Assalamua'laikum Warohmatullahi kepada semua pembaca yang beragama Islam dan salam sejahtera kepada pembaca yang bukan muslim. Segala puji-pujian hanya bagi Allah yang Maha Agong. Tuhan pencipta seluruh alam dan segala isinya. Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia untuk menjalani kehidupan di dunia ini. Mengembara lah sekiranya anda mempunyai kemampuan daripada segi kewangan, masa dan tenaga. Sesungguhnya alam ini memberi pelbagai maklumat untuk kita mengenal diri dan Sang Pencipta. Jadilah seorang pemikir dan berfikirlah akan segala ciptaan yang terbentang dihadapan mata. Semoga kita menjadi hamba yang banyak bersyukur.
Episod kali ini akan aku gabungkan beberapa hari cerita perjalanan aku dari Chandratal ke Manali seterusnya kembali ke Delhi. Sebelum meneruskan penulisan, aku sajikan dahulu sekeping gambar dari ahkak google untuk tatapan semua pembaca dan untuk menaikkan semangat aku yang luntur di Chandratal akibat cuaca yang tidak menyebelahi untuk aku bergambar seperti gambar dibawah ini.
22 Sept 2015
Malam tadi aku tertidur lepas maghrib dalam tent aku tu. Lena pulak tu. Ada la aku dengar sayup-sayup macam dalam mimpi orang dok bergelak ketawa dan menyanyi kat luar tent aku. Tapi tu mungkin roh aku la kot pergi berjalan-jalan keluar join pengembara-pengembara berkumpul depan unggun api. Jasad aku memang dah terlantar mengerekot dalam selimut dan aku memang dah tak boleh buka mata. Sejuk macamana pun kalau badan dah teramat letih memang cepat jer aku tertidur. Pantang kalau terbaring. Aku terbangun dalam pukul 11.00 malam lebih kurang. Terjaga daripada tidur yang lena, badan aku terus menggigil-gigil. Bukan demam tapi cuaca malam tu sejuk giler. Kali ni betul-betul rasa duduk dalam ais. Teramat sejuk aku rasa. Sampai ke tulang rasanya. Tak tau dah macamana tak bagitau mengkome betapa sejuknya malam tu.
Dah bangun tu, aku lekatkan lah telinga kat tent kot kot boleh dengar suara orang bersembang lagi ke. Tapi sunyi sepi saja kat luar tu. Aku dengar nafas aku saja. Sunyi giler malam tu. Mungkin semua dah masuk ke tent masing-masing sebab tak tahan bertapa kat luar tu lama-lama. Aku beranikan diri untuk menjengah kepala ke luar tent. Gelap ! Sebab langit berawan tebal. Tapi memang best tengok langit yang luas terbentang. Rasa luas sesangat pemandangan aku menengadah ke langit malam tu. Tetiba aku dah berada di luar tent. Lama aku berdiri sambil tengok ke sekeliling. Disebabkan aku perlu ke tandas, aku gagahkan juga melangkah. Rasa jauh sesangat toilet tu dari tent aku yang dah nak ke hujung ni.
Aku masuk ke tent semula. masuk terus dalam sleeping bag gulungkan badan. Terasa lapar la pulak. Aku tak ambil makan malam tadi sebab tertidur. Si Buddy pulak tak kejutkan aku bila bab-bab makan ni. Selalu lupa diri bila dia tengok makanan. Aku rasa nak runtuhkan saja tent dia bila aku lalu pagi ni nak ke tandas. Nak berjalan memalam buta ke khemah tukang masak minta makanan aku segan. Dah la khemah tu jauh kat hujung belah lagi satu. Takut mereka dah tidur. Akhirnya aku selongkar bag. Makan coklat dan buah-buahan. Cukup la sementara menunggu siang. Tapi lepas tengah malam tu susah betul aku nak lelap. Kejap-kejap aku terjaga. Tengok jam macam malam tu berlalu sungguh perlahan nak tunggu pagi. Alhamdulillah, malam tu tak hujan. Aku tak dapat bayangkan kalau hujan lebat turun. Aku rasa dua kali ganda sejuk kot nak menunggu siang.
Pagi ni bila hari dah semakin cerah, aku tengok ke langit semula. Awan tebal sungguh. Gundah gulana rasa di hati. Kalau langit cerah mau saja aku minta Sonu pusing sekejap ke tasik. Aku nak tangkap gambar semula di tasik. Memang cantik kalau cuaca baik. Aku mampu tengok kat google saja. Dah sampai tapi tak boleh merealisasikan aksi seperti gambar di google. Semua tu tinggal mimpi saja. Tak dapat nak diulang. Perjalanan harus diteruskan. Ada Sonu tanya pagi sebelum bertolak samada nak ke tasik dulu. Aku kata tak payah la. Langit lebih teruk dari semalam. Teruskan saja perjalanan ke destinasi seterusnya.
Kami singgah di satu kampung tepi jalan bernama Batal. Macam pekan koboi la. Ramai pengembara yang singgah bersarapan kat sini. Sonu bawa kami masuk ke sebuah restoran. Mula-mula ingat nak lepak kat luar saja. Best juga lepak kat luar. Banyak kerusi meja disediakan. Tapi basah dan sejuk gedik la Aku pergi jenguk ke dalam restoran. Eh Eh...kat dalam lagi best tempat duduk dia. Lagi pun tak sejuk sangat macam kat luar yang beku tu. Roti paratha kosong pun di masak di dalam restoran juga. Tak mampu kot nak masak kat luar berdiri dalam sejuk-sejuk gedik tu. Makan roti paratha jer pagi ni. 2 keping aku tibai. Lapar kan. Rupa-rupanya restoran tu dimiliki oleh ibubapa Tenzin. Gagah lagi ibubapa dia menjalankan perniagaan restoran disini. Dimana ada permintaan disitu ada penawaran. Peluang yang ada jangan ditolak kan. Ramai yang kelaparan mengembara di gunung ni. Orang bisnes ni pandai mencari peluang atas masalah orang lain. Nak tunjuk gambar dah tak ada. Bateri kamera dah kong masa ni sebab di Chandratal mana ada plug aku nak cucuk charger gadgets aku tu kan..haha..
Hari ini adalah perjalanan yang paling teruk di atas permukaan jalan terburuk dalam cuaca hujan lebat serta angin kuat sepanjang jalan. Perjalanan ni aku rasa antara hidup dengan mati. Kalau terjadi kecelakaan kepada kami di sini, semua maklumat dah ada dengan pihak berkuasa. Kami berdoa tak putus putus sepanjang perjalanan agar kami diberikan keselamatan sehingga ke destinasi, Alhamdulillah kami selamat sampai dengan rahmat Ilahi. Memandangkan kami menggunapakai kenderaan MPV, memang sesak nafas aku akibat dilambung-lambung dan digelek-gelek ke kiri kanan dan aku rasa kawasan disini lebih sesuai kalau menggunakan kenderaan 4WD. kalau pakai jeep yang tayar besar gedabak tu memang sesuai. Senang jer dia lalu kat atas permukaan batu-batu besar. Cukup mencabar kecekapan pemandu dengan permukaan jalan yang amat teruk serta licin dengan hujan lebat dan laluan jeram sungai. Sesungguhnya pengalaman membezakannya. Kalau pemandu amatur aku rasa dan tergelincir ke gaung dah kot ikut aliran air jeram sungai gunung yang mengalir terjun ke bawah.
Ada satu kawasan tu, laluannya bukan lagi tanah, tapi batu kerikil sungai yang pelbagai saiz. Anda bayangkan saja berjalan atas batu sungai yang disusun-susun. Begitu lah keadaaannya. Kereta terhoyong hayang kekiri kanan. Di hentak-hentak. Nasib baik absorber nya berfungsi dengan baik. Sesekali lantai kereta bergeser dengan batu-batu sungai. Diseret dan menghentam bawah kereta. Kali ini aku terpaksa pinjam gambar-gambar laluan dari Chandratal ke Manali di kawasan Kunzum Pass sepenuhnya daripada ahkak google. Aku tak mampu nak pegang kamera dalam keadaan terhentak-hentak dan terhoyong hayang dalam kenderaan. Diri sendiri pun aku tak boleh nak kawal ini kan pulak nak layan kamera kan. Bergegar semua gambar.
Kepada yang empunya gambar ini, aku terpaksa pinjam gambar - gambar daripada anda untuk menunjukkan kepada pembaca di blog aku tentang keadaaan permukaan jalan dari Chandratal ke Manali di kawasan terpencil di kaki jajaran pergunungan himalaya ini.
Begini lah sebahagian laluan-laluan yang paling teruk aku lalui sepanjang perjalanan aku di Himachal Pradesh ini. Hayati lah.
Ahkak ni pergi bulan May 2016. Dah nak masuk musim panas tapi di Rohtang Pass masih bersalji. Cuaca memang best masa ni. Nampaknya aku kena ulang balik jelajah Manali dan Rohtang Pass ni. Menangis hati aku bila kenang balik kekecewaan itu. My reply to this ahkak is " me too ahkak, also plnning the same route as you said for my next journey. My another dream destination. Hope to see you in Leh Ladakh !!!"... Sapa nak ikut ahkak sila pm tepi ye...muahahahahahaha. Banyak video tentang Rohtang Pass ni di youtube untuk anda menghyati keadaan jalanraya di sini. Sapa jenis yang kecut perut tengok laluan sempit tepi jurang gunung tu memang tak digalakkan untuk ke sini. Hanya yang berjiwa kental sahaja yang mampu melaluinya.
Selepas bersarapan, kami terus berjalan kaki menuruni bukit. Melihat-lihat kawasan sekeliling. Menghayati kehijauan alam sekeliling. Lepak tepi sungai tengok air sungai yang mengalir laju. Menghirup udara pagi yang segar tanpa pencemaran. Boleh sewa motosikal di sini. Banyak disediakan untuk penggemar motor.
Kami teruskan lagi berjalan. Tengok design bangunan yang dijadikan hotel sepanjang laluan. Mana yang cantik di mata aku, aku snap gambar. Antaranya gambar dibawah ni.
Setelah hampir 3 km kami berjalan kaki, kami sampai di The Mall Street Manali. Ia kawasan komersial utama di sini. Kami masuk ke lorong-lorong kedai disini. Aku juga disapa oleh pemandu-pemandu pelancong yang menawarkan khidmat tour ke kawasan sekitar. Even ke Ladakh juga mereka boleh uruskan. Memandangkan aku tak cukup masa untuk meneruskan pengembaraan aku ke Ladakh kali ini, aku simpan sahaja cita-cita itu untuk aku realisasikannya di suatu masa nanti. Setelah lapan hari mengharung perjalanan di gunung, aku tak nafikan, badan memang penat dan aku perlukan rehat. Rehat bukan lah bermakna tidur saja, tapi aku perlu elakkan badan aku dari menaiki kenderaan untuk perjalanan jauh seketika. Cukup untuk aku sekadar bersiar-siar dengan berjalan kaki di sini.
Banyak aktiviti lasak yang boleh dilakukan di Manali. Salah satunya ialah water rafting. Ada laluan di sepanjang jeram sungai yang panjang dan luas ini. Terdapat starting point dan end point dia. Jelas boleh di lihat dari kenderaan kerana jalanraya disini dibina bersebelahan dengan sungai. Untuk pengetahuan anda semua, Manali adalah sebuah bandar di pergunungan. Ia terkenal sebagai bandar pelancongan tanah tinggi.Kebanyakan pelancong yang datang kesini akan melawat ke Rohtang Pass serta Solang Valley. Banyak filem-filem hindi yang melakukan penggambaran di Manali ini terutama untuk scene musim sejuk. Pemandangan di kawasan pergunungan nya sangat cantik. Pelancong datang kesini untuk merehatkan diri dari kesibukan kota metropolitan.
Aku berjalan-jalan di bandar Manali menghabiskan hari aku di sini. Penat berjalan aku duduk sambil minum chai. Penat minum chai aku beli gajus bakar untuk dikunyah-kunyah. Penat lagi aku masuk ke restoran makan tosay. Haha...
Terminal Bas Express Manali
Episod kali ini akan aku gabungkan beberapa hari cerita perjalanan aku dari Chandratal ke Manali seterusnya kembali ke Delhi. Sebelum meneruskan penulisan, aku sajikan dahulu sekeping gambar dari ahkak google untuk tatapan semua pembaca dan untuk menaikkan semangat aku yang luntur di Chandratal akibat cuaca yang tidak menyebelahi untuk aku bergambar seperti gambar dibawah ini.
Ini la yang dimaksudkan oleh Tenzin ( Tuan punya tent di Chandratal ) mengenai Chandratal yang umpama cermin yang luas di pergunungan. Setiap kali aku melihat gambar ini, jiwa aku jadi remuk dan hampa. Jika anda bercadang untuk kesini, aku berdoa agar cuaca menyebelahi anda sepanjang pemukiman anda di tasik gunung ini agar anda bertemu dengan cermin yang luas ini. Ambillah gambar sebanyak mungkin dari pelbagai sudut samada dari lantai tasik dan juga dari puncak gunung bersebelahan.
22 Sept 2015
Malam tadi aku tertidur lepas maghrib dalam tent aku tu. Lena pulak tu. Ada la aku dengar sayup-sayup macam dalam mimpi orang dok bergelak ketawa dan menyanyi kat luar tent aku. Tapi tu mungkin roh aku la kot pergi berjalan-jalan keluar join pengembara-pengembara berkumpul depan unggun api. Jasad aku memang dah terlantar mengerekot dalam selimut dan aku memang dah tak boleh buka mata. Sejuk macamana pun kalau badan dah teramat letih memang cepat jer aku tertidur. Pantang kalau terbaring. Aku terbangun dalam pukul 11.00 malam lebih kurang. Terjaga daripada tidur yang lena, badan aku terus menggigil-gigil. Bukan demam tapi cuaca malam tu sejuk giler. Kali ni betul-betul rasa duduk dalam ais. Teramat sejuk aku rasa. Sampai ke tulang rasanya. Tak tau dah macamana tak bagitau mengkome betapa sejuknya malam tu.
Dah bangun tu, aku lekatkan lah telinga kat tent kot kot boleh dengar suara orang bersembang lagi ke. Tapi sunyi sepi saja kat luar tu. Aku dengar nafas aku saja. Sunyi giler malam tu. Mungkin semua dah masuk ke tent masing-masing sebab tak tahan bertapa kat luar tu lama-lama. Aku beranikan diri untuk menjengah kepala ke luar tent. Gelap ! Sebab langit berawan tebal. Tapi memang best tengok langit yang luas terbentang. Rasa luas sesangat pemandangan aku menengadah ke langit malam tu. Tetiba aku dah berada di luar tent. Lama aku berdiri sambil tengok ke sekeliling. Disebabkan aku perlu ke tandas, aku gagahkan juga melangkah. Rasa jauh sesangat toilet tu dari tent aku yang dah nak ke hujung ni.
Aku masuk ke tent semula. masuk terus dalam sleeping bag gulungkan badan. Terasa lapar la pulak. Aku tak ambil makan malam tadi sebab tertidur. Si Buddy pulak tak kejutkan aku bila bab-bab makan ni. Selalu lupa diri bila dia tengok makanan. Aku rasa nak runtuhkan saja tent dia bila aku lalu pagi ni nak ke tandas. Nak berjalan memalam buta ke khemah tukang masak minta makanan aku segan. Dah la khemah tu jauh kat hujung belah lagi satu. Takut mereka dah tidur. Akhirnya aku selongkar bag. Makan coklat dan buah-buahan. Cukup la sementara menunggu siang. Tapi lepas tengah malam tu susah betul aku nak lelap. Kejap-kejap aku terjaga. Tengok jam macam malam tu berlalu sungguh perlahan nak tunggu pagi. Alhamdulillah, malam tu tak hujan. Aku tak dapat bayangkan kalau hujan lebat turun. Aku rasa dua kali ganda sejuk kot nak menunggu siang.
Pagi ni bila hari dah semakin cerah, aku tengok ke langit semula. Awan tebal sungguh. Gundah gulana rasa di hati. Kalau langit cerah mau saja aku minta Sonu pusing sekejap ke tasik. Aku nak tangkap gambar semula di tasik. Memang cantik kalau cuaca baik. Aku mampu tengok kat google saja. Dah sampai tapi tak boleh merealisasikan aksi seperti gambar di google. Semua tu tinggal mimpi saja. Tak dapat nak diulang. Perjalanan harus diteruskan. Ada Sonu tanya pagi sebelum bertolak samada nak ke tasik dulu. Aku kata tak payah la. Langit lebih teruk dari semalam. Teruskan saja perjalanan ke destinasi seterusnya.
Langit tidak selalu cerah, begitu jugalah perjalanan hidup ini. Sebagai hamba kepada Sang Pencipta, kita perlu ada sifat redho dan sabar serta bersyukur dengan segala kurniaannya.
Kami singgah di satu kampung tepi jalan bernama Batal. Macam pekan koboi la. Ramai pengembara yang singgah bersarapan kat sini. Sonu bawa kami masuk ke sebuah restoran. Mula-mula ingat nak lepak kat luar saja. Best juga lepak kat luar. Banyak kerusi meja disediakan. Tapi basah dan sejuk gedik la Aku pergi jenguk ke dalam restoran. Eh Eh...kat dalam lagi best tempat duduk dia. Lagi pun tak sejuk sangat macam kat luar yang beku tu. Roti paratha kosong pun di masak di dalam restoran juga. Tak mampu kot nak masak kat luar berdiri dalam sejuk-sejuk gedik tu. Makan roti paratha jer pagi ni. 2 keping aku tibai. Lapar kan. Rupa-rupanya restoran tu dimiliki oleh ibubapa Tenzin. Gagah lagi ibubapa dia menjalankan perniagaan restoran disini. Dimana ada permintaan disitu ada penawaran. Peluang yang ada jangan ditolak kan. Ramai yang kelaparan mengembara di gunung ni. Orang bisnes ni pandai mencari peluang atas masalah orang lain. Nak tunjuk gambar dah tak ada. Bateri kamera dah kong masa ni sebab di Chandratal mana ada plug aku nak cucuk charger gadgets aku tu kan..haha..
Hari ini adalah perjalanan yang paling teruk di atas permukaan jalan terburuk dalam cuaca hujan lebat serta angin kuat sepanjang jalan. Perjalanan ni aku rasa antara hidup dengan mati. Kalau terjadi kecelakaan kepada kami di sini, semua maklumat dah ada dengan pihak berkuasa. Kami berdoa tak putus putus sepanjang perjalanan agar kami diberikan keselamatan sehingga ke destinasi, Alhamdulillah kami selamat sampai dengan rahmat Ilahi. Memandangkan kami menggunapakai kenderaan MPV, memang sesak nafas aku akibat dilambung-lambung dan digelek-gelek ke kiri kanan dan aku rasa kawasan disini lebih sesuai kalau menggunakan kenderaan 4WD. kalau pakai jeep yang tayar besar gedabak tu memang sesuai. Senang jer dia lalu kat atas permukaan batu-batu besar. Cukup mencabar kecekapan pemandu dengan permukaan jalan yang amat teruk serta licin dengan hujan lebat dan laluan jeram sungai. Sesungguhnya pengalaman membezakannya. Kalau pemandu amatur aku rasa dan tergelincir ke gaung dah kot ikut aliran air jeram sungai gunung yang mengalir terjun ke bawah.
Ada satu kawasan tu, laluannya bukan lagi tanah, tapi batu kerikil sungai yang pelbagai saiz. Anda bayangkan saja berjalan atas batu sungai yang disusun-susun. Begitu lah keadaaannya. Kereta terhoyong hayang kekiri kanan. Di hentak-hentak. Nasib baik absorber nya berfungsi dengan baik. Sesekali lantai kereta bergeser dengan batu-batu sungai. Diseret dan menghentam bawah kereta. Kali ini aku terpaksa pinjam gambar-gambar laluan dari Chandratal ke Manali di kawasan Kunzum Pass sepenuhnya daripada ahkak google. Aku tak mampu nak pegang kamera dalam keadaan terhentak-hentak dan terhoyong hayang dalam kenderaan. Diri sendiri pun aku tak boleh nak kawal ini kan pulak nak layan kamera kan. Bergegar semua gambar.
Kepada yang empunya gambar ini, aku terpaksa pinjam gambar - gambar daripada anda untuk menunjukkan kepada pembaca di blog aku tentang keadaaan permukaan jalan dari Chandratal ke Manali di kawasan terpencil di kaki jajaran pergunungan himalaya ini.
Begini lah sebahagian laluan-laluan yang paling teruk aku lalui sepanjang perjalanan aku di Himachal Pradesh ini. Hayati lah.
Laluan di atas jeram
Laluan di atas batu-batu kerikil
Perselisihan kenderaan di laluan berbatu yang sempit
Air terus mengalir mengikut alirannya. kenderaan yang nak jalan ikut laluan yang sama, pandai-pandai la masuk ke lopak tu. Jangan tergelincir ikut arus tu sudah la.
Ini pula gambar-gambar yang tak bergegar yang sempat aku ambil dalam keadaan jalan yang sedikit baik setelah melalui batu-batu kerikil dan jeram di pergunungan. Cuaca semakin gelap dan hujan rintik-rintik telah jatuh membasahi bumi.
Di laluan mendatar
Di jeram. Kalau tergelincir, turun lah kami mengikut arus itu bersama-sama.
Di jalan berbatuan
Sanggupkah anda mengembara ke sini setelah disajikan permukaan jalan yang pelbagai ini? Kalau anda sanggup menghadapinya dan ingin merasai pengalaman itu. Kuatkan semangat dan mengembaralah ke sini. Rasailah kelainan menjadi seorang pengembara. Apa yang dapat aku simpulkan disini ialah, bermesralah dengan alam, jangan musnahkan apa yang ada dengan mengubah keasliannya tapi cuba lah cari persamaan dan berkongsi lah apa yang telah diciptakan untuk kita. Pasti rasa syukur itu akan terbit dari hati yang paling dalam.
Akhirnya setelah separuh hari merentasi jalan yang paling teruk hari ini, kami sampai di sebuah pekan bernama Gramphoo. Aku mengambil kesempatan diperhentian ini untuk ke tandas awam. Punya la mahal penjaga tandas ni ketuk poket aku. Kalau tak silap ingatan aku 3 atau 5 rupee dia caj aku masuk tandas tu. Nasib baik tandas tu bersih. Di sini juga berakhir perjalanan kami bersama York dimana dia akan turun di perhentian ini dan mengambil bas meneruskan perjalanannya ke Keylong seterusnya ke Leh di Ladakh. Kami pula akan naik ke laluan Rohtang Pass seterusnya menuju ke selatan iaitu Manali. Di sini juga pemandu kami, Sonu mendaftarkan passport dan permit kami di pos kawalan menandakan kami telah melalui kawasan ini dengan selamat. Ketika Sonu berada di pos pengawal menunggu passport dan permit kami, bas untuk ke Keylong telah pun sampai. Maka tidak perlu York menunggu lama di sini. Dapat jer passport, dia terus menaiki bas tersebut. Tak sempat pun dia nak makan tengahari di sini. Dari dalam bas, York melambai tangan tanda selamat tinggal kepada kami. Moga dia selamat sampai ke destinasi seterusnya.
Hujan turun semakin lebat di gramphoo dan kami berhenti sebentar untuk makan tengahari di sebuah restoran. Rasa badan teramat letih. Dahsyat aku rasa pengalaman ini. Aku siap bersandar di kerusi restoran menarik nafas lega. Aku tabik spring pada Sonu betapa cekalnya dia memandu dalam keadaan permukaan jalan gunung yang seteruk ini. Sonu tidak membenarkan kami melepak lebih lama di restoran ini. Habis rokok sebatang, dia mengajak kami untuk meneruskan perjalanan kerana masa yang akan diambil nanti agak lama melalui Rohtang Pass yang berketinggian 3,978 meter atau 13,050 kaki dari aras laut untuk sampai ke Manali.
Ketika kenderaan kami mula mendaki jalan di Rohtang Pass, hujan turun mencurah-curah diikuti dengan angin kuat. Kabus tebal pula menghalang pemandangan pergunungan di sini. Tiada lagi harapan aku untuk berhenti di puncak Rohtang Pass dan menyaksikan keindahan alam di sini. Aku cuba melelapkan mata dan bermimpi sahaja. haha.. Tidak ada rezeki aku kali ini di Rohtang Pass. Dalam cuaca yang baik di puncak Rohtang Pass ini, kita akan dapat melihat bandar Manali yang jauh di bawah lembah. Tapi apakan daya, aku hanya merancang, cita-citaku kali ini tidak kesampaian. Tiada gambar yang dapat aku kongsikan dengan pembaca di Rohtang Pass melainkan gambar aku di dalam hujan dan kabus tebal.
Hayatilah kabus tebal di Rohtang Pass ini. Haha..
Sebak dada aku ni, hangpa tau dak..sebak....
Rohtang Pass
Apa dia Rohtang Pass ni? Aku tak dapat nak buat video kan. Dah cuaca tak menyebelahi aku. Jadinya aku pinjam video ahkak dari youtube ni untuk anda mengenali apakah itu Rohtang Pass.
Penat aku tengok Sonu memandu dalam hujan di jalan yang sempit dan basah. Riak wajahnya tidak menunjukkan keletihan, tapi aku pasti mata dan badannya cukup letih untuk menghabiskan pemanduan ini. Disebabkan angin yang cukup kuat, kami berhenti sebentar di Marhi untuk membasahkan tekak kami dengan secawan chai. Mula-mula aku duduk di luar restoran. Apabila angin semakin kuat membawa hujan ke dalam restoran dan membasahi meja di luar restoran, aku terpaksa pindah masuk ke dalam.
Aku disebuah restoran di laluan Rohtang Pass
Ketika kami sampai di Manali, hari hampir senja. Hujan masih lebat tapi tidak lagi berangin. Sonu menghantar kami terus ke guesthouse di Old Manali ketika hari telahpun gelap. Agak sukar untuk kami mencari guesthouse tersebut, jadi kami meminta pekerja guesthouse menunggu kami di tepi jalan dalam hujan! Maka berakhirlah penjalanan kami bersama Sonu di sini. Sonu akan meneruskan perjalanan balik ke Simla. Aku dan Buddy akan bertapa di Manali selama 3 hari 2 malam. Di sini lah kami berehat secukupnya.
23 September 2016
Malam tadi masa buddy keluar beli makanan, dia terjumpa guesthouse yang cantik tak jauh daripada guesthouse yang kami duduki. Di laluan lorong sempit yang sama. Guesthouse tu pula lebih dekat ke jalan raya. Pekerja guesthouse yang kami diami malam tadi tak berapa mesra alam dan kurang fasih berbahasa Inggeris. Kami mengambil keputusan untuk pindah ke hostel baru tu yang nampak lebih ceria. Pepagi buta kami dah daftar keluar dan pindah ke guesthouse baru. Dapat daftar masuk awal pukul 9.00 pagi!. Memandangkan sekarang ini bukan peak season, banyak bilik kosong dan mudah nak berurusan.
Ikut sukasuki kami jer pindah pindah hostel
Selesai daftar masuk guesthouse baru ni, tak da aku nak sambung tidur. Kami terus keluar untuk melawat kawasan sekitar. Kawasan Old Manali ni amat terkenal dikalangan pelancong. Memang kawasan pelancong pun. Terlalu banyak guesthouse atau hotel di kawasan ni. Daripada berbintang kepada tiada bintang. Daripada laluan utama sehinggalah ke lorong sempit. Daripada kawasan lembah sehinggalah kawasan berbukit. Penuh dengan penginapan. Amat mudah mendapatkannya. Tak perlu buat tempahan awal. Boleh walk in sahaja tapi pastikan bukan di dalam peak season la. Peak season adalah musim panas antara bulan May ke July. Penginapan aku terletak jauh di lorong sempit di atas bukit. Jenuh jugak la nak berjalan ke bawah. Tapi disebabkan banyak kedai-kedai disepanjang jalan, tak la terasa sangat jauhnya berjalan.
Alhamdulillah, cuaca agak elok sebelah pagi ni. Matahari keluar la juga sekejap. Baru nampak rupa Old Manali waktu siang. Cantik kawasannya. dari hostel balkoni, aku kembali melihat ke gunung terus ke puncak dimana kami lalui semalam. Laluan Rohtang Pass. Sedikit sayu rasa dihati.
Nun jauh di puncak, laluan Rohtang Pass dan sekiranya cuaca baik, Manali boleh dlihat dari sana.
Dalam musim sejuk, kawasan Manali menjadi kawasan pelancongan tanah tinggi terkenal untuk pelancong bermain ski di Solang Valley yang terletak di laluan menuju Rohtang Pass.
Pagi ni, dalam perjalanan turun dari guesthouse aku di Old Manali menuju ke Bandar Manali, aku singgah di restoran yang banyak terdapat di laluan sempit disini. Pelancong dan pengembara juga ramai disini. Alas perut dulu untuk elak lutut aku menggeletar. Cuaca disini amat aku suka. Tak sejuk sangat dan sememangnya tak panas. Angin pula sedang-sedang elok saja. Tenang saja. Kawasan Old Manali ni juga diairi oleh jeram sungai yang mengalir dari gunung berhampiran yang cantik dan bersih. Jika aku berkesempatan lagi untuk ke sini, aku akan cari guesthouse yang terletak berhampiran dengan jeram sungai. Bunyi deruan airnya seperti muzik berirama umpama air itu berzikir tanpa henti setiap saat dan ketika..
Salah satu hotel yang terletak tepi sungai
Menunggu sarapan di masak. Bab-bab makan dia akan sengih sampai ke telinga.
Malam tu kami makan pizza
Selepas bersarapan, kami terus berjalan kaki menuruni bukit. Melihat-lihat kawasan sekeliling. Menghayati kehijauan alam sekeliling. Lepak tepi sungai tengok air sungai yang mengalir laju. Menghirup udara pagi yang segar tanpa pencemaran. Boleh sewa motosikal di sini. Banyak disediakan untuk penggemar motor.
Terdapat sebuah taman berpagar di tepi jeram sungai di laluan dari Old Manali ke Bandar Manali. Kena bayar kalau nak masuk. Ia dijaga rapi. Hanya pokok-pokok besar ni saja yang terdapat di dalam taman. Bayangkan kalau musim sejuk bersalji. Pasti cantik giler . Boleh buat aksi winter sonata seperti di Nami Island, South Korea. Rasa nak lepak sini jer winter nanti. Ada sesapa nak ikut aku ? haha...
Aliran sungai di Old Manali. Aku ambil gambar ni di atas sebuah jambatan di Old Manali
Hotel tepi sungai
Kami teruskan lagi berjalan. Tengok design bangunan yang dijadikan hotel sepanjang laluan. Mana yang cantik di mata aku, aku snap gambar. Antaranya gambar dibawah ni.
Setelah hampir 3 km kami berjalan kaki, kami sampai di The Mall Street Manali. Ia kawasan komersial utama di sini. Kami masuk ke lorong-lorong kedai disini. Aku juga disapa oleh pemandu-pemandu pelancong yang menawarkan khidmat tour ke kawasan sekitar. Even ke Ladakh juga mereka boleh uruskan. Memandangkan aku tak cukup masa untuk meneruskan pengembaraan aku ke Ladakh kali ini, aku simpan sahaja cita-cita itu untuk aku realisasikannya di suatu masa nanti. Setelah lapan hari mengharung perjalanan di gunung, aku tak nafikan, badan memang penat dan aku perlukan rehat. Rehat bukan lah bermakna tidur saja, tapi aku perlu elakkan badan aku dari menaiki kenderaan untuk perjalanan jauh seketika. Cukup untuk aku sekadar bersiar-siar dengan berjalan kaki di sini.
Banyak aktiviti lasak yang boleh dilakukan di Manali. Salah satunya ialah water rafting. Ada laluan di sepanjang jeram sungai yang panjang dan luas ini. Terdapat starting point dan end point dia. Jelas boleh di lihat dari kenderaan kerana jalanraya disini dibina bersebelahan dengan sungai. Untuk pengetahuan anda semua, Manali adalah sebuah bandar di pergunungan. Ia terkenal sebagai bandar pelancongan tanah tinggi.Kebanyakan pelancong yang datang kesini akan melawat ke Rohtang Pass serta Solang Valley. Banyak filem-filem hindi yang melakukan penggambaran di Manali ini terutama untuk scene musim sejuk. Pemandangan di kawasan pergunungan nya sangat cantik. Pelancong datang kesini untuk merehatkan diri dari kesibukan kota metropolitan.
Laluan untuk aktiviti water rafting
Aku berjalan-jalan di bandar Manali menghabiskan hari aku di sini. Penat berjalan aku duduk sambil minum chai. Penat minum chai aku beli gajus bakar untuk dikunyah-kunyah. Penat lagi aku masuk ke restoran makan tosay. Haha...
Aku order chai kat belakang aku tu.
Resmi anjing gunung. Memang banyak berkeliaran di Manali ni. Mereka akan melepak dimerata-rata kawasan. Kerja nya asyik tidor sesaja. Lepas tu buka mata, bangun jap, kibas-kibas bulu, jalan dua tiga tapak, melengkor lagi. Tidor tengah-tengah jalan pun jadi. Anjing gunung ni tak berbunyi langsung. Mereka tak akan datang kepada anda dan menghidu anda. mereka ni tengok orang sekali jeling jer. Tu pun dengan mata separuh tutup.
Disebabkan hari hujan, aku masuk ke sebuah restoran di tingkat satu. Dok tepi tingkap dan order tosay. Makan sambil tengok orang lalu-lalang kat luar dan tunggu hujan reda.
Aku tak sempat tanya penjual yang jual makanan ni sebab semua lari bertempiaran menyelamatkan diri daripada hujan yang tiba-tiba turun lebat. Aku juga tersangkut kat kaki lima kedai.
Bila hujan reda, perut pun dah kenyang aku berjalan semula menuju ke guesthouse. Pelan-pelan aku jalan mendaki. Bila fikir 3 km nak panjat bukit, aku terfikir untuk nak naik tut-tut jer. Tapi aku masih lagi berjalan sampai la ke hujung The Mall Street tu. Aku terjumpa si Buddy kat hujung simpang. Kami tahan tut-tut balik guesthouse.
Memandangkan hari ini Rabu, 23 sept 2015, Rakyat Muslim di Malaysia menyambut hari raya korban pada hari ini. Selamat hari raya korban buat rakyat Malaysia. Rakyat Muslim di India menyambut hari raya korban pada hari Jumaat 25 Sept 2015.
Ucapan selamat hari raya aku di facebook ketika bermusafir di India Utara ini.
24 September 2015
Pagi ni aku bangun agak lewat. Lega rasa badan aku setelah berehat dengan secukupnya di Manali ni. Bertenaga semula untuk meneruskan pengembaraan ke Wilayah lain pula. Kami checked out dah nak tengahari. Rasa malasnya nak tinggalkan Manali ni. Best sangat melepak kat sini. Sebab cuaca dia tu la.Lagi pun bandar ni tak padat sangat dengan penduduk. Lebih kepada bandar pelancongan. Kawasan Old Manali ni juga agak bersih. Aku syorkan kalau anda mempunyai rancangan untuk ke sini. Sila datang dalam musim salji. Antara pertengahan Disember - April.
Sambil jalan turun bukit gendong beg depan belakang. Kami singgah kat kedai dobi ambil pakaian yang sempat dibasuh kering terus. Sekejap jer siap. hantar pagi tengahari siap. lepas tu kami singgah pula kat restoran betul2 tepi sungai dekat dengan jambatan untuk lepak sekejap makan tengahari. Roti adalah makanan ruji disini. Jadi aku ikut resmi penduduk tempatan. haha. Sambil makan dengar alunan muzik asli dari jeram dibawah restoran. Tenang dan damai rasa di hati. Mana gambar tak tau. tak jumpa cari.
Kami perlu ke The Mall Street semula untuk bunuh masa petang ni. Bas ke Delhi pukul 4.30 petang. Lambat lagi nak gerak. Nak jalan kaki 3 km aku rasa macam tak berbaloi nak habiskan tenaga kat sini. Baik aku tahan tut-tut jer. Sampai The Mall Street, buddy sempat rembat kasut yang dia intai semalam. Jenuh pikir agaknya malam tadi. Beli la juga memandangkan kasut dia hampir lekang. Beli baru tinggalkan yang lama. Tu motto dia.
Di The Mall Street Manali
Kami mengambil tut-tut dari The Mall Street ke terminal bas ekspess. Agak jauh dari pusat komersial ini. Terminal bas dia terletak di sebelah sungai dan di lapangan terbuka.
Aku dihadapan bas ekspres yang akan membawa aku kembali ke Delhi
Suasana dalam bas. Ada wifi free tapi kena download la apps dia.
Pusat borong epal di pertengahan jalan
Selamat tinggal Manali. Maka berakhirlah pengembaraan aku di negeri Himachal Pradesh ini. Segala kenangan pahit manis tersemat dalam ingatan. In Shaa Allah dengan andanya penulisan ini yang aku kongsi dengan pembaca semua. Aku akan dapat mengimbau kenangan itu kembali.
Sekian untuk episod kali ini.
Moga bertemu di lain siaran
Selamat membaca
Wassalam
Shah Alam, 21 Aug 2016.
ReplyDeleteCantiknyyaaaa tmpat2 ni.. dulu2 zmn remaja xpenah tringin nak bercuti ke india ni. Asyik duk angan korea, paris, korea paris jela. Skrg dah dewasa, dah ubah minda nk keluar bukan untk bercuti, tp as pengembara d bumi Allah ni. Seronok kn kak? Walau tnpa duk hotel 5 bntang pn. Dlm khemah je. Sy rasai pngalaman ni sbab my course degree blaja social science antropologi, so bnyk g kg org asli, buat charity work mcm kt gelandangan, Tido mana2 je..dscover bnyk benda. Dan sedar, seronok sbnanrnya bila kita sesekali kita kluar dr keselesaan tu.
Dan akan jadikan India ni antra ngara top list untuk travel nnti.. insyaAllah. Moga direzekikan.
memang cantik tempat ni husna. camerawoman jer yang tak reti tangkap gambar..haha
DeleteYes. the best ialah menjadi seorang pengembara, bukan pelancong...hehe
Manali ni macam pernah tengok la dalam satu movie tamil. orang kt situ mcm Hindustan atau Tamil ek akak?? Yang pokok tinggi2 tu mmg sebijik dalam tamil movie saya tengok tu. Tenang jer layan view dalam movie tu sebab view sangatlah cantik. Kabus merata-rata. Malangnya hero dan heroin bercinta dak hingat dunia..last2 dua2 mati dek kebodohan depa dua org tu.
ReplyDeletetq for sharing ur experience ye akak !!!!
Bukan setakat filem tamil, filem hindustan pun byk jadikan Manali dan Rohtang Pass ni sebagai lokasi penggambaran.
DeleteFilem depa kalau bab lokasi penggambaran memang superb. Pandai director cari angle.
Orang utara ni lebih kepada bangsa Aryan. Sila kaji apa itu bangsa Aryan ye.
akak,
ReplyDeletekalau nak buat roadtrip ke Leh dan Ladakh, sila roger saya ya :D
Haha.. In Shaa Allah
Deletewahhh betul-betul pengalaman yang berharga :D
ReplyDeleteyup. memang best trip ni
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletetak berape gemor pegi summer Yong. Belengeh keti... haha...
DeleteWah..ke bumi india yong... sya ni x smpai2 lg ke sana..huhi
ReplyDeleteLepas ni survey la tiket ke India ye.. haha
Delete