Sunday, 9 November 2014

China - Kunming - Episod 2 - The Dragon Gate - Tangga Oh Tangga - Bak melihat alam dari kacamata burung yang bertenggek di dahan pokok di lereng bukit

Assalamua'laikum Warohmatullah kepada Pembaca Sekalian

Hari ni keme akan meninggalkan jejak-jejak pengembara di sebelah tenggara Kunming membawa ahli-ahli rombongan memanjat tangga-tangga batu. Mari kite mulakan hari dengan senyuman...*tetiba*

Sebelum kami memulakan aktiviti luar yang mencabar kekuatan lutut ni, langkah pertama adalah mengisi perut dan membeli bekalan makanan secukupnya agar tidak kelaparan di pertengahan perjalanan dan juga untuk kami berkelah setelah penat mengira anak2 tangga nanti. Untuk pengetahuan anda semua, bagi yang belum pernah mengembara ke mana2 tempat tarikan pelancong di Negeri China, anda dinasihatkan membuat sedikit senaman kaki 2-3 bulan sebelum anda mulakan pengembaraan. Ini kerana kebanyakan tempat2 tarikan pelancong di sana memerlukan anda berjalan di kawasan yang luas samada berbukit atau bertangga dan ianya memakan masa. Okay, selamat mengembara dan meneroka ke tempat baru bagi yang akan memulakan percutian.

 Western Hill mengadap Tasik Dianchi....ngaper ler jurukamera ni tak tunggu keme senyum dan bergediks dulu baru klik butang...aish...tekanan keme dibuatnye...

Sarapan pagi masih di tempat semalam juga, kami mulakan langkah seawal 8.30 pagi terus menuju ke Masjid Ning Ching Zhen Shi yang hanye tak sampai sepoloh minit berjalan dari hostel. 

Pekerja2 restoran di masjid memulakan tugasan dengan berkumpul dan mendengar taklimat dari pengurus. Keme perhatikan kebanyakan restoran di Yunnan mempunyai aturcara sebegini sebelum mereka memulakan perniagaan. Keme juga dapat perhatikan cara yang sama ketika berada di Li Jiang dan Dali. Tapi tak sempat nak meninjau keadaan di Shangri La.  


Ni antara menu sarapan pagi deme. "Rice noodle" or orang kampung keme panggil laksa....Semua bahan di berikan berasingan, kendian pandai2 kome ler nak adunkan...Mangkuk tu adalah untuk makan seorang...

Jadi ler gini...nama nye laksa Kunming....sedap ler juga..tapi sedap lagi laksa Kuale Sanglang...kehkehkeh...Kami terpaksa berkongsi untuk menghabiskan semangkuk laksa ni...tu pun tak abih...jenuh...

Keme bersama ahli rombongan cuti2 1 Kunming. Cerita sedih apabila abang keme tu sampai ke Kunming dalam keadaan demam, Masuk hari ke-2 demamnye bertambah teruk, tapi masih mampu berjalan ke masjid ni untuk bersarapan bersama kami semua. Makan bubur jer ler bagi ke dia. Tu pun tak de selera Kesian ke dia bile keme pikior2 balik.

Setelah kekenyangan itu terasa di otak, kami pun mulakan menapak. Sementara tu buddy telah diarahkan oleh ibunya untuk menemani ayahandanye balik ke hostel dengan selamat. Maklum la, orang demam ni berjalannye terhoyong hayang, kang pengsan pulak dia tengah jalan, kami dah ler tak de seharian....Makanan telah dibekalkan dengan secukupnya untuk pesakit berehat dengan aman tenteram di hostel.

Buddy sedang mencari bekalan  makanan                    Keme juga mencari bekalan untuk  
         untuk ayahandenya yang terpakse                    dimakan secara santai dilereng bukit.
                         redho ditinggalkan


Lama keme tak tengok biji teratai ni...
dah ade depan mater tak teringin la pulak nak makannye...

Kami menuju ke perhentian bas berhadapan dataran yang menempatkan 2 pintu gerbang dan menunggu bas no 73 arah ke selatan yang berharga 2 yuan seorang. Maka nye sediakan lah duit kecik secukupnya. Kalau tak kang jenuh bersoaljawab dengan pemandu, silap haribulan kene marah..boleh hilang mood mengembara..hehe. Tempat kami berdiri sekarang ditunjukkan dengan warna merah dan kami akan turun di perhentian akhir. Kome kire ler ade berapa perhentian yang bas ni akan berhenti. Untuk pengetahuan anda yang ingin menaiki bas awam di Kunming atau lain2 wilayah di Yunnan ni, setiap bas akan berhenti disetiap perhentian tanpa anda perlu menekan loceng.  Makanya anda perlu menunggu bas di tempat perhentian bas yang disediakan sahaja. Deme tak akan berhentikan bas sesuka hati di luar kawasan perhentian walaupun anda terkinja2 menahan mereka di pertengahan jalan. Perjalanan kami menaiki bas no 73 ini mengambil masa lebih kurang 45 minit. Tepat sekali maklumat perjalanan bas seperti yang diberitahu oleh pekerja hostel.

Tunggu bas no 94 pulak

Sampai perhentian akhir bas, namanya Dianchi Lake, juga kawasan tarikan pelancong, kami menyeberang jalan untuk menunggu bas seterusnya yang akan membawa kami ke kaki bukit, bas mini no 94 yang dipandu oleh pemandu perempuan dengan lajunya membawa basnye merentasi Tasik Dianchi dan terus mendaki bukit. Perjalanan mengambil mase lebih kurang 30 minit. Tambangnye 1 yuan ajer.

Tertidur budak ni sambil digendong di belakang oleh ibunye. 
Warna warni masyarakat berbagai etnik di selatan Kunming 

Kawasan Dianchi Lake pulak akan kami jejaki selepas turun dari bertapa di lereng bukit nanti kalau sempat turun awal. Sampai di satu persimpangan di kaki bukit bas pun berhenti dan semua orang turun. Kami berempat pulak terpinga2 tengok sekeliling sebab tak nampak gaye nak ke mana. Seorang penumpang menyatakan kepada kami ini lah tempat nak ke Dragon Gate. dalam gaya bahase badan yang kami fahami...dalam hati kata macam sesat kat tepi hutan jer....kerana ade pembinaan ditepi bukit jalan nak ke atas telah menutup keseluruhan pemandangan dan jalan ditepi bukit tersebut.  

Setelah turun dari bas, kami disape oleh penjual2 peta. Kami cuba berinteraksi menanyekan dimana lokasi "cable car" yang kami nampak di tasik Dianchi tadi dari dalam bas. Oh Tuhan...tiade siapa yang memahami pertanyaan kami. Kami hanye mundar mandir di situ buat seketika, mencari ketenangan dan melihat pola perjalanan orang2 di situ. Buat kesekian kalinya, kami cuba lagi berinteraksi dengan mereka, kendian salah seorang dari mereka memanggil kawan mereka yang jauh sedikit dari tempat kami berdiri kerana dia boleh sedikit sebanyak berbahase Inggeris.

Akhirnya barulah kami tahu, bas no 94 hanye menurunkan penumpang di kaki bukit tersebut dan kami perlu menaiki van untuk naik ke bukit yang menempatkan "cable car" untuk turun ke Tasik Dianchi dan "chairlift" untuk naik ke Dragon Gate. Kami telah terlepas stesen "cable car" di bahagian bawah iaitu di tepi Tasik Dianchi kerana keasyikan yang teramat melihat keindahan alam buana di kawasan tersebut. Walau kami nampak 'Cable car" merentasi tasik dari dalam bas, kami cume perhatikan ajer. Boleh gitu....

Sememangnye keadaan sekeliling kaki bukit tempat bas menurunkan kami sedikit mengelirukan. Terdapat pembinaan betul2 di tempat laluan ke atas bukit, dan jalanraya sudah seperti di tapak pembinaan dengan diliputi tanah merah.Tempat van juga terselindung di sebalik selekoh dihadapan kami. Penjual peta dan kawannya membantu kami mendapatkan van untuk naik ke atas, pemandu meminta RMB 15.00 seorang, kami pula memang suke bertekak minta tambang itu diturunkan kepada RMB 10.00 seorang.  Buddy memainkan peranan dengan baik.  Akhirnye pemandu kalah dengan permintaan kami...kehkehkeh...

Sepanjang perjalanan naik, kami melihat banyak orang, boleh dikatakan kesemuanya pelancong tempatan berjalan naik ke atas...Bagi kami..OOOhhhhhhh  tidaaaaakkkk....sungguh gigih mereka "hiking" di jalanraya sepanjang lereng bukit tersebut...Umpama anda berjalan dari kaki gunung jerai naik ke puncak menggunakan laluan jalanraya. Mampukah anda...tepuk dada tanye lutut....idok ler keme...


Pintu gerbang di atas bukit dimana terletaknya "cable car" untuk turun ke Tasik Dianchi dan "chairlift" untuk naik ke puncak.

Juga disediakan gerai2 menjual makanan dan tempat makan jika anda ingin berehat seketika disini sebelum mengambil "cable car" untuk turun merentasi Tasik Dianchi atau " chairlift" untuk naik ke Dragon Gate.

Nak masuk ke kawasan Dragon gate scenic spots ni dikenakan bayaran sebanyak RMB40.00, naik chairlift RMB25.00, dan turun nanti guna cable car RMB 40.00. Gitu ler kiraan wang nye... 

Mengembara di negeri China secara sendiri ni sebenarnya murah jika anda pandai memilih pengangkutan dan penginapan budget yang ade. TETAPI harus anda ingat, di setiap kawasan tarikan pelancong, bayaran masuk yang dkenakan kadangkala tidak masuk akal kerana terlalu mahal.  Kerajaan China sememangnya boleh keme katakan mengambil kesempatan mengenakan bayaran yang mahal kepada para pelancong. Ade sesetengah tempat keme tak masuk pun ke kawasan tarikan pelancongnye kerana keme rase tak berbaloi nak bayor.

Kami naik ke puncak western hill ni yang menempatkan Dragon Gate ni hampir dah nak ke tengahari. Memandangkan cuaca baik hari ni, maka pemandangan disepanjang laluan amatlah memukau mater. Tasik yang luas terbentang cukup menenangkan jiwa rage. Walau cuti hujung minggu bermula, Negara China baru sahaja seminggu lepas bercuti umum selama seminggu. Oleh itu, kawasan tarikan pelancong nye tidak la sesesak cuti umum. Kami amat berase lega bila mendapat berita tersebut. Oleh itu, sebagai peringatan kepada pembace, sekiranya kome ingin melancong ke negeri China, sebelum kome beli tiket kapal terbang, dapatkan dulu maklumat cuti umum di sana. Sekiranya kome bertembung dengan cuti umum, harga penginapan nya akan naik berganda-ganda dan sukar mendapatkan pengangkutan awam dari satu destinasi ke satu destinasi.   


Lihat lah di bawah sana....alam yang luas terbentang, cantik nye...sila ler kome ke sini sekiranye berkesempatan daripada segi masa dan kewangan.

Laluan yang panjang, chairlift ni dibina betul2 di lereng bukit ni..


Seronok nye deme sampai lupe ambik gambor orang belakang...


Deme ambik gambor sendiri ajer...sabor jer ler....

Menyesal lak rase tak bawa monopod pinjam dari boss....aish


Bangunan yang menempatkan chairlift di puncak Western Hill..nama omputeh yang tak boleh blah tu...meh keme tukor melayukan namanye....Bukit Barat...mmm...macam tak glemer ler pulak kan..

Maka bermula la aktiviti memanjat tangga. Turun naik di sekitar lereng bukit yang sedikit menggerunkan apabila melihat ke bawah. Laluan batu2 tangga yang deme bina di tebing2 curam adalah untuk pergi ke pavilion2 yang ade di cenuramnya. Asalnye pavilion2 ini adalah tempat pertapaan sami2 agame buddha dahulu kala. Masih ade kuil buddha di cenuram ni yang masih digunakan untuk penganut deme menyembah. 

The Dragon Gate. Disini kome perlu tunjukkan tiket masuk dan kome akan diberikan tag untuk di pakai sepanjang penjelajahan di cenuram.

Sebelum kami masuk melangkah bendul Dragon Gate tu, kami telah menghavoqkan keadaan di sana dengan bergambor, cukup meriah suasana kami buat dengan gelak ketawa yang tak henti2 sehingga pelancong2 lain beratur nak pakai pakaian yang kami pakai ni. Makanye keme tak dapat nak bergediks dengan aman tenteram di situ.

 Kami sungguh sporting dengan arahan jurugambor...kehkehkeh

 Lihat lah betapa tenang nye Puteli HangLiPo versi melayu ni mendongak ke langit terkenangkan Laksamane ChengHo versi hindustani nye di pelayaran yang telah beberapa purnama tidak kembali ke Tanah Besar ini.

Di Dragon Gate selepas melangkah bendulnye....maka keme pun memulakan aktiviti panjat memanjat dari satu pavilion ke satu pavilion yang seolah-olah melekat di tebing bukit.

Peta setiap pavilion yang ade di cenuram. Semuanye mengadap tasik.


Sesetengah pavilion ni telah dijadikan restoran, tempat tinjau, tempat melepaskan lelah seketika, melegakan lutut yang menggigil dan yang seumpama dengannya..


Deme ni, laju sungguh turun..keme tak boleh lelaju cenggitu...pemandangan terlalu cantik untuk ditinggalkan begitu sahaja..

Hai semua...keme sekarang berada di tepi cenuram di Western Hill, sesape yang jenih gayat tu elok sesangat memanjat ke sini, terapi gayat.

Ini pavilion yang paling hujung...tak de hujung dah kami boleh pegi...

Zaman bile ler deme ambik gambor ni...keme pun kompius sebab abih cenuram dah keme teroka tak jumpa pun yang sebegini...boleh buat gaya titanic di cenuram ni...


Pemandangan yang sungguh mencengkam sanubari dengan cuace yang baik. Tapi orang masih ramai disini silih berganti, sedangkan kami nak melepak sekejap menghirup udara segar sambil berkelah seketika. Kami tunggu sehingga semuanye beredar...

Pemandangan tasik dan persekitarannya dari balik hutan lipur "Bukit Baratan".

Keme tak tau panggil ape cermin sisi tu...bukan setakat kat selekoh jalanraya jer tau...kat selekoh cenuram ni pun ado....dan lihat betul2 siapakah gerangannye yang berade dalam cermin itu...

Satu lagi antara pemandangan dari cenuram "Western Hill". Peergghhh....kome mai la sini...

Laluan bertangga yang berliku turun dan naik...Hari ni cuaca baik, mentari menyinar, maka tak ade kesulitan dalam memanjat. TETAPI sekiranya hari hujan, keadaan akan jadi sebaliknya, tangga2 ni akan jadi licin dan menyukarkan pergerakan terutamanya ketika menuruni tangga2 ni. Keme kene dah kat tempat lain, nanti lain episod keme cerita. Jadi sekiranya kome ke sini dalam keadaan hujan atau baru selesai hujan, berhati-hatilah. Seelok2nya pakai lah kasut tapak getah atau yang bersesuaian dengan aktiviti memanjat.


Antara pavilion yang ade dan pemandangan tasik Dianchi

Menuju ke puncak.....kate deme...

Ni pulak menuju ke baroh...kate oghang kampong keme...
Tangga oh tangga

Selepas turun dari semua pavilion yang ade di lereng2 bukit ni, kami sampai di satu kawasan kawasan rata, maka ber akhirlah cabaran lutut untuk hari ni. Tag pun dikembalikan di check point ni. Untuk kembali ke tempat nak naik cable car or chairlift tadi, keme ade dua pilihan samada nak berjalan kaki atau mengambil pengangkutan yang disediakan. Semua ahli rombongan tak mau dah menapak especially si budak kecik tu, maka kene ler keluorkan duit 8 yuan sorang naik kenderaan yang disediakan.

Beli tiket nak naik "Battery car" deme panggil

Ni la dia "Battery Car" deme..

Kendian kami kene menapak lagi menuju ke stesen cable car , beli tiket lagi dan lagi dan lagi.

Keme pun tak tau ape motif bergambor ngan tong ni...Ku lihaat hijauuuuu....

Kaunter tiket cable car

Jom masuk ke dalam bangunan ni, kite turun...si kecik tu dah mengamuk kepenatan menapak..

Pemandangan tasik dari dalam cable car


Cable car menurun bukit

Cable car di atas tasik


Skodeng dari dalam cable car..tak tau la ape deme tanam dalam tasik ni

Jalanraya di tengah2 tasik

Selepas turun dari cable car,kami menahan bas no 94 untuk kembali ke perhentian di kawasan tarikan pelancong di Tasik Dianchi, juga tempat perhentian akhir bas no 73 untuk kembali ke bandar Kunming. Memandangkan kami masih ade masa untuk berlegar seketika di kawasan tasik ni, maka kami melihat dulu apa yang ade disini. Terdapat muzium di seberang jalan dan ethnic nationalities village di bahagian Tasik Dianchi sebagai tarikan pelancongan di kawasan ini. Tapi keme dan ahli rombongan tak masuk pun kerana macam tak de ape la sangat nak tengok, lagi pun kene bayor..dan keme tak ingat berapa fee masuk nye sebab tak minat nak ambik tau. dia seakan2 macam kampung budaya serawak...gitew... 


Dalam perjalanan menuju perhentian bas dari tempat letak kereta di kawasan stesen Cable car, keme terjumpa kereta ni...macam berminat ler pulak, keme jenguk2 ke dalam cermin gelap tu...nasib baik tak de orang kat dalam...kang tak pasal2 masuk lokap kerana menyekodeng.


Jauh jugak nak menapak masuk ke kawasan pelancong di Tasik Dianchi ni...

Selepas pintu gerbang, terdapat deretan kedai2 menjual pelbagai barangan cenderemata kepada pelancong.

Lemang pun ade.. keme terpikior kemungkinan lemang di Malaya ni berasal dari Yunnan...kehkehkeh....jangan tanye apa rase lemang tu ye mengkome, keme tak beli walau dijual oleh seorang muslim.

Di hadapan kedai ni juga sebuah keluarga pelancong tempatan, tapi keme lupa deme dari negeri mana ( bukan Yunnan ) tersenyum kepada keme...keme pun balas ler..keme pun tanye..
keme -" Muslim ?..
Ibubapa - "ye "
keme - " assalamua'laikum"
Ibubapa - "alaikum salam ".kendian deme tanye keme dalam bahase china- "kome dari negara mana"  - ( gitu ler dari gaya bahase badan deme cuba bertanye.)
keme - geleng kepala tanda tak paham soklan.
Anak - speaking london you...." kome dari mana " - ( keme dah alih bahasekan )
keme - "Malaysia"- "kome pulak ?"
Ibubapa - deme jawap tapi keme lupa nama tempat deme sebut...kehkehkeh. Suruh anak yang berumur lapan tahun berinteraksi dengan kami.
keme - tanye anak " nama sape ?"
Anak - dia jawap tapi keme lupa namenye " Caren " kalo tak silap.
Keme - "umur berapa tahun ?"
Anak - " 8 tahun " katenye sambil kira jari...takut silap kira ...one two three......eight....kehkehkeh

Tapi kanak2 ni jangan ditanye lebih2, terpinge2 dia nak buka kamus otak nye nanti...ibubapa tadi bangga ngan anak deme sebab boleh berinteraksi dengan pelancong asing....suker deme laki bini...sambil tepuk2 bahu anak tadi dan berlalu pergi...

Kami pulak pantang nampak satay kambeng....menyatay jer koje... roti pita nye pun sedap...tapi cuace cepat sungguh mengambilalih..keme panaskan semula yang separuh lagi...makan panas2 baru sedap..


Jumpa pulak kedai kopi di sebelah kedai satay tadi..juga diusahakan oleh penduduk etnik Muslim Hui. Mengopi pulak kami secawan sorang..percuma dia bagi cuba...Sedap la pulak..keme ni peminat tegar kopi...makanya terborong kat sini beberapa ketul tin...abih secawan keme pegi minta secawan lagi...kenyang terus kat situ..menyatay, meroti dan mengopi.... 

Kawasan kedai2 dan gerai di kawasan pelancong di Tasik Dianchi. Jalan nun ke hujung akan sampai ke tempat perkampungan nationalities 25 etnik...tapi nak masuk kene bayor ler dulu..Kami cukup jer la mundar mandir kat sini.

Jam dah nak hampir menunjukkan pukul 5 petang. Kami cepat2 keluar ambik bas balik bandar..Nak kejar asar untuk jamak takkhir

Malam tu kami masih menjadi pelanggan setia di masjid untuk makan malam. Pesakit sedikit kebah tapi masih lemah kerana tak berselera untuk makan. Nak ikut kami makan malam tu pun tak larat, Kesian sungguh dia kerana terperuk jer kat hostel.. 

Menu makan malam kami.

kalau dia yang pilih, nasik jer ler yang dia nampak...

Lepas makan malam, keme, buddy dan si kecik teruskan aktiviti merayap ke bahagian lain bandar Kunming ni. Kami cari bas no 84 ke satu tempat yang menjadi tumpuan pelajar universiti melepak kerana dikatakan di situ terdapat pasar malam yang agak banyak peniaganye...Itu ler aktiviti kami apabila dah kenyang....

Tu nak tanye jalan ker atau nak mengorat...biorkan ajer ler...

Penat merayap kehulu kehilir dan ke cerok2 lorong, keme tengok jam macam dah lewat ajer. Dalam pukul 10 malam kami pun cari bas balik hostel semula...kang tak pasal2 kene menapak lagi....sampai hostel pengsan kepenatan dalam kesejukan. Dalam perjalanan balik ke hostel di dataran, keme sempat lagi rembat satay kamben bercucuk2...kehkehkeh...

Sekiranya anda sedang mencari pakej yang bersesuaian dengan pilihan perjalanan anda, saya sedia membantu membawa anda ke Kunming untuk melawat ke destinasi2 pilihan dan membeli belah di sini. Anda boleh menghubungi saya melalui email @ akuseorangpengembara@gmail.com.

Selamat membaca...

12 comments:

  1. Scary dan gayat betol tgk chairlift. Rasanya kalo sy duk atas tu, mau keras kejung je takut. Ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memula naik tu, akak gayat ler sikit, pas tu okay jer...pemandangan sangat cantik. tak terpikir dah gayat tu...

      Delete
  2. Sate kambing tu tak boleh tahan...memang sedap sate kambing kat china ni. Boleh mengembek kita dibuatnya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap..cuma keme tak jumpa yang frozen. Kalau ade memang nak sesangat bawak balik..

      Delete
  3. bestnye coknah cuti2 china plak…g dgn travel agent ke redah sendiri?

    ReplyDelete
  4. NI HOW MA YONG....tak dapek lah nekcik nak join yong..takut skrew lutot longgar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wo khen hau..sheshe
      Aik ! Kat Itaewon dulu boleh jer hari2 memanjat..ketat lagi kan skrew lutut tu...
      Mesti boleh nye... Sile ler buat itinerary ke sini ye....hehe

      Delete
  5. Nampak gaya Kunming ni banyak makanan Halal.. satay kambingg tu memang sedap.. pernah makan di shanghai jer.. :D

    Cable car tu.. uuuuu.. gayat den tengok :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan halal merata2 ade.
      Dan satay kamben juga ade dimana mana...tu yang best tu...

      Delete
  6. kihkihkihh!!
    gambau first macam tengah kata '' vroommm vroommmmm !! '

    ReplyDelete