Wednesday, 26 December 2012

Syria - Damascus, Palmyra - Masjid Umawi, Nabi Yahya a.s, Salahudin Al-Ayoubi, Bilal bin Rabah, Kota di Padang Pasir Tadmur, Laluan Sutera Darat

Assalamua'laikum Pembaca Semua

Hari ke-3 aku di Syria, aku dan geng akan menghabiskan hari ke-3 ni hanye ke satu tempat jer di Padang Pasir Tadmur iaitu lebih sikit daripada 200 km ke timur laut Damascus. Tujuan kiteorang ke sini adalah untuk melihat sisa2 peninggalan sebuah kota daripada kerajaan Byzantine, juga merupakan salah satu daripada laluan sutera darat di bahagian barat laluan tersebut. Menurut rekod, laluan sutera darat bermula lebih 2000 tahun yang lampau bermula dari Chang'an, China di sebelah timur jauh dimana kini ia dikenali sebagai Xi'an merentasi ke beberapa benua iaitu Asia Timur, Asia Tengah, Asia Selatan, Asia Barat, Eropah dan berakhir di Utara Afrika iaitu di Egypt. Laluan Sutera darat beransur2 terpinggir apabila laluan sutera laut mula diperkenalkan dan menjadi pilihan pedagang2 beberapa ratus tahun dahulu. Oleh kerana itu kota2 yang termasuk dalam laluan sutera darat menerima tempias akibat daripada perubahan ini, dan kemudiannya ia menjadi terpinggir dan lama-kelamaan tinggal sebagai sejarah saja.


 Ape ke gaye deme ni buat di tengoh2 padang pasior Tadmur ni....Sarung tangan glamor dari Soug Hamiddiyah deme borong semalam....


Tapi aku mulakan dulu dengan aktiviti aku dan geng di waktu pagi di Damascus di hari ke-2 kiteorang di Negara Syria ni, yang mana dalam episod sebelum ni, aku hanye merakamkan aktiviti disebelah petang nya sahaja, maka dalam episod kali ini aku rakamkan aktiviti kiteorang di sebelah pagi di dalam Kota tua Damascus.

Hari ke - 2 ni aku demam, kepala jangan citer la, berdenyut dan berat, hidung dapat ditahan sikit daripada terus mengalir. Aku hampir2 tak mau keluar dari bilik hotel tapi bila kenangkan kerugian yang akan dapat kalau aku tarik selimut semula, aku kuatkan semangat meneruskan ekspedisi kembara pagi tu. Tempat yang kiteorang akan lawati pagi ni adalah disebuah kawasan yang masih di dalam Kota Tua Damascus tapi di pintu yang lain. aku pun tak maklum sangat macamana kedudukan kota tua ni dedulu, banyak pintu masuk pada zaman lampau. Kalau tak silap pembacaan aku, Kota Tua Damascus ni mempunyai 9 pintu dan setiap pintu ada namanya masing2. Kiteorang mulakan dengan yang paling jauh dulu, ambik jer teksi ke kawasan bandar lama di pintu yang dikenali sebagai Bab As-Saghir. Di sini kami menziarahi  masjid2, makam2 dan perkuburan yang menempatkan makam2 sahabat dan ahli keluarga keturunan Rasullullah s.a.w.



Masjid pertama kiteorang ziarah, aku dah lupa ada makam siapa kat dalam tu, tapi kalau tak silap ahlul bait rasanya. Sebelah menyebelah gambor teman sepengembara aku tu adalah makam sahabat2 yang gugur berperang. Sedekah Al-fatihah pada deme atas perjuangan deme berhijrah dari Madinah untuk menyebarkan Islam di bumi Syam.


Jalan2 lagi dan sampai ke masjid kedua....



Ketika kiteorang sampai kat masjid ni, ada pelancong dari Iran pun sesama sampai...tetiba jadi sesak la masjid ni sebab deme ni segerombolan Syiah dan mengunjungi makam ahlul bait tu acara wajib ke deme.




Dalam masjid ni menempatkan makam cicit Rasulullah iaitu Saiyiditina Sakinah. Keturunan Rasullullah banyak di Syria. Mana2 masjid yang ada menempatkan makam ahlul bait ni akan di pelihara dengan elok atas pembiayaan daripada Kerajaan Iran. 

Kendian kiteorang menapak pulak ke perkuburan lama yang cukup luas. Banyak sahabat2 Rasullullah yang berhijrah dan menetap di sini. Salah seorang daripada nya ialah Bilal bin Rabah.



Makam Bilal bin Rabah. Makam nye juga dipelihara dengan elok atas pembiayaan daripada kerajaan Iran. Kiteorang cuba memintas pelancong2 Iran ni tapi deme memang ramai ya amat...aku tak turun pun ke dalam makam ni...deme memonopoli tempat2 ni... Adab masuk kawasan perkuburan kena bagi salam kepada penghuninye..pas tu sedekah ler Al-Fatihah...tu jer aku buat...mengingatkan diri sendiri akan pasti ke sini juga akhirnya. Muhasabah diri yang banyak dosa ni....


Kat dalam kawasan perkuburan ni jugak menempatkan makam Muawiyah bin Abu Sufyan, tapi makam nyer berkunci dan tak dibenarkan melawat atas arahan pihak berkuasa....kiteorang lalu jer la tepi makam dia. Kome kenei ke Muawiyah ni sapa ? Dia la khalifah pertama Kerajaan Islam selepas Khalifah Al-Rashidin yang empat tu. Disebabkan dia bermusuh dengan Ali bin Abi Talib, maka golongan Syiah amat memusuhi dia sedangkan sejarah banyak mencatatkan Ali bin Abi Talib dibunuh oleh golongan Syiah itu sendiri. Syiah ni juga membenci Abu Bakar, Umar dan Uthman....sedangkan Rasullullah menyayangi sahabat2 nye..Apa punye fahaman ler deme ni....

Cuaca sejuk dan nyaman buatkan kiteorang tak ler belengeh dan penat menapak kan...kendian kiteorang pergi semula ke Soug Hammidiyah menuju Masjid Sayyiditinah Rogayah, salah sorang cicit Rasullulah. Macam tadi jugak, kat sini lagi ramai jemaah Iran ni berkampung...




Makam cicit Rasulullah Saiyiditina Rugayah, u see...betapa ramai nyer deme...makam ni dihias cantik2 lak tu...deme ni kalau berjalan sesama satu gerombolan, kome takkan boleh mencelah...sama gak kalau kome terserempak dengan deme ni masa buat tawaf di Baitullah....dan masa menziarah makam Rasullullah di Masjid Nabawi...aku selalu tensioooon jer ngan deme ni...

Seterusnya kiteorang menuju ke Masjid Umayyad disebelah luar nye yang menempatkan pulak makam penakluk Agung dizamannya iaitu Salehuddin Al-Ayubbi... Dia pejuang yang membebaskan Baitul Muqaddis dalam perang salib.



Aku di hadapan makam Salahuddin Al-Ayubi, bersebelahan jer dengan Masjid Ummayad ni




Ni ler ghupe makam dia kat dalam

Kemudian, kiteorang teruskan menapak masuk ke dalam Masjid Umayyad ni. Memang nampak usia tua masjid ni daripada zaman lampau. Dari pintu nye lagi aku dah ghalik sekejap nengok senibina masjid ni yang berusia ribuan tahun. Masjid ni amat femes atas beberapa sebab. Ia merupakan tempat peribadatan sejak daripada zaman penyembahan tuhan semitik oleh orang2 Aram lebih 2000 tahun sebelum masihi lagi. Kendian berubah jadi temple di zaman Rom, kendian bertukar menjadi gereja di zaman Byzantine dan akhirnya menjadi masjid di zaman kerajaan Islam. Aku idok ler menyelusuri ke seluruh kompeks masjid yang maha luas ini atas faktor kesihatan yang tak mengizinkan waktu tu. 

Aku hanya mundar mandir di kawasan utama masjid ni ajer, tak kuasa aku nak intai dan menyelinap masuk ke bahagian belakang dan keseluruhan kompleks masjid ni yang mana kome boleh tengok tinggalan sejarahnye. Rasa rugi la pulak bila pikior balik tak selongkar habis penjuru masjid ni. So kalau kome berkesempatan ke sini suatu hari nanti bila negara Syria ni dah aman daripada perang saudara yang dah nak masuk 2 tahun ni, lawatilah keseluruhan kompleks masjid ni ke-empat2 penjurunya terutama di bahagian belakang yang tak ramai orang pegi dan lihat sisa2 peninggalan senibina dari zaman dulu kala. Masjid ni pernah dibaik pulih beberapa kali dizaman khalifah kerajaan Islam yang bertapak disini dolu kala akibat diserang dan dibakar.



Aku dihadapan salah satu wakaf di dalam dataran masjid Umawi ni. Tempat pengumpulan zakat yang disediakan oleh pemerintah. Semua orang boleh nampak harta2 zakat yang di letakkan kat situ oleh pembayar zakat untuk diagih2kan. Sekarang ni pemerintah kita boleh bagi tengok ker harta zakat kat mana dan kemana dibelanjakan ?




Aku dihadapan menara putih....

Dalam masjid ni ada makam Nabi Yahya, diriwayatkan cuma kepala nya sahaja yang dimakamkan kat sini, aku pegi la ziarah, macam biasa bagi salam dan sedekah Al-fatihah. Makam ayahanda nye iaitu Nabi Zakaria pulak berada di Allepo, lain siaran aku cerita.

Makam Nabi Yahya .a.s di dalam masjid Umawi ni. Gini ler ghupe jemaah Iran berpakaian kalau kome terserempak dengan deme..eeerrr, kecuali yang 3 orang bertudung kaler2 tu lah ye..


Dataran di dalam Masjid Umawi yang luas.




Sebelum keseluruhan tempat ini diubah menjadi masjid, ia terbahagi kepada 2 bahagian, sebelah timurnya masjid dan sebelah baratnye gereja. Sebelah timur laungkan azan manakala sebelah barat pulak bunyikan loceng. Masa tu deme sama2 beribadat di dalam satu kawasan. Kome boleh tengok peninggalan yang masih wujud dibeberapa bahagian masjid ni. Kome boleh dapat sejarah terperinci dalam buku sejarah dan tamadun Islam.

Udah tu...jom ikut aku ke padang pasior pulak. Pagi hari ke -3 tu kiteorang subuh2 sepie dah keluar cari bas ekspres ke Palmyra. Kalau kome ke Syria, ambil lah peluang untuk ke sini, lihat lah peninggalan laluan sutera darat dulu2. Jauh gak perjalanannye..lebih kurang 3 jam gak la. Perjalanan lancar jer ikut lebuh tak beraya menyajikan pemandangan padang pasior yang menyebabkan aku bosan sebab asyik tengok tanah gersang jer kan. Baik aku lelapkan mata. Lagi best....



Gini ler bas deme. kerusi boleh direnggangkan sedikit. best la pulak tolak tarik kerusi tu kekiri kekanan...hehe..tak de koje sungguh...maklumla...bosan kan dok dalam bas....kat sini la memule aku terkejut...bas deme ada pramugara !...bagi2 ayor minum kat penumpang.....




Arch of Triumph, Palmyra....biasa la kan..mana2 kota dolu2 mesti ada pintu gerbang ni...menunjukkan kome dah sampai ke kota....betul2 hanya batu2 dan pasior jer kome...aku tak tipu....kome jangan ler gatei2 nak pegi musim panah..boleh terbakor...hehe...buat cam aku..angin sejuk jer yang lalu....tapi pakai la tebal2 kan....

Pada bulan September setiap tahun akan diadakan festival laluan sutera ( Silk Road Festival orang kampung aku kata ) di Palmyra ni. Tujuannya adalah untuk mengenang kembali kemasyhuran Palmyra sebagai laluan perdagangan merentasi Kota ini.  Kome boleh pegi waktu ni, so boleh dapat maklumat yang lebih terperinci dan mungkin lebih meriah kawasan ni. Jangan la pulak pegi masa deme masih berperang ni yer.....kang hilang pulak kome di tengah2 padang pasior tu...hehe...




Aku dah sampai di Palmyra.......aku rasa ni la kota tinggalan roman paling terhakis aku jelajah...sebab banyak yang dah menyembah bumi dan ada yang dah tenggelam dalam pasior....dan kota ni memang betul2 di tengah padang pasior tandus....angin yang kuat di padang pasior memang akan mempercepatkan lagi proses hakisan. Kome pegi la sebelum semuanya tertimbus dek pasior2 tu....kalau yang minat jer la....




Tapi monumen dengan 4 ketul penjuru tiang ni masih mampu berdiri..aku tak pasti tempat ni apa...tapi dia berada di laluan utama kota ni. Aku sedang memanggil unta tu datang dekat ke aku, sepatah haram dia tak paham...



Kota yang diperintah oleh wanita ni tak de jalan2 yang khusus untuk pelancong nak lalui ye..kome boleh masuk dan redah ikut sesuka hati kome jer la ye...cuma ada papan tanda jer yang bagitau sesuatu tempat tu ada apa dulu...besor yang amat kawasannya, tak larat aku nak berjalan saja di tengah tanah gersang nan tandus ni. Kalau kome suka naik unta, boleh la menyelusuri keseluruhan kota Ratu Zenobia daripada Kerajaan Byzantine ni.

Ape ler deme bualkan tu...rehat jap sambil ambik napas sekali....deme berceloteh tu kata kita ni dah abih semua kota jajahan kerajaan Rom kita jelajah...bile kita nak ke Italy yer...? eerrrrr......


Di Palmyra ni sama la jugak seperti kota2 roman yang lain. Ada beberapa temple, theater, nymphaeum ( kolam ayor pancut awam ), tanah perkuburan, kawasan penempatan,  tiang2 yang tinggi dan besor2 dan lain2...Cumanya di sini keadaan nye dah teruk terhakis, susah kita nak analisa...eceh...macam ahli archeology lak... mana2 monumen yang masih ada bentuknya,sedaya upaya deme akan cuba jaga dan letakkan papan tanda. So tempat2 cenggitu kena ler bayor kalau nak masuk...tapi kiteorang ni cuma melihat kawasan secara umum jer, gedik2 sana sini dan hayati jer monumen2 tu dari luar....


Apabila Kerajaan Islam yang berpusat di Damascus dapat menakluk kota ni, deme buat istana dan kubu pertahanan atas bukit...aku tengok dari dalam kota ke arah kubu tu...huh...sayup sungguh atas bukit nun.....dalam hati kata aku nak naik ke kubu tu...kalau jalan kaki memang entah bila nak sampai la kan.....


" Sebelum kita pegi panjat kubu tu, kita rehat kat sini dulu la yer...penat menapak dan mengukur kota ni...." deme angguk dan buat barisan...hehe....

Ha..tu dia...kenderaan roda 3 dah sampai...nak naik kubu dengan motor tu ker ?....errrr....


Ini la kubu pertahanan atas bukit merangkap istana di luar kawasan Palmyra tersebut. Namanya Qal'ah Ibn Maan yang dibina diatas bukit oleh Fakhr Ad-Din Al-Maan. Sekeliling kubu ni adalah parit dan kubu ni hanya boleh dimasuki melalui jambatan tu ajer....

Kiteorang ambik kesempatan melawat kubu ni untuk melihat kota Palmyra secara keseluruhan. Masuk sini kena bayor, tapi tak ler mahal mana pun...." aku belanja kome...jom kita masuk dan panjat sampai atas" horey...deme punye ler gumbire tak terkata...hehe....


Abadikan gambor dulu.....

Kubu yang berusia ratusan tahun ni pun dah makin terhakis sedikit demi sedikit...kat atas ni lagi nampak hakisan kepada kubu ni...angin kuat....ini kan pulak sebuah kota yang berusia ribuan tahun ye dak kome....kota Palmyra kat bawah tu pun dah nampak macam bukit pasior jer dah..sama macam kome ke Istana Qorun di Egypt, kome boleh nampak bandar dia dah di timbuni bukit2 pasior...sama jer pemandangannye. Bukit pasir di merata2...

Dari atas kubu ni boleh nampak keseluruhan kawasan kota, laluan utama nya dan kawasannya seluas mata memandang. Amat teruk hakisan yang memakan tinggalan kota ni. Pasti suatu hari ia juga akan tenggelam di dalam pasir menjadi bukit2 pasir.

Menuju ke timur. Dari Kota Palmyra ini, laluan sutera darat akan memasuki negara Iraq seterusnya ke Iran dan menuju Asia Tengah. Hanya puing2 tiang dan reruntuhan bangunan yang semakin ditimbun oleh pasir jer yang tinggal...


Begambor dari atas kubu dengan angin sejuk yang agak kuat...membelakangkan Kota Padang Pasir Ratu Zenobia daripada Kerajaan Rom Timur atau juga dikenali sebagai Byzantine


Aku tak tau deme ni nak buat aksi apa kat atas kubu ni.  Aku masih merenung dan menghayati kota tua ni dan merakam sejarah yang ditinggalkannya. Sejarah yang telah mewujudkan sebuah tamadun dan peradaban, sejarah yang telah menyebarkan dakwah tauhid dan menghubungkan timur dan barat. Laluan yang menjadi kebanggaan pengembara silam. Aku juga melihat jauh ke timur Palmyra dan berfikir adakah peluang bagi aku untuk menyelusuri laluan ini menuju ke Asia Tengah...ahaks....

Masih mampukah ia bertahan untuk tatapan generasi2 yang akan datang ? Atau akan terus memencilkan diri di bawah timbunan bukit2 pasir ?


Kiteorang turun dengan kesyukuran kepada Ilahi atas kesempatan yang diberikan untuk melihat ciptaanNye dan juga peringatan daripadaNya. Tiada apa yang kekal selagi kita bernama makhluk...Jelajah lah bumi ini dan lihatlah jika punya kesempatan....Setiap yang datang pasti akan pergi....Selamat tinggal Palmyra

Selamat membaca dan Wassalam

32 comments:

  1. terharu pulak baca citer kalini...seronok dapat ziarah makam sahabat-sahabat nabi termasuklah nabi yahya :) mudah-mudahan, kubu-kubu ni dapat bertahan untuk generasi seterusnya, rugi woo tak dapat tengok sejarah peninggalan tamadun nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Orga

      Memang seronok berziarah, mengimbau perjuangan dan pengorbanan deme menyebarkan agama tauhid ni sejauh mungkin. Kagum ke deme ni.

      Dalam banyak2 kota roman, ni la yang Yong rasa paling teruk terhakis. Ketara sangat. Tambahan pulak Syria ni miskin dan berperang lah pulak kan, takut tinggalan kota ni terbiar semula.

      Delete
  2. bile pergi Damascus ni?....sekarang perang kalau tak salah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kenei Yeop

      Yong pegi ni sebulan sebelum deme berperang dulu...bunga2 nak perang tu dah dengor tapi persiapan dah buat, terjah jer la....alhamdulillah, sempat keluor dengan aman...hehe...

      Delete
  3. Penuh sejarah, saya suka. Dan suka jugak tengok tuan blog posing ceria dengan kawan2 di situ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dinas

      Terima kasih baca sejarah bergambor keme ni...

      Begedik2 depan kamera acara wajib tu....dimana2 sahaja tak kira siapa pun disekeliling...Kiteorang memang tak kan kisah...hehe...

      Delete
  4. cantik beno kak yong dan pintu gerbang tuh.. sangat cantik. sila frame! agaknya bila la saya bole lepas ke sana untuk ziarah makam2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Beb

      ye ker ?...
      Cari la masa dan peluang untuk ke sana, InsyaAllah, sampai la nanti tu...

      Delete
  5. sayang kan..skrg perang sure bnyk site yang rosak...

    ReplyDelete
  6. Salam yong...
    Untung yong yek.. gamabr yong cantik2.. tetambah yg kat arch of triump tu.. Macam dalam poskad. pandai kawan yong tangkap gambo kan kan kan... ;-)

    Suka benor saya baca bloq yong ni.. teruskan penulisan yek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Yong

      Memang untung bawak camerawoman sekali, penting tu...ahaks....

      InsyaAllah selagi ada umur dan cerita akan cuba dikongsi disini....

      Delete
  7. salam

    cantik sungguh kota lama tu , tapi akhirnya musnah jua krn tiada yg kekal selain Allah

    tu beratur tertenggek atas tunggul tiang tu sempoi je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Bapak SCP

      melihat kepada ukiran yg masih ada pada batu2 tu memang cantik dah gah sungguh kota ni...tu la kan, tiada yang kekal selagi ia nya makhluk.

      Kepenatan tu Pak, mana ada tempat berteduh, hentam jer lah bertenggek atas tunggul tu sambil lepaskan lelah menapak...

      Delete
  8. Assalamualaikum Yong ASP,
    Seronok baca kembara Yong ke makam sahabat rasulullah s.a.w dan para syuhada. Dulu saya belajar mengenai mereka di dalam kelas Sejarah Islam. Hafallah nama-nama dan perjuangan mereka. Sekarang ni ingat-ingat lupa. Bila Yong sebut baru teringat balik kisah perjuangan mereka. Syukurlah Yong dah sampei sana. Teman harap suatu hari dapatle teman ke sana bila Syria dah betul-betul aman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Prof

      Terima kasih rajin terjah blog ni dan baca cerita2 teman.
      Memang seronok dapat ziarah ke makam deme. Bila dan ziarah tu pegi baca semula sejarah perjuangan deme, perit rupanya dan deme cukup tabah. Kagum...

      Alhamdullillah, diberi kesempatan ke sini dan harap udah2 le deme ni berperang kan...makin musnah negara dibuatnye, nyawa makin banyak yang hilang...

      Delete
  9. Assalamualaikum Yong Sepekan,
    penah belajor kisah si Muawiyah, yg memulakan dinasti selepas khalifah. Belajor sejarah Islam dulu naik pening, banyak sangat character dan peristiwa.
    Seriau pulak tengok miker dok bawoh arca tu, macam nak jatuh jer batu tu! Macam kenei sorang awek itam manis tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Yong Sepekan

      Keme baru bukak semula buku sejarah Islam...hehe...

      Tak tau la berapa lama arca tu boleh bertahan lagi kan....kalau gegor tiang tu mau dia jatuh....

      Oooo....Yong kenei yer... dia tu ler camerawoman keme, payah nak begedik kalau tak de camerawoman ni pegi jenjalan...ahaks

      Delete
  10. Alhamdulillah seronok berjalan sambil menikmati kenangan sejarah islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak Mahh

      Alhamdulilah, diberi kesempatan ke sini dan melihat peninggalan yang masih tersisa...

      Delete
  11. Salam kak...

    Wahhh cantik dan besar tempat ni...

    Saya memang kagum dengan kota2 lama nih. Amazing gila bila fikir cara diorang bina bangunan-bangunan ni.

    Selamat tahun baru :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam MasMZ dan selamat tahun baru

      Palmyra ni memang luas ya amat. tak larat nak jalan seperti kota2 roman yang lain. Nak naik unta, akak tak tahan bau dia...

      Ooo...minat jugak nyer nak mengkaji kota2 lama ni...akak pun kagum cara deme bina dan tak dapat bayangkan apa teknologi yg deme gunakan..

      Delete
  12. salam kak..

    subhanallah...luas nya padang pasior...takjub melihat tinggalan kota tu. haisy..entah ada kesempatan ke tidak nak jelajah palmyra tu sebelum kota nya terhakis. dalam gambar akak..nampak cantik lagi tinggalan kota tu..yang memerintah nya ratu yer..? buta sejarah sikit kak oi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Murni

      Subhanallah....begitu lah ciptaan Ilahi, di tengah padang pasir yang tandus tu di ciptakanNya sebuah kota untuk manusia mencari penghidupan dan diberikan rezeki yang datang dari timur dan barat.

      hakisan nyer nampak sangat ketara berbanding kota roman yang lain. Dari atas kubu tu masih nampak lagi tinggalan kota ni disebelah barat nye tapi laluan disebelah timurnya dah jadi beting2 pasir. Deme pun tak larat nak jaga keseluruhan kawasan ni kot. Luas sesangatkan...

      Ratu ni femes namanya dalam sejarah roman daripada kerajaan Byzantine.

      Delete
  13. salam kak..saya pon terasa teruja bila membaca kisah2 pengembaraan akak bertiga tu...mula nya x ler berapa minat nak membaca..tapi semakin diteruskan baca makin tertarik...kagum dgn pembinaan kota yang dh beratus tahun tu...macamana ler mereka bina tu yer..rase2 doh ade ke kren time tu...lain kali kalau akak2 gi buat adventure lagi...coret2 lah yer...boleh kita kongsi sama-sama...

    ReplyDelete
  14. W'salam Nik Zamaniah

    terima kasih sudi menjengah ke blog ni. kali ni akak pergi ber-4...hehe...

    akak pun kagum bila tengok kota2 dolu-kala...anugerah dari Ilahi buat deme di zamannye.

    InsyaAllah akak akan kongsi pengalaman pengembaraan dengan pembaca jika masih ada kesempatan dari segi kewangan, masa dan kesihatan diberikan oleh Allah untuk menjelajah bumi ni.

    ReplyDelete
  15. salam..

    wahh.. gi padang pasir tapi pakai kot. =)

    Wish I can come here too! InsyaAllah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Jard The Great

      Sejuk menyucuk ke tulang tu Yong....kena paka tebal2....

      InsyaAllah, moga impian miker terlaksana untuk ke sini one day

      Delete
  16. Aduh... saya rasa saya yg masuk dalam gambar tu.
    cuma tak buleh jejak & tak buleh rasa.

    Doakan saya supaya buleh jejak ke sana juga :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dekdaa

      Bagus punye angan2, InsyaAllah moga dapat menjejaki ke sini suatu hari nanti.

      Delete
  17. bestnya! rasa nk pi ziarah nabi-nabi.
    terima kasih kerana menulis.

    ReplyDelete
  18. Beruntung dapat pergi Palmyra sebelum perang. Negara cantik.

    ReplyDelete