Assalamua'laikum Warohmatullahi Wabarokatuh kepada semua pembaca Muslim yang mengunjungi blog ini dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang belum Muslim. Apabila Allah hendak memberikan hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya, tiada siapa pun dilangit dan dibumi yang dapat menghalang. Kepada yang baru nak berjinak2 dalam dunia pengembaraan, sesungguhnya bumi Allah ini amat luas, Setiap orang mempunyai perjalanan hidup yang berbeza. Jelajahilah bumi Allah ini dan ceduklah seberapa banyak ilmu yang kome boleh dapati dalam setiap pengembaraan. Sesungguhnya guru yang terbaik adalah pengalaman, memberikan ilmu yang sangat berharga yang tidak akan dapat diperolehi di dalam buku teks dan juga dewan kuliah.
Bertamu di Mysore Palace
Selepas kenyang dengan briyani kambeng, dan menyinggah pulak pekene sebiji ayor kelapa, sambil jalan balik ke hotel AJ, sempat lagi tu kiteoreng menyinggah depan Hospital Bowring and Lady Curzon beli strawberry. Keme memang pantang tengok buah ni. Terbeli 2 pack. Buat kunyah2 dalam bilik nanti.
Strawberry ni dibawa dari negeri Maharashtra, atas dari Mumbai lagi kata deme. Ade deme kabor tempatnya, tapi keme tak boleh nak sebut, nanti bergulung lidah .hehe...
Sampai hotel AJ, gantung kaki kejap sambil sejukkan badan dalam ekon. Panaih kering wei Bangalore ni. Dalam sejam jer. Kang tak sempat pulak nak ukur jalan2 di Commercial Street tu. Tempat di mana rakyat marhaen membeli belah kan. Pukul 5 petang kiteorang menapak keluor semula mengukur jalan2 di sini.
Jalan Jumma Masjid yang sibuk menuju ke Commercial Street berhampiran Kamat Hotel.
Sempat lagi tu beli limau sekilo buat jajan jika nak mengunyah di jalanan. Dacing dia guna ni rasenya kat Malaya tak pakai dah kot.
Masjid Jumma. Jalan ni dinamakan sempena nama masjid ni.
Sebelum jumpa kedai2 yang boleh menggugat anak mater, lalu dulu tepi masjid Jumma ni, sejuuuk jer hati rase. Ade ketenangan di situ. Maknanya kawasan ni mesti ramai muslim. Jenguk masjid dulu tapi segan la nak masuk sebab ruang solat wanita bukan di bangunan masjid tapi di bangunan kedai depan masjid. Yang tu buat hati sedikit lara.
Di hadapan pintu utama Masjid Jumma. Tapi perempuan tak boleh solat di sini. Tempat solat perempuan dah diasingkan dibangunan berhadapan masjid ni
Di seberang jalan berhadapan pintu masuk Masjid Jumma terletaknya ruang solat wanita
Bila dah tau ade tempat solat mesti ade tandas yang bersih kan. Ya, begitulah otak keme berfikir secara positif. Sememangnya tandas di tempat solat wanita bersih! dan keme suke dengan keadaan disini. Lebih bersih daripada tandas di masjid kampung keme di Paghit tu!.
Peta ni keme bagi khas ke mengkome yang rase2 nak menjelajah ke sini terutama yang kaki sopink kain2 saree dan cotton.
Keme dan buddy memulakan jelajah di Commercial Street. Tengok kedai2 jual barangan terutama saree dan cotton. Kebanyakan barangan yang dijual disini adalah pakaian. Memang tempatnya lah. Harga boleh dikatakan murah jika kome pandai kenyit harga dengan penjual. Ade beberapa jalan disini yang boleh diteroka iaitu :
1. Commercial Street ( yang amat femes )
2. Jumma Masjid Road
3. Dispensary Road
4. Ibrahim Sahib Street
5.Veera Pillai Street
6. Kamaraj Road
Semua jalan2 di atas dan lorong2 yang terdapat di kawasan tersebut menjual berbagai barangan terutamanya barangan berasaskan tekstil yang membolehkan kome menghabiskan masa seharian suntuk keluor masuk dari satu kedai ke kedai yang lain dan mungkin kome memerlukan sehari suntuk lagi di hari kedua untuk menyambung proses membeli belah mengkome. haha....
Keme tak ingat ni jalan yang mana satu keme skodeng tapi kedai2 di sini memang boleh buat kaki sopink jadi giler.
Di hujung simpang2 jalan akan tersedia auto ni sabar menunggu penumpang. Kalau hotel kome duduk tu jauh dari kawasan ni, kome boleh naik auto jer balik. Auto warna hitam kuning ni jenis yang lama, deme la kabor
Auto warna hijau kuning ni, keluaran baru, nampak macam besor sikit dari yang jenis hitam kuning tu.
Selain pakaian, terdapat juga kedai2 yang menjual aksesori2.
Salah satu jalan lagi yang keme ukur dari hujung ke hujung. Gigihkan kiteorang
Berjalan kaki dari petang menuju ke malam.
Kedai menjual kain cotton sahaja.
Keme dan buddy singgah di sebuah kedai menjual kain cotton. Di sini nampaknya rezeki pekedai malam ni. Di sini jugak keme mula membeli kain pertama. Corak kain cotton dia memang cantik2. Kadang2 kita ni bukanlah nak membeli sangat tapi disebabkan layanan yang baik dari pekedai tu yang membuatkan hati tersentuh untuk membeli.
Lama juga kiteorang memilih kain disini daripada satu corak ke corak yang lain dengan harga2 yang berbeza. Murah dan mahal, semua ade. Yang keme tak terjangkau boleh pikior tu ialah bila pekedai kata keme boleh tempah baju siap dalam mase sejam jer. haa kome! berpusing otak keme kejap...jenuh pikior nak buat ke idok. Akhirnya keme cuba buat satu pasang baju punjabi. Keme nak pakai esok!!. haha..Kain cotton keme beli tu dengan tempah buat sepasang baju cuma berharga 575 rupee. Selesai urusan jualbeli dan tempahan, keme teruskan kembali penjelajahan ke kedai2 yang lain pulak sementara deme siapkan baju tempahan keme tu.
Masuk pulak kedai jual baju siap.
Suasana malam yang semakin sunyi di suatu kawasan tapi masih sesak di kawasan yang lain.
Pukul 8.30 malam lebih kurang, keme rase kaki ni dah berat semacam, makin berat untuk melangkah. Kiteorang ambik keputusan untuk cari balik kedai Yasmin's Textile tadi untuk ambik baju yang keme tempah. Kedai ni terletak di Jalan Ibrahim Sahib. Tak susah la nak cari pun. Dah dapat baju terus jalan kaki balik hotel. Cukup la jeling2 jer dulu kedai2 kain yang ade di Bangalore ni.
Keme dan sepasang salwar kameer daripada cotton yang sedap dipakai. Maknanya berkualiti la cotton nya tu kan. Tapi tak tau la kualitinya tu setara tak dengan Egypt Cotton yang femes di barat tu.
Esok pagi keme terus pakai baju yang keme tempah malam tadi untuk aktiviti di hari ketiga pengembaraan keme di sini, kiteorang keluor seawal 8.00 pagi untuk bersarapan sebab malam tadi tak ambik makan malam kan, memang cepat lapor la dibuatnya. Terus tuju kedai yang sama untuk bersarapan. Sampai jer kat kedai, kerusi masih dok telangkup atas meja tu kome. Arrggghhhh...stress anak tekak keme tengok. Keme tanye bila kome nak beroperasi ni ?...deme kata lagi setengah jam. Maka berundur lah keme dan buddy tanpa arah tuju.
Apa kiteorang buat lepas tu ? Jenjalan ikut kaki melangkah jer ke arah stesen bas di sepanjang jalan Curzon Road dan pusing ke arah kanan ikut jalan Meenakshi Road pulak, lepas tu tembus semula kat Jalan Jumma Masjid. Sepanjang jalan tu tak jumpa pun restoran muslim yang dah bukak. Kedai2 lain memang tak buka lagi la masa ni. Lepas tu masuk semula ke Jalan Bowring Hospital, sampai depan hotel dan tuju balik ke arah restoran tadi. Kome boleh tengok peta yang keme letak kat atas tu. Haha..pepagi bereksesais di Bangalore, buat senaman regangan kaki namanya tu.
Jalan Meenakshi arah ke Jalan Jumma Masjid. Kedai semue tidor lagi
Mangga pintu deme besor sungguh. Sekali hayun ke kepala, boleh gegor otak seumur hidup.
Bila kiteorang sampai kat depan restoran, deme dah ade pelanggan dah pun. Lama jugak ghupernye kiteorang pusing2 tadi tu. Nampaknye paratha jugak la menu hari ni, tu jer pun yang ade. Cicah dengan kima. Tak sesedap semalam sebab tekak keme dah tak berapa nak masuk dengan makanan yang banyak guna minyak dan ghee ni.
Paratha
Kertas surat kabor ni adalah tisu deme, haha...mudahkan... belakang dia tu gula dan jintan yang dikulum selepas makan. Ambik la sebiji dua. Tu pun kali pertama keme jumpa. Mesti ade sebab kan. Tapi keme tak terpikior nak tanye deme.
Lepas bersarapan, pergi ke seberang jalan pekene ayor kelapa muda pulak. Deme minum ayor kelapa ni sepanjang masa, pagi petang siang malam sama jer, peniaga mulakan operasi awal pagi, ade jer la yang datang minum macam pengembara dari Malaya tu.
Hari ni kiteorang nak bergerak ke Mysore. Ade la dalam 3 jam perjalanan nanti naik bas. Tapi sebelum tu kiteorang nak pergi beli tiket bas ekspres balik ke Trichy dulu siap2. Dah abih minum ayor kelapa, tunggu jer auto nak ke stesen bas ekspres Kalasipayaram. Terletak 7-8 km dari hotel AJ ni. Ada beberapa stesen bas ekspres yang ade jual tiket ke Trichy ni tapi Kalasipayaram ni la yang paling dekat. Ada 2 pilihan nak ke sana samada nak naik bas bandar atau tahan jer auto. Kalau naik bas mesti lambat kan jadi kiteorang pilih yang terpantas jer. Keme suke naik auto ni sebab boleh selit2 di celah2 kenderaan. Suker tengok deme bawak.
Ni kawasan stesen bas ekspres di Kalasiparayam. Keme beli siap2 tiket bas ke Trichy daripada syarikat KPN. Sebab jalan malam keme beli sleeper coach yang ade AC. Sebelum ke sini, keme dah check kat internet di hotel tentang syarikat2 bas yang keme nak pilih dan harga yang ditawarkan. Boleh ajer kalau nak beli online. Takde masalah. Tapi keme memang suker2 hati nak jugak menjelajah ke stesen bas tu.
Dah beli tiket bas, cari semula auto nak balik ke hotel dan check out terus. Cukup2 la dengan hotel AJ ni kan, keme nak cari hotel lain di tempat yang lain la pulak...haha. Tahan auto depan hotel suruh hantar ke Satelite Bas Stesen. Stesen bas tu jauh sikit dari Kalasiparayam tapi melalui jalan yang sama. Harga auto pun sama jer. Semua auto pancong poket keme 150 rupee setiap kali naik.
Turun jer depan Satelite Bas Stesen dah ade van menunggu penumpang2 yang nak pergi ke Mysore. Tak sempat keme nak pikior cari bas ekspres kat dalam stesen tu. Naik jer la van tu walau keme tak berapa berkenan. 3 jam lepas tu sampai la ke Mysore. Cuma keme tak rekomen ke kome naik van ni. Sempit dan panas, keme peghatikan kebanyakan kenderaan awam di India Selatan ni tak de aircond. Seeloknya pergi ke dalam stesen bas dan cari bas ekspres ke Mysore. Walau takde aircond, naik bas ekspres lebih selesa. Hati tak rase sempit tengok kepadatan penumpang dalam kenderaan. Masa perjalanan pun lebih kurang sama jer. Kalau naik van ni deme turunkan kita kat tepi jalan jer tapi kalau naik bas sudah tentu akan turunkan kita di stesen bas. Tu penting untuk buat pertimbangan bila memilih pengangkutan awam. Bas ekspres juga kerap untuk ke setiap destinasi. Kan ke rakyat jelata deme ramai kaaaannnn.
Dihadapan hotel penginapan di Mysore
Kiteorang sampai Mysore pukul 2 petang. Hari ni cuacanya panaih melenting. Duduk 3 jam dalam van tu rase dok dalam ketuhar gelombang mikro. Bergelombang mater tengok bumi. Walau ade angin dari luar tapi keme tetap berpeluh dalam diam kerana matahari terik masuk dari sebelah kiri van dan membuat keadaan dalam van tu berbahang ya amat. Van turunkan kiteorang tepi jalan utama jer. Lega rase otak bila dah keluor dari seksa dunia kejap. haha..Keme tengok keliling peghati keadaan sekitor dan pikior apa tindakan seterusnya perlu dibuat.
Turun jer dari van, mengerumun pemandu auto ni tanye kiteorang nak kemana. Bawak bagpack belakang badan, walau pakai pakaian tradisi deme tetap nampak macam orang luor kan. Deme kabor la kalau nak pergi Mysore Palace deme boleh hantorkan. Keme gelengkan ajer dulu kepala dengan tangan2 sekali kata tidak sebab otak keme tak pikior lagi nak terus ke Istana tu. Otak keme bagi signal ke restoran jer. hehe...Ligat pikior macamana nak cari restoran halal kat sini. Keme nampak sekumpulan orang muslim di seberang jalan. Pergi arah sana nak tanye deme dan harap deme tu orang tempatan.
Briyani kamben di Mysore. Nasi dia tu sedap. Beras dia masak tu panjang sungguh. Kamben pulak macam biasa...superb.... Hehe..
Sempat keme kejor deme dok berdiri depan bangunan. Pejabat apa keme lupa skodeng. Ade pemandu auto ni yang terus ikut kiteorang dan menyebok sama bila keme bertegur sapa dengan orang tempatan di sini. Buat muke seposen lak tu. Angin pun ade tengok tapi bila pikior balik, demi mencari rezeki untuk kelangsungan hidup, deme sanggup harungi dan tebalkan muka asal dapat pelanggan kan.
Ghupernye, tak jauh dari tempat keme berinteraksi dengan penduduk tempatan tu terletak stesen bas, cuma keme tak perasan. Dan tak jauh dari stesen bas dalam lingkungan 200 mtr terletak pintu utara Istana Mysore tapi pintu yang dibuka untuk pelancong hanyalah pintu Selatan!!. Bile keme pergi melawat Istana tu baghu keme tahu. Tak pe la. Patut la penduduk tempatan tu kata nak masuk ke Mysore Palace tu jauh sikit dalam 2 km sebab terpaksa pusing ke pintu selatan. Lepas tu dia bagitau ke kiteorang dimana restoran Muslim. Pun jauh jugak, kene naik auto. Huh! Apa lagi, mamat auto tu dah dapat rase kot kiteorang ni pasti akan jadi pelanggan dia kan. Tak sia2 mengekor. Haha... mottonye...usaha tangga kejayaan.....
Keme pun suruh penduduk tempatan Muslim tadi bagitau ke pemandu auto ni hantar kiteorang ke restoran, macam biasa la kan, dia geleng kepala macam nak tercabut leher. Maknanya ok ler tu. Keme tanye berapa nak caj. kendian dia setuju dengan 30 rupee. Okay. Dia bawak ikut jalan lorong2 jalan pintas tembus semula ke jalan besor. Sakit vontot keme asik masuk lubang dan naik bonggol, nasib baik bladder tak penuh.
Restoran di Mysore, kome boleh cuba makan di sini. Memang sedap terutamanya kalau kome penat dan lapor dihari yang panaih melenting ni.
Lepas makan, pemandu auto tu dah tunggu semula kiteorang kat luar. Gigih sungguh dia ni. Terkesima kejap keme pikior. Keme suruh dia hantar ke hotel yang murah dan paling dekat jer ke Mysore Palace, dia geleng laju2. kalau kita anggukkan kalau setuju kan. Haha....
Dia hantar ke sebuah hotel, macam masuk satu lorong. Sampai depan hotel, sapa penyambut tetamu dan tengok bilik dulu, sambil tengok2 bilik keme tanye dulu arah mana istana Mysore. Dekat jer katanya, jalan terus pusing kiri, jalan lagi pusing kanan, masuk jalan besor terus akan sampai istana, angin tak kome dengor ? Jauh !!! wokey.....1.5 km !!!!!! Keme kata tak pe la, jauh dan keme nak cari hotel lain. Deme cuba pujuk keme kata hotel yang dekat mahal. Ade keme kesah. Keme turun masuk auto semula dan cakap keras sikit pada pemandu auto suruh hantar hotel yang lagi dekat ke Istana Mysore. Ok ok..katanya sambil geleng2 kepala dengan laju....
Keme rekomen kome menginap di hotel ni, Hotel dan biliknye bersih, layanan bagus, boleh tanye soklan merapu, ade wifi dalam bilik. Ade spa lagi kalau berminat.
Pemandu auto pusing2 lagi ikut lorong sempit yang menyesakkan abdomen keme dan tuju semula ke jalan besor arah ke Istana Mysore. Dia tuju terus ke hotel Kings Kastle, pandu masuk dalam hotel. Turun dan tunjukkan kaunter hotel. Wah..bagus jugak service auto ni, kata keme dalam hati. Keme jumpa kaunter dan deme tunjuk bilik dulu samada keme suka ke tak. Dah tengok tu keme kata ok dan tanye dulu wifi ade tak. Deme geleng maknanya ada la kan. Lepas tu keme tanye lagi Istana Mysore arah mana dan berapa jauh..dia kata keluor jer hotel ni pandang kanan nampak la istana, katanya...sengih keme ke telinga...memang dekat la...Adalah dalam 500 mtr jer dan boleh nampak menara Istana tu. Keme pilih bilik standard berharga 2100 rupee. Kome kire la sendiri berapa hengget. hehe..So berakhirlah khidmat pemandu auto dan dia dapat menjana pendapatan sebanyak 60 rupee daripada kiteorang.
Masa keme sembang dengan pekerja kaunter hotel ni, keme kata yang keme nak tengok germerlapan lampu2 istana diwaktu malam yang cantik tu. Sebab tu la keme menginap kat sini. Kalau nak tengok siang jer keme kata la yang keme akan datang awal2 pagi jer dari Bangalore dan balik semula ke sana hari yang sama. Ceehhhwah...berkata2 dengan yakin sekali...Tau apa deme jawap, kaka manis, hari ni tak de persembahan lampu waktu malam di istana. Yang tu deme buat pada hari ahad ajer!!!!!!!..Berpinor telinge keme dengor, rase berbahang semula otak keme, kalau bagpack keme masih sangkut kat belakang mau nye keme jatuh fengsan....
Dah rehat2 sekejap kat hotel, keluor cepat2 tuju Istana Mysore, takut tak sempat nak ambik tiket masuk jelajah karang tutupnya pukul 5 pm. Hotel yang keme inap ni dok kat sebelah utara dari kawasan istana.
Sampai kat pintu utara istana, kiteorang ditegur oleh orang kat situ kata pintu ni tak bukak hari ni, dia bukak hari ahad jer. Kalau nak masuk kene pergi ke pintu selatan di sebelah sana katanya. Huh...tegang rase segala urat saraf dengor. Ade kereta kuda yang offer naik, keme tanye berapa, 200 jer, katanya, mahal giler, keme kata. takpe la, cari auto jer. bersepah kat tepi2 jalan tu. Nak jalan kaki pun boleh, dalam 2 km. Tapi kiteorang ni dah lewat sesangat kan, kene la naik auto boleh pecut jer.
Sampai pintu selatan beli tiket berharga 200 rupee sorang. Ramai jugak la pelancong2 tempatan kat sini. Tak jumpa pun pelancong dari Malaya. Peghati jugak la kot2 ade terjengul sorang dua. Kalau masuk melawat istana ni elok datang waktu pagi. Cahaya matahari dari timur menghala ke bahagian hadapan istana akan mencantikkan gambor yang diambil. Haish...keme ni datang sini asik silap timing jer. Semua tak kene...
Masa keme sembang dengan pekerja kaunter hotel ni, keme kata yang keme nak tengok germerlapan lampu2 istana diwaktu malam yang cantik tu. Sebab tu la keme menginap kat sini. Kalau nak tengok siang jer keme kata la yang keme akan datang awal2 pagi jer dari Bangalore dan balik semula ke sana hari yang sama. Ceehhhwah...berkata2 dengan yakin sekali...Tau apa deme jawap, kaka manis, hari ni tak de persembahan lampu waktu malam di istana. Yang tu deme buat pada hari ahad ajer!!!!!!!..Berpinor telinge keme dengor, rase berbahang semula otak keme, kalau bagpack keme masih sangkut kat belakang mau nye keme jatuh fengsan....
Dah rehat2 sekejap kat hotel, keluor cepat2 tuju Istana Mysore, takut tak sempat nak ambik tiket masuk jelajah karang tutupnya pukul 5 pm. Hotel yang keme inap ni dok kat sebelah utara dari kawasan istana.
Jalan Ashoka, Mysore menuju Istana Mysore kat depan sana nun. Nampak pintu utara dari depan hotel. Jarak 500 mtr jer dan boleh jalan kaki ke sana.
Sampai kat pintu utara istana, kiteorang ditegur oleh orang kat situ kata pintu ni tak bukak hari ni, dia bukak hari ahad jer. Kalau nak masuk kene pergi ke pintu selatan di sebelah sana katanya. Huh...tegang rase segala urat saraf dengor. Ade kereta kuda yang offer naik, keme tanye berapa, 200 jer, katanya, mahal giler, keme kata. takpe la, cari auto jer. bersepah kat tepi2 jalan tu. Nak jalan kaki pun boleh, dalam 2 km. Tapi kiteorang ni dah lewat sesangat kan, kene la naik auto boleh pecut jer.
Sampai pintu selatan beli tiket berharga 200 rupee sorang. Ramai jugak la pelancong2 tempatan kat sini. Tak jumpa pun pelancong dari Malaya. Peghati jugak la kot2 ade terjengul sorang dua. Kalau masuk melawat istana ni elok datang waktu pagi. Cahaya matahari dari timur menghala ke bahagian hadapan istana akan mencantikkan gambor yang diambil. Haish...keme ni datang sini asik silap timing jer. Semua tak kene...
Menghala ke pintu selatan istana Mysore |
Ade beberapa peraturan kene patuh nak masuk istana ni. Tak boleh berkasut. Kene simpan kasut di tempat yang disediakan. Tak boleh tangkap gambor. Semua kamera dan handphone kene tutup. Ade sensor yang dapat kesan kalau handphone dibuka. Kene letak paspot sebagai deposit untuk guna audio dan fon kepala nak dengor sejarah istana ni. CCTV berada di merata2. Pengawal bertugas ade dimana2 dalam istana. Bosan pikior. Tak dapat la keme nak kongsi gambor2 yang cantik dalam istana ni dengan mengkome. Memang takde pun. Dalaman istana ni memang cantik. Kome boleh datang sini le tengok.
Kawasan di luar bangunan istana, tempat simpan kasut. Keluor masuk pun kat situ jugak.
Keme tangkap gambor dari luor jer ler nampak gaye.
Ni keme tangkap dari kawasan tempat letak kasut tu.
Ade satu kawasan di belah belakang istana ni ade gajah dan unta yang kome boleh tunggang kalau berminat. Salah satu tarikan yang disediakan kat sini.
Habis pusing dalam istana tu kiteorang keluor ke dataran di bahagian belakang kendian ke bahagian depan istana. Luas kawasannya. Bergedik la depan istana di remang senja.
Hadapan istana ni mengadap ke pintu timur.
Orang masih ramai walau dah nak senja.
Kalau dari luor pun dah nampak cantik senibinanya, dalamannye lagi la.
Gabungan senibina, Mongol, British dan India.
Hadapan Istana Mysore. Kene pandai cari arah tangkap gambor bila ngadap matahari ni. Silap gaya semua gelap dek pantulan cahaya ke kamera.
Kiteorang melepak kat dataran luar istana ni sampai senja dan sampai kene halau dengan pengawal. shoh shoh...keluor keluor, nak tutup dah ni...katanya. saje keme jawap lepas tu, keme nak tunggu malam tengok lampu yang dipancarkan ke istana...pengawal jawap, takde hari ni, datang balik hari ahad, katanya...hampa.....
Kenangan di Istana Mysore berpakaian salwar kameer deme. Rase nak nari dan nyanyi lagu hindustan jer masa ni. hehe....
Masa jalan keluor tu la keme baru terjumpa jurugambor professional. Alaaaa..ngape sekarang baru jumpa......tapi keme nak jugak bergambor. Suruh deme ambik kat tepi jalan keluor tu jer la nampak gaye, nak masuk semula ke tengah dataran dah tak boleh. Pengawal dok cekak pinggang kat tengah2 dataran tu. Kelam kabut jugak la berposing kat tepi dataran tu dan tak de banyak pilihan boleh keme arah2kan jurugambor tu buatkan..Redho jer la....
bersambung di lain siaran....
Terima kasih membaca.
lawanya baju :)
ReplyDeleteterima kasih
DeleteDah macam artis bollywood...
ReplyDeleteMakanan pulak nampaknya tak jadi masalah...senang nak dapat...
Berapa minggu pulak kome kat sana tu...
Sheshekali jadi retis bollywood...hihi
DeleteMakanan dimana2 tiada masalah, selongkar jer kawasan tu, mesti jumpak punye...
Tak lama la Pak Lang ..trip pendek jer niiiiiii.....
Kak..mcm sridevi la. Cantik baju tu. Berapa RM sepasang tu?
ReplyDeleteSridevi???...Ish Syieda ni....jauh sesangat tu imaginasinye....haha
DeleteBeli kain dan tempah buat baju tu 575 rupee. lebih kurang 34 hengget ajer...
bila miker nak ulang shooting lagi yong..boleh nekcik ngirem sari siap tempah tu...
ReplyDeleteNak berehat dari shooting, cair make up kat tempat tu, dah kabor dah kat producer, lain kali cari tempat shooting ataih gunung, job kat tempat2 belengeh ni keme tak mau ambik dah...hehe..
DeleteElok lah tu yong keme pon risou miker jadi belengeh kalu shooting lelama kat sana tu
Deleteterima kasih kerana memahami...haha
DeleteIni pengalaman yg amat berharga & kembara yg berani.
ReplyDeleteMasjid di sini macam kat China ...tempat solat wanita di bangunan lain. Di Vietnam pun, kita beli kain & dema boleh jahit kejap2 tu.
Tak ler berani mana pun Kak Ani, nak jalan sendiri kan, kene kuatkan semangat jer.
DeleteMasa keme baru nak tinjau ke pintu masjid, deme kat dalam tu tunjuk bangunan depan masjid, terkunci langkah dibuatnye. Terus segan nak jenguk ke dalam. Tapi dah gitu budaya deme, kene hormatla kan.
Tapi kan kak, kalau deme boleh jahit baju kurung la, memang keme tempah terus !.haha, sayang seribu kali sayang, suit panjabi jer yang deme gheti
Assalamualaikum..nak tanya kat area mana tempat shopping kain saree dan butik pakaian lelaki? dlm bdr mumbai tu ke? boleh bg tips tak?
ReplyDeletewaa'laikumussalam
DeleteKeme tak pergi Mumbai, trip ni adalah ke Bangalore dan Mysore
Kalau di Bangalore, miker boleh pergi membeli belah saree dan butik utk lelaki di Commercial Street. Sangat terkenal dan harga boleh dikatakan murah