Friday, 30 March 2012

Egypt - Sinai - Oh Jabal Musa ! Keranamu Lututku Ketat seketat-ketat nyer..


Assalammua'laikum Pembaca Budiman

Aku di Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Egypt

Hari ke-10 aku di bumi Egypt. Malam tadi lepaih aku berehat sementor di bilik sejuk beku kat Fox Camp, lepaih maghrib kitaorang keluwor jap pegi cari makan malam kat restoran berhampiran, tak leh la jalan kaki, tak sampei pulok kaghang, kena naik kete jugak ke tempat ni. Makan nasi sekenyang-kenyangnye untuk kumpul tenage. Sampei sengkiak.....hahaha...

Dah kenyang tu aku rasa terhoyong hayang je nak masuk semule ke bilik sejuk beku tu, tak laju nak ke sana. Rasa dok dalam peti ais. Kitaorang pegi melepak kat satu khemah yang ada unggun api, baru la rasa panas sikit. Tempat lepak suku-suku nomad yang suka cabaran dan cari penyakit . Deme ade masok ayor panaih ataih unggun api tu, ade pulok seghebuk teh, apalagi, aku pekena chai secawan kecik.

Dalam pukul 1.00 pagi dimana orang lain yang tak nak cari penyakit macam aku ni sedang lena di buai mimpi2 indah, aku kat sini mula mengumpul tenage untuk merealisasikan mimpi2 separa indah. Kitaorang bertolak ke tempat perlumbaan jalan kaki di kaki gunung untuk memulekan ekspedisi aku menjejakkan kakiku di Jabal Musa yang berketinggian 2,285 meter @ 7,497 kaki. mak aih....panjat gunung tu weh....tak peghonah dibuat dek aku sepanjang hidup. Aku tak tau kemampuan diri takat mana, maklumla, zaman remajaku yang lasak dah berakhir. 

Mula2 tu jalan mendatar jer....kelilin gelap gelite, tak dapat bayangkan kat arah mane gunung tu dan apa ada kat sekelilin. Kitaorang  ber-3 jer, pemandu tak mau panjat, nak balik Fox Camp sambung tidur katanye. Aku tak rasa dia boleh tidur kat dalam bilik sejuk beku tu kan, mesti dia lepak kat khemah suku nomad tu jer sebab panas kat situ. Kitaorang upah sorang badwi tunjuk jalan, takut gak kitaorang kalau sesat nanti. Tapi kalau kome yakin boleh jalan sendiri tak payoh jer upah badwi ni sebab pendaki ghamei jer boleh follow. Kitaorang ambil jalan selamat la. Disebabkan perjalanan aku tu dalam kegelapan pagi, makenye takde le gambor yang boleh aku tunjuk kat sini. Kamera cikai so tak berkualiti gambornye.

Penat weh...memanjat ni....tak nampok ape pun dok sebelah....nampak cahaya lampu picit masing2 jer munuju ke ataih. ada beberapa pit stop untuk berehat jap ambik napeh. Tak leh rehat lama2, kang penyakit malaih datang jadi payoh. Aku sampei atas puncak sebelum kul 5 pagi...sejuk ya amat kome....masa merangkak naik tak rase sejuk sangat sebab aku bergerak, bile dah dok ataih tu nak geghok kemane lagi kan, dah sampei....azab weh..nak sampei tu, betoi2 cari penyakit. memanjat batu2 tangga terakhir yang sedikit menegak jer dalam 750m ke puncak, mase tu aku dah hampir putus asa. Kaki aku ni dah tak leh melangkah kome, lutut jadi ketat, tak boleh nak angkat dah kaki ni.

Paksa gak diri, bila dah dengor ghamei orang jerit2 tanda gembira sampei kat ataih tu, datang semangat semula dalam diri untuk panjat jugak. Akhirnye sampei jugak aku. lega ya amat....Kat ataih tu punye ler ghamei oghang...memasing cari pot nak duduk nunggu matahari terbit. Ada sewa selimut tebal tapi aku tak ambik ler. Aku rasa macam cukup jer baju 3 lapis + baju sejuk tebal aku ni. Hidung la tak tahan weh....lilit dengan muffler pun tak makan saman. Angin sejuk gunung ni mencucuk sampei ke tulang pipi. Aku cuba masuk surau kot2 boleh lega sikit, hampeh...makin sejuk....kat ataih ni ada satu surau kecik dan satu gereja.

Nunggu punye nunggu, make muncul ler matahari dari balik gunung2...cantek kome, terpegun jap, SUBHANALLAH, MASYAALLAH sapa yang dah pegi jer tahu, aku tak de kamera canggih, kalau tak tu mesti cun giler punye gambor bagi kome jeles


Saat2 matahari memunculkan diri.....Subhanallah, maaf kepada pembaca sekalian, kualiti gambor memang sesangat tidak memuaskan dengan kamera cikai aku ni....

Suasana sunyi sepi sekejap, cume kedengaran suara2 " don't push me, don't push me, don't push me lah....tak paham bahase ke...aishh...." ish deme ni, tak gheti dok diam2, nak nolak oghang jer koje nyer, silap gaye dan langkah boleh jatuh gaung kome...dan bunyi2 kamera "klik, klik, klik...."
Aku perati ramai orang korea kat sini, sebab deme ni penyembah matahari...meghaung2 kat ataih tu...huhu...
Ada satu gua kecik kat sini katanye itu la tempat Nabi Musa bermunajat. Wallahualam.

Bila matahari dah naik tinggi sikit, maka ramai la pendaki2 ni mula beransur turun. Kitaorang pulak tunggu deme ni mengosongkan gunung ni untuk kitaorang bergambor. Lama gak la tunggu sebab terlalu ramai. Kiri kanan depan belakang orang jer.


Kami berjaya !!!.....Jabal Musa telahpun kami tawan

Bila dah puas hati nengok gunung dan ambik gambor klik sana sini, kitaorang pun mulakanlah perjalanan turun semula. Dah tinggal hanya beberapa orang jer lagi kat ataih ni termasuk kitaorang. Kitaorang punye badwi penunjuk jalan yang kitaorang sewa tu hampeh sungguh, dia tinggalkan kitaorang bila sampai ke tempat lagi 750m panjat batu2 masa mendaki naik tadi. Rugi jer guna service badwi ni.

Meh baca cerita bergambor aku turun gunung ni......

Aku mulakan perjalanan turun, dah siang baru nampok jalan sebenor, kalau aku tau la ini jalan aku naik awal pagi tadi, mau jer aku patah balik. Gaung sebelah menyebelah. Tobat aku tak nak panjat. Batu2 tu tak stabil pulak tu, kalau tergelincir la dalam gelap gulita mau tergolek aku ke bawah. Nasib baik cuaca cerah pagi tu tak hujan, kalau hujan batu2 tu akan jadi licin dan bahaya. Kalau panjat gunung ni antara perkara yang paling utama adalah kasut. Jangan ambil ringan masalah kasut ni kome, ia mesti yang paling sesuai untuk aktiviti panjat memanjat. Terlalu penting selain kekuatan mental dan fizikal, kalau ada tongkat khas untuk mendaki tu lagi bagus, banyak kegunaannya.,,hehe

Sambil turun gunung ni aku menghayati keindahan alam sekeliling, macam tak cayer jer aku panjat awal pagi tadi. Sungguh2 tak cayer....bangga pada diri sendiri, dapat buat sesuatu yang tak pernah terduga.

Kitaorang singgah jap kat pit stop ni ambik napeh. Tempat akhir si badwi tu tinggekan kitaorang.


Turun lagi, laju betul tour guide aku tu turun, kome nampak batu2 yang disusun2 jadikan tangge....gayat kome....


Ambik napeh lagi.....penat melangkah batu2 tu...lutut dah mule mogok, tak mau dibengkokkan

Jangan tergelicior kome, amat2 bahaye....tergulin sampei bawah tingge jasad jer nanti....jalan sikit berenti tangkap gambor, memang lambat ler nak nyampei ke bawoh.....


Sian keldai2 tu jadi mangsa ngangkut barang naik atas, naik 2-3 langkah, dia berhenti, pas tu tuan dia pukul, dia panjat semula 3-4 langkah, pas tu dia berenti semula, pukul lagi ....sian sungguh binatang yang bernama keldai itu....kalau la dia boleh berkata2 dan mengadu keletihan dan pedih bontot asyik kena lesit jer....


Cak !!! berenti jap tangkap satu lagi sambil tarik napeh


Sesat jalan pun boleh tersengih lagi, kitaorang silap masuk simpang jalan, nasib baik tak teruskan turun ke arah sini. Ada perkampungan kat bawah tu. Tak de orang dah nak tanye jalan...so pandei2 sendiri la ingatkan semula jalan nak balik.

Jalan ni pergi tempat lain, nasib baik tak teruskan

Ni tanda ikut jalan sebenor...hahaha....ikut firasat aku

Ikut jalan aku ni, mesti sampei punye....


Meh follow aku, aku masih ingat pagi tadi walau dalam kegelapan aku yakin jalan ni la aku lalu.

Kan aku dah kata, jalan aku ni akan berjaya sampei semula ke destinasi..hehe

 Berjaya...turun dari gunung...kaki aku tu tak mau melangkah dah, jenuh dok pujuk...huhu...ketat sungguh lutut aku tu...jalan dah macam robot....Belengkor macam ulor jalan ni....turun naik gunung....


Akhirnye......habiskan dulu ayor2 yang masih berbaki di bawah terik matahari....

Lepas kitaorang sampai semula di tempat permulaan perlumbaan jalan kaki, aku ambik tempat lepak dulu kat St Caterine, sebuah gereja lama, kawan aku gi masuk dalam tengok keadaan, aku lepak jer kat luor layan lutut.

Dalam perjalanan balik ke Cairo, kitaorang singgah kat beberapa pit stop lagi. Mula2 kat kitaorang pergi ke batu patung lembu Samiri, kaum Nabi Musa yang terpesong akidah tu. Aku tak turun pun dari kete, tak leh nak melangkah walau setapak...haha...ni la bahana mendaki gunung...haha

Kawan aku di hadapan patung batu lembu Samiri

Lepas klik klik beberapa gambor, kitaorang pecut pulak ke Makam Nabi Soleh. 


Aku turun dari kete tangkap gambor kat batu tande ni jer, tak berkemampuan untuk panjat ke makam tu...

Beberapa pit stop lain kitaorang tak singgah pun....memang takkan keluor nyer dari kete nak jalan jauh2 seperti Makam Nabi Harun dan Mata Air Nabi Musa.

Kemudian kitaorang keluor dari jalanraya utama masuk jalan kecik ke tepi laut Merah. Saje jer nak pegi jenguk hamam firaun kat Sinai ni. Jauh sungguh dia ni pegi mandi ayor paneh. 

Aku di hadapan papan tanda Hamam Firaun


Kitaorang di hadapan Hamam Firaun, tepi laut di Sinai, ceritanye si Firaun ni datang sini untuk mandi ayor paneh untuk ubat sakit kulit dia....tak diberitahu la pulak firaun yang mana satu....kitaorang masuk dalam gua tu, paneh weh....macam masuk bilik sauna.....tapi yang ni sauna original.


Ayor paneh dari lubang2 gua hamam tu mengalir ke laut, paneh ayor ni

Lepah tu kitaorang singgah R&R untuk solat dan hari pun makin nak gelap, tapi sempat lagi tu pemandu pecut ke kem askar nak tengok peninggalan harta perang Israel yang telah di tawan oleh askar2 mesir mase perang Mesir-Israel dulu. Hari dah hampir gelap dan gambor kat luar tak leh nak tangkap dengan kemera cikai aku ni. Kitaorang masuk la ke terowong2 bawah padang pasir ni tengok segala peralatan perang Israel yang dijadikan museum perang kat sini.


Aku dalam terowong bekas kem askar Israel, terowong ni masih dalam keadaan asal.


Peluru roket Israel yang telah dimatikan, berat tu kome....semua peralatan perang tu adalah yang asli termasuk pemancar roket yang ada kat belakang kawan aku tu.

Kitaorang sampai semula di Cairo tengah malam tu jugak, dengan lutut ketat dan badan penat yang teramat..tebongkang sampei kat Rumah Melaka. Misi berjaya...tu yang penting....


11 comments:

  1. bestnya mengembara mcm ni...laain kali nak ikut juga......

    anak yg belajar kat universti Al Azhar pun baru pergi ke sini semasa semester break baru2 ni...gambar2nya sama je ....nak tengok blog dia sebelah tepi blog saya....

    ingat yer??? lain kali nak ikut.....

    ReplyDelete
  2. Salam Yong,
    Waaah kuatnyer memanjat, akak dah lama getik memanjat bukit gunung ni, memenatkan kaki dan badan! Tapi Alhamdulillah Yong dpt menjejak rasulkan diri tu, semoga dpt berkat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kembali Yong
      Tobat tak buat dah panjat memanjat ni.....itu lah yg pertama dan terakhir kot, cari penyakit sungguh...

      Delete
  3. camel camel to the right.. camel camel to the right... laungan badwi2 kat situ & lagu kumpulan ungu "andai ku tahu kapan tiba ajal ku..." - akan mengingatkan aku sentiasa akan perjalanan ini.. & tak mungkin kelupakan tahanp kebekuan (dlm surau)diatas yg tak terungkap dik kata2..

    ReplyDelete
  4. Subhanallah, cantik sunrise tuh!

    Kagum dengan ayor laut yg semulajadi paneh tu, Allahu akbar..

    Risau jugak tengok terowong tu tapi mesti teruja dapat berada di dalamnya :)

    ReplyDelete
  5. salam

    nice picture

    kira kuat jugak tu pasal boleh panjat sampai atas hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pak

      Cukupla tu..pertama dan terakhir...hehe

      Delete
  6. Assalam Yong, bestnyer tgk gambar ni terasa mcm saya ada disana jer tapi memang kuatlah akak panjat tinggix2 tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Yong

      Akak test kekuatan lutut sekali seumur hidup....hihi...sah memang tak leh pegi dah aktiviti cam ni.

      Delete