupe jenama apa yang aku minum di sana, masa aku jalan2 ke kedai runcit deme aku pegang dah macam nak beli, tapi pikir lepas tu mungkin sama jer kot yang kat sini dengan Istanbul...pecaye lah kome...tak sama. Akhirnya aku terkilan tak rembat apple tea ni kat Cappadocia.  Jadinye sesapa yang pegi Cappadocia, beli la mix apple tea deme. Tak sama dengan apa yang ada di Istanbul dari segi rasa yang lebih mengancam tekak untuk terus membancuh dan bancuh dan bancuh lagi...tanpa ada perasaan segan silu kat pekerja hotel gua nomad aku tu....hehe...


Bilik2 di gua nomad.  Setiap bilik ni boleh menempatkan 3 orang nomad . Boleh nampak dengan jelas batu2 gua yang ditarah menjadi bilik. Merasa la jugak aku tinggal dalam gua...tapi gua yang dah dimodenkan...

Macamana sejuk pun, bila sampai masa tidur, mesti lena nyer la....tunggu jer esok sekiranya mentari muncul dan cuaca elok, aku dan geng pengembaraan upin dan ipin akan menyelongkar wilayah warisan Cappadokia ini untuk  melihat tinggalan sejarahnyer....


Turkiye - aku datang....hehe....

Wassalam dan semoga terhibur....

31 comments:

  1. Salam ASP. Sapa nak sangka gua boleh jadi hotel na, kagum gak saya baca nih, menarik sungguh.
    Okeh, kalau pi Cappadocia, mesti beli mix apple tea *tulis dalam buku nota*.
    Bila la gamaknya saya nak sampai Cappadocia tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Dinas

      Dapat la merasa dok dalam gua...hehe....

      Kalau pi sana jangan lupa dok kat hotel gua nomad ni dan perabihkan teh epal deme....pas tu tanye apa jenama yang deme guna....pas tu gi kedai2 kat situ borong untuk keme sekali yer.....*wink*

      Ala Dinas...cikgu kan ke banyak cuti...pilih jer tarikh bila dan selongkar tabung itik seramik tu....ahaks...

      Delete
  2. Salam ASP..nekcik pun kalau ada umur pamnjang dan rezeki lebih teringin gak nak meredah Turkiye ni..hari tu dok 3 malam cuma Istanbul jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Nekcik

      Wilayah deme besor dan keme pun tak mampu nak pegi ke ceruk negara dalam masa yang singkat ni. Banyak lagi tempat2 menarik seperti Pamukkale, Troy, juga di sebelah timurnye....boleh melangkau terus ke Asia Tengah....hehe...

      Moga Nekcik dapat meredah ke sini lagi....

      Delete
  3. Salam Yong,
    Teh epal tu, teh berperisa epal ke? Minum tu boleh slim ke?

    Cantiknya gua hotel tu, sangat klasik. Minum pula teh epal. Class gitu :)

    Turkey...bila aku dapat datang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Prof

      Bukan perisa epal Yong, memang epal sungguh. memang sedap yang kat Cappadocia ni. tak de nak slim nye lah eh setakat minum teh epal ni....hehe..

      gua tu memang klasik...pengalaman berbeza...dapat lak minum teh epal free kan..apa lagi..sejuk2 tu sedap jer dia lalu kat anak tekak ni....

      nanti dah abih bermastautin kat China tu boleh la pusing Turkey pulak Yong...

      Delete
  4. Arghhhh turkey bila agaknya JM boleh sampai ke sana. Agak sukar x kalau backpack je sbb JM lebih prefer backpacke je x perlu rushing2 :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah nanti sampai ler tu ke sana, selagi ada minat dan usaha..dsementara badan dan tenaga masih kuat...

      Boleh jer backpack ke sana, lagi seronok , yang penting negara tu selamat untuk diterokai...hehe....pengangkutan awam deme efisyen terutama bas ekspress, terminal bas deme pulak kurang sikit daripada airport jer...besor dan cantik2...makan dan solat amat mudah dimana2..tak perlu riso..pegi dan jelajahla...

      Delete
  5. salam yong asp,

    owh..suka nya...kalau saya mesti dah teruja sangat dapat tido dalam cave hotel tu. hari tu pi tak merasa dok cave hotel. rupanya camni dalam dia...best laaa....nak pi lagi!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Al Murni

      alhamdulillah dapat merasa jadi nomad tinggal kat gua gitu.....dah pegi tengok tinggalan gua2 kan...so kena ler dok kat dalam gua jugak. Akak pun teruja gak walaupun sejuuuuuuuuuuuk....

      La...nak pi ulang lagi ? pi tempat lain pulak la.....azerbaijan ker, uzbekistan ker.....hehe....

      Delete
  6. salam akak, amboi..kalini jadi orang nomad pulak yer, hehe...unik ni dok hotel dalam gua, teruja sangat tengok. saya pun macam akak yong jugak, kalau dah merasa sekali sedap, mesti try berulang kali, lain lah kalau kena bayar, ahaha...bolehlah pasni cari teh apel pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Yeop

      Sheshekali jadi macam nomad dok dalam gua kaaannnn....asyik nengok gua tinggal jer...kali ni cari gua yang berpenghuni pulak....

      Mix apple tea kat gua nomad ni memang sedap sungguh Yeop...tu pasal asyik nak ulang jer...free lagi la akak suker.....

      Delete
  7. salam

    drebar bas depa pakai uniform putih smart mcm pilot hehe
    mmg drebar depa semua bawak ikut law dan cekap pegang stereng.

    mmg best tidur bila sejuk, selimut je dgn gebo tebal, lena sampai ke subuh hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Bapak SCP

      betul tu Pak. kemas pakaian deme dan berdisiplin masa bawak bas

      Kalau sejuk sangat sampai gigit tulang tu boleh jadi payah gak nak tutup mata Pak...lama gak makan masa baru boleh lena...nak kena betulkan kedududukan gebor tu betul2...hehe...

      Delete
  8. salam akakkkkkk...
    cepat tau tulis pasal goreme ni.. sbb saya bercadang nak ke sana bulan doblas nanti. tak sabar nak tau cerita akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam adekkkkkk...

      errrr.....payah sikit nak janji bab2 menulis ni....bergantung kepada keadaan internet di hujung2 minggu...Kalau laju macam cencurut tanah, InsyaAllah akan akak tulis...kalau macam siput *** mungkin di minggu berikutnye....hari keje payah ler sikit....otak dah penat nak mengarang bila balik umah....hehe...

      Ish..lambat lagi tu nak gi nyer pun...kena tunggu musim sejuk ni abih, pastu tunggu musim panas abih, pas tu tunggu musim luruh abih...pas tu baru timbul balik musim sejuk nyer....ish ish ish...lama lagi tuuuuuuuuu......hehe *wink*

      eeerrrr * sambil gigit jari *....nak pesan mixed apple tea kat Cappadocia, boleh ?

      Delete
    2. boleh kak.. no hal. nanti email saya ek. almaklumlahhh.. bila dah kertu ni tahap pelupanya kemain melampau.. kekkekeke
      ssyyiieeddaa@yahoo.com.my

      Delete
    3. trime kasih ler yer....nak ujung2 tahun nanti akak emailkan....kalau masa tu masih ingat la....hehe

      Delete
  9. Salam Yong..
    Ma kasih la bebanyak. Hari ni terjawap sudah tentang Habibi Najjar ni. Padat gak le info yong dalam ni.

    Tentang bas kat sana memang puashati le. Berbintang2 teman bagi. Bersih dan kemas. Stesen Bas pun ala2 airport, kan kan kan..

    Yang bestnya yong teman suke bebonar ngan hand sanitizer bau lemon tu.. perrh wangi.. Pas paramugara dlm bas tu bagi sebelum turun and selepas mkn.

    Toilet dia pun class yong.. bersih.. tapi convert duit kita RM2 sekali masuk... Demam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam kome....

      Laaa....yer ker ?

      Stesen bas nyer ngalahkan airport Colombo kan kan kan.....ngeee....

      kapa tobang jalan ataih darat ler katakan...service yang superb gitu....

      tak sempat nak demam weh....terburai kat tengah jalan kang...hehe

      Delete
  10. Assalammu'alaikum..wrt, Terima kasih kak, banyak perkara dapat kami ketahui dari pengembaran kak ni... Saya pun pernah sekali ke Turkey pd Jun 2010 yg lalu... 20 hari kat sana dpt le melawat bandar Istanbul dan ke negeri Kayseri je... tentang Habibi Hajjar tu saya ada juga pernah dengar kisahnya yg mengatakan dia seorang tukang kayu dan namanya Habibun Najjar.... wallahu'alam...

    ReplyDelete
  11. W'salam Yeop

    Terima kasih jalan2 dan singgah ke sini.

    Wow....lamanyer kat Turkey...kalau akak la mau pusing semua negeri kat Turkey selama 20 hari tu....hehe

    ReplyDelete
  12. Salam,

    cantik hotel gua tu...apa nama hotel tu? dan berapa ratenye..? dalam gmbr nampak salji memutih, ala2 manja baru nak cair...masih sejukkah cuaca?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam

      Nama hotel tu "Nomad Cave Hotel", rate berbeza mengikut saiz bilik, ada single, double, triplet, dormitory. boleh search harga kat sana.

      Salji masih banyak sebab musim sejuk belum habis lagi masa keme ke sini dulu.

      Delete
  13. waa.. ini bukan istanbul aku datang.. tapi dah jadi "turkey aku datang" hahahaha...

    insyallah ada rezeki.. nak juga ke sana.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ater nyer yer.....namanyer pun menjelajah Turkiye kaaaaannnnnn......hehe

      Delete
  14. melompat2 jiwa teman bila baca n3 miker ni..saje je tau..lebih2 lg bab duk dlm.gua tu...

    teman nak sembang2 dgn miker kat phone boleh ke?.. kat sini kan mcm limited kan...kalau.miker sudi sembang, teman bg phone number 019-2129958...

    teman masib tak sure boleh pegi ke idak this yr..tu.yg nak tanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam K Yan

      nasib baik jiwa jer yang melompat...haha....sajer jer nak cucuk sesapa yang tak gi lagi ke sini supaya meronta2 nak pegi...hehehe...

      Boleh jer..nanti saya call K Yan

      Tak pe K Yan, ada masa nanti boleh plan semula ke sini. Yang penting jaga kesihatan tu dulu, Moga cepat sembuh.

      Delete
  15. salam perkenalan. kami tgh google2 pasal Egypt lepas tu jumpa blog ni. Kalau tak keberatan, boleh kami minta email? Kami nak tanya beberapa soalan pasal Egypt ni [ sedang plan nak pegi ] :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenei kembali

      Terima kasih mengskodeng ke blog ni....
      email ke akuseorangpengembara@gmail.com...

      Delete
  16. Terima kasih! saya dah antar email. Kita bincang di sana ok :D

    ReplyDelete