Kenapa tak de kenderaan lalu kat jalan ni ? ngape lak aku boleh tersadai kat tepi jalan ni..Kompius aku ni...ish..ish..ish.betul ker jalan ni, papan tanda tu kata betul dah....
Hari ke -3 aku dan geng di Jordan, seharian aktiviti kiteorang hari ni nak jadi ahli archaelogy dan topologi mencari harta karun kot2 masih ada yang terselit kat celah2 gunung kat Kota Petra ni. heheh... Kiteorang bergerak agak awal pagi kerana jarak perjalanan yang jauh. Lebih daripada 2 jam perjalanan ke selatan Jordan. Di tengah jalan singgah tang mana ntah aku pun dah lupa, beli sarapan dan makan dalam kereta jer....
Kalau kome ke Jordan, tak lengkap kalau tak menjejaki Kota Petra ni kerana ia merupakan salah satu daripada beberapa keajaiban dunia yang diwartakan. ajaib ker ? Jadi mengembaralah, dan lihatlah peninggalan dan kesudahan orang2 dolu kala serta ambil lah iktibar dari setiap kejadian yang Allah ciptakan. Disamping itu...hidup mesti mau enjoy.......
Dalam perjalanan yang jauh itew, aku tertidor sebab dah kenyang bersarapan, tup-tup sampai kat tempat ni dipertengahan jalan, singgah jap, abadikan gambor...hehe
Tempat ni adalah tempat persinggahan jemaah2 haji yang datang dari sebelah Egypt dan Afrika serta utara seperti Wilayah Syam ( Wilayah Syam terdiri daripada Jordan, Syria, Lubnan dan Palestin ketika itu ), Turkey dan yang seangkatan dengannya yang menggunakan kenderaan darat seperti kuda dan unta. Batu dinding ni jer pun yang tingge sebagai peringatan. Ke selatan lagi akan tembus la ke Saudi Al arabia itew...
Kalau kome baca pengembaraan aku di Semenanjung Sinai Egypt, aku ada sampai kat satu tempat persinggahan untuk jemaah haji berkumpul dan ada ukiran tulisan batu bersurat di tempat tu, dari sana para jemaah tersebut akan tembus pulak kat sini tapi di sini hanya serpihan bangunan ni aje yang ada, tak de la pulak batu bersurat aku jumpa kat sini, deme kata tempat ni lengkap dengan kemudahan asas pada waktu tersebut, seperti rumah persinggahan untuk jemaah berehat, bekalan makanan dan minuman untuk bakal jemaah haji dan yang dah jadi haji dan pengembara2 yang melalui jalan ni serta binatang tunggangan mereka juga. Begitu lah kepayahan yang di lalui oleh para jemaah dolu kala dalam menyempurnakan tanggungjawab mengerjakan haji, dan aku pasti masa yang deme ambil untuk pergi dan balik mesti memakan masa berbulan2. Aku tak dapat bayangkan betapa tabahnye deme dalam menempuh perjalanan yang terlalu jauh dan merentasi padang pasir yang sememangnya menjerihkan...malamnya yang amat sejuk dan siangnya seperti matahari mencacak di atas kepala. Lihatlah kita hari ini...segala kemudahan di hujung jari....fikirkan dan bandingkanlah dan bagi aku terlalu amat bersyukur atas nikmat Allah yang tidak terhitung diberikannya kepadaku.
Sebelum sampai ke Kota Petra, kiteorang singgah jap kat satu tempat yang dinamakan Mata Air Nabi Musa, masih wujud sampai ke hari ni mata air ni. ia terletak di tengah bandar, kat tepi jalan jer sebelum sampai ke Petra. Airnye jernih dan sejuk, kat mana kedudukan mata air tu tak pulak aku perasan sebab sekelilingnya dah dibuat binaan, ada takungan dibuat di situ dan aliran air seperti parit. Aku pun tak pasti kenapa dinamakan Mata Air Nabi Musa, mungkin Nabi Musa pernah singgah di kawasan ni dalam perjalanan dari Egypt ke Kanaan ( iaitu tanah yang dijanjikan ). betul kot kenyataan aku ni, kalau salah harap dibetolkan.Di sekeliling kawasan yang dinamakan Mata air Nabi Musa tu ada banyak kedai2 termasuklah kedai cenderamata. Aku sekadar jeling2 jer...kat Amman lagi muroh....hehe...
Sampai kat pintu masuk ke Kota Petra ni, kitaeorang ke toilet dulu, kemestian...hehe...toilet nyer bersih dan selesa yer....kendian baru pegi cari kaunter tiket. Aduh....mahal sungguh tiket masuk...JD 50.00............aaaaaaarrrrrrgghhh.... sabau jer la kan.....( tukaran duit Jordan ni lebih mahal daripada USD sedikit...so boleh bayangkanlah berapa ye...). Harga petrol di Jordan ni amat lah mahal aku tengok, ikut harga pasaran...ada sesetengah stesen minyak yang kiteorang berhenti tu JD 3.4 seliter lebih kurang kalau aku tak silap tengok...huish...berpeluh dalam dahi aku dibuatnye....deme kata sebelum Amerika menyerang Iraq dulu harganya amatlah muroh beberapa sen jer. Masa tu minyak deme salur paip kan ajer terus dari Iraq. Sekarang amatlah berbeza, tu sebab kot semua barang mahei ya amat.
Tiket masuk ke Petra yang berharga JD 50 sorang
Ngape ntah tetiba gambor2 yang aku letak kat sini tak leh dibesorkan...arggghhh....sungguh aku tak paham...
Masa ni baru nak mula menapak, semangat ya amat...berkobar2...kitaorang bawak air mineral jer, tak de makanan..tapi kat dalam Kota Petra tu pun ada jer restoran yang jual air, tapi korang tau2 jer la harga dia kan.... bagi aku, mana aku boleh jimat, aku jimat...sebab pengembaraan aku kali ni jauh lagi dan akan makan masa 2 minggu lagi. Jadi nye kena lah pikior banyak kali...
Pemandangan pada mula2 perjalanan ni tak mengancam mata aku langsung, kome tengok jer la gambor atas ni, setakat bukit2 batu bertarah cam gitu2 jer kan....aku pun tak tau berapa jauh kena jalan masuk. Teringat aku masa panjat gunung Thursina, jalan jauh cam ni gak...macam tak sampai2. Nak naik unta, aku tak tahan bau unta yang tak pernah mandi tu dan tak sanggup nak perabih duit kat tuanpunye unta tuh, kerahkan ajer tenaga yang ada....
Dah jalan jauh sikit, kiteorang singgah jap ambik napeh...releks kat kerusi yang ada dan tengok2 keliling, klik mana2 yang berkenan....dah jauh jalan tu baru la nampak bukit yang elok tarahannya, baru datang semangat semula nak teruskan perjalanan...memang jauh ya amat berjalan menuju ke lorong sempit yang aku baca melalui beberapa sumber. Tapi tak pe la, dah sampai, kena teroka semua kawasan...mana la tau...jumpa duit syiling emas seketul ke kan...seronok nyer berangan...hehe
Gunung berpahat belakang aku tu dipanggil Tomb of the Obelisks, struktur di bawah 4 ketul Obelisks berbentuk macam piramid sikit tu kan, dinamakan Torm of the Triclinium, aku tak tau la kenapa nama dia cenggitu, mungkin ia merupakan struktur ukiran zaman Greek atau Nabataean kerana Petra ni adalah merupakan khazanah purba peninggalan Kerajaan Arab Purba Nabataean. Kawasan ni masih diluar Siq. Dari Obeliksk ni ke tempat mula Siq tu dalam 300m lagi kena menapak.
Jalan dan jalan dan jalan lagi....baru la nampak dari jauh lorong sempit tu yang di panggil Siq. Lorong yang dikelilingi oleh gunung2 yang di tarah dengan berbagai rupa bentuk. Walaupun berada di tengah gurun batu tandus, cuaca sejuk dan nyaman sebab masih pagi lagi dan dikelilingi gunung2 batu yang sejuk . Lagi pun aku pegi akhir musim sejuk. Jadi nye memang sejuk la.... Ni baru nampak sikit jer daripada keseluruhan Petra....belum teruja lagi ni. Kalau kome nak ke Petra, pada pandangan aku dan berdasarkan pengalaman, elok pergi dalam musim sejuk sebab kome akan berjalan berkilo2 meter kat dalam tu, melainkan kalau kome suka naik unta la... jadinya tak lah rasa penat sesangat dan belengas satu badan. Masa aku pegi ni pun, bila matahari dah menegak atas kepala tu rasa la jugak panas nye tapi angin sejuk tu menyelamatkan keadaan.
Aktiviti rasmi bila mengadap kamera...
Aku dah masuk ke laluan sempit ni atau SIQ, tenganga la sekejap mendongak ke atas nengok batu2 gunung tu dengan rupa bentuk yang amat mengagumkan pada mata minda aku ni. Cantik dan berseni, berwarna warni batu2 gunung ni, ada warna merah jambu, kuning dan kebiru2an dalam bentuk yang beralun2. Walau pun dah makin terhakis dek masa beribu tahun namun aku boleh dapat tengok dan mengagak dalam bayangan kotak minda aku betapa gahnya kawasan ni masa zaman keagungannya, patut la pun tempat ni menjadi rebutan dan ditakluk oleh kerajaan2 yang besar berkuasa.
Pelancong2 menghayati keindahan rupabentuk cenuram2 di Siq
Laluan sempit di cenuran batu2 gunung ni adalah sepanjang 2 km. jauh kan....maka bersedialah untuk menapak berkilo2 meter lagi selepas sampai ke tempat seterusnya....
bersambung........di bahagian 2 nanti
assalam sis.. uih mahei nye myk. lebih rm10 seliter mahu tuh klu matawang sane lebih sket dr usd.. huhuhuhuhuhu mahei2.. tapi tang unta x mandi tu klako.. shekali shekale merasa naik unte.. busuk pon pe salah nye. dah negara awak xde unte ;p
ReplyDeleteWsalam
DeleteTukarannya memang mahei Yong, Hg Petrol kat stesen dipamerkan besor2 so pengguna boleh nampak dari jauh lagi...
Keme memang tak tahan la Yong dengan bau unta dan juga kuda kat sana...memang busuk, rasa macam melekat bau deme tu kat baju...
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMaha benor ropenye yek di Jordan ni...seghonok benor teman nengokkan Yong posing dlm gambor2 ni...ate itu le ghopenya yek...tak ade le pulok pokok tinjo2 yek...nyemedang je batunya yek...itulah keunikan alam ciptaan Tuhan....subhanAllah
Wsalam Yong Prof
DeletePetrol nyer memang mahei Yong, yang lain2 tu macam makanan,minuman or cenderemata tu lebih kurang jer, reasonable la....
Aternye dah pegi negara padang pasir gurun tandus Yong, jumpe batu jer ler...
Oh minyak je mahei yek...Ate idak pulak mike bawak balik batu tu buat anak lesung? Semba padang pashor tu boleh juga buat dapor bakor bahulu he he he...
DeletePemandangan macam ni lebih kurang sama masa teman ke Cyprus dulu, hutan batu je...jemu pun ada, ate seghope je...Cyprus ni sebarang laut dgn Jordan je...gamaknya sebab itu pemandangannya lebih kurang sama. Tapi Jordon teman rasa lagi seronok kot, ate orang Islam rama yek...itu yg nak nengok tu kan...:)
ater nyer
DeleteJordon lagi cantik rasanya...Gamaknya Yong ASP suka ke negara2 Timur Tengah yek? Teman pun suka juga. Lepeh ni ke mane pulak gamaknye yek?
DeleteNak kate suke ke timur tegah tu bergantung kepada faktor gak Yong, masa dan budget serta pemandu arah antara perkara yang keme ambik kira. lagi satu makanan halal yang mudah didapati.
Deletelepaih ni niat hati nak ke Xi'an dan Urumqi. InsyaAllah kalau ada peluang dari segi kewangan dan masa.
Memang mahei...sabun seketoi sampai 15 hengget duit kita...
ReplyDeletebeli sabun jer nekcik ?....
DeleteYa Rabbi, mahainyaa! Takut saya baca. Tapi tempat tu memang cantiklah. Walaupun katanya cuaca sejuk tapi saya tak dapat nak bayangkan kesejukan tu bila tengok tempat ni bogel takdak pokok...heheheh mintak maaf bahasa tak senonoh..
ReplyDeletememang mahei....tapi sebenornya berbaloi. Petra amat cantik, natural beauty....especially at Siq tu....
Deletemasa saya pi ni pun dah akhir musim sejuk, kurang la sejuk nya sikit, tapi memang sejuk la di celah2 cenuram gunung ganang tu....tempat bogel lagi sejuk tau.....hiiihaaa....
As salam Kak,
ReplyDeleteMarya pun tak tahan bau unta... erk... mcm bau kambing sikit kan... tp nak buat lagu mana dah mmg dia tak suka nak mandi... Uniknya Petra ni...Gambar akak kecik tak nampak batu2 warna warni tu... teringin jugak nak tgk sb entah bila nak smp sinunn :)
W'salam Marya
Deletetak tahan jugak ngan bau unta ye....memang boleh buat akak fening...
ntah kenape tetiba tak boleh edit gambor2 tu masa tu. tak pe, nanti entry seterus nya akak bagi besor gambor2 tu semua..hehe
Salam,
ReplyDeleteJust utk info, kita perlancong je kena JD50 (RM200), local people masuk 1JD je (RM4). Ce bayangkan perbezaannya... Cedih..
Lagi satu, datang sini jgn lpa bwk camera DSLR yang canggih manggih punya, so anda pasti tidak kecewa selepas itu. Gambar superb..
Wsalam
Deletekena tunjuk IC Jordan la kalau nak bayor sehengget deme....
kamera cap ayam katik pun ok jer....
salam
ReplyDeletesib baik taknamanya Tomb Tomb Bak hehehe
apa2 pun walaupun mahal , petra mcm unik hingga diiktiraf oleh Unesco
W'salam Bapak SCP
DeleteSib baik gak tak keluor segala cucu cicit jin dari celah2 Djinn Block tu...hehe...
Ya, mahal tapi berbaloi
Salam kenal dari Sabah ASP, bila tengok gambar2 ni terasa mcm dlm filem epik pula gambar2nya. Seronok dpt jelajah bumi Allah kan?
ReplyDeleteW'salam
DeleteSalam kenei kembali zanapb. terima kasih sudi menjengah blog keme yang tak berapa semenggoh ni...
gambor2 dari kamera cap ayam katik, gitew ler output die...hehe....
yang penting happy....ya, memang bersyukur dapat diberi kesempatan menjelajah ke beberapa tempat dan kongsikan pengalaman tersebut bersama sesiapa sahaja yang berminat.
Assalamualaikum Yong,
ReplyDeleteAter...ngape tak kokak sikit batu tu bawak balik, sebagai kenangan? Akak rajin ngutip batu2 kat pantai Laut Hitam, simpan kat rumoh sib baik tak humban dik suami, hobi gila bini dia!
W'salam Yong Sepekan
Deletealahai Yong, kalau keme paka gigi berlian, mungkin ler keme sanggup kot nak kokak bawa balik bagi kat Yong jer...hehe