Monday, 3 November 2014

China - Kunming - Episod 1 - Cabaran dalam Pengembaraan Bermula - Indah untuk dikenang, Geli Geleman untuk dibayangkan....

Assalammua'laikum Pembaca Yang dihormati Sekalian

Terima kasih atas kesudian pembace semua membuat kunjungan ke blog keme. Destinasi pengembaraan yang keme pilih kali ini adalah Wilayah Yunnan China, Keme ingin membawa pembaca sekalian mengembara di alam maya berkongsi maklumat dan gambar2 yang sempat keme rakam untuk melihat apa yang ade di wilayah tenggara China ini. 

Kebanyakan pelancong hanya membuat lawatan di sekitar ibu negeri wilayah Yunnan iaitu Kunming dan bandar2 yang mudah untuk diterokai dan mempunyai maklumat yang banyak seperti Li Jiang dan Dali. Juga kerana jaringan pengangkutan yang pelbagai dan juga lain2 faktor seperti makanan halal yang mudah didapati. Selain Li Jiang dan Dali, keme juga ingin menjejakkan kaki ke suatu wilayah yang dahulunya tidak dikenali ramai memandangkan kesukaran daripada segi pengangkutan dan masa yang sedikit panjang untuk sampai ke wilayah ini dan juga masalah bahasa dan makanan halal bagi pelancong muslim yang menyukarkan pelancong luar untuk membuat perancangan untuk sampai ke sini. tetapi percaya lah, ia tidak sesukar mana dan setiap kekangan yang dihadapi itu memberikan seribu kenangan manis untuk diingati. Keme ke sana kerana namanya dan juga keindahan wilayahnya. Sungguh mempersona dan meruntun jiwa rage dengan keaslian yang masih terpelihara.

Keme telah mengambil cuti yang agak panjang untuk keme mengembara secara aman tenteram tanpa ade tekanan masa untuk menjelajah setiap daerah yang telah keme rancang dan peralihan dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Perancangan yang keme buat hanyalah :-
  1. Destinasi yang ingin dijejaki dan laluan perjalanan.
  2. Berapa hari untuk tinggal di setiap destinasi.
  3. Anggaran perbelanjaan yang diperlukan sepanjang 16 hari pengembaraan.
  4. Pakaian yang bersesuaian dengan perubahan cuaca
Lain-lain perkara hanye keme fikirkan apabila tiba di destinasi.....tak perlu nak beratkan otak dengan memikir dimana nak tidor kerana kebanyakan tempat mudah untuk mendapatkan rumah tumpangan. Makanan halal ade dimana2 asal rajin meneroka, kome pasti akan jumpa.  Sepanjang pengembaraan selama 16 hari itu, keme tidak duduk di hotel berbintang, cuma hostel menjadi pilihan dan dalam lingkungan budget kerana kebanyakan hostel mempunyai kelengkapan asas yang mencukupi dan selesa. Di sesetengah tempat, penduduk tempatan lebih suka menyebut " guest house " selain hostel.

Penerbangan Malaysia - MH 351 - Tetap menjadi pilihanku

Penerbangan terus MAS KL - Kunming pada jam 9.30 pagi mengambil masa lebih kurang 3 jam 40 minit. Perut kapal kosong ajer pagi ni membolehkan keme "mengongker" keseluruhan tempat duduk dan bebas untuk bergerak ke hadapan dan belakang sepanjang penerbangan. 


 Bangku2 yang kosong - rase terapong-apongan        Tapi nasi lemaknye sedap-mabeles

Pengembaraan bermula...

Keme sampai di Lapangan Terbang Kunming lebih kurang pukul 1.30 petang. Dah habis segala urusan imigresen, keme pun keluor tengok2 dulu keadaan, melilau sekeliling tengok apa ade kat epot ni, relax, duduk2 dulu, tenang2kan otak sambil buat regangan otot2 kaki, kendian baru pikir nak naik ape ke hostel. Pilihan adelah bas dan teksi ajer. Tak de keretapi. Meh lambung syiling nak pilih ape....congak2 sambil pukul dompet...mmm...bas ajer ler...

Melilau tengok sekeliling terpandang papantanda ni...mmmm.....okay...alhamdulillah, ade jugak surau kat epot ni..dalam ati jer ler...

Keme dan buddy pun pegi ler ke kaunter pertanyaan, nak tanye cara2 nak ambik bas ke hostel. Kekangan daripada segi bahase pun bermula....cabaran sungguh. Tapi masih okay sebab minah ni tahu ler juga simple English. Lupe pulak nak ambik gambor minah ni. Dia siap guna translator kat hp cari ayat nak berinteraksi...gigihkan dia... Kerja keras dalam cubaan yang diberikan untuk membantu kami amat dihargai. Kami minta dia telefon ke hostel bertanyakan bas apa dan no berapa, dimana nak naik dan berapa kali tukar bas. Alhamdulillah, segala-gale berjalan lancor.



Keme suruh dia tulih destinasi perhentian bas ekspess, kendian bas bandar yang perlu dinaiki menuju ke hostel.

Setelah berhempas pulas mendapatkan maklumat bas di kaunter perkhidmatan pelanggan tersebut, keme dengan buddy pun berjalan ler ke pintu no 4 untuk mencari kaunter bas ekspess ke bandar Kunming, dah jumpa terus beli tiket berharga RMB 25.00 sorang. Tak de nye nak cakap2, tunjuk jer ke kaunter tu maklumat destinasi yang dah ditulis dalam tulisan cina tu, naik bas no. 1, katenye....Alhamdulillah, selesai dengan aman tenteram. Perjalanan dari epot ke bandar Kunming lebih kurang 40 minit melalui lebuhraya Raocheng.


 
Ambil tiket bas ekspress diluar pintu No 4, 

Tiket bas ekspress dari Airport ke bandar Kunming yang berharga RMB25.00

 
Bas Ekspress ke bandar Kunming ni ade "pramugara". tu dia sedang menjawap pertanyaan daripada penumpang.


Bercakap ajer keje "pramugara" ni, sepatah haram keme tak paham. Dah tu asyik berjalan ke depan belakang, tak tau dok diam2.

Sambil2 tu sempat ler skodeng nama2 jalan, kome nak tau besorkan sendiri..hehe...

Dah sampai bandar Kunming, di akhir perhentian bas ekspess tadi, kami pun berjalan keluar ke perhentian bas untuk mendapatkan bas bandar ke destinasi yang menempatkan hostel yang akan kami duduki untuk beberapa hari. Tanye orang2 sekeliling kat mana nak tunggu bas, alhamdulillah sorang mamat ni bermurah hati membawa dan menunjukkan kami perhentian bas untuk mendapatkan bas no 98 terus ke Jinbi Road dimana hostel tersebut berada. Sekali lagi cabaran dalam menaiki bas awam apabila kami tiada duit kecik nak bayar tambang bas, keme hulur 10 yuan, drebar tak terima, minta kami sediakan 1 yuan sorang. Jenuh bertekak macam itik dengan ayam, akhirnya seorang penumpang perempuan menyedekahkan 2 yuan kepada kami. Kami menundukkan kepala tanda terima kasih. okay, cabaran berakhir. Dari jauh kami dah nampak 2 pintu gerbang tanda kami dah nak sampai ke hostel. Kami turun dimana kami rase betul. Berhampiran pintu gerbang tu jer...Haha....Kendian menapak ler tapi sekejap aje dan akhirnye dapat juga kami jumpa hostel ni kerana papan tandanye dapat dijejaki dari tepi jalanraya. 


Ini ler 2 pintu gerbang sebagai tanda untuk mencari hostel di Jalan Jinbi di tengah2 bandar Kunming. Dari dalam bas bandar no 98, ia boleh dilihat dari bulatan yang berada sebelum pintu gerbang ni 

Tara......akhirnya...sampai ke hostel....

Ini la kawasan hostel tempat keme bertapa beberapa hari di Kunming. Jangan tertipu ye mengkome, ni cafe jer...hostel nye sebetul2 nye di sebelah belakang....


Kene memanjat anak2 tangge untuk ke tingkat 3 yang menempatkan The Hump Hostel, Jinmabiji Square, Jinbi Road, Kunming. Kome boleh skodeng hostel ni kat internet.


Keme serahkan pade dia ajer untuk urusan2 berkaitan. Keme tahu nak masuk bilik jer....lama betol...cepat ler..penat gendong beg ni....

Keme pilih hostel ni berdasarkan pembacaan di internet, melalui blogger2 yang dah berkunjung ke sini, juga maklum balas yang diberikan oleh pelancong2 luar.  Keme rekemen hostel ni kepada mengkome kerana pekerja2 nye boleh berututr bahase inggeris dengan baik dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan daripada segi maklumat2 destinasi yang dilawati, pengangkutan yang diperlukan, tempat2 membeli belah yang ade di sekitar Kunming dan macam2 lagi. mereka amat peramah. Sesuatu yang amat diperlukan dalam industri perhotelan. Dan yang paling utama hostel nye bersih.

Pilihan samada nak duduk dormitary unit or private room....congak jap....pikior lama gak... kendian akhirnye keme rase lebih selesa kalau dok private room, ade bilik ayor dalam bilik kan....hehe
Dalam perjalanan menuju ke bilik iaitu di koridor hostel ni, keme terjumpa pelancong dari negara kite, punye le keme suke, bagi salam dulu, senyum2...keme nak masuk bilik cepat sebab beban berat atas bahu ni nak dilepaskan...kang bertambah bengkok tulang rusuk keme yang dah sedia bengkok ni.
Hi Atikah....kalau bace blog akak ni...selamat berkenalan, terima kasih atas maklumat2 yang diberikan, sangat2 membantu. Oh ye...Atikah dah ade komen dalam entry lepas...hehe...

Ini ler ghoper nye bilik keme, ade 3 katil sebab sorang lagi nak masuk senja karang....la ni dalam kapa tobang lagi, deme naik air asia...makanye senje ler baghu sampei...


Ni ghoper bilik ayornye.....kome jangan terkejut sebab bilik ayor deme tak ade pintu....tu jer ler tabir nye...hehe...seghiau tengok.....seghiau dak kome tengok....cer kabor....

Bagi yang duduk kat dorm tu, bilik ayor kat luor dan kongsi...jangan cube2 nak menyekodeng...dilarang same sekali....

Ni pulak laman untuk menenangkan pikiran ... boleh tengok langit, orang2 tua bertaichi di pagi hari di dataran...lepaking malam2 sambil berembun...dan apa2 saje la...main pingpong pun boleh...


Keme paling suke lepak kat sini, sambil minum sambil perati orang lalu lalang...Kome nampak menara masjid nun....jap lagi keme nak ke sana...lapor......dah lama rase tak makan...sejak pagi tadi...


Kat deretan kedai depan dataran tadi tu ade kedai roti muslim, tu dia tulih "openating time" kat depan kedai....kalau salah eja pun ade deme kesah, hehe... kat bawah belah belakang hostel ni pun ade kedai roti muslim....makanan halal mudah didapati disekitar kawasan ni, jangan kome ghiso...

 Di mana ade masjid, di situ ade makanan halal....kome tak lapor nye kat Kunming ni....selongkar jer kota ni,  mesti jumpa...lepas rehat sebentar di bilik, solat dulu, kendian baru keluor jengok2 kawasan. Berdekatan hostel ni keme dapat jumpa 3 masjid yang boleh dijejaki dengan berjalan kaki dan boleh beramah mesra dengan penduduk Islam di sini.


Ini masjid yang keme nampak dari laman hostel tadi...cer kome kabor ape nama masjid ni....sape jawap dengan betul akan dapat serbinier daripada keme....hehe....untuk sorang jer ler...


Ini rupa paras dataran dalam masjid, macam2 makanan ade dijual. kebanyakan masjid di Kunming ni gini ler, Ruang solat di tingkat 1, ade kuarters keme tengok, dan di bawahnya tempat jual makanan, restoran dan gerai2 jualan.

Ni jual ape ntah, keme ade tanye sama itu nyonya...tapi biase ler...wa pu che tau....keme beli satu...sedap..tepung lempeng tu di bakor balutkan dalamnye cakoi dan disapu dengan beberapa sos...kome nak bagi nama ape?...

Macam2 mee ade, laksa cina tapi nasi jugak yang dicari...adoooiiiii.....

Nasi. Ayam goreng pedas, kentang goreng sayur dan sup kosong...cukup untuk petang ni...


kebulor lapor katenye.....apa saja yang dimakan ketika lapor memang sedap...muahahahahaha



Dah kenyang, baru ade tenaga nak meronda2 kawasan dan lorong2 sementara menunggu rombongan cik kiah sampai senja nanti.... Di lorong2 sempit di antara kedai2 terdapat banyak gerai2 jualan cenderamata...keme idok nye berkenan sangat...setakat jamu mater jer ler

Kebetulan petang tu ade persembahan nyanyian daripada kumpulan orang2 kenit membuat persembahan di dataran yang ade 2 pintu gerbang tu. Meriah suasana...layan jap sambil pekene satay kambeeeeennnnn...

Yang tak best nye di Kunming ni atau pun di mana2 ceruk negara China ni, penduduknye suka berkahak dah meludah di merata2 tempat...eeeeee.....boleh keluar balik isi perut kalau tak kuat iman di tekak....depan2 kita pun deme boleh buat selamba badak....badak sungguh...badak pun tak mengahak macam tu..... 

Sekiranya anda sedang mencari pakej yang bersesuaian dengan pilihan perjalanan anda, saya sedia membantu membawa anda ke Kunming untuk melawat ke destinasi2 pilihan dan membeli belah di sini. Anda boleh menghubungi saya melalui email @ akuseorangpengembara@gmail.com.

Selamat membaca dan Wassalam

Wednesday, 29 October 2014

China - Oh Shangri La....."The Lost Horizon" - Katenye...

Assalammua'laikum Pembaca Budiman

Pengembaraan kali ini betul2 menguji kekuatan fizikal dan mental, namun segala-galanye berbaloi apabila berjaya mencapai impian untuk sampai ke sini. Alhamdulillah

Selain mengembara ke beberapa bandar dengan tarikan tersendiri di wilayah Yunnan, China, tujuan utama aku dalam pengembaraan kali ini adalah untuk menjejaki wilayah Shangri La.... sebuah kawasan pergunungan di sempadan Tibet di Yunnan China. Bagi peminat gunung ganang dan dataran tinggi, kawasan ini menyajikan pemandangan yang cukup mempersona dengan liputan salji dipuncaknya sepanjang tahun, Shangri La antara salah satu tumpuan jurugambar2 dari serata dunia untuk merakam photo terbaik mereka untuk kepuasan yang tersendiri.


Mt Kawa Karpo in Tibetan @ Meili Snow Mountain  di Deqin, Shangri La County..Gambar di ambil dari Feilai Area, 


Aku sanggup bangun dan keluar seawal 6.30 pagi bersama kesejukan yang menyucuk tulang dan berbondong2 bersama jurugambar2 professional lain yang memikul kamera besar dan gedabak mereka menuju ke kawasan yang strategik untuk melihat fenomena puncak gunung yang diliputi salji  ini dibakar matahari pagi. Cukup indah.




Nun jauh di bawah gunung, perkampungan Tibetan memukau pandangan....cukup untuk aku duduk dan melihat alam sekeliling. Bermakrifatullah. Subhanallah.

Cukup mempersona apabila ianye berade di depan mata.

Sekian, wassalam

Tuesday, 25 March 2014

Malaysia - Tanjung Piai, Pontian Johor - Penghujung Paling Selatan Benua Besor Asia dan Terletaknya di Negara Kite...

Assalammua'laikum Pembaca Budiman Sekalian


Batu Bersurat Tanjung Piai - Kome tahu tak kewujudan tempat ni ? 

Dalam episod pengembaraan keme kali ini, jom ikut keme mengembara ke selatan tanahiar, juga boleh dikatakan ke selatan benua besor Asia. Paling selatan kome, jangan tak caye. Bagi pembaca2 yang pertama kali menskodeng ke blog keme ni, selamat membaca, semoge terhibur dan semoge coretan keme disini dapat memberi sedikit maklumat tentang kawasan2 yang keme jejaki.

Keme dan rakan sepengembara yang suke menyongket ni memulakan perjalanan dari tempat pemastautinan kiteorang di Shah Alam selepas zohor di hari yang cukup panas...*tetiba ngantuk giler memandu lepas matahari condong ke barat ni*...

Nak sampai ke penghujung paling selatan tanah besar Asia ni kene ler lalu beberapa bandor dan pekan. Memola kene lalu bandor ni.....bukan setakat lalu kome, singgah bermalam jugak...hehe..

Lepas jambatan mesti jumpa menara ni, tanda keme dah sampai ke dalam bandor...pusing2 cari tempat nak melelapkan mata yang mengantuk sepanjang pemanduan tadi...

Bermalam di bandor Maharani..nengok suasana malam...cantik ler juge...

Skodeng dari belakang hotel jer...

Rumah kecil tiang seribu * teringat rumah kecil ku yang bukan milikku lagi kini *...senja digigian ayor...

Apa ada kat bandor Muor ? Entah ler..keme pun tak tahu...

"Bangunan apa tu Yong ?...jauh menung nye.teringat selat Bosphorus ker ? ..udah2 ler tu..jom kite gi makan, tak kenyang nye tengok bangunan jer...."

Yang keme tahu Muor ni femes ngan menu mee bandungnye ajer...tapi tak jumpa kedai yang sepatutnya...akibat kebuluran yang teramat, tak berupaya dah nak cari dan nikmati yang superb..menggigil da urat2 leher semua, kaki jangan sebut la..ngetor macam dok atas ais batu,...kiteorang lepak kat gerai tepi sungai tak jauh dari hotel tu jer tapi cukup la untuk menidurkan cacing2 dalam perut yang kelaparan...

Alhamduliilah, bersyukur ke hadrat Ilahi atas apa jua nikmat yang diberi dan kecukupan dalam rezeki untuk keme hari ini.

Esoknya selepas bersarapan ala kadar di Traders Hotel, tepi sungei tu, kiteorang pun meneruskan perjalanan ke selatan negeri Johor melalui jalan persekutuan. Jimat tol...Dari Muor terus ke Batu Pahat, singgah tepi jalan, tengok2 apa ada untuk dirembat. Jumpa buah yang tak peghonah keme tengok, macam yang kat bawah ni, apalagi..masuk bonet sebiji dua..

Jenuh keme nak ngingatnye...buah apa ye...cer kome teka...ni keme jumpa kat gerai tepi jalan sebelum sampai pekan Batu Pahat. Turun jap jenguk2 sambil pekena deghoyan sebiji...

Muor dengan mee bandungnya dan Batu Pahat pulak terkenal dengan nasi briyani gam nye, tapi disebabkan kiteorang ni bukanlah penggemor tegor, idok ler di cari sampai ke lubang cacing kedai2 yang terkenal disini, cukup ler setakat jalan2 cuci mata aje melihat pembangunan yang ada di pekan ni dan kebetulan pulak masa pusing2 kawasan Batu Pahat ni, ternampak papan tanda menuju ke tepi laut. Apa lagi, pusing stereng terus masuk jalan kecik...ikut jer laluan tu sampai jumpa pantai yang banyak pokok bakau..Apa pulak keme cari kat sini...saje jer...jenguk2 kawasan tinggalkan jejak.

Menung lagi..memikior masalah dunia sejagat...ghalit sementor melihat lautan luas dan hembusan angin laut yang mendamaikan. Gitew ler nak menggamborkan best nye suasana tepi laut ni. Ayor laut cuba menghakis daratan kat sini tapi dapat ditahan dek akor2 bakau. Kome kenal ke pokok bakau camane ghupe ? Kalau tak kenal tu, bawak2 ler menjelajah ke hutan bakau.

Dah abih tengok pokok bakau dan nelayan2 menurun dan menjual hasil tangkapan kat tepi laut ni, kiteorang teruskan lagi perjalanan ke Ayor Itam pulak, saje jengok kawasan yang femes ngan jualan kerepek dan pasu2nya.  Banyak dah berubah tempat ni. Kawasan bangunan yang lebih selesa dan teratur. Tak ler macam dodulu, kawasan sempit, panas dan padat...tapi sebenornye keme lebih suka kawasan dulu sebab lebih kecik dan cepat nak abihkan saie kedai2 yang ada tu.

Kerepek ni keme tak peghonah cuba lagi, beli la sikit buat kudap2 dalam keta.

Dari Ayor Itam, keme pusing balik ke Batu Pahat dan turun ke Benut terus ke Pontian...seronok ikut jalan biase daripada ikut lebuhraye, kata Yong sebelah keme. Dapat tengok ghumah2 orang dan kehidupan yang ada di persekitarannye. Kalau ikut lebuhraya nampak hutan dan kelape sawit ajer..kaku dan bosan..katenye lagi..

Pontian ni dekat ngan Kukup, kalau bawa passport ada kemungkinan besor kiteorang boleh terlepas ke Dumai Indonesia agaknye...haha...gitu ler kalau jalan2 ikut sesedap hati...Nasib baik tak teringat nak bawak. Aish...camane keme boleh terlupe pulak ni...

Sampai Tanjung Piai, atau lebih mesra dikenali sebagai Taman Negara Tanjung Piai, kiteorang di sapa dek penjaga setia taman ni.


" Hai..Pekabor...Kome dari mane ni ?"....Sape dek penunggu taman..Ghamah deme ni ngan keme...
" Keme bertapa kat sini ngan anak keme ni ha, sambil2 cari rezeki "...tambahnye lagi..hehe.." Ulorr ler sikit"...jerit nya ke keme. Keme paling buat deeeeekkkkk jer....

Jeng jeng...Selamat Datang...cuaca elok jer petang2 ni...alhamdulillah...

Abadikan dulu gambor dulu sebelum masuk ke dalam taman....


Sebelum keme teruskan menyelongkor kawasan taman ni, keme peghati dulu aksi2 monyet dua beranak ni. Kadang2 gambor boleh mentafsir berbagai2 maksud...Mereka juga makhluk Allah. Punye perasaan. Reaksi deme ni membuatkan keme terpikior sejenak, apa la yang sedang dimenungkan oleh si ibu. macam sedih jer kan. Cer kome cuba tafsirkan gambor2 di atas...sayu jer keme tengok gambor si ibu tu....walaupun pada awalnye dia mengalu2kan kedatangan kiteorang kat sini...hahaha

Selepas berebut dengan segerombolan pelancong masa beli tiket masuk, keme teruskan langkah nengok2 sekeliling, teruskan berjalan atas kawasan bakau ni, sambil2 tu nikmatilah pemandangan hutan bakau yang ade..deme buat laluan pejalan kaki atas kawasan bakau ni, so kome tak perlu ler masuk lumpur bagai nak berjalan kan...kemudahan dah disediakan...Berapa jauh pulak nak berjalan sampai hujung selatan benua asia ni?..jauh ler jugak..namanye pun hujung benua kan...tentu ler jaaaaaaauuuuuuhhhhh...hehe

Idok ler jauh mana kan...sepelaung jer jaraknye....keme tak terasa pun jalan jauh tu sebab sibuk menghayati pokok2 bakau yang ade....anggap jer kome jalan kaki dari Pasar Seni ke Sogo...tak jauh mana pun kaaaannnnn....

Laluan pun cantik jer...mula2 ada ler laluan berbumbung...okay jer


Jalan lagi, ada papan tanda arah mana nak dituju...jangan ghiso..kome takkan sesatnye dalam hutan ni


Jalan lagi berbumbungkan daun2 bakau dan langit membiru, hari yang cerah tak hujan...cuaca memang memihak kepada kiteorang. Tak silap keme kat Sepilok pun dieorang buat laluan macam ni jugak untuk sampai ke dalam kawasan Oreng Utan tu...* Pe hal keluor Sepilok pulak ni ..*..tak de ape..teringat jer musuh lama kat dalam hutan kat Sabah tu....haha


Terjumpa pulak nama pokok bakau ni...sian keme ke pokok ni, dipanggil kurap. Jenuh keme teropong guna kanta pembesar original. Tak jumpa ler pulak kurapnye yang macamana dan warna ape...Yang keme jumpa pokok tu menggerutu jer..Ngape ler deme tak panggil dia bakau gerutu yek..? sedap sikit bunyi nyer...musykil2... Cer kome bubuh belakang nama kome tu kurap. dan panggil. Apa perasaan kome..Gitu ler keme rasa ke pokok ni.....

Jalan lagi...jumpa pulak papan tanda ni..
Memang banyak ghuper nye deme ni kat sini. Kampung deme agok nyer. Patut ler siap ade papan tanda. Kome jangan pulak ikut peghangai deme ni..kalau kome buat jugak..memang same ler kome ngan deme ni. Tapi sepanjang keme berjalan atas laluan pejalan kaki ni, idok ler muncul deme ni walaupun sekor. Cuma kat pintu masuk tadi jer ade.

Jalan pun bosan gak kan...so...
Sheshekali buat aksi wajib tayang...hahaha...ku lihat ijooooooooo.....

Bila keme baca papan tanda ni, terus mata keme melilo ke tanah mencari makhluk yang dinamakan sedemikian ghuper...Tak jumpa walau sekor pun kome....mane deme ni nyorok...keme nak ler juge tahu rupe bentuk nye. Sampai ke sudah tak muncul. Siap nyanyi lagu siput serawak lagi...kot2 deme dengor...

Nak sampa dah kome...nak sampa dah...jap lagi...

Tu dia...nampok dah...nampok dah....tapi laluan tu dah mula ayor naik...ish..ayor pasang ni...memang kene ghedah ler ni..tu jer laluan nye...huhu...

Huh..boleh da tarik napeh...sebab tadi hampir tergelincir...
Semata2 nak ke sini...haha



Ni la dia penghujung selatan benua besor Asia...bukan di penghujung nyawe ye kome...

Apa kome boleh buat kat sini ?....tengok2 selat Melaka...pusing2 besi globe tu...klik sana sini..tu jer ler...hehe...yang penting kome dah sampai...

Tahniah kepada diri sendiri..berjaya sampai dan menjejaki titik paling selatan benua besor Asia...yang ada di negara keme sendiri...tak perlu nak cop passport....


Ade gaye macam berdiri di buritan kapal tak ? Tahniah sekali lagi..

Dah...jom balik...nak senja dah ni....

Selamat membaca dan terima kasih, semoge terhibur dan berjumpe lagi di lain siaran.