Assalammua'laikum warohmatullah kepada semua pembaca muslim dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang belum muslim yang mengikuti penulisan di blog ini. Alhamdulillah, setiap entry yang aku keluarkan, semakin bertambah pembaca yang meminati penulisan tentang pengalaman pengembaraan aku di serata alam buana yang masuk ke blog ini dan mengikutinya. Terima kasih sekali lagi. Sekali anda terjebak dengan dunia pengembaraan, tapak kaki anda akan sentiasa gatal untuk mengembara lagi dan lagi dan lagi.
Aku. Buddy dan staff Guesthouse yang datang dari Benggala. Bergambar dihadapan GH sebelum kami meninggalkan Chittkul pagi itu.
Pagi di Chittkul, matahari memancar dengan terang. Langit cerah dan membiru. Tompok-tompok salji di puncak gunung mula berkurangan dengan panahan terus matahari. Tapi sejuknya tak luak juga. Rasa beku itu sentiasa menggigit-gigit tubuh badanku walau berlapis-lapis baju aku pakai. Orang khatulistiwa ni mana tahan sejuk-sejuk beku sampai ke tulang ni, tapi setiap kali melakukan pengembaraan, mesti nak pergi musim sejuk tu jugak.
17 Sept 2015
Perjalanan hari ini singkat sahaja.
Chittkul -> Rakcham -> Sangla -> Powari -> Reckong Peo -> Kalpa
7.40 am. Kami meninggalkan Chittkul, bumi yang ku pijak buat seketika. Perjalanan akan diteruskan ke timur. Terlebih dahulu kami perlu turun dari pergunungan yang terpencil ini dan keluar ke jalan utama.
Cerah tapi rasa beku. Best melepak kat kampung ni. Terlalu hampir dengan puncak-puncak gunung. Anak-anak sungai di perkampungan ini jernih, bersih, deras dan airnya sangat sejuk.
Hayati keindahan alam di Chittkul sebelum hilang dari pandangan. Memasuki bulan November nanti, segala-galanya akan memutih dengan salji tebal disini. Salji setinggi aku akan menenggelamkan kawasan ini nanti
Aktiviti yang boleh dilakukan apabila sampai disini ialah memanjat puncak gunung di belakang guesthouse ini.
Lembah yang bakal kutinggalkan.
Kami keluar dan turun kembali ke jalan utama menuju Sangla. Melalui jalan-jalan kecil berliku. Jalan yang boleh buat senak perut aku Menempuh anak-anak sungai dan jalan-jalan berbatu dan sempit di lereng gunung yang curam.
Aku sentiasa melihat puncak gunung bersalji dikawasan jajaran himalaya ini.
Indahnya ciptaan Allah
Berpindah dari satu gunung ke gunung yang lain. Hanya expertise sahaja yang tahu jalan mana dan gunung mana yang harus ditempuh.
Menempuh kembali perkampungan di Rakcham
Selepas 2 jam perjalanan di lereng-lereng gunung, kami sampai di Sangla. Sonu membawa kami ke sebuah hotel untuk bersarapan. Hotel ni dikelilingi oleh pokok-pokok epal yang sedang berbuah lebat. Wow...best nya aku rasa kalau dapat melepak lama-lama di hotel ni sambil makan buah epal yang dikutip terus dari pokok. Tapi apakan daya, kami cuma bersarapan saja dan perjalanan perlu diteruskan.
Kami order potato paratha. superb rasanya. Kat kedai mamak di Malaysia yang selalu aku makan adalah tosay masala jer. Tosay masala ni pun dibubuh potato dan aku rasa ia dah diubahsuai untuk selera rakyat Malaysia. Tak pernah lagi la aku jumpa potato paratha di kedai mamak yang aku singgah. Kalau anda ke India Utara, cuba lah roti-roti mereka yang pelbagai kerana roti adalah makanan ruji mereka. Mereka perlu kreatif menambah lain-lain perisa ke dalam adunan roti agar nampak kelainan dan lebih enak dimakan.
Pokok-pokok epal yang sedang berbuah lebat di sekeliling kawasan hotel ini. Geram aku tengok.
Pokok epal sesaja di sepanjang perjalanan di lereng gunung di wilayah Kinnour ini
Lepas sahaja bersarapan, kami tidak berlengah. Perjalanan masih panjang. Pemanduan diteruskan ke Sangla. Seterusnya kami akan masuk ke jalan utama ke timur.
Kami lalui semula jalan yang menempatkan sebuah monastri yang berusia 1000 tahun yang terletak di puncak sebuah bukit di kawasan pergunungan di Sangla.
Si York tengah skodeng monastry tu dari kejauhan. Semalam dia dah panjat dah pun.
York minta Sonu berhenti di tepi jalan bila dia nampak monastry yang dia panjat semalam dari kejauhan. Bila dah berhenti tu otomatik aku pun akan keluar la jalan-jalan tepi kaki gunung melihat pemandangan perkampungan di lembahnya dan ladang-ladang epal yang luas terbentang sementara menunggu York menghabiskan hobi tangkap gambar pemandangan di sekitar laluan tersebut. Cuaca pada masa tersebut tidak la sesejuk seperti di perkampungan di Chittkul. Nyaman jer rasa. Tapi jangan duduk statik, kene teruskan berjalan-jalan. Kalau duduk statik jer memang menggigil la.
Di lembah pergunungan ini semuanya ditanam dengan pokok-pokok epal
Seorang penduduk membawa bakul dibelakangnya untuk ke ladang epal bagi memetik epal-epal yang telah masak dan boleh dituai.
Jauh dia berjalan turun ke lembah di bawah sana dan akhirnya hilang dari pandangan mata bila dia menyelinap di sebalik pokok-pokok epal
Sementara menunggu York berjalan-jalan, Sonu sempat membawa kereta ke bengkel berhampiran. Tak pula aku pasti apa masalahnya. Mungkin dia nak pastikan kereta dalam keadaan baik. Risau juga pikir tapi sekejap saja la. Bila tengok puncak-puncak gunung di baluti salji, hilang semua kerisauan dan kekeliruan di kotak fikiran tentang apa jua yang terfikir oleh otak dibawah minda sedar itu.
Kami meneruskan perjalanan semula. Melepasi beberapa buah gunung. Memanjat dan terus mamanjat. Kemudian turun semula ke lembah mengikut lenggok jalan yang dibina. Jalan pula semakin mencabar jantung dan mata yang memandang. Aku banyak mengucap ketika ini terutama bila lalu di selekoh-selekoh yang tajam. Sonu senantiasa menekan hon untuk memastikan kenderaan dari hadapan dapat mengetahui kehadiran kenderaan kami dari arah hadapan. Dalam hati aku berbisik "cepat la sampai, cepat la sampai "...gerun aku melihat ke bawah gaung.
Anda boleh nampak batu-batu putih di dalam gambar ini ? Itu adalah jalanraya. Sempit, berbatu-batu kerikil dan ditepi jurang gunung. Anda berani memandu disini? Hanya satu kenderaan sahaja boleh lalu dalam satu-satu masa. Berdebar kencang jantung tiap kali lalu di jalan yang berstruktur sebegini. Sentiasa berharap agar tiada kenderaan yang datang dari arah hadapan dan berselisih dengan kenderaan kami terutamanya lori.
Bila sampai ke bawah gunung, hati berasa amat lega. Jalanraya lebih lebar. Namun kami akan memanjat pula gunung yang lain. Begitulah keadaan perjalanan yang aku lalui sepanjang mengembara ke daerah ini. Badan memang sedikit penat, tapi otak lebih penat lagi sebenarnya. Stress sesaja bila tengok keadaan jalan. Tiba di Hindustan Tibet Road di bahagian bawah lembah gunung di jajaran himalaya ini, Sonu berhenti di stesen minyak memenuhkan tangki di sebuah tempat di Powari. Aku keluar sebentar untuk menarik nafas lega dan mengendurkan mana-mana urat saraf yang ketegangan setelah melalui jalan yang sedikit menggoncang jantung tadi.
Sementara menunggu Sonu mengisi tangki kereta, aku sempat lagi keluor bergedik sekejap kat batu bersurat ni. Persis seorang anggota tentera menjaga sempadan tanpa senjata lagaknya.haha.. Laluan perjalanan ke sempadan Tibet semakin menghampiri
Hampir ke tengahari kami sampai di Reckong Peo, sebuah lagi bandar utama di pergunungan. Ia merupakan ibu wilayah bagi Daerah Kinnaur. Kami terus menuju ke pejabat Agent Tourism di sini dan seterusnya ke Pejabat Daerah.
Bangunan yang menempatkan pejabat-pejabat agensi pelancongan Kinnaur di Reckong Peo
Menuju ke pejabat daerah
Kenapa pula kami perlu ke pejabat Daerah dan apa kami buat?
Kami perlu mendapatkan inner permit di sini untuk meneruskan perjalanan ke timur. Isi borang, bayar kos permit dan kami dibawa ke Pejabat Daerah yang terletak berhampiran. Kos permit adalah sebanyak 350 Indian Rupees. Untuk membuat permit, pelancong perlu berurusan dengan salah satu agensi-agensi pelancongan yang terdapat di bandar ini. Mereka yang akan membawa pelancong berurusan dengan pejabat daerah.
Reckong Peo merupakan bandar terakhir yang boleh membuat inner permit untuk memasuki satu kawasan "restricted area" di Wilayah Kinnaur juga untuk Wilayah Lahaul & Spiti iaitu bermula di Jangi , Kinnaur sehingga ke Kaza, Lahaul & Spiti. Pelancong perlu membuat inner permit untuk masuk ke kawasan/wilayah tersebut. Kawasan ini merupakan kawasan yang paling hujung di wilayah Kinnaur dan Lahaul & Spiti ini dan majoriti penduduknya adalah berbangsa Tibet. Kami sempat masuk ke Pejabat Daerah dan mereka mengambil gambar kami dan beberapa urusan pengesahan pendaftaran perlu dilakukan. Malang bagi kami kerana tidak boleh mendapatkan permit dengan cepat apabila waktu makan tengahari bagi pejabat-pejabat kerajaan baru bermula. Kami perlu menunggu sehingga mereka masuk menyambung tugas pada pukul 2.30 pm nanti untuk mendapatkan inner permit tersebut.
Anjing-anjing gunung yang berkeliaran di sekitar bangunan Pejabat Daerah. Semuanya bergelimpangan tidur tanpa menghiraukan sesiapa sahaja yang lalu lalang d sebelah mereka. Kalau kita sapa mereka ini, mereka akan buka mata sedikit, tengok kita dengan mata luyu dan tutup kembali mata dan sambung tidur. Itu lah tabiat resmi anjing gunung.
Sementara menunggu pejabat dibuka semula pada pukul 2.30 pm, aku berjalan-jalan di bandar nya. Alhamdulillah, cuaca menyebelahi kami hari ni dengan langit cerah dan awan membiru. Matahari memancar untuk memberikan sedikit kepanasan kepada penghuninya.
Dihadapan pejabat agensi pelancongan di Reckong Peo
Aku berjalan-jalan di bandar Reckong Peo
Kami menunggu di hadapan pejabat agensi pelancongan sementara pekerja agensi tersebut pergi ke Pejabat Daerah untuk mengambil document inner permit dan passport kami. Dah dapat permit, Sonu pulak hilang. Ke mana pula dia pergi tidor ni. Jenuh kami mencari. Aku pula lupa nak ambil no telepon dia. Akhirnya si Buddy telepon Nazir di Simla untuk dapatkan no telepon Sonu. Tak lama kemudian dia pun memunculkan diri setelah kami dapat menghubungi dia semula. Muka pun terkulat-kulat macam baru bangun tidur Ada pengajaran di situ.
Dari Reckong Peo, kami meneruskan perjalanan ke Kalpa. Panjat gunung lagi. Walau dah berada di atas gunung. Panjat lagi tinggi. haha. Pemandangan pergunungan yang semakin cantik.
Sonu bawa kami ke sebuah monastry di Kalpa. York nak pergi sana. Kali ini aku turun dari kereta dan ikut sekali York mencari monastri tersebut. Pemandangan gunung dari monastry tu memang superb cantik. Aku tengok York ni suka sangat tangkap gambar bangunan monastry tersebut. Aku dan Buddy pula pergi menyelongkar sehingga ke hujung kawasan di sekitar monastry tersebut untuk mencari spot terbaik unutk melihat ke puncak gunung yang sedikit demi sedikit diselaputi salji dipuncaknya. juga untuk melihat ke lembah. Nan hado. Semua jalan menuju ke rumah orang....nak masuk ke kawasan sekolah kat situ, budak-budak tengah belajar dan bermain didalam kawasan sekolah. Kang dikata menceroboh pulak kan.
York menuju ke sebuah monastry di Kalpa
Dalam perjalanan menuju ke sebuah hotel penginapan di Kalpa, kami disajikan dengan pemandangan pergunungan yang memukau pandangan. Aku terpaku seketika. Tiada kata-kata. Menghayati kenindahan alam buana sambil kenderaan terus dipandu. Walau perut dah memberi signal kelaparan. Aku biarkan dulu otak jangan layan kerenah perut tu. Kena layan kerenah retina mata dulu. Sonu memberhentikan kami di sebuah spot terbaik di tepi gaung dan hayati pemandangan alam dari situ.
Ambik gambar ikut cahaya yang datang dari arah mana. Maka jadilah manusia itu seperti sebahagian daripada pokok-pokok yang berbaris disitu
Ni caption : 'Aku nak terbang bebas'. Jangan terjun bunuh diri sudah...
Memang seronok berada di pergunungan dengan cuaca yang cerah sebegini.
Kami tiba di sebuah hotel ketika hari hampir berlabuh. Rakpa Regency Hotel. Melihat laman hotel yang mengadap terus ke gunung. Alangkah gembiranya kami. Kiri dan kanan penuh dengan pokok-pokok epal yang sedang berbuah lebat. Malangnya pokok-pokok tersebut bukan berada di dalam kawasan hotel. Musnah harapan untuk memetik epal ketika menginap disini. Semua pokok kepunyaan jiran tetangga hotel ini. Tapi kami dapat pula bilik yang mempunyai varanda mengadap ke puncak gunung juga..Wow...aku suka...Sekarang bukan peak season, jadi bilik hotel banyak yang kosong. Kami boleh pilih bilik mana yang kami suka.
Kami makan malam di laman hotel sahaja. Walau sejuk gediks, kami nak juga berada di luar. Makan sambil tengok puncak gunung Kinner Kailash yang berketinggian 6,050 meter dari aras laut. Kedudukan kami ketika ini pun dah nak hampir sama dengan ketinggian gunung Kinner Kailash tu. Nampak puncak gunung tu dekat jer tapi jauh sebenarnya.
Menu makan malam kami. Memang sedap walau semua lauknya hanya sayur dan bijirin sahaja.
Dah makan, order pulak kopi secawan.
Bila malam dah betul-betul gelap dan tiada lagi cahaya matahari yang memancar ke puncak gunung Kinner Kailash, baru lah kami masuk ke dalam bangunan. Badan pun dah mula membeku. Suhu jatuh mendadak bila waktu malam. Di Kalpa ni juga lah destinasi terakhir dimana aku masih dapat dikesan oleh radar telekommunikasi. Selepas ini, aku akan hilang beberapa hari daripada radar dan akan terasa dunia ku begitu terpencil sekali.
Sekian untuk episod kali ini
Terima kasih kerana sudi membaca dan semoga berjumpa di lain episod.
panjangnye tajuk entry ni. haha. wah..saya rindu betul jalan2 cover area2 camnih. terbaek kak...harap2 adela rezeki nk g trace tapak kaki akak n buddy kat sini. hehe
ReplyDeletepanjang ke tajuk tu.?...pendek jer tu...haha
Deletewah...hang suka juga ye jalan-jalan macam ni..yang penuh berliku ni...
tapi memang betul..akak suka tempat macam ni, jauh dari kesibukan kotaraya, sejuk dan tenang, tak tercemar, dan yang penting tak de orang Malaya kat sini..hehe
memang best kalau ke gunung ganang ni kan.. tapi memang bit serem.. telinga kena tebal, hati kena keras. apa2 pun memang enjoy tengok awak pun gambo yong. memang cantik2.
ReplyDeleteyup kak yan. memang best kan. walau keadaan jlnnya boleh sakit jantung dibuatnye. nakjugak ke gunung kan. tu yg asik balik kg kashmir jer kan...hehe
DeleteCantiknyaaaaa...suka baca blog sis :-)
ReplyDeleteterima kasih sudi mengikuti penulisan ASP ni
DeleteAssalamualaikum kak :)
ReplyDeleteSaya datang bertandang ni..hehehhe
wahhhhh..kagumnya dengan entri yg panjang lebar..gambar2 cantik2..dan perkongsian pengalaman yg bukan semua org mampu nak share ni...
baca ja pun dah gerundgn jalan ytu..macam mana la pengalaman yg real ye?
grrrrrrrrr :p
Wsalam Norh
Deletedatang bertandang yeee...terima kasih
Akak share apa yang boleh dijadikan panduan dan maklumat utk semua.
jalan yang penuh liku dan mencabar tapi memang best
Yong...teman tunggu di balik gunong tu ye
ReplyDeleteAwesome gambonya..terang biji mata temsn merenung pemandangan nan indahbitu..masyaallah..keep on travelling
Nekcik...gunung mana satu? Seoraksan jer la ye?
DeleteYup...penjelajahan dalam meneroka dunia baru akan diteruskan...tungguuuuuu