Monday 8 July 2013

Syria - Kenangan Yang Tak Akan Terulang Kembali

Assalammua'laikum Pembaca Semua

Peperangan telah memusnahkan segala yang ada di Syria suatu ketika dulu. Warisan sejarah dari zaman lampau lenyap akibat kerakusan manusia yang kejam, gila kuasa dan tidak berperikemanusian. Aku masih teringat dan boleh membayangkan setiap tempat yang kini musnah segala-galanya. Pertikaian berdarah yang masih berlarutan lebih dua tahun ini masih tidak menampakkan jalan damai.

Kalau anda pernah ke Syria sebelum mereka berperang, pasti menitis air mata melihat kemusnahan yang begitu dahsyat hari ini. Cukup la beberapa gambar ini mengingatkan aku kembali pengalaman mengembara ke seluruh negara Syria dari selatan ke utara yang cuma lebih kurang sebulan sebelum mereka menuju ke ambang kemusnahan.

Kome hayati lah gambar2 perbandingan  semasa aku di sana dan gambar2 terkini yang aku pinjam daripada Uncle Google. Harap Uncle Google menghalalkan gambar2 ini untuk tujuan kemanusiaan.

Aleppo Citadel ketika aku di sana

Ketika ini



Masjid Umayyad, Aleppo - dulu dan kini.

Masjid Umayyad Aleppo. Dataran masjid ketika aku melawat makam Nabi Zakaria, menara yang berdiri megah dan terkenal kerana usianya yang begitu lama. 

Dan, ini juga, kawan aku melakarkan menara masjid umayyad ini dengan lebih jelas.



Dan kini, apa yang berlaku, serangan demi serangan dilakukan ke atas masjid ini sehingga hancur keseluruhannya.


Serangan tahun lepas oleh tentera kerajaan memusnahkan sebahagian masjid ini

akhirnya,
serangan tahun ini, meruntuhkan keseluruhan menara dan memusnahkan keseluruhan kompleks bangunan masjid ini. 

Apa yang tinggal ? Sisa-sisa runtuhan yang berselerakan.
Apa aku rasa ? remuk jiwa raga, menangis dan meratapi kejadian yang berlaku kerana kegagalan umat Islam untuk mempertahankan tempat suci.


Ketika Sang Suria menyinari kompleks masjid Umayyad ini, sungguh damai dihati


Kenangan abadi yang tak akan dapat diulang kembali.


Aku tertanya....apa jadi pada makam Nabi Zakaria yang berada di dalam masjid ini ?

Sama-samalah kita membantu rakyat Syria dalam menegakkan keadilan.  Mereka berada di Malaysia di ketika ini, bantu la mereka semampumu


Sekian, Wassalam