Sunday, 14 December 2014

China - Shangri La - Episod 5 - Meili Snow Mountain @ Mt Kawa Karpo - Akhirnye Puncak Gunung ini berada Di Depan Mata Keme

Assalamua'laikum Warohmatullah kepada semua Pembaca

Semoga perjalanan hidup kita di dunia ini sentiasa dalam rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang. Aameen...

Keindahan puncak Gunung Kawa Karpo yang diliputi salji disimbah mentari senja.

Selesai urusan membeli tiket bas untuk ke Deqin dengan harga RMB 67.00 sehala seorang, keme pun scan beg dan duduk di tempat menunggu. Minum dan makan apa yang ade dalam beg saja. Cukup la untuk bekalan hari ni. Tahap kebersihan tandas awam di stesen bas ni sangat teruk. Nasib baik keme dah makan dulu baru cari tandas. Terdapat bekalan air di dalam takungan besar diluar tandas. Pun begitu ia tidak dimafaatkan untuk menjaga kebersihan tandas awam ni. Keme terpaksa buat pembersihan dulu kat tandas yang keme nak guna dengan menggunakan air yang tersedia di dalam takungan tersebut sebelum keme dapat menggunakan tandas itu dengan selesa. Teruk sungguh perangai pengguna di sini. Keme tak sanggup nak menceritakan keadaan tandas kat sini, takut kome hilang selera makan...hehe..Elok kome datang dan rasai pengalaman itu sendiri!!! Aspek kebersihan tak dijaga langsung. Macam ade tempat penjaga tandas kat luar pintu tu, tapi batang hidung pun tak nampak, kalau tidak mau jer keme buat syarahan awam sekejap...hehe..Bila tengok tandas dah keme cuci bersih, baru ade mood nak menggunakannya.

Stesen bas ni juga menyediakan tong sampah seperti di dalam gambar atas, tapi bukan sekadar untuk buang sampah...Ia lebih kepada tempat untuk meludah dan mengeluarkan kahak memasing...Keme tak sanggup nak tengok...menjijikkan dan keme rase nak muntah bile dengor deme mengahak...

Tepat jam 12:30 pm, keme naik bas untuk ke Deqin. Majoriti yang naik bas ni adelah pelancong samada dalam negara dan luar negeri. Sepanjang laluan di pergunungan ni, pemandangan amat amatlah cantik. Pertama kali keme dapat merasai pengalaman begini, walau mata mahu sahaja di katup, keme kuatkan semangat untuk menghayati keindahan alam buana kerana tak mungkin keme akan dapat kembali lagi ke sini dimasa akan datang. Jadi setiap masa yang keme ade di dalam bas ni, keme gunakan untuk mensyukuri akan nikmat ciptaan Ilahi dengan bermakrifatullah akan kekuasannya mencipta pergunungan yang sungguh memukau pandangan mata.

Bas Ekspres dari Shangri La ke Deqin. 

Bas tak penuh dan kebanyakan penumpang memilih untuk duduk di tepi tingkap termasuklah kami, Kesemua penumpang adelah pelancong. Keme kongker di hujung kiri dan buddy di hujung kanan semata2 untuk menghayati keindahan kawasan pergunungan di sini. Cuace amat baik sepanjang perjalanan kami dan keme tak dapat nak ungkapkan dengan sebaik2 perkataan disini untuk menggambarkan betapa cantiknya kawasan pergunungan di Shangri La ni. Apa yang keme boleh bagitahu kepada pembaca semua ialah sekiranya kome ade kesempatan daripada segi masa, kewangan, tenaga dan kesihatan yang baik, datang lah ke sini untuk menyaksikan sendiri pergunungan dan kehidupan yang terdapat di sini. Juga keme tidaklah pandai menggunakan kamera untuk merakam keindahannya. Hanya memori yang masih dapat mengilustrasikan apa yang nampak di depan mata.


Terdapat padang rumput yang sangat luas di kawasan pergunungan yang berketinggian antara 3200 meter - 3500 meter dari aras laut. Ternakan yang teradapat di padang rumput ni yang keme nampak ialah kuda dan yak.  ( Yak adalah spesis lembu gunung yang mempunyai bulu yang tebal dan panjang serta tubuhnya lebih besar daripada kerbau ). Juga terdapat tanaman jagung. 


Setelah lebih 2 jam perjalanan, bas berhenti seketika di suatu perhentian untuk penumpang2 makan, meluruskan pinggang dan ke tandas.
Apabila berada di kawasan pergunungan yang tinggi, tiada lagi pokok2 yang tinggi dan rendang di laluannya. Apa yang ade hanyalah pokok2 renek yang mampu bertahan dalam cuaca sejuk di altitude tinggi dan juga gunung2 berbatu.

Sampai di suatu tempat di ketinggian antara 3300m - 3500m lebih kurang, di tepi jalanraya, di kelilingi puncak2 gunung yang berceracak kiri dan kanan, tetiba bas membrek. Keme tersentak. Lihat keliling apa dah jadi. Tak de apa2 pun terjadi, cuma pemandu bas memberi kesempatan kepada penumpang2 yang kesemuanya pelancong turun menikmati keindahan puncak gunung yang diliputi salji di hadapan kami.

Adelah dalam 10 minit kami diberikan masa untuk keluar dan ambil gambar. Masa turun bas ni la keme rase pening, terhuyung hayang rase badan. Tapi keme cuba mengawal keadaan diri agar tidak kelihatan mabuk...mabuk ??? hahaha.... Rupa-rupanya keme dah kena " altitude sickness ". Itu orang seberang Laut Bering kata.. keme kate mabuk gunung jer...Baru ler keme tahu sekarang bagaimana rase mabuk gunung. Kome nak rase ? Pegi panjat banjaran gunung yang ade salji dan dok lelama kat situ...

Puncak Gunung Baima yang diliputi salji. Patut la pemandu bas tu turunkan kami seketika disini agar kami dapat mengambil gambar berlatar belakangkan gunung Baima yang diliputi salji ni. Keme klik jer butang kamera dalam keadaan terhuyung hayang tu.

Tapi nak suruh kami naik semula ke dalam perut bas tu susah la sikit kan..Makan masa...Liat nak naik semula. Drebar bas terpaksa membunyikan hon berkali2 memaksa kami semua naik. Sapa suruh bagi turun tadi kan...kan...kan.kan, kan dah payah nak suruh kami naik balik..hehe....

Tak lama lagi keme akan sampai ke Degin. Jalanraya dalam gambar di atas adalah di lereng puncak gunung menuju Deqin. Hanya batuan gunung jer yang ade. Di Yunnan ni keme perhatikan, tak kira la betapa tinggi pun pergunungan nye, jalinan jalaraya nya dibina sehngga ke puncak. Elok pulak tu siap ber tar dan kebanyakannya mempunyai 2 lorong untuk memudahkan kenderaan berselisih tanpa perlu berhenti. jalan tepi gaung pun okay jer bagi deme. Macam tak tercapai dek akal keme memikiorkannye. Jalinan jalanraya disepanjang lereng di pergunungan tersebut dapat menghubungi dari satu pergunungan ke pergunungan yang lain. Itu lah China. 

Pukul 4.30 petang lebih kurang, keme sampai di Deqin. Sebuah bandar di kaki pergunungan. Dari atas gunung dah nampak bandar ni di bawah. Pemandu bertanye kami yang turun bas ni adekah semua akan ke Feilai @ Feilaisi, ramai rupanya menuju ke destinasi yang sama. Terima kasih kepada seorang pelancong tempatan yang bernama Linda,fasih berbahasa Inggeris yang dapat membantu kami dan memudahkan pejalanan ke sana. Dia lah juga yang membantu kami berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Oleh kerana kami ramai, maka deme telah mencari sebuah bas yang boleh menghantar kami semua ke sana. Tapi kami perlu tunggu sekejap sementara deme mencari bas tersebut.

Stesen bas ekspress di Deqin. Menunggu bas untuk ke Feilai area bersama2 pelancong2 yang lain.

Setelah menunggu lebih kurang 20 minit, bas untuk membawa kami ke Feilai pun sampai. Ia mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja untuk keme mengakhiri perjalanan yang panjang selama hampir 22 jam bermula dari Kunming petang semalam... Perjalanan yang memenatkan badan tetapi memberikan 1001 pengalaman. Pelbagai ilmu secara langsung yang keme dapat di dalam Universiti Kehidupan dalam pengembaraan ini.  

Bas persendirian yang membawa kami ke Feilai area dengan tambang hanye 5 yuan. Nasib baik ade Linda yang fasih berbahasa Inggeris membantu memudahkan urusan kami. 

Ni la hostel yang keme menginap malam tu. RMB 140 semalam. Nama hostel ni keme tak tahu sebab tak de langsung tulisan roman yang keme boleh eja...

Kesemua kami yang naik bas tadi menginap di hostel yang sama samada di dormitory atau di bilik persendirian. Keme biasa la kan, akan pilih dok kat bilik pensendirian, Lebih privacy kata orang Glasgow. Senang nak tunggang terbalik dalam bilik tu kan. Harga bilik yang ditawarkan adalah dalam lingkungan bajet keme dan mampu bayor..hehe.  Keme cukup kagum dengan kemudahan internet di sini. Walau jauh terpencil di tengah2 pergunungan, kemudahan internet nya tiptop. wifi nye laju, boleh berwasap, cuma tak boleh akses muka buku jer. kehkehkeh.....

Keadaan bilik yang cukup selesa. Ade semua kelengkapan asas terutamanya "hot blanket", bilik air yang lengkap dan ade ayor panas, tv yang tak sempat keme tengok. Juga cerek leterik. Diluar bilik keme disediakan komputer dan kemudahan internet. Juga tak sempat keme nak duduk ngadapnye sebab dok kat dalam bilik pun ade wifi, lebih enak dibaluti selimut panas tu dan keme tak sanggup nak dok kat luar tu memalam bute dengan cuace yang sejuk beku.

Ini la rupa paras Feilai Area. Asalnye ia adalah kawasan pergunungan yang menempatkan rumah ibadat penganut buddha dan lebih dikenali sebagai Feilai Temple. Namun disebabkan kedudukannya yang strategik mengadap Meili Snow Mountain, dan laluan untuk ke Yubeng Village, ia telah dibangunkan sebagai kawasan pelancongan. Banyak hotel, motel, hostel dan segala jenis tel dibangunkan di lerengnye. Ikutla kemampuan dan citerasa kome untuk memilih penginapan yang kome suka. 

Puncak gunung Kawa Karpo @ Meili Snow Mountain.

Dah selamat daftar masuk bilik, rehat2 kejap, luruskan pinggang, buang beban belakang, rase2 dulu kepanasan ayor dalam bilik ayor tu...cari arah kiblat dan bersujud lah. Hari pun dah melebihi 6.00 petang. Badan rase letih dan kepala sedikit berpusing akibat mabuk gunung yang tak abih lagi, kalau masuk dalam selimut ni mau terlajak sampai besok pagi ni nanti...Tak boleh jadi ni...Buddy hilang entah ke mana..lupa nak tanye. 

Senja di pergunungan 

Akhirnye keme keluor dalam kesejukan senja nak tengok gunung. nampak buddy kat kafe hostel, tengah mengorat Linda ghupernye...Dia suruh keme panjat bukit kat belakang hostel, cantik view gunung dari situ katenye. Keme pun pegi ler jenjalan sebelah belakang, banyak bangunan2 baru sedang dalam pembinaan, Keme pandang ke arah puncak Gunung Kawa Karpo...Peeerrrggghhhhhhhh....cantik giler..sejuuuuk jer mata memandang. tangkap beberapa keping gambor sebelum puncak itu hilang ditelan kegelapan malam. Sejak keme mengembara, inilah perjalanan yang keme rase paling best.

Dah tangkap beberapa keping gambor gunung, keme nak ler jugak tangkap gambor sendiri masukkan muka dalam kamera kan...tapi sapa nak tolong tangkapkan....kendian keme jumpa 2 orang pelancong lain kat area tu tengah menghalakan kamera deme yang lens nye panjang sehasta tu ke arah gunung Kawa Karpo...sah pro punye la kan....keme kabor ke dia minta tolong ambikkan gambor keme, macam segan jer keme nak hulur kamera katik keme tu...macam langit dengan bumi bezanye...tapi nak bergedik...kehkehkeh....

Dah klik beberapa kali, keme ucap sheshe ke dia. Nak cakap lebih2, deme tak gheti cakap omputeh. Sabor jer ler. Keme jalan2 jer kat area tu sampai gelap. Cuaca makin sejuk. Tak tahan ler pulak. Cepat2 panjangkan langkah turun bukit tu masuk bilik bungkus masuk dalam selimut....eerrrrrr...menggigil.....

Kat Feilai ni tak de restoran makanan halal. Jadi keme makan jer bekalan yang keme bawa. Sekadar dapat menahan lapar dan dahaga. Kenyang tu idok ler. Dengan adenye kopi 5 dalam 1 yang keme angkut dari Malaya, dapatlah tahan otak sikit daripada memberontak dan menghasut perut sama. Keme tak dapat nak berikan informasi di sini samade di Deqin terdapat restoran halal ataupun tidak kerana keme hanye singgah di perhentian bas ekspres sahaja dan tak keluor ke pekannya berjalan2. 

Demi merealisasikan sebuah impian, sanggup meredah kesejukan cuaca gunung yang mencucuk kulit sehingga ke tulang untuk merakam keindahan mentari pagi membakar puncak gunung bersalji.

Pukul 6.30 pagi keme dah bersiap untuk keluor ke tepi jalanraya, ramai juga manusia yang sama2 memeriahkan suasana di tepi gunung ni. memang itu pun tujuan utama ke sini. Ade yang bawa kemera macam keme, setakat klik ala2 jer dan majoritinye membawa kamera dslr dengan lens panjang sedepa juga bersama tripod masing2. Lepas tu cacak lah tripod tu kat tepi2 jurang tu ngadap puncak gunung Kawa Karpo. Tunggu matahari muncul.  

Awan cukup tebal hari ni dan keme serta semua jurugambar pro, separa pro dan amatur sedikit kecewa apabila awan itu menyelubungi keseluruhan puncak bersalji dari menerima pancaran matahari secara langsung dan kami gagal untuk merakam detik bersejarah tersebut. Keme dengar cerita bahawa terdapat jurugambar2 professional ni menunggu sehingga beberapa hari di Feilai ni semata-mata nak merakam detik tersebut. Walau pun awan tu tebal, nampak jugak la puncak bersalji tu disimbah mentari seolah-olahnye puncak itu terbakar. Cantik sangat bila tengok secara langsung didepan mata. 


Sementara nak nunggu matahari membakar gunung bersalji tu, keme tengok penghuni lain yang memilih penginapan yang terus boleh nampak puncak gunung dari dalam bilik deme ajer. Deme punye lensa kamera memasing tu dia...seram tengok...macam yang untuk teropong burung tu..panjang gile lensanya...dasyat sungguh.. Keme tak tau la berapa harga bilik untuk hotel yang mengadap puncak terus ni. Mahal la kot...Sepanjang jalan di Feilai ni berlambak hotel, semua nya hotel dan yang seangkatan dengannye la. Pas tu restoran tak halal kat bawah.

Tak kira la nak pandang ke arah mana, tengok terus ke depan adalah puncak gunung, tengok ke bawah ade perkampungan dan pemandangan lurah pergunungan yang cantik...Sejuk pun sanggup tahan kan.


Hari dah mula cerah, tapi puncak masih dilitupi awan tebal...kecewa deme

Seorang jurugambar cuba sedaya upaya mendapatkan gambar puncak gunung yang terbaik untuk dirinya pagi ni. Tak nampak gaya awan tu akan berarak pergi dari meyelimuti puncak gunung Kawa Karpo tu.

Dari Feilai ni juga kome boleh meneruskan perjalanan ke Yubeng Village dimana perkampungan terpencil ini terletak di kaki gunung Kawa Karpo. Di sana kome boleh mendaki gunung ni jika berminat dan melihat glacier dari jarak dekat. Terdapat kawasan air panas dalam laluan ke sana. 

Sekiranya pelancong berminat untuk ke perkampungan tersebut, kalau tak silap keme, pelancong perlu menaiki mini van sehingga ke kawasan air panas dulu selama 2 jam perjalanan lebih kurang. Kosnya dalam 20 yuan seorang. Dari sana perlu berjalan kaki memanjat kawasan pergunungan selama 5-6 jam untuk sampai ke perkampungan tersebut. Tiada kenderaan bermotor yang memasukinye melainkan kome perlu berjalan kaki sahaja. Apabila pelancong sampai di perkampungan Yubeng ni, pelancong perlu bermalam di sana dan meneruskan perjalanan balik keesokan harinya. Tapi daripada cerita dan maklumbalas yang keme dengor, pemandangan gunung Kawa Karpo di atasnya serta glacier di kawasan tersebut memang sangat cantik. Berpuluh kali lebih cantik dari Felaisi ni. Keme tak sanggup nak buat aktiviti tu memandangkan tidak mempunyai bekalan makanan halal yang mencukupi. Mau menggeletor tahap kritikal lutut keme karang. hehe... 


Mandang ke bawah ni pun dah menggeletor buku lali keme...baru acah jer tu...hihi

Bila matahari dah naik sepenuhnya dan menerangi keseluruhan kawasan Feilai ni, kami pun beredar ke bilik masing2. Masak ayor panas, bancoh kopi dan oat segera untuk bersarapan. Sejuk2 ni perut cepat betul menyanyi. Kendian kami kemas beg untuk meninggalkan kawasan Feilai ni menuju ke Shangri La semula.

Di hadapan Feilai Temple. Kawasan di bahagian dalam temple ni juga merupakan tempat yang amat strategik untuk melihat ke puncak gunung Kawa Karpo dan merakamkannya di memori kamera. TETAPI untuk masuk ke dalam ni akan dikenakan bayaran sebanyak RMB 80.00. Keme idok ler nak ngabih kan duit kat situ. Keme cari jer lereng2 yang yang bersesuaian di sepanjang jalan tersebut. Cuma perlu usaha dan jalan la sikit. Tu jer...

Dalam pukul 9.00 pagi , kami keluor dan menunggu bas yang diaturkan oleh Linda untuk membawa kami semula ke bandar Deqin. Free jer. Tapi bas tu penuh la. 10 minit jer nak turun semula ke bandar tu. Kami dihantar terus ke perhentian bas ekspress. Semua yang turun berebut nak ngejor kaunter tiket bas ekspres di tingkat 2 bangunan. Kami beli tiket bas pukul 9.30 pagi. Memang tak sempat la nak jalan2 di bandar Deqin ni.

Pemandangan pergunungan yang ditumbuhi pokok2 renek. Warna dah mula berubah merah kuning kerana dah masuk musim luruh.

Sekian
Selamat membaca, semoga terhibur dan bermanfaat sekiranya memerlukan rujukan maklumat dari pengembaraan keme ini.

Semoga bertemu lagi pembaca sekalian di lain siaran untuk pengembaraan keme di lain tempat di dalam wilayah Yunnan ini.

Wassalam

Sunday, 7 December 2014

China - Kunming - Li Jiang - Shangri La - Episod 4 - Pusat Borong Luosiwan di Selatan Kunming dan juga Perjalanan Yang Panjang di Universiti Kehidupan

Assalamua'laikum Warohmatullah Kepada Pembaca Sekalian

Pemandangan yang memukau mata di pergunungan yang berketinggian 3,200m dari aras laut - dalam perjalanan dari Li Jiang ke Shangri La County.


Hari ni merupakan hari ke-4 keme berjimba2 di Kota Kunming. Rombongan Mak Kiah pulak terpaksa balik semula ke Malaya dengan penerbangan hari ni dan memendekkan percutian mereka memandangkan pesakit tidak menunjukkan tanda2 pemulihan tetapi sebaliknya yang berlaku.

Disebabkan itu, jadual keme sedikit berubah mengikut keadaan semasa. Jadinya pagi ni keme cuma akan dapat membawa rombongan mak Kiah meninjau kawasan yang berdekatan dengan hostel sahaja. 

Pukul 9.00 pagi lebih kurang, kiteorang pun keluor seperti kebiasaan untuk mencari sarapan. Hari ni keme tak pergi ke masjid yang dekat kat hostel tu ( Masjid Yong Ning ) sebab dah dua hari asyik ulang ke situ jer kan. Sebaliknye, keme bawa mereke ke masjid Yixigong pulak. lebih kurang 20 - 30 minit berjalan dari hostel dengan kelajuan yang sedang2 saja. Ni antara masjid yang jauh tapi masih boleh berjalan kaki sahaja dari hostel


Lokasi masjid Yixigong dari hostel melalui Zhengyi Rd.

Melihat deme ni teringat lucunya berinteraksi pasal teh..

Sampai masjid Yixigong, keme bagi salam pada pekerja2 yang peramah tapi tak mampu nak berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh kedua2 belah pihak. Keme duduk dulu dan tengok keliling, macamana orang lain mengambil pesanan, pilih makanan dan macam2 la gerak geri manusia yang keme perhatikan.

Dengan keramahan yang ditunjukkan oleh pekerja restoran di masjid ni yang selamba badak berbicara dalam bahasa mereka kepada keme, walaupun keme dah kata tak paham, keme pun jawap jugak semula dengan selamba badak dalam bahasa keme, lepas tu masing-masing gelak ketawa sebab sama2 tak paham..kahkahkah....

Keme perhatikan semua orang makan laksa di situ, keme pikior mungkin laksanya sedap kot, keme pun tunjuk kat pekerja tu apa orang lain tengah makan, maknanye keme nak pesan makanan yang sama seperti mereka dengan bahasa isyarat dan badan sekali. DIA PAHAM WEI..!!! keme nak tergelak rase...

Bahan2 untuk melaksa, ikut suker2 hati keme ler nak bubuh apa dalam laksa tu...keme perati jer dulu deme bubuh apa, kendian keme ikut la, hampir kesemua bahan tu keme bubuh...kurang pedas boleh pegi tambah...

Sebelum makan kasi klik butang kamera dulu.
"Klik"- Dah....sambung makan balik

Sambil2 makan tu keme berborak ala2 itik dan ayam dengan pekerja2 kat sini, cakap jer mesti gelak, apa yang digelakkan pun tak tau la, keme tanye teh deme minum tu beli kat mana, deme ingat keme nak minum teh, deme bagi keme cuba, sedap la pulak..tanye lagi beli kat mana, masing2 gelak tak paham...

Akhirnya keme laung kuat2 kat situ tanye " anyone can speak Scotland here", Berpaling la seorang pelanggan kata ye...haha...berjaya taktik keme. Maka keme pun pegi sapa dulu dia dan bertanya sapa namanye. Dia kerja area situ jugak dan selalu datang ke masjid ni bersarapan. Keme minta dia tanye pekerja masjid tu di mana deme beli teh tu, baru lah pekerja2 tu gelak sakan sebab salah tafsir apa keme nak tanye tadi. Ooooo....teh tu boleh dapat kat dalam supermarket jer, katanya, kat Carrefour yang berada di belakang masjid ni. keme minta dia tulis nama teh tu kot2 keme nak pegi beli, kalut deme cari kertas nak tulis...kelucuan berinteraksi pasal teh dengan deme tu buat keme senyum sorang2.

Bertemu, berbicara dan kenal mengenal sesama manusia berlainan bangsa tetapi mentauhidkan Tuhan yang satu amat bermakna dalam pengembaraan keme. Ukhuwah akan terjalin dengan mudah sekali walau bahasa mungkin menjadi penghalang dan rasa bangga dan saling hormat menghormati sesama insan cukup untuk memberikan kepuasan dalam setiap pengembaraan.

Banyak nye bungeeee.....

Lepas makan sarapan, kami berjalan2 di sekitar Zhengyi Road, masuk kedai sana keluor kedai sini, tak de yang berkenan, kata deme...tak pe la. Jalan2 cuci mata ajer.


Di jalan Zhengyi ni juga terdapat sebuah masjid di sebelah bangunan yang berkubah hijau tu. Masjid Nancheng dan juga Pusat Pentadbirannye. Kalau kome jalan2 disni dan sampai ke bangunan tu, cuba pergi ke sebelah belakangnye, terdapat beberapa restoran muslim di pintu masuk masjid.



Di tengah2 Zhengyi Road ni jugak terdapat sebuah pintu gerbang sebagai mercu tandanya.  Zhengyi Rd terkenal dengan pusat membeli belah disepanjang laluannya. Ia menjadi tumpuan warga kota untuk beristirehat, membeli dan belah, minum2 dan skodeng manusia yang lalulalang disini selepas waktu bekerja.

Dah penat pusing2 kat Zhengyi Road ni, keme pun balik semule ke hostel. Hari pun dah nak tengahari. Deme nak daftar keluor dari hostel nak balik Malaya, dengan keme keme sekali kene daftar keluor jugak sebab malam ni nak teruskan pengembaraan ke wilayah lain pulak.

Pukul 1.00 tengari kami pun keluor, tapi beg keme tinggalkan kat hostel sementara menunggu malam. Tahan teksi tepi hostel untuk mereka ke lapangan terbang dulu, kos nya RMB 110 termasuk tol.







Pesakit terus dimasukkan dulu ke dalam teksi. Lain2 hal diuruskan oleh orang yang sihat walafiat.... Maka berakhirlah rombongan Mak Kiah ke Kunming dan keme akan meneruskan pengembaraan seterusnya berdua sahaja.

Selepas melihat teksi deme berlalu pergi, keme dan buddy pun meneruskan pengembaraan ke selatan Kunming. Konon2 nak membeli belah...idok ler nak membeli belah...nak cuci mata jer... Tempat yang keme nak tuju ialah ke Pusat Borong terbesar di Kunming iaitu Pusat Borong Luosiwan.

Panduan untuk ke Pusat Borong Lousiwan, terima kasih kepada pekerja hostel yang sangat tekun menghulor bantuan. Panduan yang memudahkan perjalanan keme untuk hari ini.

Kami mulakan langkah menuju perhentian bas di depan hostel menuju selatan, ambil bas no 98 untuk turun di perhentian bas Bei Jin Lu Rou dan dari situ mencari stesen subway No. 1 stesen Huan Cheng Nan Lu untuk ke selatan . Subway tu tak jauh dari tempat keme turun bas. Bas dari hostel lebih kurang 15 minit ajer dan keme turun di perhentian yang ke 3 kalau tak silap. Tu pun keme lupa da....ayoyo.....

Gembira nye dia dapat terus jumpa stesen subway kat belakang tu...sebab tak perlu nak jalan jauh2 lepas turun dari bas no 98 tu kan..... 


Beli tiket kat mesin ajer ( gambor ni keme snap secara sembunyi2, keme jeling2 keliling atas bawah dulu baru klik butang kamera..hehe )...mesin menyediakan dwi bahase iaitu mandarin dan inggeris. Sama jer macam di stesen LRT kita. Dah beli tiket terus masuk Line 1 untuk tunggu tren ke selatan. Beli tiket berharga 4 yuan sehala ke South Coach Station. Banyak perhentian kene lalu, dah la tak dapat tempat duduk. Orang ramai, jenuh berdiri, setengah jam la jugak...

South Coach Station, Kunming

Dari dalam tren lagi keme dah nampak pusat borong ni...Besor giler kome, memang giler punye besor ler tengok, Tu belum masuk lagi...

Keme sampai Stesen South Coach Station ni dalam pukul 2 petang...tengok ke arah bangunan di sebelah kiri tu kome, tu la Pusar Borong Luosiwan, Kunming. Gambor ni keme ambil dari dalam tren.


Keme tengok bangunan jer dah seghiau...takut bila dah masuk tak nampak jalan keluor...hehe..

Setakat yang keme sempat ukur, Pusat Borong Luosiwan ini mempunyai 16 blok bangunan dengan setiap bangunan mempunyai 5 tingkat. Setiap tingkat telah di bahagi2kan mengikut jenis barangan yang dijual. 1001 jenis barangan yang tak tercapai dek otak keme untuk memilihnya. Ini termasuklah tekstil, pakaian, jeans, cadar, kasut, tali pinggang, segala mak nenek beg, barangan am, jam, elektrical item, IT gadget, stationery, alat2an pengembaraan, perkhemahan dan lain2 yang keme tak mampu nak tulis kat sini. 

 Bahagian pakaian adalah kawasan yang paling sesak..tambahan pulak kawasan ni terletak dibahagian bawah sekali...keme nak menapaih pun payah

 Kawasan dalam kompleks...

Kedai yang menjual barangan am seprti lampu picit yang kiut miut untuk semua aktiviti serta murah...

Keme melilau kat dalam kompleks ni secara berjalan cepat dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain kerana masa tidak mencukupi untuk keme nak mentelaah barangan yang ade dan menghadam setiap ruang kedai. Setiap bangunan bersambung antara satu sama lain. Kalau kome jalan2 kat dalam nye, pasti tak kan sedor nye la dah masuk blok lain sebab kome akan sibuk dan giler tengok barang2.. Cuma 2 jam hanya untuk melihat kawasan... 2 jam kome, 2 jam ajeerrrrr...hanye membuat "pemerhatian" dan berjalan tanpa henti turun naik di dalam kompleks ni. Tiada buruan yang keme tangkap kerana perjalanan keme masih panjang di Yunnan ni.Tambahan pulak keme bukan kaki shopping.

Pukul 4.15 petang lebih kurang keme jumpa semula travel buddy di blok A, tempat yang kami dah setuju untuk bergabung kembali meneruskan penjelajahan. Hari ni keme jalan hanya 10 blok ajer kot kalau tak silap dan hanya di level 3 dan kadangkala keme naik ke level 4 sebab tak larat dah nak teruskan menapak jejauh dan nak undur semula ke blok A akan memakan masa yang lama.

Setelah keluor dari Pusat Borong Luosiwan ni, berhampiran dengan stesen tren, terjumpa satay kambeng.....

Keme bagi salam ke dia, etnik Hui...senyum ke telinga keme tengok satay ni...harga biasa 10 yuan untuk 5 cucuk. Tapi keme dapat 6 cucuk sebab keme ramah dengan senyuman...kehkehkeh...sampai sekarang keme masih terasa kesedapannya menyatay...

Nak beli tiket tren tu orangnye terlalu ramai, lama jugak buddy kene beratur kat mesin tu, keme tak de nye la nak beratur kan, sibuk makan satay kambeng...sampai kat stesen Jin Ma Fang di tengah bandor Kunming, baru kiteorang pikir nak beli tiket keretapi sekarang ataupun malam karang. Pikior punye pikior, kami pusing balik masuk tren turun di stesen Kunming Railway Station. Sajer jer kan, tak de koje cari koje.


Bangunan Stesen Keretapi Kunming dari sebelah belakang, iaitu dari stesen subway.

Apabila dah sampai di stesen Kunming Railway Station, kami keluor ikut pintu A dan cari stesen keretapi. Cuma bersebelahan sahaja dari subway stesen ni. TAPI kami berada di sebelah belakang stesen dan perlu menapak hampir 800 meter jauhnya mengelilingi bangunan stesen keretapi ni untuk ke pintu utama. Rase nak masuk subway dan pusing balik ke hostel ajer sebab keme rase kaki keme dah nak pengsan....

Masa banyak dihabiskan di sini. Paling kecewa apabila sampai di pintu masuknye, orang terlalu ramai beratur dan nak scan beg disitu. Memang akan makan masa untuk kami memandangkan waktu asar mungkin akan berlabuh pergi dan tak akan kembali lagi untuk hari ni serta tak pasti samada kami boleh masuk atau tidak dalam waktu tersebut.

Pikior lagi, pikior punye pikior, kami ambil keputusan untuk balik sahaja ke hostel. Malam nanti datang semula dengan beg sekali untuk beli tiket keretapi dan terus bergerak jika tiket masih ade. Okay, masing2 setuju tapi nak balik macamana ? Masa tak cukup nak menapak pusing balik ke subway. Kami terpaksa tahan teksi ajer ler. Dengan tambang 15 yuan, kami sampai semula ke hostel tak sampai 15 minit. Alhamdulillah, kami sempat kejar solat jamak&qasar asar dan zuhor di perkarangan hostel. Begitulah Allah Yang Maha Mendengar memudahkan pergerakan kami ketika kami kesuntukan mase untuk menunaikan tanggungjawab kami kepada Sang Pencipta yang telah memberikan rezeki yang melimpah

Selepas solat, keme ambil beg dan ucap selamat tinggal buat sementara kepada pekerja hostel yang ramah tamah serta senantiasa memberikan layanan atas segala pertanyaan / permintaan keme semasa keme tinggal di sini. 6.15 petang, kami keluar dan terus tahan teksi untuk ke Stesen Keretapi Kunming. Tak mau naik bas dan tren subway dah kerana dah tahu tadi kene jalan jauh. Tambahan pulak bawa anak gajah yang berat yang perlu digendong di belakang bahu..


Sampai di stesen keretapi, keadaan dah gelap dan pintu masuk tidak lagi sesesak macam petang tadi. Kami masuk dan scan beg dengan cepat ajer. Terus masuk ke bangunan utama dan mencari kaunter tiket. Keme bagitau buddy suruh dia pegi terus ke kaunter no 1. Hanye ade seorang pelanggan disitu sedangkan kaunter2 lain beratur amat panjang. Kami hulurkan passport dan beli tiket untuk kabin soft sleeper ke Li Jiang. Alhamdulillah masih banyak kekosongan dan kami memilih katil bawah. Kami ambil perjalanan keretapi terawal yang ada pada malam tersebut.

Tambang RMB 226.00 sehala. Perjalanan memakan masa lebih kurang 9 jam. 40 minit. Maknanya keme akan sampai di Li Jiang di waktu subuh. Tempat menunggu untuk keretapi ke Li Jiang terletak di sebelah atas bangunan. Kami ke sana dan berehat sebentar sementara menunggu keretapi sampai. Kami sempat makan roti yang dibeli di kawasan hostel petang tadi dan menunaikan solat di dalam bilik persalinan untuk bayi di kawasan menunggu tersebut. Kendian kami masuk ke dalam bilik menunggu VIP iaitu bilik menunggu untuk tiket kabin soft sleeper. Terasa macam VIP la pulak...muahahahaha

Begini la rupa paras kabin soft sleeper, 4 orang sekabin. Tapi kami kongker keseluruhan kabin sebab tak de penumpang lain. 



Lain2 gambor dalam gerabak soft sleeper.
Gambor atas - Kiri-Luar kabin, ade plug untuk caj telefon disini, Kanan-Tandas yang bersih, ade timba tapi tak de cebok, nasib baik keme ambik bekas buahan dalam kapal terbang untuk dijadikan cebok. 
Gambor bawah - Kanan-Bilik menempatkan air panas dan sejuk. Kiri-Bilik sinki nak gosok gigi, cuci muka dan tampal mekap.

Kami sampai di stesen Keretapi Li Jiang di subuh sunyi...tepat 6.10 pagi keretapi membrek dengan lembutnya. Maka keluarlah semua makhluk yang tadi nye lena kerana ini adalah stesen terakhir di wilayah Yunnan. Dalam pukul 6.30 pagi kami dah terpacak di stesen bas bersama2 dengan penumpang2 yang lain menanti kedatangan bas bandar dengan sabar..

Di luar stesen keretapi Li Jiang yang sepi di subuh sunyi

Perhentian bas di hadapan stesen ni gelap gelita. Nasib baik keme bawa lampu picit untuk menyuluh setiap inci perhentian bas ni mencari papan tanda no bas mana yang pergi ke terminal bas ekspress atau lalu berhampirannya. Jenuh jugak la bertanye orang keliling. Kebanyakan yang datang ke sini adalah pelancong samada pelancong tempatan atau luar dan mereka terus ke Li jiang old Town jer.. Ramai penjual peta mengambil kesempatan di subuh hari ni mendapatkan pelancong2 yang baru tiba ni untuk membeli peta dari mereka. Keme pun terjebak sama. Sesungguhnya peta tu amatlah berguna di saat kami amat memerlukan bantuan.

Pukul 6.50 pagi bas no 18 lalu sini untuk ke bandar Li Jiang yang lalu terminal bas ekspres. Tambang 1 yuan ajer. Keme dan pelancong2 lain pun berbondong2 lah kami memenuhkan bas ni. Sepanjang jalan pulak budak2 sekolah menyesakkan lagi keadaan dalam bas...Kami ikut 2 orang pelancong tempatan yang juga nak ke terminal bas ekspres. Mereka la yang membantu kami di simpang mana kami akan turun dan berjalan ke terminal bas ekspress.

Dalam 25 minit gitu kami sampai di terminal bas ekspress Li Jiang. Perut lapor. Kiri kanan jalan ternampak kedai muslim, tapi keme nak tengok tiket dulu jam berapa deme jalan pagi ni. Sampai terminal terus beli tiket bas jam 7.30 pagi berharga RMB 67.00 sehala seorang dan perjalanan memakan masa 4 jam, nampaknye tak sempat ler keme nak bersarapan di Li Jiang ni. 

Bas Ekspress dari Li Jiang ke Shangri La. Penuh dan sesak hidung.

Naik jer bas, terkejut keme bas penuh, cuma ade 3 seat kosong di belakang sekali. Sabor jer ler...keme pun duduk ler di tengah2 konon2 nak kongker seat yang kosong satu lagi tu. Ketika bas hampir nak jalan, naik sorang lagi. Keme terpaksa mengesot ke sebelah.

4 jam perjalanan yang sangat menyeksa hidung. Mamat yang naik akhir sekali dan duduk disebelah keme tu bau dia amatlah busuk. Keme rase nak pengsan. Mati mood mengembara masa tu. Dah la pemandangan keliling atas gunung sangat memukau mate, drebar pulak pasang muzik tibet, lama2 dengor muzik dia best la pulak, mendayu2, TETAPI suasana keme dalam bas amat sengsara, sesungguhnya derita jiwa rage, Tuhan saja yang tahu. Keme cuit buddy minta tukar tempat tapi dia kata bau busuk mamat tu sampai ke lubang hidung dia terus naik ke otak, katenye. Cer kome bayangkan keme yang duduk sebelah ni.. Bau mamat tu boleh keme kata lebih teruk daripada bau taik separa kering....tekanan keme dalam pengembaraan ni...

Dalam pada pening2 langau tu, keme sempat jugak la angkat kamera tinggi2 hulur ke tingkap bas, dengan perasaan yang bercampur baur, keme klik jer butang kamera tu.

Ini ler hasilnye....
 Bas mula memanjat....semakin tinggi altitut semakin cantik pemandangan keliling.

 Perkampungan di atas gunung


Masa ni bas dah panjat gunung tu tinggi2, memang gayat tengok ke bawah tu....jalan bersimpang siur...

Sampai atas gunung...tu dia... terbentang luas dataran saujana mata memandang... tapi waktu ni masih belum mampu memujuk otak agar redho dengan perjalanan yang menyesakkan hidung ni...

Pukul 11.30 keme dan travel buddy sampai di stesen bas Shangri La...terlepas seksaan dunia pengembaraan keme. Bengong la kejap turun dari bas ni. Dua2 menung jap, pikior nak berhenti di sini atau teruskan perjalanan ke Deqin, iaitu bandar paling dekat untuk ke Feilai Area. Setelah meneguk beberapa kali air mineral yang masih berbaki, kami ambil keputusan untuk teruskan ajer perjalanan. Alang2 dah nak sampai ke hujung, keme kabor ke buddy elok kita teruskan ajer sampai titik paling hujung. Naik tren, turun tren naik bas turun bas dah makan masa hampir 16 jam, cuma nak abihkan lagi 5 jam jer kan, elok la teruskan ajer.

Kabor ke kaunter tiket, bas pukul berapa ade untuk ke Deqin hari ni, 12.30 pm katanya..Kami tengok jam. Masih sempat nak lompat ke dalam bas yang akan memakan masa 4 jam lagi merentasi kawasan pergunungan  Sementara menunggu bas gerak, keme makan ajer roti dan cokelet yang keme bawa sebagai mengalas perut. Nak jalan keluor cari kedai makan takut tak  sempat pulak nak datang semula ke stesen bas ni.

Buddy berjalan2 di luar stesen dan terjumpa pelancong dari Australia yang pernah menetap di rumah air, Kuching Sarawak. Mereka dah sebulan tinggal disini. Dia sempat memberikan buddy nama hostel yang dia tinggal di Shangri La. Bila kami kembali dari Deqin nanti kami akan terus ajer terjah hostel ni. tak perlu lagi buka carian di internet. Senang gitew.

Deqin adalah bandar paling hujung di Shangri La County ni dan bersempadan dengan Tibet. Di Deqin jugak kome boleh buat application untuk mendapatkan permit masuk ke Tibet.

bersambung.........................................................

Sekian

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca coretan seorang pengembara, semoga ia memberikan maklumat sekiranya bermanfaat kepada kome.

Berjumpa di lain siaran.....