Assalamua'laikum Warohmatullah kepada semua pembaca yang beragama Islam dan salam sejahtera kepada pembaca non-muslim seluruhnya. Terima kasih kerana masih setia mengikuti penulisan pengembaraan keme ke Yunnan yang dikongsikan di blog ni
Dari Kaki Gunung Cangshan, mengadap Erhai Lake Dali Yunnan.
Dari Li Jiang, kiteorang meneruskan pengembaraan ke selatan iaitu Dali. Ada dua pilihan pengangkutan iaitu samada nak naik bas atau keretapi. Keme memilih untuk menaiki bas ajer sebab perjalanan tidak lah mengambil masa yang lama. Selepas daftar keluar dari Timeless Hostel di Li Jiang Old Town tengahari tu, kiteorang mengambil teksi di luar kota lama menuju terminal bas Li Jiang. Tambang teksi ke terminal bas tu cuma 10 yuan ajer.
Bas ekspres yang keme naik tu memang selesa dan sedikit teruja sebab ade wifi free. Tak bosan duduk dalam bas. Boleh berwasap sekeliling dunia. Harga tiket bas dari Li Jiang ke Dali ialah RMB 87.00 sehala. Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam. Di samping itu, perjalanan waktu siang ni jugak membolehkan keme melihat pemandangan sekeliling yang berbagai rupa bentuk serta aktiviti penduduk tempatan disepanjang jalan yang dilalui.
Bas ekspres ni ada dua perhentian iaitu Dali Old Town dan Bandar Dali. Bas akan sampai ke Dali Old Town dulu sebelum meneruskan perjalanan ke bandar Dali. Bandar Dali pulak setengah jam perjalanan lagi dari Dali Old Town. Kebanyakan pelancong akan turun di Dali Old Town. Terdapat jugak pelancong yang terlajak ke bandar terus, so kene ambik bas atau teksi untuk pusing balik ke old town. Drebar bas akan berhentikan bas tepi jalan utama sahaja berhadapan Dali Old Town berhampiran ke bahagian east gate. Masa keme turun tu pun keme tak perasan sangat Old Town ni dok kat seberang jalan. Mamai turun bas, tapi drebar bas akan beritahu dah sampai ke sini dan dia tunjuk arah mana Old Town. Dia cakap bahase deme ler, keme pun tak paham tapi dapat agak la apa dia cakap.
Turun jer dari bas, menyerbu pemandu2 teksi sapu ke kiteorang, tanye nak ke mana. Keme dengan buddy terpinga2 tepi jalan tu kejap sebab tak dapat nak agak hostel kiteorang ni kat belah mana. Kene bawa bertenang dulu dan jangan gelabah. Senyum jer ke deme sambil perah otak apa tindakan nak di ambil. Bila sel2 otak dah berhubung dengan elok, barulah buddy pergi sapa semula pemandu2 teksi sapu ni. Tunjuk ke deme brocure hostel yang kiteorang nak pergi.
The Jade Emu International Guesthouse
Brocure The Jade Emu Hostel yang keme ambil masa dok kat Timeless Hostel Li Jiang Old Town
Walaupun hostel yang kiteorang nak pegi tu dekat jer tapi memang tak larat la nak jalan kaki. Pengsan lutut keme karang dengan bebanan di belakang seberat sekor kamben. Pemandu teksi bila tunjuk brochure tu tahu jer mana nak tuju, senang suruh deme hantarkan ajer. Tambang 15 yuan, tak sampai pun 10 minit dia hantar. Sampai hostel kiteorang tanye ade bilik kosong ke idok sebab kiteorang tak ada buat tempahan awal. Hostel ni terletak di luar Dali Old Town, seberang jalan besor berhadapan Old town tu jer, dekat ke west gate. cuma tak sampai 10 minit berjalan untuk ke sana. Nak ambil hostel di dalam Old Town tu macam mahal sangat, paling murah pun dalam RMB 200 semalam, banyak yang penuh lak tu, tu yang kiteorang lepak kat luar old town jer.
Dali Old town ni terletak bersebelahan dengan Tasik terbesar di sini iaitu Tasik Erhai. Tasik ni memanjang ke selatan. Kalau dari Li Jiang mula dari utara lagi dah nampak tasik ni. Lebuh raya deme memang dibuat disepanjang tasik menuju Bandar Dali. Pemandangan memang memukau mata. Dari dalam bas keme ade nampak satu kawasan penempatan orang Islam di utara tasik ni. Kawasan tu berhanpiran dengan suatu tempat yang namanya ZhouCheng. Kome boleh tengok peta kawasan ni. Terdapat sebuah masjid yang cukup besor terletak di atas bukit yang boleh nampak dari lebuh raya. ZhongCheng ni setengah jam perjalanan naik bas dari Dali Old Town.
Bilik yang cukup selesa dan besor. Keme ambik ground floor jer, senang nak keluor masuk tak payah nak naik2 tangga kat atas tu ngangkut beg turun naik. Harga bilik ni RMB 168.00 semalam.
Bilik air pun cantik
Kat The Jade Emu hostel ni pun kebanyakan yang lepak sini adalah backpackers. Kemudahan disediakan disini lebih kepada pengembara2 daripada pelancong biasa. Tu yang best nye. Kebanyakan backpackers pun adalah orang luar. Kemudahan bilik pulak ade dormitory dan private room. Harga berpatutan. Pilih jer mana berkenan. Yang paling best kat hostel ni selain wifi free, boleh masuk facebook. Ade VPN kod yang diberikan kepada tetamu yang menginap disini. Terbaik la....buddy keme memang melompat katak la dapat melayari muka buku ni.
Lepas kiteorang rehat sekejap kat bilik, dalam pukul 6.oo pm lebih kurang, kiteorang keluor ke Old Town nak cari makanan. Baru terasa lapor. haha.... Berjalan la keme menurun bukit. Hostel ni terletak di atas bukit, kene la jalan menonggek sikit tiap kali nak balik dari menyongket.
Rupa paras old town deme lebih kurang jer macam kat Li Jiang. Cuma kawasan old town ni kecik sikit dari Li Jiang Old Town dan di kelilingi oleh tembok batu yang ade beberapa pintu masuk sedangkan di Li Jiang takde tembok dan pintu gerbang .
Salah satu pintu masuk ke Dali Old Town, ini keme skodeng pintu timur. Pintu barat masa keme datang ni tengah diselenggara, so tak leh lalu kat situ, kene lalu kat jalan kecik masuk ke dalam.
Ni pintu barat yang sedang diselenggara
Petang tu sebelum keme cari kedai makan, keme jalan2 dulu kat dalam old town ni tengok2 apa ada dan bagaimana keadaan penduduk disini.
Salah satu lorong di Dali Old Town..Lorong kat sini lebih lebar sikit daripada Li Jiang, boleh la bernafas dan elak mengelak dari tersepit antara celahan orang ramai.
Kat Dali Old Town ni ada ramai orang Islam, tak seperti di Li Jiang dimana orang Islam telah dihalau keluor pada zaman pemerintahan Maharaja Ming ketika mereka menguasai daerah tersebut. Berbeza di Dali dimana keme boleh melihat kelibat orang Islam di merata2 termasuklah di dalam Old Town itu sendiri. dalam Old Town ni ade sebuah masjid bercirikan senibina China.
Satu2 nya bangunan masjid di Dali Old Town. Tapi kat masjid ni tak de kedai makan seperti kebiasaan masjid2 di Yunnan, China yang pernah keme singgah. Ade kompleks masjid, bilik2 kuliah dan penempatan penduduk jer yang keme tengok.
Pintu masuk ke kompleks masjid
Ruang solat di Masjid Dali Old Town. Keme lupa tanye penduduk Islam di sini apa nama masjid ni.
Dah beberapa hari keme tak jumpa satay ni sejak keme keluor dari Shangri La beberapa hari lepas. Nampak jer tetiba tekak menggelupor...haha..apa lagi kan, pekene satay kamben ni dulu. Deme jual kat dalam Old Town ni dan mahal sedikit, 10 yuan dapat 4 cucuk ajer... Tapi keme ni pantang nampak kan, tak kisahlah mahal sikit pun. Deme ni tak menang tangan manggang satay sebab deme jer yang keme nampak menjual kat dalam Old Town ni.
Aktiviti masyarakat di Dali Old Town
Ada laluan di dalam Old Town ni boleh di masuki oleh kenderaan. Laluan nye lebih lebor dan bangunan pun tak padat sangat la.
Keme berjalan di laluan yang ade kenderaan boleh lalu ni dan terjumpa kedai makan muslim...Huh leganya perut keme..Boleh lah kiteorang menjamu selera di sini. Cara keme order ialah dengan menunjukkan gambor masakan yang keme makan di Shangri La dulu. Deme tengok jer deme angguk kepala tanda paham. Senangkan gitu. Cuma deme tanye nak pinggan kecik atau besor tu yang ade sedikit permasalahan pemahaman...tapi takpe la, kecik atau besor kiteorang akan makan dan bayor jer nanti. Tak larat dah nak bersoaljawab lelama, tekak dah menggigil-gigil.
Deretan beberapa kedai makan muslim. Sebelah kedai makan keme masuk tu ialah kedai steambot. Macam nak cuba tapi buddy keme tu nak makan nasi ajer
Keme macam biasa akan masuk ke dapor tengok deme masak. Sambil tu bagitau suruh tambah cili bagi pedas... Deme akan ikut jer apa kata keme.. muahahahahaha
Lauk sampai dulu, tak nyenyempat dia nak makan, nasi tak de lagi tu...ratah lauk dulu.Sedap tapi tak dapat lawan kesedapan daging yak goreng pedas di Shangri La dulu...
Ada gak la dalam 45 minit keme lepak kat kedai makan ni. Daripada terang siang ke malam gelap la. Sini sebelum pukul 7.00 pm tu dah gelap sesangat dah. Sebelum balik ke hostel, keme jalan2 dulu kat Old Town ni, tengok suasana waktu malam pulak. Lagi meriah rupanya. Dari mana lah diorang ni semua keluor. Dah macam semut jer keme tengok. Nak balik ke hostel dalam keadaan perut kenyang dan memanjat pulak kan. Jalan di dalam Old Town ni pun kene mendaki sikit bila nak keluor ke jalan besor. Malas nye nak menapak keluor. Kalau ade kuda la kan mau jer keme sewa.
Dali Old Town di waktu malam
Cuaca malam agak sejuk di sini. Malam ni jugak keme dapat hapdet muka buku setelah sekian lama tak dapat masuk sejak berkelana di negara China ni. Untuk pengetahuan mengkome yang tak pernah ke China, Kerajaan China menyekat muka buku ciptaan barat ni daripada dilayari di China ni. Pandai2 mengkome ler macamana nak cari laluan masuk. Bagi keme yang tak berapa ketagih dengan muka buku ni tak de masalah dan jadi hal nye tapi bagi sesetengah orang macam buddy keme tu, ia dah jadi sebahagian daripada kehidupan harian deme. Keme pun tak tau la kenapa otak deme ni jadi cenggitu...hehe...
The Jade Emu hostel dari pintu masuk utama. Keme jarang guna pintu ni, keme guna pintu belakang jer keluor masuk. Owner hostel ni berasal dari Australia dan isterinya orang sini.
Esoknye keme pegi jalan2 lagi ke Old Town ni cari makanan pagi. Kedai mee ajer. Tak berapa sedap so keme tak rekemen sangat la ke mengkome. Lepas tu keme keluor ambik bas no. 2 untuk ke Tasik Erhai. Naik jer bas ni sampai hujung. Semua orang akan turun. Tempat tu macam pekan kecik Kuala Kurau, ade pasor pagi dan jalan sikit sampai ler ke tasik. Kome pernah pergi Kuale Kurau tak ? Kat Bagan Serai Perak.
Dari jalan besor luar Old Town mengadap ke hostel area. Hostel keme ade la kat belah2 belakang sana nun.
Ni ngadap Dali Old Town dari jalan besor
Sampai tasik buddy tanye ler berapa yuan nak naik boat. Wow..punye ler mahal dia caj, RMB 120 lebih kurang kot. Dengor rege tu keme ngan buddy pun pusing balik. Tak jadi nak naik. Mahal giler. Akhir nye kiteorang jenjalan jer di tepi tasik tu. Deme ni pandai tau. Deme tutup semua laluan ke tepi tasik jangan bagi kita masuk tengok. Oleh itu kita terpakse ler guna deme punye bot. Hampeh betul. Membara rase dan panas mula naik ke otak.
Tapi ade satu laluan dalam belukar yang boleh dilalui samada nak jalan kaki atau naik basikal yang boleh disewa di sini. Keme jalan kaki jer ikut mana orang lain pergi. Tasik ni cantik dan luas. Ade kehidupan di sekitarnya.
Sayur pun basuh kat tasik ni.
Keme sampai kat satu restoran yang dibina di tengah tasik. Ada jambatan kecik ke sana. Keme pun teruskan melepak di situ. Tapi ade anjing besor macam kat Shangri La kat restoran tu. Rimas otak keme dibuatnye. Keme ikut buddy di belakang.
laluan ke restoran
Sampai jer keme terus lepak kat belah dalam restoran. So anjing tu tak masuk. Lega lutut. Lepas tu keme naik ke bumbung. Wow..lepak situ lagi best tengok pemandangan tasik ni. Lama jugak la keme bertafakur kat sini.
Lepak atas bumbung restoran
Tangga berpusing naik ke bumbung
Hayati lah beberapa keping gambor yang sempat keme tangkap mase berangan kat atas bumbung sambil melihat ke arah tasik yang luas terbentang ni.
Jambatan menghubung tanah besar ke restoran atas tasik ni.
Tasik Erhai di waktu pagi
Nanti sambung ya, penat otak nak ingat semula aktiviti keme di Dali ni. hehe.
Terima kasih
Semoga berjumpa lagi di lain siaran.
Wassalam.