Saturday 11 April 2015

China - Kunming - 4 Tempat Wajib Lawat Apabila Anda Berada Di Kunming.

Assalammua'laikum Pembaca Semua

Mengembara ke Negara China, meninggalkan berbagai kenangan untuk dibawa pulang. Setiap wilayah mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Wilayah Yunnan terletak di tenggara negeri China bersempadan dengan Negara Vietnam, Laos, Myanmar dan juga Wilayah Autonomi Tibet. Ibu Negeri nya, Kunming terletak 2000mtr dari aras laut dan bercuaca sederhana tropika. Bak kata orang, nyaman untuk berjalan di bandarnya. Kunming mempunyai penduduk lebih kurang 8 juta orang. 

The Stone Forest
Sekiranya anda mempunyai cuti yang pendek dan ingin melancong ke Kunming, keme cadangkan untuk percutian pendek anda selama 5 hari 4 malam, beberapa destinasi berikut boleh anda pertimbangkan di dalam aturcara lawatan anda.

Hari 1

Jika anda memilih penerbangan MAS, anda sampai di Kunming lebih kurang pukul 1.40 pm. Sebaliknya jika anda pilih penerbangan Air Asia, anda akan sampai di Kunming pukul 5.00 pm. Pilihan di tangan anda. Penerbangan KL -Kunming memakan masa selama 3 jam 40 minit.
Saya cadangkan anda memilih hotel atau hostel penginapan di kawasan Jinbi Road, kerana di situ malamnya meriah. Banyak kedai dan restoran muslim. Masjid berdekatan antara satu sama lain dan banyak pusat membeli belah.
Anda boleh menghabiskan hari pertama anda di Kunming dengan berjalan2 di kawasan ini. Anda boleh beramah mesra dengan penduduk Islam di kawasan masjid di sini dan peniaga2 jalanan muslim.

Hari 2

Habiskan hari anda menyelongkar The Stone Forest. Sebuah kawasan hutan batu yang unik. Yang pastinya ia tak ade kat Malaysia, so kene ler ke sana nak tengok formasi2 batu2an yang unik yang berkeluasan 300 ekar keseluruhannya. Terdapat juga aktiviti2 etnik minoriti membuat persembahan kebudayaan di dalam kawasan ini.  Stone Forest ni terletak 90 km di sebelah timur Kunming. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit.
Tiada makanan halal di sini, seeloknya bawa bekalan roti untuk ada berkelah di dalam kawasan ini sambil melihat keindahan alam semulajadi. Terdapat jualan ubi rebus, jagung dan buahan yang boleh juga anda dapati di sini untuk menambah tenaga akibat keletihan berjalan di kawasan yang luas.

Hari 3

Pergi lah membeli belah di sebuah kawasan Pusat Borong terbesar di Kunming yang terletak di sebelah selatan Bandar Kunming ini. Rugi sekiranya anda tidak mengunjungi pusat borong ini. Pusat Borong Luosiwan yang mempunyai 16 blok2 bangunan perniagaan dan setiap satu mempunyai 5 aras yang telah menetapkan jenis2 jualan barangan secara borong dan runcit. Segala jenis barangan terdapat disini yang datang dari seluruh pelosok Negara China. 
Sekiranya anda seorang yang pandai dalam membuat tawar-menawar untuk mendapatkan diskaun harga, sini adalah syurga membeli belah bagi anda. Pastikan luggage telah dibeli siap2 jika anda memilih Air Asia. Bergembiralah dengan 30kg luggage free yang diberikan oleh MAS jika ini pilihan penerbangan anda.

Hari 4

Terdapat 2 tempat menarik untuk diteroka dalam satu hari. The Dragon Gate yang terletak di Western Hill di sebelah tenggara Kunming menyajikan pemandangan yang cukup indah. Menaiki Cable car dan chairlift di tepi bukit mengadap ke tasik Dianchi memberikan anda kenangan yang tak akan anda lupakan apabila balik ke Malaysia.  
Turun daripada Western Hill ni, anda boleh meneruskan lawatan ke Tasik Dianchi. Terdapat tempat kebudayaan untuk 25 etnik di Yunnan yang anda boleh lawati dan membeli belah di kawasan tasik ini. Terdapat beberapa makanan muslim yang boleh anda cuba.

Hari 5

Anda boleh menghabiskan masa dengan berjalan2 di sekitar Jinbi Road sementara menunggu penerbangan pulang. Sekiranya anda mengambil penerbangan Air Asia, anda mempunyai bonus masa di sebelah pagi kerana anda masih berpeluang membuat lawatan ke Black Dragon Pool di sebelah utara Kunming. Perjalanan ke Lapangan terbang mengambil masa lebih kurang 40 -50 minit bergantung kepada keadaan trafik ketika itu.

Chairlift di Western Hill

Jika anda ingin dapatkan informasi yang berkaitan tempat lawatan di atas, anda boleh baca entry China yang telah keme tulis di blog ini.

Semoga informasi ini bermanfaat buat percutian pendek anda ke Kunming.

Sekian, terima kasih dan selamat mengembara.
Wassalam